"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Friday, January 1, 2016


STATISTIK FILEM KLASIK 2015

PAGEVIEWSNYA MENCAPAI 1,000,000 PADA 26 MEI 2015
Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



Kini, diterbitkan sebulan sekali, tidak lagi seminggu sekali.










12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 31 DISEMBER 2015)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 125,519
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 121,807 * SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 110,679
* SELAMAT PENGANTIN BARU 63,293 * FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 23,566






TRIBUTE... BAHYAH MAHMOOD

NURBANI JUSUF & MARIANI

MOMO & S.HAMID

Diperingkat awal Filem Klasik (FK) wujud pada 12 April 2010, hanya sekadar main-main, mahu mencuba sebagai pemblog. Tidak disangka pula main-main jadi sungguh-sungguh, dan pada 26 Mei 2015 pageviewnya mencapai 1,000,000. Kini selepas 7 bulan (27 Disember 2015) meningkat kepada 1,245,525.

Daripada banyak e-mel dan komen yang saya terima, ternyata FK semakin popular, ramai menjadikannya tempat rujukan terutama peminat-peminat filem, musik dan lagu. Keyakinan mereka semakin menebal apabila segala fakta yang tercatat sahih, tepat dan betul.

Ada dikalangan mereka berpendapat, FK lebih sesuai dijadikan sebagai perpustakaan untuk menimba ilmu dibandingkan blog-blog lain terutama Sinemamalaysia yang dikendalikan oleh Finas.

Apakah betul begitu?

Suatu perkara yang sangat membanggakan, apabila "Tribute... Bahyah Mahmood" yang ideanya saya cetuskan (sebagai menghormati seorang wartawan yang banyak jasanya dalam mewarnai dunia kewartawanan dan seni tanahair) berjaya direalisasikan pada 12 April 2015 di Saloma Bistro, Kuala Lumpur.

Banyak rintangan dihadapi oleh AJKnya (Yusof Haslam, Sonny Abdullah, Rosnani Jamil, Ahmad Fauzee, Sandakiah Azez dan saya sendiri), namun sepakatan yang ada menyebabkan "Tribute... Bahyah Mahmood", julung-julung kali pernah diadakan, mencapai kejayaan diluar jangkaan.

Rupa-rupanya, keikhlasan sangat penting. Jika itu ada, yang lain-lain dapat disempurnakan dengan baik dan mudah termasuk kesulitan (diperingkat awal) mendapatkan peruntukan kewangan buat perbelanjaan.



Woo Ming Jin (kanan) dan Ying Xian (kiri) bergambar dengan saya dan Zaini Yusop, ditengah-tengah, sewaktu penggambaran dilakukan di Senawang, Negeri Sembilan.

Pada awal tahun 2015 yang lalu, satu unit penggambaran enam orang daripada Greenlight Pictures termasuk pengarahnya, Woo Ming Jin, dan produsernya, Ying Xian, telah datang ke rumah saya di Taman Desa Ixora, Senawang, Negeri Sembilan membuat penggambaran.

Saya diberitahu tujuan penggambaran tersebut, untuk filem dokumenteri
"Return To Nostalgia" yang bakal mewakili Malaysia di Busan International Film Festival (BIFF), Korea Selatan bermula pada 4 Oktober 2015 yang lalu.

Saya di temuramah (interview), topiknya tentang perkembangan filem Malaysia sejak tahun 1930an dan selepas perang dunia ke-2 serta mengutamakan filem "Seruan Merdeka" yang diarahkan oleh B.S.Rajhans dengan bintang utamanya Salleh Ghani dan Rokiah Hanaffi.

Oleh kerana sudah sekian lama, Ying Xian pula tidak menghubungi saya dan saya pula jenis orang yang malas bertanya, saya menjangkakan dokumentari tersebut gagal disiapkan apatah lagi untuk sampai ke peringkat tayangan di Korea Selatan.

Tiba-tiba dipenghujung tahun 2015, pada 31 Disember, e-mail gembira saya terima daripada Ying Xian...

Dear En. Mustafar A.R,
How are you doing? How's your book coming along? It's been a long time!
Thank you for your patience and especially for all of your help during the production of Return to Nostalgia! We mentioned that we would be having a local screening and now thanks to FINAS and Kelab Seni Filem Malaysia, we at Greenlight Pictures are proud to invite you to the local premiere (and one off screening) of Return to Nostalgia!
On 4 October 2015, Return to Nostalgia represented Malaysia in the KBS and Busan International Film Festival’s Power of Asian Cinema segment. Kicking off the series of 10 documentaries made by selected Asian filmmakers, Return to Nostalgia is Woo Ming Jin’s love poem to his home country and its cinematic history.
Along with his crew, they travelled across the peninsula of Malaysia and Singapore in search of the lost 1947 film Seruan Merdeka. Emerging as the first post World War II film made in Malaya and also the first film in the history of Malaysian cinema to feature a biracial cast of Malay and Chinese, Seruan Merdeka has yet to receive its much-deserved acknowledgement.
While gradually uncovering information about the lost film, a doorway into one of Malaya’s most turbulent times – the Japanese Occupation – is revealed. In their recollection of the past, the crew gathers together testimonies and interviews from locals across all races and walks of life in an effort to examine the country’s history.
Long forgotten memories of abandoned theatres, unspoken histories and lost films are unveiled in a lyrical confrontation between cinema and reality.
The details of the screening are as follows:
Event : Return to Nostalgia
Date : 8 January 2016
Time : 7.30pm – 9.30pm
Admission : Free
Venue : FINAS Content Malaysia Pitching Center, Platinum Sentral,
Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470, Kuala Lumpur
https://www.facebook.com/events/722706331199422/
This documentary could not have been made without your support. So we truly hope to have the pleasure of your company at our screening.
Please feel free to bring along any friends/family or anyone at all who would be interested in the documentary! We're looking forward to seeing you there! Please do contact me at +60102208773 if you have any queries.
p/s: Happy New Year!! Here's to a bigger and better year ahead of us!
Sincerely,
Ying Xian.




Dalam FK berseronok dan bergembira, bersedih dan bermurung tetap menyelubungi apabila beberapa selebriti veteran pergi menemui Allah yang maha Esa buat selama-lamanya - S.Hamid, Karim Latiff, Mariani dan Momo.

S.Hamid (meninggal dunia pada 6 Februari 2015) terkenal dengan lagu "Cendrawasih", dan berperanan sebagai Nasir (P.Ramlee waktu kecil) dalam filem "Bakti" yang diarahkan oleh L.Krishnan.

Karim Latiff (18 Ogos 2015) banyak membintangi filem-filem yang dikeluarkan oleh Merdeka Studio termasuk "Lain Jalan Ka-Shorga", "Anak Bapak", "Ahmad Albab" dan "Gerimis".

Mariani (1 Disember 2015) memang terkenal peranan jahatnya, tetapi ada juga memegang watak baik dan pernah membintangi filem-filem keluaran MFP, Cathay Keris dan Merdeka Studio. Antaranya, "Perjodohan", "Labu Dan Labi", "Sri Mersing", "Darah-Ku", "Masam2 Manis" dan "Putus Sudah Kaseh Sayang".

Walaupun pernah berlakon dalam beberapa filem seperti "Toping Saitan", "Pendekar Bujang Lapok" dan "Musang Berjanggut", namun Momo (10 Disember 2015) lebih terkenal sebagai penyanyi. Antara lagu-lagunya yang popular "Rayuan Pulau Kelapa". "Pulau Bali", "Dengarlah Ombak Berdesir" dan "Putus Kasih Di Semerah Padi".



# * S.HAMID (6 Februari 2015) * ALEX KOMANG (13 Februari 2015) * HARUN SALIM BACHIK (8 Mac 2015) * JULIE DAHLAN (30 April 2015) * KARIM LATIFF (18 Ogos 2015) * NURBANI JUSUF (22 Oktober 2015) * MARIANI (1 Disember 2015) * MOMO (10 Disember 2015)



Dua selebriti Indonesia yang turut menyemarakkan dunia filem Malaysia turut meninggalkan kita, Alex Komang dan Nurbani Jusuf.

Alex Komang (13 Februari 2015) begitu popular di Indonesia dengan lakonannya dalam filem "Doea Tanda Mata", "Secangkir Kopi Pahit" dan "Laskar Pelangi". Di Malaysia, dia membintangi "Puteri Gunung Ledang" berperanan sebagai Gusti Adipati Handaya Ningrat, disamping Tiara Jacquelina dan M.Nasir.

Nurbani Jusuf (22 Oktober 2015), mula berlakon dalam filem "Asmara Dara" yang diarahkan oleh Usmar Ismail. Dia juga turut membintangi "Bayangan DiWaktu Fajar" bersama S.Roomai Noor, Latifah Omar dan Rendra Karno.

Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Al-Fatihah.


1. SEKSI SELEBRITI INDONESIA

2. PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI

3. SEKSI SELEBRITI MALAYSIA

4. SELAMAT PENGANTIN BARU

5. 10 FILEM TERHEBAT BOLLYWOOD

6. 5 TAHUN PEMERGIAN P.RAMLEE

7. 10 FILEM TERBAIK INDONESIA

8. A.R.TOMPEL

9. 12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

10. JULIE FARIDAH



Sebagaimana yang dikatakan, kunjungan (hits) FK sudah mencapai 1 juta (1,000,000) pada 26 Mei 2015. Catatan pageviewsnya yang berakhir pada jam 12.00 tengahmalam 31 Disember 2015 sebanyak 1,245,525.

Rekod catatan dalam sehari, pada 16 Disember 2014 apabila lihatbaca mendapat hits 5,528, nombor dua tercatat pada 17 Disember 2014 dengan 3,806, dan ketiga 3,604 yang tercipta pada 11 Jun 2013.

Sungguhpun kunjungan dalam sehari tidak mencatatkan hingga beribu-ribu atau berjuta-juta, namun dengan sejumlah yang ada sekarang (antara 1,000 hingga 1,500 pageviews sehari) sudah mencukupi.

Sesuailah, dengan kandungannya berBahasa Malaysia (sedikit saja berBahasa Inggeris) dan topiknya pula terhad (lebih tertumpu kepada filem-filem lama), hanya segelintir saja yang suka dan berminat.

Apa pun, tujuan atau sasaran FK sudah tercapai dengan begitu baik, hanya dalam jangka masa yang begitu singkat (bermula 12 April 2010, dan aktif pada 9 Mac 2011), informasinya sudah tersebar dengan cukup meluas hingga sampai ke Amerika, Russia dan negara-negara Eropah dan America Latin.

Artikel "Seksi Selebriti Indonesia Dulu-Dulu" nampaknya begitu ke depan dengan 125,519 pageviews menduduki tempat pertama, meninggalkan jauh ke belakang "Pergimu Takkan Kembali" yang menerima hits 121,089 berada ditempat ke-2.

Artikel "Seksi Selebriti Dulu-Dulu" yang mula disiarkan pada 14 September 2012, turun satu anak tangga dengan catatannya pada jam 12.00 tengahmalam 31 Disember 2013 sebanyak 110,679 pageviews, kini menduduki tempat ke-3.

Artikel "Selamat Pengantin Baru", berada di tempat ke-4 dengan 63,293 lihatbaca, "10 Filem Bollywood Terhebat" ditempat ke-5 dengan catatan 23,566 manakala artikel "5 Tahun Pemergian P.Ramlee" yang ditulis oleh Bahyah Mahmood terpahat (kekal) di ranking ke-6 mencatat 16,053 lihatbaca.

Artikel "10 Filem Indonesia Terbaik" mencatat 12,660 ditempat ke-7, artikel "A.R.Tompel" (8,492 hits) ditangga ke-8 dan "12+1 Lagu Terbaik Rafeah Buang" (8,008) naik ke tangga ke-9.

Artikel "Julie Faridah" masuk dalam senarai (menyingkirkan "Cecilia Cheung") dengan catatan 6,429, berada ditempat ke-10.

Tujuan utama Filem Klasik (FK) diblogkan, berhasrat untuk mengimbas kembali filem-filem Melayu lama yang kini sudah dianggap klasik, kebanyakkannya dalam format black & white.

Setakat ini, sejak FK mula aktif, banyak filem telah diulas dan dikritik. Diantara sebanyak itu, "Gelora" yang dibintangi oleh P.Ramlee dan Sarimah mencatat (setakat 31 Disember 2015) 16,842 hits (pageviews) seterusnya berada dirangking pertama.

Dua filem Maria Menado berada di tangga ke-2 dan ke-3. "Selendang Delima" mencatat 7,744 hits, manakala "Pontianak" 7,324 lihatbaca.

Lain-lain filem yang melebihi 1,000 hits, "Hanchor Hati" (5,292), "The Long House" (4,525) dan "Permintaan Terakhir" (4,148).

"Lanchang Kuning" (3,592), "Hang Jebat" (3,330), "Cinta Dan Lagu" (3,241) dan "Semerah Padi" (3,019).

"Sumpah Orang Minyak" (2,992), "Penarek Becha" (2,906), "Selendang Merah" (2,686), "Lain Jalan Ka-Shorga" (2,632), "Sri Andalas" (2,618), "Leila Majnun" (2,481), dan "Chemburu" (2,104).

"Roh Membela" (1,661), "Seruan Merdeka (1,638), "Buloh Perindu" (1,632), "Jambatan Maut" (1,616), "Iman" (1,421), "Chempaka" (1,380), "Mutiara" (1,215) "Dewi Murni" (1,117) "Panggilan Pulau" (1,105) "Mutiara Dari Malaya" (1,021) dan "Singapura Di Waktu Malam" (1,010).

Saya begitu bangga dengan pencapaian tersebut kerana apa yang saya tulis dan kemukakan (supaya semua orang tahu) telah dikongsi bersama ramai peminat filem khususnya yang meminati filem Melayu lama (klasik).


GELORA

AZIZ SATTAR & AHMAD MAHMOOD

Setakat ini, saya telah menulis 4 artikel "Dari Kacamata Mustafar A.R." yang ada hubungkaitnya dengan mereka yang begitu rapat (close friends) dengan saya - Aimi Jarr, Ahmad Mahmood, Kassim Masdor dan Aziz Sattar.

Tidak pula saya menjangkakan, artikel-artikel itu mendapat hits yang begitu menggalakkan yang mana ini memberi semangat untuk saya meneruskannya, dan bakal menyusul "Mustapha Maarof Dari Kacamata Mustafar A.R." atau "Jins Shamsudin Dari Kacamata Mustafar A.R." sekiranya saya mampu.

Antara 4 personaliti yang saya tulis itu, Ahmad Mahmood (setakat 31 Disember 2015) menerima pageviews paling banyak - 5,329. Diikuti Aimi Jarr, 2,726; Aziz Sattar, 2,506; dan Kassim Masdor, 2,238.



Malaysia, terus berada dirangking pertama, menerima 824,679 pageviews, dan diikuti (ke-2) Indonesia dengan 120,857 lihatbaca.

Lihatbaca (pageviews), 8 negara lain yang terbaik, setakat jam 12.00 tengahmalam 31 Disember 2015;

3. Singapore - 65,248
4. United States - 52,796
5. India - 27,842
6. Brunei - 23,187
7. Germany - 15,530
8. Russia - 6,570
9. Vietnam - 3,110
10. Spain - 2,620

# Keseluruhan lihatbaca: 1,245,525 pageviews

Lain-Lain Negara;

11. United Kingdom 12. Philippines 13. Australia 14. Canada 15. Egypt
16. Saudi Arabia 17. Sweden 18. France 19. Belgium 20. Azerbaijan

21. Brazil 22. Algeria 23. Pakistan 24. Qatar 25. Slovakia 26. Croatia
27. Hong Kong 28. Thailand 29. Japan 30. Oman

31. United Arab Emirates 32. Italy 33. Belgium 34. Switzerland 35. Barbados
36. Uruguay 37. Timor Leste 38. Hungry 39. Netherlands 40. Ecuador

41. Colombia 42. Latvia 43. Jordan 44. Turkey 45. Cambodia 46. Austria
47. Panama 48. Greece 49. Bangladesh 50. China

51. Cyprus 52. Bolivia 53. South Korea 54. Taiwan 55. Lithuania 56. Bulgaria
57. Israel 58. Czech Republic 59. Bahrain 60. Poland

61. Romania 62. Ireland 63. Macau 64. Syria 65. Denmark 66. Peru 67. Malta
68. Tunisia 69. Georgia 70. Albania

71. Myanmar 72. Norway 73. Guam 74. Nigeria 75. Burnika Faso 76. Armenia
77. Sri Lanka 78. Yemen 79. Kazakhatan 80. Iran

81. New Zealand 82. Iraq 83. Ukraine 84. Bosnia And Herzegovina 85. Afghanistan 86. Kuwait 87. Jamaica 88. Senegal 89. Nepal 90. Djibouti

91. Marcedonia (FYROM) 92. Benin 93. Palestine 94. Morocco 95. Aruba 96. Serbia 97. Slovenia 98. Cote d'Ivoire 99. Kenya 100. Estonia

101. Suriname 102. Papua New Guinea 103. Belarus 104. South Africa
105. Mauritania 106. Guantemala 107. Argentina 108. Luxembourg
109. Dominican Republic 110. Portugal

111. Sudan 112. Venezuela 113. Faroe Islands 114. Chile 115. Montenegro
116. Solomon Islands 117. Andorra 118. Fiji 119. Congo (DRC) 120. Angola

Ini bererti, 120 negara di dunia sudah berkunjung ke blog FK, satu pencapaian yang cukup baik dan sangat menggalakkan, daripada sebuah blog yang kerdil, yang mengutamakan Bahasa Malaysia, hanya sedikit saja berBahasa Inggeris.

Pada umumnya, selain Malaysia, negara yang sering berkunjung ke FK, Singapore, Indonesia, Brunei, United States, Russia, Vietnam, United Kingdom, Canada, India, Spain, Estonia, Taiwan dan Germany.

Ukraine yang selama ini menyepi, mula selalu datang bertandang. Hari-hari ada hits. Begitu juga Vietnam dan Estonia.



Pageviews kepada artikel (posts atau entry), 10 terbaik;

1. SEKSI SELEBRITI INDONESIA DULU-DULU
10 February 2013, 7 comments - 125,519

2. PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
11 May 2012, 251 comments - 121,087

3. SEKSI SELEBRITI MALAYSIA DULU-DULU
14 September 2012, 20 comments - 110,679

4. SELAMAT PENGANTIN BARU
6 August 2012, 138 comments - 63,293

5. 10 FILEM BOLLYWOOD HEBAT SEPANJANG MASA
13 July 2012, 6 comments - 23,566

6. 5 TAHUN PEMERGIAN P.RAMLEE
3 October 2012, 13 comments - 16,053

7. 10 FILEM INDONESIA TERBAIK SEPANJANG MASA
4 September 2012, 17 comments - 12,660

8. A.R. TOMPEL
20 October 2011, 13 comments - 8,492

9. 12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG
30 September 2012, 35 comments - 8,008

10. JULIE FARIDAH
28 January 2012, 7 comments - 6,496

# Pergimu Takkan Kembali Lagi naik tangga ke-2.
# Seksi Selebriti Malaysia turun tangga ke-3.
# Cecilia Cheung terkeluar Julie Faridah masuk.
# Rafeah Buang naik tangga ke-9 dari ke-10.


Rekod lihatbaca yang dicapai dalam sehari;

Pertama: 5,528 lihatbaca (16 Disember 2014)
Kedua: 3,806 pageviews (17 Disember 2014)
Ketiga: 3,604 lihatbaca (11 Jun 2013)


Followers (Pengikut);

158 (pada 31 Disember 2015).


View my complete profile;

* 2,787 lihatbaca (31 Disember 2013)
* 4,569 pageviews (31 Disember 2014)
* 6,085 lihatbaca (31 Disember 2015)


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?






KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.




5 comments:

  1. Dalam artikel di atas, saya tertarik dengan tulis Encik Mustafar "Dari Kacamata Mustafar A.R." Empat yang tersiar semuanya selebriti lelaki. Takda ke, Encik Mustafar berkawan rapat (takkan takada?) dengan selebriti wanita? Kalau ada, apa kata yang akan datang ini mengenai wanita pula. Tak kiralah pelakon atau penyanyi - Dyana, JB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai juga selebriti wanita
      menjadi kawan rapat saya.
      Tengoklah, bagaimana.
      Mana satu nak saya mulakan.
      Insyaalah.

      Delete
  2. Tahniah Encik Mustafar A.R. dan Puan Zaini kerana FK sudah sampai 1,000,000 pageviews pada 26 Mei 2015. Diharap Encik Mustafar dan isteri berada dalam sehat sejahtera supaya dapat terus mengendalikan FK sehingga ke peringkat 2,000,000 tercapai - Rohit, KLumpur.

    ReplyDelete
  3. Blog FK ini baru saya jumpa.
    Takniah En. Mustafar dan isteri
    kerana dapat melahirkan blog
    mengenai filem terutamanya, yang
    tersusun kemas dan teratur disamping
    faktanya tepat dan boleh dipercayai
    - Zareina, Kluang, Johor.

    ReplyDelete
  4. Seniwati Rosmawati dikhabarkan meninggal dunia beberapa hari sebelum Mariani meninggal dunia.Saya ada terbaca di fb..entah benar atau tidak kurang pasti.Rosmawati pelakun Studio Merdeka dan pernah berlakun dgn P Ramlee dlm Si-Tora Harimau Jadian.

    Lontong
    Setia Alam.

    ReplyDelete