"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc
Showing posts with label tanda putera. Show all posts
Showing posts with label tanda putera. Show all posts

Sunday, October 19, 2014


TANDA PUTERA & FINAS: APA KATA SITI JARUM

MESTI BACA SEBELUM BERBANGGA
DENGAN FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-26
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
tapi jasamu tetap dikenang dan dihargai

SEKSI SELEBRITI INDONESIA
nampak seksi bukan bererti dedah semua

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR
* JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 19 OKTOBER 2014)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA - 87,358 * SEKSI SELEBRITI MALAYSIA - 60,547
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI - 58,463 * SELAMAT PENGANTIN BARU - 36,703
* FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT - 13,449





"Tanda Putera" & "Kara King"

Namewee & Shuhaimi Baba

"The New Village"

MELAYU DIKATAKAN SELERA RENDAH
SELEPAS KUTIPAN "TANDA PUTERA" GAGAL
Oleh The Malaysian Insider
(15 September 2013)

KOLUMNIS edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia Siti Jarum mempersoalkan tindakan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) apabila filem "Tanda Putera" yang ditayangkan sejak 28 Ogos lalu hingga semalam hanya mendapat kutipan kira-kira RM1 juta.

Beliau tidak merasakan Finas ada jawapan bagi kemelut tersebut selain hanya menggalakkan penerbit membuat filem yang disukai penonton.

“Siti tak setuju ada pihak berkata jangan salahkan Finas apabila filem tidak mendapat sambutan kerana agensi itu ditubuhkan untuk memajukan industri filem. Pada definisi Siti, memajukan bukan sahaja membesarkan saiz industri tetapi meningkatkan kutipan dan menambah jumlah penonton.

“Finas hanya gelisah apabila kutipan filem tahun ini hanya RM36.43 juta berbanding tahun lalu RM97.29 juta dan tahun 2011 sebanyak RM126.49 juta. Tetapi Finas tak gelisah apabila penonton tidak menonton filem yang bercitra tinggi.

“Untuk pengetahuan Finas, penonton kita terutama Melayu tidak maju. Penonton Melayu sangat mundur, mereka berselera rendah dan murah. Penonton begini sampai bila pun tidak akan memajukan industri filem dalam erti kata sebenar,” katanya di akhbar Utusan Malaysia edisi Ahad, Mingguan Malaysia.

Kolumnis itu juga mengatakan beliau muak apabila Finas selalu membentangkan pencapaian kecemerlangan mereka apabila berjaya meningkatkan kutipan filem Melayu kerana menurutnya bukan pencapaian ini yang dimahukan untuk memajukan bangsa.

Katanya, sepanjang lebih tiga dekad usia Finas, beliau tidak lihat usaha untuk meningkatkan kemajuan penonton sambil mendakwa Finas tidak berasa bersalah apabila filem yang memundurkan minda Melayu mendapat kutipan pecah panggung jutaan ringgit.

“Kalau Siti sebagai orang yang berkuasa di Finas, sudah tentu Siti akan hantuk kepada di dinding kerana gagal memajukan penonton. Adakah Finas akan terus bergembira dan berbangga apabila filem yang memundurkan minda Melayu terus mendapat sambutan manakala filem yang ‘dijentik’ pula dipinggirkan oleh penonton?

“Finas tidak boleh berbangga sekadar mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk menghasilkan filem kenegaraan kalau tidak membina penonton. "Tanda Putera" adalah filem mesti tonton oleh sekalian umat Melayu. Sebabnya sebahagian besar orang Cina (sudah semestinya yang menyokong DAP) tidak akan menonton filem ini.

MEMIKIRKAN REALITI

"Statistik menunjukkan selama ini pun bukan Melayu tidak menonton filem Melayu. Biarkan mereka kerana jumlah penonton Melayu sahaja pun boleh membangunkan industri filem. Tapi kenalah penonton yang berkualiti,” katanya.

Tambahnya, disebabkan selera yang rendah, penonton Melayu tidak patriotik untuk mendekatkan diri dengan karya filem yang bercakap tentang negara dan bangsa.

“Mereka hanya terpasung dengan filem yang menjauhkan mereka daripada memikirkan realiti orang Melayu hari ini. Filem ini sama ada dibuat oleh orang Melayu atau bukan Melayu adalah tergolong dari kalangan tidak patriotik.

Sebabnya filem mereka tidak menyumbang kepada pembinaan bangsa, malah merosakkan bangsa. Tetapi mereka buat juga kerana rasukan duit yang dikaut dari kantung penonton bercitra rendah.

“Siti fikir Finas kena membuat sesuatu supaya saiz industri filem yang semakin besar dari sudut statistiknya dapat diimbangkan dengan kualiti penonton. Siti melihat sebahagian besar penonton Cina menyokong filem Cina tempatan.

Filem arahan Namewee yang menghina Melayu, "Kara King" misalnya, mendapat sambutan baik. Begitu juga filem Cina yang mengagungkan komunis, "The New Village", sambutannya hebat juga. Tetapi filem "Tanda Putera" orang Melayu sendiri tak banyak menontonnya.

“Kalau tak kuat semangat, penerbit seperti Shuhaimi Baba akan mengalah dan gulung tikar. Yang tinggal hanya penerbit filem untuk memundurkan minda Melayu.

Memang benarlah penerbit begini yang menyara hidup artis, pekerja produksi dan tauke panggung. Tetapi apalah ertinya kalau wawasan mencerdikkan orang Melayu dikorbankan untuk kepentingan kumpulan minoriti tadi,” katanya.








YUSOF HASLAM

YUSOF HASLAM HORMATI PILIHAN JURI

Pernah menjadi juri untuk festival filem yang sama sebelum ini, Yusof Haslam pula mengakui mempunyai pendapat sendiri mengenai pencalonan namun faham penilaian juri semestinya subjektif.

Bagaimanapun, beliau sendiri tidak menafikan pelik apabila filem seperti "Tanda Putera" tidak tersenarai dalam kategori Filem Terbaik.

"Tak salah yang dipilih. Cuma saya agak ralat (terkilan) sedikit kerana filem sebaik Tanda Putera yang ada nilai-nilai sejarah, pejuangan dan kepimpinan sebaliknya tidak mendapat perhatian juri. Kalau saya jadi juri barangkali filem itu yang saya dahulukan.

"Namun itu sekadar pandangan peribadi saja. Kita perlu akur kerana saya percaya juri yang dipilih Finas terdiri daripada golongan profesional dan mempunyai kriteria penilaian tersendiri," katanya.



# Update akan dilakukan dari masa ke masa.




ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA

SALOMA

DEEPIKA PADUKONE

UTUSAN RADIO & TV

VICTOR MATURE

R.AZMI

LATIFAH OMAR





KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 mukasurat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P.Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun disebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P.Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar negara untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.








Friday, December 6, 2013


TANDA PUTERA (2012)

ANTARA KOMEN AZREE ARIFFIN DAN MAHDZIR IBRAHIM
Di Edit Di Susun & Di Semak: Mustafar A.R. & Zaini Yusop



POSTER "TANDA PUTERA"

TUN ABDUL RAZAK (RUSDI RAMLI, KIRI), TUNKU ABDUL RAHMAN (KAMARULZAMAN TAIB, DUDUK) DAN TUN DR. ISMAIL (ZINAN NIN)

ADEGAN "TANDA PUTERA"

ADEGAN "TANDA PUTERA"


TRAILER "TANDA PUTERA"

PROMOSI "TANDA PUTERA"

SHUHAIMI BABA

ANTARA INTIPATI CERITA DAN ASPEK TEKNIKAL

Oleh AZREE ARIFFIN
Blog: KISAH DI PERKHABARAN
(10 September 2013)




PELAKON & KREW___

RUSDI RAMLI Tun Abdul Razak Hussein ZIZAN NIN Tun Dr. Ismail Abdul Rahman ELAI FAEZAH Tun Rahah LINDA HASHIM Toh Puan Norasyikin KAVITA SIDHU Kara RIEZMAN KHUZAIMI Sarjan Aman KUZA Maimon ZAEFRUL NORDIN Koperal Musa IKA NABELLA Zahrah JOEY RAHMAN Johan AHYA YU Zaman ALAN YUN Allen KAMARULZAMAN TAIB Tunku Abdul Rahman NORMAN HAKIM IGP Hanif Omar SUHEE SHAMSUDDIN Najib Tun Razak RAZIF HASHIM Johari Tun Razak AZMA AIZAL YUSOOF TAWFIK TUN ISMAIL ALI STEVEN SHORTHOSE Dr. MacPherson Hasnul Rahmat Tun Hussein Onn Ida Nerina Jah Steno Sharifah Shahira Guru Besar Fizz Fairuz Tan Sri Arshad Ayub Nazril Idrus Tun Dr. Mahathir Mohamad Khir Mohd. M. Noor IGP Abdul Rahman Hashim Ngarizal Ngasri Datuk Harun Idris Chew Kin Wah Tan RAZALI HUSSAIN Ahmad Razali Mohd. Ali Douglas Lim Leslie Cheah Chelsia Ng Catharine Tan WONG SEP NEN Bapa Allen NAS-T Najib Rahman AIDIL (AF) Datuk Senu Abdul Rahman Sinematografi MOHD. FILUS GHAZALI Penyuntinf Filem H.W. KUANG Cerita SHUHAIMI BABA NORAINI BABA HASLINA AHMAD Lakonlayar SHUHAIMI BABA Produser Ekserkutif AIDA FITRI BUYONG Produser & Pengarah SHUHAIMI BABA

Tahun Di Edarkan: 2013 (29 Ogos)
Masa Tayangan: 118 Minit

SHUHAIMI BABA bukanlah nama yang asing dalam bidang perfileman di Malaysia. Namanya sudah terukir sebagai pengarah tersohor di arena pembikinan filem tempatan.

Bermula dari karya hebatnya seperti "Selubung", "Ringgit Kassorga", "Layar Lara", sehinggalah ke era "Pontianak Harum Sundal Malam" 1 & 2, "Waris Jari Hantu" dan "1957: Hati Malaya" – sesungguhnya, beliau sudah meninggalkan jejak langkahnya yang tersendiri.

Saya sendiri meminati karya Shuhaimi dan filemnya "Pontianak Harum Sundal Malam" 1 & 2 merupakan antara filem tempatan kegemaran saya kerana garapan cerita yang menggabungkan elemen Pontianak yang begitu mistik dengan unsur-unsur Gamelan dan Kuda Kepang dalam kedua filem Pontianaknya itu.

Maka, saya perasan satu gaya Shuhaimi, beliau suka menyatukan dua unsur yang berbeza menjadi satu di dalam filem. Hal ini saya kesani juga melalui filem "Waris Jari Hantu" yang menggabungkan isu Saka dan Maknyah.

Oleh sebab itu, saya begitu mempertahankan filem "Tanda Putera" yang diselubungi kontroversi itu walaupun sebelum ianya ditayangkan. Menjadikan filem "1957: Hati Malaya" sebagai premis untuk dijadikan sandaran, sesungguhnya "Tanda Putera" bukanlah filem sejarah pertama yang diarahkan oleh beliau. Dan saya tidak melihat sebarang masalah dengan fakta sejarah yang ditampilkan di dalam filem pertama itu.

KONTROVERSI "TANDA PUTERA"

Bagaimanapun, apabila filem "Tanda Putera" telah menjadi perbualan masyarakat sehinggakan penayangannya terpaksa ditunda sehingga satu tempoh yang lama, saya menjadi hairan mengapa perkara sebegini boleh berlaku?

Tambahan pula ramai yang mengkritik itu dikatakan belum pernah menonton filem itu dan berkokok bagaikan seorang pengkritik filem professional pula, walhal sebelum ini mereka itu tidak pernah ambil ‘peduli’ tentang jatuh bangun industri filem Melayu.

Kerana itu, saya telah mengambil kesempatan waktu senggang yang ada dengan pergi menonton tayangan pertama "Tanda Putera" pada hari Khamis 29 Ogos yang lalu, pada pukul 12.00 tengahari. Segala tanggapan dan kritikan berkenaan filem itu mahu saya leraikan dengan menonton sendiri dan membuat penilaian berdasarkan pemahaman saya sendiri.

NEGARAKU DI PANGGUNG WAYANG

Tidak lengkap kalau saya tidak bercerita tentang pengalaman menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku di dalam panggung wayang sebelum tayangan dimulakan. Saya adalah orang yang pertama sampai ke dalam panggung wayang dan itu membuat saya agak cemas kerana akan berasa sangat pelik kalau saya berdiri sendirian menyanyikan lagu Negaraku di dalam tempat yang gelap. Tetapi selepas itu datanglah juga dalam 4-5 orang penonton lain. Saya faham, tayangan semasa waktu bekerja sebegitu tentu tidak ramai orang.

Sejurus panggung wayang digelapkan, terpapar satu tayangan video terbitan Kementerian Komunikasi & Multimedia berkenaan jasa pahlawan negara yang mempertahankan nusa terutamanya ketika terjadinya tragedi di Lahad Datu. Satu produksi yang wajar dipuji.

Semasa lagu Negaraku dimainkan, saya telah bangun dengan rasa bangga sambil memerhatikan sekeliling. Dalam hati ada sedikit rasa pelik kerana panggung wayang itu gelap dan tidak ramai. Tiba-tiba kena berdiri pula. Tetapi pedulikan semua itu. Sedangkan apabila menonton teater di Istana Budaya juga ada nyanyian Negaraku, tetapi tidak pernah menjadi isu pun, kan?

ANTARA FAKTA DAN FIKSYEN

Filem bagi saya adalah satu interpretasi suatu cerita yang memaparkannya dari sudut pandang tertentu dan disulami dengan perasaan. Filem bukanlah dokumentari yang bersifat fakta sepenuhnya. Filem adalah interpretasi.

Oleh yang demikian, saya merasa tidak ada masalah dengan interpretasi yang ditonjolkan di dalam filem "Tanda Putera" kerana saya percaya pasukan Pesona Pictures tentu sudah membuat penyelidikan yang teliti apatah lagi filem ini mengisahkan mengenai dua orang tokoh besar negara.

Bahagian awal filem ini agak laju rentaknya. "Tanda Putera" dibuka dengan peristiwa 13 Mei yang dipaparkan dengan pelbagai babak yang kurang menyenangkan.

Kalaulah saya ajak rakan saya berbangsa Cina untuk datang menonton bersama di sebelah, memang saya akan rasa tidak selesa sebab babak perkauman ditonjolkan agak ketara.

Namun, persoalannya adakah kita bersedia untuk melihat realiti masa dahulu demi belajar dari kesilapan untuk masa depan?

Premis utama "Tanda Putera" adalah kisah persahabatan di antara Tun Razak dan Tun Dr. Ismail ketika mereka mentadbir negara dalam keadaan kedua-duanya sedang sakit serius. Itu adalah kisah utama yang ingin disampaikan.

Tetapi entah bagaimana cerita utama ini tenggelam. Jujur, saya tidak merasakan 'persahabatan' yang ingin ditonjolkan itu. Dalam tempoh dua jam filem ini, terlalu banyak perkara yang ingin dimasukkan, sampaikan unsur perasaan seolah-olah hilang dalam gerombolan fakta yang diketengahkan.

KECEWA DENGAN LAKONAN

Saya tidak pasti orang lain merasakan perkara yang sama atau tidak, tetapi saya agak kecewa dengan lakonan kedua-dua teraju utama dalam filem ini.

Lakonan Rusid Ramli sebagai Tun Razak kelihatan tidak begitu karismatik dan terkadang agak ‘kayu’. Begitu juga dengan Zizan Nin yang membawa watak Tun Dr. Ismail. Terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Saya tidak pasti samada lakonan itu sendiri atau aspek tatarias yang masih menunjukkan pelakon itu lebih muda dari watak yang dilakonkan.

Antara yang menyelamatkan bahagian lakonan dalam filem ini tentulah Ce’kem yang sekali lagi berjaya membawa watak Tunku Abdul Rahman mengulangi kecemerlangannya di dalam "1957: Hati Malaya".

Ida Nerina juga, walaupun hanya memegang watak sampingan Kak Jah, tetapi begitu memorable! Teringat saya watak cameo beliau sebagai kerani kerajaan di dalam filem "Waris Jari Hantu".

SUDUT ARAHAN SENI

Pujian harus diberikan kepada filem ini dari sudut arahan seni dan aspek teknikal terutamanya yang melibatkan CGI. Tanpa aspek ini, sangat sukar untuk menghasilkan filem period seperti ini yang sangat remeh dan leceh dalam ketelitian penggunaan props dan latar tempat.

Sebagai sebuah filem yang 60% menggunakan CGI, saya fikir filem ini ada peningkatan berbanding "1957: Hati Malaya". Cuma ada satu babak yang saya lihat kurang cantik iaitu babak pengeboman Tugu Negara yang terlalu obvious penggunaan CGI yang tidak berapa menjadi.

Tetapi selain itu, saya fikir set latarnya bagus.

KESIMPULAN

Kalau hendak diulas secara keseluruhannya, ada banyak lagi perkara yang hendak saya komen tentang perkara yang saya suka dan tidak suka mengenai filem ini. Tetapi saya bukanlah pengkritik filem professional dan ulasan ini sekadar mendokumentasikan perasaan saya sebagai seorang penonton filem layman.

Menurut apa yang saya perhatikan, ramai yang tidak puas hati dengan pembikinan filem "Tanda Putera" ini sebelum penayangannya adalah kerana kononnya fakta sejarah yang terpesong.

Tetapi selepas penayangannya, tidak ramai yang mempersembahkan fakta sejarah untuk membetulkan apa yang kononnya dikatakan salah itu.

Sebaliknya, apa yang diperkatakan adalah aspek kualiti filem ini iaitu asas kepada setiap filem, jalan ceritanya yang menjadi kritikan ramai.

Dan saya setuju dengan pendapat ini, filem "Tanda Putera" terlalu mahu melonggokkan fakta sejarah sehingga ia kelihatan sekadar 'on the surface' saja dan tidak 'deep'.

Apakah saya mencadangkan anda untuk menonton "Tanda Putera"?

Ya, tentu sekali! Orang selalu mempertikaikan aspek teknikal sampai terlupa untuk menghayati intipati utama yang ingin disampaikan.

Tontonlah filem ini bukan sebagai pengkritik filem, tetapi sebagai rakyat Malaysia yang ingin ‘membaca’ satu perspektif mengenai sejarah negara.

Filem "Tanda Putera" ini akan berjaya mencapai objektifnya andai selepas menontonnya, kita akan lebih berminat untuk mengkaji lebih lanjut mengenai Tun Abdul Razak, Tun Dr. Ismail dan peristiwa 13 Mei!


# Artikel ini, disiarkan sepenuhnya dengan sedikit pindaan.


FLAYER "TANDA PUTERA"

IDA NERINA

SAHEE SHAMSUDDIN

KAVITA SIDHU

ADEGAN "TANDA PUTERA"

ADEGAN "TANDA PUTERA"

"TANDA PUTERA": HISTORY OR FICTION?



By MAHDZIR IBRAHIM
Blog: FREE MALAYSIA TODAY
(September 4, 2013)




"I wonder how can Finas justify this work by Shuhaimi Baba, investing millions of ringgit and in the process jeopardise racial harmony. For what? The truth?"

I’VE WATCHED "Tanda Putera". Aside from wanting to know what the hype was about this film, I considered the price of the ticket as my contribution in support local filmmakers. Hopefully, the small amount I paid, to some extent, will be able to help develop the local film industry.

According to media reports, "Tanda Putera" cost around RM4.5 million, with the National Film Development Corporation Malaysia (Finas) contributing RM2.5 million and the Multimedia Development Corporation RM2 million, excluding sponsorship from GLCs such as MAS.

With that huge amount of investment, the technical aspects of the film was far from satisfying. The quality of computer generated images were messy. The settings, props and costumes also fell short of capturing the atmosphere of the 60/70s era, unlike "Bukit Kepong" or "Leftenan Adnan". Is it because the producers wanted to save on budget?

After watching it, I wondered if the film was about the history of May 13, or something else?

There were the infamous scenes depicting youths urinating on a flag pole. But, it’s not clear if this incident really took place or derived from historical facts. If true, where and what is the source? Before this, we never heard about it. So we want to know the facts, either from police reports or notes by historians.

It is not clear from the scene where the flag pole is located. Was is it in the compound of Harun Idris’ (Selangor Chief Minister) residence or at the government office or a hawkers area? If it is linked to the residence, it’s probably an assumption just because the pole is flying the Selangor flag. Or, is the urination scene a figment of the director’s imagination?

According to an eyewitness account by one Habib Ahmad, based in Kampung Baru at that time, it is almost impossible that the incident took place in the Menteri Besar’s residence.

So, if it did not happen at the residence of the Chief Minister, then where did it happen, if at all it did? This scene is not a stunt that can be fictionalised. It is directly related to the history of May 13.

The events of May 13 intensified early in the movie seem to incite anger and portrays the opposition as cooperating with the communists. Communists and opposition parties are painted with the image of the Chinese as well as the DAP logo emblazoned here and there in that particular scene. A reminder to the director – DAP is not a communist party. DAP is opposed to any struggle through the use of weapons.

DIRECTORS OWES VIEWERS AN EXPLANATION

I thought that this film would retell the May 13 incident in chronological order and include solid witness reports. I was hopng it would provide a clearer picture about what really happened. But the director abandoned the topic of May 13 halfway through the movie. The topic was dropped after embedding the DAP logo and the image of communists in viewer’s minds.

The rest of the movie revolves around Tun Razak’s family and his friendship with Tun Dr. Ismail, and several brief scenes about his efforts in creating Felda, the implementation of the New Economic Policy (NEP) and the struggle to fight the communists.

The characters of Razak and Ismail were well cast and played by Rusdi Ramli and Zizan Nin. I could not see or understand the significance between the incidents of May 13 and Razak’s legacy.

If this film is not about the history of May 13, is it about Razak and his friend Ismail? If that were so, certainly more time should have been spent developing the important and memorable contributions by Razak, such as his efforts to establish Felda.

Is this a fictional movie, hiding behind history and half-truths so that the director or producers need not be accountable to the audience or anyone? I can understand that any adaptation of the first source to another medium may be manipulated with elements of fiction to make it more entertaining.

However, the nuance between fact and fiction should be clear. But in this film, fiction and fact were mixed and messed up. Anyone not familiar with the history of May 13 will assume that all the scenes are 100% based on facts.

Finally, I would like to ask director Shuhaimi Baba, what this film is all about? History or fiction? I’m entitled to an explanation because "Tanda Putera" is funded by tax payers’ money collected by the government from all races, Malay, Chinese, Indian, even from Umno, DAP and PKR members, Muslims, non-Muslims, the poor and rich.

If this is a historical film, then it belongs to the people and they are entitled to an explanation. If it is fiction, the director must be responsible for the images or scenes in her work. I support freedom of expression and freedom of creativity and I will defend the right of Shuhaimi Baba, if she is honest.

"I wonder how can Finas justify this work by Shuhaimi Baba, investing millions of ringgit and in the process jeopardise racial harmony. For what? The truth?"

* MAHDZIR IBRAHIM is a CEC member of DAP’s Youth Wing, DAPSY. He is also an arts and culture enthusiast.


# Update akan di lakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?

ROH MEMBELA (1955)
kekuatannya special effect dan aziz sattar

CHEMBURU (1953)
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff

PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan

MUTIARA DARI MALAYA (1955)
teknik fotografinya sangat menarik

LAIN JALAN KA-SHORGA (1968)
apa, berdosakah aini?

SELENDANG DELIMA (1958)
kejelitaan maria menado dieksploitasi sepenuhnya




KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.