"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Friday, June 10, 2016


PERJODOHAN (1954)

TELATAH P.RAMLEE DAN NORMADIAN YANG MELUCUKAN
Teks & Foto: Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop


Gaduh tetap gaduh. Namun beralah tidak sekali-kali. Pertempuran antara P.Ramlee dan Normadiah.

P.RAMLEE & AINI HAYATI.

NORMADIAH & NORDIN AHMAD.

S.HASSAN SHAHAB & MARIANI.

B.N.RAU, PENGARAH "PERJODOHAN".

MALAY FILM PRODUCTIONS LTD. [SB] Mempersembahkan PERJODOHAN Peranan P. RAMLEE NORMADIAH Dengan NORDIN AHMAD MARIANI AINI HAYATI SITI TG.PERAK
S.HASSAN SAHAB MUSTARJO ZAINON HJ.IBRAHIM Memperkenalkan ADEK JOHAN Cherita Disusun Oleh B.N.RAU Senikata dan Penolong Pengarah S.HASSAN SAHAB Lagu-Lagu P.RAMLEE Gurindam
H.M.ROHAIZAD Tari-Tarian EDITH CASTELLO Pancharagam YUSOFF B. Juru Gambar R.C. PURUSHOTHAM Juru Suara KAMAL MUSTAFFA
dan CHAN CHOW TONG Settings J.S.ANTHONY Penyunting Film
H.R.NARAYANA dan WONG FUN Processing V.RADHAKRISHNAN PEMBANTU2 Juru Gambar A.BAKAR LAHAK Juru Suara WONG SIEW LEE Settings RASUL HASHIM Processing WONG HONG PENG Continuity MRS.KOLLAART Di keluarkan Oleh RUNME SHAW
Di arahkan Oleh B.N.RAU

* Credit title seperti tercatat dalam filem
Tahun diedarkan: 1954 (24 Julai)
Masa tayangan: 105 Minit (lebih kurang)






Kini diterbitkan sebulan sekali tidak lagi dua minggu sekali.


Rawatilah penyakit anda dengan Ceragem. Insyaalah baik.







12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 10 JUN 2016)
PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 141,563
SEKSI SELEBRITI INDONESIA 137,946
SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 126.190
SELAMAT PENGANTIN BARU 64,997
FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 26,917





P.Ramlee sebagai Rashid, Normadiah (Habibah).

Normadiah bersama Mak Longnya, Siti Tg. Perak.

Nordin Ahmad sebagai Yaakob bersama P.Ramlee.

Mariani sebagai Salmah bersama P.Ramlee.

Adek Johan sebagai Johan dan Mustarjo (Tuan Kadi).


RINGKASAN CERITA

RUMAHTANGGA Rashid dan Habibah (mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Johan) sentiasa dalam krisis. Biasanya mereka berkelahi mengenai perkara-perkara kecil. Bayangkanlah kerana kari ayam pun mereka boleh berperang besar.

Habibah mempunyai seorang Mak Long yang sering menjadi pendamai, dan apabila ada perselisihan antaranya dengan Rashid kepada Mak Longnya inilah Habibah mengadu.

Sebagai orang tua, biasanya Mak Long Habibah tidak berpihak sebelah mana, malah kadang-kadang dia menyebelahi Rashid dan memarahi Hahibah bila didapatinya Habibah yang bersalah.

Dalam pergaduhan yang tak sudah-sudah itu menyebabkan Rashid dan Habibah mendapat perhatian dari teman sekerjanya, Yaakob, dan isterinya (Fatimah). Dimana mereka sering memberi nasihat bagaimana cara untuk hidup bersuami isteri dengan aman damai sepertimana mereka.

Tetapi keadaan rumahtangga Rashid dan Habibah bukan semakin bertambah reda tetapi makin bertambah tegang dan pergaduhan dan pertengkaran terus berlaku yang mana masing-masing keras kepala, panas baran dan tidak mahu mengalah langsung.

Kerana bosan tinggal di rumah disebabkan asyik bergaduh saja, Habibah meminta Mak Longnya mencari kerja. Dan kerana desakan Habibah dan takutkan Rashid marah mahu tidak mahu terpaksalah dia memberikan kerja sebagai guru menjahit yang dikelolakannya sendiri.

Pertengkaran dan pergaduhan terus berlaku dan kerana sudah sampai kekemuncaknya dan sudah tidak dapat dibedung lagi akhirnya Rashid dan Habibah mengambil keputusan untuk bercerai tetapi bila sampai ke pejabat Tuan Kadi, Rashid enggan menceraikan Habibah tetapi Habibah beriya-iya benar hendak bercerai.

Bagaimanapun kerana memikirkan soal anak yang harus menjaganya, Tuan Kadi menasihatkan mereka supaya memikirkan masak-masak tentang perceraian yang hendak mereka lakukan itu. Dan dengan itu mereka pun tidak jadi bercerai buat sementara waktu.

Rumahtangga Rashid dan Habibah berubah dan sedikit aman tetapi mula bergolak semula apabila Habibah cemburukan Rashid yang disangkannya ada membuat perhubungan dengan Salmah yang bekerja sepejabat dengan Rashid.

Walaupun Mak Longnya mengingatkan Habibah dengan menyatakan, "Cemburu buta, sangkaan yang tidak-tidak itu semua menjadi racun dalam rumahtangga", namun tidak dipedulikan oleh Habibah dan kerana cemburu butanya itu pertengkaran dan pergaduhan pun berlaku. Sekali lagi mereka bertemu dengan Tuan Kadi.

Kali ini mereka benar-benar bercerai dan Johan dijaga secara bergilir-gilir antara Rashid dan Habibah. Johan dijaga oleh mereka setiap seorang sehari saja. Berikutan dengan itu, Habibah pindah tinggal di rumah Mak Longnya.

Setelah bercerai, keadaan hidup Rashid dan Habibah tidak keruan dan ternyata Rashid masih sayangkan Habibah begitu juga dengan Habibah masih mencintai Rashid. Dalam perkara mereka itu dan sebagai usaha, menyatukan semula Rashid dan Habibah, Yaakob dan Fatimah membuat rancangan untuk mencari penyelesaian.

Semasa berlangsungnya perkahwinan Salmah dengan Yusof, Rashid telah menceritakao segala yang berlaku dalam rumahtangganya, manakala Yaakob pula menceritakan pengalaman hidupnya berumahtangga dengan Fatimah.

Setelah mendengar dua pengalaman yang berbeza itu, sudahnya Habibah sedar akan kesilapan yang dilakukannya dan berhasrat untuk rujuk semula dengan Rashid dan berjanji akan mengubah segala tabiat buruknya.

Berita baik itu disambut baik oleh Yaakob, Fatimah, Salmah dan Yusof yang datang menyusul ke rumah Rashid. Bak kata Rashid, "Kalau sudah jodoh tak ke mana."


P.Ramlee dan Normadiah menyanyikan lagu "Mengapa Riang Ria".

P.Ramlee dan Normadiah bergaduh didepan Johan, kerana kari ayam masakan Normadiah tak sedap.

P.Ramlee dan Normadiah bergaduh pasal bunyi bising mesin jahit.

Pasal jam loceng tak berbunyi pun boleh jadi pertengkaran besar.


P.RAMLEE SEBAGAI PELAKON

SETELAH berlakon dalam beberapa filem bercorak drama dan melodrama, dalam filem arahannya seperti "Putus Harapan", "Hujan Panas" dan "Siapa Salah?", B.N.Rau mencuba bakat P.Ramlee melakonkan pula watak komedi.

Inilah filem pertama P.Ramlee menunjukkan bakatnya sebagai pelawak dalam kontek peranan utama (hero). P.Ramlee pernah menjadi pelawak berpasangan dengan D.Harris dalam "Noor Asmara" dan "Nasib" tetapi sebagai pelakon pembantu.

Percubaan B.N.Rau menyerahkan peranan komedi kepada P.Ramlee nampaknya tidak mengecewakan. Dia berhasil membentuk P.Ramlee dengan peranan sebagai suami (Rashid) yang keras kepala dan tidak mahu bertolak ansur dengan isterinya, Habibah.

Telatah-telatahnya sering membuatkan penonton-penonton ketawa geli hati tidak kering gusi dibuatnya dari awal sehinggalah ke penghujung filem.


ULASAN DAN KRITIKAN

PADA keseluruhannya, filem ini boleh dikatakan baik persembahannya. Disebalik mengikuti jalan ceritanya penonton-penonton sentiasa saja ketawa dengan adegan-adegan lucu yang mengelikan hati yang dibawakan oleh P.Ramlee dan Normadiah serta dibantu pula telatah lucu Siti Tg. Perak.

Tugas sangat berat dipikul oleh P.Ramlee, sekiranya dia gagal dengan wataknya itu bererti gagallah filem ini. Tetapi nampaknya dia berjaya yang mana kemudian kita dapat saksikan lebih banyak filem komedi lakonannya terutama yang diarahkannya sendiri seperti antaranya "Bujang Lapok", "Nujum Pa' Blalang," "Musang Berjanggut" dan "Labu Dan Labi".

Sebuah filem komedi yang menarik dan melucukan serta mengandungi tauladan dan iktibar kepada pasangan yang sudah berumahtangga supaya jangan terlalu cemburu dan hendaklah selalu bertolak ansur, jangan keras kepala dan mahu menang saja seperti yang digambarkan watak Rashid dan Habibah dalam filem ini.


Bahagia sebelum kahwin, berperang selepas kahwin.

Nordin Ahmad menasihati P.Ramlee, jangan selalu bergaduh dengan Normadiah tu. Beralahlah...

P.Ramlee mengamuk kerana Normadiah bekerja tidak bagitahu kepadanya terlebih dulu.

Tuan Kadi pun pening kepala kerana P.Ramlee dan Normadiah teragak-agak nak bercerai.

Apabila sudah bercerai barulah P.Ramlee dan Normadiah terasa bahangnya. Gila talak pulak dah...




MENGAPA RIANG RIA (Sumber: Be Happy Long Life)

SUNGGUH MALANGNYA NASIBKU (Sumber: Be Happy Long Life)

DI TELAN PAHIT DI BUANG SAYANG

HUJAN DI TENGAH HARI (Sumber: LegendaFilemMelayu)


IRAMA DAN LAGU

Terdapat empat lagu dalam filem ini, kesemuanya sedap didengar.

* Sungguh Malangnya Nasibku (P.Ramlee)

* Mengapa Riang Ria (P.Ramlee dan Normadiah)

* Di Telan Pahit Di Buang Sayang (Normadiah)

* Hujan Di Tengah Hari (P.Ramlee)

Ciptaan dan gubahan: P.Ramlee

Lirik: H.M.Rohaizad

Musik iringan: Pancaragam pimpinan Yusoff B.

# Mengapa Riang Ria diulang nyanyiannya dua kali.

# Kesemua lagu apabila dipiringhitamkan tetap menggunakan suara P.Ramlee dan Normadiah.


FAKTA DAN ANGKA

* Filem keempat P.Ramlee berlakon dibawah arahan B.N.Rau selepas "Putus Harapan", "Hujan Panas" dan "Siapa Salah?".

* Filem ketiga P.Ramlee berpasangan dengan Normadiah sebagai hero dan heroine sesudah "Siapa Salah?" dan "Panggilan Pulau".

* Filem kelima arahan B.N.Rau (Rao) di MFP selepas "Putus Harapan", "Hujan Panas", "Siapa Salah?" dan "Gelora Hidup".

* P.Ramlee meninggal dunia di Kuala Lumpur pada 29 Mei 1973.

* Normadiah meninggal dunia di Kuala Lumpur pada 8 Ogos 2000.

* Filem pertama P.Ramlee membawa peranan komedi dalam kontek pelakon utama (hero). Dalam "Noor Asmara" dan "Nasib" dia berkomedi tetapi sebagai pelakon pembantu berpasangan dengan D.Harris.

* Filem pertama diarahkan oleh P.Ramlee bercorak komedi, "Bujang Lapok" yang menggabungkan dirinya sendiri, Aziz Sattar dan S.Shamsuddin. Normadiah turut berlakon sama.

* Cerita filem ini hampir sama dengan filem Hong Kong, "Love Parade", yang turut dibintangi oleh P.Ramlee dan Saloma malah endingnya juga hampir serupa.

* Ketika filem ini dibuat, Normadiah isteri kepada S.Hassan Sahab.

* Adek Johan, anak kepada seniman crook yang sudah tidak asing lagi, Salleh Kamil.

* Aini Hayati juga terkenal dengan nama Eloni Hayat. Salah satu filem menggunakan nama tersebut "Jula Juli Bintang Tiga" arahan B.N.Rau (B.N.Rao).

* Filem ini mula ditayangkan di Rex, Singapura (tayangan tengahmalam) pada 24 Julai 1954. Tayangan hariannya pada 28 Julai 1954 dan berakhir pada 31 Julai 1954.

* "Perjodohan" kembali ditayangkan di Rex, Singapura selama tiga hari lagi bermula 16 Ogos 1954.


P.Ramlee rasa bersalah apabila cawan Fatimah tertuang pasir bukan air yang terdapat dalam flask.

Apabila sudah bercerai begitulah jadinya. Anak menjadi taruhan.

P.Ramlee mengisahkan kehidupan rumahtangganya yang berantakan dan tidak aman dengan isterinya, Normadiah.

Nordin Ahmad menceritakan kisah rumahtangganya yang aman bahagia bersama isterinya, Aini Hayati.

Tarian "Arabian Mambo" yang dipimpin oleh P.Suriati dan Ali Fiji.

Setelah bercerai P.Ramlee dan Normadiah mahu rujuk kembali dengan disambut baik oleh teman-teman mereka. Happy ending...


# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.





ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?






KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.




18 comments:

  1. TRIVIA DALAM BENTUK SOALAN - Menurut En Mustafar:
    @@@@@@@ "Perjodohan" (1954) & "Love Parade" (1963) mempunyai persamaan sampaikan ke bahagian 'ending'nya pun dikaup sekali! Jadi siapa yang menciplak daripada siapa? Tetapi biar apapun, soal ciplak tidak timbul kerana 'copyright' kededua filem ini adalah milik Shaw Brothers. Cuma, tentulah versi Hongkongnya berkali ganda lebih gah sebab dibuat dengan bajet yang besar dengan menggunakan teknik Eastmancolor/Shawscope & gabungan bintang-bintang ternama HK waktu itu seperti Peter Chen Ho, Linda Lin Dai (diva filem Mandarin era 60'an), Julie Shih Yen, King Hu & Grace Ting Ning & diselitkan pula lagu "Bengawan Solo" persembahan P. Ramlee & Saloma sebagai bintang undangan dari Malaya. Mungkin strategi ini digunakan untuk memancing penonton Melayu agar turut meminati filem HK kerana penonton Melayu sejak dulu memang menggilai filem-filem Hollywood & Hindi (kini Bollywood). Penggunaan "adaptasi" mungkin lebih sesuai daripada perkataan "ciplak" kerana pihak Shaw turut memberi restu kepada studio Merdeka untuk mengeluarkan "Permintaan Terakhir" berdasarkan filem HKnya ("Susanna"), "Adik Manja" ("Whose Baby's In The Classroom") & "Jiwa Remaja" ("Dead End") pada tahun-tahun 70'an.
    @@@@@@@ Watak adik JOHAN dalam "Perjodohan" dimainkan oleh Salleh Kamil. Takkan En Mustafar hendak berbohong! Lagipun nama Salleh Kamil sah-sah disebut dalam credit-title filem ini. Saya tidak tahu jurang umur Salleh Kamil dengan P.Ramlee agak jauh berbeza kerana dalam "Perjodohan", Salleh Kamil adalah seorang kanak-kanak manakala P.Ramlee adalah seorang lelaki dewasa.
    - NONAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Watak adik JOHAN dalam "Perjodohan" dimainkan oleh Salleh Kamil. Takkan En Mustafar hendak berbohong! Lagipun nama Salleh Kamil sah-sah disebut dalam credit-title filem ini. Saya tidak tahu jurang umur Salleh Kamil dengan P.Ramlee agak jauh berbeza kerana dalam "Perjodohan", Salleh Kamil adalah seorang kanak-kanak manakala P.Ramlee adalah seorang lelaki dewasa". Harap NoNama bagitahu para mana Encik Mustafar menyebut Salleh Kamil berlakon dalam filem "Perjodohan" ini. Apa yang Encik Mustafar sebut, Adek Johan itu anak Salleh Kamil. Mana ada nama Salleh Kamil dalam credit title. NoNama ni mabuk puasa ke? - Mastura, Putrajaya, WP.

      Delete
    2. OOpppssss .. Sorry, Mastura! Tersalah baca dek mabuk puasa! Kurang gula kot!!! Terima kasih kerana pembetulan ini. Inilah akibatnya bila membaca dengan terburu-buru. Saya mengaku salah! Maaf sekali lagi. - nonama

      Delete
    3. Inilah pertama kali komen paling jauh menyimpang pernah berlaku dalam FK sejak ia mula diwujudkan pada 2010, dan dilakukan oleh NoNama yang seringkali memberi komen yang agak baik dan berfakta khususnya mengenai filem. Diharap NoNama berhati-hati di masa akan datang. Komen sebegitu boleh mencemar nama baik NoNama (maruah) sendiri - Abd.Ghafar, Ayer Keroh, Melaka.

      Delete
  2. AMAT LUAR BIASA! Memang tidak disangka-sangka, posting (PERJODOHAN) kali ini disiarkan lat 11 hari selepas posting sebelumnya (Si Tora Harimau Jadian - 1964) "tamat tempoh"!!! Posting dalam blog FK kendalian En Mustafar ini (menurut al-kisah orang-orang lama) seolah-olah seperti 'flashback' (visual - filem) atau 'playback' (audio - lagu) pada zaman dulu-dulu.
    @@@@@@@@ SENARIO I: ghairah menunggu keluaran majalah Variapop atau UFF yang terbaharu - terutama sekali edisi Hari Raya Aidilfitri (kalau edisi Hari Raya Haji lebih solemn & hambar).
    @@@@@@@ SENARIO II: Kalau filem Melayunya hebat, ditayangkan selama seminggu atau lebih sedikit, tetapi kalau filemnya "hancur" (terutamanya dari Merdeka studio, selalunya notis LAST DAY selepas tayangan 2-3 hari saja (sungguh mengecewa & memalukan) akan terpampang di sisi poster dalam akhbar & papan tanda besar di luar (outdoor). Berbalik kepada posting ini -santapan bulan puasa ini bolehlah dibaca secara santai & ringan-ringan dalam suasana kita menghadapi Ramadan & menggiatkan aktiviti rohani atau religi (istilah favorit di Indonesia) yang agak berat & meruntun jiwa Muslim kita.
    @@@@@@@@ ASPEK BAHASA - Jadul (Indon) atau jodol (Melayu) filem "PERJODOHAN" ini agak janggal di telinga kita sebab orang Melayu lebih selesa menyebutnya sebagai JODOH saja. Memang di awal permulaan industri hiburan Melayu di Malaya dulu-dulu, jodol / lirik / dialog / sebutan filem/lagu Melayu mirip Indonesia. Mungkin waktu itu, ramai antara bakat & insan seni Melayu terdiri daripada anak seberang yang merantau ke Malaya: Ahmad Jaafar, Zubir Said, Wandly Yazid, Jaafar Wiryo, Siti Tanjong Perak / Sa'amah (pelat Jawa), Maroeti, D. Harris, Daeng Idris, Sutinah, Udo Umar (pelat Minang), Tarminah Kario Wikromo (isteri Pak Zubir), Kasmah Booty, Maria Menado, Normadiah - semuanya berasal dari tanah seberang, & ramai lagi. Singapura ketika itu menjadi "entertainment hub " & pangkalan yang memang "happening" sebelum Kuala Lumpur.

    - nonama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada saya, tidak janggal 'jodoh' menggunakan PERJODOHAN sebagai tajuk filem. Ada juga tajuk filem PERTARONGAN berasal dari 'tarong', PERTAROHAN berasal dari 'taroh' dan filem Indonesia PERKAHWINAN berasal dari 'kahwin' - Musa Bakri (USM), Pulau Pinang.

      Delete
  3. @@@@@@@ TRIVIA (lanjutan): Nama FATIMAH semakin menjadi-jadi (macam slogan iklan keropok Twisties 70'an) di era dulukala & pra-70'an, tetapi kini seakan-akan pupus & tenggelam dek nama-nama "fanciful" yang moden (keindonesiaan atau kebaratan).
    @@@@@@@ Contoh - watak isteri Yaakob yang bernama Fatimah dalam filem "Perjodohan" ini. Contoh-contoh lain: Umi Kalsom (nama asal - Patimah binti Bahaudin), Latifah Omar (nama asal - Fatimah Omar), dramatis lagenda Singapura, Jorah Ahmad (nama asal - Fatimah Ahmad), kita juga ada seniwati 60'an di Cathay-Keris, Fatimah Ahmad, pelakon tambahan Shaw MFP, K. Fatimah, dramatis bersara Singapura-Malaysia, Fatimah Yasin, lagu "OH FATIMAH" A.Ramlie & Rhythm Boys! Mungkin ada Fatimah-Fatimah lain dalam industri hiburan & media penyiaran/kesenian tanahair yang terlepas pandang di sini. Pembangkitan semula (revival & resurrection) nama-nama Islamik kini menjadi trend untuk mengembalikan nama Fatimah ke status & tahap asalnya.

    - nonama

    ReplyDelete
  4. Sebab utama saya suka baca FK kerana sesuatu artikel itu dibuat dengan fakta yang lengkap. Sebagai contoh, tayangan "Perjodohan" di Rex, Singapura pada 28 Julai kemudian disambung di panggung wayang yang sama pada 18 Ogos 1954. Saya yang lahir pada tahun 1995, tidak berapa tahu wujudnya filem ini yang dilakonkan oleh P.Ramlee dan Normadiah yang merupakan filem bercorak komedi pertama P.Ramlee, dan apa yang diulas dan dikritik oleh Encik Mustafar nampaknya menarik sekali. Disini, inginlah saya meminta jasa baik Encik Mustafar bagaimanakah caranya saya boleh mendapatkan filem/dvd "Perjodohan" ini untuk dijadikan koleksi filem-filem P.Ramlee yang kini sudah pun agak banyak juga saya simpan - Azlan (via e-mel), Pasir Gudang, Johor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk mendapatkan filem/dvd "Perjodohan", Sdra Azlan hanya perlu membeli buku "Filem-Filem P.Ramlee". Setiap pembelian senaskah buku tersebut akan diberi percuma samada "Perjodohan" atau pun "Gelora". Sila hubungi 012-3408117 untuk mendapatkan keterangan lanjut.

      Delete
  5. Saya ada dengar cerita, Fazliyaton tu pernah suatu ketika dulu 'girl friend' S.Hassan Sahab. Benarkah Encik Mustafar? Apakah benar S.Hassan Sahab ini juga berperanan crook dalam "Korban Fitnah" yang diarahkan oleh P.L.Kapur dan merupakan filem pertama keluaran Maria Menado Productions? - Asiah, Geylang Serai, Singapura.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menurut Ramli Ismail (bapa pelakon Rushdi Ramli), memang benar Fazliyaton 'girl friend' S.Hassan Sahab. Benar juga S.Hassan Sahab berperanan jahat atau crook dalam "Korban Fitnah" yang turut dibintangi Maria Menado, A.N.Alcaff, Sukarno M.Noor dan Siput Serawak.

      Delete
  6. Saya selalu terkeliru.
    Adakah B.N.Rau dan B.N.Rao
    itu sama orangnya?
    - Mansor Ahmad, Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, pengarah filem yang sama.
      Di credit title namanya sering
      dieja bertukar ganti
      - B.N.Rau dan B.N.Rao.
      Dia merupakan pengarah filem
      "Pontianak" yang menjadi
      juara 'box office' tidak lama dulu.
      Kemudian disusuli "Dendam Pontianak"
      dan "Sumpah Pontianak".

      Delete
  7. Terbaik...jln cta ringkas...tp pramlee dgn normadiah...bertengkar sahaja..ending kahwin...terima kasih..abg mus

    ReplyDelete
  8. Encik Mustafar, boleh tak saya dapatkan satu dvd filem "Perjodohan" ini. Nampaknya, menarik sekali ulasan Encik Mustafar mengenai filem ini. Saya cari kat YouTube, tapi full movienya tak ada. Yang ada hanyalah lagu-lagunya. Dikedai lagilah tak ada - Nathasa, Pekan, Phg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. FK tidak jual dvd "Perjodohan" tapi diberi percuma, dengan syarat mesti beli buku "Filem-Filem P.Ramlee". Kalau dibeli daripada pengkoleksi dvd filem Melayu klasik harganya antara RM50.00 hingga RM70.00. Agak berbaloi sekiranya Nathasa beli buku "Filem-Filem P.Ramlee" sebab harganya cuma RM90.00 saja. Dan lagi, dvd "Perjodohan" memang sukar diperolehi.

      Delete
  9. Memang sukar dicari filem melayu klasik...fakta memang fakta...tak dapat di nafikan..filem perjodohan memang besh kisah rumahtangga..tidak banyak nama besar berlakon dlm filem ini...waima filem ini sangat ringkas perjalanan ceritanya..tapi..berkesan dan sesuai ditonton umum ..tak filem gelora...bahaya....tak sesuai di tonton kanak kanak..fakta yg di beri amat menarik...terima kasih kami terus menyokong abg mus...

    ReplyDelete
  10. Memang sukar dicari filem melayu klasik...fakta memang fakta...tak dapat di nafikan..filem perjodohan memang besh kisah rumahtangga..tidak banyak nama besar berlakon dlm filem ini...waima filem ini sangat ringkas perjalanan ceritanya..tapi..berkesan dan sesuai ditonton umum ..tak filem gelora...bahaya....tak sesuai di tonton kanak kanak..fakta yg di beri amat menarik...terima kasih kami terus menyokong abg mus...

    ReplyDelete