"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Tuesday, September 8, 2015


PEMENANG FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-27

DIHARAP RUMAH SUDAH SIAP PAHAT TIDAK BERBUNYI
Teks: Mustafar A.R.
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
Foto Dari Pelbagai Sumber: BeautifulNara mStar Online
Rotikaya Cinema Online Kosmo Online & BH Online




Produser Sharon Gan (dua dari kanan), Pengarah Liew Seng Tat (tiga dari kanan) dan pelakon Wan Hanafi Su (empat dari kiri) bersama teman-teman mereka, begitu gembira memenangi Anugerah Filem Terbaik dan Anugerah Pengarah Terbaik.




FAIR and square. Begitulah kesimpulan yang saya buat setelah selesai upacara penyampaian Anugerah FFM27 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada malam 5 September yang lalu.

Ada 2 perkara yang saya nampak hasil keputusan angguta panel juri kali ini. 1. Angguta panel juri cuba play safe; dan 2. Sememangnya yang menang itu benar-benar layak menang.

Sekiranya, angguta panel juri play safe kerana penjurian mereka tidak mahu dipertikaikan, ini sudah silap dan lari dari tujuan dan matlamat asalnya, pemilihan calon yang terbaik daripada yang terbaik, the best from the best.

Kalau angguta panel juri melakukan tugas sewajarnya, bukan kerana kroni, lobi, ada udang disebalik batu apatah lagi amalan rasuah, hanya berdasarkan kekuatan elemen filem itu sendiri, saya salut kepada mereka.

FFM27, tidak bernasib baik disebabkan pada tahun 2014 tidak ada filem epik dikeluarkan (sebagai contoh seperti "Tanda Putera", "Bukit Kepong" atau pun "Ranjau Sepanjang Jalan"), dan ini menyebabkan genre komedi mengambilalih, boleh dikatakan kesemua 5 yang dicalonkan Filem Terbaik.

Pemilihan "Lelaki Harapan Dunia" di anugerahkan Filem Terbaik, kerana itulah yang dianggap terbaik bagi FFM27 oleh angguta panel juri, dan sejak awal lagi, sejak mula dicalonkan, saya merasakan filem tersebut punyai harapan.
Tepat sekali.

Ramai yang marah dan mempertikaikannya. Ia dikatakan menghina dan memperbodohkan orang-orang Melayu. Namun saya merasakan, tidak, kerana itulah realiti, itulah fakta, itulah salah satu adat istiadat orang-orang Melayu (bergotong royong) yang terdapat di negara kita. Apa yang nak dimalukan? Menyorok sesuatu kebenaran, orang itulah yang bodoh.

Lebih menarik lagi, cerita asalnya ditulis oleh anak Cina, pengarah filem itu sendiri. Pengarah Melayu, mungkin tidak terfikir untuk dihidangkan ke layar perak. Liew Seng Tat boleh! Dia juga menang anugerah Cerita Asal Terbaik, ini sudah kena pada tempatnya. Kalau saya salah seorang angguta panel juri,
saya pun pilih dia.

"Lelaki Harapan Dunia" dicalonkan 13 anugerah. Tapi menang 5 saja. Selain 3 yang dinyatakan, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik dan Anugerah Pereka Kostum/Busana Terbaik Ini bererti, ia kehilangan 8 anugerah.

Saingan terdekatnya, "Terbaik Dari Langit", sukar diterima sebagai Filem Terbaik kerana penghasilannya lebih condong ke Barat, walaupun dari aspek (elemen) lain perfileman, ada kelainan dan menarik seperti juga "KIL".

"KIL" (menang Anugerah Filem Terbaik FFM26), juga berkiblat ke Barat. Diharap Nik Amir Mustapha yang mempunyai masa depan yang gilang cemerlang sebagai pengarah, mencari cerita bercitarasa negara kita. Pengolahan cara Barat tidak mengapa, malah digalakkan, tapi cerita mesti bercitarasakan Malaysia.

Dari 12 calon yang diterima oleh "Terbaik Dari Langit", ia hanya mampu menang 3 anugerah termasuk Anugerah Khas Juri. 2 lagi, Anugerah Pelakon Pembantu Wanita dan Pelakon Pembantu Lelaki.

Ciri-ciri Filem Terbaik FFM, cerita asalnya mesti "Malaysian taste, not other countries taste", juga bukan ciplakan seperti yang dimenangi oleh "Rahsia" (arahan Othman Hafsham, FFM7) dan "Papadom" (Afdlin Shauki, FFM22).

Contohilah filem Jepun, "Rashomon", yang menang anugerah oscar pada tahun 1951 dan filem India, "Mother India", yang dicalonkan merebut anugerah oscar Filem Berbahasa Asing Terbaik (1958), dan nyaris menang hanya kurang satu undi dari filem Itali, "Nights Of Cabaria".

Dalam FFM26, nasib malang menimpa Shuhaimi Baba, apabila filem epik arahannya, "Tanda Putera", tidak dicalonkan untuk Anugerah Filem Terbaik. Tapi dalam FFM27 ini, dia menyampaikan Anugerah Filem Terbaik, kalau mengikuti tradisi, sepatutnya Nik Amir Mustapha atau sesiapa saja yang
terlibat dengan "KIL".

Nampak Shuhaimi cool saja, tiada dendam dihati. Inilah orang filem yang sejati. Tahun depan dia merupakan salah seorang di antara pejuang filem yang layak menerima Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman.

"Manisnya Cinta Di Cappadocia" yang boleh dikatakan kebanyakan penggambarannya dilakukan di Turkey, banyak juga menerima calon, 10 semuannya. Bagaimanapun, hanya menang 2 saja, Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dan Skor Musik Asal Terbaik.

Pengarahnya, Bernard Chauly, seperti juga Nik Amir Mustapha mempunyai masa depan yang gemilang cemerlang sebagai pengarah. Tapi filemnya untuk FFM27 ini, terasa semacam loose somewhere, tak tahu pula saya nak
cakap dimana longgarnya.

Sesuatu agak menarik, Lee Sia Peng yang berjaya menang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, menewaskan pelakon handalan seperti Bront Palarae, Awie, Wan Hanafi Su dan Que Haidar, kerana peranannya dalam "The Journey".

Kalau saya tidak teroverlook, sejak FFM diwujudkan, inilah kali pertama pelakon Cina menang anugerah yang berprestij itu.

"The Journey" juga, menang Anugerah Sinematografi Terbaik, Anugerah Filem Bukan Bahasa Melayu Terbaik dan Anugerah Box-Office, 4 semuanya.

Suatu perkara yang agak menjelekkan, Anugerah Khas Juri. Tidak ada deskripsi diberikan kenapa 3 filem itu diberi anugerah. Sebagai contoh, "Hapuslah Airmatamu", menjanjikan persahabatan dan memajukan seni atau pun "Esok Masih Ada", tema terbaik mengenai perkauman.

Deskripsi yang diperdengarkan (melalui voice over) semasa penyampaian, tidak membantu kerana tidak ramai yang dapat mendengar dengan jelas, apa butirnya. Sepatutnya ada juga catatan untuk direkodkan sebagai khazanah FFM.

Dalam FFM26, Rosnani, dianugerahkan Karyawan Sepanjang Zaman merupakan orang lama dalam filem. Penglibatannya sejak tahun 1952. Dalam FFM27 ini, Othman Hafsham telah diberi penghargaan.

Pemilihannya tepat sekali kerana perjuangannya dalam filem cukup lama, dan telah menyertai FFM sejak awal, bermula FFM1 (1980), dengan filem
arahan filem komedinya, "Adik Manja".

Pemilihan Mariam Ibrahim menang Anugerah Penggiat Belakang Tabir, tidak perlu dipertikaikan kerana dia, sama juga seperti Othman Hafsam, penyertaannya dalam filem sejak sekian lama bermula dalam tahun 1970an terutama mengenai hal-hal penyuntingan filem.

Pada keseluruhannya, keputusan anugerah FFM27 dikira terbaik dibandingkan FFM25 dan FFM26. Bagaimanapun, akan berlaku juga "rumah siap pahat berbunyi" kerana ada di antara orang-orang filem terutama yang dicalonkan, pulang tidak membawa apa-apa anugerah, tentu ada yang merasa kecewa
dan tidak puashati.

Apa yang diharapkan, tidak timbul kontroversi kenapa kaum Cina banyak menang anugerah? Anggaplah kita semua Bangsa Malaysia, bukan Melayu, bukan Cina dan bukan juga India.

Jadikanlah ia sebagai persaingan hebat untuk sesiapa saja (Bangsa Malaysia) yang mahu terjun (yang sudah pun terjun) ke dalam industri filem yang penuh glamor tapi penuh ranjau ini.

Saya bersetuju dengan saranan Erma Fatima di upacara penyampaian tersebut, tahun depan (FFM28) Anugerah Filem Bukan Bahasa Melayu Terbaik ditiadakan. Pertanding dibuat secara sama rata, Bahasa bukan lagi menjadi pemisah.

Ingat, jangan lupa sejarah. Filem Melayu berkembang kerana adanya Runme Shaw, Run Run Shaw, Loke Wan Tho dan Ho Ah Loke. Tanpa mereka, tak tahu apa nak jadi. Silap-silap gaya, Seniman Agung kesayangan kita, P.Ramlee,
entahkan ada entahkan tidak.

Akhir sekali, nak tanya Kamil Othman. Siapa perekabentuk anugerah FFM27? Tak menarik langsung.






12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR
* JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 8 SEPTEMBER 2015)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 117,205
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 106,903 * SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 99,177
* SELAMAT PENGANTIN BARU 58,761 * FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 20,851





NABIL AHMAD DAN SHERRY AL HADAD
GAGAL SEBAGAI HOS FFM27


Nabil Ahmad dan Sherry Al Hadad pengacara di upacara penyampaian Anugerah FFM27 pada 5 September.

Jamilah Abu Bakar menyanyikan lagu Saloma "Mengapa Di Rindu" di upacara perasmian FFM27 pada 2 September.

Pelawak Nabil Ahmad dan pengacara Sherry Al Hadad telah diberi kepercayaan menjalankan tanggungjawab sebagai pengacara di upacara penyampaian anugerah Festival Filem Malaysia Ke-27 (FFM27) pada malam 5 September lalu.

Peranan pengacara atau hos sangat penting. Sekiranya mereka berjaya menjalankan tugas sebaik mungkin, berjayalah persembahan. Jika gagal, gagallah persembahan.

Nabil dan Sherry, dikira gagal. Corak dan telatah mereka tidak begitu menarik. Kalau mahu jadi pengacara dalam sesuatu event besar seperti FFM, hendaklah belajar dan berkursus cara mana mahu berada dalam keadaan baik dan sempurna.

Skrip perlu. Inilah yang dilakukan dalam FFM1 dan FFM2, anjuran EJA, yang menggunakan skrip yang ditulis oleh Zain Hamzah. Skrip penting sebagai panduan, tidak semestinya ikut semua. Boleh diolah semula.

Jelas dan nyata Nabil dan Sherry tidak berpandukan skrip, dan berlakulah dailog tak sesedap rasa mengakibatkan terkeluar kata-kata yang tidak teratur lantas mencacatkan persembahan.

Nabil dan Sherry komedian, tapi ternyata, mereka gagal meriuh seriuh-riuhnya dewan kerana penghasilan dialog yang kurang lucu dan lebih banyak merapu. Sekadar body language tidak memadai, dialog lucu dan sinis juga perlu.

Disentuh mengenai hiburan, yang agak menarik hanya lagu "Seri Mersing" diberi gubahan baru nyanyian Najwa Mahiaddin, "Di Manakan Ku Cari Ganti" disampaikan oleh Misha Omar dan "Rozanna Isabella" oleh Amy Search. Yang lain tu, hanya orang muda saja yang minat. Saya sebagai orang lama, tak tahu nak kata.





LIEW SENG TAT (LELAKI HARAPAN DUNIA)

Liew Seng Tat, pemenang Anugerah Pengarah Terbaik.

Liew Seng Tat menerima Anugerah Pengarah Terbaik daripada Aziz M.Osman.



NIK AMIR MUSTAPHA (TERBAIK DARI LANGIT)

BERNARD CHAULY (MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA

MAMAT KHALID (AMIR & LOQMAN PERGI KE LAUT)

KABIR BHATIA (DOLLAH SUPERSTAR)





LEE SAI PENG (THE JOURNEY)

Lee Sai Peng dengan Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.



BRONT PALARAE (TERBAIK DARI LANGIT)

AWIE (DOLLAH SUPERSTAR)

WAN HANAFI SU (LELAKI HARAPAN DUNIA)

QUE HAIDAR (OPHILIA)





FAZURA (MANISNYA CINTA DI CAPPACODIA)

Fazura dengan Anugerah Pelakon Wanita Terbaik.

Disamping menang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik, Fazura juga boleh menang Anugerah Fesyen Pakaian Karpet Merah Terbaik.



LISA SURIHANI (DENDAM ORANG MATI)

MAYA KARIN (SEJOLI)

SARA ALI (KAMI HISTERIA)

DAWN CHEONG (CUAK)





Mana orang-orang filem? Yang kelihatan Jailani Johari, Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia, Sharifah Zarah Syed Ahmad (MCMM) dan Kamil Othman, Ketua Pengarah Finas. Alangkah menariknya sekiranya 2 pengiring di kiri itu Yusof Haslam dan Sofea Jane.

BAGUSLAH, ORANG-ORANG POLITIK TIDAK TURUT BERGLAMOR

Tersentap juga hati saya, apabila menyaksikan upacara perasmian FFM27 pada 2 September lalu masih dikuasai orang-orang politik atau orang-orang bukan glamor. Lihat gambar di atas.

"Ah!... sudah. Tidak berbaloi teguran ikhlas yang aku buat, supaya orang-orang politik atau orang-orang bukan glamor, jangan terlalu menonjol, tidak diambil peduli," kata hati saya, dan sayu rasanya dan sangat kecewa.

Saya terus membuat kesimpulan, samada Rais Yatim meneraju Kementerian Komunikasi Dan Multimedia atau tidak, keadaan tidak akan berubah, tetap sama.
'pi mai pi mai tang tu juga.'

Ramalan sudah saya buat, dalam upacara penyampaian anugerah FFM27 seterusnya pada 5 September, Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi Dan Multemedia, akan naik ke pentas menyampaikan Anugerah Filem Terbaik.

Sharifah Zarah Syed Ahmad pula menyampaikan Anugerah Pengarah Terbaik; Jalaini Johari, Anugerah Pelakon Wanita Terbaik; dan Kamil Othman, Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.

Rupa-rupanya, ramalan 'nujum Pak Belalang' saya tidak tepat. Penglibatan orang-orang politik atau orang-orang bukan glamor, hanya di upacara penyampaian anugerah 2 September itu saja, tidak pada 5 September.

Saya gembira. Samada Kamil Othman menerima syor ikhlas saya itu (hanya saya, melalui FK, yang membuat cadangan seperti itu) atau sememangnya idea dia sendiri, sudah tidak penting. Saya sama-sama ingin memperbaiki keadaan, apatah lagi saya merupakan salah seorang pengasasnya.

Dalam upacara kemuncak penyampaian Anugerah FFM27, tidak ada seorang pun orang-orang politik atau orang-orang bukan glamor naik ke pentas menyampaikan anugerah.

Kalau dulu, mereka sering diberi keutamaan menyampaikan anugerah terutama Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik, kadang-kadang Anugerah Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik, tapi kali ini orang-orang filem sendiri menyampaikannya.

Biarkan orang-orang filem berfestival sesama sendiri setahun sekali. Orang-orang politik, orang-orang bukan glamor dan orang-orang penganjur (staf Finas), cukuplah sekadar menjadi pemerhati dan lihat saja apa yang mereka lakukan. Baik puji, tak baik tegur.

Anugerah Filem Terbaik disampaikan oleh Shuhaimi Baba dan Panshah, dan Salleh Said Kruak, Menteri Komunikasi Dan Multimedia, turut sama hadir tapi tidak menyampaikan anugerah terpenting itu. Ini suatu petanda baik, dan sangat dialu-alukan.

Diharap pada masa depan, setiap kali FFM muncul, keadaan yang sama berlaku. Biarkan orang-orang glamor sesama sendiri berpesta-pestaan, orang-orang politik atau orang-orang bukan glamor jauhkan diri, jadi pemerhati cukuplah.





Amerul Affendi, pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Nadiya Nisaa, pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.





SENARAI PENUH CALON DAN PEMENANG ANUGERAH
FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-27 (FFM27)


Mamat Khalid, pemenang Anugerah Lakon Layar Terbaik.

1. FILEM TERBAIK

Lelaki Harapan Dunia (Everythings Film) - MENANG

Terbaik Dari Langit (Astro Shaw/Playground Production)
Amir & Loqman Pergi Ke Laut (Astro Shaw)
Dollah Superstar (Filmscape)
Manisnya Cinta Di Cappadocia (Astro Shaw/Global Station/Red Film)

2. PENGARAH TERBAIK

Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia) - MENANG

Kabir Bhatia (Dollah Superstar)
Bernard Chauly (Manisnya Cinta Di Cappadocia)
Nik Amir Mustapha (Terbaik Dari Langit)
Mamat Khalid (Amir & Loqman Pergi Ke Laut)

3. PELAKON LELAKI TERBAIK

Lee Sai Peng (The Journey) - MENANG

Wan Hanafi Su (Lelaki Harapan Dunia)
Awie (Dollah Superstar)
Bront Palarae (Terbaik Dari Langit)
Que Haidar (Ophilia)

4. PELAKON WANITA TERBAIK

Fazura (Manisnya Cinta Di Cappadocia) - MENANG

Dawn Cheong (Cuak)
Sara Ali (Kami Histeria)
Maya Karin (Sejoli)
Lisa Surihani (Dendam Orang Mati)

5. PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK

Amerul Affendi (Terbaik Dari Langit) - MENANG

Fizz Fairuz (Dollah Superstar)
Syazwan Zulkifly (Laga)
Nasir Bilal Khan (Laga)
Faizal Hussein (Manisnya Cinta Di Cappadocia)

6. PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK

Nadiya Nisaa (Terbaik Dari Langit) - MENANG

Izara Aisyah (Sejoli)
Fazura (Kami Histeria)
Eja (Manisnya Cinta Di Cappadocia)
Ayu Raudhah (Lagenda Budak Setan 3)

7. SINEMATOGRAFI TERBAIK

The Journey (Eric Yong) - MENANG

Amir & Loqman Pergi Ke Laut (Tan Teck Zee)
Terbaik Dari Langit (Jordan Chiam)
Manisnya Cinta Di Cappadocia (Haris Hue)
Lelaki Harapan Dunia (Teoh Gay Hian)

8. PENYUNTING TERBAIK

Adilan Azemi (Dollah Superstar) - MENANG

Erik Moh (The Cage)
Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia)
Rewan Ishak (Terbaik Dari Langit)
Nazim Shah (Amir & Loqman Pergi Ke Laut)

9. LAKON LAYAR TERBAIK

Mamat Khalid (Amir & Loqman Pergi Ke Laut) - MENANG

Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia)
Rafidah Abdullah (Manisnya Cinta Di Cappadocia)
Alfie Palermo/Kabir Bhatia (Dollah Superstar)
Redza Minhat (Terbaik Dari Langit)

10. CERITA ASAL TERBAIK

Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia) - MENANG

Mamat Khalid (Amir & Loqman Pergi ke Laut)
Chiu Keng Guan (The Journey)
Redza Minhat/Tuan Faisal Azmi Tuan Kob/Nik Amir Mustapha
(Terbaik Dari Langit)
Amrul Hadi/Kabir Bhatia (Dollah Superstar)


Othman Hafsham, penerima Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman.

Othman Hafsham menerima Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman daripada
Yusof Haslam.


Mariam Ibrahim, penerima Anugerah Penggiat Belakang Tabir.


11. PENATAAN SENI TERBAIK

Lelaki Harapan Dunia
(Tunku Mohd.Taufek/Tunku Tommy Mansur) - MENANG

The Great Lion (Too Wen Huei)
Hungry Ghost Ritual (Too Wen Huei)
Apokalips X
(Rosli Mahmud/Anuar John Paharuddin/Pathullah Luqman)
The Journey (Soon Yong Chow)

12. PENATAAN BUNYI TERBAIK

Winson Poon (Hungry Ghost Ritual) - MENANG

Digital Orange (Kami Histeria)
Imaginax Studios (Lelaki Harapan Dunia)
Adzrey Abdul Kamal (Amir & Loqman Pergi Ke Laut)
Ilya Syazran Lukman (Dendam Orang Mati)

13. PEREKA KOSTUM/BUSANA TERBAIK

Elaine Ng/Wing Shum (Hungry Ghost Ritual) - MENANG

Roshada Abdul Hamid (Apokalips X)
Tunku Mohd. Taufek (Lelaki Harapan Dunia)
Jessie Yeow/Fiza Yusof (Kami Histeria)
Daniel Henry Chin (Manisnya Cinta Di Cappadocia)

14. KESAN KHAS TERBAIK

Mirage Works (Seventh) - MENANG

Zabil Zamanhuri (Terbaik Dari Langit)
Bruce Lee Yong Leong (Kami Histeria)
Weng Meng Hee (Hungry Ghost Ritual)
Viper Studios (Abang Long Fadil)

15. SKOR MUSIK ASAL TERBAIK

Ooi Su Lyn/Teoh Eng Hooi
(Manisnya Cinta Di Cappadocia) - MENANG

Pita Hati (Terbaik Dari Langit)
Imaginax Studios (Lelaki Harapan Dunia)
Alex San Wai Lik (The Journey)
Imaginax Studios (Amir & Loqman Pergi Ke Laut)

16. LAGU TEMA ASAL TERBAIK

“Lautan”/Yuna (Lagenda Budak Setan 3) - MENANG

“Pacai”/Syed Ahmad Faizal (Dollah Superstar)
“Sahabat”/Pita Hati (Terbaik Dari Langit)
“Sampai Bila”/DJ Fuzz (Amir & Loqman Pergi Ke Laut)
“Kami Histeria”/Monoloque (Kami Histeria)


Raja Mukhriz, pemenang Anugerah Pengarah Harapan.

Dawn Cheong, pemenang Anugerah Pelakon Harapan Wanita.

17. PENGARAH HARAPAN

Raja Mukhriz (Ophilia) - MENANG

Gavin Yap (Take Me To Dinner)
Shamyl Othman (Kami Histeria)
Felix Tan & Kethsvin Chee (The Cage)
Razaisyam Rashid (CEO)

18. PELAKON HARAPAN LELAKI

Kodi Rasheed (Ophilia) - MENANG

Ghafir Akbar (Cuak)
Azwan Kombos (Nasi Tangas)
Anas Ridzuan (CEO)
Fadlan Hazim (Sniper)

19. PELAKON HARAPAN WANITA

Dawn Cheong (Cuak) - MENANG

Adiba Yunus (Nasi Tangas)
Aisya Hasnaa (Dollah Superstar)
Nad Zainal (Kami Histeria)
Izara Aisyah (Sejoli)


KODI RASHEED, pemenang Anugerah Pelakon Harapan Lelaki.

RAYKARL ISKANDAR, pemenang Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik.

20. FILEM PENDEK TERBAIK

Salvaj (Cho We Jun) - MENANG

Kelambu (Salem Muhammad)
Xing (Seeing Eye Film)
Hajat (Ng Ken Kin)
Leleh (Fadhlan Khair Fawazul Khair)

21. FILEM CEREKA ANIMASI TERBAIK

Ribbit (KRU International) - MENANG

Super Squad (Netcarbon)

22. FILEM ANIMASI BERSIRI TERBAIK

Rimba Racer (Glue Studio) - MENANG

Dadudido (Les' Capaque Production)
The Amazing Awang Khenit (Sead Studios)
Chuck Chicken (Animasia Studio)
Puteri (Les' Capaque Production)


23. PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK

Raykarl Iskandar (Lelaki Harapan Dunia) - MENANG

Eunos Madeonus (Dendam Orang Mati)
Muhammad Farhan (Lelaki Harapan Dunia)
Mia Sara Nasuha (Lagenda Budak Setan 3)
Raykarl Iskandar (Manisnya Cinta di Cappadocia)

24. FILEM BUKAN BAHASA MELAYU TERBAIK

The Journey (Astro Shaw) - MENANG

Take Me To Dinner (Superbear Productions/BWC Pictures)
The Cage (Dreamteam Studio)
The Great Lion (Asia Tropical)
Cuak (Garang Picture)

25. KARYAWAN SEPANJANG ZAMAN - Othman Hafsham

26. PENGGIAT DI BELAKANG TABIR - Mariam Ibrahim

27. BOX OFFICE - The Journey (RM18 Juta)

28. ANUGERAH KHAS JURI
* The Great Lion (Asia Tropical)
* Amir & Loqman Pergi Ke Laut (Astro Shaw)
* Terbaik Dari Langit (Astro Shaw/Playground Production)





Faizal Hussein & Suhaila Sulaiman.

Cristina Suzanne, pakaiannya unik sekali.

Najwa Abu Bakar, naik ke pentas menerima anugerah banyak kali.

Gelagat Shahiezy Sam ketika menyampaikan Anugerah Pelakon Wanita Terbaik.

YANG MENARIK DAN YANG TIDAK MENARIK

* Yang tidak menarik - Shahiezy Sam ternyata tidak ambil peduli tugasnya sebagai penyampai anugerah. Kemunculan tergopoh gapah dan membaca deskripsi pun kelam kabut. Sudahlah begitu, pakaiannya tidak mengikut peraturan. Paling memualkan, dia ambil kesempatan mempromosi filem terbarunya, "Polis Evo". Kalau dia sebagai orang filem tidak menghormati upacara yang diadakan untuknya, siapa lagi?

* Yang menarik - Penyampaian deskripsi Rosyam Nor (dia tidak membaca) paling menarik dibandingkan dengan semua penyampai. Jelas dan teratur penuturannya. Ternyata dia sudah matang dengan karier filemnya, dan profesioanl sebagai penyampai apa juga anugerah. Pakaiannya pun smart. Shahiezy Sam patut belajar daripadanya.

* Yang menarik - Dialog Erma Fatima ketika menyampaikan Anugerah Filem Bukan Melayu Terbaik kepada filem "The Journey". Katanya: “Tidak sepatutnya Bahasa menjadi pemisah kepada sesebuah filem atau karya terbaik. Karya terbaik tetap karya terbaik, ia tidak perlu ada kategori Bahasa. Saya harap anugerah sebegini tidak perlu ada lagi pada tahun depan.” Saya setuju. Kitakan 1 Bangsa. Bukan Melayu, Bukan Cina dan bukan juga India.

* Yang tidak menarik - Pemberian anugerah kepada penyampai tidak konsistan. Sekejap bagi dulu Anugerah, kemudian baca dan sampaikan. Sekejap baca dulu, kemudian baru bagi Anugerah dan sampaikan. Ini menyebabkan Sofea Jane terpinga-pinga kerana, bila dia mula nak baca deskripsi, baru Anugerah nak disampaikan padanya. Takkah kelam kabut jadinya.

* Yang tidak menarik - Nyanyian lagu "Di Manakan Kucari Ganti" oleh Misha Omar sangat menarik. Tidak menarik, kerana gambar paparan di skrin besar, mereka yang meninggal dunia tidak banyak. Balik-balik Mustapha Maarof, Harun Salim Bachik, Karim Latiff dan Julie Dahalan. Ini memperlihatkan, si pembuat klips malas nak buat research. Atau yang meninggal dunia tu dikhusus pada tahun 2014.

* Yang menarik - Setiap kali kamera fokus kepada Faizal Hussein, kelihatan dia sentiasa tersenyum. Malah bergembira, menari dan bersorak bersama Nabil dan Sherry dan selebriti yang lain. Ini jelas, sebagai orang filem, dia tidak kisah samada menang atau pun kalah. Nampaknya tahun depan (FFM28), Faizal akan dicalonkan sekali lagi kerana filem "Kapsul". Itu pun, kalau filem tersebut tidak diboikot. Tapi, boikot pasal apa, ye?

* Yang tidak menarik - Pakaian Cristina Suzanne terlalu unik hingga menampakkan kejelekannya. Fesyen rambutnya, macam rambut Cleopatra, tapi pakaiannya yang kembang dan kembung diperut tu, fesyen apa daa...? Baju mengandung, ke? Dia cantik, tapi jadi hodoh apabila berkeadaan begitu. Di FFM26 pun sama, fesyen rambut Cleopatra.

* Yang menarik - Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman diberikan hanya kepada seorang tokoh filem yang banyak jasanya dalam dunia perfileman Malaysia, tidak 2 (lelaki dan wanita) sebagaimana yang berlaku di beberapa FFM yang lalu. Harap kekalkan begitu, dan tahniah Othman Hafsham!.

* Yang tidak menarik - Setiap kali "The Journey" diumumkan sebagai pemenang, setiap kali itulah Najwa Abu Bakar (Ketua Astro Shaw), naik ke pentas menerima anugerah. Kemana perginya Eric Yong, pemenang Jurugambar Terbaik, atau pengarahnya, Chou Chi Guan. Dia terima Anugerah Box Office, satu tu cukuplah. Bagilah chance pada yang lain. Ramai juga nak tengok wajah Eric Yong dan Chou Chi Guan.

* Yang menarik - Pakaian Fazura. Kelihatan seksi (seksi bukan bermakna dedah sana dedah sini), sesuai dengan bentuk badan serta warna yang saya sendiri tidak begitu tahu colornya. Bagaimanapun Zaini beritahu, blue turquoise. Betul, ke? Bolehlah juga dikatakan, di antara selebriti wanita yang hadir pada malam itu, pakaian paling menarik ialah pakaian Fazura yang saya namakan fesyen ikan duyung. Tahniah kepada perekanya, Rizman Ruzaini.





Vanida Imran Nur Fazura & Sofea Jane

Liyana Jasmay

Mia Sara Nasuha

Ayu Raudhah & Zaquan Adha

Sara Ali & Syazwan Zulkifli


JUMLAH ANUGERAH DIMENANGI FILEM YANG BERTANDING

# 1. LELAKI HARAPAN DUNIA (13)
1. Filem (Everythings Film) - MENANG
2. Pengarah (Liew Seng Tat) - MENANG
3. Pelakon Lelaki (Wan Hanafi Su)
4. Lakon Layar (Liew Seng Tat)
5. Cerita Asal (Liew Seng Tat) - MENANG
6. Penyunting (Liew Seng Tat)
7. Sinematografi (Gay Hian Teoh)
8. Penataan Seni (Tunku Mohd. Taufek/Tunku Tommy Mansur) - MENANG
9. Penataan Bunyi (Imaginax Studios)
10. Pelakon Kanak-Kanak (Raykarl Iskandar) - MENANG
11. Pelakon Kanak-Kanak (Muhammad Farhan)
12. Skor Musik Asal (Imaginax Studios)
13. Pereka Kostum/Busana (Tunku Mohd.Taufek)
* MENANG 5 ANUGERAH

# 2. TERBAIK DARI LANGIT (12)
1. Filem (Astro Shaw/Playground Production)
2. Pengarah (Nik Amir Mustapha)
3. Pelakon Lelaki (Bront Palarae)
4. Pelakon Pembantu Lelaki (Amerul Affendi) - MENANG
5. Pelakon Pembantu Wanita (Nadiya Nisaa) - MENANG
6. Lakon Layar (Redza Minhat)
7. Cerita Asal Terbaik
(Redza Minhat/Tuan Faisal Azmi Tuan Kob/Nik Amir Mustapha)
8. Penyunting (Rewan Ishak)
9. Sinematografi (Jordan Chiam)
10. Pereka Kostum/Busana (Tunku Mohd.Taufek)
11. Kesan Bunyi (Nabil Zamanhuri)
12. Skor Musik Asal (Pita Hati)
* MENANG 3 ANUGERAH (+ ANUGERAH KHAS JURI)

# 3. MANISNYA CINTA DI CAPPACODIA (10)
1. Filem (Astro Shaw/Global Station/Red Film)
2. Pengarah (Bernard Chauly)
3. Pelakon Wanita (Fazura) - MENANG
4. Pelakon Pembantu Lelaki (Faizal Hussein)
5. Pelakon Pembantu Wanita (Eja)
6. Lakon Layar (Rafidah Abdullah)
7. Sinematografi (Haris Hue)
8. Pereka Kostum/Busana (Daniel Henry Chin)
9. Pelakon Kanak-Kanak (Rykarl Iskandar)
10. Skor Musik Asal (Oii Su Lyn/Teoh Eng Hooi) - MENANG
* MENANG 2 ANUGERAH

# 4. AMIR & LOQMAN PERGI KE LAUT (9)
1. Filem (Astro Shaw)
2. Pengarah (Mamat Khalid)
3. Lakon Layar (Mamat Khalid) - MENANG
4. Cerita Asal (Mamat Khalid)
5. Penyunting (Nazim Shah)
6. Sinematografi (Tan Tek Zee)
7. Penataan Bunyi (Adzrey Abdul Kamal)
8. Skor Musik Asal (Imaginax Studios)
9. Lagu Tema Asal ("Sampai Bila"/DJ Fuzz)
* MENANG 2 ANUGERAH (+ ANUGERAH KHAS JURI)

# 5. DOLLAH SUPERSTAR (9)
1. Filem (Filmscape)
2. Pengarah (Kabir Bhatia)
3. Pelakon Lelaki (Awie)
4. Pelakon Pembantu Lelaki (Fizz Fairuz)
5. Lakon layar (Alfie Palermo/Kabir Bhatia)
6. Cerita Asal (Amirul Hadi/Kabir Bhatia)
7. Pelakon Harapan Wanita (Aisya Hasnaa)
8. Penyunting (Adilan Azemi) - MENANG
9. Lagu Tema Asal ("Pacai"/Syed Ahmad Faizal)
* MENANG 1 ANUGERAH

# 6. THE JOURNEY
1. Pelakon Lelaki (Lee Sai Peng)
2. Sinematografi (Eric Yong)
3. Filem Bukan Bahasa Melayu (Astro Shaw)
4. Filem Box Office
* MENANG 4 ANUGERAH

# 7. OPHILIA
1. Pengarah Harapan (Raja Mukhriz)
2. Pelakon Harapan Lelaki (Kodi Rasheed)
* MENANG 2 ANUGERAH

# 8. HUNGRY GHOST RITUAL
1. Penataan Bunyi (Winson Poon)
2. Pereka Kostum/Busana (Elaine Ng/Wing Shum)
* MENANG 2 ANUGERAH


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?






KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.




ALBUM (LP) LAGU-LAGU FILEM UNTUK DIJUAL___


RM250.00

RM250.00

RM250.00

RM250.00

RM250.00

RM250.00


# Sesiapa berminat memiliki album-album di atas, sila hubungi
Zaini Yusop menggunakan nombor telefon 012-3408117.

5 comments:

  1. Salam sejahtera Encik Mustafar A.R. Saya telah membaca boleh dikatakan kesemua ulasan dan kritikan di akhbar dan di blog mengenai keputusan anugerah FFM27 yang diumumkan pada 5 September lalu, dan ternyata ulasan dan kritikan Encik Mustafar dalam FK jauh lebih sempurna jika dibandingkan dengan yang lain-lain. Itulah kelebihan di antara wartawan veteran dengan wartawan sekarang yang saya anggap setengah masak, tidak mempunyai pengalaman luas tentang filem sebaliknya mempunyai sikap bodoh sombong. Cerita-cerita sensasi dan kisah-kisah celah kangkang adalah bahan-bahan yang sangat mereka suka tulis, malah selalu jadi pergaduhan antara wartawan dan selebriti. Dulu, perkara tersebut jarang berlaku. Macam mana KP Finas, Encik Kamil Othman, boleh tergerak hatinya untuk menyerahkan penganjuran FFM yang akan datang kepada WHAM, saya sendiri tidak faham. Saya kira, biarlah Finas terus sebagai penganjur. Jika ada apa-apa kekusutan yang terdapat dalam FFM27, carilah jalan memperbaikinya. Berundinglah. Gafimkan ada. Kalau bagi WHAM, tidak bererti masalah tidak ada, kerana wartawan sekarang bukan macam wartawan dulu yang perjuangan mereka terhadap filem (seni) benar-benar ikhlas, tidak mengarapkan keuntungan peribadi. Bagaimana pun, sekiranya Encik Kamil mahu juga, cubalah. Berbalik kepada ulasan dan kritik Encik Mustafar, boleh dikatakan kesemuanya saya setuju terutama mengenai kemenangan "Lelaki Harapan Dunia", tidak ada lagi orang-orang politik menyampaikan anugerah, pengarah Nik Amir Mustapha yang condong ke Barat dan rekabentuk anugerah yang tidak menarik. Syabas, Encik Mustafar kerana ulasan dan kritik yang berani dan mantap itu. Saya perhatikan juga, banyak syor yang Encik Mustafar kemukakan digunapakai oleh Finas dalam FFM27 ini. Saya merupakan peminat tegar FK, dan mula mengikutinya sejak 2012. FK banyak menyalurkan informasi yang sangat berguna terutama dikalangan orang-orang muda seperti saya yang masih tercari-cari ilmu pengetahuan mengenai filem terutamanya, sebanyak mungkin - Sarifudin Zainudin (via e-mel), UiTM, Seri Iskandar, Perak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu ulasan dan kritikan yang cukup baik dari En. Mustafar, dan setuju dengan pandangan yang diberikan oleh En. Sarifudin. Inilah bezanya ulasan dan kritikan oleh seorang penulis yang tidak ada kepentingan, hanya semata-mata untuk kebaikan industri filem itu sendiri terutama FFM27. Tahniah diucapkan kepada En. Mustafar dan isteri. FK merupakan satu-satunya blog di alam maya yang begitu prihatin terhadap perkembangan filem Malaysia, dan biasanya artikel-artikel yang disiarkan sentiasa saja berfakta dan berinformasi - Balqis (UKM), Bangi, Selangor.

      Delete
  2. assallammualaikum saudara mustafa.saja nak tanya sambil mengimbau kenangan lama.kenapa filem adik manja memenangi skrip terbaik dan filem komedi terbaik sedangkan filem itu merupakan filem saduran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya, sebagai Pegawai Penerangan FFM1, saya telah menimbulkan perkara "Adik Manja" yang diciplak 'frame by frame' oleh Othman Hafsham dari filem Hong Kong "Whose Baby Is in the Classroom?" arahan Inoue Umetsugu kepada pengerusi FFM1, Norshah Thamby (Allahyarham). Namun katanya, ini adalah festival filem yang pertama, kita lepas dulu. Dalam FFM seterusnya, jika Eja masih jadi penganjur, kita buat ketetapan supaya filem yang diciplak tidak dibenarkan menyertai FFM. Apabila Finas menganjur sepenuhnya FFM3 dan FFM4, perkara tersebut tidak timbul lagi. Apabila Gafim mengambilalih pun, tidak ada perbincangan dibuat. Sebagai orang kecil tidak ada kuasa, ada sekali sekala saya timbulkan, tetapi bak kata orang seperti 'menyirus air di daun keladi'. Lama kelamaan saya pun bosanlah. Itulah sebabnya filem-filem ciplakan bermaharajalela dengan "Rahsia" (arahan Othman Hafsham) dan "Papadom" (Afdlin Sauki) menang Filem Terbaik, yang sepatutnya tidak seharusnya boleh menang. Begitupun juga, saya kira, filem ciplakan hanya Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik saja tidak boleh dicalonkan, tetapi di bahagian teknikal yang lain seperti lakonan, sinematografi, penyuntingan dan lain-lain dibolehkan. Dalam FFM yang akan datang perkara ini harus diambil berat oleh angguta panel juri. Mana boleh hasil karya orang lain, senang-senang saja boleh menang Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.

      Delete
  3. Salam saudara. Saya sebenarnya ingin bertanya mengenai filem2 klasik melayu. Boleh kah saya bertanya diruang ini. Wasalam Hatta

    ReplyDelete