"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Tuesday, May 12, 2015


M.YATIM @ MAROETI

SUMBANGANNYA SEDIKIT PERANANNYA BESAR
Teks: Mustafar A.R. & Azlan Mohamed Said
Foto: Buku Muzika & Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Susun & Di Semak: Zaini Yusop



12+1 LAGU TERBAIK SUDIRMAN

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR
* JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 12 MEI 2015)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 111,440
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 91,130 * SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 85,496
* SELAMAT PENGANTIN BARU 53,997 * FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 18,848





MAROETI, jika seimbas pandang, wajahnya seiras Hamzah Dolmat.

M.Yatim bersama isteri serta anaknya, Iriana Rohimah dan June.



BIODATA___

MOHAMMAD YATIM (Raden Maroeti)
Nama samaran MAROETI (Maruti)
Lahir 1918 (tarikh tepat tidak diperolehi)
Tempat lahir SURABAYA, INDONESIA
Meninggal dunia 23 MAC 1989
Pusara TANAH PERKUBURAN ISLAM, TENABANG (TANAH ABANG), JAKARTA



Maroeti bersama penyanyi keroncong, Jamilah Samsuri.

WALHASIL BALIK ASAL POPULARKAN MAROETI___

M.YATIM atau Maroeti sudah lebih dulu ke depan. Filem kedua Shaw Brothers (MFP) selepas perang dunia kedua, "Chempaka", beliaulah hero dan berpasangan dengan pelakon jelita, Kasma Booty.

Begitu pun juga, apabila munculnya S.Roomai Noor dan P.Ramlee, Maroeti ketinggalan dan tercatat dalam sejarah filem Malaysia, "Chempaka" (1947) merupakan satu-satunya filem beliau sebagai hero, merangkumi juga Cathay Keris Film dan Merdeka Studio.

Minat saya terhadap Maroeti kerana lagunya "Jodoh (Ikan Dilaut Asam DiDarat" nyanyiannya bersama Rubiah petikan filem "Dewi Murni" (1950) yang dibintangi oleh Kasma Booty dan Osman Gumanti. Kemudian disusuli dengan lagu jenaka (komedi)nya, "Walhasil Balik Asal".

Sebenarnya, Maroeti tidak banyak merakamkan lagu kepiringhitam. Yang dapat dikesan hanyalah;
"Uncle Murtabak"
"Papa Dan Mama"
"Hey, Barang Baik Joe" dan
"Meenah My Love"
Kesemua lagu tersebut bercorak jenaka dan diciptanya sendiri.

Maroeti sebenarnya telah mencipta banyak lagu dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi lain. Namun yang dapat dikesan hanya seperti diatas saja.



SEDIKIT MENGENAI MAROETI___

M.Yatim bersama Kasma Booty dalam filem "Chempaka".

Iklan filem "Chempaka" yang ditayangkan di Alhambra.

Mohammad Yatim (Raden Maruti), yang dilahirkan pada tahun 1918 (tarikh tepat tidak diperolehi), berketurunan Nigrat Karton Jogj dan mempunyai 13 adik beradik. Beliau bersaudara kembar dengan Raden Marutok yang meninggal dunia ketika usianya 17 tahun.

Ayahnya, Raden Sunggono, ketua stesen keretapi Jakarta, manakala ibunya, Raden Adjeng Ismoyowati, terkenal sebagai Puteri Solo nan ayu.

Pada mulanya Maroeti mahu menjadi doktor, tetapi kerana kosnya tinggi beliau terpaksa membatalkan niatnya itu lalu menceburkan diri (menyanyi) dalam satu kumpulan seni di Jakarta.

Pada tahun 1939, Maroeti berkunjung ke Singapura, yang turut disertai pencipta lagu terkenal Indonesia, Ismail Marzuki, dan S.Abdullah.

Ismail Marzuki tersohor kerana lagu ciptaannya "Rayuan Pulau Kelapa", manakala S.Abdullah, kemudian terkenal sebagai penyanyi.

Pada tahun 1946, selepas perang dunia kedua, Maroeti bekerja dengan British Far Eastern Broadcasting Corporation; tahun 1947, berlakon sebagai hero disamping Kasma Booty dalam filem "Chempaka" yang diarahkan oleh B.S.Rajhans; dan tahun 1949, bekerja dengan Radio Malaya berpangkalan di Singapura.

Pada tahun 1950 hingga 1952, beliau bersama pancaragam Malayan Quartet yang turut dianggutai Ahmad Jarr, Benay Aaron dan Syed Kelana bermain musik dikelab malam "Chev Eve" di Bangkok.

Sekembalinya ke Singapura, pada tahun 1953 hingga 1954, Maroeti memegang jawatan pengarah musik Cathay Keris Film. Kemudian pulang ke Jakarta kerana memegang jawatan sebagai pengarah Radio Indonesia dan Redifussion
selama 4 tahun.

Pada tahun 1958, beliau menjadi pengarah Gembira Rekod yang memasarkan lagu-lagu Indonesia ke Malaya.

Pada pertengahan tahun 1960an, Orkes Maroeti yang dipimpinnya sering ke udara di Radio Singapura hingga ke tahun 1972.

Pada pertengahan tahun 1970an, Universiti Malaya telah menawarkan beliau untuk bekerjasama membuat rakaman dan katalog himpunan lagu-lagu keronchong untuk tujuan kajian dan rujukan.

Turut bersamanya, Zubir Said lagu-lagu asli, manakala Orkes Sri Harani dalam bahagian lagu-lagu Ghazal.

Maroeti telah berkahwin dengan Iriana Rohimah di Jakarta pada tahun 1950, dan mempunyai seorang anak perempuan bernama June.

Setelah tugasnya selesai dengan Universiti Malaya, beliau kembali ke Singapura diawal tahun 1980an, dan seringkali beruangalik ke Jakarta menziarahi saudara maranya disana.

Pad tahun 1989, ketika berada di Jakarta, Maroeti jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Namun setelah beberapa minggu dirawat, akhirnya beliau menghembus nafasnya terakhir pada 23 Mac.

Jenazahnya telah dikebumikan di Perkuburan Orang Islam di Barek Bivak, Tenabang (Tanah Abang) di Jakarta.





ANTARA LAGU-LAGU MAROETI TERDAPAT DI YOUTUBE___

Jodoh (Ikan Dilaut Asam Didarat)
Sumber:Jefferniagaz


(Sumber: EyKa94aH)
Dengarlah perbezaan iramanya.


"JODOH (IKAN DILAUT ASAM DIDARAT)"

Kalau menyanyi perlahan-lahan
Dibawa angin terdengar jauh
Kalau menyanyi perlahan-lahan
Dibawa angin terdengar jauh

Kalau hati tidak tertahan
Didalam air badan berpeluh
Kalau hati tidak tertahan
Didalam air badan berpeluh

Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah ditepi pantai

Bunga melati didalam taman
Daunnya hijau banyak yang gugur
Bunga melati didalam taman
Daunnya hijau banyak yang gugur

Kalau putus makrifat iman
Minyak dan air mungkin bercampur
Kalau putus makrifat iman
Minyak dan air mungkin bercampur

Ikan dilaut asam didarat
Dalam periuk mungkin mufakat
Ikan dilaut asam didarat
Dalam periuk mungkin mufakat

Penyanyi filem: Osman Gumanti & Kasma Booty
Penyanyi suara: R.Azmi & Rubiah
Penyanyi piringhitam: Maroeti & Rubiah
Filem: "Dewi Murni" (1950)
Pencipta lagu & lirik: Zubir Said



Walhasil Balik Asal (Sumber: Jefferniagaz).

Uncle Murtabak (Sumber: Jefferniagaz).

Hey. Barang Baik, Joe (Sumber: Jefferniagaz)

Mama Dan Papa (Sumber: Karyaone).


ALBUM "MALAM KERONCONG ASLI"
(Hanya album ini saja ada dalam simpanan saya)

Salah satu album Maroeti yang pernah dikeluarkan.

Label: Philips - PY-833 553
Bentuk: Rekod (piringhitam) Album (LP)
Negara: Malaysia
Tahun: 1980
Lagu: Keroncong
Musik: Orkes R.Maroeti

Pepohon nyiur melintuk-liuk melambai dihembus sang bayu, nun jauh di ufuk barat, sang suria berwajah ayu. Itulah irama Keroncong yang lemah-gemalai.

Ketenangan irama lagu Keroncong yang mengusik khalbu ini telah lama menjadi warisan tradisi irama lagu Melayu. Irama rentak sentimental ini membawakan suasana tenang begitu mendayu.

Satu kesempurnaan irama muzik hasil cantuman petikan gitar, seruling, gesekan biola yang menawan dan rentak yang mempesonakan. Irama Keroncong adalah satu-satunya contoh musik paling asli dan suci.

“Malam Keroncong Asli”, irama rentak gemalai mempersembahkan 12 lagu istimewa yang sedap didengar.

Walau apa pun irama berkumandang yang halus mendayu, yang menawan khalbu, irama rentak Keroncong tetap menggabungi irama musik yang di warisi dari satu generasi ke satu generasi yang lain.

Tiada gaya lain yang diambil bagi memperbaharui keperibadian asli irama Keroncong ini. Irama musik dalam album ini dicipta dengan penuh kesenian bagi membangkitkan irama lemah-gemalai dari kehalusan yang istimewa.

Album LP “Malam Keroncong Asli” ini membawa satu kepastian rentak musik klasik yang tidak akan luput dek telan zaman!

TAJUK LAGU___

MUKA SATU: A1. Gendok Tarimal A2. Bintang Sourabaya A3. Hampa A4. Keronchong 28 A5. Gelombang Laut A6. Stambul Dua

MUKA DUA: B1. Keronchong Kemayoran B2. Waktu Fajar B3. Keronchong Si Kapok B4. Kenang Kenangan B5. Gambang Semarang B6. Bunga Anggerek


- Catatan TOK WAN/ZY.






Filem arahan Maroeti, "Jambatan Maut" (1963), yang dibintangi Sophia Ibrahim dan S.A.Mokhtar.

Nama M.Yatim yang tercatat dicredit title "Jambatan Maut".

HANYA SATU FILEM DIARAHKAN OLEH MAROETI___

Dalam usaha untuk meramaikan lagi pengarah di Merdeka Studio, Maroeti telah mendapat tawaran menjadi pengarah di studio yang terletak di Hulu Klang, Kuala Lumpur itu.

Agak menarik, L.Krishnan, A.R.Tompel dan Salleh Ghani pernah mengarah filem sebelum berkarya di Merdeka Studio, tetapi Maroeti tidak. Beliau cuma pernah berlakon bersama Kasma Booty dalam filem "Chempaka" (1947) arahan B.S.Rajhans.

Namun bakatnya sebagai pelakon, penyanyi dan pencipta lagu, dan lagu "Jodoh (Ikan Dilaut, Asam Didarat)" nyanyiannya bersama Rubiah begitu popular, percubaan dibuat untuk beliau mengarah satu filem dulu, sekiranya berjaya akan diteruskan dengan filem kedua dan ketiga.

Filem ke-11 Merdeka Studio itu gagal di box office, dengan itu tercatatlah dalam sejarah filem Malaysia, "Jambatan Maut" (1963) merupakan satu-satunya filem yang pernah diarahkan oleh Maroeti.

Penglibatan Maroeti dalam filem tidak banyak, cuma dua saja. Hanya setahun, pada tahun 1953, beliau dilantik sebagai Pengarah Musik di Cathay Keris Film.

Ini bererti dua filemnya itu;
1. "Chempaka" (1947)
* Diarahkan oleh B.S.Rajhans dengan bintang utamanya Kasma Booty dan Maroeti.
2. "Jambatan Maut" (1963)
* Diarahkan oleh M.Yatim dengan bintang utamanya Sophia Ibrahim dan S.A.Mokhtar.





Maroeti (kanan) bersama kumpulan musik yang turut dianggutai oleh Julai Tan (bermain violin) dan Zainal Abbas (dua dari kanan).

FAKTA___

* Maroeti merupakan hero (Chempaka) ketiga filem Melayu setelah tamatnya perang dunia kedua, selepas Salleh Ghani (Seruan Merdeka) dan Bachtiar Effendi (Singapura Di-Waktu Malam).

* Lagu popular "Jodoh (Ikan Dilaut Asam Didarat)" dalam filem "Dewi Murni" dinyanyikan R.Azmi dan Rubiah, bagaimanapun apabila dipiringhitamkan dinyanyikan Maroeti dan Rubiah, kerana R.Azmi menghadapi masalah kontrak.

* Lagu "Jodoh (Ikan Dilaut Asam Didarat)" telah dirakamkan beberapa kali oleh penyanyi-penyanyi lain, tetapi paling menarik nyanyian A.Talib dan Norela Nasir yang digubah semula oleh Ramli Hashim.

* Sama seperti Maroeti, "Chempaka" merupakan filem pertama Kasma Booty, dan filem kelima diarahkan oleh B.S.Rajhans selepas "Leila Majnun", 'Menantoe Doeharka", "Seruan Merdeka" dan "Singapura Di-Waktu Malam".


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?






KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.







12 comments:

  1. Satu lagi artikel menarik dari FK.
    Cerita M.Yatim @ Maroeti memang sukar diperolehi.
    Syabas, Sdra Mustafar A.R.
    Teruskan usaha yang baik ini.
    Sekadar bertanya dan ingin tau saja.
    Buku "50 Tahun Filem Malaysia" bila nak terbit?
    - Azlan Shah (via e-mail), Taiping, PK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Sdra Azlan Shah.
      Buku "50 Tahun Filem Malaysia" dalam proses.
      Tiba masanya, dengan izin Yang Maha Esa,
      tetap beredar dan dijual dikedai-kedai buku.

      Delete
  2. Sekadar untuk memeriahkan lagi artikel M.YATIM @ MAROETI ini. Gambar Maroeti bersama penyanyi Jamilah Samsuri ~ siapakah beliau? Jamilah Samsuri adalah penyanyi veteran Singapura yang terkenal khususnya dengan lagu-lagu keroncong & setambol di samping sedikit asli, langgam & pop. Jamilah adalah kakak kepada Salbiah Samsuri, seorang lagi penyanyi lama yang mungkin kini telah bersara dari dunia tarik suara. Jamilah Samsuri juga adalah ibu kepada pengarah / pelakon Faizal Ishak yang dikenali melalui filem "Juvana", "Qadr" dll. Dalam tribute buat Kartinah Dahari pada 30 Ogos 2013, konsert "Sayang Disayang" yang gilang-gemilang tetapi cukup emosi itu telah menampilkan beberapa penyanyi / pemuzik yang dipilih khas, antaranya ialah biduanita Jamilah Samsuri selain Datuk Paduka Julie Sudiro, M. Ismail, Sugiman Jahuri, Mahani Mohamad & Kassim Masdor. Dalam tahun 1970'an, Jamilah Samsuri pernah menjadi penyanyi Suara Perindu. Kumpulan harmoni wanita itu turut dianggotai oleh Sanisah Huri, Hasnah Haron & J. Kamisah dan ia terikat dengan syarikat rakaman Senada kepunyaan Kassim Masdor selepas beliau meninggalkan EMI. Antara lagu-lagu popular kumpulan ini ialah Gunung Payung, Jangan Berjauh Hati & Aidilfitri (Selamat Hari Raya) yang dipopularkan sebelumnya oleh Fazidah Joned.

    - NONAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu info yang sangat menarik.
      Terima kasih NoNama.

      Delete
  3. Saya tergelak menonton filem Jsmbatan Maut arahan M Yatim kerana adegan S A Mokhtar bermain dam dgn hantu (Sophia Ibrahim) dan adegan mereka ke pasar malam bersama naik sampan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun, tujuan utama menonton filem suruh penonton gelak.

      Delete
  4. Salam Tuan, saya dapati Tuan telah memetik beberapa gambar dan cerita dari buku MUSIKA tanpa memberi kredit kepada pemiliknya. Harap Tuan boleh bekerjasama dan membetulkan fakta sumber gambar2 yg dipamerkan dihalaman ini. Terimakasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima masih kerana memberitahu.
      Kredit sudah pun dicatatkan.
      Maaf, kerana berlakunya kecuaian
      yang tidak saya sengajakan.

      Delete
  5. Ribuan Terimakasih Tuan, Maju jaya Khazanah Budaya. :)

    ReplyDelete
  6. Satu lagi artikel menarik dari FK. Cerita M.Yatim @ Maroeti memang sukar diperolehi. Syabas, Sdra Mustafar A.R. Teruskan usaha yang baik ini. Sekadar bertanya dan ingin tahu saja. Buku "50 Tahun Filem Malaysia" bila nak terbit? - Musika: Arena Muzik Silam Di Malaysia (via-Facebook).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, kerana menghighlightkan blog Filem Klasik dalam Facebook anda. Dengan cara ini, diharap blog saya bertambah popular dan makin dikenali ramai. Mengenai buku "50 Tahun Filem Malaysia" masih dalam proses, sudah menghampiri 90%. Apabila siap keseluruhannya kelak, saya akan cuba mencari penerbit atau pun sponsor untuk menerbitkannya. Saya tidak akan terbitkan sendiri melalui MZA Terbit seperti buku "Filem-Filem P.Ramlee", kerana saya merasakan (faktor usia), sudah tidak mampu lagi, ke sana ke mari, menguruskannya. Dulu, Aziz Sattar bantu saya, kini belum nampak, siapa yang nak tolong. Saya pun belum cuba. Apa pun, biar saya siapkan dulu manuskripnya, kemudian baru cakap dan runding..

      Delete
  7. Did he wrote 'Indahnya Alam' perform by Sudirman?

    ReplyDelete