TRIBUTE... BAHYAH MAHMOOD (30/10/1941–20/6/2017) Sempena Genap Setahun Pemergian Bahyah Mahmood. Update: 20/6/2018

SPM * Tribute...Bahyah Mahmood 1 * Tribute...Bahyah Mahmood 2 * Tribute...Bahyah Mahmood 3 * Tribute...Bahyah Mahmood 4
(Sumber: beritanasionalrtm rasmi * mustafar a.r.)

Wednesday, June 20, 2018


PILIHAN RAYA UMUM KE-14 (PRU14)

BERAPA RAMAI SELEBRITI JADI WAKIL RAKYAT?

Teks -> Pak Mus -> Muszaili -> Aidalina -> Zaini
Foto -> Dipetik Daripada Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun -> Mustafar -> Zaini

<<< PERHATIAN >>>
"MENCIPLAK APA SAHAJA ARTIKEL TERDAPAT DALAM
BLOG INI SANGAT DIALU-ALUKAN. NAMUN UNTUK
MENGHORMATI SUSAH PAYAH MENGHASILKANNYA
DIHARAP PENCIPLAK MENCATATKAN FILEM KLASIK
SEBAGAI SUMBER IANYA DICIPLAK" - MUSTAFAR A.R.

-> # UPDATE 2 JULAI 2018


AISHAH

DAYANGKU INTAN

HERMAN TINO


BERAPA RAMAI SELEBRITI
JADI WAKIL RAKYAT?
Oleh Pak Mus



Sejak PRU11 (27 Julai 1955) berapa ramai selebriti (artis) Malaysia terutama pelakon dan penyanyi dicalon dan dipilih jadi wakil rakyat baik Ahli Parlimen (MP) mahu pun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Sepanjang Pak Mus tahu, tidak ada. Pastinya ia sangat mendukacitakan.
Bicara kali ini, Pak Mus mahu tumpukan MP sahaja, ADUN diketepikan dahulu.
Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin (Aishah) mewakili PAS pernah bertanding MP Jempol (Negeri Sembilan) pada PRU13 tetapi dikalahkan oleh Isa Samad. Dalam pertandingan tersebut, Aishah dapat 22,495 undi manakala Isa Samad (BN)
memperolehi 31,109 undi.
Pelakon dan penyanyi Tengku Intan Tengku Abdul Hamid (Dayangku Intan) bertanding di PRU13 bagi MP Pengerang (Johor) mewakili PKR, namun gagal ditangan Azalina Othman. Dayangku Intan mendapat hanya 4,484 undi jauh ketinggalan apabila Azalina Othman memdapat 26,992 undi.
Anehnya, mereka berdua sahaja (wanita) pernah bertanding kerusi MP (perbetulkan Pak Mus sekiranya terlepas pandang) dan menentang dua tokoh BN/UMNO yang cukup popular, dan berjawatan Menteri pula.
Herman Tino turut bertanding dalam PRU13, namun cara yang dilakukannya tidak benar-benar mengintegritikan seseorang selebriti (artis) malah lebih kepada ketidakpuasan hati.
Kemarahannya kerana kawannya terpinggir (apa yang dianggapnya sebagai 'satu kapal dua nakhoda') sebab itu beliau mengambil keputusan jadicalon MP bebas bertanding menentang Noh Omar di kerusi Tanjong Karang (Selangor).
Herman Tino kalah teruk, hanya mendapat 340 undi (hilang wang deposit) manakala Noh Omar memperolehi 20,548 undi (BN) dan Rashdi Deraman mewakili PAS dapat 16,154 undi.
Bagaimana pula PRU14. Ramaikah dikalangan selebriti (artis) dicalonkan menjadi wakil rakyat (MP) oleh PH, BN mahu pun PAS.
Apabila Pak Mus teliti senarai nama-nama calon, selepas penamaan calon 28 April 2018, ternyata tidak ada seorang pun dikalangan mereka dicalonkan.
Kenapa ya? Ada sesiapa boleh beritahu apakah sebabnya.




RONALD REAGAN (USA)

DONALD TRUMP (USA)

JOSEPH ESTRADA (PHILIPPINES)

KUKRIT PRAMOJ (THAILAND)


RONALD REAGAN SELEBRITI PALING
BERJAYA DALAM POLITIK
Oleh Zaini Yusop



-> RONALD REAGAN
Kejayaan besar seseorang selebriti menerajui sesebuah negara, Ronald Reagan, Presiden Amerika Syarikat Ke-40 bertugas mulai 1981 sampai 1989, sebelum itu beliau pernah dilantik sebagai Gabenor California Ke-33 (1967-1975).
Reagan banyak membintangi filem antaranya "Santa Fe Trail", "Kings Row", "Hong Kong", "Tropic Zone" dan
"Cattle Queen of Montana".
Reagan lahir di Tampico, Illinois, Amerika Syarikat 6 Februari 1911, meninggal dunia 5 Jun 2004 di Bel Air, Los Angeles, California, ketika berusia 93 tahun.
-> DONALD TRUMP
Donald Trump dilahirkan di Queens, New York City pada 14 Jun 1946 Presiden Amerika Syarikat ke-45, telah memegang jawatan tersebut sejak 20 Januari 2017.
Sebelum memasuki politik, beliau seorang ahli perniagaan dan personaliti televisyen.
Donald Trump memperolehi ijazah ekonomi dari Universiti Sekolah Wharton di Pennsylvania.
Beliau juga mendapat perhatian dalam media dan hiburan, dan penulis bersama beberapa buku, termasuk "The Art of the Deal".
Sebagai penganjur Miss Universe dan Miss USA (1996-2015) dan pengeluar serta jadi hos pertunjukan permainan televisyen realiti "The Apprentice" (2003-2015).
Mengikut kajian majalah Forbes (Mac 2018), Trump berada dikedudukan ke-766 terkaya di dunia dengan pendapatan
bernilai AS$ 3.1 bilion.
-> JOSEPH ESTRADA
Joseph Estrada (nama sebenarnya José Marcelo Ejército Sr.) lahir 9 April 1937, seorang ahli politik Filipina dan bekas pelakon yang berkhidmat sebagai Presiden ke-13 Filipina (1998- 2001) dan sebagai Naib Presiden ke-9 Filipina (1992-1998).
Estrada jadi Datuk Bandar Manila sejak 2013, dan sangat popular sebagai pelakon filem, memainkan peranan utama lebih seratus filem dalam kerjaya merangkumi beberapa dekad, dan pernah jadi model fesyen yang dimulakannya ketika berumur 13 tahun.
Dia menggunakan popularitinya sebagai pelakon untuk membuat keuntungan dalam politik, berkhidmat sebagai Datuk Bandar San Juan (1969-1986), sebagai Senator (1987-1992), kemudian sebagai Naib Presiden di bawah Presiden Fidel V.Ramos (1992-1998).
Antara filem-filem lakonannya; Kandilang Bakal (1956), Sampung Libong Pisong Pag-Ibig (1957) Batas ng Puso (1958) Sumpa at Pangako (1959) Cuatro Cantos (1960) Sa Baril Mag-Uusap (1961)
Asiong Salonga (1961) Tondo Boy (1962) Blood Compact (1972) Panic (1973) Ransom (1974) Manila Connection (1974) Warrant of Arrest (1979) Order to Kill (1985).
-> KUKRIT PRAMOJ
Kukrit Pramoj (lahir 20 April 1911) anak seorang Putera Thailand. Beliau mendapat pelajaran di Universiti Oxford, England dan begitu aktif dalam politik selepas Perang Dunia Ke-2. Pramoj pernah bekerja sebagai wartawan dan jurubank. Dalam ketenteraan belaiu memerintah Thailand beberapa dekad.
Beliau membintangi filem "The Ugly American" (1963) disamping Marlon Brando. Peranannya Perdana Menteri Kwen Sai disebuah negara (fiksyen) di Asia.
Sepuluh tahun kemudian, Pramoj (bukan fiksyen) menjadi Perdana Menteri Thailand, berkhidmat sejak Mac 1975 hingga April 1976.
Saudara lelakinya, Seni Pramoj, juga memegang jawatan Perdana Menteri beberapa kali di tahun-tahun 1970an.
Pramoj kekal sebagai peneraju (tokoh) dalam politik Thailand sehingga kematiannya 9 Oktober 1995.


Marissa Haque, M.G. Ramachandran & Vilma Santos

Amitabh Bachachan, Gina Lollobrigida & Rano Karno

LAIN-LAIN SELEBRITI TERLIBAT DALAM POLITIK ANTARANYA;

-> HOLLYWOOD
Arnold Schwarzenegger
Clint Eastwood
John Gavin
Shirley Temple
Gina Lollobrigida
Glenda Jackson
-> INDIA
M.G. Ramachandran
Amitabh Bachchan
Shabana Azmi
Rajesh Khanna
Sunil Dutt
Vinod Khanna
Dharmendra
Dara Singh
Govinda
Gul Panag
Hema Malini
Jaya Bachchan
-> FILIPINA
Fernando Poe Jr.
Nora Aunor
Vilma Santos
-> INDONESIA
Marissa Haque
Rano Karno
Nurul Arifin
Dessy Ratnasari
Rachel Maryam
Rieke Diah Pitaloka





Tawaran mulai 12/4/2018 hingga 12/4/2019.

Kini diterbitkan sebulan sekali tidak dua minggu sekali.

Dalam proses penyelenggaraan.

Dalam proses penyelenggaraan.


12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

# ULASAN & KRITIKAN
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA * GELORA * SHANE
* PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* BATTLE HYMN * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA
# 5 ARTIKEL POPULAR
(Setakat 2 Julai 2018)
* SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 207,991
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 197,653
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 196,363
* SELAMAT PENGANTIN BARU 74,689
* FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 31,850











MAHATHIR MOHAMAD
PERDANA MENTERI

WAN AZIZAH WAN ISMAIL
TIMBALAN PERDANA MENTERI

MUHYIDDIN YASSIN
MENTERI DALAM NEGARA

LIM GUAN ENG
MENTERI KEWANGAN

MAHAMAD SABU
MENTERI PERTAHANAN

MASZLEE MALIK
MENTERI PENDIDIKAN

GOVIND SINGH DOE
MENTERI KOMUNIKASI & MULTIMEDIA

MOHAMED AZMIN ALI
MENTERI HAL EHWAL EKONOMI

WAN AZIZAH WAN ISMAIL
MENTERI HAL EHWAL WANITA & KEBAJIKAN

ZURAIDAH KAMARUDDIN
MENTERI PERUMAHAN & KERAJAAN TEMPATAN

RINA HARUN
MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR


SALAHUDDIN AYUB
MENTERI PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI

ANTHONY LOKE
MENTERI PENGANGKUTAN

DZULKEFLY AHMAD
MENTERI KESIHATAN

M. KULASEGARAN
MENTERI TENAGA MANUSIA

Saifuddin Abdullah
(Menteri Luar Negara)

Redzuan Yusof
(Menteri Pembangunan Usahawan)

Xavier Jayakumar
(Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli)

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
(Menteri Belia dan Sukan)

Baru Bian
(Menteri Kerja Raya)

Teresa Kok
(Menteri Industri Utama)

Saifuddin Nasution
(Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna)

Mujahid Yusof Rawa
(Menteri Jabatan Perdana Menteri - Agama)

Khalid Samad
(Menteri Wilayah Persekutuan)

Liew Vui Keong
(Menteri Jabatan Perdana Menteri - Undang-Undang)

Darell Leiking
(Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri)

Mohamad Din Ketapi
(Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya)

Yeo Bee Yin
(Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan
Iklim dan Alam Sekitar)

BAKAL DILANTIK MENTERI
SIAPA DIA?

BAKAL DILANTIK MENTERI
SIAPA DIA?

BAKAL DILANTIK MENTERI
SIAPA DIA?

-> TIMBALAN MENTERI

Hanipa Maidin
(Jabatan Perdana Menteri - Undang-Undang)
Farid Rafik
(Jabatan Perdana Menteri - Perpaduan
Negara dan Kesejahteraan Sosial)

Amiruddin Hamzah
(Kewangan)
Aziz Jamman
(Dalam Negara)
Hannah Yeoh
(Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

Teo Nie Ching
(Pendidikan)
R. Sivarasa
(Pembangunan Luar Bandar)
Anuar Tahir
(Kerja Raya)

Shamsul Iskandar Akin
(Industri Utama)
Tengku Zulpuri Shah
(Air, Tanah dan Sumber Asli)
Fuziah Salleh
(Jabatan Perdana Menteri - Agama)

Kamarudin Jaffar
(Pengangkutan)
Eddin Syazlee Shith
(Komunikasi dan Multimedia)
Mahfuz Omar
(Sumber Manusia)

Sim Tze Tzin
(Pertanian dan Industri Asas Tani)
Lee Boon Chye
(Kesihatan)
Shahruddin Salleh
(Wilayah Persekutuan)

Muhammad Bakhtiar Wan Chik
(Pelancongan, Seni dan Budaya)
Isnaraissah Munirah Majlilis
(Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim
dan Alam Sekitar)
Steven Sim
(Belia dan Sukan)

Ong Kian Ming
(Perdagangan Antarabangsa dan Industri)
Chong Chieng Jen
(Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna)
Hatta Ramli
(Pembangunan Usahawan)



MENTERI KABINET MAHATHIR MOHAMAD
HANYA 30 ORANG SAHAJA?
Oleh Muszaili Mustafar



Setakat ini (20 Jun 2018), Menteri Kabinet Malaysia belum cukup, belum penuh. Tidak dapat dipastikan bila Mahathir Mohamad akan membuat pengumuman lengkap Menteri-Menteri yang akan menerajui Kerajaan PH di Putrajaya sepanjang 2018 hingga pertengahan 2023, tetapi, menurut sumber, besar kemungkinan 16 Julai 2018.
Fasa Satu, Mahathir melantik 3 menteri kanan, Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu, selain Mahathir sendiri sebagai Perdana Menteri dan Wan Azizah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Wanita & Kebajikan.
Kemudian (Fasa 2) 10 lagi dilantik yang mana jumlahnya 13.
Mahathir berkata, Menteri Kabinet di bawah Pakatan Harapan (PH) dijangka hanya mempunyai 25 menteri, sekiranya ada penambahan sekali pun terutamanya wakil-wakil Sabah dan Sarawak, kabinet mungkin ditambah namun tidak melebihi 30 Menteri.
Jumlah Kabinet di bawah pentadbiran Najib Razak sebelum ini memiliki 35 Menteri.
Kini sudah ada 15 Menteri (14 Kementerian). Jika 30 Menteri ditetapkan, ertinya tinggal hanya 15 Menteri sahaja lagi.
Siapakah mereka yang bakal dilantik?
Sebelum perlantikan sebenar dibuat (Fasa 3), elok rasanya
kita berteka-teki.
Ramai yang mebuat andaian, Syed Saddiq Abdul Rahman dijangka menyertai Kabinet sebagai Menteri Belia & Sukan, namun ramai pula berpendapat beliau terlalu muda. Paling layak Nik Nazmi Nik Ahmad.
Tony Pua paling banyak menerima undi di Damansara, 121,283, mungkin layak masuk kabinet Tetapi ke kementerian mana
beliau akan pergi.
Mujahid Yusof Rawa, juga bakal dilantik, menggantikan tempat Jamil Khir sebagai Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri (JPM), namun menurut kata Mujahid beliau lebih berminat Kementerian Luar Negeri sebelumnya disandang oleh Anifah Aman.
Ada ramalan tiga wanita DAP akan masuk Kabinet, Teresa Kok (Seputeh), Hannah Yeoh (Segambut) dan Yeo Bee Yin (Bakri). Tidak pasti samada seorang atau ketiga-tiganya sekali.
Saifuddin Nasution dan Saifuddin Abdullah, kedua-duanya dari PKR turut menyertai Kabinet. Saifuddin Abdullah dikatakan memegang Kementerian Pengajian Tinggi, namun Saifuddin Nasution tidak pasti ke mana beliau akan berada.
Dari Sabah Darrel Leiking dan Baru Bian mewakili Sarawak dijangka turut menyertai Kabinet.
Selain itu, Shamsul Iskandar Akin (Hang Tuah Jaya, Melaka) disebut namanya akan masuk Kabinet. Beliau berminat Kementerian Pelancongan & Kebudayaan. Xavier Jayakumar (Kuala Langat, Selangor) turut dinamakan tetapi kementeriannya belum dipastikan.
Lain-lain nama turut disebut menyertai Kabinet;
* Rafizi Ramli (Senator)
* Ong Kian Ming (Bangi)
* Husam Musa (Senator)
* Khalid Samad (Shah Alam)
* Raja Kamarul Bahrin (Senator)
Sejauh mana kebenarannya. Sama-sama kita tunggu dan lihat.

-> # UPDATE 2 JULAI 2018

Berdasarkan prestasi - penghujahan berfakta, kepetahan bercakap keperhatinan isu semasa, 3 wanita MP DAP yang diramalkan, masuk Kabinet Menteri Malaysia. Malah tambah satu lagi yang mana jumlahnya 4. Mereka Teresa Kok (Menteri Industri Utama), Yeo Bee Yin (Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar), Hannah Yeoh (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Teo Nie Ching (Timbalan
Menteri Pendidikan).
Tidak disangka-sangka, Teresa Kok yang disindir lucah oleh Tajuddin Abdul Rahman dalam Parlimen sedikit masa dalu, hingga menyebabkan Khalid Samad melabelkannya sebagai "Menteri Sial", dilantik Menteri penuh sedangkan MP Pasir Salak itu sekadar Timbalan Menteri saja.
Sungguhpun Syed Saddiq Abdul Rahman, dianggap terlalu muda memimpin Kementerian Belia dan Sukan, namun Pucuk Pimpinan PH tidak menganggap begitu lantas Kementerian tersebut diserahkan kepadanya. Dan, menjadi Menteri termuda dalam Kabinet Mahathir Mohamad. Nik Nazmi Nik Ahmad yang diramalkan menerajui Kementerian tersebut, nampaknya tersilap malah beliau terkeluar terus menganggutai Kabinet.
Boleh dikatakan kesemua yang dijangkakan masuk ke Kabinet yang terdapat dalam tulisan awal saya (seperti di atas) tepat kecuali terhindarnya, Nik Nazmi dan Tony Pua.
2 Saifuddin dari PKR - Saifuddin Abdullah dan Saifuddin Nasution - Masuk. Cuma Kementeriannya tidak tepat kepada Saifuddin Abdullah yang mengetuai Kementerian yang lebih berprestij - Kementerian Luar Negeri (sepatutnya Kementerian ini diubah kepada Kementerian Luar Negara). Kementerian Pengajian Tinggi rupa-rupanya tidak wujud untuk beliau terajui.
Saifuddin Nasution nampaknya memegang portfolio yang sangat berat - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Sekiranya harga barang tidak dapat dikawal (katakan, harga barang naik), maki hamun para pengguna pasti akan diterimanya.
Shamsul Iskandar Akin, tidak diketahui samada beliau kecewa atau tidak. Ini kerana 2 Kementerian yang diidam-idamkannya terlepas - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Kementerian Luar Negara. Malah beliau gagal ditempatkan sebagai Menteri penuh tetapi hanya Timbalan Menteri Industri Utama berada disamping Teresa Kok. Pepatah ada menyebut: Tak dapat rotan akar pun jadilah. Harap-harap MP Hang Tuah Jaya ini tidak berkecil hati.
Xavier Jayakumar (MP PKR Kuala Langat), juga menepati ramalan apabila dilantik Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli.
Agak menarik, 2 wanita menerajui Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (nama Kementerian paling panjang) - Yeo Bee Yin (Menteri, DAP) dan Isnaraissah Munirah Majlilis (Timbalan Menteri, WARISAN).
Khalid Samad (AMANAH) menerajui Kementerian Wilayah Persekutuan bertanggungjawab terhadap Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Manakala Mujahid Yusof Rawa, juga AMANAH, menepati ramalan sebagai Menteri Agama.
Selain mereka berdua, selain Mat Sabu, Salahuddin Ayub dan Dzulkefly Ahmad, beberapa anggutanya juga masuk Kabinet sebagai Timbalan Menteri - Mahfuz Omar (Timbalan Menteri Sumber Manusia), Anuar Tahir (Timbalan Menteri Kerja Raya), Hatta Ramli (Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan) dan Hanipa Maidin (Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri - Undang-Undang).
Turut menepati ramalan, Ong Kian Ming (MP Bangi, Selangor) yang dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Sabah dan Sarawak, ternyata anggutanya dalam Kabinet begitu berkurangan. Sabah cuma 3 - selain Darell Leiking dan Isnaraissah Munirah Majlilis, Aziz Jamman (WARISAN, Timbalan Menteri Dalam Negara) membantu Muhyiddin Yassin. Manakala Sarawak cuma
ada hanya Baru Bian.
Senarai Menteri belum lengkap. Menurut Mahathir Mohamad, 26 yang ada sekarang akan ditambah 3 menjadikan 29 kesemuanya. Mereka akan dimasukkan selepas dilantik sebagai Senator di Dewan Negara tidak berapa lama lagi.
Siapa mereka? Belum pasti lagi. Namun mengikut ramalan Nujum Pa' Blalang berdasarkan air jampinya - Rafizi Ramli, Husam Musa (Kelantan) dan Raja Kamarul Bahrin (Terengganu).
Entahkan betul entahkan tidak. Sama-sama kita tunggu dan lihat.



TUNKU ABDUL RAHMAN

ABDUL RAZAK HUSSAIN & ABDULLAH AHMAD BADAWI

TAN SIEW SIN & H.S. LEE

SALLEH SAID KERUAK

P. PRABAKARAN



WAN AZIZAH WANITA PERTAMA DILANTIK
TIMBALAN PERDANA MENTERI
Oleh Aidalina Mustafar



Ada dua perkara menarik apabila Pakatan Harapan (PH) mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu.
1. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri tertua di dunia, 93 tahun, disamping menyandang jawatan tersebut dua kali. Sebelumnya 1981 hingga 2003, 22 tahun.
2. Wan Azizah Wan Ismail, wanita pertama dilantik Timbalan Perdana Menteri.
Lain-lain fakta menarik PRU selepas PRU14;
3. Sejak PRU diadakan, ini kali pertama BN kalah, tewas teruk ditangan gabungan PH - PKR, DAP, AMANAH dan PPBM.
4. Dua pemimpin Kerajaan Negeri, Azmin Ali (MB Selangor) dan Lim Guan Eng (KM Pulau Pinang) menyertai kabinet, Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Menteri Kewangan.
5. Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Ke-3 berbangsa Cina selepas H.S. Lee dan Tan Siew Sin.
6. Mahathir, Perdana Menteri Ke-7 selepas Tungku Abdul Rahman, Abdul Razak Hussain, Hussain Onn, Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak.
7. Mahathir, Perdana Menteri paling lama memegang jawatan tersebut, 22 tahun.
8. Ramai Menteri Kanan Kabinet Najib kalah. Antaranya Salleh Said Keruak, Rahman Dahlan dan S. Subramaniam.
9. P. Prabakaran, dipilih sebagai wakil rakyat (MP) termuda. Beliau yang bertanding atas tiket Bebas (MP Batu) kemudian menyertai PKR, telah memecahkan rekod dipegang Najib selama 42 tahun sejak 1976, ketika usianya 25 tahun. Syed Saddiq Abdul Rahman, MP kedua termuda, 25 tahun.
10. PKR memenangi 48 kerusi (termasuk MP Batu), DAP (42), PPBM (13), AMANAH (11) dan WARISAN (8). Secara keseluruhan gabungan PH memperolehi 122 kerusi parlimen, cukup membentuk kerajaan yang stabil.
11. Ketiga-tiga Presiden parti komponen BN, Presiden MCA Liow Tiong Lai, Presiden MIC S. Subramaniam, dan Presiden Gerakan Mah Siew Keong, tewas dalam PRU14.
12. Selain Mahathir, turut pernah menganggutai Kabinet BN, Muhyiddin Yassin dan Saifuddin Abdullah.
13. Boleh dikatakan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri tidak memegang jawatan masing-masing selepas PRU14 - Khaled Nordin (Johor), Idris Haron (Melaka), Mohammad Hassan (Negeri Sembilan), Azmin Ali (Selangor), Zamry Abdul Kadir (Perak), Lim Guan Eng (Pulau Pinang), Ahmad Bashah (Kedah), Ahmad Razif Abdul Rahman (Terengganu), Adnan Yaakob (Pahang) dan Musa Aman (Sabah). Yang kekal Azlan Man (Perlis), Ahmad Yakob (Kelantan) dan Abang Johari Openg (Sarawak).
14. Menteri Besar Johor, Khaled Noordin, kalah ditangan Hassan Abdul Karim di Pasir Gudang dalam PRU14 yang lalu. Pada PRU13 Menteri Besar Johor, Abdul Ghani Othman kalah ditangan Lim Kit Siang di Tanjung Puteri.
15. Mukhriz Mahathir pegang jawatan Menteri Besar Kedah dua kali. Pertama, 6 Mei 2013 hingga 3 Februari 2016 dan kedua, 11 Mei 2018 hingga kini.
16. Tercatat dalam sejarah, Kabinet kali ini menyaksikan paling ramai wanita menyertainya, 9. Mengikut pecahan parti 4 DAP (Teresa Kok, Yeo Bee Yin, Hannah Yeoh & Teoh Nie Ching), 3 PKR (Wan Azizah Wan Ismail, Zuraidah Kamaruddin & Fauziah Salleh), 1 PPBM (Rina Harun) dan 1 WARISAN (Isnaraissah Munirah Majlilis).

# AKAN DITAMBAH DARI MASA KE MASA.








NAJIB RAZAK (newsfans channel)


ZAHID HMIDI (Darah Satria)



NAZRI AZIZ (Suara Kami)


KHAIRY JAMALUDDIN (CallMe Alang)


SHAHRIZAT ABDUL JALIL (Free Malaysia Today)


MAS ERMIEYATY SHAMSUDIN (AntaraPos)


ADNAN MANSOR (KiniTV)


TAJUDDIN ABDUL RAHMAN (KiniTV)


NOH OMAR (KiniTV)


JAMAL YUNUS (KiniTV)


HADI AWANG (Durian Kunyit)


ZAMIHAN MAT ZAIN (KiniTV)



SALAHKAH MAHATHIR MOHAMAD MAHU
JADI PM BANTU BINA SEMULA NEGARA
Oleh Mustafar A.R.



MasyaAllah. Astaghfirullah Hal'Azim. Apabila menonton dan mendengar berapa klips video (turut dimuatturun di blog FK ini), saya tidak percaya semuanya itu datang dari pemimpin-pemimpin dan ulamak-ulamak terkemuka yang boleh dikatakan kesemuanya beragama Islam.
Dimanakah maruah dan integriti mereka sebagai Muslim. Itukah yang diajar oleh mak-bapak mereka, tidak tahu menghormati orang tua berusia 93 tahun yang telah membina negara Malaysia sehingga mencapai kejayaan seperti apa yang ada sekarang. Wujudnya menara berkembar KLCC adalah lambang kejayaan itu.
Sifat-Sifat buruk yang terdapat kepada pemimpin-pemimpin BN@UMNO terutama Najib Razak, Zahid Hamidi dan Nazri Aziz, manakala ulamak-ulamak pula Hadi Awang dan Zamihan Mat Zain bagaikan mulut-mulut celepur bertaraf longkang yang terlalu
sangat busuk baunya.
Sifat-sifat wanita pula kebiasaannya lemah-lembut dan bersopan-santun, tetapi bila ada kuasa lantas menjadi rakus dan ganas seperti apa yang diperlihatkan oleh Shahrizat Jalil, Mas Ermieyati Shamsudin dan Azalina Othman. Hilang jati diri mereka kerana hanya berhasrat menjadi pengampu dan pembodek Najib semata-mata mahukan sesuatu untuk kepentingan diri.
Antara dialog-dialog terhambur keluar menghina dan mencaci Mahathir Mohamad antaranya;
1. -> NAJIB RAZAK: Nak kaji semula kalau mereka menang, segala-galanya dengan negara China. Kepala bapak engkau.
2. -> ZAHID HAMIDI: Ini ic birunya dulu. Nama dia Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutti. Nombor ic biru dia 2232519 Orang itulah memperjuangkan agenda Melayu untuk menggunakan Melayu apabila habis madu sepah dibuang.
3. -> NAZRI AZIZ: Dia tak boleh buat apa pun. Baling batu kat
gelas pun tak pecah.
4. -> KHAIRY JAMALUDDIN: Jasa Tun sentiasa kami kenang tetapi pengkhianatan Tun pembelutan Tun akan
bermati-matian kami tentang.
5. -> SHAHRIZAT JALIL: Kalau umur tu lanjut secara hakikinya memang tak boleh jalankan tugas. Kalau dah sampai umur 90 lebih tu dengan mestinya kalau semangat macam mana pun memang susah nak jadi Perdana Menteri.
6. => MAS ERMIEYATI: Saya minta dia menang dulu pilihan raya. Pakatan Harapan mana nak letak Tun M. Boleh sediakan tempat bekas Perdana Menteri. Dia boleh pergi mana-mana.
7. -> ADNAN (TAK LAYAK GUNA TENGKU) MANSOR: Dia dah tak betul. Waktu dia dah habis sudah-sudahlah. Negara ni takada masaalah negara ini sedang bergerak. Doktor Mahathir ni tak tahu apa yang dia hendak. Barang kali dia kecewa kerana anak dia tak dapat jadi naib presiden.
8. -> TAJUDDIN ABDUL RAHMAN: I study economic. Mahathir study what? Medicine. I study economic, business. Jangan ingat dia business pandai daripada kita, kita pun tahu juga.
9. -> NOH OMAR: Tun Mahathir ni pelakon nombor satu. Dia ni kalau ada award pelakon nombor satu Tun Mahathirlah. Dia nak letak jawatan pun dulu berlakon juga menangis-nangis tak jadi. Jadi tak tahu kot lepas ni apa dia nak berlakon lagi 4 hari ni. Apa pun dia akan berlakon dan apabila dia telah dapat apa yang dia nak dia akan pijak kepala orang balik.
10. -> JAMAL YUNOS: Dulunya saya pernah berjumpa dengan beliau cium tangan beliau. Tetapi hari ini kalau saya jumpa dengan beliau saya ludah diri dia. Saya menyesal cium tangan dia.
11. -> HADI AWANG: Kita anggap dia sebagai orang tua kita ilmukan dia. Sepatutnya dia doktor waktu dia di Klinik Malaysia 1Malaysia
dia bekerja disitu.
12. -> ZAMIHAN MAT ZAIN: Orang tua yang berkuasa lebih 20 tahun masuk pondok mengaji kitab zikir banyak-banyak bertaubat. Tak payah fikir politiklah kalau dah tua bangka dekat nak mati.
Antara "12 JAHANAM" itu, paling biadap dan paling kurang ajar;
NAZRI: Dia tak boleh buat apa pun. Baling batu kat gelas
pun tak pecah.
# Apa macam Nazri. Gelas dah pecah ke belum. Harapkan botak aje, akai tak ada.
ADNAN: Mahathir dah tak betul.
# Kalau beliau ditanya sekarang, beranikah beliau kata
Mahathir tak betul.
ZAMIHAN: Tak payah fikir politiklah kalau dah tua bangka
dekat nak mati.
# Ulamak jenis apa ke beliau ini. Padan muka, Mahathir nak bubarkan Jakim. Pandai pula beliau mengelabah.
JAMAL: Kalau saya jumpa dengan beliau saya ludah diri dia.
# Wah... wah... wah... senangnya nak ludah orang. Lagi pun Mahathir tak suruh cium tangannya. Awak yang nak mengampu. Padan muka. Sekarang pandai pula dia cabut lari.
Takut kena tangkap.
Dua watak paling hipokrit (munafik dan perpura-pura) - ZAHID HAMIDI dan HADI AWANG.
ZAHID: Nama dia Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutti.
# Last-last pergi jumpa Mahathir minta nyawa. Kemudian
tak mahu mengaku.
HADI: Sepatutnya dia doktor waktu dia di Klinik Malaysia
1Malaysia dia bekerja disitu.
# Last-last pergi jumpa Mahathir minta ampun atau minta maaf, tak tahulah. Atau minta royalti minyak.
Kalau saya jadi mereka, saya takkan jumpa Mahathir kecuali saya diminta datang bertemu dengannya. Benar kata Mahathir, orang-orang jenis ini muka tebal, muka tak tahu malu. Kalau cucuk jarum, jarum pun patah.
Pada sayalah antara banyak-banyak hina dan caci pada Mahathir tu, NAJIB dan ZAMIHAN paling haprak, paling kurang ajar
dan paling bangsat.
NAJIB: Kepala bapak engkau.
# Ini tidak sepatutnya keluar dari mulut PM yang menerajui negara. Malah Mahathir penyokong kuat melantik Najib sebagai PM. Seperti kacang lupakan kulit.
ZAMIHAN: Tak payah fikir politiklah kalau dah tua bangka
dekat nak mati.
# Ini tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang ulamak sepertinya yang sepatutnya bersopan-santun membina Islam, bukannya maki hamun ikut suka hati. Menjijikan.
Pepatah Cina ada menyebut: Kalau kepala ikan busuk, seluruh badan ikan pun ikut busuk. Kalau Najib sudah jadi pencuri, penyamun, perompak, penyangak dan pembohong, tidak heranlah yang dibawah pun ikut jadi pencuri, penyamun, perompak, penyangak dan pembong. Kelepek duit rakyat dan menyalah-gunakan kuasa.
Rukun Negara nombor lima jelas tercatat: Kesopanan dan kesusilaan. Tetapi menteri-menteri kabinet Najib yang diberi mandat oleh rakyat mentadbir negara dengan penuh kesopanan dan kesusilaan serta bertabggung-jawab, adakah mereka berbuat demikian. Tidak sama-sekali. Ini sangat mengecewakan.
Itulah suratan taqdir. Salah satu sebab mengapa BN merudum, tewas kepada PH kerana pemimpin-pemimpinya sombong, bongkak, takbur, ego, kurang ajar, tak sedar diri, lupa diri, kayakan diri, rasuah, mendera dan menindas rakyat, makan dedak dan paling penting melanggar sumpah dan janji sebelum mereka dilantik memegang jawatan atas pilihan rakyat.
Mahathir negarawan ulung, bapak pembangunan. Tanpanya tidak ada KLCC, tidak ada KLIA, tidak ada Lebuhraya Utara-Selatan, tidak ada Putrajaya, tidak ada Jambatan Pulau Pinang, tidak ada Pembangunan di Langkawi, tidak ada Finas, tidak ada Kereta Nasional (Proton) dan banyak lagi yang tidak payah diulang sebut. Pendek kata, orang kampung semuanya sudah tahu.
Yang peliknya, Mahathir hanya mengecam Najib, tetapi kenapa ramai pula yang menjadi pembela (barua) Najib dengan mencaci dan menghinanya dengan berbagai kata nista yang sukar diterima. Tidak patut. Tidak masuk akal.
Oleh yang demikian, walau apa alasan sekali pun, Mahathir tidak patut dicaci dan dihina sebegitu rupa oleh pengampu-pengampu dan pembodek-pembodek Najib semata-mata disebabkan beliau menawarkan diri untuk jadi calon PM menentang Najib yang dianggapnya PM paling korup dan rasuah bukan sahaja di Malaysia tetapi juga seantero dunia.
Mahathir, jangan berlembut sangat kepada mereka semua memenangi isu ini. Sebagai pengajaran mereka patut disiasat dan dihukum. Tak payah BALAS DENDAM cukup sekadar gunakan
THE RULE OF LAW.





Empat Menteri dan Timbalan Menteri sedang di perhatiankan rakyat. Teresa Kok (kiri), Teo Nie Ching, Hannah Yeoh dan Yeo Bee Yin.


KABINET PH: SETIA BERKHIDMAT
ATAU DITENDANG RAKYAT
Oleh A.Kadir Jasin
(Petikan The Scribe,4 Julai 2018)



Banyak orang bersungut dan tidak kurang pula yang bimbang mengenai kelambatan menyudahkan pembentukan Jemaah Menteri oleh Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.
Macam orang lain, saya juga mempunyai pertanyaan yang sama. Tetapi setelah terlibat sedikit sebanyak dengan proses pembentukan Pakatan Harapan (PH) – bermula dengan kempen tanda tangan “Selamatkan Malaysia” pada 4 Mac 2016 – saya faham mengapa pembentukan Kabinet mengambil masa yang agak panjang.
Kita kena faham. Inilah kali pertama sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1959 atau lebih tepat sejak kita Merdeka hampir 61 tahun lalu,
kita mengubah Kerajaan.
Alhamdulillah dengan sokongan rakyat jelata, PH yang tidak pun diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang asal usulnya sudah 66 tahun lebih. Itu sahaja sudah berupa satu ketakjuban.
Sedikit fakta sejarah. BN bermula dengan eksperimen melibatkan Umno dan MCA dalam pilihan raya majlis perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. Gabungan Umno-MCA menang besar dan meletakkan batu asas penubuhan Perikatan.
Pada PRU 1974 Perikatan membesar menjadi Barisan Nasional. Selepas PRU 9 Mei lalu, BN kembali menjadi Perikatan dengan keahlian asal daripada Umno, MCA dan MIC. Parti-parti lain
telah menarik diri.
Batu tanda dan kata kunci PH adalah konsensus - kesepakatan. Proses ini bermula apabila pemimpin politik dan aktivis masyarakat daripada pelbagai kaum berkumpul sebagai individu di Kuala Lumpur pada 4 Mac, 2016 bagi melancarkan
petisyen “Selamatkan Malaysia”.
Kempen itu berjaya memungut lebih satu juta tandatangan daripada rakyat jelata Malaysia tetapi dipandang sepi dan dipersendakan oleh kerajaan BN dan aparatus serta “apparatchik”nya.
Kejayaan kempen itu membangkitkan semangat rakyat jelata telah memberi petunjuk jelas kepada para pemimpin gerakan tersebut bahawa kesepakatan politik baru boleh diwujudkan sebagai alternatif kepada BN.
Maka bermulalah gerakan politik baru yang berpaksikan konsensus yang menggabungkan kawan dan lawan, sahabat dan musuh dalam satu gagasan baru yang matlamatnya adalah meneruskan agenda “Selamatkan Malaysia”.
Jadi lambat atau cepat penubuhan Kabinet baru yang selesai mengangkat sumpah di Istana Negara dua hari lalu (Isnin, 2 Julai 2018) adalah hasil konsensus tersebut.
Memang itulah yang sepatutnya kita fahami dan terima mengenai PH. Dalam PH, semua parti anggota adalah sama. Ia berbeza daripada BN yang didominasi oleh Umno.
Kesejagatan dan konsensus PH ini menjadi lebih luas dan lebih “Malaysian” apabila wakil-wakil daripada parti bukan PH dari Sabah dilantik menganggotai Kabinet Persekutuan.
Dalam apa pun bentuk tolak ansur politik pasti ada yang tidak puas hati dan tidak setuju. Tetapi konsensus yang dicapai
hendaklah dihormati.
Inilah tongkat azimat yang perlu dipegang kuat oleh semua pemuka yang dilantik menganggotai Kabinet.
Mereka wajib sentiasa beringat dan berwaspada bahawa mereka adalah produk permuafakatan PH. Apa yang mereka lakukan akan saling diperhatikan oleh rakan-rakan mereka dalam PH dan
oleh rakyat jelata.
Mereka mewakili politik baru Malaysia. Politik yang lebih sama rata dan egalitarian. Politik yang lebih terangkum dan lebih Malaysia. Politik di mana pengundi dan pembayar cukai adalah Raja.
Maka tidak perlulah kerusi tinggi, kata alu-aluan yang berjela dan protokol yang memisahkan Yang Berhormat dengan rakyat jelata. Buang feudalisme dan gantikan dengan egalitarianisme.
Tetapi kalau sebaliknya mereka memilih untuk berebut jawatan, berkomplot dan mencuci kain kotor di khalayak umum, mereka mungkin menjadi Menteri satu penggal dan masuk penjara
selepas lima tahun.
Khianati mandat rakyat jelata dan mereka akan hukum PH seperti mereka hukum BN pada 9 Mei 2018 lalu.

# DI EDIT OLEH ZAINI MENGIKUT KETENTUAN FK.



# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.




-> ANDA JUGA MUNGKIN MEMINATI:


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?




4 comments:

  1. Tahniah PH.
    Inilah Jemaah Menteri Malaysia
    terbaik pernah wujud.
    - Sayzali.

    ReplyDelete
  2. Disamping hiburan nampaknya FK juga boleh berbicara pasal politik. Baguslah begitu Encik Mustafar dan teruskanlah. Dan, diharap di PRU15 (2023) ada pula beberapa orang selebriti kita dicalon dan menang sebagai wakil rakyat, MP atau ADUN. Ketandusan ini perlu dikikis habis - Arifin Nurdin (via e-mel), Putrajaya.

    ReplyDelete
  3. Bangsat betul mereka terutama menteri-menteri BN yang menghina dan mencaci Tun M. Tidak boleh diterima akal yang waras bila mereka bertindak melampau sedemikian rupa. Memang patut BN kalah teruk dalam PRU14 yang lalu. Padan muka! Itulah harga yang patut mereka terima - Hassan Baharom, Seremban 2, N9.

    ReplyDelete
  4. Salam Pak Mus.
    Gembira hati saya bila Pak Mus beritahu
    buku 50 Tahun Filem Malaysia & Singapura
    akan diterbitkan penghujung tahun ini.
    Saya sudah lama tunggu kerana sejarah
    filem kita masih terumbang ambing dari segi
    fakta yang tepat dan masih bercelaru
    - Syed Usman, Woodlands, S'pore.

    ReplyDelete