"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Thursday, January 1, 2015


STATISTIK FILEM KLASIK

SEMAKIN MENGHAMPIRI KE 1,000,000 PAGEVIEWS
Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop


Kini, diterbitkan sebulan sekali, tidak lagi dua minggu sekali.


12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 31 DISEMBER 2014)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 94,341 * SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 66,528
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 65,125 * SELAMAT PENGANTIN BARU 40,141
* FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 14,624






RUN RUN SHAW & KASSIM MASDOR

SHARIFAH AINI & KARTINA DAHARI

TAHUN 2014 MENYAKSIKAN MALAYSIA KEHILANGAN
RAMAI TOKOH FILEM YANG SUKAR DICARI GANTI

MASUK saja tahun 2014, kita dikejutkan dengan pemergian Run Run Shaw, tokoh yang bertanggungjawab menggemilangkan filem Malaysia, termasuk Singapura. Tanpa beliau bersama abangnya, Runme Shaw, tidak dapat dipastikan bagaimanakah corak dan keadaan filem Malaysia, waktu kini.

Memang benar, B.S.Rajhans dan L.Krishnan, menggilap bakat P.Ramlee. Tetapi, kalau tidak adanya Shaw's Malay Film Productions (MFP) yang dibina empirenya oleh Run Run Shaw, mungkin beliau tidak ada atau tidak wujud sebagai bintang legenda yang terus kekal hidup namanya selagi nadi seni terutamanya filem, masih berdenyut.

Run Run Shaw meninggal dunia pada 7 Januari 2014 kerana sakit tua, berusia 106 tahun, manakala abangnya, Runme Shaw, pergi lebih awal, pada 2 Mac 1985, semasa umurnya 84 tahun.

Dua minggu selepas itu, Kassim Masdor pula menemui Tuhannya. Ketokohan Kassim dalam arena musik, tidak sesiapa pun boleh mempertikaikan, dan terlalu banyak sumbangannya.

Banyak lagu telah dihasilkannya dan dinyanyikan pula oleh penyanyi-penyanyi popular belaka antaranya, Saloma, Ahmad Jais, Rafeah Buang, Aziz Jaafar, Kartina Dahari dan Sanisah Huri.

Kemudian, Aziz Sattar, H.M.Shah dan Jamil Sulong yang merupakan kawan rapat P.Ramlee, turut meninggalkan kita.

Sumbangan mereka, tidak boleh dibayar dengan bongkalan emas permata sekali pun. Shah tidak seglamour Aziz dan Jamil tetapi merupakan pelopor Merdeka Studio dan tuanpunya H.M.Shah Film yang mengeluarkan filem "Kasih Menumpang".

Paling mengejutkan, apabila pelakon dan penyanyi tersohor, Sharifah Aini, diumumkan meninggal dunia pada 5 Julai 2014. Ini kerana usianya masih dianggap masih muda, 61 tahun.

PENULIS BUKU P.RAMLEE

Norshah Thamby yang meninggal dunia pada 30 Julai 2014, bukanlah orang filem tetapi pendekatannya sebagai wartawan hiburan. Beliau merupakan Presiden Eja yang mengasaskan Festival Filem Malaysia (FFM) yang pertama pada tahun 1980.

Sebelum tirai tahun 2014 melabuhkan tirainya (31 Disember 2014), Abdullah Hussain, adik beliau Ismail Hussain (profesor) dan Ibrahim Hussain (pelukis), pergi menemui Illahi.

Abdullah, penulis buku P.Ramlee, "Gagak Di Rimba", dan cerita beliau, "Intan" dan "Rantau Selamat", lakonan P.Ramlee telah dijadikan drama TV, keduanya diarahkan Zainuddin Nordin.

Abdullah juga pernah beristerikan Zaiton yang terkenal dengan watak Tun Tijah dalam "Hang Tuah" arahan Phani Majumdar.

Sebelum itu, Mustapha Maarof. Beliau dikebumikan bersebelahan Rose Yatimah, di Tanah Perkuburan Islam Ampang Kuala Lumpur pada 15 Disember 2014. Sampai juga hajatnya berada disisi isteri kesayangannya itu.

Tahun 2014, kita juga kehilangan Kartina Dahari, Jamal Muhammad (Jamal Kerdil) dan Habibah Yaacob.

Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Kepada yang beragama Islam, Al-Fatihah.


1. SEKSI SELEBRITI INDONESIA

2. SEKSI SELEBRITI MALAYSIA

3. PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI

4. SELAMAT PENGANTIN BARU

5. FILEM TERHEBAT BOLLYWOOD

6. PEMERGIAN P.RAMLEE

7. FILEM TERBAIK INDONESIA

8. A.R.TOMPEL

9. CECILIA CHEUNG

10. LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG






PENGUNJUNG FK MENGHAMPIRI SATU JUTA___

AGAK menggembirakan dan sebagai penggalak dan perangsang, kunjungan (hits) FK sudah menghampiri satu juta. Catatan pageviewsnya yang berakhir pada jam 12.00 tengahmalam 31 Disember 2014 sebanyak 827,083.

Rekod catatan dalam sehari, mencanak naik pada 16 Disember 2014 apabila lihatbaca mendapat hits 5,528, nombor dua tercatat pada 17 Disember 2014 dengan 3,806, dan ketiga 3,604 yang tercipta pada 11 Jun 2013.

Sungguhpun kunjungan dalam sehari tidak mencatatkan hingga beribu-ribu atau berjuta-juta, namun dengan sejumlah yang ada sekarang (antara 1,000 hingga 1,200 pageviews sehari) sudah mencukupi.

Sesuailah, dengan kandungannya berBahasa Malaysia (sedikit saja berBahasa Inggeris) dan topiknya pula terhad (lebih tertumpu kepada filem-filem lama), hanya segelintir saja yang suka dan berminat.

Apa pun, tujuan atau sasaran FK sudah tercapai dengan begitu baik, hanya dalam jangka masa yang begitu singkat (bermula 12 April 2010, dan aktif pada 9 Mac 2011), informasinya sudah tersebar dengan cukup meluas hingga sampai ke Amerika, Russia dan negara-negara Eropah dan America Latin.

Artikel "Seksi Selebriti Indonesia Dulu-Dulu" nampaknya begitu ke depan dengan 97,519 pageviews menduduki tempat pertama, meninggalkan jauh ke belakang "Seksi Selebriti Malaysia Dulu-Dulu" yang menerima hits 69,730, berada ditempat ke-2.

Artikel "Pergimu Takkan Kembali Lagi" yang mula disiarkan pada 11 Mei 2012, yang terus melonjak naik dan catatannya pada jam 12.00 tengahmalam 31 Disember 2013 sebanyak 33,707 pageviews, kini menduduki tempat ke-3 dalam senarai artikel popular FK, mencatat 69,316.

Artikel "Selamat Pengantin Baru", berada di tempat ke-4 dengan 46,349 lihatbaca, manakala artikel "5 Tahun Pemergian P.Ramlee" yang ditulis oleh Bahyah Mahmood terpahat di ranking ke-6 mencatat 14,390 lihatbaca.

Artikel "A.R.Tompel" (6,537 hits) dan "Lagu-Lagu Terbaik Rafeah Buang" (4,847) masuk ke dalam senarai, menyingkirkan "Latiffah Omar" dan filem "Gelora".

Bagaimanapun, artikel "Cecilia Cheung" kekal dalam senarai di rangking ke-9 dengan punggutan 5,529 lihatbaca, mengatasi Rafeah Buang yang berada di tempat ke-10.

"GELORA" MENCATAT PAGEVIEWS TERBAIK___

Tujuan utama Filem Klasik (FK) diblogkan, berhasrat untuk mengimbas kembali filem-filem Melayu lama yang kini sudah dianggap klasik, kebanyakkannya dalam format black & white.

Setakat ini, sejak FK mula aktif pada 12 April 2010, banyak filem telah diulas dan dikritik. Diantara sebanyak itu, "Gelora" yang dibintangi oleh P.Ramlee dan Sarimah mencatat 12,088 hits (pageviews) seterusnya menduduki tempat pertama.

Dua filem Maria Menado berada di ranking ke-2 dan ke-3. "Selendang Delima" mencatat 5,052 hits, manakala "Pontianak" 4,484 lihatbaca.

Lain-lain filem yang melebihi 1,500 hits, "Hanchor Hati" (4,086), "Permintaan Terakhir" (2,462), "Penarek Becha" (2,222) dan "Semerah Padi" (2,212).

Diikuti pula, "Lain Jalan Ka-Shorga" (1,984), "Cinta Dan Lagu" (1,912), "Long House" (1,909) dan "Selendang Merah" (1,908).

"Lanchang Kuning" (1,848), "Sumpah Orang Minyak" (1,764), "Chemburu" (1,667), "Hang Jebat" (1,636) dan "Leila Majnun" (1,539)

Saya begitu bangga dengan pencapaian ini, kerana apa yang saya tulis dan kemukakan (supaya semua orang tahu) telah dikongsi bersama ramai peminat filem khususnya yang meminati filem Melayu klasik.


AZIZ SATTAR & AHMAD MAHMOOD

Setakat ini, saya telah menulis 4 artikel "Dari Kacamata Mustafar A.R." yang ada hubungkaitnya dengan mereka yang begitu rapat (close friends) dengan saya - Aimi Jarr, Ahmad Mahmood, Kassim Masdor dan Aziz Sattar.

Tidak pula saya sangka, artikel-artikel itu mendapat hits yang begitu menggalakkan yang memberi semangat untuk saya meneruskannya, dan bakal menyusul tidak lama lagi, "Mustapha Maarof Dari Kacamata Mustafar A.R."

Antara 4 personaliti yang saya tulis itu, Ahmad Mahmood menerima pageviews paling banyak - 3,714. Diikuti Aimi Jarr, 2,010; Aziz Sattar, 1,276; dan Kassim Masdor, 1,148.






MALAYSIA MASIH BERADA DIRANKING PERTAMA___

Malaysia, terus berada ditempat pertama, menerima 534,613 pageviews, dan diikuti (ke-2) Indonesia dengan 86,549 lihatbaca.

Lihatbaca (pageviews), 8 negara lain yang terbaik, setakat jam 12.00 tengahmalam 31 Disember 2014;

3. Singapore - 42,677
4. United States - 36,460
5. Brunei - 14,831
6. India - 10,222
7. Germany - 7,967
8. Vietnam - 3,084
9. Russia - 2,870
10. Spain - 2,660

# Keseluruhan lihatbaca: 827,083 pageviews

Lain-Lain Negara;

11. United Kingdom 12. Philippines 13. Australia 14. Canada 15. Egypt
16. Saudi Arabia 17. Sweden 18. France 19. Belgium 20. Azerbaijan

21. Brazil 22. Algeria 23. Pakistan 24. Qatar 25. Slovakia 26. Croatia
27. Hong Kong 28. Thailand 29. Japan 30. Oman

31. United Arab Emirates 32. Italy 33. Belgium 34. Switzerland 35. Barbados
36. Uruguay 37. Timor Leste 38. Hungry 39. Netherlands 40. Ecuador

41. Colombia 42. Latvia 43. Jordan 44. Turkey 45. Cambodia 46. Austria
47. Panama 48. Greece 49. Bangladesh 50. China

51. Cyprus 52. Bolivia 53. South Korea 54. Taiwan 55. Lithuania 56. Bulgaria
57. Israel 58. Czech Republic 59. Bahrain 60. Poland

61. Romania 62. Ireland 63. Macau 64. Syria 65. Denmark 66. Peru 67. Malta
68. Tunisia 69. Georgia 70. Albania

71. Myanmar 72. Norway 73. Guam 74. Nigeria 75. Burnika Faso 76. Armenia
77. Sri Lanka 78. Yemen 79. Kazakhatan 80. Iran

81. New Zealand 82. Iraq 83. Ukraine 84. Bosnia And Herzegovina 85. Afghanistan 86. Kuwait 87. Jamaica 88. Senegal 89. Nepal 90. Djibouti

91. Marcedonia (FYROM) 92. Benin 93. Palestine 94. Morocco 95. Aruba 96. Serbia 97. Slovenia 98. Cote d'Ivoire 99. Kenya 100. Estonia

101. Suriname 102. Papua New Guinea 103. Belarus 104. South Africa
105. Mauritania 106. Guantemala 107. Argentina 108. Luxembourg
109. Dominican Republic 110. Portugal

111. Sudan 112. Venezuela 113. Faroe Islands 114. Chile 115. Montenegro
116. Solomon Islands 117. Congo (Republic)

Ini bererti, 117 negara di dunia sudah berkunjung ke blog FK, satu pencapaian yang cukup baik dan sangat menggalakkan, daripada sebuah blog yang kerdil, yang mengutamakan Bahasa Malaysia, hanya sedikit saja berBahasa Inggeris.

Pada umumnya, selain Malaysia, negara yang sering berkunjung ke FK, Singapore, Indonesia, Brunei, United States, Russia, Vietnam, United Kingdom, Canada, India, Spain, Estonia, Taiwan dan Germany.

Ukraine yang selama ini menyepi, mula selalu datang bertandang. Hari-hari ada hits. Begitu juga Vietnam dan Estonia.

Siapa mereka, ya? Adakah mereka pelajar-pelajar dan pekerja-pekerja Malaysia
di negara-negara tersebut?






Pageviews kepada artikel (posts atau entry), 10 terbaik;

1. Seksi Selebriti Indonesia - 97,519
2. Seksi Selebriti Malaysia - 69,730
3. Pergimu Takkan Kembali - 69,316
4. Selamat Pengantin Baru - 46,349
5. Filem Bollywood Terhebat - 14,763
6. Pemergian P.Ramlee - 14,390
7. Filem Indonesia Terbaik - 12,346
8. A.R.Tompel - 6,537
9. Cecilia Cheung - 5,529
10. Lagu Terbaik Rafeah Buang - 4,847

Rekod lihatbaca yang dicapai dalam sehari;

Pertama: 5,528 lihatbaca (16 Disember 2014)
Kedua: 3,806 pageviews (17 Disember 2014)
Ketiga: 3,604 lihatbaca (11 Jun 2013)

Followers (Pengikut);

Kini semakin bertambah menjadikan 157 (pada 31 Disember 2014). Terima kasih kepada mereka yang baru menyertai; Toko2050, ahmat arijalun, MOHD SHAIFUL, sallehhashim, zaiton rahman, abat, Aina, Amano Carlo, Salleh de Ran dan len jugrano hamid.

View my complete profile;

* 2,787 lihatbaca (31 Disember 2013)
* 4,569 pageviews (31 Disember 2014)


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?






KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.




Tuesday, December 30, 2014


RAMON A.ESTELLA & USMAR ISMAIL

TURUT MEMBANTU GEMILANGKAN FILEM MALAYSIA
Di Kajiselidik & Teks: Mustafar A.R.
Foto: Daripada Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



12+1 LAGU TERBAIK SUDIRMAN

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR
* JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 30 DISEMBER 2014)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 97,278
* SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 69,133 * PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 69,101
* SELAMAT PENGANTIN BARU 46,207 * FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 14,714






RAMON A.ESTELLA

USMAR ISMAIL

PARALUMAN

TEODY BELARMINO (Sumber: Video48)

RENDRA KARNO

SUKARNO M.NOOR

RADEN MOCHTAR & SUKARSEH

TITA DURAN & PANCHO MAGALONA

A.N.ALCAFF & HETTY HERAWATI

EDDIE INFANTE & LAMBERTO V.AVELLANA

FRED YOUNG & SAIFUL BHARI


KARYAWAN FILEM INDONESIA DAN FILIPINA
BERPERANAN MAJUKAN FILEM MALAYSIA

AGAK menarik, Malay Film Productions (MFP) condong ke Filipina manakala Cathay Keris Film (CKF) berat ke Indonesia. Maksudnya, Run Run Shaw dan Runme Shaw gemar mengambil karyawan (penggiat) filem Filipina berkhidmat dengan mereka sedangkan Loke Wan Tho dan Ho Ah Loke, pembikin filem Indonesia.

Setelah kajiselidek dibuat, didapati pada tahun 1955 MFP telah membawa masuk filem Filipina, "Elephant Girl" yang diarahkan oleh Eduardo (Eddie) Infante, untuk dialihsuarakan (dubbing) ke Bahasa Melayu.

Filem lakonan dua bintang filem tersohor Filipina itu, Paraluman dan Teody Belarmino, tidak begitu berjaya di box office, sederhana saja, namun ia telah memulakan penglibatan orang-orang negara serantau itu terhadap filem-filem Melayu.

Paraluman berkunjung ke Singapura pada 12 Jun 1955 bertemu tauke Shaw Brothers (SB) bertujuan menguruskan filem tersebut yang kemudian diubah tajuknya "Gadis Liar", dialihsuara dan mengedarkannya dirangkaian panggung wayang kepunyaan SB.

Di Filipina, Paraluman bukan calang-calang film star. Banyak filem dibintanginya termasuk filem pertamanya "Paraluman" (1941), "Ina" (1947), "Lydia" (1956), "Dahil Sa Isang Bulaklak" (1967) dan "Surabaya Conspiracy" (1969).

Paraluman juga beperanan penting dalam filem keluaran Hollywood, "Surrender-Hell!" arahan John Barnwell dengan bintang utamanya Keith Andes dan Susan Cabot.

Begitu juga Teody Belarmino yang memulakan kerjaya filemnya pada tahun 1948 bermula "Malaya" ("Mutya Sa Gubat") dan diikuti "Florante At Laura" (1950) dan "Ang Tapis Mo Inday" (1951).

Pengarahnya, Eddie Infante, juga terkenal. Pernah berlakon disamping Tyrone Power dan Micheline Prelle dalam "American Guerilla in the Philippines" (1950) arahan Fritz Lang, dan "No Man is an Island" arahan Richard Goldstone.

Disamping itu, Infante mengarahkan "Ina" (1947) yang dibintanginya bersama Paraluman, "Nenita Unit" (1953) dengan Anita Linda dan "Tatlong Kabanata Sa Buhay Ko..." (1952) lakonan Anita Linda dan Danilo Montes.

Pada tahun 1957, CKF mengikuti langkah MFP apabila mengalisuarakan ke Bahasa Melayu dan menjadi pengedar "Badjao" (1957) yang diarahkan oleh Lamberto V.Avellana, tokoh filem terkenal dan poipular di Filipina.

Anehnya, filemya (ditukar tajuk "Badjau, Anak Laut") diambil oleh CKF tetapi Avellana berkarya di MFP.

Sudah dianggap klasik, filem ini yang dibintangi Tony Santos dan Rosa Rosal, cerita dan lakonlayar oleh Rolf Bayer (pengarah "Azimat"), telah memenangi beberapa anugerah.

Pada tahun 1976, Avellana menang anugerah pengarah terbaik oleh National Artists For Theatre and Film; cerita terbaik (Rolf Bayaer), suntingan terbaik (Gregorio Carballo) dan sinematografi terbaik (Mike Accion) di Festival Filem Asia Pasifik, Tokyo pada tahun 1957.

Sebagaimana "Elephant Girl", filem ini pun tidak begitu menyerlah di box office dan sambutannya sekadar boleh tahan saja. Ini jelas di Malaya (ketika itu), filem-filem ala-Hindustan lebih digemari ramai terutamanya orang-orang Melayu berbanding ala-Filipina.

Pada tahun 1957, sebagai usaha mengubah corak filem Melayu yang keterlaluan berhindustan, Shaw's MFP membawa masuk dua pengarah Filipina, Ramon A.Estella dan T.C.Santos.

Estella diberi tugas mengarah "Kembali Saorang" yang dibintangi Ahmad Mahmood, Sa'adiah dan Salleh Kamil, Santos pula "Taufan" (tajuk asalnya "Ribut Di-Pulau Mutiara") dengan bintang utamanya Ahmad Mahmood, Zaiton dan Salleh Kamil, kedua-duanya berlatarbelakangkan laut.

Antara mereka berdua, Estella begitu kedepan sebagai pengarah di Filipina, dan filemnya "Desperado" (1956) mendapat sambutan baik dengan lakonan bintang utamanya, Efren Reyes dan Olivia Cenizal.

Estella banyak mengarah filem Filipina antaranya, "Hiram Na Pangalan" (1948) dan "Punglo At Pag-Ibig" (1950) dibintangi Anita Linda dan Joe Padilla; dan "Bandido" (1950) lakonan Efren Reyes dan Virginia Montes.

Sungguhpun, filem arahan Estella dan Santos itu gagal di box office, namun Run Run dan abangnya, Runme Shaw, tidak berputus asa.

Pada tahun 1958, apabila filem perang dunia kedua "Bridge on the River Kwai" arahan David Lean dengan bintang utamanya William Holden dan Alec Guinness mendapat sambutan hangat dan meletup dipasaran, MFP membawa masuk Lamberto V.Avellana.

Avellana diberi tanggungjawab mengarah "Sergeant Hassan", juga berlatarbelakangkan perang dunia kedua, dengan bintang utamanya, P.Ramlee, dibantu oleh Sa'adiah, Jins Shamsudin dan Salleh Kamil.

Di Filipina, kehebatan Avellana tiada siapa boleh challenge seperti juga Raj Kapoor di India, Akira Kurosawa di Jepun dan P.Ramlee di Malaysia.

Dua filem arahannya, "Anak Dalita" (1956) dan "Badjao" (1957), telah diiktiraf sebagai dua antara tiga filem Filipina dianggap terhebat sepanjang zaman. Satu lagi "Biyaya Ng Lupa" (1959) arahan Manuel Silos.

Yang menariknya, ketiga-tiga filem tersebut peranan utama, hero dan heroine, dipegang oleh Tony Santos dan Rosa Rosal.

MENCAPAI KEJAYAAN

"Anak Dalita" menang anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Asia-Pasifik 1956, dan International Prestige Award of Merit (1958) oleh Famas.

Rolf Bayer pula ditugaskan mengarah filem bercorak mystic, "Azimat", yang membariskan ramai bintang handalan di MFP dan Filipina - Pancho Magalona, Tita Duran, Saloma, Ahmad Mahmood, Jins Shamsudin, Mariani dan Salleh Kamil.

Bayer tidak banyak mengarah filem, tumpuannya lebih kepada menulis cerita dan lakonlayar seperti "Badjao", "Sergeant Hassan" dan "Cry Freedom" (1959) dan "Death Was a Stranger" (1963).

Selain "Azimat", beliau mengarahkan "Hahariang Bato" (1956) yang dibintangi Cesar Ramirez dan Wallie Sotelo, dan pada tahun 1979 mengarahkan pula filem perang "Pacific Inferno" lakonan Jim Brown dan Richard Jaeckel.

Bayer juga turut membintangi filem Hollywood "No Man Is an Island" (1962) sebagai Schultz dengan bintang utamanya Jeffrey Hunter dan pelakon Filipina, Barbara Perez.

Dalam filem yang diarahkan oleh Richard Goldstone itu, Avellana dan Infante turut berperanan. Avellana sebagai Shimoda dan Infante peranannya, Sus Quitugua.

Pancho Magalona, juga tidak kurang popularnya di Filipina. Beberapa kali membintangi filem keluaran Hollywood yang berlokasikan Filipina, dan berlakon bersama bintang-bintang handalan Hollywood.

Dalam "Cavalry Command" (1968) arahan Eddie Romero bersama John Agar; "Merrill's Marauders" (1962, Samuel Fuller) dengan Jeff Chandler; dan "Hook" (1963, George Seaton) disamping Kirk Douglas mengunakan nama Enrique Magalona.

Selain itu, Pancho membintangi filem berdasarkan karya pejuang Filipina, Jose Rizal, "El Filibusterismo" (1962) bersama Charito Solis dan Teody Belarmino.

Pada tahun 1958, beliau memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik kerana peranannya dalam "Hanggang Sa Dulo Ng Daigdig" yang diarahkan Gerardo De Leon, dan turut dibintangi oleh Ben Perez dan Mona Fernandez.

Tita Duran, mula berlakon filem sejak kecil seperti Sa'adiah, sering berperanan dengan suaminya, Pancho Magalona. Antaranya, "Ang Ating Pang-Ibig" (1953) dan "Sa Isang Halik Mo Pancho" (1954)

Disebabkan “Sergeant Hassan” mencapai kejayaan box office, ditahun yang sama, Estella diberi kepercayaan mengarahkan “Mata Hari” yang dibintangi Ahmad Mahmood, Maria Menado, Aziz Jaafar, Jins Shamsudin, Salleh Kamil dan Omar Rojik.

Bagaimanapun, di box office, "Mata Hari" (ceritanya oleh A.Razak) gagal, tidak sebaik sambutan dan kutipan wang sebagaimana "Sergeant Hassan".

Selepas Avellana, MFP tidak lagi membawa masuk pengarah Filipina, Namun begitu Estella dikekalkan untuk mengarah beberapa filem lagi.

”Saudagar Minyak Urat” (1959) lakonan S.Kadarisman, Normadiah, Saloma dan Aziz Sattar; “Samseng” (1959) dibintangi Jins Shamsudin, Zaiton, Aziz Jaafar dan Rosnani. ”Dupa Chendana” (1964) lakonan Ahmad Mahmood, Sa’adiah, Aziz Jaafar dan Mariani.

“Melanchong Ka-Tokyo” (1964) dibintangi Sa’adiah, Aziz Jaafar dan S.Kadarisman; akhir sekali “Pusaka Pontianak” (1965) dibintangi Ahmad Mahmood, Sa’adiah, Ahmad Daud, Aziz Sattar dan Haji Mahadi.


"BADJAO" (Sumber: Video 48)

"AMERICAN GUERILLA IN THE PHILIPPINES"

"CAVALRY COMMAND"

"DUPA CHENDANA"

"DESPERADO" (Sumber: Video48)

"SURRENDER-HELL!"

"NO MAN IS AN ISLAND"

Di CKF, hanya Estella seorang saja, pengarah Filipina, berjaya menembusi studio tersebut. Banyak juga filem yang diarahkannya.

”Darah Ku” (1963) lakonan Maria Menado, Malek Selamat dan Ghazali Sumantri; “Bunga Tanjong” (1963) dibintangi Maria Menado, Ghazali Sumantri, Siput Serawak dan Ahmad Nisfu; dan “Pontianak Kembali” (1963) lakonan Malek Selamat, Norizan dan Ghazali Sumantri.

Kecenderongan CKF memilih karyawan filem Indonesia berbanding Filipina bermula dengan Raden Mochtar dan Sukarseh yang membintangi “Terang Bulan Di Malaya” (1954) dan diarahkan B.S.Rajhans.

Kemudian, Netty Herawati dalam “Irama Kaseh” (1955) dan Darussalam filem “Saudaraku” (1955), keduanya diarahkan oleh Laurie Friedman, berbangsa Inggeris, juga terkenal sebagai Cameraman.

Dalam “Mutiara Dari Malaya” (1952, Laurie Friedman) didatangkan pula Sri Uniti berganding dengan S.Roomai Noor, Mislia, Dollah Serawak dan M.Amin.

”Selamat Tinggal Kekasehku” arahan L.Krishnan dipadan dari cerita "Devdas" karya Sarat Chandra Chattopadhyay yang telah banyak kali dijadikan filem. Terbaru arahan Sanjay Leela Bhansali dengan lakonan Shah Rukh Khan, Aishwarya Rai dan Madhuri Dixit.

Sri Uniti dipilih membintangi filem ini bersama S.Roomai Noor, Nolly Lim, Dollah Serawak dan M.Amin.

Paling ramai bintang Indonesia berlakon dalam sesebuah filem CKF, “Korban Fitnah” (1959) arahan P.L.Kapur, nama samaran Usmar Ismail. Tiga semuanya - Sukarno M.Noor, A.N.Alcaff dan Abdul Hadi.

Disusuli, “Bayangan Di Waktu Fajar” juga arahan Usmar yang dibintangi Rendra Karno, Norbani Yusof dan Sandy Swandy Hassan. Turut berlakon S.Roomai Noor, Latiffah Omar dan Salim Bachik.

Usmar juga pengarah filem "Lewat Djam Malam" yang dilakonkan oleh A.N.Alcaff, Hetty Herawati dan Dahlia, dan sudah diiktiraf sebagai filem klasik Indonesia tidak ternilai harganya.

Pada tahun 2012, filem tersebut terpilih untuk ditayangkan di Cannes Film Festival pada bulan May dan London Film Festival pada bulan Oktober tahun yang sama.

Disamping Usmar, turut berperanan sebagai pengarah di CKF, J.Cabin Yeo (Chairil Yusof), yang mengarahkan "Pak Pander Modern" (1960) dibintangi oleh S.Roomai Noor, Puteh Lawak, Wahid Satay dan Mat Sentol.

BANYAK MENCIPTA

Di Indonesia, Cabin terkenal dengan filem "Sri Kustina" lakonan Mimi Mariani dan Sukarno M.Noor, tetapi filemnya di CKF dikira gagal diterima sebagai filem yang baik apatah lagi berjaya di box office.

Di Merdeka Studio, cuma seorang pengarah saja, Fred Young, yang mengarahkan "Jauh Di-Mata" (1964) dengan bintang utamanya, Abdullah Chik, Rosmawati dan Sophia Ibrahim.

Banyak juga filem arahan Young di Indonesia yang dianggap menarik dan berjaya.

Antaranya, "Sapu Tangan (1947), "Di Tepi Bengawan Solo" (1949), "Ratapan Ibu" (1950), "Jambatan Merah" (1940), "Chandra Dewi" (1952), "Sangkar Emas" (1952) dan "Bengawan Solo" (1953).

Itulah filem terakhir, penglibatan pembikin (pelakon dan pengarah) filem Indonesia di Malaysia, khususnya Singapura.

Begitu pun juga, pengkarya (pemusik) Indonesia yang tidak sepatutnya ditinggal dan dilupakan, Saiful Bhari (Suria Buana), yang banyak mencipta lagu-lagu filem Indonesia termasuk "Tiga Dara".

Penglibatannya di Malaysia, "Bayangan DiWaktu Fajar", "Jauh Di-Mata" dan "Bumiputra", dan dalam "Jauh Di-Mata" beliau bukan saja menghasilkan lagu dan musik tetapi juga menyanyi, playback singer.

Dengan itu jelaslah sudah, dalam menggemilangkan filem Melayu di Malaysia (Singapura), penglibatan pembikin-pembikin filem Indonesia dan Filipina sangat berperanan besar.

Mereka telah melahirkan banyak filem hebat dan berkualiti, terkeluar dari khayalan ala-Hindustan, antaranya “Sergeant Hassan”, “Azimat”, “Korban Fitnah”, "Bayangan DiWaktu Fajar", “Dupa Chendana” dan “Darah-Ku”.

"Darah-Ku", merupakan satu-satunya filem bercorak sukan (boxing) pernah wujud sebagai filem Melayu di Malaysia. Tanpa Estella, kemungkinan filem genre ini tidak akan pernah ada.


"DARAH-KU"

"BUNGA TANJONG"

"SERGEANT HASSAN"

"TIGA DARA"

"AZIMAT" (Sumber: Video48)

"BAYANGAN DIWAKTU FAJAR"

KESIMPULANNYA___

1. TERANG BULAN DI-MALAYA – Raden Mokhtar/Sukarseh
2. IRAMA KASEH – Hetty Herawati
3. SAUDARAKU – Darussalam
4. SELAMAT TINGGAL KEKASEHKU – Sri Uniti
5. MUTIARA DARI MALAYA – Sri Uniti
6. KORBAN FITNAH
– Sukarno M.Noor/A.N.Alcaff/Abdul Hadi/Usmar Ismail
7. BAYANGAN DIWAKTU FAJAR
– Rendra Karno/Nurbani Jusuf/Sandy Swardy Hassan/Usmar Ismail/Saiful Bhari
8. AZIMAT - Pancho Magalona/Tita Duran/Rolf Bayer
9. TAUFAN - T.C.Santos
10. SERGEANT HASSAN - Lambaerto V.Avellana
11. ELEPHANT GIRL (GADIS LIAR)
- Paraluman/Teody Belarmino/Eddie Infante
12. BADJAO (BADJAU, ANAK LAUT)
- Rosa Rosal/Tony Santos/Lamberto V.Avellana
13. PAK PANDER MODERN - J.Cabin Yeo
14. JAUH DI-MATA - Fred Young/Saiful Bhari
15. BUMIPUTRA - Saiful Bhari
# Ramon A.Estella -
16. KEMBALI SAORANG
17. MATA HARI
18. ANAK PONTIANAK
19. SAUDAGAR MINYAK URAT
20. SAMSENG
21. DUPA CHENDANA
22. MELANCHONG KA-TOKYO
23. PUSAKA PONTIANAK
24. BUNGA TANJONG
25. DARAH-KU
26. PONTIANAK KEMBALI


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA

SALOMA

DEEPIKA PADUKONE

UTUSAN RADIO & TV

VICTOR MATURE

R.AZMI

LATIFAH OMAR





KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 mukasurat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P.Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun disebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P.Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar negara untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya
- KAKAK TUA.