KERANA PANEL JURI YUSOF HASLAM DITOHMAH
Teks: Mustafar A.R.
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
Foto Dari Pelbagai Sumber: Rotikaya mStar Online
Cinema Online Kosmo Online & BH Online
(Sumber: Skyzen Studios)
(Sumber: fig0000s)
KERANA PANEL JURI YUSOF HASLAM DITOHMAH
Oleh Mustafar A.R.
Sesudah berakhirnya penyampaian anugerah Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM28) malam 3 September yang lalu, sudah sampai masanya Yusof Haslam meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah FINAS.
Yusof hanya boleh mengekalkan jawatan tersebut sekiranya Sekretriat FFM ditubuhkan oleh FINAS supaya ia bebas daripada sebarang pengaruh atau campurtangan FINAS dan PFM dimana dia selaku presidennya.
Saya banyak, terlalu banyak, menerima e-mail, meluahkan perasaan ketidakpuasan hati kerana "Munafik" dan "Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit" membolot banyak anugerah yang utama dan prestij.
Ada yang menuduh sampai ke peringkat Yusof menggunakan wang mempengaruhi angguta panel juri yang dipengerusikan oleh Nancie Foo dan Shuhaimi Baba supaya kemenangan berpihak kepada dua filem yang melibatkan syarikat kepunyaannya, Skop Productions.
Kata mereka, sekiranya "Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit" tidak bekerjasama dengan Skop Productions pastinya Pekin Ibrahim akan pulang dengan tangan kosong. Sampai begitu sekali kemarahan mereka yang kecewa.
Kata salah seorang penghantar e-mail, "Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit bukannya bagus sangat. Ia lebih menggalakkan anak-anak muda kurang ajar dijalanraya disamping teknik bunyinya yang memekakkan telinga."
Pada saya tuduhan ini sangat berat. Takkanlah Yusof berbuat demikian, lagi pun dia pernah bersuara yang dirinya bukan Islam kalau tahu siapa angguta panel juri atau berbohong serta menggunakan wang bagi memperolehi kemenangan dua filemnya itu.
Dalam pada itu, Yusof menegaskan dia tidak terlibat dalam proses penjurian sehingga membolehkan Syamsul Yusof, memenangi beberapa anugerah utama.
"Saya tidak terlibat dengan proses penilaian dan sebenarnya saya sendiri baru diberitahu siapa barisan angguta panel juri yang mengadili semua filem yang dipertandingkan semasa malam penyampaian anugerah," katanya.
Mengenai pertikaian yang timbul, katanya: "Pertikaian sebegini bukan perkara baru dan Syamsul sendiri kecewa bila terlalu banyak tomahan yang datang dari kalangan orang-orang industri filem sendiri."
Sebelum ini, ada pihak yang mendakwa Yusof menggunakan pengaruhnya sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga FINAS dan Presiden PFM dalam memberi kemenangan kepada filem "Munafik."
Pada malam kemuncak itu, Syamsul menerusi "Munafik" berjaya meraih anugerah Filem Terbaik Nasional dan Pengarah Terbaik. Ia juga memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik, Penyunting Terbaik dan Penataan Bunyi Terbaik.
Yusof menambah, dia enggan mengambil peduli dan tidak kisah tentang pertikaian yang hanya tidak membantu dalam meningkatkan kemajuan filem negara. Sebaliknya, kritikan dan pandangan negatif tersebut hanya mampu mewujudkan sikap berpuak-puak dalam industri filem itu sendiri.
"Orang yang mengkritik filem saya itu tidak menunjukkan kemajuan dan hanya bersuara apabila ada penganjuran festival-festival filem begini.
"Mereka tidak sedar perkara utama bukanlah tentang kemenangan tetapi bagaimana untuk meraih dan mengajak penonton datang menonton di pawagam.
"Saya bersyukur filem-filem saya mengutamakan nilai kormersial dan kemenangan ini hanya saya anggap sebagi bonus saja".
Tambah Yusof, penggiat filem seharusnya lebih bersatu hati dalam mengkaji sesuatu filem yang berjaya agar boleh dijadikan contoh menghasilkan yang lebih baik.
Pada dasarnya saya setuju apa yang dikatakan oleh Yusof itu. Namun satu perkara dia mesti ingat persepsi atau anggapan, kedudukannya sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah FINAS.
Betul, Yusof tidak mempengaruhi panel juri tetapi apabila banyak anugerah utama atau pretij dimenangi "Munafik" dan "Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit", persepsi itulah yang timbul.
Justeru itu, hasrat Yusof untuk meletakkan jawatannya dalam FINAS, dan kalau boleh, sebagai presiden PFM juga, selagi dia terus bergiat mengeluarkan filem, sangat dialu-alukan.
Ini bagi membolehkan pada FFM29 nanti, kalau filem-filem keluarannya membolot kesemua anugerah yang ada tiada sesiapa yang boleh mempertikaikannya kerana persepsi itu sudah tidak ada lagi.
Dalam penilaian saya, FFM28 sudah jadi cacamarba, tunggang terbalik macam filem P.Ramlee, "Keluarga 69". Apa ke tidaknya apabila kategori Filem Terbaik sudah jadi dua (Filem Terbaik Malaysia (sepuluh filem) dan Filem Terbaik Nasional) dan Pengarah Terbaik ditandingi oleh sepuluh pengarah, tidak pernah terjadi sebelum ini.
Berbanggakah Yusof dan Syamsul apabila dalam kategori Filem Terbaik Malaysia, "Munafik" dikalahkan oleh "Jagat".
"Munafik" sekadar mampu mengalahkan empat Filem Terbaik Nasional, dalam perkiraan panel juri, tetapi "Jagat" menewaskan sembilan Filem Terbaik Malaysia. Malah kalau dibandingkan "Ola Bola" dan "The Kid From The Big Apple", "Munafik" pun boleh tumbang.
Satu persoalan, Nasional dan Malaysia tu apa bezanya?
Sekiranya, format FFM27 digunapakai, mungkin kontroversi tidak timbul. Kekalkan calon lima Filem Terbaik dan lima Filem Terbaik Bukan Bahasa Melayu, yang mana dalam anugerah Oscar sama seperti Best Foreign Language Film (Filem Bahasa Asing Terbaik).
Ini ditambah pula dengan kategori Pengarah Terbaik Bukan Bahasa Melayu. Siapalah punya idea goblok ni? Bukankah ini menambah beban dan terjadinya kelam-kabut.
FFM diwujudkan bertujuan menilai artistik (kreativiti atau elemen filem), bukannya komersial, mengutip banyak wang, berjuta-juta ringgit.
Kerana itu, memberi anugerah box office kepada "Polis Evo" tidak kena. Pada FFM27 anugerah tersebut diterima oleh "The Journey".
Dalam festival-festival filem yang ada diseluruh dunia (yang berprestij) tidak pernah ada anugerah box office. Hanya di Malaysia saja ada. Tetapi apa yang nak dihairankan, Malaysia boleh! ya tak.
"Polis Evo" bukan filem terbaik. Anugerah Khas Juri pun tidak layak diterimanya kerana sekadar kerana produksi dan nilai komersial yang tinggi. Keutamaan kepada wang ringgit bukan artistik.
Agaknya, FINAS dapat manfaat, itu sebabnya anugerah tersebut diwujudkan. Kalau ia pun biarkanlah "Polis Evo" dengan wang juta-jutanya. FINAS, tak payahlah nak menunjuk-nunjuk.
Lakonan terbaik adalah subjektif. Lakonan Nabila Huda tidak jauh bezanya dengan Maya Karin dan Lisa Surihani. Hanya budi bicara panel juri menentukan kalah menangnya.
Disebabkan Pekin Ibrahim sudah menang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, apa salahnya anugerah Pelakon Wanita Terbaik diberikan kepada Maya Karin atau Lisa Surihani.
Kalau Lisa dan Maya sudah pernah menggondol anugerah Pelakon Wanita Terbaik, bagi saja kepada Nadiya Nissa. Setidak-tidaknya Nadiya dan pengarah "Love Supermoon", Wan Hasliza, tidak payah mencari saputangan untuk mengesat si airmata.
Atau bagi Nabila Huda anugerah Pelakon Wanita Terbaik manakala tempat Pekin Ibrahim diberikan kepada Aaron Aziz. Ini kerana "Suamiku, Encik Perfect 10" tidak menang apa-apa, satu habuk pun takda. Lisa pun pasti gembira.
Lagi pun Yusof ada berkata, kemenangan adalah bonus. Kalau Nabila tidak menang pada Yusof tidak rugi apa-apa pun. Dia pun tak kisah. Pemilihan Nadiya dan Aaron boleh menyelamatkan perasaan ramai karyawan filem yang dicalonkan.
Selain itu, persaan menyampah dan meluat kepada Yusof, Syamsul dan Skop Productions pun boleh juga dikurangkan.
Satu e-mail bertanya kepada saya. Bolehkah Pekin Ibrahim dicalonkan Pengarah Baharu Terbaik sedangkan "Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit" diarahkannya bersama dengan Syafiq Yusof?
Jawapan saya: "Tidak boleh." Calon Pengarah Baharu Terbaik secara total mesti hanya seorang saja pengarah sesuatu filem. Saya menganggap kemenangan Pekin tidak mutlak. Kalau pun bagus filem kisah Mat Moto itu, bukan kreativiti dia tapi sekerat-sekerat dibantu oleh Syafiq.
Disini, intergriti panel juri sudah tercalar. Tidak membuat semakan sebaik-baiknya atau mereka tidak menonton "Mat Moto: Kami Bukan Mat Rempit" yang jelas terpampang PENGARAH BERSAMA SYAFIQ YUSOF.
"Bermaruahkah Pekin menerima anugerah tersebut?" tanya si penghantar e-mail itu. "Apa, panel juri buta kayu ke?" tambahnya.
Panel juri terutama Nancie Foo dan Shuhaimi Baba perlu ingat, disamping menentukan kualiti sesuatu filem, FFM berperanan sebagai penggalak atau pembakar semangat.
Apabila dua filem Yusof menyapu banyak anugerah utama, sudah tentu timbul perasaan tidak puas hati dikalangan mereka yang terlibat yang merasakan karya mereka diperkotakkatik. Nampak sangat para juri condong ke Skop Productions.
Disebabkan tidak ada pertimbangan yang adil (fair and square) dari panel juri, akibatnya, Yusof menjadi mangsa, ditohmah bermacam-macam termasuk adanya 'conflic of interest' dan menggunakan kuasa wang bagi mendapatkan kemenangan.
Sesuatu yang sepatutnya tidak patut berlaku. Tetapi sudah pun berlaku.
Trailer ini membukti Pekin Ibrahim bukan mengarah
bersendirian tapi bersama Syafiq Yusof.
(Sumber: fiq000s)
Kini diterbitkan sebulan sekali tidak lagi dua minggu sekali.
Rawatilah penyakit anda dengan Ceragem. Insyaalah baik.
12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG
# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA
# 5 ARTIKEL POPULAR___
* (SETAKAT 7 September 2016)
PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI (153,836)
SEKSI SELEBRITI INDONESIA (149,618)
SEKSI SELEBRITI MALAYSIA (141,189)
SELAMAT PENGANTIN BARU (65,812)
FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT (27,769)
SYAMSUL YUSOF - PENGARAH TERBAIK
PENGARAH TERBAIK
# SYAMSUL YUSOF (MUNAFIK) - PEMENANG
Syamyl Othman (Rembat)
Ghaz Abu Bakar (Polis Evo)
Saw Teong Hin (Jejak Warriors)
Wan Hasliza Wan Zainuddin (Love Supermoon)
Shanjey Kumar Perumal (Jagat)
Jess Teong (The Kid From The Big Apple)
Silver Yee (Huat The Fish)
Chiu Keng Guan (Ola Bola)
Puvanendran (Maravan)
PEKIN IBRAHIM - PELAKON LELAKI TERBAIK
PELAKON LELAKI TERBAIK
# PEKIN IBRAHIM
(MAT MOTO: KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT) - PEMENANG
Aniu (Rembat)
Aaron Aziz (Suamiku, Encik Perfect 10)
Zizan Razak (Polis Evo)
Shaheizy Sam (Polis Evo)
NABILA HUDA - PELAKON WANITA TERBAIK
PELAKON WANITA TERBAIK
# NABILA HUDA (MUNAFIK) - PEMENANG
Maya Karin (Jwanita)
Lisa Surihani (Suamiku, Encik Perfect 10)
Nadiya Nisaa (Love Supermoon)
Maya Karin (Nota)
HUSHAIRI HUSAIN - PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
# HUSHAIRI HUSAIN (POLIS EVO) - PEMENANG
Azad Jasmin (Girlfriend Kontrak)
Sri Balasubramaniam (Ola Bola)
Ramli Hassan (Nota)
Hasnul Rahmat (Juvana 2)
FAUZIAH AHMAD DAUD - PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
# FAUZIAH AHMAD DAUD (LANGIT CINTA) - PEMENANG
Aminah Rhapor (Chowrasta)
Anne Ngasri (Love Supermoon)
Adeline Tsen (Gamatisme)
Christina Suzanne (Jwanita)
SHUHAIMI BABA
NANCIE FOO
MAMAT KHALID
AZIZ M.SMAN
SIAPA JURI? JURI OH JURI
Oleh Zaini Yusop
Bila meneliti nama-nama AJK Penjurian dan Senarai Juri, no wonderlah (cakap orang putih lak sikit), dua filem Skop Productions, "Munafik" dan "Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit", menang bergaya yang tak dijangkakan oleh otak yang waras.
AJK Penjurian kesemuanya orang FINAS dan PFM yang dikuasai oleh Yusof Haslam yang memegang jawatan Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah FINAS dan sekaligus Presiden PFM.
Lihat dan nilailah sendiri.
1. Pengerusi - Nancie Foo (PFM)
2. Timbalan Pengerusi - Mohd. Zulkifli Abu Bakar (FINAS)
3. AJK - Raja Awaliah Raja Idris (PFM)
4. AJK - Hasnida Nordin (PFM)
5. AJK - Faiz Amran (FINAS)
6. Juru Audit - Nur Haafidzah Abdul Aziz (FINAS)
Apa sudah jadi dengan GAFIM yang dianggutai Seniman, FDAM, Papita dan Karyawan? Mereka boikot FINAS atau kena singkir dek FINAS?
Setahu saya, PFM berada dalam GAFIM. Kenapa PFM saja yang menguasai AJK Penjurian? Disini sudah menampakkan ketidak-betulnya kedudukan yang mana kemenangan yang dicapai oleh "Munafik" dan "Mat Moto: Kami Mat Moto Bulan Mat Rempit" ramai yang mempertikannya, dan memang patut pun.
Saya tidak fikir, Yusof tidak tahu siapa angguta panel juri sebagaimana yang didakwanya dan bersumpah. Nancie Foo tu kan orang dia, AJK PFM. Apa-apa perkembangan mesti dia merujuk kepadanya termasuk hal ehwal penjurian.
Dalam filem Yusof banyak tahu. KP FINAS. Kamil Othman. banyak yang dia tidak tahu. Sekiranya Yusof tidak ambil tahu, ertinya dia tidak bertanggungjawab.
Sekarang mari kita tengok pula Senarai Juri. Ketua Juri (Penjurian Akhir), Shuhaimi Baba. Dalam PFM jawatannya Timbalan Presiden. Nombor dua selepas Yusof.
Sudah barang tentu, habislah semua anugerah utama disapunya. Mamat Khalid gembiralah dia kerana Pekin Ibrahim tu orang dia. Banyak berlakon dalam filem-filem arahannya.
Tiga lagi juri - Aziz M.Osman, Faridah Ibrahim dan Woo Ming Jin (pengarah Return To Nostalgia) - tak tahu saya nak kata, ke arah mana condongnya.
Apapun, kedudukan Aziz M.Osman 'power' juga kerana menjadi Ketua Juri Pra-Penjurian yang mana AJKnya Fauziah Nawi, Sujiah Salleh, Liew Seng Tat dan Mohd.Amirul Haswendy Ashari.
Soalnya, apakah mereka menonton kesemua filem yang layak bertanding. Atau hanya tonton filem-filem yang disukai saja. Kalau tidak tonton semua, penjurian mereka dianggap tidak adil, tidak sah.
Bagi Liew Seng Tat (pengarah "Lelaki Harapan Dunia"), belum tiba masanya dilantik sebagai juri. Filemnya masih lagi dijurikan, dah nak jurikan filem orang lain. Begitu juga dengan Woo Ming Jin. Dia dikira masih mentah, tidak banyak filem cereka diarahkannya.
Juri lagu dan musik kenapa M.Nasir seorang saja. Bukankah semua filem yang bertanding ada lagu dan musik. Tak patut seorang, setidak-tidaknya dua atau tiga. Nasir pun bukan pakar musik macam Ahmad Merican atau Johari Salleh, setidak-tidaknya ada setaraf Ahmad Nawab bersamanya.
Begitulah kedudukannya dimana Nancie Foo selaku Pengerusi AJK Penjurian memperlihatkan tidak profesionalnya dia dalam menjalankan tugas yang banyak menimbulkan syak wasangka dan keraguan yang membuatkan ramai penggiat filem rasa tidak puas hati.
Dalam satu e-mail yang saya terima (tak payahlah disebut namanya), kata dia: "Kalau nak sapu semua anugerah kan lebih baik kalau Yusof anjurkan festival filemnya sendiri. Bukankah dia tu jutawan, ada banyak duit".
Kalau Yusof baca, macam manalah perasaannya? Tetapi dari kenyataan-kenyataan yang dibuatnya ternyata, dia tidak kisah apa orang lain kata. Kalau benar begitu, baguslah. Jangan lain dimulut lain pula dihati, sudahlah.
OLGA LYDIA
100 ORANG DIPILIH MENGANGGUTAI PANEL JURI FFI2016
(Buat Renungan Yusof Haslam, Shuhaimi Baba Dan Nancie Foo)
Oleh Eko Satrio Wibowo (21cineplex, 9 September 2016)
Di Terjemah, Di Edit Dan Di Susun Oleh Zaini Yusop
Festival Filem Indonesia 2016 (FFI2016) dijangka berlangsung di Jakarta, dan salah satu tahap (peringkat) kritikal dalam penghimpunan tahunan dan penghargaan tertinggi untuk insan filem Indonesia ini ialah penjurian.
Justeru itu, bagi memastikan kebebasan dan meningkatkan kualiti, AJK FFI2016 mempelawa seramai mungkin, semua pihak yang berkepentingan bagi ikut serta, termasuk dikalangan persatuan profesional, calon FFM tahun sebelumnya dan pejabat akuntan publik (awam) yang akan menghitung hasil pengundian.
Ketua Pelaksanaan FFI2015, Olga Lydia, yang kini memegang jawatan Ketua Panel Penjurian memberitahu, kali ini penjurian filem pawagam dibagikan dalam tiga tahap. "Penjurian memang ada yang baru, khususnya untuk filem pawagam. Yang bukan pawagam juga ada, cuma tidak terlalu besar perubahannya," katanya dalam sidang media yang berlangsung di Plaza Indonesia XXI.
Di peringkat pertama, untuk pertama kalinya AJK FFI2016 akan melibatkan persatuan profesional yang ditugaskan memilih 15 filem terbaik bagi setiap kategori sesuai dengan keahlian dan bidang masing-masing.
Menurutnya lagi, hal itu dilakukan bagi menyelesaikan masalah sebelum ini yang mana para juri yang terlibat begitu sukar menonton kira-kira 60 filem hanya dalam masa dua minggu.
Tambah Olga, "Filem pawagam perubahan asasnya ialah pemilihan menjadi lebih panjang. Kalau dulu hanya tahap 1 dan 2, sekarang ada tahap pemilihan senarai pendek.
Pertama yang memilih adalah persatuan penerbit - PPFI, APROFI dan APFI. Tiga persatuan ini akan membuat senarai pendek, masing-masing memilih 15 filem yang mereka nilai dan boleh dicalonkan."
Kemudian di tahap kedua, angguta panel juri yang terlibat akan mendapat kiriman infosi mengandungi panduan untuk menonton 15 filem terbaik bagi setiap kategori secara streaming, beserta username dan password untuk dapat menonton.
"Seluruh angguta juri di tahap kedua secara automatik menjadi juri tahap ketiga, ditambah dengan Dewan Juri 20 dan ahli FFI Sepanjang Hayat yang merupakan para calon FFI sebelumnya, dan sistem penjurian dengan 100 juri ini sudah dimulai sejak tahun 2014," kata Olga.
Sementara itu, untuk filem bukan pawagam hanya dilakukan dalam dua peringkat. Kategorinya ada empat - filem pendek, filem dokumentari pendek, filem dokumentari panjang dan filem animasi.
"Panel juri akan memilih lima pilihan dari setiap kategori untuk menjadi calon, selepas itu akan keluar filem terbaik untuk masing-masing kategori," ujarnya.
Olga juga memastikan, semua angguta dewan juri yang ikut serta akan melaksanakan tugas mereka dengan bebas dan adil. Dipilih secara teliti terutama yang mempunyai kredibiliti baik dalam bidang kerjaya mereka.
Selain itu, Olga juga menegaskan, hampir semua angguta panel juri yang terlibat tidak mempunyai filem turut sama bertanding dalam FFI2016.
Pengumuman Pencalonan FFI2016 dijadualkan berlangsung pada akhir Oktober 2016, manakala malam kemuncak Anugerah FFI2016 dijangka pada November 2016 bertempat di Teater Besar, Taman Ismail Marzuki (TIM).
SENARAI CALON DAN PEMENANG ANUGERAH
FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-28 (FFM28)
FILEM TERBAIK
# JAGAT (SKYZEN STUDIOS) - PEMENANG
Ola Bola
(Astro Shaw/Golden Screen Cinemas)
Nota (42nd. Pictures)
Polis Evo (Astro Shaw)
Jejak Warriors (U2 Media)
Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit
(Skop Productions/Viper Studios)
Munafik (Skop Productions)
Maravan (Golden Peacock Film Production)
Huat The Fish (GSC Movies)
The Kid From The Big Apple
(GSC Movies/Three Production)
FILEM TERBAIK NASIONAL
# MUNAFIK (SKOP PRODUCTIONS) - PEMENANG

HARIS HUE ABDULLAH - SINEMATOGRAFI TERBAIK
SINEMATOGRAFI TERBAIK
# HARIS HUE ABDULLAH (POLIS EVO) - PEMENANG
Raja Mukhriz
(Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit)
Senthil Kumaran Muniandy (Jagat)
Mohd.Noor Kassim (Bravo 5)
Rahimi Maidin (Munafik)
PENYUNTING TERBAIK
# SYAMSUL YUSOF (MUNAFIK) - PEMENANG
Gywneth Lee (Ola Bola)
Nazim Shah (Polis Evo)
Syamsul Yusof (Munafik)
Kumaran Arumugam (Jagat)
Loo Chean Hoong
(The Kid From The Big Apple)
LAKON LAYAR TERBAIK
# BEA TANAKA (NOTA) - PEMENANG
Feroz Kader
(Suamiku, Encik Perfect 10)
Joel Soh/Kyle Goonthing/Anwari Ashraf Hashim/Adib Zaini
(Polis Evo)
Wan Hasliza Wan Zainuddin
(Love Supermoon)
Pekin Ibrahim

Jess Teong
(The Kid From The Big Apple)
Puvanendran Selvaraja
(Maravan)
Lim Teik Yin/Jack Lim/Wong Jee Meng/Nick Wong
(Huat The Fish)
Chan Voke Veng/Tan Pik Vee
(Ola Bola)
Shanjey Kumar Peramul
(Jagat)
CERITA ASAL TERBAIK
# PEKIN IBRAHIM
MAT MOTO: KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT - PEMENANG
Chiu Keng Guan/Chan Yoke Yeng/Tan Pik Yee
Ola Bola
Shanjhey Kumar Perumal
Jagat
Lina Tan/Amri Rohayat/Tan Boon Huat
Rembat
Jess Teong
The Kid From The Big Apple
PENATAAN SENI TERBAIK
# WONG JEE MENG/NICK WONG (HUAT THE FISH) - PEMENANG
Soon Yong Chow (Ola Bola)
Esvaran Krishnan (Jagat)
Ray Tan Vew Swee (The Kid From The Big Apple)
Mohd.Khairul Mohd.Dan (Bravo 5)
PENATAAN BUNYI TERBAIK
# IMAGINEX STUDIOS (MUNAFIK) - PEMENANG
Imaginex Studios (Polis Evo)
Imaginex Studios (Villa Nabila)
Imaginex Studios (Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit)
Foo Yueh Yee/Add Audio (Rembat)
PEREKA KOSTUM/BUSANA TERBAIK
# ELAINE NG/WENG SHUM (OLA BOLA) - PEMENANG
Hasnan Yaacob (Bravo 5)
Hasnan Yaacob - Cicakman 3
Jess Teong (The Kid From The Big Apple)
Nasirah Ramlan (Polis Evo)
KESAN VISUAL KHAS TERBAIK
# CICAKMAN 3 (YUSRY ABDUL HALIM) - PEMENANG
Kapsul (Amru Najmi Osman)
Ola Bola (Bak Chee Hong)
Munafik (Viper Studios)
The Noise (Criminal Studios)
SKOR MUSIK ASAL TERBAIK
# SAN WAI LIK (ALEX SAN)/SAN WENG ONN (OLA BOLA) - PEMENANG
Nur Zaidi Abd.Rahman (Pilot Cafe)
Azmeer (Chowrasta)
Syamsul Yusof (Munafik)
Nur Zaidi Abd.Rahman (Jwanita)
LAGU TEMA ASAL TERBAIK
# ZEE AVI/RENDRA ZAWAWI (OLA BOLA/"ARENA CAHAYA")/ZEE AVI - PEMENANG
Nur Zaidi Abd.Rahman (Langit Cinta/"Langit Cinta")/Dayang Nurfaizah
Nur Zaidi Abd.Rahman (Pilot Cafe/"Untuk Cinta")/Hafiz & Adira
Syamsul Yusof (Munafik/"Kalah Dalam Menang")/Syamsul & Mawi
Edry Abdul Halim (Cicakman 3/"Adiwira")/Zizan Razak & Kru
SHANJEY KUMAR PERUMAL - PENGARAH BAHARU TERBAIK
PENGARAH BAHARU TERBAIK
# SHANJEY KUMAR PERUMAL (JAGAT) - PEMENANG
Daven Raghavan (CCTV)
Pekin Ibrahim (Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit)
Jess Teong (The Kid From The Big Apple)
Feroz Kader (Suamiku, Encik Perfect 10)
ADAM SHAHZ - PELAKON BAHARU LELAKI TERBAIK
PELAKON BAHARU LELAKI TERBAIK
# ADAM SHAHZ (JUVANA 2) - PEMENANG
Saran Kumar (Ola Bola)
Chem Amar (Chowrasta)
Mas Khan (Biasan)
Keith Foo (Girlfriend Kontrak)
FALISHA CEOSLEY - PELAKON BAHARU WANITA TERBAIK
PELAKON BAHARU WANITA TERBAIK
# FALISHA CROSLEY

Marianne Tan (Ola Bola)
Nur Risteena (Girlfriend Kontrak)
Zara Zya (Rembat)
Raja Ilya (Suamiku, Encik Perfect 10)
FILEM PENDEK TERBAIK
# RM10 (ENTROPY STUDIOS) - PEMENANG
Selfie (3 Cine Creation Crew)
Terbit 23 (Taufiq Kamal Abd Rahman)
UV (Aswara/Muhd. Ajwad)
Suraya (Multimedia University, Faculty Of Cinematics Arts)
BOBOIBOY THE MOVIE
FILEM CEREKA ANIMASI TERBAIK
# BOBOIBOY THE MOVIE (ANIMONSTA STUDIOS) - PEMENANG
Oh! La La (Infinite Motion)
FILEM ANIMASI PENDEK TERBAIK
AJEN ALI (WAU ANIMATION) - PEMENANG
Tales Of Wisdom (Hud Hud Media)
Ummie... Ceritalah Kepada Kami (Hud Hud Media)
Rimba Kids Nursery Rhymes (Glue Studios)
FILEM DOKUMENTARI TERBAIK
# BOAT PEOPLE (DOSFELLAS) - PEMENANG
Menanti Sinar Keamanan (Medyavizyon)
Mindanao Penantian Merdeka (Medyavizyon)
Dato' Meor Abdul Rahman: Lagenda Mahaguru Seni Silat Melayu (Sendo Gayong)
Awang Pahlawan Iban (Rack Focus)
TAN QIN LIN - PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK
PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK
# TAN QIN LIN (THE KID FROM THE BIG APPLE) - PEMENANG
Shivatharan Nambiar (Ola Bola)
Ryqal Iskandar (Cicakman 3)
Harvind Raj (Jagat)
Aliff Firdaus (Jejak Warriors)
DEDDY M.BORHAN (ANUGERAH KARYAWAN SEPANJANG ZAMAN)
MOHD.NOOR TAGAYA (ANUGERAH PENGGIAT BELAKANG TABIR)
ANUGERAH KARYAWAN SEPANJANG ZAMAN
# DEDDY M.BORHAN
ANUGERAH PENGGIAT BELAKANG TABIR
# MOHD.NOOR TAGAYA
NAJWA ABU BAKAR - ANUGERAH KHAS JURI (OLA BOLA)
OLA BOLA
POLIS EVO
THE KID FROM THE BIG APPLE
ANUGERAH KHAS JURI
# OLA BOLA
- BERJAYA MENINGKATKAN NILAI PERPADUAN MELALUI SEMANGAT KESUKANAN
# POLIS EVO
- BERJAYA MENINGKATKAN NILAI PRODUKSI DAN NILAI KOMERSIAL YANG TINGGI
# THE KID FROM THE BIG APPLE
- BERJAYA MEMBAWA TRANSFORMASI NILAI BUDAYA DAN MERAPATKAN JURANG GENERASI
ANUGERAH BOX OFFICE
# POLIS EVO
JUMLAH ANUGERAH DITERIMA CALON FILEM TERBAIK
OLA BOLA (RENDRA ZAWAWI/ELAINE NG/ONN SAN)
THE KID FROM THE BIG APPLE (JESS TEONG)
# 1. OLA BOLA (15) - (4)
Filem Terbaik
Pengarah Terbaik
Lakon Layar Terbaik
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Pelakon Baharu Wanita Terbaik
Pelakon Baharu Lelaki Terbaik
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Kesan Visual Khas Terbaik
Cerita Asal Terbaik
Lagu Tema Asal Terbaik - PEMENANG
Skor Musik Asal Terbaik - PEMENANG
Penataan Seni Terbaik
Penyunting Terbaik
Pereka Kostum/Busana Terbaik - PEMENANG
Anugerah Khas Juri - PEMENANG
# 2. POLIS EVO (12) - (3)
Filem Terbaik
Filem Terbaik Nasional
Pengarah Terbaik
Pelakon Lelaki Terbaik
Pelakon Lelaki Terbaik
# Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - PEMENANG
Lakon Layar Terbaik
Penataan Bunyi Terbaik
Penyunting Terbaik
# Sinematografi Terbaik - PEMENANG
Pereka Kostum/Busana Terbaik
# Anugerah Khas Juri - PEMENANG
# 3. MUNAFIK (10) - (5)
Filem Terbaik
# Filem Terbaik Nasional - PEMENANG
# Pengarah Terbaik - PEMENANG
# Pelakon Wanita Terbaik - PEMENANG
Sinematografi Terbaik
# Penyunting Terbaik - PEMENANG
# Penataan Bunyi Terbaik - PEMENANG
Skor Musik Asal Terbaik
Lagu Tema Asal Terbaik
Kesan Visual Khas Terbaik
# 4. JAGAT (9) - (2)
# Filem Terbaik - PEMENANG
Pengarah Terbaik
# Pengarah Baharu Terbaik - PEMENANG
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Cerita Asal Terbaik
Lakon Layar Terbaik
Sinematografi Terbaik
Penyunting Terbaik
Penataan Seni Terbaik
# 5. THE KID FROM THE BIG APPLE (9) - (2)
Filem Terbaik
Pengarah Terbaik
Pengarah Baharu Terbaik
# Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - PEMENANG
Cerita Asal Terbaik
Lakon Layar Terbaik
Penyunting Terbaik
Penataan Seni Terbaik
Pereka Kostum/Busana Terbaik
# Anugerah Khas Juri - PEMENANG
# 6. MAT MOTO: KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT (9) - (4)
Filem Terbaik
Filem Terbaik Nasional
# Pelakon Baharu Wanita Terbaik - PEMENANG
# Pengarah Baharu Terbaik - PEMENANG
Penataan Bunyi Terbaik
Sinematografi Terbaik
Lakon Layar Terbaik
# Cerita Asal Terbaik - PEMENANG
# Pelakon Lelaki Terbaik - PEMENANG
# 7. NOTA (5) - (1)
Filem Terbaik
Filem Terbaik Nasional
# Lakon Layar Terbaik - PEMENANG
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Pelakon Wanita Terbaik
# 8. HUAT THE FISH (4) - (1)
Filem Terbaik
# Penataan Seni Terbaik - PEMENANG
Lakon Layar Terbaik
Pengarah Terbaik
# 9. JEJAK WARRIORS (4) - (0)
Filem Terbaik
Filem Terbaik Nasional
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Pengarah Terbaik
# 10. MARAVAN (3) - (0)
Filem Terbaik
Lakon Layar Terbaik
Pengarah Terbaik
Antara AJK Pelaksanaan FFM1 (1980). Dari kiri (Berdiri): Aimi Jarr (Allahyarham), Redzuan Ahmad (Allahyarham), Zubairi Zabidin, Zainuddin Ayip, Ahmad Idris (Allahyarham) dan Mustafar A.R. Depan (dari kiri): Fariza Saidin, Fauziah Rauf dan Bahyah Mahmood.
FESTIVAL FILEM CETUSAN IDEA WARTAWAN
Oleh Tengku Khalidah Tengku Bidin
Utusan Online (2 September 2016)
Suatu hari yang tenang, sekitar bulan-bulan terawal dalam tahun 1980. Di ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad, sekumpulan lelaki, sahabat satu pejabat berkumpul. Dalam kepul asap rokok di tangan dan kopi di cawan, dengan hilai tawa penuh erat bersahabat, ada misi penting digarap bersama.
Di lokasi kafeteria syarikat akhbar ulung Jalan Lima off Chan Sow Lin, sesekali di bawa ke bilik mesyuarat. Ia adalah tentang misi mewujudkan satu acara yang penting dalam negara. Mereka menelurkan idea yang cukup bernas setelah melihat kepada perkembangan filem di kalangan penerbit-penerbit baharu yang dilihat semakin membiak.
Tercatat dalam sejarah penting industri filem di negara yang kita cintai ini. Pada tahun berkenaan, sekumpulan anggota media telah menyahut cabaran, merancang dan mengendalikan satu acara bagi menyokong perjuangan orang filem di Malaysia yang dinamakan Festival Filem Malaysia (FFM).
Nama-nama seperti Khalid Jafri, Ahmad Idris (ABI), Omar Manan, Mustafar A.R., Bahyah Mahmood (BAM), Zainuddin Ayip, Zubairi Zabidin, Norshah Thamby, Aimi Jarr, Mustaffa Haji Ton dan beberapa lagi, ini adalah pengasas FFM. Mereka dibantu pula oleh nama-nama seperti Fauziah Rauf, Fariza Saidin dan beberapa lagi sebagai Ahli Jawatankuasa pelaksana, lalu mimpi akhirnya menjadi kenyataan.
Ironinya, mereka bukan lahir sebagai karyawan seni, namun perjuangan mengangkat karya seni adalah satu perjuangan oleh sesiapa sahaja. Seni adalah sejagat, sesiapa sahaja boleh berada di dalam dan memaknakan.
Insan-insan ini percaya mereka mampu memberikan sokongan dan dukungan yang lebih besar kepada industri, di luar daripada bidang tugas menulis dan menyiarkan berita semata-mata.
Antara penyumbang individu yang menghulurkan wang bagi menjayakan acara berkenaan ialah penerbit, Syed Kechik Syed Mohamed, selain sedikit dana oleh pihak kerajaan sendiri.
Siapakah Syed Kechik? Orang filem hari ini perlu terus mengenang beliau. Beliau adalah tokoh korporat popular berpengaruh pada ketika itu, tetapi dalam jiwanya penuh minat kepada dunia filem. Malah, Syed Kechik pernah menghadiri ujibakat dengan Shaw Brothers di Singapura untuk menjadi bintang filem. Seorang yang tinggi, kacak dan berambut sedikit kerinting, sebaliknya bidang perfileman dilihat bercanggah dengan status keluarga ‘Syed’nya.
Dek kerana minat yang membumi kepada dunia filem, beliau kemudian membuka sebuah syarikat filem. Syed Kechik Production ditubuhkan di Kuala Lumpur, meskipun pada ketika itu sahabat baiknya seperti seniman Mustapha Maarof menasihati beliau agar tidak meneruskan cita-cita menjadi pelakon kerana bergaji kecil. Mustapha juga memberitahu Syed Kechik bidang itu tidak sesuai dengan kelulusan tinggi yang dimilikinya.
Presiden pertama Persatuan Pengeluar-pengeluar Filem Malaysia (PFM) inilah yang telah memberikan banyak sumbangan kepada kumpulan wartawan tersebut untuk menganjurkan FFM edisi pertama. Syed Kechik kemudiannya dipilih menjadi Presiden Festival Filem Asia Pasifik Ke-27 pada 1982.
Dengan sumbangan tokoh korporat seperti Syed Kechik inilah, FFM pertama oleh Entertainment Journalist Association (EJA) mengatur rentak dalam penuh gaya dan wibawa. Demikian pentingnya peranan orang kaya, orang korporat dalam perkembangan filem kita yang seharusnya berkesinambungan ke hari ini.
Dengan siap-siaga semangat yang cukup kental, tema Malam Merak Kayangan dipilih dalam acara pada 13 April 1980, di Hotel Hilton Kuala Lumpur di mana filem "Tiada Esok Bagimu" muncul sebagai Filem Terbaik FFM pertama. Untuk melaksanakan FFM pertama, mereka merujuk kepada video majlis Festival Filem Cannes kepunyaan kenamaan, termasuklah Syed Kechik sendiri.
Dua tahun berturut-turut festival ini dianjurkan oleh EJA, selepas itu tanggungjawab mengendali FFM diserahkan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). Pada Festival Filem Malaysia ke-19, tanggungjawab diserahkan kepada PFM bersama GAFIM. Dan pada majlis seterusnya diambil-alih oleh FINAS semula sehingga yang terbaharu, FFM28 ini.
Tahun ini, FFM yang dianggap sebagai perayaan bagi orang filem sekali lagi hadir. Di sebalik gegak gempita kontroversi demi kontroversinya, kita berharap agar segala keputusan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan melalui FINAS disambut penuh tanggungjawab oleh semua karyawan seni.
Mewujudkan kategori Filem Terbaik Nasional FFM28, menjadi formula harmoni yang akan membawa FFM terus ke depan. FFM kali ini, EJA yang telah bertukar kepada nama Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) sekali lagi bergandingan dengan FINAS sebagai agen promosi. Ini adalah satu kerjasama yang dianggap terbaik, kerana antara media dan industri tidak akan pernah terpisah.
FFM28 akan melabuhkan tirai pada 3 September ini. Setelah 28 tahun FFM belayar ke samudera perjuangan, kita akan mahu terus mengenang insan-insan yang terlebih dahulu menyalakan obornya.
Al-Fatihah kepada pengasas-pengasas FFM yang sudah berpulang ke Rahmatullah. Jejak bakti kalian kekal memagari dunia seni pada jantung pertiwi, sekaligus meninggalkan aroma bangga dikalangan generasi penerus hari ini.
SYAMIL OTHMAN
WAN HASLIZA WAN ZAINUDDIN
FAKTA___
* Terdapat dua pengarah wanita dicalonkan - Wan Hasliza Wan Zainuddin (Love Supermoon) dan Jess Teong (The Kid From Big Apple).
* Fauziah Ahmad Daud satu-satunya pelakon turut menyertai FFM1, 28 tahun yang lalu. Dia memenang Anugerah Pelakon Harapan kerana peranannya dalam "Ceritaku Ceritamu" arahan ibunya, Sa'adiah. Disamping itu, dia juga menang dua Anugerah Pelakon Wanita Terbaik - "Ali Setan" (1985) dan "Puteri" (1987).
* Maya Karin dan Lisa Surihani pernah menang anugerah Pelakon Wanita Terbaik sekali - Maya ("Anak Halal" 2008) dan Lisa ("Legenda Budak Setan" 2010).
* Pekin Ibrahim membintangi empat filem arahan Mamat Khalid - "Hantu Kak Limah Balik Rumah", "Rock Ooo!", "Apokalips X" dan "Rumah Pusaka Disimpang Jalan". Dia juga berlakon dalam "Villa Nabila" arahan Shafiq Yusof dan "Munafik" arahan Syamsuf Yusof, dua filem keluaran Skop Productions.
* Syamyl Othman, pengarah "Rembat", anak kepada Othman Hafsham yang mana pada FFM27 telah menerima Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman.
* Shuhaimi Baba, Juri Filem Cereka (Penjurian Akhir), telah mengarahkan tiga filem seram - "Waris Jari Hantu" (2007), "Pontianak Harum Sundal Malam 2" (2005) "Pontianak Harum Sundal Malam" (2004). Disamping itu, dia juga memegang jawatan Timbalan Presiden PFM dimana Yusof Haslam adalah Presidennya.
# Update akan dilakukan dari masa ke masa.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___
FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?
SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem
A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati
R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian
AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni
LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu
SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?
KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI
Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.

Salam en mus..jika berkesempatan pada masa akan datang boleh kah dibuat ulasan tentang filem "Badjao"?..salam dari Semporna Sabah..terima kasih
ReplyDeleteInsyallah. Saya akan cuba.
Deletesaya kagum dengan keberanian fk mengulas mengenai penjurian ffm28 sampaikan skop productions memenangi banyak anugerah utama. hanya fk saja mampu berbuat demikian kerana persatuan wartawan hiburan (wham) telah dirantai kakinya oleh finas - sallehan mahmood (via e-mail), putrajaya.
ReplyDeleteBilalah agaknya Finas mahu menubuhkan Senimatik Malaysia bagi menyimpan dan membaikpulih filem-filem lama atau klasik. Indonesia nampaknya sudah jauh ke depan - Azlan, Kuala Lumpur.
ReplyDeleteselain tiga artikel menarik oleh encik mustafar, puan zaini dan puan/cik tengku khalidah, artikel sampingan mengenai penjurian ff12016 juga ada kesannya. ia bukan saja patut direnungi oleh yusof haslam, shuhaimi baba dan nancie foo tetapi finas dan gafim serta dipihak kerajaan juga. lihatlah 100 orang berbagai peringkat digunakan sebagai juri, kita di malaysia tidak sampai pun 10 orang. saya setuju dengan gesaan encik mustafar supaya sekretriat ffm diwujudkan mulai ffm29 bagi membolehkannya berjalan lancar dan mengurangkan kontroversi yang sering memeningkan kepala otak - zainal abidin (via-e-mail), kuala kangsar, perak.
ReplyDeleteFilem "Tiga Dara" telah dibaikpulih (restorasi), dan telah ditayangkan dibeberapa pawagam di Indonesia termasuk di Jakarta pada 11 Ogos yang lalu. Diharap pengedar-pengedar filem di Malaysia dapat membawa masuk filem yang diarahkan oleh Usmar Ismail itu untuk ditayangkan di Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur. Saya masih ingat "Tiga Dara" pernah ditayangkan di Coliseum pada 1957, dan pernah menontonnya. Saya harap "Ini Kisah Tiga Dara" yang berinspirasikan "Tiga Dara", juga dibawa masuk untuk kita sama-sama dapat membezakan antara yang lama dengan yang baru - A.Rahman Othman (via e-mail), Shah Alam, Selangor.
ReplyDeleteMenyelitkan video "Nostalgia Filem TIGA DARA : Lunch Talk Bersama Mieke Wijaya & Yoki P.Soufyan (Update: 10 September 2016) adalah suatu usaha yang amat kreatif & berunsur interaktif dari ilham & sensitiviti En Mustafar AR kita. Di sebalik penyiaran video ini, En Mus memang mempunyai niat besar yang tersirat. Almaklum, sejak dari dari dulu lagi En Mus sering lantang menyarankan agar pihak berkuasa di Malaysia (terutama sekali FINAS) segera menubuhkan sebuah sinematik bagi mencetak semula demi memulihara filem-filem klasik Melayu yang semakin hilang ditelan zaman. Hampir semua negara yang berkemampuan di dunia ini mempunyai sinematik masing-masing - kecuali Malaysia saja! Semiskin-miskin & sejelek-jelek Indonesia pun mereka sekarang boleh berbangga kerana mempunyai sebuah sinematik yang mengarkib & memulihara khazanah & repositori filem klasik nasional Indonesia buat tatapan generasi di masa hadapan. Pihak berkuasa di Malaysia seperti kementerian yang berwenang, FINAS, Filem Negara dll langsung tidak tergerak hati & mengambil pusing dalam hal sinematik ini sedangkan mereka TIDAK ketiadaan sumber, TIDAK kemiskinan duit, TIDAK ketandusan tenaga manusia (secara ilmiah, profesional walau amacer sekalipun) untuk mengorak langkah segera. Lama-kelamaan, filem-filem klasik Melayu kita akan reput & pupus dalam bilik setor Shaw Bros, Cathay Organisation & RTM (jika ada)!
ReplyDelete- NONAMA
Perkara menubuhkan Sinematik Malaysia ini telah saya suarakan kepada orangkuat Finas, Mohd.Fazli Abdul Aziz, berjawatan Timbalan Pengarah Centre Of Excellent (COE). Katanya, beliau akan cuba bertemu dan berunding dengan KP Finas, Kamil Othman, bagi tujuan mewujudkan Sinematik Malaysia tersebut. Justeru itu, kita tunggu bagaimana perkembangan selanjutnya. Atau, hanya sekadar cakap saja. Lidah kan tak bertulang.
DeleteAndai kata Sinematik Malaysia diwujudkan, orang yang paling layak menerajuinya AHMAD FAUZEE - Nur Asykin (UKM) Bangi.
DeleteSaya tidak berminat untuk memberi sebarang komen tentang FFM kerana, dalam acara & situasi sempena apa pun di Malaysia, soal: ** cantas-mencantas ** lobi-melobi ** dengki & iri ** menikam dari belakang ** pandangan serong ** tohmahan & fitnah ** dendam-kesumat ** merajuk dulu, menyerang kemudian ** memaling tadah ** mengkelong (menipu dalam diam) ** pilih kasih ** tetap wujud. Inilah fitrah & naluri orang kita yang gemar pada kontroversi, permusuhan, pecah-belah & kekadang, anti-bangsa sendiri!!! Walhal, menurut hemat penjajah British dulu, kita adalah "the true gentleman of Asia". Wallahu'alam bissawab.... PPSSTT: dalam kita mengkritik biarlah berhemah, konstruktif ke arah kebenaran & bermusyawarah secara dewasa & Islamik. Mahap aje ler!
ReplyDelete- NONAMA
Di side bar FK ada tercatat: Artikel akan datang Red Spell Spells Red. Saya nak tau, adakah filem tersebut filem Malaysia atau filem luar negara Malaysia. Boleh Encik Mustafar beritau, dan apa pula keistimewaannya - Lyanna, Woodlands, Singapore.
ReplyDeleteSepatutnya Lyanna google dulu, baru tau apa itu Red Spell Spells Red. Tapi tak mengapalah, biar saya beritau. Sebenarnya filem tersebut filem Hong Kong yang turut dibintangi oleh Hussain Abu Hassan. Keistimewaannya buat saya kerana saya telah diundang datang ke Hong Kong oleh produser filem tersebut untuk membuat liputan penggambaran (shooting) filem tersebut yang bercorak seram. Pada masa itu saya bertugas sebagai wartawan hiburan di Utusan Malaysia, dan selama seminggu saya berada di negara yang dulunya merupakan tanah jajahan British.
DeleteLama tidak ada artikel baru en mus..en mus sihat ka?
ReplyDeleteYa Pemikir Muda.
DeleteKesihatan saya semakin merosot.
Update pun semakin perlahan.
Terima kasih kerana bertanya.