HILANG SEBUTIR PERMATA TIADA PENGGANTI
Teks: Zaini Yusop Adam Salleh & Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
TAN SRI P.RAMLEE: DI MANA KAN KU CARI GANTI.
Pengacara dan moderator, Ahmad Fauzee.
Angguta panel (dari kiri): Ahmad Fauzee (moderator), Fazliyaton, Johari Ibrahim dan Mustafar A.R.
Fir Ramlee dan Ayu Cendana menyanyikan lagu "Jikalau Ku Tahu."
BERSAMA JOHARI IBRAHIM.
BERSAMA MUSTAFAR A.R.
BERSAMA AHMAD FAUZEE
Oleh ZAINI YUSOP
FOKUS utama kepada Fazliyaton membicarakan "Si Tora Harimau Jadian" dari sudut pandangannya tidak kesampaian. Ini kerana banyak perkara tidak dapat diingatinya maklumlah filem arahan pertama P.Ramlee di Studio (Setudio) Merdeka itu memulakan penggambaran diawal 1964 dan ditayangkan pada 27 November 1964 - 53 tahun berlalu.
Dalam ingatan yang begitu minima, Fazliyaton memberitahu, yang dia tidak dapat membawa watak penuh cabaran kerana peranannya sering pengsan. "Bila pengsan macam mana nak berlakon dengan baik," katanya sambil disambut dengan ketawa ditempat duduk
para hadirin.
Fazliyaton berperanan Naemah, jururawat Kampung Kiambang yang sering diganggu manusia jelmaan Harimau (Si Tora), peranan dipegang oleh Mahmud June.
Menurut Fazliyaton, dia mula-mula dan benar-benar minat dengan P.Ramlee ketika menonton "Hang Tuah" dan "Semerah Padi". Dalam hatinya pernah berkata-kata, "Alangkah baik jadi macam Sa'adiah, dapat berlakon dengan P.Ramlee."
Katanya lagi, dia mula-mula bertemu dengan P.Ramlee ketika berkunjung ke studio Jalan Ampas, Singapura. "Sebab apa saya pergi ke sana saya sudah lupa".
"Bila bertemu dan P.Ramlee tahu saya dari Kuala Lumpur. Dia pun memberitahu tidak lama lagi dia akan ke Kuala Lumpur menjadi pengarah di Studio Merdeka. Tambahnya, kata Fazliyaton, "Bila saya mengarahkan filem saya yang pertama saya di sana "Saya akan ambil saudari sebagai heroine."
"Saya tidak ambil serius dengan katanya itu," kata Fazliyaton. Dan menambah, "Pada masa itu tidak ada tanda-tanda yang P.Ramlee akan ke Kuala Lumpur. Kalau dia datang pun, takkan dia nak ambil saya. Ramai pelakon popular ada di Studio Merdeka pada masa itu termasuklah Kasma Booty, Salmah Ahmad dan Saloma yang akan datang bersamanya."
"Apabila P.Ramlee benar-benar berpindah ku Kuala Lumpur, dan berhasrat mahu mengarahkan "Si Tora Harimau Jadian", dia memanggil saya ke studio buat screen test. Saya disuruhnya naik dan turn tangga, dan ada sikit dialog untuk saya ucapkan,"
beritahu Fazliyaton.
"Kemudian, saya diberitahu saya diterima sebagai pelakon filem tersebut, sebagai heroine pula tu."
Kini diterbitkan sebulan sekali tidak lagi dua minggu sekali.
Rawatilah penyakit anda dengan Ceragem. Insyaalah baik.
12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG
# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA
# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 29 MEI 2016)
PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 139,955
SEKSI SELEBRITI INDONESIA 134,730
SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 124,087
SELAMAT PENGANTIN BARU 64,902
FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 26,741
Teks: Zaini Yusop Adam Salleh & Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
TAN SRI P.RAMLEE: DI MANA KAN KU CARI GANTI.
Pengacara dan moderator, Ahmad Fauzee.
Angguta panel (dari kiri): Ahmad Fauzee (moderator), Fazliyaton, Johari Ibrahim dan Mustafar A.R.
Fir Ramlee dan Ayu Cendana menyanyikan lagu "Jikalau Ku Tahu."
BERSAMA JOHARI IBRAHIM.
BERSAMA MUSTAFAR A.R.
BERSAMA AHMAD FAUZEE
Oleh ZAINI YUSOP
FOKUS utama kepada Fazliyaton membicarakan "Si Tora Harimau Jadian" dari sudut pandangannya tidak kesampaian. Ini kerana banyak perkara tidak dapat diingatinya maklumlah filem arahan pertama P.Ramlee di Studio (Setudio) Merdeka itu memulakan penggambaran diawal 1964 dan ditayangkan pada 27 November 1964 - 53 tahun berlalu.
Dalam ingatan yang begitu minima, Fazliyaton memberitahu, yang dia tidak dapat membawa watak penuh cabaran kerana peranannya sering pengsan. "Bila pengsan macam mana nak berlakon dengan baik," katanya sambil disambut dengan ketawa ditempat duduk
para hadirin.
Fazliyaton berperanan Naemah, jururawat Kampung Kiambang yang sering diganggu manusia jelmaan Harimau (Si Tora), peranan dipegang oleh Mahmud June.
Menurut Fazliyaton, dia mula-mula dan benar-benar minat dengan P.Ramlee ketika menonton "Hang Tuah" dan "Semerah Padi". Dalam hatinya pernah berkata-kata, "Alangkah baik jadi macam Sa'adiah, dapat berlakon dengan P.Ramlee."
Katanya lagi, dia mula-mula bertemu dengan P.Ramlee ketika berkunjung ke studio Jalan Ampas, Singapura. "Sebab apa saya pergi ke sana saya sudah lupa".
"Bila bertemu dan P.Ramlee tahu saya dari Kuala Lumpur. Dia pun memberitahu tidak lama lagi dia akan ke Kuala Lumpur menjadi pengarah di Studio Merdeka. Tambahnya, kata Fazliyaton, "Bila saya mengarahkan filem saya yang pertama saya di sana "Saya akan ambil saudari sebagai heroine."
"Saya tidak ambil serius dengan katanya itu," kata Fazliyaton. Dan menambah, "Pada masa itu tidak ada tanda-tanda yang P.Ramlee akan ke Kuala Lumpur. Kalau dia datang pun, takkan dia nak ambil saya. Ramai pelakon popular ada di Studio Merdeka pada masa itu termasuklah Kasma Booty, Salmah Ahmad dan Saloma yang akan datang bersamanya."
"Apabila P.Ramlee benar-benar berpindah ku Kuala Lumpur, dan berhasrat mahu mengarahkan "Si Tora Harimau Jadian", dia memanggil saya ke studio buat screen test. Saya disuruhnya naik dan turn tangga, dan ada sikit dialog untuk saya ucapkan,"
beritahu Fazliyaton.
"Kemudian, saya diberitahu saya diterima sebagai pelakon filem tersebut, sebagai heroine pula tu."
# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA
(SETAKAT 29 MEI 2016)
PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 139,955
SEKSI SELEBRITI INDONESIA 134,730
SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 124,087
SELAMAT PENGANTIN BARU 64,902
FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 26,741
SEBAGAI HEROINE P.RAMLEE DALAM "SI TORA HARIMAU JADIAN".
SEBAGAI JURUACARA DALAM "RAGAM P.RAMLEE".
BERSAMA MAHMUD JUNE DAN IDRIS HASHIM DALAM "BUMIPUTRA".
BERSAMA P.RAMLEE DAN EBBY SAIFULLAH DALAM "INTAN".
Sambil senyum manis terukir dibibirnya, Fazliyaton meneruskan: "Di hari saya diberitahu diterima berlakon sebagai heroine, malamnya saya tidak dapat tidur. Resah gelisah, mengigil pun ada. Bangga memang bangga, tapi takut yang lebih. Kata orang P.Ramlee baik kalau tidak mengarah tapi garang jika mengarah.
"Nak tolak ini peluang baik, nak terima ini penyeksaan. Akhirnya, saya jadi orang gila berlakon sorang-sorang didepan cermin, bukan sekali dua tapi banyak kali."
Bila ditanya babak mana yang dia mula-mula menghadapi kamera. Sayang sekali Fazliyaton tidak ingat. Bagaimanapun, menurut kajian Mustafar A.R., adegannya ketika dia sebagai Naemah sedang membasuh kain di sungai kemudian pengsan semasa
didatangi Si Tora.
Pernah P.Ramlee marah Fazliyaton semasa dia mengarah? "Tidak pernah, mungkin peranan saya tidak banyak dan tidak berat. Saya bernasib baik tidak kena marah sepanjang penggambaran macam Sarimah dan Saloma.
Lebih jauh, bagi Fazliyaton, "Si-Tora Harimau Jadian" bukanlah filemnya yang pertama. Dia pernah berlakon sebagai pelakon tambahan dalam "Tun Tijah" dan "Selendang Merah" keduanya diarahkan oleh L.Krishnan.
Fazliyaton mencatatkan sejarah filem Malaysia sebagai heroine pertama P.Ramlee di Studio Merdeka, "Si Tora Harimau Jadian" itu saja dia berheroinekan P.Ramlee selepas itu tidak ada lagi. Dalam "Ragam P.Ramlee", dia sebagai pengacara dalam episod "Ramlee Dan Saloma" bercorak musikal yang mengandungi tujuh lagu termasuk yang paling popular "Hancur Badan Di Kandung Tanah" nyanyian bersama P.Ramlee dan Saloma.
Selepas "Si Tora Harimau Jadian", Fazliyaton berlakon satu filem lagi, "Bumiputra" diarahkan oleh Dhiresh Ghosh dan dibintangi Sonny Abdullah dan Sophiah Ibrahim.
Menurut Fazliyaton, tidak berlakon selepas itu, dihalangi oleh pekerjaan. "Berlakon tidak boleh cari makan." katanya.
Bagaimanapun, dia berlakon sebagai isteri P.Ramlee dalam drama tv (RTM) "Intan" karya Abdullah Hussain dan diarahkan oleh Zainuddin Noordin dengan bintang utamanya selain Fazliyaton, P.Ramlee, A.R. Tompel, Ebby Saifullah, Mahmud June, Leng Hussain dan A.K.Jailani.
Itulah satu-satunya Fazliyaton berlakon dalam drama tv yang dipersembahkan oleh RTM.
Ertinya Fazliyaton membintangi enam filem/drama tv.
1. Tun Tijah (L.Krishnan)
2. Selendang Merah (L.Krishnan)
3. Si Tora Harimau Jadian (P.Ramlee)
4. Ragam P.Ramlee (P.Ramlee)
5. Bumiputra (Dhiresh Ghosh)
6. Intan (Zainuddin Noordin)
Fazliyaton nama sebenarnya Zaiton Binti Fazlidin dan diubah oleh P.Ramlee dengan nama yang lebih glamor, Fazliyaton cantuman nama ayahnya (Fazlidin dan Zaiton) jadilah Fazliyaton.
Dia adik pelawak yang sudah tidak asing lagi, Ibrahim Din yang pernah berlakon bersama P.Ramlee dan A.R.Tompel - "Do Re Mi", "Nasib Do Re Mi" dan "Laxmana Do Re Mi".
Dilahirkan pada 17 Februari 1946 di Kampung Bharu, Kuala Lumpur, Fazliyaton berkahwin dengan Yusof Surya (berperanan sebagai OCPD Mutalib dalam "Si Tora Harimau Jadian" pada 1966 (tarikh sebenar dia tak ingat) sehingga suaminya itu meninggal dunia pada
21 Julai 1994.
Hasil perkongsiannya dengan Yusof Suriya itu, Fazliyaton mempunyai tiga anak - dua lelaki dan seorang perempuan, Nanee.
Kata Fazliyaton: "Sebelum meninggal dunia, P.Ramlee meramalkan anak sulong dalam kandungannya lelaki. Apabila lahir memang benar anak tersebut lelaki, umurnya sekarang 43 tahun. Bagaimanapun, dia begitu kesal kerana semasa kematiannya tidak dapat mengziarahi kerana sedang sarat mengandung.
Agak menarik, Fazliyaton tidak berkahwin lagi selepas Yusof Surya meninggal dunia. "Saya lebih selesa jadi ibu tunggal dengan mendidik tiga anak saya."
Mengakhiri Bicara Filem, secara iklas mengenai P.Ramlee Fazliyaton berkata: "P.Ramlee orangnya baik hati. Suka tolong sesiapa saja yang datang minta pertolongan darinya termasuk wang ringgit. P.Ramlee tidak suka berseorangan, suka beramai-ramai dengan kawan-kawan karibnya. Suka bercerita dan terus bercerita. Bagi saya, susah mencari seseorang yang baik sepertinya."
Sementara itu, Johari Ibrahim, yang menjadi penolong penyunting (editor) kepada P.Ramlee untuk filem "Si Tora Harimau Jadian" memberitahu:
"P.Ramlee banyak mengajar saya dalam hal-hal editing, sampai saya boleh dianggap berjaya dan boleh dikata kesemua filem arahannya di Studio Merdeka sayalah editornya.
"Begitulah besar keprcayaan P.Ramlee terhadap saya. Hari ini kalau saya boleh dikatakan berjaya dalam filem orang yang membolehkan saya mencapai kejayaan tersebut P.Ramlee. Saya berterima
kasih terhadapnya."
Antara filem-filem arahan P.Ramlee Johari (Joe) Ibrahim menjadi editornya selain "Si Tora Harimau Jadian";
1. Ragam P.Ramlee
2. Masam2 Manis
3. Sabarudin Tukang Kasut
4. Do Re Mi
5. Nasib Do Re Mi
6. Sesudah Suboh
7. Gerimis
8. Ahmad Albab
Dan, filem terakhir P.Ramlee di Studio Merdeka, "Laxmana Do Re Mi".
Malah Johari Ibrahim juga menyunting dua filem arahan Jins Shamsudin - "Bukan Salah Ibu Mengandong" dan "Di Belakang Tabir".
Bila dikemukakan soalan, apakh sebab "Si Tora Harimau Jadian" hilang atau betul-betul hilang dan tidak akan ditemui lagi?
Johari Ibrahim menjawab: "Saya tidak tahu kedudukan sebenarnya. Yang pelik, itu satu filem saja yang hilang kalau boleh dikatakan hilang. Mungkin ada di mana-mana, apa yang perlu kita buat mencari. Tugas ini harus dilakukan oleh Finas atau pun Arkib Negara."
Menurutnya lagi, kebiasaannya setiap negatif filem keluaran Studio Merdeka disimpan dalam stor studio tersebut. Dia juga pernah mengendalikannya. Manakala positifnya dicetak 5 (mengikut permintaan) disimpan di pejabat Shaw Brothers yang terletak di Bukit Bintang, dekat Sungai Wang Plaza, Kuala Lumpur.
Soal Johari Ibrahim, "Sekiranya filem tersebut rosak atau punah yang disimpan di Studio Merdeka sajalah, yang ada di pejabat Bukit Bintang itu ke mana perginya?"
Tambahnya lagi: "Kehilangan Si Tora Harimau Jadian merupakan satu kerugian besar terhadap negara kerana ia merupakan filem pertama arahan P.Ramlee di Studio Merdeka yang telah merubah keadaan studio tersebut dari lemah menjadi kuat.
"Ia sudah menjadi warisan rakyat yang mesti dipertonton dari jenerasi ke jenerasi. Malangnya, kini filem tersebut sudah hilang."
Mustafar A.R. memperkatakan sesuatu kepada Azlan Mohammed Said dari Singapura juga penulis buku "Musika Arena Muzik Silam Di Malaya". Tengah khusuk mendengar, Jasmine.
Orangkuat Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik. Dari kiri: Sandakiah Aziz, Ahmad Fateh Zhafri, Hidir Ali Razak, Ahmad Fauzee, Tengku Zakaria P.Ramlee dan Danial Abdul Aziz.
Wartawan hiburan veteran, Mustafar A.R., pula memberitahu, pada November 1964 ketika "Si Tora Harimau Jadian" mula ditayangkan, dia berumur 21 tahun, baru lepas sekolah dan pernah menontonnya di panggung wayang Capitol bersebelahan Federal, Kuala Lumpur.
"Saya juga pernah menontonnya di TV Malaysia (TV1), selepas itu tidak pernah tahu samada ia ada ditayangkan lagi atau pun tidak terutamanya setelah wujudnya TV3."
Filem tersebut memulakan penggambarannya dalam bulan Jun 1964 dan berakhir pada pertengahan Ogos 1964. Ertinya, P.Ramlee dapat menyelesaikannya tidak sampai tiga bulan.
Mustafar A.R. memberitahu, "Si Tora Harimau Jadian" telah dibuat lima salinan (copy/print) untuk ditayangkan serentak (tayangan tengahmalam) di empat panggung wayang - Rex (Singapura), Capitol (Kuala Lumpur), Capitol (Kuching) dan Rex (Johor Bahru) pada 28 November 1964. Di Lido (Kota Bharu) lebih awal pada 27 November 1964.
Bagaimanapun, filem tersebut flop di box office (tayangan harian) dan di Capitol, Kuala Lumpur hanya dapat bertahan beberapa hari, kemudian ia dipindahkan ke Lido, di Brickfields (tapaknya kini Public Bank) berdekatan KL Sentral.
"Seorang teman pernah memberitahu saya yang dia ada buat rakaman Si Tora Harimau Jadian dengan dengan pita vhs tapi terdelete kerana merakamkan filem lain," katanya.
Ini bererti filem itu ada ditayangkan dalam tahun-tahun 1970an atau 1980an kerana pita vhs sudah wujud sejak 1970.
"Jelas, sekiranya dia ada buat rakaman tentulah ramai lagi yang berbuat demikian. Si Tora Harimau Jadian, saya yakin masih ada dimana-mana apa yang perlu dibuat kita sama-sama
mencarinya," katanya.
Sebagai menjawab soalan, apakah kemerosotan "Si Tora Harimau Jadian" disebabkan kreativiti P.Ramlee sudah merosot hingga tidak mendapat sambutan seperti filem-filem arahannya
di Studio Jalan Ampas.
Kata Mustafar A.R.: "Pada saya, Si Tora Harimau Jadian tidak seburuk yang disangkakan. Kalau dibandingkan dengan Labu Dan Labi dan Nasib Si Labu Labi, filem ini jauh lebih baik lagi.
"Cuma faktor 'right time' dan 'wrong time' saja menentukan kedudukan. Si Tora Harimau Jadian datang ke panggung wayang wrong time atau salah masa."
Lebih jauh Mustafar A.R. mengulas: Pop yeh yeh membunuh kreaviti P.Ramlee. Pada tahun 1964, ketika kemuncak kegilaan irama lagu pop yeh yeh "Si Tora Harimau Jadian" muncul.
P.Ramlee juga penyanyi. Sebelumnya lagu-lagunya sering diputarkan di radio dan tv, begitu popularnya dia. Bagaimanapun, apabila munculnya A.Ramlee, Jefridin, M.Osman dan ramai lagi, lagu-lagunya tidak kedengaran ditenggalami oleh lagu-lagu
pop yeh yeh itu.
Dengan kedudukan yang sebegitu rupa dengan keadaan filem-filem Studio Merdeka yang masih belum dapat diterima oleh peminat-filem Melayu serta faktor pengaruh filem-filem Indonesia dan Bollywood, "Si Tora Harimau Jadian" menerima nasib malang, bukan disebabkan buruk kualitinya.
Mustafar A.R. juga memberi contoh mengenai "Laxmana Do Re Mi", yang dianggapnya sebagai Filem P.Ramlee Teburuk Sepanjang Masa, masuk ke panggung wayang pada 1973 semasa kedudukan P.Ramlee benar-benar sudah merosot. Zaman kegemilangan sudah berakhir.
Apabila mula ditayangkan wrong time kerana sambutan dan punggutan wang begitu mengecewakan. Tapi apabila P.Ramlee meninggal dunia sudah jadi right time, filem tersebut mendapat kejayaan box office sedangkan kualiti filem tersebut jauh lebih buruk kalau dibandingkan "Si Tora Harimau Jadian".
Ini berlaku kerana P.Ramlee sudah tiada, peminat-peminat filem Melayu bersimpati dan mahu mengetahui hasil kreaviti filemnya
yang terakhir.
Mengenai kehilangan filem tersebut Mustafar A.R. menegaskan, sebelum dikatakan hilang perlu dicari terlebih dulu. Tugas tersebut harus dilakukan samada Finas atau pun Arkib Negara.
"Orang macam kita, kelab peminat-peminat filem Melayu pimpinan Ahmad Fauzee tidak boleh melaksanakannya kerana tugas pencarian memerlukan dana yang banyak. Hanya kerajaan saja yang boleh lakukan," ujarnya.
"Saya yakin Si Tora Harimau Jadian akan ditemui juga suatu hari nanti sekiranya ada usaha serius mencarinya dilakukan oleh Arkib Negara dan Finas apatah lagi ramai yang percaya filem tersebut ada dalam simpanan Taib Mahmud.
Saya tidak fikir, kalau ada, Yang di-Pertua Negara Sarawak itu akan membawanya masuk ke liang lahat. Kalau benar-benar hilang tiada apa lagi yang perlu dibuat. Terimalah hakikat, hilangnya sebutir permata yang tidak boleh dicari ganti. Macam juga
hilangnya P.Ramlee".
Diffan Norman sedang merancang membuat filem remake "Si Tora Harimau Jadian".
"SI TORA HARIMAU JADIAN" AKAN DIREMAKE?
Oleh Mustafar A.R.
Pengarah filem, Diffan Norman, telah menyatakan hasratnya untuk membuat kembali (remake) "Si Tora Harimau Jadian". Perancangan sedang dilakukan dan akan memulakan penggambaran sebaik saja semua perkara yang diperlukannya diperolehi.
Ketika saya diinterviewnya mengenai "Si Tora Harimau Jadian", soalan yang dikemukakan: Apakah kalau "Si Tora Harimau Jadian" diremake akan mendapat sambutan? Jawapan saya: "Ya, kenapa tidak? Kalau dilakukan, sayalah orang pertama membeli tiket
untuk menontonnya."
Saya kata kepada Diffan Norman: "Si Tora Harimau Jadian berbeza dengan remake filem Panggilan Pulau yang diarahkan oleh Ahmad Fauzee. Sebab, penonton-penonton boleh membandingkan antara Panggilan Pulau Ahmad Fauzee dengan Panggilan Pulau S.Ramanathan kerana Panggilan Pulau S.Ramanathan masih wujud, sebab itu filem Ahmad Fauzee gagal di box office.
"Si Tora Harimau Jadian" masih dalam pencarian, belum ditemui lagi. Tidak ada perbandingan dapat dibuat. Ramai yang mahu menonton kerana mahu tahu macam mana corak filem tersebut apatah lagi kalau diikuti sepenuhnya dari novel yang sedia ada.
Diffan Norman sebelum ini telah menghasilkan (sebagai produser dan pengarah) filem pendek "Kekasih" yang dibintangi oleh Nasir Bilal Khan dan Fauziah Nawi.
Filem tersebut telah menerima anugerah - Festival Filem SXSW (2014) dan Festival Filem Sundance (2014).
Apabila ditanya, apakah filem tersebut dibuat dalam black & white atau in color. Diffan Norman (lahir di Kuala Lumpur dan bergiat cergas dalam filem di Los Angeles, Amerika) menjawab: In color.
Kecerian terbayang diwajah Mustafar A.R. sebelum mengambil tempatnya untuk membicarakan "Si Tora Harimau Jadian" yang dikatakan sudah hilang.
MUSTAFAR A.R. QUOTE
HARI SENIMAN SEPI, SI TORA MENJADI-JADI
Petikan Daripada
Metro Ahad (25 Mei 2016)
Berbaki empat hari lagi warga seni kita akan meraikan Hari Seniman. Tanggal 29 Mei, dua peristiwa penting wajar diingati mereka. Sekiranya warga seni tidak tahu apa ada pada 29 Mei, berbanding mereka lebih mengetahui Ada Apa Dengan Cinta, lebih baiklah beralih ke bidang lain.
Wartawan hiburan pun sama kerana melalui perkongsian informasi, kelompok yang alpa boleh dijentik minda mereka betapa 29 Mei 1973 itulah Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ‘menutup mata’. Selang 35 tahun kemudian 29 Mei juga, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) mengiktirafnya sebagai Hari Seniman, agar dapat memberi inspirasi pada seniman tanahair kita.
Ketika diumumkan Menteri KPKK ketika itu, Datuk Seri (kini Tan Sri) Dr. Rais Yatim majlis Hari Seniman diraikan penuh gegak gumpita selama sebulan dengan pelbagai program menarik disajikan oleh 12 agensi di bawah kementerian dan beberapa persatuan serta NGO.
Itu dulu, berbeza kini untuk 2016 Hari Seniman ini sepi semacam. Tidak nampak adanya pihak mengambil inisiatif bersunguh-sungguh meraikan Hari Seniman ini walhal keahlian seniman itu (tidak terikat pelakon dan penyanyi) termasuklah kalangan penari kebudayaan
ada ribuan orang.
Promosi di televisyen jauh sekali, banner dibahu jalan jauh panggang daripada api. Kalau pun ada setakat ini, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) memaklumkan akan meraikan Hari Seniman pada Ahad ini di Mini Pawagam P Ramlee, Kompleks Finas, Hulu Klang.
Majlis bertemakan Wasatiyyah Dalam Seni antara pengisiannya tahlil, penyampaian sumbangan dan penyampaian insentif filem cereka. Melalui jemputan dititip Presiden Seniman, Rozaidi Jamil (Zed Zaidi) kepada penulis tempoh hari majlis dijangka bermula jam 3.30 petang dengan alunan lagu Negaraku dan lagu Seniman dijangka berakhir jam 6 petang. Tidak dinyatakan berapa lamakah Hari Seniman itu diraikan?
Katakanlah Hari Seniman itu cuma bermula jam 3.30 petang hingga jam 6 petang nanti, eloklah tu persis bagai melepaskan 'batok di tangga! Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak difahamkan akan hadir pada majlis itu dan siapa tahu kelak diumumkan perayaannya lebih sebulan? Namun lebih molek sebelum 29 Mei jika mahu mengumumkan sesuatu bagi program jadi rancak dan meriah.
Dinegara kita ini, persatuan dan yayasan berkaitan seni berlambak. Ada yang mendapat dana kerajaan berjuta ringgit, itu pun dek ‘kertas kerja’ dijaja terpalit perihal kebajikan artis (bagi menyakinkan kerajaan untuk menyalurkan dana) lalu semacam tidak adil sekiranya Hari Seniman itu ‘spotlight’ dihalakan ke Persatuan Seniman semata-mata bagi menjayakan pelbagai program.
Ke manakah perginya Papita (Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah air), Persatuan Karyawan Malaysia, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) selain pelbagai persatuan yang bernaung di bawah Gafim (Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia) termasuklah Wham (Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia), adakah Hari Seniman itu, masing-masing lepas tangan?
Persatuan seni di tanahair kita tidak terlepas daripada isu bercakaran, berbeza pendapat sepertimana lima persatuan keluar Gafim baru-baru ini, tetapi disebaliknya cukup cantik sekiranya Hari Seniman dapat menyatu pelbagai persatuan melalui
program dianjurkan.
Jika Gafim itu fungsinya hanya dilihat menyelaras Festival Filem Malaysia (FFM) saja, apa kata tiba Hari Seniman, pihak itu dipertanggungjawab untuk bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan NGO bagi menjadikan Hari Seniman
bertambah gemilang.
Pengisian Hari Seniman sewajarnya dirai setulus hati oleh anak-anak seni. Apalah makna Hari Seniman jika ramai masih memerah keringat dipanas terik, bersengkang mata dan inilah seharusnya dimengerti agar Hari Seniman masing-masing mendapat cuti sehari dari majikan.
Disisi lain, pujian harus diberi pada Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik (KFMMK) yang baru berusia dua tahun mengambil inisiatif menganjurkan program "Bicara P.Ramlee: Si Tora Harimau Jadian" pada Sabtu lalu (21 Mei) di Pustaka Peringatan P.Ramlee, Jalan Dedap, Setapak.
Kelab dipengerusikan seniman Ahmad Fauzee dengan nama komersialnya dilaman soaial, Fonzz Fauzee, mengundang seniwati Fazliyaton (heroine Si Tora), Johari Ibrahim (penyunting filem) dan Mustafar A.R. (wartawan hiburan veteran) untuk mengupas filem Si Tora Harimau Jadian itu.
Menariknya program itu kerana itulah filem pertama P.Ramlee sebaik berpindah ke Studio Merdeka di Hulu Klang dan satu-satunya filem P.Ramlee cukup payah kita tonton. Lebih mahal Fazliyaton adalah seniwati yang sukar kita lihat dia hadir di mana-mana
majlis artis.
Impak penganjuran jelas kartunis veteran, Datuk Mohammad Nor Khalid (Lat), sanggup datang dari Ipoh memeriahkan majlis.
Natijahnya, Bicara P.Ramlee anjuran KFMMK bolehlah diumpamakan pembuka tirai Hari Seniman berikutan pelbagai persatuan seni dan agensi tertentu seperti menyepi untuk meraikan satu-satunya hari yang tiada didunia ini bagi menghargai insan seni yang dipahatkan sebagai Hari Seniman.
SUASANA DI PUSTAKA PERINGATAN P.RAMLEE PADA 21 MEI 2016___
Tengku Zakaria P.Ramlee sedang membaca doa, disebelahnya Ahmad Fauzee.
Apa yang sedang dicakapkan Ahmad Fauzee kepada Hidir Ali Razak, penulis buku biografi "Nordin Ahmad" yang akan terbit tidak lama lagi.
Ahmad Fauzee sedang berbincang dengan Fir Ramlee bagi menentukan kelancaran bicara filem bersama Fazliyaton.
Kelab Angklung Wariseni, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda, Kuala Lumpur telah memainkan beberapa lagu P.Ramlee.
Peminat-peminat P.Ramlee dan "Si Tora" sedang menunggu bicara filem bermula.
Antara beberapa gerai jualan makanan, buku, t-shirt dan cenderamata P.Ramlee yang terletak diluar Pustaka Peringatan P.Ramlee.
# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.
FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?
SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem
A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati
R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian
AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni
LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu
SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?
Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.
Permata yang tiada tolok banding..selamanya tidak akan ada penggantinya sampai bila bila..en mus,buku filem filem p ramlee masih ada tak dalam simpanan en mus?
ReplyDeleteAda. Tinggal sedikit saja lagi.
DeleteKali ini mulai 29 Mei 2016, setiap
satu naskah buku Filem2 P.Ramlee
diberi percuma dua dvd P.Ramlee
- "Gelora" dan "Perjodohan".
Pemikir muda jika berminat sila
hubungi Zaini Yusop 012-3408117.
Satu lagi artikel menarik dan berinformasi terhasil dari pemifikiran Encik Mustafar dan Puan Zaini melalui FK. Lebih menarik lagi, Mustafar quote, yang memberi keyakinan kepada peminat-peminat filem Melayu khususnya filem-filem P.Ramlee yang "Si Tora Harimau Jadian" akan ditemui suatu hari nanti - Razlan Razman, Putrajaya, WP.
ReplyDeleteTeruja dengan hasrat Diffan Norman untuk membuat semula (remake) filem "Si Tora Harimau Jadian". Diharap dia akan mengekalkan keasliannya (original). Adanya filem tersebut nanti setidak-tidaknya, tiada rotan akar pun jadilah. Fazliyaton, Johari Ibrahim dan Ramlee Ismail (Kecik) masih ada, tentu Diffan Norman boleh mendapatkan kerjasama daripada mereka bagi memastikan ia berada dilandasan yang betul. Tidak menyimpang jauh - Jasmine, Taiping, Perak.
ReplyDelete"Saya yakin Si Tora Harimau Jadian akan ditemui juga suatu hari nanti sekiranya ada usaha serius mencarinya dilakukan oleh Arkib Negara dan Finas apatah lagi ramai yang percaya filem tersebut ada dalam simpanan Taib Mahmud. Saya tidak fikir, kalau ada, Yang di-Pertua Negara Sarawak itu akan membawanya masuk ke liang lahat. Kalau benar-benar hilang tiada apa lagi yang perlu dibuat. Terimalah hakikat, hilangnya sebutir permata yang tidak boleh dicari ganti. Macam juga hilangnya P.Ramlee." Quote terbaik Encik Mustafar A.R. yang memberi harapan yang "Si Tora Harimau Jadian" arahan P.Ramlee akan ditemui suatu ketika nanti - Pengikut Setia FK, Pulau Pinang.
ReplyDeleteSayang sekali, maklumat yang setakat mana Pn Fazliyaton dapat ingat tentang filem Si Tora Harimau Jadian (STHJ) langsung tidak membantu. KEMUNGKINAN - @ pertama, kerana usia filem ini telah melebihi 50 tahun; - @ kedua, peranan Naemah yang Fazliyaton pegang sebagai seorang heroin yang "lemah semangat" & asyik saja pengsan tidak mencabar; - @ Ketiga, biasanya para artis (khususnya wanita) tidak begitu ambil kisah tentang aspek teknikal, pengurusan & logistik sesebuah filem yang mereka terlibat, walaupun sebagai pelakon utama. Mujurlah penyunting filem ini (En Johari Ibrahim) dijemput sama menjadi penyelamat untuk berkongsi informasi tentang misteri kehilangan STHJ. Setidak-tidaknya, Johari tahu di mana negatif atau salinan induk (mastercopy) filem ini disimpan, yakni di 'setudio' Merdeka (Ulu Klang), manakala 6-8 salinan positif filem ini dicetak dulu untuk edaran & tayangan umum di serata pawagam. Soalnya, takkan kesemua lapan-lapan salinan positif dengan negatif-negatifnya sekali terus lenyap ke tahap ghaibul-ghuyyub???!!! Tentu ada sesuatu yang tak kena & menjadi suatu misteri dan tanda soal yang BESAR? Siapakah yang telah "mempauto" atau meng"hijack" filem ini??? Lainlah jika berlakunya sesuatu musibah seperti yang melanda pejabat & setor studio Keris Films (kemudian Cathay-Keris) di East Coast Road, Singapura lama dulu. Suatu kebakaran telah memusnahkan beberapa salinan induk filem klasik kita termasuk "Buloh Perindu" - filem Melayu berwarna yang pertama di dunia. TRIVIA: Harimau jadian dalam filem STHJ samalah seperti filem-filem Werewolf dari Hollywood dll. Watak Naemah samalah dengan watak-watak wanita yang "lemah semangat" seperti Mina Holmwood, Lucy Holmwood dll dalam filem-filem horror dari barat seperti "Dracula".
ReplyDelete- NONAMA
MY TWO PENNIES WORTH: Blog FK akan terpinggir seketika kerana sekarang ini umat Islam sedang sibuk mempersiapkan diri bagi menyambut kedatangan bulan suci Ramadan (2016M/1437H) dalam beberapa hari lagi. Maka itu, dlm sebulan ini belum tentu ada - secara aktif & agresif - kontribusi & karangan baru yg tercetus dari minda yg sedang berpuasa, berkhusyuk & bertawadduk menghadapi Ramadan al-Mubarak. Kalau ada yg singgah ke blog ini pun hanyalah sekadar meluang atau menghabiskan masa tika berada di luar aktiviti keagamaan. Itupun jika individu berkenaan adalah seseorang yg masih meminati dunia hiburan secara ringan, pasif & tidak mengundang dosa! GOD KNOWS BEST.
ReplyDelete- nonama
Mengikut Ramadan tahun-tahun berlalu, pageviews (hits) FK tidak banyak terjejas. Ada kalanya naik mendadak begitu drastik. Ini kerana mereka yang meminati FK bukan dikalangan rakyat Malaysia saja, tetapi juga dikalangan 118 negara lain didunia. Apa pun, terima kasih diucapkan kepada NoNama dan Selamat menyambut Ramadan.
DeleteSuraya Harun telah pergi menemui Tuhannya pada 1 Jun 2016 yang lalu. Boleh tak Encik Mustafar dan Puan Zaini buat artikel (biografi) mengenainya kerana diinternet sukar diperolehi. Kalau ada pun tidak memuaskan. Perkahwinan Suraya dengan suaminya (polis Brunei) terdapat dalam artikel Selamat Pengantin Baru Dulu-Dulu. Blog-blog lain tidak pernah ada. Saya kira, hanya FK saja yang mampu membuat kisah Suraya dengan lengkap dan menarik - Dayang NurBalqis, Jerudong Park, Brunei.
ReplyDeleteMengikut catatan dairi. Kali terakhir saya menemui Suraya Harun di Hospital UKM, Kuala Lumpur pada 6 September 2009, ketika saya bersama Aziz Sattar meziarahi ibunya, Rahimah Alias, yang sedang dirawat. Insyaalah Dayang NurBalqis (kebetulan pula Suraya Harun meninggal dunia di Hospital Jerudong Park) saya dan Puan Zaini Yusop akan cuba usahakan. Cuma tak pasti lama cepatnya untuk siaran kerana ia perlu dibuat research terlebih dulu.
DeleteSaya harap Encik Mustafar dan isteri membuat artikel Suraya Harun itu. Penulis-penulis (blog-blog) lain mungkin tidak sebaik seperti yang FK laksanakan. Kalau boleh cepatlah sikit, ya Encik Mustafar - Nadira, Woodlans, Singapore.
DeleteAlmarhum Suraya Harun (SH) tidaklah seglamor seniwati Latifah Omar & Sarimah yang sebenar-benarnya DIVA tulen dalam dunia perfileman Melayu hitam putih (selepas era Kasmah Booty & Maria Menado berakhir). Walau bagaimanapun, kehadiran SH tetap memberi impak & mendapat perhatian ramai yang mendalam menerusi filem-filem lakonannya seperti "Batu Derhaka", "Anak Dara", "Ayer Mata Duyong" dll. Seperti arwah ibunya Rahimah Alias, SH juga tidak mengikat kontrak 'mati' dengan kededua studio gergasi di Singapura ketika itu, tetapi SH bertindak secara "freelance" (sepertimana dengan Rosnani, Mariani & artis-artis lain). Kelebihannya, SH mendapat akses untuk melangkah masuk ke studio Shaw-MFP di Jalan Ampas & Cathay-Keris di East Coast Road untuk menjual bakat lakonannya. Tengkarah yang timbul di 'luar filem' agak menarik "macam cerita dalam filem" selepas seniman Mustapha Maarof bercerai dengan SH lalu mengahwini seniwati Roseyatimah. Ironisnya, tiga insan seni ini bertugas di bawah satu bumbung & ketiga-tiganya sengaja diberi peranan utama dalam satu filem, yakni "Udang Di-Sebalek Batu" (UDSB). Agak menarik tetapi sedihnya, gara-gara perceraian tadi, di luar filem SH dilabelkan sebagai antagonis & begitulah juga dalam UDSB, SH sengaja diberikan watak seorang antagonis juga! Seolah-olah strategi ini digunakan oleh pihak Cathay-Keris untuk menghairahkan filem UDSB untuk mengharapkan pulangan "box-ofice"! Semua ini dapat kita membacanya dalam majalah-majalah hiburan lama yang ada dalam simpanan saya. Walau apapun, Suraya Harun telah pergi dalam Syaaban yang mulia ini menjelang tibanya Ramadan yang suci. Sedekahkanlan Al-Fatehah buat Suraya Harun.
Delete- nonama