PENGARAH FOTOGRAFI FILEM (MELAYU) SUKAR DICARI GANTI
Teks: Mustafar A.R., Aidalina Mustafar & Muszaili Mustafar
Foto Diambil Daripada Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
A.BAKAR ALI
A.BAKAR ALI bersama anugerah yang dimenanginya di Festival Filem Asia Pasifik di Manila.
A.BAKAR ALI dan Saloma begitu gembira dengan anugerah yang dimenangi kerana "Sumpah Orang Minyak".
A.BAKAR ALI (kiri) bersama anugerah yang dimenanginya dipegang oleh Saloma, yang menerimanya di Manila. Turut sama Runme Shaw (produser Shaw Brothers) dan P.Ramlee (kanan) yang mengarahkan "Sumpah Orang Minyak".
Lahir: 8 Januari 1928
Tempat: Singapura
Meninggal dunia: 15 Jun 2018
Tempat: Singapura
Setelah mengarahkan filem terakhirnya "A Go Go 67" (ditayangkan lebih awal dari "Raja Bersiong"), diarahkan oleh Omar Rojik dibintangi Aziz Jaafar dan Noor Azizah, serta berakhirnya studio Jalan Ampas terlibat dengan pengeluaran filem, Bakar Ali beralih angin bertugas di Filem Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Pada tahun 1974 Bakar Ali mendapat tawaran Sabah Film (Aziz Sattar, pengarah "Keluarga Comat"), menjadi Pengarah Fotografi yang merupakan filem pertama warna-warni dan bidang-luas digambarkannya keseluruhannya secara berseorangan.
Filem terakhir beliau sebagai Pengarah Fotografi, "Hapuslah Airmatamu", arahan M.Amin dibintangi Sharifah Aini, Latiff Ibrahim, Broery dan Christine Hakim juga keluaran Sabah Film.
Pada tahun 2005, sebagai mengenang jasanya dalam perkembangan filem Malaysia dan Singapura, di Festival Filem Malaysia Ke-18 (FFM18) Kliks Disini Finas telah mengundang Bakar Ali untuk menerima anugerah khas juri - Anugerah Khas Karyawan.
Apabila meninggalkan terus dunia filem, pada tahun 1984 (ketika usianya 59 tahun), Bakar Ali menyepi diri dan tinggal disebuah rumah banglo di Bukit Timah, Singapura bersama isteri dan dua orang anaknya. Tumpuan lebih kepada mengendalikan kebun tidak lagi membelai kamera kesayangannya.
Kini, Bakar Ali sudah tiada, pergi menemui Penciptanya. Semoga Allah mencucuri rohnya. Amin.
PISAU BERACHUN
KEMBAR
PISAU BERACHUN FILEM PERTAMA
A.BAKAR ALI TERLIBAT DENGAN KAMERA
Oleh Mustafar A.R.
Pada 15 Jun lalu (2018), kita (peminat-peminat filem Melayu lama terutamanya) kehilangan sebutir lagi permata yang dulunya sering menyinari dunia filem Malaysia dan Singapura - A(Abu).Bakar Ali.
Dalam pengunaan sistem studio seperti Malay Film Productions, Cathay Keris Film dan Merdeka Film Productions (Merdeka Filem Setudio), beliau merupakan anak Melayu yang boleh dianggap terbilang gemilang dalam bidang hal ehwal teknik
kamera filem (fotografi).
Kebolehannya tidak jauh bezanya dengan jurugambar-jurugambar terkenal masa itu seperti Chow Cheng (Chan) Kok, Koh Jee Soon, N.B.Vasudev, R.C.Purushotham dan C.Ramachandra, malah ada filem-filem Bakar Ali, penghasilan fotografinya lebih baik jika dibandingkan dengan jurugambar-jurugambar bukan Melayu itu.
Ini jelas, dua filemnya mendapat pengiktirafan di Festival Filem Asia Pasifik - "Sumpah Orang Minyak" dan "Ibu Mertua Ku", dua-duanya diarahkan oleh P.Ramlee - sedangkan jurugambar-jurugambar lain baik yang berada di Malay Film, Cathay Keris mahupun Merdeka
Filem tidak pernah ada.
Bakar Ali memulakan kerjaya filemnya di Malay Film pada 16 November 1947 sebagai buruh kasar dengan melakukan pelbagai kerja termasuk mengangkat kamera dan membantu kru filem yang pada masa itu sedang membuat penggambaran "Pisau Berachun" (bercorak detektif) arahan B.S.Rajhans Kliks Disini dengan bintang utamanya, Kasma Booty dan Bachtiar Effendi.
Bermula dari situlah beliau berminat dengan kamera dan (sungguhpun tidak begitu mahir dengan bahasa Inggeris) dibelinya buku-buku mengenai teknik-teknik melahirkan filem yang baik mengenai fotografi disamping menonton banyak filem yang diarahkan oleh pengarah-pengarah ternama serta juga
jurugambar-jurugambar handalan.
Berkat ketekunannya itu, beransur-ansur kefahaman Bakar Ali tentang penggambaran sesebuah filem semakin bertambah dan akhirnya berjaya dilantik sebagai Penolong Jurugambar kepada Koh Jee Soon untuk filem "Kembar" pada tahun 1950 yang diarahkan oleh S.Ramanathan dibintangi Mohamad Amin (M. Amin), Mariam, D.Harris dan Jaffar Wiryo.
Setelah menjadi Penolong Jurugambar empat filem di studio yang terletak di Jalan Ampas itu, Bakar Ali meletak jawatan kerana pihak pengurusan enggan membenarkannya mendalami bahasa Inggeris (sekolah malam). Beliau kemudian membuat kerja sambilan di Nusantara Films Company.
Malangnya, setelah "Pachar Puteh" (penggambarannya turut dilakukan di Kelantan), Nusantara Films melabuhkan tirainya. Ini menyebabkan Bakar Ali terumbang ambing tetapi masih berupaya bangkit apabila Ho Ah Loke mengambilnya bertugas dengan Rimau Film Productions yang mengeluarkan dua filem - "Bunga Percintaan" dan "Untok Sesuap Nasi", dua-duanya diarahkan oleh L.Krishnan dan heronya Mustapha Maarof.
Bagaimanapun, pada tahun 1954, pengurusan Shaw Brothers menawarkan kembali jawatan Penolong Jurugambar kepadanya dengan peranan yang lebih bertanggungjawab, tidak terhad
seperti filem "Kembar".
Bermula dari tahun tersebut, setelah puas menjadi Penolong Jurugambar kepada Chow Chan Kok, Koh Jee Soon, Vasudev, Purushotham dan Ramachandra, akhirnya pada tahun 1957 Run Run Shaw bersetuju dengan P.Ramlee supaya Bakar Ali dilantik sebagai Pengarah Fotografi "Pancha Delima" dengan bantuan
(assiociated cameraman) Chow Cheng Kok.
Kemampuannya melahirkan teknik-teknik fotografi yang baik disamping "Panca Delima" mendapat sambutan hangat, membuatkan P.Ramlee teruja dan mengambilnya sekali lagi sebagai Pengarah Fotografi filem komedi "Bujang Lapok" pada tahun 1958.
Reputasi Bakar Ali semakin bercambah apabila "Sumpah Orang Minyak" yang di bawa ke Manila untuk dipertandingkan dalam Festival Filem Asia Pasifik Ke-5 (1958) menang anugerah Fotografi Hitam & Putih Terbaik. Ini juga membuatkan Run Run Shaw dan pengarah Filipina, Lamberto V.Avellana, bersetuju melantiknya sebagai Pengarah Fotografi filem perang "Sergeant Hassan"
pada tahun 1958.
Kini diterbitkan sebulan sekali tidak dua minggu sekali.
Dalam proses penyelenggaraan.
12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG
# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA * GELORA
* PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA
# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 13 SEPTEMBER 2018)
1. PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI -> 198,701
2. 10 FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT -> 32,081
3. 10 FILEM INDONESIA TERBAIK -> 17,065
4. 5 TAHUN PEMERGIAN P.RAMLEE -> 16,703
5. GELORA (1970) -> 11,787
# 5 PAGEVIEWS TERBANYAK___
(SETAKAT 13 SEPTEMBER 2018)
1. MALAYSIA -> 1,374,744
2. INDONESIA -> 206,760
3. UNITED STATES -> 131,516
4. SINGAPORE -> 116,547
5. RUSSIA -> 49,740

IBU MERTUA KU
P.RAMLEE (kiri) begitu gembira menerima anugerah The Versatile Talent (Bakat Serba Boleh) kerana filemnya, "Ibu Mertua Ku",
di Festival Filem Asia Pasifik (Tokyo). Turut mendapat anugerah di festival filem tersebut Bakar Ali.
SERGEANT HASSAN
SUMPAH ORANG MINYAK & IBU MERTUA KU
PENCAPAIAN TERBAIK A.BAKAR ALI
Oleh Zaini Yusop
Tidak dapat dinafikan A.Bakar Ali mengharumkan nama Melayu dalam pengeluaran filem di Malaysia dan Singapura. Dua filemnya sebagai Pengarah Fotografi diiktiraf hingga ke peringkat Asia Pasifik ialah "Sumpah Orang Minyak" dan "Ibu Mertua Ku", dua-duanya diarahkan oleh P.Ramlee.
Nampaknya, 'magic touch' P.Ramlee bukan saja diperolehi oleh Jins Shamsudin, Sarimah dan Rose Yatimah tetapi juga Bakar Ali yang sebelumnya tidak dipedulikan oleh pengarah-pengarah lain termasuk Run Run Shaw dan Runme Shaw yang bertindak sebagai produser filem. P.Ramlee saja yang tahu kemampuan seseorang, hanya jauhari mengenali manikam.
Tiga filem telah dihantar oleh Shaw Brothers ke Festival Filem Asia Pasifik Ke-5 (Manila, 1958) - "Azimat" (Rolf Bayer), "Sumpah Orang Minyak" (P.Ramlee) dan "Doctor" (Phani Majumdar). Hanya "Sumpah Orang Minyak" membawa pulang satu anugerah - Fotografi Hitam & Putih Terbaik untuk Bakar Ali sebagai Pengarah Fotografi.
Ini bererti Bakar Ali memperlihatkan keunggulannya apabila dapat menewaskan Purushotham ("Doctor"), dan Lee Meow Seong ("Azimat"), dua-duanya boleh dianggap begitu mahir (pakar) dalam hal ehwal fotografi di studio Jalan Ampas.
Pencapaian Bakar Ali melaksanakan teknik-teknik fotografi dalam "Sumpah Orang Minyak" dibawah pimpinan P.Ramlee serta dibantu suntingan mantap oleh H.R.Narayana, adegan-adegan Alam Bunian dan pertarungan antara P.Ramlee (Bongkok) dan Salleh Kamil (Buyong) ketika ribut melanda serta Bongkok didera oleh Buyong dan kawan-kawannya ternyata telah dilaksanakan begitu unggul dan sangat berkesan.
Kerana itulah, apabila Lamberto V.Avellana dari Filipina dibawa ke Singapura untuk mengarahkan perang perang "Sergeant Hassan", Shaw Brothers telah mengemukakan nama Bakar Ali dan seterusnya dipertujui oleh pengarah "Anak Dalita" yang sebelumnya memenangi anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Asia Pasific pada tahun 1956 di Hong Kong.
Berikutan kejayaan demi kejayaan yang dicapainya, Bakar Ali menjadi 'favourite photographer' P.Ramlee dan kesemua filem yang diarahkannya (kecuali "Musang Berjanggut" dan "Nasib Si Labu Labi"), Bakar Ali Pengarah Fotografinya.
Paling istimewa apabila beliau sekali lagi memenangi anugerah Fotografi Hitam & Putih Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik Ke-10 di Tokyo Kliks Disini pada tahun 1963 kerana "Ibu Mertua Ku", dan tambah istimewa diiringi pula anugerah yang dimenangi oleh P.Ramlee - The Most Versatile Talent (Bakat Serba Boleh), satu-satu anugerah demikian pernah wujud, tidak ada lagi selepas itu.
GERHANA
HAPUSLAH AIRMATAMU
Disamping memenangi anugerah untuk dirinya sendiri, beberapa anugerah turut berjaya diraih dimana Bakar Ali terlibat sebagai Pengarah Fotograf seperti;
* "Hang Tuah" - Musik Terbaik: Bahagian Dramatik (P.Ramlee), Festival Filem Asia Pasifik Ke-3 di Hong Kong (1956),
* "Pendekar Bujang Lapok" - Komedi Terbaik, Festival Filem Asia Pasifik Ke-6 di Kuala Lumpur (1959).
* "Nujum Pa' Blalang" - Komedi Terbaik, Festival Filem Asia Pasifik Ke-7 di Tokyo (1960).
* "Gerhana" - Pelakon Kanak-kanak Terbaik (Bat Latiff), Festival Filem Asia Pasifik Ke-11 di Taipeh (1964).
* "Madu Tiga" - Komedi Terbaik, Festival Filem Asia Pasifik
Ke-11 di Taipeh (1964).
* "Keluarga Comat" - Anugerah Khas Juri (Persembahan Istimewa), Festival Filem Asia Pasifik Ke-21 di Jakarta (1975).
* "Hapuslah Airmatamu" - Anugerah Khas Juri (Menjanjikan Persahabatan Dan Kemajuan Seni), Festival Filem Asia Pasifik
Ke-22 di Pusan (1976).
RAJA BERSIONG
A.BAKAR ALI DENGAN FILEM-FILEM
EASTMANCOLOR DAN SHAWSCOPE
Oleh Muszaili Mustafar
Malay Film Productions, setelah berhenti mengeluarkan filem pada tahun 1968, hanya menghasilkan lima filem dalam warna-warni - "Ribut", "The Long House", "Hang Tuah", "Raja Bersiong" dan "Melanchong Ka Tokyo".
Antara filem-filem tersebut, Bakar Ali hanya terlibat dengan "Hang Tuah" (Phani Majumdar) dan "Raja Bersiong" (Jamil Sulong), dua-duanya dalam warna-warni Eastmancolor namun "Raja Bersiong" ditambah dengan bidang-luas Shawscope.
Selain itu, dua filem lagi turut diwarna-warnikan - "Raja Sahari" (B.S.Rajhans) dan "Semerah Padi (P.Ramlee), tetapi cuma satu scene saja - adegan (Raja Sahari) D.Harris bermimpi menari dengan dayang-dayang istana dan adegan (Semerah Padi) Sa'adiah (menggunakan suara Momo) menyanyikan lagu "Putus Kasih Di Semerah Padi" - sebelum beliau dicolek oleh Salleh Kamil.
Sayang sekali "Raja Sahari" hilang ghaib entah kemana manakala adegan warna-warni yang terdapat dalam "Semerah Padi"
Kliks Disini telah dipotong walaupun filem tersebut masih
wujud sampai sekarang.
Tiga filem - "Nora Zain Ajen Wanita 001", "Jurang Bahaya" dan "Bayangan Ajal" - turut melibatkan Malay Film namun bukannya keluaran secara total studio Jalan Ampas. Kiblatnya lebih ke arah studio Shaw Brothers di Hong Kong.
"Buloh Perindu" Kliks Disini arahan B.S.Rajhans dibintangi Rusini dan Shariff Medan keluaran Keris Film merupakan filem Melayu pertama dibuat dalam warna-warni.
"Ribut" boleh dianggap sebagai percubaan menghasilkan filem warna-warni sebelum mengeluarkan "Hang Tuah" yang tujuan asalnya untuk dipertandingkan dalam Festival Filem Asia Pasifik Ke-2 di Singapura (1955). Ia tidak dapat disiapkan tepat pada waktunya, cuma dapat menyertai festival yang sama tahun berikutnya
(1956) di Hong Kong.
Tidak ada penglibatan Bakar Ali dalam filem yang diarahkan oleh K.M.Basker (dalam warna-warni Gevaert) dengan bintangi utamanya Ahmad Mahmud, Sa'adiah, Haji Mahadi, Rosnani dan Aziz Sattar itu. Pengarah Fotografinya Vasudev manakala penolongnya A.Bakar Lahak bukannya Bakar Ali.
Apabila "Hang Tuah" dilaksanakan pengarah dari India, Phani Majumdar, di bawa masuk. Beliau yang memulakan kerjaya filemnya sebagai Pengarah Filem dengan "Street Singer" (1938) turut mengarahkan "Baadbaan" (1954) yang dibintangi oleh Dev Anand, Meena Kumari dan Ashok Kumar.
Kemampuan menggambarkan "Ribut" dengan baik, Vasudev diberi tugas lebih mencabar apabila diberi kepercayaan oleh Run Run Shaw sebagai Pengarah Fotografi "Hang Tuah" yang dibuat dalam Eastmancolor, dan Bakar Ali bernasib dipilih sebagai Penolong Jurugambar yang merupakan filem warna-warni pertama
pernah dikendalikannya.
"The Long House" (1957) Kliks Disini yang diarahkan oleh Phani Majumdar, juga dibuat dalam Eastmancolor, tidak ada penglibatan Bakar Ali. Ini disebabkan filem (penggambaran banyak dilakukan di Sarawak) lakonan Luli dan Kenny Buchannan itu bekerjasama dengan Malayan Film Unit (kini Filem Negara Malaysia) yang mana Pengarah Fotografinya Mohd.Zain Hussain manakala
penolongnya, Anthony Aeria.
Filem arahannya (juga sebagai Pengarah Fotografi), "Timeless Temiar" (1957), merupakan satu-satunya filem keluaran Filem Negara yang dibeli oleh Metro-Goldwyn-Mayer (MGM) untuk ditayangkan di beberapa negara Barat.
Ia juga menang anugerah di Festival Filem Asia Pasifik di Hong Kong, Edinburgh dan Venice dalam tahun 1956.
Bagaimanapun, apabila "Raja Bersiong" (1968), filem terakhir keluaran studio Jalan Ampas, beliau diberi tugas menolong jurugambar terkenal dari Jepun, Ryoichi Arano
dan Tokio Matsushita.
Filem ini dibuat dalam Eastmancolor dan Shawscope, sudah pasti kepakaran dua jurugambar dari Jepun itu sangat-sangat diperlukan. Apapun, filem tersebut kecundang di 'box office'.
"Melanchong Ka-Tokyo" (1964) yang diarahkan oleh Ramon A.Estella Kliks Disini Bakar Ali tidak berperanan kerana Shaw Brothers menggunakan kepakaran jurugambar British, Laurie Friedman, dan jurugambar Jepun, T.Nagaoka, manakala penolongnya,
Yaacob Abdullah.
Laurie Friedman semasa bertugas di Cathay Keris telah mengarahkan tiga filem - "Irama Kaseh", "Mutiara Dari Malaya"
Kliks Disini dan "Saudara-Ku".
ANTARA DUA DARJAT
PENDEKAR BUJANG LAPOK
Filem-filem arahan P.Ramlee, A.Bakar Ali
sebagai Pengarah Fotografi;
* BUJANG LAPOK
* SUMPAH ORANG MINYAK
* PENDEKAR BUJANG LAPOK
* NUJUM PA' BLALANG
* ANTARA DUA DARJAT
* ALI BABA BUJANG LAPOK
* SENIMAN BUJANG LAPOK
* IBU MERTUA KU
* LABU DAN LABI
* MADU TIGA
* 3 ABDUL
SRI DEWI
HANTU KUBOR
MENINGGAL DI BULAN YANG SAMA
Di Susun Oleh Aidalina Mustafar
Dalam "Sumpah Orang Minyak" dimana Bakar Ali sebagai Pengarah Fotografi, Sri Dewi turut berlakon berperanan sebagai Afida. Berpuluh tahun kemudian (dalam jangka masa berselang beberapa hari) mereka berdua meninggal dunia. Sri Dewi pada 12 Jun 2018, Bakar Ali pula pada 15 Jun 2018.
FAKTA ->
# Pada tahun 1950, sebagai Penolong Pengarah Fotografi, M.Amin berperanan hero dalam "Kembar" disamping Mariam heroinenya, Pada tahun 1976, M.Amin (Pengarah) Kliks Disini berganding bahu dengan Bakar Ali (Pengarah Fotografi) mengusahakan "Hapuslah Airmatamu" yang mendapat kejayaan 'box office'.
# Mohd.Zain Hussain yang menjadi jurugambar "The Long House" pernah memegang jawatan Ketua Pengarah Malayan Filem Unit (MFU –yang kemudian dikenali sebagai Filem Negara Malaysia–FNM) dari tahun 1963 sehingga 1971. A.Bakar Ali pernah bertugas di situ tetapi tidak lama.
# Di studio Jalan Ampas terdapat beberapa jurugambar Melayu tetapi tidak seorang pun dapat mencapai tahap Bakar Ali. Mereka mampu sekadar sebagai Penolong Jurugambar saja. Antaranya Abu Bakar Lahak (Lahab), Yaacob (Yaakob) Mahmud, A.Rahman Jais dan S.Jumari.
# "Hantu Kubor" yang diarahkan oleh Chow Cheng Kok menggunakan tiga Pengarah Fotografi - Purushotham, Bakar Ali dan Ramachandra. Penolong Jurugambar juga tiga - Yaacob, Rahman dan Jumari. Sepatutnya K.M.Basker mengarahkan filem tersebut yang merupakan sambungan "Hantu Jerangkong" tetapi dibatalkan kerana (selepas "Putera Bertopeng") beliau berpindah ke Cathay Keris kerana dapat tawaran mengarahkan "Selendang Delima" Kliks Disini lakonan Maria Menado dan Abdullah Chik.
# Bakar Ali tidak pernah memenangi sebarang anugerah di Festival Filem Malaysia, kecuali anugerah khas juri. Ini kerana dua filem terakhirnya, "Keluarga Comat" dan "Hapuslah Airmatamu", dikeluarkan sebelum festival filem tersebut dimulakan oleh Eja pada tahun 1980.
# Bakar Ali tidak pernah menjadi jurugambar di Cathay Keris Film dan Merdeka Filem Setudio (Merdeka Film Productions). Beliau tetap setia dengan Malay Film sehingga Shaw Brothers tidak mengeluarkan filem lagi.
# Sungguhpun, memenangi anugerah di dua Festival Filem Asia Pasifik (di Manila dan Tokyo), "Sumpah Orang Minyak" dan "Ibu Mertua Ku", namun Shaw Brothers tidak pernah menghantar Bakar Ali menghadiri sebarang festival filem dimana-mana negara sekali pun. Di Manila, Saloma menerima anugerah bagi pihaknya manakala di Tokyo, P.Ramlee.
# "Iman" Kliks Disini turut menyertai Festival Filem Asia Pasifik (South East Asia Film Festival) pertama yang berlangsung di Tokyo pada tahun 1954. Sepatutnya Bakar Ali menjadi Penolong Jurugambar bersama K.M.Thomas tetapi digantikan oleh S.Jumari kerana beliau terlibat dengan filem lain.
# Dalam Festival Filem Asia Pasifik Ke-10 di Tokyo, turut disertai oleh P.Ramlee (mewakili studio Jalan Ampas), Latifah Omar Kliks Disini Rose Yatimah, Hussain Haniff Kliks Disini (pengarah "Masok Angin Keluar Asap" yang dipertandingkan), Wahid Satay dan Rahmah Ali (dari Cathay Keris Film). Menariknya, Bakar Ali yang menang anugerah tidak turut serta.
# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI
berapa banyakkah yang masih ada?
SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem
A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati
R.AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian
AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni
LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu
SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?