"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Wednesday, March 21, 2018


ANNIE JASMIN (1927-1988)

Teks: Mustafar A.R. Aidalina Mustafar & Zaini Yusop
Penulis Tamu: Mohd.Danial Abd.Aziz
Foto: Daripada Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop


<< PERHATIAN >>
MENCIPLAK APA SAHAJA ARTIKEL TERDAPAT DALAM
BLOG INI SANGAT DIALU-ALUKAN. NAMUN UNTUK
MENGHORMATI SUSAH PAYAH KAMI MENGHASILKANNYA
DIHARAP PENCIPLAK MENCATATKAN FILEM KLASIK
SEBAGAI SUMBER IANYA DICIPLAK - MUSTAFAR A.R.


ANNIE JASMIN

Bersama Aziz Sattar, P.Ramlee dan S.Shamsuddin dalam
"Pendekar Bujang Lapok" arahan P.Ramlee.

Bersama Wahid Satay dalam
"Masok Angin Keluar Asap" arahan Hussain Haniff.




Annie Jasmin Di Kala Masih Muda.

<< BIODATA ANNIE JASMIN >>

Annie (Anne/Anie/Ani) Jasmin
Nama asal: Aini binti Jasmin
Lahir: 1927 (tarikh tepat tidak pasti)
Tempat: Jakarta, Indonesia
Meninggal dunia: 29 Jun 1988 (61 tahun)
Tempat: Blok 109, Aljunied Crescent, Singapura
Pusara: Tanah Perkuburan Pusara Aman, Singapura





ANNIE JASMIN YANG BANYAK JASANYA
Oleh Pak Mus



Satu lagi artikel menarik Pak Mus terima melalui e-mel daripada Mohd.Danial Abd.Aziz. Kali ini mengenai Annie Jasmin, seniwati popular yang sering berlakon di Malay Film Productions dan Cathay Keris Film, tidak pernah di Studio Merdeka.
Dalam keadaan kesehatan Pak Mus masih tidak menentu, pemberian artikel tersebut sangat dialu-alukan bagi menentukan FK terus bernyawa supaya ia dapat memberi info dan fakta (seboleh-bolehnya tepat) khusus tentang filem-filem Melayu lama (klasik) serta pelaksanaannya.
Pak Mus merasakan ramai masih tidak tahu (dalam kegelapan) siapa Annie terutama dikalangan generasi yang lahir selepas Malaya Merdeka, 31 Ogos 1957, atau sesudah pemergian P.Ramlee,
29 Mei 1973.
Ini kali kedua Danial memberi sumbangan, pertama artikel Ahmad Nisfu Kliks Di Sini
Kepada sesiapa mempunyai bakat menulis, tulislah apa sahaja mengenai filem-filem lama tidak kisahlah dalam atau luar negara, kemudian hantar ke FK. Jika sesuai akan Pak Mus siarkan. Kalau ia sesuatu yang hebat, honorarium berupa RM akan diberikan. Jumlah ditentukan kemudian.
Dalam filem, Annie tidak begitu menyerlah. Dia cuma side kick (pelakon pembantu dan tambahan sahaja) berkomedi sebagai isteri, ibu, orang gaji, dayang istana dan diawal-awal
kemunculannya, penari.
Banyak juga filem yang dibintanginya. Daripada sebanyak itu, Pak Mus cuma tertarik hanya tiga filem - "Sergeant Hassan", "Pendekar Bujang Lapok" dan "Antara Dua Darjat", kesemuanya
melibatkan P.Ramlee.
"Sergeant Hassan" - dia sering bersimpati dan mempertahankan P.Ramlee apabila dibuli oleh Jins Shamsudin.
"Pendekar Bujang Lapok" - juga bersimpati dengan P.Ramlee kali ini disertai Aziz Sattar dan S.Shamsuddin termasuk dia membaca surat Rose Yatimah.
"Antara Dua Darjat" - sebagai orang gaji (Putih) dalam ketakutan apabila kucing dia sangka hantu bulu. Ketika P.Ramlee muncul di Anggerik Villa mencari Sa'adiah dianggapnya hantu sebenar.
Peranannnya dalam "Gila Talak" dan "Masok Angin Keluar Asap", keduanya arahan Hussain Haniff, Pak Mus tidak suka, lakonannya terlalu mengada-ngada.
Agaknya, kalau Hussain masih hidup pasti Pak Mus kena tempeleng macam Aimi Jarr kerana mengkritik Fatimah Ahmad
dan filem arahannya.
Hanya seorang saingan Annie dalam membawa karekter yang disebutkan dan mempunyai fisikal gemuk atau gempal (Wahid Satay kata, Ani Buntal) - Siti Tg. Perak. Bagaimanapun,
ada sedikit perbezaan.
Siti, ada berperanan ibu (emak) yang garang tetapi sepanjang Pak Mus tahu Annie tidak pernah. Wajahnya yang cool tidak boleh digarangkan. Siti all rounder, contoh paling klasik, "Merana" dan "Rumah Itu Dunia Aku" di mana (dalam dua filem tersebut) Latiffah Omar menjadi mangsa kegarangannya.
Sungguhpun, peranannya terpinggir namun Annie turut sama mewarnai suka duka filem Malaysia (termasuk Singapura) dan tidak patut dilupakan sebagaimana juga Siti, Mak Dara, Hafsah,
Sa'amah dan Minah Yem.
Al-Fatihah untuk Annie, dan yang sama dengannya.





Tawaran istimewa bermula dari 12/4/2017 hingga 12/4/2018.

Kini, diterbitkan sebulan sekali tidak dua minggu sekali.

Dalam proses penyelenggaraan.

Dalam proses penyelenggaraan.


12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___

(SETAKAT 21 Mac 2018)
* SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 203,671
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 197,150
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 193,916
* SELAMAT PENGANTIN BARU 73,314
* FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 31,253




Keratan akhbar Berita Harian keluaran 11 September 1983 yang menceritakan kesempitan hidup Annie Jasmin.

Anni Jasmin turut berlakon bersama Jins Shamsudin, Zaiton dan Rosnani dalam "Kacha Permata" yang diarahkan oleh Jamil Sulong.

Annie Jasmin (dua dari kanan) dalam "Pulau Mutiara" arahan S.Ramanathan yang turut dibintangi Maria Menado, Osman Gumanti dan Siti Rohani, kelihatan ditengah-tengah.


TERPINGGIR TETAPI ANNIE JASMIN
TIDAK PATUT DILUPAKAN
Oleh Mohd.Danial Abd.Aziz



Pasti ramai di antara kita yang tertawa apabila melihat gelagat Annie Jasmin di dalam filem-filem arahan P.Ramlee. Siapa yang tidak ingat babak tiga Bujang Lapok yang tidak tahu membaca meminta tolong orang gaji Pendekar Mustar untuk membacakan surat dan mempunyai kekasih, Abang Brahim yang boleh bergerak di dalam bingkai gambar di dalam "Pendekar Bujang Lapok".
Aini binti Jasmin dilahirkan di Jakarta, Indonesia pada tahun 1927. Sejak umur belasan tahun lagi beliau terlibat dengan pentas bangsawan di Indonesia sebagai penari, penyanyi dan pelakon.
Pada penghujung tahun 1947, Shaw Brothers telah membuka studio di Singapura dan peluang pekerjaan terbukalah kepada semua tenaga seni. Maka ramailah yang cuba mengambil kesempatan ini, termasuk penggiat seni dari seberang. Annie Jasmin salah seorang daripada mereka. Beliau memulakan karier lakonannya sebagai pelakon tambahan dan penari.
Nama Annie Jasmin memang tidak asing lagi kepada penggemar filem-filem Melayu. Sebut sahaja namanya, pasti terbayang akan susuk tubuhnya yang gempal dan comel itu. Oleh kerana badannya begitu gempal dan wajahnya lucu,
Annie Jasmin lebih sesuai diberi peranan sebagai orang gaji dan dayang istana. Watak lawak bersahaja yang dibawa oleh Annie Jasmin akhirnya menjadikan beliau sebagai salah seorang pelakon lawak yang terkenal di hujung tahun 1950an dan 1960an.
Annie Jasmin boleh dianggap salah seorang pelakon paling produktif pada era itu. Beliau merupakan seorang pelakon bebas yang tidak terikat dengan mana-mana studio. Maka peluangnya untuk berlakon semakin luas.
Menurut satu laporan akhbar, Annie Jasmin tidak tahu bahawa dirinya mempunyai bakat sebagai pelawak. Beliau hanya mengikut apa sahaja yang diarahkan oleh pengarah filem yang dilakonkannya. Ada kalanya beliau mengolah sendiri cara lakonannya dan pengarah suka akan hal itu.
Setelah perusahaan filem Melayu di Singapura terhenti pada tahun 1973, Annie Jasmin menghadapi kesukaran untuk meneruskan kehidupannya. Dengan usianya yang semakin lanjut, peluang pekerjaan untuk dirinya agak terhad. Pernah suatu ketika, beliau dikhabarkan bekerja di sebuah kilang membuat sabun.
Annie Jasmin tinggal di sebuah bilik yang terletak di Aljunied Crescent bersama seorang anaknya yang bernama Suriati Bakar. Kesihatan beliau semakin menurun apabila disahkan menghidap penyakit kencing manis.
Annie Jasmin menghabiskan sisa-sisa hidup beliau dalam kesempitan. Beliau hanya bergantung kepada wang bantuan jabatan kebajikan masyarakat yang berjumlah $80 sebulan. Dengan wang itulah beliau gunakan untuk membayar sewa bilik dan perbelanjaan sekolah anaknya.
Untuk menambahkan pendapatan, Annie Jasmin bersama anaknya mengambil upah mencuci pakaian di rumah-rumah orang. Pernah satu ketika beliau perlu ke hospital setiap hari untuk mendapatkan rawatan. Annie Jasmin terpaksa merayu kepada doktor yang merawatnya untuk mengurangkan bayaran yang dikenakan.
Annie Jasmin meninggal dunia pada 29 Jun 1988. Menurut anaknya, beliau dibawa pulang sehari sebelumnya setelah sebulan dirawat di Hospital Besar Singapura akibat tercedera kerana terkena air panas.





Pendekar Bujang Lapok (Sumber: Akses Movie HD)


Sergeant Hassan (Sumber: Kolya Kunikova)


Antara Dua Darjat (Sumber: Kolya Kunikova)


Dang Anom (Sumber: filem klasik)

Raden Mochtar & Sukarsih, "Terang Bulan Di Malaya"



ANNIE JASMIN PERNAH BERLAKON
DISAMPING RADEN MOCHTAR
Oleh Zaini Yusop



Banyak juga filem yang dibintangi Annie Jasmin, mengalahkan P.Ramlee yang cuma berlakon dalam 66 filem sedangkan Annie 82 kesemuannya mungkin melebihi daripada itu kerana ada filem tidak tercatat namanya di credit title.
Boleh dikatakan, kesemua pengarah yang pernah mengarah filem di Malay Film Productions dan Cathay Keris Film sering mengambilnya berlakon. Antaranya B.S. Rajhans, P.Ramlee, L.Krishnan, Lamberto V.Avellana, Ramon A.Estella, Jamil Sulong, M.Amin, Hussain Haniff dan Omar Rojik,
Annie juga pernah berlakon dalam filem keluaran Italy, "World By Night", pada 1961. Peranannya sebagai ibu ayam, perempuan yang makan hasil pelacuran.
Annie juga telah memperlihatkan lakonan yang cukup sempurna dalam "Sergeant Hassan" yang merupakan filem pertama dan terakhir di Malaysia (Singapura) yang diarahkan oleh pengarah Filipina tersohor, Lamberto V.Avellana.
Peranan Annie dalam dua filem arahan P.Ramlee, "Pendekar Bujang Lapok" dan "Antara Dua Darjat", juga mencuit hati.
Selain itu, Annie pernah berlakon dengan seniman Indonesia, Raden Mchtar dan isterinya, Sukarsih, dalam "Terang Bulan Di Malaya" pada 1954, dan filem box office, "Pontianak" yang dibintangi oleh Maria Menado, Mustapha Maarof dan Salmah Ahmad pada 1957.

<< FILEMOGRAFI ANNIE JASMIN >>

1. Kembar (1950)
2. Dewi Murni (1950)
3. Aloha (1950)
4. Pembalasan (1950)
5. Sejoli (1951)
6. Bapa Saya (1951)
7. Berdosa (1951)
8. Juwita (1951)
9. Penghidopan (1951)
10. Jiwa Lara (1952)
11. Tas Tangan Wanita (1952)
12. Aladdin (1952)
13. Anjoran Nasib (1952)
14. Miskin (1952)
15. Permata Di-Perlimbahan (1952)
16. Sedarah (1952)
17. Yatim Piatu (1952)
18. Patah Hati (1952)
19. Ibu (1953)
20. Hati Iblis (1953)
21. Putus Harapan (1953)
22. Terang Bulan Di Malaya (1954)
23. Ribut (1954)
24, Penarek Becha (1955)
25. Roh Membela (1955)
26. Pontianak (1957)
27. Sergeant Hassan (1958)
28 .Kaki Kuda (1958)
29. Saudagar Minyak Urat (1959)
30. Pendekar Bujang Lapok (1959)
31. Batu Belah Batu Bertangkup (1959)
32. Bawang Puteh Bawang Merah (1959)
33. Raja Laksamana Bintan (1959)
34. Che Mamat Parang Tumpol (1960)
35. Megat Terawis (1960)
36. Antara Dua Darjat (1960)
37. Sumpah Wanita (1960)
38. Hantu Rimau (1960)
39. Pak Pandir Modern (1960)
40. Gado-Gado (1961)
50. Jalak Lenteng (1961)
51. Seniman Bujang Lapok (1961)
52. Badang (1962)
53. Dang Anom (1962)
54. Chelorong Cheloreng (1962)
55. Singapita Di Langgar Todak (1962)
56. Korban Kaseh (1962)
57. Gerhana (1962)
58. Mabok Kepayang (1962)
59. Siti Muslihat (1962)
60. Mata Shaitan (1962)
62. Masok Angin Keluar Asap (1963)
62. Gila Talak (1963)
63. Rumah Itu Dunia Aku (1963)
64. Pileh Menantu (1963)
65. Ayer Mata Duyung (1964)
66. Siapa Besar (1964)
67. Panglima Besi (1964)
68. Wan Perkasa (1964)
69. Ikan Emas (1965)
70. Chinta Kaseh Sayang (1965)
71. Jiran Sekampong (1965)
72. Kaseh Ibu (1965)
73, Mata Dan Hati (1965)
74. Muda Mudi (1965)
75. Aksi Kuching (1966)
76. Anak Dara (1966)
77. Kacha Permata (1966)
78. Dahaga (1966)
79. Dosa Wanita (1967)
80. Mat Lanon (1968)
81. Sial Wanita (1969)
82, Satu Titek Di Garisan (1972)

(# Sumber: Dari Catatan Mohd.Danial Abd.Aziz)




"Kembar", filem pertama Annie Jasmin
(Sumber: Njendra 01)



FAKTA & INFO MENARIK ANNIE JASMIN
Susunan Aidalina Mustafar



* Filem pertama Annie Jasmin ialah "Kembar" pada 1951 diarahkan S.Ramanathan, dan merupakan gandingan pertama dan terakhir M.Amin dan Mariam - hero dan heroine. Peranannya sebagai penari. Filem ini juga dilakonkan D.Harris dan Jaffar Wiryo

* Annie bersama pelakon yang tidak dikenali ketika berlakon dalam filem Italy, "World By Night 2", yang dibuat penggambarannya
di Singapura pada 1961. Di tengah, Elaine Edley.

* Elaine bersama Annie dalam "World By Night 2", berperanan Puteri Gunong Ledang dalam "Puteri Gunong Ledang" arahan S.Roomai Noor pada 1961. Filem tersebut sepatutnya diarahkan L.Krishnan tetapi apabila beliau ke Kuala Lumpur dari Cathay Keris Film, Roomai mengambilalih. Di Merdeka Studio Krishnan mengarahkan "Tun Tijah", dibintangi Salmah Ahmad, Abdullah Chik dan
Mustapha Maarof.

* Annie (kanan) sering diundang berlakon dalam beberapa drama TV di Singapura. Salah satu antaranya Sandiwara Malam Ini yang turut dibintangi Zainon Ismail.

* Iklan di akhbar Syonan Shimbun pada 4 Ogos 1943 ini memaparkan Annie turut menyertai pertunjukan pentas Kroncong & Extra Nights di New World Stadium, Singapura. Diadakan pada 6 & 7 Ogos 1943, antara bersamanya A.Rahman, M.Yatim, Jasni, Julia dan Tijah.

* Apabila "Masok Angin Keluar Asap" membuat keuntungan, pengarah Hussain Haniff memilemkan sambungan (sequel), "Gila Talak", dengan pelakon dan watak yang sama, Wahid Satay, Fatimah Ahmad, Yusof Latiff, Dollah Sarawak, Siti Tg. Perak, Umi Kalthom dan Annie Jasmin.


# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?




9 comments:

  1. Kalau di Bollywood, India, dunia hiburan Annie Jasman samalah dengan artis komedinya berbadan gempal yang sering menjadi "comedy sidekick", yaitu Tun Tun (Uma Devi Khatri). Annie Jasmin (1927-1988) & Tun Tun (1923-2003) boleh dikatakan seangkatan kerana hidup sezaman. Selain berlakon, kedua-duanya juga boleh bernyanyi: Tun Tun sebagai playback-singer sebelum Lata Mangeshkar dll. manakala Annie Jasmin menyanyikan lagu-lagu komedi untuk dirinya dalam filem. Nasib Tun Tun jauh lebih bertuah kerana penghujung hidupnya dalam keadaan yang lebih termampu sedangkan Annie Jasmin sekadar kais pagi makan pagi dalam suasana tempat tinggal flat sewa di kawasan perumahan Aljunied Crescent yang rata-rata didiami golongan berpendapatan rendah. Mari kita doakan semoga Annie Jasmin hidup yang terbaik dengan Ikhsan & Rahmat Allah di Jannah. Aamiin!
    - Nonama

    ReplyDelete
  2. Saya sangat setuju dengan Puan Zaini lakonan Annie Jasmin dalam "Sergeant Hassan" cukup sempurna terutama ketika dia berdepan dengan Leng Hussein, P.Ramlee dan Sa'adiah - Hasbulah Hashim, Port Dickson, N9.

    ReplyDelete
  3. Seorang lagi pelakon filem <<< plus size >>> yang boleh disamakan dengan Annie Jasmin & Tun Tun ialah Lydia Sum Tim Har (21.7.1945-19.2.2008) dari Hong Kong. Lydia juga banyak muncul dalam pelbagai filem Cina (kebanyakannya Kantonis) memegang watak ekstra & adakalanya penting, walaupun bukan peranan heroin memandang fizik & perwatakannya yang komedi. Selain berlakon, bakat Lydia amat menonjol sebagai pengacara & penyanyi dalam genre Cantopop. Namun, nasib Lydia jauh lebih glamor & kaya-raya daripada Tun Tun dan tentu sekali berlipat ganda daripada Annie Jasmin yang hidup melarat & papa. Mungkin kerana keadaan rupa & bentuk tubuh serta kedudukan ekonominya yang terhimpit, tiada calon di kalangan kerabat diraja, golongan berada, para usahawan & cendakiawan yang berminat memperisterikan seorang insan yang bernama Annie Jasmin. Kaum wanita glamor kita hari ini, khususnya selebriti, lebih bernasib baik & terbela kerana sentiasa mendapat perhatian dari kalangan istana & ahli perniagaan berjaya. Bersyukurlah.
    - NONAMA

    ReplyDelete
  4. Tahniah atas artikel ini Tuan Mustafar. Saya tambah 2 lagi filem Aini Jasmin yang tiada di dalam senarai di atas :
    1. Insaf
    2. Mambang Modern

    Terima kasih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Dzulkifli.
      Tambahan filem akan diupdate.

      Delete
  5. Assalamualaikum Pak Mus. Rasa rasanya yg dibuli oleh Ahmad Nisfu adalah Mariam Baharom. Annie Jasmin sebagai orang gaji Tengku Mukhriz sewaktu mereka berpindah ke Villa Anggerik di awal cerita. Maaf kalau saya tersilap.
    -Khairul (Singapura)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar Khairul. Ahmad Nisfu buli Mariam bukannya Annie Jasmin. Sebagai manusia biasa kadang-kadang Pak Mus tersasul juga. Pembetulan fakta sudah dilakukan. Terima kasih.

      Delete
    2. Saya ingin membuat teguran penggunaan nama film star kita. Kenapa gunakan nama Mariam Baharom sedangkan sejak dia mula berlakon namanya sentiasa Mariam, mana ada Baharom. Bukankah ini boleh mengelirukan? Demikian juga Rosnani, Sarimah dan Momo, tidak patut menggunakan Rosnani Jamil, Sarimah Ahmad dan Momo Latiff. Perkara kecil tetapi besar maknanya - Syed Hashim, K.Pilah, N9.

      Delete
  6. Masih adakah waris aini jasmin?

    ReplyDelete