"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Saturday, November 15, 2014


APA SEBENARNYA YANG KAU CARI, JURI?

Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
tapi jasamu tetap dikenang dan dihargai

SEKSI SELEBRITI INDONESIA
nampak seksi bukan bererti dedah semua

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR
JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 15 NOVEMBER 2014)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA - 90,306
* SEKSI SELEBRITI MALAYSIA - 63,512 * PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI - 61,996
* SELAMAT PENGANTIN BARU - 38,184 * FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT - 14,000




# Sungguhpun artikel Hatta Azad Khan ini telah disiarkan oleh Mingguan Malaysia hampir tiga tahun lalu, namun ia masih relevan lebih-lebih lagi keputusan pencalonan dan pemenang Festival Filem Malaysia Ke-26 (FFM26) yang lintang-pukang, tidak berwibawa dan tidak bermaruah. Sepatutnya, angguta panel juri harus membaca dahulu artikel ini sebelum berbangga menjadi juri. Kepada Finas pula, sudahkah diberi cukup taklimat kepada mereka yang bertanggungjawab menentukan yang manakah benar-benar terbaik. Kalau mengikutkan kata orang kuat Finas, Zulkifli Wahab, Finas tidak campur-tangan, semuanya diserahkan kepada angguta panel juri. Jika begitu keadaan dan kedudukannya, patutlah kucing bermaharajalela, tikus bertempiaran lari.


AZAH AZIZ (Juri FFM1)

MAZLAN NORDIN (Juri FFM2)

JOHARI SALLEH (Juri FFM4)

AZEAN IRDAWATY (FFM11)


Oleh HATTA AZAD KHAN (Juri FFM8)
(Mingguan Malaysia / 20 November 2011)


SETIAP festival filem mempunyai matlamat khusus. Festival Filem Malaysia juga tidak terkecuali. Penganjur yang bertanggungjawab akan memberikan penjelasan kepada jemaah juri akan tujuan atau matlamat, harapan dan pencapaiannya.

Memanglah untuk mencari yang terbaik. Itu lumrah dalam setiap pertandingan atau perlawanan. Tetapi menentukan antara yang kalah dan yang menang harus berdasarkan bukan sahaja peraturan tetapi juga kriteria tertentu yang ditetapkan oleh penganjur bagi memenuhi matlamatnya.

Juri seharusnya melihat filem sebagai filem dan tidak perlu terpengaruh dengan hal-hal lain berkait dengan promosi, pemasaran, sambutan dan ulasan atau kritikan filem itu. Tetapi para juri mestilah bijaksana.

Mereka perlu kenal filem, tahu bahasa filem, pandai menilai lakonan dan pengarahan serta turut memahami setiap aspek dalam penghasilan filem.

Mereka tidak perlu terlibat secara langsung dengan bidang perfileman, tetapi perlu memahami keadaan sosio-budaya yang melatari setiap filem yang dihasil dan dipertandingkan.

Yang sebaik-baiknya, juri seorang yang luas pengetahuannya tentang budaya bangsanya dan turut menjadi penggemar filem dari serata dunia untuk menjadi modal dalam membuat perbandingan. Ini penting kerana setiap ukuran yang dibuat harus ada dasarnya, diukur berbanding siapa?

Bukanlah kita mahu mereka membandingkan filem-filem kita dengan filem Amerika atau Eropah, tetapi sekurang-kurangnya mereka mempunyai pengetahuan dan pengalaman menonton filem setidak-tidaknya dari negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina, Iran, Sri Lanka atau lain-lain negara yang mungkin tidak semaju Amerika atau Eropah.

Berhati-hatilah dalam membuat penilaian dan pemilihan. Memilih filem bukan seperti memeriksa kertas ujian atau peperiksaan. Tidak ada formula atau pemarkahan. Yang perlu adalah perbincangan yang disokong oleh hujah yang matang dan terperinci mengenai kekuatan dan kelemahannya.

Jangan terpengaruh jika ada orang yang cuba bertindak pandai dengan mencipta formula menilai filem dengan menggunakan angka atau markah. Tidak ada sebuah sekolah filem pun di dunia yang mengajar apresiasi dan penilaian filem dengan memberi formula secara perkiraan markah dengan angka.

Filem harus dilihat sebagai sebuah karya yang bermula dengan cerita yang diolah menjadi menarik oleh pengarah. Cerita itu dihidupkan dengan lakonan oleh pelakon-pelakon yang memahami dan menghayati watak yang dibawanya.

Lakonan yang hidup itu pula berhasil menimbulkan konflik yang menyentuh hati penonton. Penonton akan turut merasai setiap perlakuan, tindakan dan perasaan yang dialami watak dan sentiasa mengharapkan berlakunya penyelesaian yang memberikan mereka kepuasan.

Lakonan yang menghidupkan cerita digambarkan dalam framing dengan komposisi yang menghidupkan latar, mood dan suasana. Gambaran yang terhasil ini dibantu atau digetarkan pula dengan muzik, kesan bunyi dan lagu.

Kesemuanya pula direalitikan dengan penataan seni termasuk busana, tatarias, pencahayaan dan sudut kamera. Ertinya filem itu dihidupkan dengan gabungan berbagai elemen yang diadun dengan kreativiti terpilih.

PENGALAMAN PAHIT MANIS

Sebuah filem akan menjadi terbaik jika adunan ini menjadi menarik dan berkesan dan tiada cacat-cela yang merosakkan. Ia juga menjadi terbaik jika kita yang menonton menjadi lupa bahawa yang ditonton itu adalah sebuah cereka.

Kita hadir di dalam dunia yang dicipta itu secara tidak sedar dan terheret sama dalam setiap persoalan, emosi, aksi atau tindakan serta pengalaman pahit manis watak-wataknya. Ringkasnya kita tidak sedar bahawa itu adalah filem!

Namun tidak semua filem dibuat dengan keupayaan dan tujuan ini. Ada banyak filem-filem ringan yang dibuat semata-mata dengan tujuan memberikan hiburan semata-mata dan tidak pun mahu menyoal minda penonton. Ia cuma ditonton dan dilupakan. Tiada salahnya membuat filem sebegini. Menghiburkan penonton berbayar itu juga suatu amanat yang mulia.

Tetapi jika filem begini kita senaraikan sebagai calon pemenang anugerah dalam sesuatu festival filem, ia akan mengejutkan si pembuatnya dan sekaligus menyerlahkan kedangkalan si juri yang memilih.

Tugas dan tanggungjawab juri adalah memberi penilaian yang bijaksana setelah membahas dari pelbagai sudut dengan membuat keputusan bersandarlan alasan yang bernas bukan kejutan songsang yang melucukan.

Yang perlu menilai dan memilih adalah angguta panel juri. Jangan sekali-kali menolak tanggungjawab dengan mengatakan bahawa juri hanya memilih barisan karyawan yang dicalonkan penerbit.

Juri yang bijaksana menilai pencapaian para karyawan yang dicalonkan dengan meneliti mereka (menonton filem) dan para juri boleh membuat perbahasan terhadap segala elemen kekuatan dan kelemahan serta pelbagai aspek lagi.

Tetapi jika panel juri memilih untuk memberikan alasan mudah dan meletakkan kesilapan kepada penerbit sekiranya timbul persoalan kenapa nama-nama tertentu yang dianggap layak, tetapi tidak tersenarai dalam lima yang terbaik. Ini menunjukkan juri malas bekerja. Angguta panel juri yang bijaksana boleh mengubah keadaan ini.

Pada tahun-tahun awal penubuhan Finas, Festival Filem Malaysia menjadi tanggungjawab Finas sepenuhnya. Bahkan Finas pada zaman Ismail Zain sebagai Ketua Pengarah dan kemudian Zain Haji Hamzah menggariskan kriteria khusus untuk dijadikan panduan angguta panel juri.

Pemilihan para juri dibuat dan diambil dari kalangan budayawan yang tidak terlibat secara langsung dalam industri filem. Saya masih ingat, ada penglibat dari bidang pengiklanan, teater, pendidikan dan media cetak. Mereka menonton kesemua filem dan memilih calon-calon yang berpotensi untuk disenarai-pendekkan dalam kesemua kategori.

Dalam hal penjurian kita harus berfikir dengan pemikiran terbuka. Kita boleh belajar dari kelemahan dan kekuatan orang lain. Jangan membuat terlalu banyak peraturan yang menyekat dan memundurkan.

Jadikanlah Festival Filem Malaysia kita dikagumi, digeruni dan dihormati dan dinanti-nanti kehadirannya. Filem Terbaik akan mewakili Malaysia ke festival filem di luar negara, setidak-tidaknya ke Festival Filem Asia-Pasifik.

Pilihlah sesuatu yang tidak memalukan, sesuatu yang boleh diterima oleh masyarakat luar sebagai filem yang berhati-budi dan berwajah Malaysia. Jangan nanti kita hanya tumpang bertepuk untuk negara Iran atau negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura.

Saya masih teringat kata-kata Teguh Karya, pengarah filem tersohor Indonesia: "Saya buat filem untuk bangsa dan negara saya." Kerana itu, dunia turut mengenali Indonesia melalui filem-filem arahannya.

Dan kita di Malaysia terutama angguta panel juri FFM? Apa sebenarnya, kita cari?


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA

SALOMA

DEEPIKA PADUKONE

UTUSAN RADIO & TV

VICTOR MATURE

R.AZMI

LATIFAH OMAR





KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 mukasurat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P.Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun disebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P.Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar negara untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.








Thursday, November 6, 2014


PEMENANG FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-26

APA PULA KOMEN MUSTAFAR A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun Oleh Zaini Yusop


ANUGERAH SKRIN LEBIH BERMARUAH BERBANDING FFM26
(# UPDATE 8 NOVEMBER 2014)


Akhirnya terubat juga hati Shuhaimi Baba apabila "Tanda Putera" menang Filem Terbaik dan dirinya sendiri Pengarah Terbaik setelah karyanya itu diperkotakkatikkan oleh angguta panel juri FFM26.


SUDAH dikatakan, "Tanda Putera" seharusnya dinobatkan Filem Terbaik FFM26 2014 dan pengarahnya, Shuhaimi Baba, Pengarah Terbaik.

Ini disahkan oleh Anugerah Skrin apabila filem tersebut dipilih memenangi Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Kini, sudah jelas dan nyata, ada sesuatu yang tidak kena, dan kredibiliti angguta panel juri FFM26 patut dipertikaikan dan ditanya, kenapa "Tanda Putera" tidak boleh menang Filem Terbaik, malah dicalonkan pun tidak. Bagus sangatkah "KIL" itu?.

Anugerah Skrin bukanlah anugerah yang berwibawa, tidak berprestij seperti FFM26. Tarafnya bolehlah dianggap sama dengan Golden Globe di Hollywood, walaupun tidak sama baik.

Namun begitu, penobatannya kepada "Tanda Putera" dan Shuhaimi Baba, menjejaskan tidak terkira maruah FFM26. Anugerah Skrin benar-benar sudah mengaib dan memalukan FFM26.



PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
tapi jasamu tetap dikenang dan dihargai

SEKSI SELEBRITI INDONESIA
nampak seksi bukan bererti dedah semua

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR
* JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 6 NOVEMBER 2014)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA - 89,354 * SEKSI SELEBRITI MALAYSIA - 62,514
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI - 60,828 * SELAMAT PENGANTIN BARU - 37,672
* FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT - 13,815





KEPUTUSAN PEMENANG FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-26
(YANG AWAL DAN YANG AKHIR)___


DARI KIRI: CRISTINA SUZANNE, TENGKU IESTA TENGKU ALAUDDIN & REWAN ISHAK

KIL

* FILEM TERBAIK___
1. KL GANGSTER 2
Skop Productions/Primeworks Studios (Grand Brilliance)
2. KIL
Primeworks Studios (Grand Brilliance)
3. PENANGGAL
Primeworks Studios (Grand Brilliance)
4. ROCK OO!
Primeworks Studios (Grand Brilliance)
5. Sembunyi: Amukan Azazil
Primeworks Studios (Grand Brilliance)
# Pilihan: SEMBUNYI: AMUKAN AZAZIL
@ Berubah: KIL



RUSDI RAMLI

* PELAKON LELAKI TERBAIK___
1. Azry Iskandar (Penanggal)
2. Syed Hussein (Psiko Pencuri Hati)
3. Faizal Hussein (Longkai)
4. Rusdi Ramli (Tanda Putera)
5. Bront Palarae (Psiko Pencuri Hati)
# Pilihan: RUSDI RAMLI
@ Kekal: RUSDI RAMLI



LISA SURIHANI

* PELAKON WANITA TERBAIK___
1. Kalpana (Dhusrajanam)
2. Sharifah Amani (Psiko Pencuri Hati)
3. Diana Danielle (Sembunyi: Amukan Azazil)
4. Ummi Nazeera (Penanggal)
5. Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)
# Pilihan: DIANA DANIELLE
@ Berubah: LISA SURIHANI



ROSYAM NOR

* PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK___
1. Azad Jazmin (Kolumpo)
2. Rosyam Nor (KL Gangster 2)
3. Zizan Nin (Tanda Putera)
4. Sharnaaz Ahmad (Juvana)
5. Khir Rahman (Rock Oo!)
# Pilihan: ROSYAM NOR
@ Kekal: ROSYAM NOR



UMIE AIDA

* PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK___
1. Ruminah Sidek (Kolumpo)
2. Normah Damanhuri (Penanggal)
3. Anne James (KIL)
4. Umie Aida (Sembunyi: Amukan Azazil)
5. Nell Ng (Kolumpo)
# Pilihan: UMIE AIDA
@ Kekal: UMIE AIDA



NIK AMIR MUSTAPHA

* PENGARAH TERBAIK___
1. Khabir Bhatia (Sembunyi: Amukan Azazil)
2. Syamsul Yusof (KL Gangster 2)
3. Ellie Suriaty (Penanggal)
4. Mamat Khalid (Rock Oo!)
5. Nik Amir Mustapha (KIL)
# Pilihan: KHABIR BHATIA
@ Berubah: NIK AMIR MUSTAPHA



MAMAT KHALID

* CERITA ASAL TERBAIK___
1. Ellie Suriaty (Penanggal)
2. Fadzil Zahari (Tokan)
3. Amin Shakib (Psiko Pencuri Hati)
4. Kabir Bhatia (Sembunyi: Amukan Azazil)
5. Mamat Khalid (Rock Oo!)
# Pilihan: ELLIE SURIATY
@ Berubah: MAMAT KHALID


* LAKONLAYAR TERBAIK___
1. Alfie Pallermo (Sembunyi: Amukan Azazil)
2. Nik Amir Mustafa (KIL)
3. Ellie Suriaty (Penanggal)
4. Syamsul Yusof (KL Gangster 2)
5. Mamat Khalid (Rock Oo!)
# Pilihan: SYAMSUL YUSOF
@ Berubah: NIK AMIR MUSTAPHA


RAJA MUKHTIZ
PENANGGAL

* SINEMATOGRAFI TERBAIK___
1. Haris Hue Abdullah (Istanbul Aku Datang)
2. S.Y.Chong (KIL)
3. Raja Mukhtiz (Penanggal)
4. Filus Ghazali (Tanda Putera)
5. Norhanishan Muhammad (Sembunyi: Amukan Azazil)
# Pilihan: RAJA MUKHTIZ
@ Kekal: RAJA MUKHTIZ


* PENATAAN SENI TERBAIK___
1. Rock Oo! (Zahid Othman)
2. Tanda Putera (Aida Fitri Buyong/Kamarul Nizam)
3. Penanggal (Nazrul Asraff)
4. KIL (Rewan Ishak)
5. Sembunyi: Amukan Azazil (Mazalan Zulkifli)
# Pilihan: NAZRUL ASRAFF
@ Kekal: NAZRUL ASRAFF


* PENATAAN BUNYI TERBAIK___
1. Rock Oo! (Mohd. Rashid Othman)
2. KL Gangster 2 (Syamsul Yusof/Hisham Jupri)
3. Penanggal (Adzrey Abdul Kamal)
4. KIL (Mohsin Othman)
5. Sembunyi: Amukan Azazil (Hafiz Hamidun)
# Pilihan: SYAMSUL YUSOF/HISHAM JUPRI
@ Kekal: SYAMSUL YUSOF/HISAM JUPRI


* KESAN KHAS TERBAIK___
1. Tanda Putera (Pesona Pictures)
2. Ular (Showbiz Productions)
3. Husin Mon & Jin Pakai Toncit (Tayangan Unggul)
4. Lemak Kampung Santan (Tall Order Productions)
5. Penanggal (Astro Shaw/Primesworks Studios)
# Pilihan: TANDA PUTERA
@ Kekal: TANDA PUTERA



SYAMSUL YUSOF

* PENYUNTING TERBAIK___
1. KL Gangster 2 (Syamsul Yusof/Hisham Jupri)
2. KIL (Rewan Ishak)
3. Penanggal (Akashdeep Singh)
4. Istanbul Aku Datang (Wong Hui Lynn)
5. Sembunyi: Amukan Azazil (Adilan Azemi)
# Pilihan: SYAMSUL YUSOF/HISHAM JUPRI
@ Kekal: SYAMSUL YUSOF/HISHAM JUPRI


* LAGU TEMA ASAL TERBAIK___
1. Aku Datang (Istanbul Aku Datang)
2. Tokan (Tokan)
3. Puisi Sang Dewi (Lemak Kampung Santan)
4. Tanda (Tanda Putera)
5. Tika (Rock Oo!)
# Pilihan: TIKA (Rock Oo!)
@ Berubah: AKU DATANG (TOMOK/RAFIDAH ABDULLAH)
(Istanbul Aku Datang)


SHUHAIMI BABA


* SKOR MUSIK ASAL TERBAIK___
1. Sembunyi: Amukan Azazil (Hafiz Hamidun)
2. Tokan (Nik Mustaza Nik Mustapha)
3. Tanda Putera (Sharon Paul)
4. Paper Moon (Bell Foo/JT Ng)
5. KL Gangster 2 (Hafiz Hamidun)
# Pilihan: HAFIZ HAMIDUN
@ Berubah: SHARON PAUL


* PEREKA KOSTUM/BUSANA TERBAIK___
1. Tanda Putera (Hasnan Yaccob/Fadzilah Abdullah)
2. Rock Oo! (Akma Suriati Awang)
3. Sembunyi: Amukan Azazil (Ameen Mustajab)
4. Kara King (Sarah Lee Ann)
5. Penanggal (Nasirah Ramlan)
# Pilihan: NASIRAH RAMLAN
@ Berubah: HASNAN YACCOB/FADZILAH ABDULLAH



ELLIE SURIATY

* PENGARAH HARAPAN___
1. Nam Ron (Psiko Pencuri Hati)
2. Syed Hussein (Langgar)
3. Ellie Suriaty (Penanggal)
4. Nik Amir Mustapha (KIL)
5. Esma Daniel (Zaiton Ceritaku)
# Pilihan: ELLIE SURIATY
@ Kekal: ELLIE SURIATY



CRISTINA SUZANNE

* PELAKON HARAPAN WANITA___
1. Cristina Suzanne (KIL)
2. Uqasha Senrose (Paku Pontianak)
3. Nelydia Senrose (Cinderella)
4. Nadia Aqilah (Zaiton Ceritaku)
5. Siti Saleha (Kerat 14)
# Pilihan: CRISTINA SUZANNE
@ Kekal: CRSTINA SUZANNE



ZUL ARIFFIN

* PELAKON HARAPAN LELAKI___
1. Ahya U (Tanda Putera)
2. Shukri Yahaya (Ular)
3. Karl Shafek (Zaiton Ceritaku)
4. Syazwan Zulkifly (Juvana)
5. Zul Ariffin (Penanggal)
# Pilihan: ZUL ARIFFIN
@ Kekal: ZUL ARIFFIN



AJIBOY
RYKARL ISKANDAR

* PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK___
1. Ahmad Ashraff Fahmy (Lemak Kampung Santan)
2. Putri Balqis (1 Lawan 1)
3. Rykarl Iskandar (Ajiboy)
4. Nur Adrianna (Bencinta)
5. Farrah Nadiah (Bisikan Syaitan)
# Tiada Pilihan
@ Pemenang: RYKARL ISKANDAR


* FILEM BUKAN BAHASA MELAYU TERBAIK___
1. Dhusrajanam
2. The Collector
3. The Wedding Dairy II
4. Paper Moon
5. The Golden Couple
# Tiada Pilihan
@ Pemenang: PAPER MOON


* FILEM ANIMASI TERBAIK___
1. The Adventure of Hoggie, Pinky Zero, Ali and Abu
(Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan UKM)
2. The Curse (The Thumbs Team)
3. Jinggo (El Videografics)
# Tiada Pilihan
@ Tiada Pemenang


* FILEM PENDEK TERBAIK___
1. Jahit (Reservoir Production)
2. Cerita Satu Malam (Nazri Mohd. Annuar)
3. Kekasih (Diffan Sina Norman)
4. The Pillar (Thumbs Up Team)
5. Mimpi Mah Meri (Yu Chee Boo)
# Tiada Pilihan
@ Pemenang: JAHIT



POSTER KIL

* POSTER TERBAIK___
1. KIL (Primesworks Studios)
2. War of The Worlds: Goliath (Tripod Entertainment)
3. Bencinta (Mig Pictures)
4. Balada Pencinta (Primeworks Studios)
5. Kolumpo (Otto Film)
# Pilihan: BALADA PENCINTA
@ Berubah: KIL



# Pemenang-pemenang merupakan perolehan (sumber dalaman) dari pemilihan angguta panel juri FFM26, namun begitu kerana adanya artikel "FFM26 Semakin Mengarut" dalam akhbar Mingguan Malaysia yang menimbulkan kontroversi, kemungkinan beberapa perubahan luar jangkaan akan berlaku.

# Festival Filem Malaysia Ke-26 (FFM26) akan berlangsung pada 29 Oktober hingga 1 November 2014.




KEPUTUSAN FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-26 (FFM26) 2014___

ANUGERAH UTAMA:

FILEM TERBAIK - KIL
PENGARAH TERBAIK - NIK AMIR MUSTAPHA (KIL)
PELAKON LELAKI TERBAIK - RUSDI RAMLI (Tanda Putera)
PELAKON WANITA TERBAIK - LISA SURIANI (Istanbul Aku Datang)
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK - ROSYAM NOR
(KL Gangster 2)
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK - UMIE AIDA
(Sembunyi: Amukan Azazil)
CERITA ASAL TERBAIK - MAMAT KALID (Rock Oo!)
LAKONLAYAR TERBAIK - NIK AMIR MUSTAPHA (KIL)
SINEMATOGRAFI TERBAIK - RAJA MUKHRIZ (Penanggal)
PENYUNTING TERBAIK - SYAMSUL YUSOF/HISHAM JUPRI
(KL Gangster 2)
PENATAAN SENI TERBAIK - NAZRUL ASRAFF (Penanggal)
PENATAAN BUNYI TERBAIK - SYAMSUL YUSOF/HISHAM JUPRI
(KL Gangster 2)
PEREKA KOSTUM/BUSANA TERBAIK
- HASNAN YACCOB/FADZILAH ABDULLAH) (Tanda Putera)
SKOR MUSIK ASAL TERBAIK - SHARON PAUL (Tanda Putera)
KESAN KHAS TERBAIK - TANDA PUTERA (Pesona Pictures)
LAGU TEMA ASAL TERBAIK - TOMOK/RAFIDAH ABDULLAH
(Istanbul Aku Datang)

ANUGERAH KEDUA:

PENGARAH HARAPAN - ELLIE SURIATI (Penanggal)
PELAKON HARAPAN LELAKI - ZUL ARIFFIN (Penanggal)
PELAKON HARAPAN WANITA - CRISTINA SUZANNE (KIL)
PEAKON KANAK-KANAK TERBAIK - RYKARL ISKANDAR (Ajiboy)
FILEM BUKAN BAHASA MELAYU TERBAIK - PAPER MOON
POSTER TERBAIK: KIL
FILEM PENDEK TERBAIK: JAHIT
ANIMASI TERBAIK: TIADA PEMENANG


RAHIM RAZALI

ANUGERAH KHAS JURI:

ANUGERAH KHAS KARYAWAN SEPANJANG ZAMAN WANITA
- ROSNANI
ANUGERAH KHAS KARYAWAN SEPANJANGA ZAMAN LELAKI
- RAHIM RAZALI
ANUGERAH KHAS JURI
- TANDA PUTERA (Mengangkat elemen patriotik)
ANUGERAH KHAS JURI
- KOLUMPO (Mengangkat isu semasa)
ANUGERAH KHAS JURI
- PAPER MOON (Mengangkat elemen budaya tempatan)
FILEM BOX OFFICE 2013
- HUSIN, MON & JIN PAKAI TONCIT
(Keuntungan RM5.9 juta dalam masa dua minggu tayangan)
PENGGIAT DIBELAKANG TABIR - ALI HUSIN

KEMENANGAN ANUGERAH SETIAP FILEM KESELURUHAN:

1. KIL - 5 anugerah
* Filem Terbaik
* Pengarah Terbaik
* Lakonlayar Terbaik
* Pelakon Harapan Wanita
* Poster Terbaik

2. PENANGGAL - 4 Anugerah
* Pengarah Harapan
* Penataan Seni Terbaik
* Sinematografi Terbaik
* Pelakon Harapan Lelaki

3. KL GANGSTER 2 - 3 Anugerah
* Penataan Bunyi Terbaik
* Pelakon Pembantu Terbaik
* Penyunting Terbaik

4. SEMBUNYI: AMUKAN AZAZIL - 1 anugerah
* Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

5. ROCK OO! - 1 anugerah
* Cerita Asal Terbaik

6. ISTANBUL AKU DATANG - 2 anugerah
* Pelakon Wanita Terbaik
* Lagu Tema Asal Terbaik

7. TANDA PUTERA - 5 anugerah
* Pereka Kostum/Busana Terbaik
* Skor Musik Asal Terbaik
* Pelakon Lelaki Terbaik
* Kesan Khas Terbaik
* Anugerah Khas Juri

8. KOLUMPO - 1 anugerah
* Anugerah Khas Juri

9. PAPER MOON - 2 anugerah
* Filem Bukan Bahasa Melayu Terbaik
* Anugerah Khas Juri

10. AJIBOY - 1 anugerah
* Pelakon Kanak-Kanak Terbaik

KEMENANGAN SYARIKAT FILEM KESELURUHAN:

* Primeworks Studios: 16 Anugerah
* Pesona Pictures: 5 Anugerah
* Metrowealth Pictures: 1 Anugerah
* Otto Films: 1 Anugerah

# Ini bererti, Primeworks Studios mengondol 16 anugerah, hanya 5 kepada Pesona Pictures dan satu untuk Metrowealth dan Otto Films. Agak-agak berapa banyakkah wang tunai masuk ke dalam kocek Primeworks Studios yang sepatutnya ada diantaranya bukan hak mereka termasuk kepunyaan "Tanda Putera" dan Shuhaimi Baba.

Malangnya, petugas media menghadapi kesukaran mendapatkan jumlah sebenar wang tunai yang diraih oleh setiap pemenang. Sudahlah tidak ditulis di dalam siaran akhbar yang diberikan, namun apabila pertanyaan diajukan kepada Ajk FFM26, tiada jawapan.

Apa pasal takut sangat dengan pendedahan wang tunai itu. Kebiasaannya, dalam festval filem yang lalu perkara wang tunai itulah didahulukan, tercatat dalam buku cendermata sudah semestinya. Tindakan Finas ini mencurigakan, dan ia seharusnya disiasat kerana sudah ada tanda-tanda (kemungkinan) penyelewengan berlaku. Ini bukan "Sembunyi: Amukan Azazil" tetapi "Sembunyi: Membawa Rebah".

Agak memelikkan, Yusof Haslam tidak tahu siapa angguta panel juri. Kalau Yusof Haslam, orang kuat PFM sendiri, tidak tahu bagaimana orang lain boleh tahu. Nama-nama angguta panel juri biasanya tercatat dalam buku cenderamata, apakah kali ini tidak ada? Saya tidak tahu. Lagi pun saya tidak mahu ambil tahu.


ULASAN FILEM KLASIK___

NAMPAKNYA, angguta panel juri FFM26 'play safe'. Mula cerdik, pandai mencari jalan keluar. Tidak mahu menanggung risiko. Keterlanjuran mereka memilih 5 calon filem terbaik yang boleh dianggap merapu dan mengarut serta menolak filem sejarah dan patriotik, membuatkan mereka bengang dan terpaksa menilai semula keputusan yang telah dibuat sejak awal.

Ini dilakukan, setidak-tidaknya untuk meredakan sedikit kegelisahan pihak yang tidak berpuashati, apatah lagi munculnya artikel "FFM26 Semakin Mengarut" di Mingguan Malaysia pada 28 Ogos 2014 yang mempertikaikan kenapa "Tanda Putera" tidak dicalonkan Filem Terbaik.

Kengerian angguta panel juri, betapa silapnya mereka tidak mencalonkan filem tersebut Filem Terbaik, jelas apabila mereka memberikannya Anugerah Khas Juri dengan takrif kononnya mengangkat elemen patriot.

Pemberian anugerah itu bolehlah dianggap sebagai penebus dosa, mencuci kekotoran yang telah mereka lakukan terhadap filem yang begitu besar nilainya dan sudah sepatutnya diiktiraf sebagai Filem Terbaik FFM26 2014, bukannya "KIL"

Secara jujur saya nyatakan, artikel "FFM26 Semakin Mengarut" tidak akan muncul dalam Mingguan Malaysia sekiranya "Tanda Putera" tercalon Filem Terbaik dan Shuhaimi Baba pula Pengarah Terbaik.

Dengan pemilihan "KIL" Filem Terbaik dan Nik Amir Mustapha Pengarah Terbaik, ternyata kesilapan besar dilakukan angguta panel juri kerana tidak mencalonkan "Tanda Putera", menidakkan harapan Shuhaimi Baba dan filem arahannya, burung dalam tangan sudah terlepas, sebab ada kucing menggigit jari.

"KIL", ceritanya merosak dan melanggar akidah. Banyak kelonggarannya, dan bukan citarasa orang Malaysia. Nasib baik Cerita Asal Terbaik diberikan kepada Mamat Khalid kerana "Rock Oo!", kalaulah "KIL" (nasib baik juga tidak dicalonkan) tentulah lebih teruk harubirunya.

"KIL" tidak boleh menang Filem Terbaik. Pengarah Terbaik (sepatutnya Shuhaimi Baba), kira oklah kerana arahannya yang begitu mantap dan Nik Amir Mustapha boleh berlari ke depan dengan mencari cerita yang berpijak dibumi nyata (citarasa orang Malaysia), bukan seperti "KIL" yang ternyata berkiblat dan menyembah bumi Hollywood.

Begitu pun juga, daripada memberi Filem Terbaik kepada "Penanggal", "KL Gangster 2", "Rock Oo!" dan "Sembunyi: Amukan Azazil", 100% lebih baik "KIL", tak ada rotan, akar pun jadilah.

Dengan keputusan yang dibuat, nampaknya angguta panel juri tidak lagi menilai calon-calon filem berdasarkan kualiti artistik. Ia lebih cenderung ke arah timbang neraca untuk bersikap adil setelah tidak berlaku adil kepada "Tanda Putera".

Ini, sudah boleh dianggap menyeleweng dari tujuan asal FFM diwujudkan - mencari sesuatu yang berkualiti tinggi (artistik) dari kategori yang sudah ditetapkan seperti filem terbaik, pengarah terbaik, pelakon terbaik, sinematografi terbaik dan sebagainya.

FFM26 menampakkan, lebih ke arah materialistik berbanding artistik. Finas patut risau kerana perkara ini sudah berlaku. Persoalannya, risaukah Finas? Saya fikir tidak. Mereka sekadar makan gaji, lantaklah apa nak jadi dengan industri filem kita.

Contoh terbaik, filem box office diberi anugerah. Sudah kaya dikayakan lagi. Kenapa? Filem box office, biasanya tidak mencapai kualiti (artistik) yang diharapkan. "Husin Mon & Jin Pakai Toncit" kalau tidak mengarut keseluruhannya, separuh merapu.

Minda penonton Melayu, tidak menerima filem seperti "Tanda Putera", mereka lebih suka seperti "Penanggal", "Sembunyi: Amukan Azazil" ataupun "KL Gangster 2". Biarkanlah mereka terjun dengan minda-minda mereka, yang angguta panel juri terikut-ikut jadi pak turut macam mereka, buat apa?

Festival filem atau anugerah filem di luar negara, tidak ada filem box office diberikan anugerah. Tak taulah saya terlepas pandang. Setau saya memang tidak ada. Oh! saya terlelap, rupa-rupanya saya berada dalam negara Malaysia boleh!.

Pada keseluruhannya, saya menganggap pemilihan semua pemenang oleh angguta panel juri FFM26 merupakan yang terburuk dan terteruk dalam sejarah FFM, sejak ia mula diwujudkan oleh Persatuan Wartawan Hiburan (EJA) pada tahun 1980.

Sudah nampak ketidakadilan berlaku, sudah nampak monopoli terjadi, dan paling ketara materialistik mengatasi artistik yang mana ini kalau berlanjutan, akan menghancurkan industri filem itu sendiri.


TENGKU IESTA TENGKU ALAUDDIN

Grand Brilliance Tidak Mahu
Kejayaan KIL Di FFM26 Dipertikai
Oleh Kemalia Othman
(mStar, 3 November 2014)

Pengurus Besar Grand Brilliance (Primeworks Studios), Tengku Iesta Tengku Alauddin, tidak mahu kejayaan filem KIL merangkul Filem Terbaik termasuk meraih empat anugerah lain di malam Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM 26) malam Sabtu lalu (1 November 2014) dipertikaikan lagi oleh beberapa pihak.

Tengku Iesta berkata, filem tersebut mempunyai kekuatan tersendiri yang melayakkan ia dipilih sebagai pemenang utama bagi anugerah berprestij FFM26.

"Saya harap kejayaan ini tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak dengan sindiran-sindiran tajam. Ia adalah rezeki dan tidak baik untuk terus dipertikaikan.

"Saya yakin kemenangan ini dipilih oleh juri yang melihat ada sesuatu yang istimewa dalam filem ini seperti mana ketika pertama kali dengar idea ini daripada pengarahnya Nik Amir," ujarnya kepada mStar Online.

Tengku Iesta berkata demikian ketika ditemui selepas Festival Filem Malaysia Ke-26 yang diadakan di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sungai Gadut, Seremban, malam Sabtu.

FilemKil diumum sebagai Filem Terbaik, dan merangkul empat anugerah lain iaitu Pengarah Terbaik dan LakonLayar Terbaik menerusi Nik Amir Mustapha, Pelakon Harapan Wanita (Cristina Suzzane) dan Poster Terbaik. Filem ini menewaskan empat filem lain iaitu Penanggal", "Rock Oo!", "Sembunyi: Amukan Azazil, dan KL Gangster 2.

Sementara itu, katanya, kejayaan besar itu menjadi laluan kepada muka baru untuk diberi peluang bersaing dalam industri perfileman tanahair.

Tambah Tengku Iesta, pihaknya sentiasa memberi peluang kepada pelapis baru untuk menampilkan karya-karya mereka.

"Kemenangan ini adalah tidak disangka sama sekali kerana filem ini merupakan filem genre yang berbeza daripada filem-filem yang tercalon dan ia daripada pendatang baru.

"Selepas ini memang kami akan buka peluang kepada muka baru yang tampil dengan karya-karya berkualiti," ujarnya.

Dalam pada itu, Tengku Iesta berkata, kejayaan pengarah dan produksi filem KIL dapat memberi contoh terbaik dan pembakar semangat kepada pengarah dan penulis baru yang berada dibelakang tabir untuk terus menghasilkan karya hebat.

"Kita harap kejayaan ini memberi semangat kepada penggiat filem lain untuk tampil dengan idea yang baik dan bersaing pada masa hadapan," katanya.

Selain itu, Tengku Iesta berkata, kekuatan filem KIL adalah daripada konsep idea yang mengangkat isu semasa tentang masalah remaja masa kini.

Tambahnya, kejayaan filem berskala kecil itu juga seiring dengan tema FFM26 iaitu "Tranformasi Filem Malaysia".

"Jika ingin dibandingkan memang filem ini mempunyai skala kecil berbanding empat filem lain. Tetapi saya lihat ia bersesuaian dengan tema FFM26 kali ini.

"Kekuatan filem ini adalah daripada idea tentang masalah generasi sekarang yang sering tertekan dan menghadapi masalah kemurungan," ujarnya.


JAWAPAN FILEM KLASIK___

Dengan statemen yang dibuat begitu rupa oleh Tengku Iesta Tengku Alauddin seperti di atas, jelas memperlihatkan dia tidak ada keyakinan yang "KIL" boleh menang Filem Terbaik FFM26 2014.

Rasanya Tengku Iesta yakin, ada filem lain sepatutnya menang Filem Terbaik. Tetapi kerana adanya kesilapan berlaku (atau sengaja disilapkan) oleh angguta panel juri, "KIL" menang. Ini bererti, "KIL" berjaya membina empirenya di atas keruntuhan empire "Tanda Putera".

Tengku Iesta tidak berhak melarang sesiapa pun, samada mahu mempertikai atau tidak "KIL". Kalau tidak mahu dipertikai, tahun depan anjurkan sendiri Festival Filem Primeworks Studios, dengan filem-filem keluaran sendiri bertanding sesama sendiri.

Berilah peluang syarikat filem berskala kecil (kerdil) cari makan dan memenangi anugerah, FFM26 boleh dikatakan dimonopoli oleh Primeworks Studios (Grand Brilliance) di mana Tengku Iesta merupakan orang pentingnya yang sangat berkepentingan.

Kalau sekadar standard "KIL" itu, bukan saja "Tanda Putera" layak memenangi Filem Terbaik tetapi ada banyak lagi diantara yang layak bertanding juga, boleh memenangi anugerah berprestij itu.

Pada saya "KIL" sama tarafnya dengan "Kolumpo", malah "Istanbul Aku Datang" (satu lagi filem melibatkan Primeworks Studios) lebih baik berbanding "KIL".

Tengku Iesta harus ingat, festival filem bertujuan mencari kualiti artistik atau kesempurnaan dari elemen-elemen tertentu dalam filem, bukannya mengilap bakat baharu atau pembakar semangat kepada apa-apa dan sesiapa pun.

Tengku Iesta tidak perlu mendabik-dada menyatakan itu dan ini, tentang kebagusan "KIL" yang sebenar tidak berapa terbaik, sekadar bolehlah. Menurut sumber, di peringkat awal pemilihan, juri memilih "Penanggal" Filem Terbaik.

Biarlah penonton dan peminat filem menilaikannya, bukan Tengku Iesta, yang sudah menampakkan riak dan masuk bakul angkat sendiri.

Apabila adanya artikel "FFM26 Semakin Mengarut" yang tersiar dalam Mingguan Malaysia, berubah pula kepada "Sembunyi: Amukan Azazil". Takutkan timbulnya kontroversi berlanjutan, "KIL" dipilih umpamakan bidan terjun.

Mungkin Tengku Iesta tahu hal ini, kalau tidak takkan sampai berkata, kemenangan ini adalah tidak disangka sama sekali.

Begitu juga dengan Nik Amir, kalau dia sudah pasti tahu "KIL" berprestij dan semestinya menang Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakonlayar Terbaik, tiga anugerah utama, takkan dia pergi ke Tokyo. Bukankah ini lebih penting, meraikan kemenangan yang 'bermaruah'.

Tengku Iesta mungkin sudah pasti, samada "Penanggal" atau "Sembunyi: Amukan Azazil" dipilih Filem Terbaik, dan kepadanya tidak menjadi hal kerana keduanya filem tersebut kepunyaan Primeworks Studios.

Tengku Iesta seharusnya berterima kasih kepada Mingguan Malaysia kerana menyiarkan artikel "FFM26 Semakin Mengarut" yang menyebabkan "KIL" terpilih Filem Terbaik. Kalau tidak jangan mimpilah.

Saya setuju satu perkara dengan Tengku Iesta, ia adalah rezeki dan tidak baik untuk terus dipertikaikan. Betul, rezeki tetap rezeki. Tetapi kalau rezeki itu bersifat rasuah (minta-minta tidak berlaku) dan tidak berada dilandasan yang betul, takkan tak boleh dipertikaikan. Bukan dipertikai lagi, seharusnya dikutuk.

Saya cukup positif, Pengarah Terbaik kepunyaan Shuhaimi Baba, bukan Nik Amir Mustapha. Lakonlayar Terbaik, yes, saya setuju dia pemenangnya. Begitu juga Cristina Suzanne pelakon harapan kerana lakonannya cukup meyakinkan. Poster Terbaik, lihat di bawah.

Tengku Iesta masih muda dan mempunyai kedudukan yang begitu tinggi di Media Prima, sebagai Pengurus Besar Grand Brilliance, yang mempunyai banyak duit, lahirkanlah filem yang bersemangat dan berjiwa (roh) Malaysia, bukannya seperti "KIL" yang sakit jiwa, merapu dan mengarut.

Janganlah berbangga di atas kejatuhan "Tanda Putera", dan yang lebih penting janganlah mengambil kesempatan disebabkan kekuatan Media Prima (kini menguasai industri filem tempatan) dengan mencengkam kuku hingga Shuhaimi Baba terpaksa bernafas dalam lumpur, syarikat-syarikat filem kerdil teraniaya manakala wartawan-wartawan diam seribu bahasa, macam tikus jatuh ke beras.


GAMBAR 1

GAMBAR 2

GAMBAR 3

BAK KATA NABI: "LU... FIKIRLAH SENDIRI"___

* GAMBAR 1: Kalau dilihat dan ditenung, tidak ada salah silapnya. Ia memperlihatkan Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Jailani Johari, sedang merasmikan Upacara Penyampaian Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-26 (FFM26). Itu ok, yang tidak oknya mengapa Pengerusi Finas, Affendi Hamdan, dan Pemangku Ketua Pengarah Finas, Megat Al-Imran Yasin, menyebuk berada disitu. Sepatutnya, orang filem bersama timbalan menteri itu, setidak-tidaknya Yusof Haslam yang senimannya dan Sofia Jane yang seniwatinya atau sesiapa saja orang filem. Ini silapnya kita di Malaysia, orang politik atau pegawai kerajaan yang disuruh menjaga dan membantu orang filem terjun sama ke dunia filem, mencari glamor. Dulu, FFM25, Rais Yatim dengan isterinya, Maznah Rais, naik ke pentas mengalahkan orang filem. Diberi anugerah lagi. Kini, giliran Affendi Hamdan pula. Semasa pencalonan FFM26, dia paling sebuk menamakan calon-calon, sepatutnya itu tugas pengerusi panel juri. Begitu juga semasa di Empire Hotel, yang sebuk Zulkifli Wahab dan Megat Al-Imran Yasin. Nasib baik, ada Yusof Haslam kurang sikit kejelekannya. Orang politik dan pegawai kerajaan harus belajar dari festival-festival filem luar negara terutamanya Hollywood dan Bollywood yang mana pengurusannya dilakukan oleh orang-orang filem sendiri, tidak ada orang politik dan pegawai kerajaan turut campur. Mereka lihat dan bantu saja.

* GAMBAR 2: Disini memperlihatkan betapa gentleman (gentlewoman) dan tabahnya hati Shuhaimi Baba. Sungguhpun, filem arahannya "Tanda Putera" dikutuk dan dihina hinggakan tidak tercalon Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik, namun dia tetap hadir di upacara penyampaian anugerah FFM26, dan masih mampu tersenyum menerima salah satu anugerah teknikal. Sejak tahun 2012, hatinya dirobek dan dihiris, dipertikaikan kesahihan ceritanya oleh DAP, dan tidak dapat pembelaan sewajarnya dari pihak kerajaan UMNO/BN hinggakan tayangan sudah ditetapkan diubah ke satu tarikh yang begitu jauh jaraknya, semata-mata kerana mileage politik. Najib Razak, Rais Yatim, Ahmad Shabery Cheek dan menteri-menteri lain membisu seribu bahasa, kalau ada pun sosek-sosek, tidak ada kelantangan bicara mempertahankan sebuah filem sejarah dan patriotik yang sepatutnya di beri pujian. Malah, terkeluarnya "Tanda Putera" dari dicalonkan Filem Terbaik di FFM26, tidak siapa ambil peduli walaupun artikel yang ditulis oleh Mustafar A.R. mengkritik corak pencalonan sudah sampai ke tangan Menteri Komunikasi Dan Multimedia dan Ketua Pengarah Finas. Ada sedikit pembelaan oleh Yusof Haslam terhadap "Tanda Putera", mungkin ini melegakan sedikit hati Shuhaimi Baba. Hanya, dua susuk saja yang benar-benar menjadi penguambela "Tanda Putera" dan Pesona Pictures - Ku Seman Ku Hussain dan Mustafar A.R. Banyak tulisan Ku Seman membidas, kalangan orang UMNO/BN (kerajaan) yang mengalah (takut) tidak bertempat. Manakala artikel "FFM26 Semakin Mengarut" membuatkan angguta panel juri mengelabah yang mana akhirnya "KIL" dipilih sebagai Filem Terbaik, tidak "Penanggal" sebagaimana yang dirancang. Kalau "Tanda Putera" tercalon "KIL" pasti hanyut. Perahu sudah terlajak, panel juri tidak boleh berbuat apa-apa, hanya tergamam saja. Perancangan kalau tidak ikhlas, itulah jadinya. Fadli al-Akiti, (menurut sumber) salah orang angguta panel juri, pula bersekongkol dengan DAP menyatakan "Tanda Putera" tidak logik dan tidak layak dicalonkan Filem Terbaik. Habis, macam mana. Anak Melayu yang bertugas di Dewan Bahasa Dan Pustaka menghina filem sejarah dan patriot bangsanya sendiri, dan tidak mahu kontroversi yang berlarutan, "Tanda Putera" diberikan satu anugerah khas juri - mengangkat elemen patriotik, konon. Kata tak bagus, kenapa bagi anugerah pula. Ini, apa cerita?

GAMBAR 3: Diperingkat awal bukan main lagi, "Sembunyi: Amukan Azazil" menerima 12 pencalonan dibawah "Penanggal" yang menerima 15 pencalonan. Memang ada ura-ura filem arahan Khabir Bhatia ini, akan menyapu bersih sebahagian anugerah yang dipertandingkan termasuk Khabir Bhatia sendiri Pengarah Terbaik. Sudahnya, kerana adanya artikel "FFM26 Semakin Mengarut", angguta panel juri yang selama ini terlena dengan mimpi indah, terjaga dan tersentak, tidak menduga kecaman sebegitu hebat dan munasabah pula, terpaksa mencipta Plan B kerana Plan A tidak boleh dilaksanakan. "Tanda Putera" telah tersingkir, kalau tidak mudah dipilih Filem Terbaik, memang layak pun. Begitu pun juga, keadaan bercelaru, tambah pula ada tekanan dari luar mahu tidak mahu "KIL" terpaksa dipilih bagi meredakan sedikit harubiru, walaupun tidak boleh keseluruhannya. Dari 12 pencalonan "Sembunyi: Amukan Azazil" hanya diberi 1 anugerah saja. Pelik juga ya. Ini mungkin menimbulkan ketidakpuasan hati mereka yang terlibat dengan "Sembunyi: Amukan Azazil", tetapi disebabkan filem tersebut kepunyaan Primeworks Studios, pi mai pi mai tang tu juga, takpalah, mereka tidak akan bising. Kalau mengkritik digam Media Prima pula, susah pula nak cari makan. Bagi Tengku Iesta, "KIL" menang ke, "Sembunyi: Amukan Azazil" menang ke, tak jadi hal. Sama saja kerana kedua-dua filem itu kepunyaannya.


CUBA BANDINGKAN ANTARA 6 POSTER DI ATAS, PATUTKAH "KIL" MENANG POSTER TERBAIK?

MANA MUNGKIN BISA TERJADI PAK___

Rekabentuk poster filem adalah kerjaya kreatif. Pemilihan "KIL" sebagai Poster Terbaik, kreatif itu sudah tidak bermakna lagi. Saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena dalam penganugerah FFM26, seolah-olah ada tangan ghaib menguasai angguta panel juri.

Menurut kreateria yang diwujudkan oleh Ismail Zain (Ketua Pengarah Finas yang pertama) di FFM9 dimana pemilihan Poster Terbaik bermula, yang dinilai dan dipertimbangkan ialah,

* Konsep ilustrasi
* Kegunaan warna
* Gambar montage yang digunakan
* Kegunaan ilustrasi kartun atau karikatur
* Kegunaan gambar pelakon
* Jenis dan ukuran perkataan
* Kesan atau impak sesuatu artwork yang ditonjolkan, dan
* Samada poster melambang atau menonjolkan filem berkenaan

Pada saya, Poster Terbaik yang dimenangi "KIL", tidak memenuhi kreateria yang ditetapkan, kanak-kanak tadika pun boleh buat, budak sekolah apatah lagi. Ia terlalu simple. Ok sebagai poster filem tetapi tidak layak memenangi anugerah. Tidak nampak keistimewaannya? Sepatutnya "Tanda Putera".

Dari beberapa hal dan perkara, saya tidak setuju dengan "Penanggal" dan "Sembunyi: Amukan Azazil" dicalonkan, itu pun kerana terlalu banyak pencalonan, namun kalau Poster Terbaik salah satu antara filem tersebut lebih kreatif dan patut memang selain "Tanda Putera".

Persoalannya, kenapa poster ketiga-tiga filem itu yang begitu menarik, tidak dicalonkan. Itu sebab saya katakan FFM26, banyak yang tidak kena, kong kali kong.

Ukuran saya (dari pengalaman yang saya perolehi), 5 calon Poster Terbaik ialah "Tanda Putera", "Penanggal", "Sembunyi: Amukan Azazil", "KL Gangster 2" dan "Rock Oo!". Itu yang saya lihat, filem-filem lain layak bertanding, saya belum buat semakan.

"KIL" tidak sepatutnya ada dalam senarai pencalonan, apatah lagi menang Poster Terbaik. Saya nak tahu juga, siapa perekabentuknya.

Seorang teman rapat berkata, pemilihan poster "KIL" tu hampeh... Ada apa-apa ke, antara Primeworks Studios dengan angguta panel juri?, tanyanya.


TAK PATUT TAK PATUT___

* Anugerah Khas Karyawan Sepanjang Zaman, satu cukup. FFM26 Rosnani, FFM27 Rahim Razali.
* Anugerah Harapan, satu cukup. Tak payah sampai tiga.
* Kalau sudah dicalon biasanya ada pemenang. Kenapa Animasi Terbaik tiada. Tetapi kalau salah satu diantara tiga yang dicalonkan itu keluaran Primeworks Studios, mesti ada pemenang.
* Anugerah box office sepatutnya sudah tidak ada, tetapi masih ada. Yang kaya dikayakan lagi.
* Nama angguta panel juri tidak diumumkan. Sampai sekarang, siapa pun tidak tahu. Yang peliknya Yusof Haslam pun tak tahu.
* Jumlah wang tunai (setiap pemenang) juga tidak diumumkan. Sampai sekarang, siapa pun tidak tahu. Nanti terkeluar pula kenyataan Finas, mereka pun tak tahu berapa banyak duit bagi setiap pemenang.
* FFM26 menggunakan bajet yang bukan sedikit kerana mengadakan lima acara utama. Di harap Finas mengumumkan jumlah sebenar dana yang digunakan sebab, ia melibatkan duit rakyat.
* Diperingkat awal FFM, ada rumusan oleh angguta panel juri. Diharap FFM26 tidak terkecuali. Jika tidak ada, mereka tidak ikhlas dan tidak bertanggungjawab, baling batu sembunyi tangan.
* Tengku Iesta Tengku Alauddin ialah Pengurus Besar Grand Brilliance (Primeworks Studios) yang mempunyai kepentingan kepada 5 filem yang dicalonkan Filem Terbaik. Sepatutnya, dia 'low profile' bagi mengelakkan salah sangka. Tetapi nampaknya, dia pula yang lebih, begitu menonjol.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA

SALOMA

DEEPIKA PADUKONE

UTUSAN RADIO & TV

VICTOR MATURE

R.AZMI

LATIFAH OMAR





KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 mukasurat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P.Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun disebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P.Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar negara untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.