Oleh AZIZAH SALLEH
(TUPAI.Com.My 27/9/2014)
Teks Tambahan: Zaini Yusop
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
tapi jasamu tetap dikenang dan dihargai
SEKSI SELEBRITI INDONESIA
nampak seksi bukan bererti dedah semua
# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM * CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA
# 5 ARTIKEL PALING POPULAR___
(SETAKAT 29 SEPTEMBER 2014)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA (84,876) * SEKSI SELEBRITI MALAYSIA (58,781) * PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI (55,536) * SELAMAT PENGANTIN BARU (35,412) * FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT (13,210)
WOIT!... APA DAH JADI?
MASIHKAH anda ingat beberapa buah filem berbajet besar yang pernah digembar-gemburkan bakal menjadi antara filem termahal tempatan beberapa tahun yang lalu? Pernah dilaporkan dibeberapa media tempatan, filem-filem ini khabarnya bakal mencipta sejarahnya tersendiri kerana membabitkan kos penerbitan filem yang mencecah jutaan ringgit. Kemungkinan besar ada masalah yang timbul semasa proses penggambaran dijalankan seperti para penaja menarik diri disaat akhir dan menyebabkan filem-filem ini tergendala dan tidak dapat disiapkan sepenuhnya. Mari kita imbas kembali 5 filem yang pernah dikatakan bakal menjejakkan kaki ke panggung wayang namun sepi tanpa khabar berita seperti yang tercatat dalam blog PerangFilem, 14 Oktober 2012.
MAT KILAU
1. MAT KILAU___
Filem ini berkisar mengenai sejarah perjuangan pahlawan Melayu, Mat Kilau, yang pernah dilancarkan sekitar tahun 2004 oleh syarikat penerbitannya, Lagenda Studio, yang diketuai oleh Rodzee A.Razak. Majlis pelancaran filem ini yang berlangsung di Kompleks Studio Merdeka, Hulu Klang, turut dirasmikan oleh Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Kos penerbitan filem tersebut yang dikatakan mencecah RM10 juta, turut dilaporkan bakal menjadi filem kedua termahal selepas "Puteri Gunung Ledang" kerana banyak menggunakan teknologi terkini dalam bidang perfileman terutama imej janaan komputer (CGI) dan grafik 3D. Filem yang dibintangi pesilat muda Hairul Nizam, Mazlina Omar, Khir Rahman, Shaharuddin Thamby, Badrul Muhayat dan Z.Zamri ini bagaimanapun tidak menjadi kenyataan dan senyap sepi begitu sahaja. WOIT!... APA DAH JADI?
MEK ANI
2. MEK ANI___
Karya yang pernah mendapat perhatian ramai sejurus pengumuman bajetnya yang berjumlah RM5 juta ini, turut menjadi misteri apabila tidak dapat direalisasikan sebagaimana perancangan awalnya. Pihak penerbit, Wan's Productions, yang diterajui oleh Wan Noraini atau lebih dikenali dengan panggilan 'Kak Wan' pernah mendakwa dirinya terpaksa melambatkan pembikinan filem itu kerana barisan pelakonnnya masih belum cukup persediaan untuk melakonkan watak masing-masing. Beliau turut menjelaskan, pihak produksi masih memerlukan masa lagi untuk melatih skil tertentu seperti tarian Mak Yong kepada para pelakon. Antara pelakon yang terlibat dengan filem berkenaan adalah Zul Huzaimy, Fauziah Nawi dan juga beberapa wartawan Harian Metro yang turut melihatkan bakat lakonan masing-masing seperti Abie Abdullah, Sharina Ahmad Hadzim dan Ismail Wakiri. WOIT!... APA DAH JADI?
EMPAYAR: DENDAM TAMINGSARI
3. EMPAYAR: DENDAM TAMINGSARI___
Berlatarkan zaman kerajaan Melayu Melaka dan Majapahit, filem ini turut diam seribu bahasa walaupun pernah menjanjikan tiga sekuel bakal diterbitkan untuk jangka waktu yang agak panjang. Bercita-cita untuk mewujudkan kembali empayar hebat pada zaman dahulu, filem ini menggunakan sebanyak 70 peratus visual CGI untuk menunjukkan suasana gemilang kerajaan silam pada ketika itu. Pengarah filem berkenaan, Alan Wong, pernah memaklumkan tugas menyiapkan filem ini sangat mencabar kerana memerlukan kekuatan imaginasi agar kelihatan lebih realistik dan hebat pada visual. Walaupun perancangan rapi dilihat telah hampir siap sepenuhnya, namun ia tidak menjadi kenyataan. Andai filem ini dapat disiapkan pastinya kita dapat melihat kehebatannya seperti yang dimaklumkan sebelum ini. WOIT!... APA DAH JADI?
BUNIAN: MAHKOTA SERI HELANG
4. BUNIAN: MAHKOTA SERI HELANG___
Komposer terkenal tanahair, Adnan Abu Hassan, pernah membuat kejutan apabila bergelar penerbit filem menerusi filem sulung terbitan produksi miliknya, Fantasy Film, berjudul "Bunian: Mahkota Seri Helang". Filem epik yang menelan belanja sebanyak RM3.5 juta ini merupakan taruhan sulungnya dengan membabitkan bintang-bintang handalan seperti Rusdi Ramli, Nasha Aziz, Ery Putra, Beego, Ridzuan Hashim serta pendatang baru, Mimi Rahzia, sebagai teraju utama. Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan tentang Rosman yang terjerumus ke dalam alam bunian setelah terjatuh ketika mendaki gunung dan telah dibantu oleh Puteri Manja Sakti yang membawanya ke perkampungan orang bunian. Namun, konflik mula timbul apabila berlaku perebutan cinta oleh pihak ketiga dan keinginan Rosman yang mahu kembali semula ke alam nyata. Tidak kesampaian nampaknya untuk melihat Datuk Siti Nurhaliza menyanyikan lagu tema berkonsepkan "Joget Bangra" untuk filem ini. WOIT!... APA DAH JADI?
BETWEEN TWO SKIES
5. BETWEEN TWO SKIES___
Masih tiada sebarang perkembangan terkini mengenai filem arahan Prof. Madya Razak Mohaideen yang khabarnya menelan kos sebanyak RM7 juta ini. Ada juga yang melaporkan belanja filem tersebut dianggarkan bernilai hampir RM10 juta, kurang lengkap maklumat yang diberikan namun filem ini turut menerima nasib yang sama seperti filem-filem epik yang lain seperti tersenarai di atas. Razak Mohaideen juga pernah memaklumkan kepada pihak media mengenai perancangannya yang sudah memasuki ke peringkat akhir termasuk skrip dan perbincangan serta beberapa draf sudah dihasilkan dan hanya tinggal proses untuk mendapatkan dana sahaja. "Between Two Skies" (atau "Antara Dua Langit") menceritakan kisah mengenai tentera Australia di Malaysia, dan cuba menarik minat kerajaan Australia memberikan dana, namun harapan tinggal harapan filem ini berkubur begitu sahaja. WOIT!... APA DAH JADI?
DEFINASI EPIK___
(Wikipedia)
Epik genre puisi naratif yang luas, dicirikan dengan kepanjangannya, pelbagai latar, sejumlah watak-watak yang besar dan berat serta jangka masa yang lama.
Kebiasaannya, melibatkan cerita-cerita zaman kuno ratusan tahun lampau dan kadang-kala sukar untuk difahami kerana ada maksud tersurat dan maksud tersirat. Ia mengemukakan watak wira yang agung dalam satu rentetan peristiwa yang meliputi mitos, lagenda, dongeng dan sejarah.
Epik dianggap sangat penting bagi perjalanan sejarah sesuatu bangsa, dan merupakan sumber inspirasi kepada bangsa yang melahirkan epik tersebut.
KERATAN AKHBAR "P.RAMLEE"
5 LAGI FILEM EPIK YANG GAGAL___
Oleh Zaini Yusop
1. PASIR SALAK (Jins Shamsudin)
Pada 17 Ogos 2008 dalam blognya, Mokhtar Petah telah menulis: Persatuan penulis dan peminat Sastera Perak (Pentas) meminta Jins Shamsuddin menunaikan janjinya untuk menerbitkan filem perjuangan orang Melayu Pasir Salak yang hingga kini tidak mendengar khabar dan beritanya.
Presiden persatuan tersebut, Osman Bakar memberitahu, pihaknya akan mengambil langkah-langkah tertentu supaya wang Yayasan Perak yang mengeluarkan dana untuk projek filem tersebut lebih RM1 juta, tidak hilang begitu saja.
“Kami tahu wang itu telah dikeluarkan oleh Yayasan Perak kepada Jins Shamsuddin pada tahun 1995, tetapi hingga kini ia gagal diterbitkan dan wangnya entah lesap ke mana,” kata Osman Bakar.
“Wang itu dikeluarkan kepada Jins Shamsuddin pada masa Anwar Zaini (kini pengerusi Bernama) menjadi ketua eksekutif yayasan itu, semasa Ramli Ngah Talib menjadi Menteri Besar Perak,” tambahnya.
Menurut Osman Bakar, persatuannya mahu Jins Shamsuddin memulangkan balik wang itu kepada Yayasan Perak jika filem itu gagal diterbitkan.
Jins Shamsudin kini, dalam keuzuran, tidak mungkin dapat menyiapkannya, kecuali ada pihak lain yang mahu mengambilalih.
Bertajuk "King Of The River", kisahnya mengenai pembunuhan J.W.W. Birch, yang dirancang oleh Dato' Maharaja Lela (atas perintah Sultan Abdullah) dan disempurnakan oleh Pandak Indut dan Si Puntum.
2. P.RAMLEE (Yusaini Amir)
Dalam akhbar Berita Harian, 12 Oktober 1984, ada tercatat tentang kegagalan filem "P.Ramlee" ini. Antara lain tertulis, kehilangan "P.Ramlee" yang dikeluarkan oleh Segugus Filem terus menjadi tandatanya. Filem tersebut sepatutnya sudah ditayangkan setahun yang lalu.
Orang ramai yang ingin mengetahui tentang "P.Ramlee", terus merasa hampa kerana ianya lesap tanpa diketahui dimana kuburnya. Kejayaan Yusaini Amir yang bertindak sebagai pengarah tidak dapat diukur. Tambahan pula, pada mulanya timbul berbagai kritikan berupa keraguan terhadap kebolehannya sebagai pengarah.
Menurut sumber, Segugus Filem menghadapi masalah apabila tuanpunya panggung wayang enggan menerima filem tersebut kerana menganggap kualiti "P.Ramlee" tidak mencapai tahap yang memuaskan.
Bila berita pembikinan filem "P.Ramlee" tersebar ramai tokoh filem menyambut baik, kerana inilah satu-satunya usaha untuk membalas jasanya yang begitu besar dalam perkembangan filem Malaysia.
Bagaimanapun, ramai tidak setuju Yusaini Amir sebagai pengarah. Yang layak, kata mereka, Jamil Sulong, S.Sudarmadji, Aziz Sattar atau pun Jins Shamsudin kerana, merekalah yang kenal dan pernah bergaul rapat dengan P.Ramlee.
Walaupun apa pendapat mereka, Senu Abdul Rahman (pemilik Segusus Filem), tetap memilih Yusaini Amir disebabkan idea untuk membuat filem tersebut datangnya dari beliau sendiri.
Begitulah ceritanya. Sampai sekarang tidak diketahui hujung pangkalnya kemana lesapnya filem tersebut. Baru-baru ini, Anwardi Jamil ada menghantar e-mail kepada MustafarA.R. bertanyakan tentang filem yang hilang itu.
Apakah ada usaha untuk menghidupkan semula "P.Ramlee"? Kalau ada, baguslah.
3. PERWIRA DI LAUTAN TEDUH (B.S.Rajhans)
Tujuan asalnya, Ho Ah Loke mahu menjadikannya filem epik dan dicolorkan, disamping mencabar kekuatan Shaw Brothers yang menguasai filem Melayu. Tetapi kecundang apabila gulungan filem yang mahu diproses hilang semasa penghantarannya ke London. Kecewa, beliau tidak mahu meneruskan pengeluarannya tetapi menyuruh B.S.Rajhan mencari cerita lain untuk diarahkannya, yang mana lahirlah "Buloh Perindu" yang boleh dianggap sebagai filem Melayu pertama dicolorkan.
4. HIDAYAH (P.Ramlee)
P.Ramlee telah menghasilkan ceritanya, dan berhasrat menjadikan filem epik bersandarkan agama Islam. Bagaimanapun, Shaw Brothers menolak kerana terpaksa mengeluarkan bajet yang tinggi dan tidak menguntungkan kalau sekadar ditayangkan dirantau Nusantara dan Asia sahaja. Ketika di Merdeka Studio, sekali lagi P.Ramlee mahu memilemkannya, juga ditolak. Kecewa, beliau pun mengarahkan filem terakhir dan yang terburuk pernah diarahkannya, "Laxmana Do Re Mi".
5. SITI ZUBAIDAH (B.N.Rao)
Cerita kepewiraan Siti Zubaidah, pada asalnya kepunyaan Maria Menado Productions, dan mahu dibuat secara epik dengan melibatkan ramai pelakon handalan Indonesia antaranya, Abd.Hamid Ariff, Raden Ismail, Bambang Irawan, Faridah Ariani, Aminah Chendrakasih, Fifi Young, S.Effendi dan Bing Selamat serta diarahkan oleh Ramon A.Estella. Bagaimanapun, akhirnya filem tersebut gagal diepikkan sebaliknya sekadar menjadi filem biasa, dan pelakonnya pun hanya mereka di Cathay Keris sahaja.
5 FILEM MALAYSIA DIANGGAP EPIK___
1. HANG TUAH (Phani Majumdar)
2. RAJA BERSIONG (Jamil Sulong)
3. PUTERI GUNUNG LEDANG (Swa Tiong Hin)
4. LEFTENAN ADNAN (Aziz M.Osman)
5. MERONG MAHAWANGSA (Yusri Abdul Halim)
5 FILEM EPIK HOLLYWOOD___
1. THE TEN COMMANDMENTS (Cecil B.Demille)
2. BEN HUR (William Wyler)
3. THE GODFATHER (Francis Ford Coppola)
4. LAWRENCE OF ARABIA (David Lean)
5. TITANIC (James Cameron)
PERNAH JADI ALAT DAN KENA TIPU...___
Oleh Mustafar A.R.
Ini pengalaman saya sendiri. Ketika bertugas di Utusan Malaysia (sebagai pemberita hiburan), saya didatangi oleh seseorang (tidak payahlah saya sebut namanya) menemui saya menyatakan hasrat untuk mengeluarkan filem epik ala-Ultraman berversikan bahasa Malaysia - "Ultraman - The Movie".
Beliau meminta saya buatkan promosi atas keinginannya mengeluarkan filem tersebut. Saya tunaikan, dan beberapa kali disiarkan terutama dalam rungan hiburan Utusan Malaysia yang saya kelolakan.
Masih segar diingatan saya, satu persidangan akhbar besar-besaran telah diadakan disebuah restoran di Metic, Jalan Ampang, (Saloma Bistro belum wujud lagi), dengan dihadiri ramai pelakon bakat baru yang dijangka dipilih membintangi filem tersebut.
Saya bersama Baharuddin Haji Omar (Anjang Aki) diberi kesempatan berucap. Saya pun pujilah, usaha baiknya itu dan menganggap satu pembaharuan dalam perkembangan filem di Malaysia. Demikian juga Anjang Aki, yang berucap memberi perangsang.
Perancangan berjalan agak lama, namun filemnya tidak juga memulakan penggambaran. Promosi demi promosi saya keluarkan dalam akhbar dengan harapan supaya filem "Ultraman - The Movie" itu dilaksanakan seberapa segera.
Kemudian, saya mendapat tahu, seseorang itu (berlagak produser dan pengarah) tidak ada dana mencukupi untuk mengeluarkan filem tersebut. Dengan adanya promosi demi promosi itulah, beliau akan menghubungi pihak tertentu untuk mendapatkan dana seterusnya menjadi sponsor.
Tidak pasti, samada beliau berjaya memperolehi sponsor atau pun tidak. Yang pasti, saya pula yang kena tipu apabila beliau meminjam wang sebanyak RM?????, janji akan bayar, sampai sekarang muka hidungnya pun tak nampak.
Rancangan menerbitkan filem "Ultraman - The Movie" itu pun, senyap begitu sahaja. Duit saya pun hangus, gone with the wind. Apa pun, saya halalkan, tak banyak mana duit tu pun.
Sebenarnya, penipuan cara begini bukan perkara baru dan berlaku di Malaysia sahaja. Di Hollywood dan Bollywood lagi hebat, banyak, bersepah-sepah.
Malah berlaku, filem sebenar belum ada, trailer lengkap sudah siap...
# Update akan dilakukan dari masa ke masa.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___
FILEM KLASIK MALAYSIA
SALOMA
BAHYAH MAHMOOD
DEEPIKA PADUKONE
UTUSAN RADIO & TV
VICTOR MATURE
R.AZMI
LATIFAH OMAR
KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI
Setelah diamati buku setebal 355 mukasurat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P.Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun disebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P.Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar negara untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.