"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Tuesday, December 29, 2015


FILEM BAHASA ASING ANUGERAH OSCAR KE-88

"LELAKI HARAPAN DUNIA" GAGAL KE PEMILIHAN 9
Teks Oleh Zaini Yusop
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun Oleh Mustafar A.R.


FILEM BAHASA ASING ANUGERAH OSCAR KE-88

"LELAKI HARAPAN DUNIA" & PENGARAH LIEW SENG TAT

Setelah menunggu beberapa ketika akhirnya, filem "Lelaki Harapan Dunia" yang diarahkan oleh Liew Seng Tat gagal ke pemilihan 9 yang telah diumumkan pada 17 Disember 2015 yang lalu.

Dengan kegagalan tersebut, karyawan filem Malaysia harus berkerja kuat supaya di masa akan datang berjaya bukan saja ke pemilihan 9 tetapi juga ke pemilihan 5 terbaik yang dianggap sebagai paling unggul dalam sejarah perfileman global.

Jika diperhatikan senarai ke pemilihan 9, tidak ada satu pun filem dari negara-negara Asia, 7 dibolot oleh negara-negara Eropah, satu Amerika Latin dan satu lagi Timur Tengah.

Apapun, FK mengucapkan tahniah kepada "Lelaki Harapan Dunia" kerana setidak-tidaknya tersenarai juga di pemilihan awal, masuk ke dalam 81 filem untuk kategori Filem Bahasa Asing Terbaik Anugerah Oscar Akademi ke-88.
Klik Disini


Bukan mudah sampai ke peringkat itu lebih-lebih lagi apabila blog AwardsCircuit telah membuat ramalan (other possiblities) ia berada di tempat yang sangat memerangsangkan, ke-23, bersaing dengan;
* "Sivas", Turkey (21)
* "How to Win at Checkers (Every Time)", Thailand (22)
* "The Wave", Norway (24)
* "600 Miles", Mexico (25)
* "Muhammad: The Messenger of God", Iran (26)
* "Rams", Iceland (27)
* "Xenia", Greece (28)
* "Moira"”, Georgia (29)
* "Sand Dollars", Dominician Republic (30)

Dengan berada di tangga tersebut, jelas memperlihatkan "Lelaki Harapan Dunia" (berdasarkan penilaian AwardsCircuit), sudah berjaya mengatasi negara-negara yang sering mengeluarkan filem-filem hebat dan terbaik seperti Norway, Mexico, Iran dan Greece.






12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR
* JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 29 DISEMBER 2015)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 125,337
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 120,883 * SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 110,542
* SELAMAT PENGANTIN BARU 63,224 * FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 23,490





1. "THE BRAND NEW TESTAMENT" (BELGIUM)

2. "EMBRACE OF THE SERPENT" (COLOMBIA)

3. "A WAR" (DENMARK)

4. "THE FENCER" (FINLAND)

5. "MUSTANG" (FRANCE)

6. "LABYRINTH OF LIES" (GERMANY)

7. "SON OF SAUL" (HUNGARY)

8. "VIVA" (IRELAND)

9. "THEEB" (JORDAN)




9 FILEM TERPILIH KE PEMILIHAN 9
Oleh Zaini Yusop


9 filem terpilih ke pemilihan 9 dari 81 filem tersenarai diperingkat awal;

* Belgium "THE BRAND NEW TESTAMENT (pengarah Jaco Van Dormael)
* Colombia "EMBRACE OF THE SERPENT" (pengarah Ciro Guerra)
* Denmark "A WAR" (pengarah Tobias Lindholm)
* Finland "THE FENCER" (pengarah Klaus Haro)
* France "MUSTANG" (pengarah Deniz Gamze Erguven)
* Germany "LABYRINTH OF LIES" (pengarah Giulio Ricciarrelli)
* Hungary "SON OF SAUL" (pengarah Laszlo Nemes)
* Ireland "VIVA" (pengarah Paddy Breathnach)
* Jordan "THEEB" (pengarah Naji Abu Nowar)

Pencalonan Anugerah Oscar Akademi Filem Bahasa Asing Terbaik Ke-88 (2015) dibahagikan kepada 2 fasa.

Jawatankuasa Fasa 1 dianggutai oleh beberapa ratus orang ahli Anugerah Oscar Akademi di Los Angeles. Mereka menonton filem-filem yang disenaraikan di antara pertengahan bulan Oktober hingga 14 Disember 2015.

Pemilihan 6 filem teratas, ditambah dengan 3 lagi yang diundi oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif Anugerah Filem Bahasa Asing Oscar Akademi, yang merupakan itu adalah senarai pendek.

9 filem yang disenarai pendekkan itu akan ditapis dan diturunkan ke pemilihan 5 filem saja oleh Ahli Jawatankuasa yang diundang khas dari New York, Los Angeles dan London.

Mereka akan mengadili ke semua 9 filem itu pada 8 Januari hingga 19 Januari 2016, menonton 3 filem setiap hari, sebelum undian peringkat akhir dijalankan.

Kesemua pencalonan Anugerah Oscar Akademi Ke-88 akan diumumkan secara langsung pada 14 Januari 2016 di Samuel Goldwyn Theater, Beverly Hills.

Upacara penyampaian anugerah akan dibuat secara langsung oleh ABC pada 28 Februari 2016 di Dolby Theatre, Hollywood, dan dijangka dapat ditonton oleh ramai peminat filem di 225 negara diseluruh dunia.


# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?








KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.




7 comments:

  1. Saya bukanlah seorang ahli tentang filem ataupun kaki wayang yang tegar. Tetapi saya lebih suka & seronok menonton filem di panggung kerana keadaan fizikal layarnya, audionya & suasana di dalam panggung. Satu soalan yang ingin saya kemukakan sebagai seorang "layman" yang daif: Adakah filem-filem asing yang dicalonkan & berjaya ke peringkat akhir untuk acara Oscar tahunan ini semuanya filem seni (art film) & bukan filem komersial? Pada saya, filem seni selalunya amat membosankan kerana ia tidak mempunyai unsur hiburan, fantasi dll. Sebab itu, di India filem-filem seni (yang dipanggil "parallel film") selalunya kecundang di box-office & jarang mendapat sambutan. Majoriti para penonton di mana-mana negara sekalipun, mereka pergi ke panggung wayang untuk menonton kerana mereka mahukan hiburan.

    - NONAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu perkara NoNama harus ingat dan faham,
      filem 'art film' mungkin membosankan NoNama,
      tapi tidak semestinya membosankan orang lain.
      Drp: Zahari, Putrajaya.

      Delete
    2. Setuju dengan pendapat Encik Zahari.
      Tepuk dada tanya selera - Suraya, PJaya.

      Delete
  2. Saya memang suka menonton filem-filem berkualiti tinggi seperti Anugerah Oscar (Best Foreign Language Film). Disini inginlah saya membuat pilihan (sekadar suka-suka saja) 5 yang terbaik dan akan bersaing diperingkat final;

    1. "Labyrinth of Lies" (Germany)
    2. "Mustang" (France)
    3. "Brand New Testament" (Belgium}
    4. "Son of Saul" (Hungary)
    5. "Theeb" (Jordan)

    - Daniel, P.Pinang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai Sdra Daniel buat ramalan.
      Dari 9, 3 tepat;
      # "Mustang" (France)
      # "Son of Saul" (Hungary)
      # "Theeb" (Jordan)
      Dari 9, 2 gagal;
      # "A War" (Denmark)
      # "Embrace Of The Serpent" (Colombia)
      Sekarang mari kita teka, filem mana akan menang anugerah.
      Ramalan saya, "Mustang".
      - Halimi, Woodlands, S'pore.

      Delete
    2. Ramalan saya pula;
      "Son Of Saul" (Hungry)
      - Anom, KL.

      Delete
    3. Dalam pengetahuan saya,
      Jordan tidak pernah menang.
      Harap "Theeb" akan berjaya
      - Luqman, Taiping, Pk.

      Delete