"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Monday, December 1, 2014


GO LI VS JOAN CHEN

SIAPA MENANG, SIAPA KALAH?
Teks: Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: ZAINI YUSOP



12+1 LAGU TERBAIK SUDIRMAN

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR
* JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 30 NOVEMBER 2014)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 92,453
* SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 65,256 * PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 63,645
* SELAMAT PENGANTIN BARU 39,117 * FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 14,388





GONG LI

JOAN CHEN







GONG LI DI PARIS







JOAN CHEN DI CANNES

GONG LI KECEWA, ENGGAN SERTAI ANUGERAH
GOLDEN HORSE YANG AKAN DATANG
Oleh Mustafar A.R.

Gong Li membidas Joan Chen. Sebabnya, Gong Li gagal menang anugerah pelakon wanita terbaik dan Joan Chen pengerusi panel juri. Gong Li marah kerana Joan Chen penyebab, dia disingkir dan membolehkan Chen Shiang-Chyi menerima anugerah berprestij itu.

Ada dua sebab perkara begini berlaku.

Satu, sikap pelakon yang menganggap dirinya sudah cukup sempurna tidak mahu menerima kekalahan dan dua, sikap panel juri yang tidak adil kerana membelakangkan artistik dan didorongi hal-hal lain yang bukan artistik.

Kebiasaannya, itulah yang sering menghantui dimana-mana festival filem sekali pun termasuk oscar academy awards di Hollywood.

Dalam krisis antara Gong Li dan Joan Chen ini, siapa salah siapa benar?

Gong Li mempertikaikan, mengapa panel juri yang memilih calon-calon awal dibenarkan mengundi sekali lagi dengan panel juri keputusan terakhir. Sistem undi cara inilah dianggap Gong Li menghasilkan keputusan tidak adil.

Tiada angin pokok bergoyang apabila ramai memperkatakan, Joan Chen telah dengan sengaja menghalang Gong Li menang anugerah pelakon wanita terbaik itu.

Joan Chen tidak menjawab kritikan Gong Li, tetapi menurut penjelasan wakil jawatankuasa eksekutif Anugerah Golden Horse Ke-51, Shen Ko Sheng, Joan Chen juri pertama bertindak memuji lakonan Gong Li semasa proses penjurian. Dia juga kecewa dengan keputusan itu namun begitu terpaksa menghormatinya.

Sudah lumrah, itulah alasan paling mujrab apabila sudah terhantuk baru ternadah. Jawapan mudah, apabila telinga mahu dipulas.

Gong Li dicalonkan berdasarkan peranannya dalam "Going Home", dan ramai menjangkakan dia akan menang. Bagaimanapun kejutan berlaku apabila Chen Shiang-Chyi sebagai pemenang kerana lakonannya dalam "Exit". Dia mengatasi Gong Li dengan satu mata saja.

Dalam satu kenyataan luar jangkaan yang dikeluarkan Gong Li, tercatat: "Saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada panel juri Anugerah Golden Horse Ke-51 yang memberikan saya peluang menyaksikan kerja mereka yang tidak profesional. Keputusan tidak adil membuatkan kredilbiliti festival filem ini tercemar."

ADEGAN GHAIRAH

Menurut laporan, terdapat tiga pusingan pengudian dijalankan dengan Joan Chen, Aaron Kwok, Stanley Kwan dan Stephen Fung sebagai panel juri peringkat akhir.

Pusingan pertama, Gong Li, Chen Shiang-Chyi dan Vicki Zhao undian sama banyak. Pusingan kedua, Gong Li mendahului dua pelakon lain. Pusingan ketiga, seseorang panel juri yang pada mulanya mengundi Vicki Zhao beralih ke Chen Shiang-Chyi.

Diperhatikan, Gong Li dan Joan Chen sama-sama popular, sama-sama cantik dan sama-sama seksi. Mereka sama-sama pernah muncul melakukan adegan-adegan menghairahkan dalam filem.

Bagi Joan Chen, filem-filem ghairahnya, "The Haunted", "Wild Side", "Temptation of a Monk" dan "Stranger".

Dalam "Wild Side", Joan Chen melakonkan adegan lesbian dengan Anne Heche.

Tidak kurang ghairahnya Gong Li dalam "Ju-Dou" yang diarahkan oleh Zhang Yimou dan "Maimi Vice".

Dalam "Maimi Vice" Gong Li melakonkan adegan ghairah bersama Colin Farrell.

Gong Li pernah memenangi banyak anugerah antarabangsa dalam kerjayanya termasuk pelakon wanita terbaik di Festival Filem Montreal, Canada kerana peranannya dalam "Breaking the Silence", tahun 2000.

Tidak kurang hebatnya, Joan Chen juga sering memenangi anugerah antarabangsa termasuk pelakon wanita terbaik di Festival Filem Torino, Italy kerana lakonannya dalam "The Home Song Stories", tahun 2002.

Begitu pun juga, filem-filem yang membuatkan mereka cukup popular, "The Last Emperor" (1987) untuk Joan Chen dan "Farewell My Concubine" (1993) bagi Gong Lin.

Joan Chen kini berusia 53 tahun, lahir di Shanghai, China pada 26 April, 1961, manakala Gong Li berumur 48 tahun, lahir di Shengyang, China pada 31 Disember, 1965.

Ini bererti persengketaan berlaku di Taiwan itu adalah di antara pelakon China vs pelakon China.


CHEN SHIANG-CHYI

CHAN JIAN-BIN

BLIND MASSAGE

ANN HUI

AARON KWOK (JURI)

STEPHEN FUNG & STANLEY KWAN (JURI)

"BLIND MASSAGE" MENANG
ANUGERAH FILEM TERBAIK
Oleh Zaini Yusop

"Blind Massage" yang diarahkan Lou Ye telah dipilih memenangi anugerah Filem Terbaik di Anugerah Golden Horse Ke-51 yang berlangsung di Taiwan pada 23 November 2014 yang lalu.

Pelakon Taiwan, Chen Shiang-Chyi, dipilih sebagai pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik kerana peranannya dalam "Exit". Dia mengalahkan Gong Li, Zhao Wei, Kwai Lun-Mei dan Tang Wei.

Chen Jian-Bin memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, dan dia juga memenagi anugerah Pelakon Lelaki Pembantu Terbaik dan Pengarah Harapan Terbaik.

Keputusan penuh pemenang di Anugerah Golden Horse Ke-51 seperti berikut:

* Filem Terbaik: "BLIND MASSAGE"
* Pengarah Terbaik: ANN HUI ("The Golden Era")
* Pelakon Lelaki Terbaik: CHEN JIAN-BIN ("A Fool")
* Pelakon Wanita Terbaik: CHEN SHING-CHYI ("Exit")
* Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik:
CHEN JIAN-BIN ("Paradise in Service")
* Pelakon Pembantu Wanita Terbaik:
WAN QIAN ("Paradise in Service")
* Dokumentari Terbaik: "COTTON"
* Filem Pendek Terbaik: "THE HAMMER AND SICKLE ARE SLEEPINGS"
* Pengarah Harapan: CHEN JIAN-BIN ("A Fool")
* Pelakon Harapan: ZHANG LEI ("Blind Massage")
* Lakonlayar Asal Terbaik: YEE CHIH-YEN ("Meeting Dr. Sun")
* Lakonlayar Padanan Terbaik: MA YINGLI ("Blind Massage")
* Sinematografi Terbaik: ZHENG JIAN ("Blind Massage")
* Kesan Visual Terbaik:
TONG KA-WAI, KEN LAW, LUCKY TRACY HANNAH
("The Midnight After")
* Penataan Seni Terbaik: LIU QIANG ("Black Coal, Thin Ice")
* Mekup & Rekaan Kostum Terbaik:
LIANG TINGTING ("Brotherhood of Blades")
* Aksyen Koreografi Terbaik:
JACK WONG ("As the Light Goes Out")
* Anugerah Musik Asal Untuk Filem Terbaik:
QIGANG CHEN ("Coming Home")
* Anugerah Lagu Filem Asal Terbaik:
"The Road We Pass" ("The Continent")
Lyrics: PU SHU, HAN HAN
Composer: Pu Shu Performer: PU SHU
* Suntingan Filem Terbaik:
KONG JINLEI, JOLIN ZHU ("Blind Massage")
* Suara Efeks Terbaik: FU KANG ("Blind Massage")
* Anugerah Cemerlang Pembuat Filem Taiwan Sepanjang Tahun:
JIMMY HUANG
* Anugerah Pilihan Penonton: "KANO"
* Anugerah Fipresci: "KANO"
* Anugerah Pencapaian Terbaik Sepanjang Masa: TIAN FENG


ULASAN FK___
Oleh Mustafar A.R.

Ketidakpuasan hati ada dimana-mana festival filem. Perkara itu sudah lumrah dan sering berlaku kerana sesuatu sebab yang sukar ditentu dan dijangkakan.

Sungguhpun, adat pertandingan mesti ada menang dan kalah, namun sikap adil panel juri merupakan pokok utama. Tidak adil, bererti mencemar kemuliaan pertandingan itu sendiri.

Ada perbezaan antara Festival Filem Malaysia Ke-26 (FFM26) dengan Anugerah Golden Horse Ke-51 (Taiwan), dimana angguta panel juri mereka tampil ke depan menjawab ketidakpuasan hati Gong Li.

Di Malaysia, angguta panel juri menikus dan enggan menjawab mengapa "Tanda Putera" tidak disenaraikan calon Filem Terbaik, malah sampai kini pengerusinya, Adman Salleh, tidak bersuara langsung tentang mengapa filem arahan Shuhaimi Baba itu diketepikan.

Panel juri Taiwan bertanggungjawab, mereka menjawab dan menyatakan bagaimana proses undi dijalankan, panel juri Malaysia tidak berani menghadapi kritikan dan malah main lempar batu sembunyi tangan.

Panel juri Taiwan profesional, berani buat berani tanggung. Panel juri Malaysia tidak profesional, berani buat tidak berani tanggung.

Akibatnya, keputusan yang dibuat oleh panel juri FFM26 dipertikaikan, tidak bernilai, tidak bermaruah apatah lagi dibanggakan.

DENGAN SENGAJA

Panel juri Malaysia, harus belajar cara-cara terbaik menjadi juri. Juga berani ke depan menghadapi sebarang kemungkinan dan ketidakpuasan hati setiap mereka yang bertanding, bukan sembunyi diri macam penyu.

Gong Li bukan tidak boleh menerima kekalahan, dia pun tahu menang kalah adat pertandingan. Namun, adanya perbalahannya dengan Joan Chen dia merasakan maruahnya sebagai pelakon profesional telah tergadai.

Menurutnya, Joan Chen dengan sengaja memihak kepada Chen Sheng-Chyi yang telah dipilih sebagai pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik kerana peranannya dalam "Exit".

Gong Li, pun ada infomernya dikalangan panel juri. Dia tahu apa yang berlaku, jauh sekali mengkritik secara membabi-buta.

Walaupun penjelasan telah dibuat, namun Gong Li tetap dengan pendiriannya dan memberitahu, dia sukakan Taiwan dan akan datang lagi, tetapi sebagai pelancong tidak peserta festival filem yang dianggapnya mempunyai sistem penjurian yang amateur dan tidak profesional.

Jika diukur dari segi peminat, Gong Li lebih ramai berbanding Joan Chen. Sekiranya dibuat undian, sudah pasti Joan Chen akan tertinggal jauh ke belakang.

Apa pun, pada realitinya, apa sebenarnya yang berlaku? Gong Likah benar atau Joan Chenkah benar?


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA

SALOMA

DEEPIKA PADUKONE

UTUSAN RADIO & TV

VICTOR MATURE

R.AZMI

LATIFAH OMAR





KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 mukasurat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P.Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun disebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P.Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar negara untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.








Saturday, November 15, 2014


APA SEBENARNYA YANG KAU CARI, JURI?

Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
tapi jasamu tetap dikenang dan dihargai

SEKSI SELEBRITI INDONESIA
nampak seksi bukan bererti dedah semua

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR
JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 15 NOVEMBER 2014)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA - 90,306
* SEKSI SELEBRITI MALAYSIA - 63,512 * PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI - 61,996
* SELAMAT PENGANTIN BARU - 38,184 * FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT - 14,000




# Sungguhpun artikel Hatta Azad Khan ini telah disiarkan oleh Mingguan Malaysia hampir tiga tahun lalu, namun ia masih relevan lebih-lebih lagi keputusan pencalonan dan pemenang Festival Filem Malaysia Ke-26 (FFM26) yang lintang-pukang, tidak berwibawa dan tidak bermaruah. Sepatutnya, angguta panel juri harus membaca dahulu artikel ini sebelum berbangga menjadi juri. Kepada Finas pula, sudahkah diberi cukup taklimat kepada mereka yang bertanggungjawab menentukan yang manakah benar-benar terbaik. Kalau mengikutkan kata orang kuat Finas, Zulkifli Wahab, Finas tidak campur-tangan, semuanya diserahkan kepada angguta panel juri. Jika begitu keadaan dan kedudukannya, patutlah kucing bermaharajalela, tikus bertempiaran lari.


AZAH AZIZ (Juri FFM1)

MAZLAN NORDIN (Juri FFM2)

JOHARI SALLEH (Juri FFM4)

AZEAN IRDAWATY (FFM11)


Oleh HATTA AZAD KHAN (Juri FFM8)
(Mingguan Malaysia / 20 November 2011)


SETIAP festival filem mempunyai matlamat khusus. Festival Filem Malaysia juga tidak terkecuali. Penganjur yang bertanggungjawab akan memberikan penjelasan kepada jemaah juri akan tujuan atau matlamat, harapan dan pencapaiannya.

Memanglah untuk mencari yang terbaik. Itu lumrah dalam setiap pertandingan atau perlawanan. Tetapi menentukan antara yang kalah dan yang menang harus berdasarkan bukan sahaja peraturan tetapi juga kriteria tertentu yang ditetapkan oleh penganjur bagi memenuhi matlamatnya.

Juri seharusnya melihat filem sebagai filem dan tidak perlu terpengaruh dengan hal-hal lain berkait dengan promosi, pemasaran, sambutan dan ulasan atau kritikan filem itu. Tetapi para juri mestilah bijaksana.

Mereka perlu kenal filem, tahu bahasa filem, pandai menilai lakonan dan pengarahan serta turut memahami setiap aspek dalam penghasilan filem.

Mereka tidak perlu terlibat secara langsung dengan bidang perfileman, tetapi perlu memahami keadaan sosio-budaya yang melatari setiap filem yang dihasil dan dipertandingkan.

Yang sebaik-baiknya, juri seorang yang luas pengetahuannya tentang budaya bangsanya dan turut menjadi penggemar filem dari serata dunia untuk menjadi modal dalam membuat perbandingan. Ini penting kerana setiap ukuran yang dibuat harus ada dasarnya, diukur berbanding siapa?

Bukanlah kita mahu mereka membandingkan filem-filem kita dengan filem Amerika atau Eropah, tetapi sekurang-kurangnya mereka mempunyai pengetahuan dan pengalaman menonton filem setidak-tidaknya dari negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina, Iran, Sri Lanka atau lain-lain negara yang mungkin tidak semaju Amerika atau Eropah.

Berhati-hatilah dalam membuat penilaian dan pemilihan. Memilih filem bukan seperti memeriksa kertas ujian atau peperiksaan. Tidak ada formula atau pemarkahan. Yang perlu adalah perbincangan yang disokong oleh hujah yang matang dan terperinci mengenai kekuatan dan kelemahannya.

Jangan terpengaruh jika ada orang yang cuba bertindak pandai dengan mencipta formula menilai filem dengan menggunakan angka atau markah. Tidak ada sebuah sekolah filem pun di dunia yang mengajar apresiasi dan penilaian filem dengan memberi formula secara perkiraan markah dengan angka.

Filem harus dilihat sebagai sebuah karya yang bermula dengan cerita yang diolah menjadi menarik oleh pengarah. Cerita itu dihidupkan dengan lakonan oleh pelakon-pelakon yang memahami dan menghayati watak yang dibawanya.

Lakonan yang hidup itu pula berhasil menimbulkan konflik yang menyentuh hati penonton. Penonton akan turut merasai setiap perlakuan, tindakan dan perasaan yang dialami watak dan sentiasa mengharapkan berlakunya penyelesaian yang memberikan mereka kepuasan.

Lakonan yang menghidupkan cerita digambarkan dalam framing dengan komposisi yang menghidupkan latar, mood dan suasana. Gambaran yang terhasil ini dibantu atau digetarkan pula dengan muzik, kesan bunyi dan lagu.

Kesemuanya pula direalitikan dengan penataan seni termasuk busana, tatarias, pencahayaan dan sudut kamera. Ertinya filem itu dihidupkan dengan gabungan berbagai elemen yang diadun dengan kreativiti terpilih.

PENGALAMAN PAHIT MANIS

Sebuah filem akan menjadi terbaik jika adunan ini menjadi menarik dan berkesan dan tiada cacat-cela yang merosakkan. Ia juga menjadi terbaik jika kita yang menonton menjadi lupa bahawa yang ditonton itu adalah sebuah cereka.

Kita hadir di dalam dunia yang dicipta itu secara tidak sedar dan terheret sama dalam setiap persoalan, emosi, aksi atau tindakan serta pengalaman pahit manis watak-wataknya. Ringkasnya kita tidak sedar bahawa itu adalah filem!

Namun tidak semua filem dibuat dengan keupayaan dan tujuan ini. Ada banyak filem-filem ringan yang dibuat semata-mata dengan tujuan memberikan hiburan semata-mata dan tidak pun mahu menyoal minda penonton. Ia cuma ditonton dan dilupakan. Tiada salahnya membuat filem sebegini. Menghiburkan penonton berbayar itu juga suatu amanat yang mulia.

Tetapi jika filem begini kita senaraikan sebagai calon pemenang anugerah dalam sesuatu festival filem, ia akan mengejutkan si pembuatnya dan sekaligus menyerlahkan kedangkalan si juri yang memilih.

Tugas dan tanggungjawab juri adalah memberi penilaian yang bijaksana setelah membahas dari pelbagai sudut dengan membuat keputusan bersandarlan alasan yang bernas bukan kejutan songsang yang melucukan.

Yang perlu menilai dan memilih adalah angguta panel juri. Jangan sekali-kali menolak tanggungjawab dengan mengatakan bahawa juri hanya memilih barisan karyawan yang dicalonkan penerbit.

Juri yang bijaksana menilai pencapaian para karyawan yang dicalonkan dengan meneliti mereka (menonton filem) dan para juri boleh membuat perbahasan terhadap segala elemen kekuatan dan kelemahan serta pelbagai aspek lagi.

Tetapi jika panel juri memilih untuk memberikan alasan mudah dan meletakkan kesilapan kepada penerbit sekiranya timbul persoalan kenapa nama-nama tertentu yang dianggap layak, tetapi tidak tersenarai dalam lima yang terbaik. Ini menunjukkan juri malas bekerja. Angguta panel juri yang bijaksana boleh mengubah keadaan ini.

Pada tahun-tahun awal penubuhan Finas, Festival Filem Malaysia menjadi tanggungjawab Finas sepenuhnya. Bahkan Finas pada zaman Ismail Zain sebagai Ketua Pengarah dan kemudian Zain Haji Hamzah menggariskan kriteria khusus untuk dijadikan panduan angguta panel juri.

Pemilihan para juri dibuat dan diambil dari kalangan budayawan yang tidak terlibat secara langsung dalam industri filem. Saya masih ingat, ada penglibat dari bidang pengiklanan, teater, pendidikan dan media cetak. Mereka menonton kesemua filem dan memilih calon-calon yang berpotensi untuk disenarai-pendekkan dalam kesemua kategori.

Dalam hal penjurian kita harus berfikir dengan pemikiran terbuka. Kita boleh belajar dari kelemahan dan kekuatan orang lain. Jangan membuat terlalu banyak peraturan yang menyekat dan memundurkan.

Jadikanlah Festival Filem Malaysia kita dikagumi, digeruni dan dihormati dan dinanti-nanti kehadirannya. Filem Terbaik akan mewakili Malaysia ke festival filem di luar negara, setidak-tidaknya ke Festival Filem Asia-Pasifik.

Pilihlah sesuatu yang tidak memalukan, sesuatu yang boleh diterima oleh masyarakat luar sebagai filem yang berhati-budi dan berwajah Malaysia. Jangan nanti kita hanya tumpang bertepuk untuk negara Iran atau negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura.

Saya masih teringat kata-kata Teguh Karya, pengarah filem tersohor Indonesia: "Saya buat filem untuk bangsa dan negara saya." Kerana itu, dunia turut mengenali Indonesia melalui filem-filem arahannya.

Dan kita di Malaysia terutama angguta panel juri FFM? Apa sebenarnya, kita cari?


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA

SALOMA

DEEPIKA PADUKONE

UTUSAN RADIO & TV

VICTOR MATURE

R.AZMI

LATIFAH OMAR





KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 mukasurat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P.Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun disebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P.Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar negara untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.