LIMA TAHUN SEBELUM KE ALAM BAQA'
Teks: Hamidon Bahari
Sumber: Berita Harian, 23 Jun 1968
Foto Dari Pelbagai Sumber
Teks Tambahan & Fakta: Mustafar A.R.
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
SENIMAN AGONG TAN SRI P.RAMLEE
"Saya dah tua. Dah lama saya berlakon. Orang-orang pun dah tak suka saya lagi. Peminat-peminat saya pun semua dah kahwin dah beranak dan dah sembahayang," begitulah keluhan P.Ramlee kepada pemberita Berita Harian, Hamidon Bahari, ketika ditanya kenapa dia mahu bersara dari dunia filem.
"Pengumuman P.Ramlee itu seakan-akan tidak dapat dipercayai oleh peminat-peminatnya sebab dia bukan baru dalam dunia filem, dia telah menghabiskan masa hidupnya 20 tahun dengan berlakon, dan berlakon sudah menjadi darah dagingnya", kata Hamidon.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang keputusannya itu, di bawah ini (scrolllah) disiarkan sepenuhnya tulisan Hamidon Bahari yang tersiar dalam ruangan Laporan Seni Sekitar Tanah Ayer (Air) bertajuk P.RAMLEE BERSARA.
Bagaimanapun, artikel tersebut telah diedit oleh Zaini Yusop bersesuaian dengan keadaan semasa terutama ejaan lama ke ejaan baru dan sedikit pembetulan fakta.
Pustaka Peringatan P.Ramlee Kuala Lumpur, 21 Mei 2016.
Kini diterbitkan sebulan sekali tidak lagi dua minggu sekali.
Rawatilah penyakit anda dengan Ceragem. Insyaalah baik.
12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG
# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA
# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 22 APRIL 2016)
PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 135,951 SEKSI SELEBRITI INDONESIA 134,730
SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 120,554 SELAMAT PENGANTIN BARU 64,918
FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT SEPANJANG MASA 26,318
Teks: Hamidon Bahari
Sumber: Berita Harian, 23 Jun 1968
Foto Dari Pelbagai Sumber
Teks Tambahan & Fakta: Mustafar A.R.
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
SENIMAN AGONG TAN SRI P.RAMLEE
"Saya dah tua. Dah lama saya berlakon. Orang-orang pun dah tak suka saya lagi. Peminat-peminat saya pun semua dah kahwin dah beranak dan dah sembahayang," begitulah keluhan P.Ramlee kepada pemberita Berita Harian, Hamidon Bahari, ketika ditanya kenapa dia mahu bersara dari dunia filem.
"Pengumuman P.Ramlee itu seakan-akan tidak dapat dipercayai oleh peminat-peminatnya sebab dia bukan baru dalam dunia filem, dia telah menghabiskan masa hidupnya 20 tahun dengan berlakon, dan berlakon sudah menjadi darah dagingnya", kata Hamidon.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang keputusannya itu, di bawah ini (scrolllah) disiarkan sepenuhnya tulisan Hamidon Bahari yang tersiar dalam ruangan Laporan Seni Sekitar Tanah Ayer (Air) bertajuk P.RAMLEE BERSARA.
Bagaimanapun, artikel tersebut telah diedit oleh Zaini Yusop bersesuaian dengan keadaan semasa terutama ejaan lama ke ejaan baru dan sedikit pembetulan fakta.
# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA
(SETAKAT 22 APRIL 2016)
PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 135,951 SEKSI SELEBRITI INDONESIA 134,730
SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 120,554 SELAMAT PENGANTIN BARU 64,918
FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT SEPANJANG MASA 26,318
P.Ramlee sebagai pengarah "Ahmad Albab" ketika ditemui Hamidon Bahari.
Pengumuman P.Ramlee dia akan bersara dari berlakon dalam filem seakan-akan tidak dapat dipercayai oleh peminat-peminatnya sebab, dia bukan baru dalam dunia filem dan telah menghabiskan masa hidupnya selama 20 tahun dengan berlakon yang sudah menjadi darah dagingnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang keputusannya itu, saya telah menemui P.Ramlee di Studio Merdeka beberapa hari yang lalu.
Ketika saya tiba ke Studio itu, penyanyi, pelakon dan pengarah P.Ramlee sedang sebuk bertugas. Dia sedang mengarahkan filemnya yang terbaru "Ahmad Albab", sebuah filem komidi ala-negara Arab.
Tetapi yang agak berbeza sedikit pada hari itu, P.Ramlee tidak begitu riang seperti selalu. Kebiasaannya, P.Ramlee suka berjenaka atau sekurang-kurangnya senyum-senyum manis bila terpandang sesiapa saja.
Pada hari itu P.Ramlee seperti orang banyak berfikir. Sambil mengarah dia banyak berhenti sambil berjalan ke hujung ke pangkal, tunduk dan memandang jauh ke depan.
"Inilah filem terakhir saya berlakon," kata P.Ramlee sesudah dia selesai bertugas tengahhari itu.
Mengapa Abang Ramlee tidak mahu berlakon lagi?
P.Ramlee yang berusia hampir 40 tahun itu dan pernah memenangi musik terbaik dan pelakon utama lelaki terbaik di Festival Filem Asia Pasifik itu menjawab dengan nada seakan-akan merajuk:
"Saya dah tua. Dah lama saya berlakon. Orang-orang pun dah tak suka saya lagi. Peminat-peminat saya pun semua dah kahwin dah beranak dan dah sembahayang."
Tetapi bintang-bintang filem di Barat banyak yang lebih tua lagi?
"Di Barat lain di sini lain", jawabnya tegas.
Setelah diam seketika dia menyambung lagi:
"Sekarang dah banyak perubahan. Dah banyak orang pandai. Mereka suka tenguk filem-filem Barat. Kalau P.Ramlee berlakon siapa nak tengok. Nanti budak-budak universiti tanya, apa kelulusan P.Ramlee tu".
P.Ramlee juga menyebut orang sekarang hidup berkelas-kelas. "Kelas satu, kelas dua dan kita ni kelas tiga."
Ditanya apakah rancangan masa depannya, P.Ramlee yang pernah menerima kurnia Ahli Mangku Negara (AMN) dari Yang di-Pertuan Agong DYMM Tuanku Syed Putra pada 1963 menjawab:
"Saya nak menjadi pengarah saja. Saya nak pakai lawa. Pakai tai. Macam Jamil Sulong. Macam Omar Rojik."
"Saya dah puas pakai baju panas dan pakai seliper hari-hari datang ke studio macam ni," katanya sambil menjinjit baju panas berleher yang dipakainya.
P.Ramlee menambah: "Lagi pun sekarang saya dah senang sedikit. Saya dah latih budak saya jadi filem editor. Kalau tidak kerja itu pun saya buat sendiri. Pecah kepala. Mana nak buat cerita. Nak buat lagu. Nak berlakon dan nak mengarah.
Tetapi kalau peminat-peminat Abang Ramlee minta berlakon lagi, macam mana?
"Sekarang pun saya dah terima banyak surat. Mereka minta saya jangan berhenti berlakon. Telefon pun banyak juga. Hari ini pun saya ada terima telefon. Dari Kedah pun ada."
Bagaimanapun P.Ramlee berkata: "Macam mana sekali pun saya nak berehat dulu. Kalau pun saya nak berlakon lama lagi atau pun kalau ada banyak permintaan."
Bila ditanya adakah dia akan mengarahkan filem-filem jenaka seperti "Ahmad Albab" ini, P.Ramlee menjawab: "Kalau boleh saya mahu mengubah corak arahan saya kepada bercorak aksyen. Saya nak kasi orang hairan pulak."
Begitu pun juga, setakat ini P.Ramlee belum memberitahu apakah filem aksyen yang nak diarahkannya itu.
Menyentuh mengenai kemerosotan filem Melayu sekarang, P.Ramlee memberi empat sebab.
1. Kejatuhan harga getah.
2. Pengaruh televisyen.
3. Filem luar negara terlalu banyak diimport.
4. Orang Melalyu tidak suka tengok filem-filem Melayu.
Ditanya mengapa dia tidak merakamkan lagu-lagu baru ke piring hitam sekarang. Penyanyi yang suaranya masih tetap sama seperti awal-awal kemunculannya dalam filem, menjawab:
"Ada. Baru-baru ini saya ada rakamkan 12 lagu. Empat lagu sudah pun keluar rekordnya.
1. "Senjakala".
2. "Bulan Mengambang".
3. "Dewi Ilhamku".
4. "Terbang Burung Terbang".
Tetapi jarang-jarang benar suara Abang Ramlee kedengaran di radio sekarang?
"Entahlah. Saya pun tak tahu kenapa," jawabnya sedih.
Sebelum "Ahmad Albab" - "GERIMIS".
Sesudah "Ahmad Albab" - "KANCHAN TIRANA".
FAKTA___
* Jarak masa antara siaran interview Hamidon Bahari (23 Jun 1968) dengan kematian P.Ramlee (29 Mei 1973), 4 tahun 11 bulan 24 hari.
* Sebelum "Ahmad Albab" P.Ramlee berlakon dan mengarahkan "Gerimis".
* Atas desakan peminat-peminatnya P.Ramlee terus berlakon dalam;
1. Kanchan Tirana
2. Bukan Salah Ibu Mengandong (arahan Jins Shamsudin)
3. 6 Jahanam
4. Di Belakang Tabir (Jins Shamsudin)
5. Dr.Rushdi
6. Gelora
7. Putus Sudah Kaseh Sayang
8. Jangan Tinggal Daku
9. Laxmana Do Re Mi
* Antara empat lagu yang disebutkan oleh P.Ramlee telah dikeluarkan rekordnya tetapi jarang-jarang dimainkan diradio ketika itu (tumpuan banyak kepada lagu-lagu pop yeh yeh), hanya "Senjakala" telah dimainkan dengan begitu indah oleh The Bolshoi Theatre Orchestra. P.Ramlee sebagai penggubah lagu dan Yusnor Ef penulis lirik.
* "Ahmad Albab" merupakan filem ke-11 lakonan dan arahan P.Ramlee di Studio Merdeka. P.Ramlee mengarah 18 filem di studio yang terletak di Hulu Kelang itu. Pertama "Si Tora Harimau Jadian" dan terakhir "Laxmana Do Re Mi".
* "Ahmad Albab" merupakan satu-satunya filem dilakonkan oleh tiga beradik - Mariani, Saloma dan Mimiloma disamping realitinya Saloma pernah bersuamikan A.R.Tompel pada April 1952 dan bercerai pada September 1952. Dalam filem ini Saloma berlakon sebagai Mastura, anak kedua A.R.Tompel. Mariani berperanan Sapura dan Mimiloma sebagai Suhara.
* P.Ramlee menang anugerah Musik Terbaik ("Hang Tuah") di Festival Filem Asia Pasifik Ke-3 di Hong Kong pada 1956 dan Pelakon Utama Lelaki Terbaik ("Anak-Ku Sazali") di Festival Filem Asia Pasifik Ke-4 di Tokyo pada 1957. Dua filem itu diarahkan oleh Phani Majumdar.
* Selain anugerah Ahli Mangku Negara (AMN), pada 6 Jun 1990 P.Ramlee telah dianugerahkan darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) dengan membawa gelaran Tan Sri oleh Yang di-Pertuan Agong DYMM Azlan Shah. Anugerah tersebut diterima oleh anaknya, Nasir P.Ramlee. Dia menerima gelaran Seniman Agong pada 26 November 1978.
* Penggambaran "Ahmad Albab" dimulakan pada 16 Mac 1968 dan tayangan tengahmalamnya di panggung wayang Grand, Ipoh, Perak pada 24 Ogos 1968. Ertinya P.Ramlee menyiapkan filemnya itu dalam tempuh masa empat bulan.
* P.Ramlee mula berlakon dalam "Chinta" pada 1948, dan sejak itu dia telah membintangi 66 filem di tolak empat "Panca Delima", "Love Parade", "Melanchong Ka Tokyo" dan "Dajal Suchi" dimana dia sebagai bintang undangan.
# Pada Jun 1968 saya bertugas sebagai pemberita sambilan (stringer) di Utusan. Pertama kali ditugaskan ke Merdeka Studio pada Julai 1969 ketika Jins Shamsudin mengarahkan scene kereta terjunam dalam sungai untuk filem "Di Belakang Tabir" (lokasi didepan Merdeka Studio) dimana P.Ramlee sedang beraksi sebagai ASP Azman. Saya diterima sebagai pemberita di Utusan sepenuhnya pada Februari 1971.
# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.
FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?
SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem
A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati
R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian
AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni
LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu
SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?
Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.
Assalaamu'alaykum,
ReplyDeleteAntara filem lakonan P. Ramlee setelah beliau berhijrah ke Kuala Lumpur, hanya ada empat (4) yang betul-betul saya minat:
1. Masam-Masam Manis (antara filem beliau yang paling saya suka)
2. Anak Bapak
3. Ahmad Albab
4. Nasib Do Re Mi
Filem lain macam Keluarga 69 dan Do Re Mi pun saya AGAK minat sementara filem 'Laxmana Do Re Mi' saya minat ketika saya kecil saja (mungkin teruja dengan adegan 'zam-zam ala kazam' tu). Filem 'Enam Jahanam' dan 'Kanchan Tirana' kurang saya suka dan sampai ke hari ini, saya belum pernah tonton sampai habis. Jalan ceritanya pun tak menarik (membosankan) dan sukar difahami. Secara peribadi, saya lebih suka filem-filem P. Ramlee yang bercorak komedi atau sekurang-kurangnya ada adegan komedi di dalamnya seperti filem 'Sarjan Hassan'.
P.S.: Saya rasa Saloma memainkan watak anak tengah dalam filem 'Ahmad Albab', bukannya anak sulong.
Syed Putra Syed Abu Bakar
Johor Bahru
"Masam2 Manis" bukan "Masam-Masam Manis".
Delete"6 Jahanam" bukan "Enam Jahanam".
"Sergeant Hassan" bukan "Sarjan Hassan".
Saya menghargai sesiapa saja jika mereka
dapat menggunakan tajuk filem sama yang
terdapat dicredit title, kerana itu adalah fakta.
Dari majalah-majalah filem 1960'anlah saya dapat menatapi berita & poster "Si-Tora Harimau Jadian" (STHJ) & wajah para pelakonnya, termasuk heroin filem ini, Fazliyaton. Beliau kelihatan seperti berdarah mami Tanjung. Menurut laporan, beliau adalah adik kepada seorang lagi artis di studio Merdeka ketika itu. Tidak sabar rasanya untuk kami mengikuti laporan tentang sesi Bicara Filem: STHJ dari kacamata Fazliyaton, pada 21 Mei ini sempena ulang tahun pemergian P. Ramlee. Bagaimanakah agaknya keadaan & wajah Fazliyaton sekarang yang pernah sekejap menyinari industri perfileman klasik Melayu dulu? Apakah yang akan diperkatakan oleh Fazliyaton dalam sesi khas ini tentang insan yang bernama P.Ramlee (tentu komen yang "standard" & "stereotype" sepertimana komen artis-artis kita yang lain) serta filem seram STHJ itu yang masih belum dijumpai hingga sekarang. Saya sendiri belum pernah menonton filem ini, tetapi menurut cerita ia pernah ditayangkan di RTM di era TV hitam putih. Tidakkah RTM menyimpan salinan filem ini. Cuba periksa bilik setor Angkasapuri kalau-kalau terselit di mana-mana!!!
ReplyDelete- NONAMA
Peranan anak sulung dimainkan oleh Mariani jika tidak silap saya.
ReplyDelete- NONAMA
Ya, memang tidak silap lagi.
DeleteSaloma berperanan anak kedua A.R.Tompel
iaitu sebagai Mastura.
Kesilapan telah diperbetulkan.
Terima kasih Syed Putra dan NoNama.
Kalaulah di Hollywood, ketika hayat & semasa kematian mereka dulu, P.Ramlee tentu mempunyai aset bernilai RM19 juta manakala Saloma pula RM10 juta menurut ukuran era 1970-1990'an. Tetapi daripada banyak sumber yang dilaporkan, kedua-dua lagenda ini mati tanpa meninggalkan apa-apa aset ketara (signifacant) melainkan kenangan & memori semata-mata. Tetapi menurut Ahmad Nawab (AN) dalam wawancara Utusan Malaysia baru-baru ini, AN menyangkal sama sekali tentang kedaifan P.Ramlee & Saloma. Walhal, dalam buku "Bapaku P.Ramlee" (BKPR), kedudukan meleset ekonomi P.Ramlee & Saloma ada disebut oleh Nasir sendiri. Tentu sekali Nasir P.Ramlee lebih maklum tentang kedudukan & status kewangan kedua orang tuanya daripada pihak-pihak lain.
ReplyDelete- NONAMA
Saya masih ingat, lagu-lagu P.Ramlee yang popular antaranya "Gelora", "Getaran Jiwa", "Jangan Tinggal Daku" dan "Putus Sudah Kasih Sayang" sering dimainkan diradio. Tetapi jarang kedengaran apabila lagu-lagu pop yeh yeh melanda negara ditahun-tahun 1960an. Bagaimanapun, apabila P.Ramlee meninggal dunia pada 29 Mei 1973 dan lepas itu, lagu-lagu dan juga filem-filemnya segar semula dan sering diputarkan diradio sampailah ke masa ini. P.Ramlee seniman tulin dan tidak akan luput ditelan zaman. P.Ramlee akan terus hidup dan terus diingati walaupun seribu tahun lagi. P.Ramlee miskin dengan wang ringgit, ketika pemergiannya, tetapi kaya dengan penghasilan karyanya yang boleh dianggap sebahagiannya sangat bermutu - Zain Mahmud, Bayan Lepas, PP.
ReplyDeleteMenurun entri di atas p.Ramlee menyatakan para peminatnya terkejut bila beliau mahu bersara dan ramai yang hantar surat dan telefon meminta beliau jangan berhenti belakon..ini menunjukkan mungkin ada segelintir peminat yang masih menonton karya beliau ketika beliau mengalami zaman kemerosotan di kl. Saya ingin tahu dari Encik Mustafar, bagaimana sebenarnya sambutan filem2 beliau di merdeka studio? Apakah filem2 beliau yang kurang sambutan atau adakah yang gagal di pasaran ? Sekian terima kasih
ReplyDeletePertanyaan ini mungkin agak mencabar untuk En Mustafar menjawabnya!
Delete- XYZ
Apa yang boleh saya tolong jawabkan ialah, kalau sudah mendapat KURANG SAMBUTAN tentu akibatnya GAGAL DI PASARAN. Harap maaf atas jawapan saya yang "nakal" ini (sekadar bergurau, jika tidak blog ini akan menjadi terlalu informatif dan akademik)!
Delete- XYZ
Mungkin terlalu mencabar,saya sebagai salah seorang peminat allahyarham agak excited utk mendapat jawapanya
DeleteDua tiga tahun lepas saya ditakdirkan berjumpa dan lepak bersama seorang tua dikedai mamak.menurut ceritanya dia pernah berlakon tambahan filem keris sempena riau. Apa yg menarik dalam perbualan saya dengan beliau ,kata beliau pelakon jahat kat Merdeka Studio diluar filem pun jahat juga. Lagi satu kata beliau pelakon Tony Azman pernah berkahwin dengan Alisah (sebelum kahwin dgn Yahya Sulong)..encik Mus boleh sahkan?
ReplyDeleteLagi satu artikel menarik dari En. Mustafar mengenai P.Ramlee. Sedih bila saya membacanya. Dalam pada itu, saya nak tahu bilakah agaknya artikel Panggung Wayang Kuala Lumpur nak disiarkan? Rasanya, dah terlalu lama saya menunggunya - NurAzizah, Pekan, Pahang.
ReplyDeleteTak sangka ada juga yang berminat dengan panggung-panggung wayang di Kuala Lumpur. Artikel tersebut masih dalam pemersosesan kerana ada beberapa fakta yang perlu dicari pengesahan terlebih dulu. Apa pun saya dan Zaini sedang berhempas pulas menyiapkannya. Lengkap saja, ia akan disiarkan. Bersabarlah NurAzizah ya. Takkan lari gunung dikejar.
DeleteSaya dilahirkan di Kampung Bharu, Kuala Lumpur. Ertinya saya anak jati Kuala Lumpur. Saya sering menonton filem-filem Melayu di Coliseum, Odeon, Capitol, Federal, Madras dan Lido. Tak sabar saya menunggu artikel Panggung Wayang Kuala Lumpur dimana pastinya akan berlaku kelengkapan storynya sebagaimana Panggung Wayang Singapura hasil kajiselidek En. Mustafar A.R. - Baharudin, Kampung Bharu, KL.
DeleteAbang, boleh tak senaraikan filem-filem atau dvd-dvd filem Melayu lama atau filem klasik yang ada dalam simpanan abang kerana saya mahu membelinya - Syafira (via e-mail), Kuching, Sarawak.
ReplyDeleteUntuk pengetahuan Syafira saya bukanlah penjual dvd-dvd filem lama atau filem lasik. Kebiasaannya, peminat-peminat filem serupa itu akan memberitahu saya dvd/filem apa mereka mahu. Contohnya, "Roh Membela" atau "Badang". Saya sedaya upaya akan membantu mereka memilikinya. Untuk menyenaraikan dvd/filem yang saya ada, tidak boleh dilakukan kerana saya bukan menjualnya. Oleh yang demikian, Syafira pastikan filem apa yang diperlukan. Beritahu saya, dan akan saya cuba cari dan tunaikan sekiranya dvd/filem tersebut masih ada dalam simpanan saya atau melalui teman-teman baik saya.
DeleteSaya minta maaf abang. Terima kasih diatas penjelasan yang abang berikan. Sebenarnya saya cuba sedaya upaya mencari dvd-dvd filem Melayu lama atau filem klasik disekitar Kuching, Sarawak, habis kedai cd saya pergi tapi apa yang saya mahu tidak ada. Sukar diperolehi apatah lagi tahun 2016 ini sedangkan saya minat gila filem Melayu klasik kerana disitulah letaknya wajah kita, rakyat Malaysia, dan sifat kita yang asli dilakonkan oleh seniman dan seniwati popular terutamanya P.Ramlee. Anak-anak muda sekarang lebih condong dan banggakan Barat dengan trendy-trendy mahupun filem-filemnya. Filem-filem Melayu terkini saya menganggapnya kurang seni, "bak bunga yang kurang serinya". Kalau filem-filem klasik bukan saja diminati malah lagu-lagunya pun ramai yang suka. Saya adalah diantara jutaan peminat filem Melayu lama atau filem klasik berbangga memiliki pengkritik sehebat abang yang tahu banyak sejarah filem Melayu dan pernah bercampur gaul dengan artis-artis filem Melayu klasik dan seterusnya berkongsi maklumat. Benar kata ed lokfc, yang juga mengkagumi hasil usaha abang. Memang sukar dicari betul dengan fakta filem dan tajuk filem pun mesti betul. Saya boleh dikatakan mentah lagi muda, dengan sifat gelojoh saya itu, saya minta maaf. Oleh yang demikian, kerana kegilaan saya terhadap filem Melayu klasik itu, diharap abang dapat membantu saya supaya memperolehinya satu persatu. Kalau boleh dimulakan dengan filem "Badang" lakonan Wahid Satay dan Rose Yatimah - Syafira (via e-mail), Kuching, Sarawak.
DeleteSyafira. Setelah dibuat apa yang ada dalam simpanan saya, dirasakan 4 dvd ini sesuai bagi permulaan Syafira buat koleksi.
Delete1. Roh Membela (lihat ulasan dalam blog Filem Klasik).
2. Chemburu (lihat ulasan dalam blog Filem Klasik). 3. Orang Minyak - lakonan Nordin Ahmad, Salmah Ahmad & M.Amin.
4. Samseng - lakonan Jins Shamsudin, Rosnani dan Zaiton. Rasanya filem-filem tersebut Syafira tidak pernah tonton, Kesemua filem/dvd tersebut sangat menarik persembahannya, dan kualiti gambar pun agak baik tapi tidaklah sebaik filem asalnya. Boleh tonton, adalah sedikit cacat cela dimana-mana. Filem lama katakan. Jika Syafira berminat, harap hubungi saya.
Saya berminat dgn filem Orang Minyak dan Samseng..Bagaimana hendak dptkannya Tuan Mustafar.
DeleteFendy Penang
Satu lagi..Saya masih tercari cari kedai atau individu yg memiliki atau menjual buku Bapaku P.Ramlee..Jika Tuan dpt menolong saya utk dptkan buku tersebut..Fotostat pun bule.. Saya ada menghubungi pengeluar buku tersebut iaitu MPH tetapi pihak syarikat itu kata tak mengeluarkan lg buku itu..
DeleteFendy Penang
29 Mei 1973 adalah tarikh P.Ramlee meninggalkan alam fanak ini. Beliau pergi pada usia yang agak muda - 44 tahun. Sedangkan di Hollywood, ramai antara tokoh perfileman di sana yang menongkat usia & dapat bertahan hingga ke usia 80an atau 90an. Malah, Run Run Shaw sendiri - mogul & taukeh besar Shaw Brothers - menutup usia ketika beliau mencecah 106 tahun (7 Januari 2014). Mungkinkah ini berpunca pada faktor kualiti & gaya hidup? Hakikat hidup mati serta panjang pendeknya umur seseorang adalah hak & ketentuan Allah. Tidak perlu diulangi ungkapan stereotype ini. Semuanya telah tertulis. Harimau mati meninggalkan belang. Nama P.Ramlee kekal di alam Melayu / Nusantara selagi namanya disebut & ketokohannya dipromosikan entah sampai bila. Sebenarnya, dunia perfileman & hiburan Melayu bukan berkisar pada P. Ramlee semata-mata. Ramai lagi tokoh lain yang significant & boleh diketengahkan dengan sewajarnya. Tetapi ketokohan P.Ramlee tetap unggul kerana bakat alaminya yang serba boleh (innately multi-talented). Yang sedihnya, kini bagi anda di sana yang berhajat untuk mengulang kaji & meneruskan kajian tentang P.Ramlee semakin mencabar kerana ramai tokoh yang seangkatan / sezaman / sepertalian / seperjuangan dengan beliau telah pergi mendahului kita. Mereka inilah arkib lisan & sumber 'ilmu' yang dapat kita terokai untuk mengenali P.Ramlee lebih dekat. Sepertalian = isteri, anak (kandung/tiri/angkat), ipar-duai, ahli keluarga terdekat (contoh: Junaidah Harris, Norizan, Saloma, Nasir, Mariani) semuanya telah tiada. Sepertalian yang masih ada mungkin tidak begitu ingat dek jarak usia atau tidak begitu rapat (contoh: Sazali, Dian, Mimiloma). Seperjuangan = artis & kru di studio MFP / studio rakaman (contoh: semua artis veteran MFP, pemuzik & biduan klasik seperti Ahmad Jaafar, Rubiah, Lena, Momok dll.) hampir semua telah tiada kecuali Nona Asiah. Malah, teman yang tidur sebantal, makan sepinggan dengan P.Ramlee pun ramai yang telah tiada seperti usahawan H.M. Shah yang banyak meniupkan semangat & memberi sokongan kepada Allahyarham. Kenalan paling rapat Allahyarham yang masih boleh dijadikan sumber rujukan selagi hayat di kandung badan termasuklah Cikgu Mohd Nor Mohd Yusofe (Yusnor Ef), Ramli Ismail (atau Ramli Kecik, bekas suami Norlia Ghani), pemuzik Ahmad Nawab & mungkin beberapa tokoh atau individu lain di belakang tabir yang perlu dihubungi. P.Ramlee - lagenda yang patah tak tumbuh lagi, hilang belum berganti!
ReplyDelete- NONAMA
Syabas.. komen awak ni cukup bernas dan kita perlu lebih ramai yg berfikiran kritikal dan ini sudah tentu termasuk mahagurunya en. Mus a.r sendiri.
ReplyDeleteBoleh tak ed Lokfc gunakan bahasa yang lebih lembut seperti Encik (lelaki), Cik (wanita) Puan (wanita) atau Anda (lelaki dan wanita). Kerana AWAK itu kasarlah! - Shuib, JBahru.
DeleteBagus idea Ahmad Fauzee dan Mustafar A.R. yang menganjurkan perbincangan mengenai "Si Tora Harimau Jadian" Dari Kacamata Fazliyaton. Saya tidak akan lepas peluang baik ini datang ke Pustaka Peringatan P.Ramlee pada 21 Mei 2016 nanti untuk sama-sama mengikuti Bicara Filem tersebut yang sebelum ini tidak pernah dilaksanakan. Setahu saya, selain "Si Tora Harimau Jadian" filem P.Ramlee yang hilang "Noor Asmara", "Bakti" dan "Melanchong Ka Tokyo". Diharap tiga filem tersebut boleh mengisi Bicara Filem yang akan datang bagi menambah ilmu pengetahuan peminat-peminat filem Melayu lama dan klasik terutama mereka yang kurang tahu - Zainuldin (via email), Alor Setar, Kedah.
ReplyDeleteSaya sangat menghargai usaha Datuk Ahmad Fauzee dan Encik Mustafar A.R. kerana melahirkan idea "Si Tora Harimau Jadian" Dari Kacamata Fazliyaton. Dengan itu dapatlah kita sebagai peminat filem-filem Melayu lama atau klasik mengetahui mengenai filem yang dikatakan sudah hilang itu serta melahirkan biografi lengkap Fazliyaton dimana yang ada selama ini tidak lengkap. Pada hemat saya Bicara Filem harus diteruskan dari masa ke masa. Dan orang yang paling sesuai mengedalikannya ialah Datuk Ahmad Fauzee dan Encik Mustafar A.R. yang saya anggap pakar dalam hal-hal filem-filem Melayu lama atau klasik. Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan supaya Rokiah, heroine P.Ramlee dalam "Antara Senyum Dan Tangis" dan "Putus Harapan", dijadikan sabjek dengan tajuknya "P.Ramlee Dari Kacamata Rokiah" atau lain-lain tajuk yang lebih sesuai. Lebih menarik, saya difahamkan Rokiah juga pernah tinggal lama di Stockholm, Sweden dan dia masih sihat dan tinggal di Gemas, Negeri Sembilan - Suraya, Woodlands, Singapore.
ReplyDeleteSokong pendapat Suraya seratus peratus. Bak kata arwah Mak Neng Yatimah dulu "belen-belen" seniman seniwati lagenda kita semakin berkurangan dari masa ke masa. Selalu-selalu & cepat-cepatlah diadakan bicara filem klasik seperti yang bakal diadakan ini. Anehnya, Finas & pihak-pihak lain yang relevan terus tidak berminat & mematikan diri. Sungguh mengecewakan & amat menyedihkan! Sekurang-kurangnya, pihak-pihak ini jadilah penaja!
Delete- nonama