"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Friday, January 22, 2016


FESTIVAL FILM INDONESIA (1955)

25 TAHUN MENDAHULUI FESTIVAL FILEM MALAYSIA
Teks: Mustafar A.R.
Foto Daripada Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop

JIKA dibuat ukuran, antara Festival Filem Malaysia (FFM) dengan Festival Filem Indonesia (FFI), Indonesia mendahului Malaysia dengan jaraknya yang begitu jauh, 25 tahun. FFI pada 1955 FFM pada 1980.

Ertinya, orang Indonesia lebih dulu makan garam dibandingkan kita di Malaysia. Justeru itu, filem Malaysia seharusnya menghormati filem Indonesia.

FFI dianjurkan oleh Persatuan Perusahaan Film Indonesia (PPFI) diketuai oleh Djamaluddin Malik manakala FFM di realisasikan oleh Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA) dipimpin oleh Norshah Thamby.

Jelas, wartawan lebih prihatin betapa penting adanya FFM sebagai penggalak untuk menaiktaraf filem Malaysia, yang sepatutnya dianjurkan oleh Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PPFM).

Agak menarik, FFI turut melibatkan Malaya (ketika itu, Singapura dalam Malaya). Bachtiar Effendi pengarah "Antara Tugas Dan Tjinta" dan Dja'far Wirjo pengarah "Rela".

Bachtiar Effendi membintangi "Seruan Merdeka", "Singapura Di Waktu Malam" dan "Pisau Berachun" manakala Dja'far Wirjo (Jaffar Wiryo) dalam "Dewi Murni", "Aloha" dan "Sejoli".

Selain itu, Usmar Ismail, A.N.Alcaff, Raden Soekarno (Rendra Karno) dan A.Hadi turut sama-sama mengilap filem Malaya - "Korban Fitnah" dan "Bayangan Di Waktu Fajar".

Netty Herawati yang berlakon bersama A.N.Alcaff dalam "Lewat Djam Malam" membintangi "Irama Kaseh" (1955) arahan Laurie Friedman turut dilakonkan oleh S.Roomai Noor dan Rusini.

Apapun, marilah kita ke "Return To 1955" untuk mengimbas kembali FFI@Pertama yang merupakan salah satu peristiwa penting dalam sejarah filem Indonesia.






Kini, diterbitkan sebulan sekali, tidak lagi 2 minggu sekali.




(Sumber: Astro Shaw)





12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 22 JANUARI 2016)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 127,758
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 124,124 * SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 112,737
* SELAMAT PENGANTIN BARU 64,095 * FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 24,599







LEWAT DJAM MALAM

Filem Terbaik: TARMINA & LEWAT DJAM MALAM

A.N.ALCAFF & NETTY HERAWATI (LEWAT DJAM MALAM)

DAHLIA (LEWAT DJAM MALAM)

BAMBANG HERMANTO (LEWAT DJAM MALAM)

AWALUDIN (LEWAT DJAM MALAM)

USMAR ISMAIL (LEWAT DJAM MALAM) & LILIK SUDJIO (TARMINA)

FIFI YOUNG (TARMINA)

A.HADI (TARMINA)

ENDANG KUSDININGSIH (TARMINA)

ASRUL SANI (LEWAT DJAM MALAM)





DJAMALUDDIN MALIK CETUSKAN
IDEA FFI@PERTAMA
Oleh Mustafar A.R.

IDEA melahirkan Festival Filem Indonesia (FFI), mula dicetuskan oleh orangkuat Persari, Djamaluddin Malik,
di penghujung tahun 1954. Pada Mac 1955 ia direalisasikan dengan salah satu tujuannya untuk memilih filem mewakili Indonesia ke Festival Filem Asia Tenggara
di Singapura pada Mei 1955.

Selain itu termaktub juga;
1. Sebagai pendorong bagi memperbaiki mutu dan tehnik filem Indonesia.
2. Menjadikan penonton Indonesia 'berfilm-minded' filemnya sendiri.
3. Merapatkan hubungan kebudayaan serta silaturahmi di antara bangsa melalui filem, di Asia khususnya dan di dunia umumnya.

Panatia (Ajk) FFI Pertama adalah Djamaluddin Malik (Ketua), Usmar Ismail (Timbalan Ketua), Mansur Bogok (Setiausaha) dan The Teng Hoei (Bendahari).
Ia diperkuatkan lagi oleh tuan-tuanpunya panggung wayang - Metropole/Megaria (Jakarta), Broadway (Surabaya), Orange Deli Barbel (Medan), International (Palembang), Kalimantan (Banjarmasin) dan Capitol (Makasar).

Pemenang aktor/aktres utama dan aktor/aktres pembantu dihantar menghadiri Festival Film Asia Tenggara, dan segala perbelanjaan selama berada di Singapura semuanya ditanggung oleh Panatia FFI.


Isteri Presiden Sukarno, Fatmawati, turut hadir diupacara pembukaan. Disebelahnya (kanan), Djamaluddin Malik.

Kedatangan pengasas FFI, Djamaluddin Malik (kiri), diberi sambutan meriah oleh para hadirin.

Metropole/Megaria turut sama berperanan penting menjayakan FFI@1955.

CADANGAN NAMA HADIAH;
* Roekiah
* Cornel Simanjuntak
* S.Turur
* Ronggowarsito
* Dr.Huyung
Bagaimanapun akhirnya, diputuskan nama yang agak panjang - hadiah Festival Film Indonesia Yang Pertama, kerana tidak ada satu pun nama-nama calon yang dicadangkan itu dipersetujui.


MUHAMMAD YAMIN & BAHDER DJOHAN

BACHTIAR EFFENDI & DJA'FAR WIRJO

PANITIA (AJK) FFI;
* Penaung MENTERI PENDIDIKAN, PENGAJARAN & KEBUDAYAAN MUHAMMAD.YAMIN MENTERI PENERANGAN DR. F.I.TOBING * Ketua Kehormat WALIKOTA (DATUK BANDAR) SUDIRO * Ketua DJAMALUDDIN MALIK * Wakil Ketua R.M.SOETARTO * Setiausaha MANSUR BOGOK * Bendahari THE TENG HOEI * Angguta-Angguta USMAR ISMAIL DHALIA BASUKI EFFENDI ONG SUEN HING SUMANTO M.PANJI ANOM A.BAKAR

PANITIA KERJA FFI;
* Djamaluddin Malik (Ketua) * R.M.Soetarto (Wakil Ketua) * Mansur Bogok (Setiausaha) * The Teng Hoei (Bendahari) * Usmar Ismail (Ketua Dewan Juri)
M.Panji Anom (Dekorasi) * The Teng Hoei (Urusan Tempahan) * Mansur Bogok/Ong Soen Hin (Promosi) * D.Djajakusuma (Urusan Hadiah).

ANGGUTA PANEL JURI FFI;
* Prof. Dr.Bahder Djohan (Ketua Kehormatan) * Sitor Situmorang (Wakil Ketua)
* Oei Hoay Tjiang (Setiausaha) Dengan para angguta lain; * Dr. Rusmali * Basuki Resobowo * Abissin Abbas (Andjar Asmara) * Oei Soen Tjai * Jusuf Canda
* Tengku Sjahril * Lodge Cunningham * Kay Mander * Sudjatmoko * R.A.J. Sudjasmin * J.A. Dungga

CALON-CALON FFI;
1. Harimau Tjampa (Perfini) 2. Krisis (Perfini) 3. Lewat Djam Malam (Perfini/Persari) 4. Tarmina (Persari) 5. Antara Tugas dan Tjinta (PFN) 6. Pulang (PFN) 7. Rentjong Dan Surat (GAF Sang Saka) 8. Djakarta di Waktu Malam (Tan & Wong) 9. Burung Merpati (Canary Film) 10. Rela (Garuda) 11. Debu Revolusi (Ratu Asia) 12. Belenggu Masjarakat (Raksi Seni)





BASUKI EFFENDI & ANDJAR ASMARA

ELLYA ROSA & DJURIAH KARNO

"Burung Merparti" gagal memenangi sebarang hadiah.

"Pulang" gagal memenangi sebarang hadiah.

Tujuh di antara calon filem ditayangkan serentak di tujuh kota (bandar); Jakarta (Metropole/Cathay), Medan (Olympia), Palembang (International), Surabaya (Broadway), Makasar (Capitol) dan Banjarmasin (Kalimantan).

Pembukaan FFI di Jakarta, dimeriahkan dengan perarakan artis. Boleh dikatakan semua bintang terkenal ikut serta. Antaranya, Raden Mochtar, Netty Herawati, A.N.Alcaff, Ellya Rosa, Ermina Zainah, Sofia Waldy (Sofia W.D.), Raden Soekarno (Rendra Karno), Amran S.Mouna, Turino Djunaidi, A.Hamid Arif, S.Poniman, Nurnaningsih, Raden Ismail, Nurhasanah, Risa Umami, Lies Noor, Mimi Mariani, Djuriah Karno, Fifi Young, Salmah, Bambang Hermanto, Chatir Haro dan S.A.Rosa.

Perarakan dimulai dari Gedung Olahraga (depan pejabat Gabenur Jakarta, tapi sekarang sudah jadi sebahagian lapangan Monas), Merdeka Selatan, Merdeka Barat, Segara (Veteran) III, Pecenongan, Krekot, Gunung Sahari/Cathay (kini Pasar Swalayan), Gunung Sahari/Senen, Salemba, Jalan RSCM, Metropole dan Cikini.

Perarakan tersebut diadakan pada 30 Mac 1955, dimulai pukul 17.00 (5.00) petang. Ia dirasmikan oleh Menteri Pendidikan & Kebudayaan, Prof. Moh. Yamin S.H.

Kemeriahan berlanjutan dengan tayangan filem-filem (pilihan) di Metropole dan Cathay. Malam pembukaan di Metropole dirasmikan oleh Menteri Penerangan, Dr. F.L. Tobing.

Metropole menunjukkan rasa kebangsaan setelah pada 1954, berani menayangkan "Krisis" (yang ternyata box office hingga tayangannya memakan masa 5 minggu) padahal ia terikat dengan filem asing - MGM/Amerika.

Di panggung wayang itu juga, berlangsungnya kongres yang melahirkan persatuan bioskop (panggung wayang) Indonesia, pada 10 April 1955.

Pengumuman pemenang FFI, telah menimbulkan suara pro dan kontra. Ini disebabkan terpilihnya pemenang-bersama untuk aktor utama A.N.Alcaff (Lewat Djam Malam) dan A.Hadi (Tarmina); aktres utama Dhalia (Lewat Djam Malam) dan Fifi Young (Tarmina); serta aktor pembantu Bambang Hermanto dan Awaludin dalam "Lewat Djam Malam".

Ada yang menyatakan hasil festival tersebut sebagai kemenangan Perfini. Lalu ada yang menulis, penulis itu pro Perfini. Sebaliknya si pengkritik itu kemudian dituduh sebagai pro Persari.

Tentu tidak lepas dari peranan Djamaluddin Malik, yang tidak hanya menjadi pengasas, tapi sekaligus "menguasai" festival. Ini jelas dapat dilihat apabila pengarah terbaik diserahkan pada Lilik Sudjio (Tarmina), bukannya Usmar Ismail (Lewat Djam Malam).





Amran S.Mouna dan Mimi Mariani dalam "Belenggu Masjarakat"

Bambang Hermanto dan Nurnaningsih dalam "Harimau Tjampa"

Satu adegan terdapat dalam "Lewat Djam Malam"

Nurnaningsih dan Wahid Chan dalam "Krisis"

FILEM-FILEM YANG MENANG;

1. Filem terbaik - Lewat Djam Malam
2. Filem terbaik - Tarmina
3. Pengarah terbaik - Lilik Sudjio (Tarmina)
4. Aktor peranan utama terbaik - A.Hadi (Tarmina)
5. Aktres peranan utama terbaik - Fifi Young (Tarmina)
6. Aktor peranan utama terbaik - A.N.Alcaff (Lewat Djam Malam)
7. Aktres peranan utama terbaik - Dahlia (Lewat Djam Malam)
8. Aktor peranan pembantu terbaik - Bambang Hermanto (Lewat Djam Malam)
9. Aktor peranan pembantu terbaik - Awaludin (Lewat Djam Malam)
10. Aktres pembantu terbaik - Endang Kusdiningsih (Tarmina)
11. Skenario terbaik - D.Djajakusuma (Harimau Tjampa)
12. Skenario terbaik - Asrul Sani (Lewat Djam Malam)
12. Sinematografi terbaik - Lie Gie San@Ali Bukhari (Belenggu Masjarakat)
13. Penyunting terbaik - Asep Sapari (Rentjong Dan Surat)
14. Rakaman suara terbaik - Leo Fioole (Debu Revolusi)
15. Penataan musik terbaik - G.R.W.Sinsu (Debu Revolusi)
16. Penataan artistik terbaik - Chalid Arifin (Lewat Djam Malam)
17. Catatan istimewa - (Rela)

KONTROVERSI;

Sebagai sesuatu yang baru, FFI, disamping bertujuan memperbaiki keadaan filem Indonesia, keputusan yang dibuat lebih menyurus kepada mengambil hati bukanlah kerana artistik sangat.

Ini juga berlaku kepada Festival Filem Malaysia (FFM) pertama pada 1980, sampaikan kategori filem terbaik ada tiga - filem heavy drama terbaik, filem light drama terbaik dan filem komedi terbaik.

Cacat cela sentiasa ada, tidak semuanya berjalan dengan baik.

Ini jelas dapat dilihat, kategori utama pemenangnya ada dua - filem terbaik, aktor/aktres utama terbaik dan aktor pembantu terbaik. Aktres pembantu terbaik cuma satu, demikian juga pengarah terbaik pemenangnya satu.

Keputusan itu dinilai sebahagian pihak kurang tepat kerana ada beberapa calon filem yang lain mutunya dianggap lebih baik. Akhirnya kemenangan "Tarmina" dibatalkan dan digantikan "Lewat Djam Malam" sebagai filem terbaik.

Disini ada sedikit kekeliruan, saya belum lagi dapat mengesahkannya. Dalam Wikipedia, tercatat filem terbaik dua, "Lewat Djam Malam" dan "Tarmina". Ada pula dalam blog-blog lain mencatatkan "Tarmina" saja filem terbaik.

Ada catatan Asrul Sani menang skenario (lakonlayar/penulis cerita) terbaik kerana "Lewat Djam Malam", ada pula dalam senarai pemenang FF1 (1955) tidak ada nama Asrul Sani.

Begitu juga kemenangan Bambang Hermanto dan Awaludin, mereka bukan pemenang tetapi lebih kepada sebagai calon saja, juga kerana "Lewat Djam Malam". Ini dapat dilihat tercatat dalam blog Film Indonesia.

Habis, mana satu yang tepat?

Di harap, sesiapa yang benar-benar tahu (terutama mereka yang bertugas
di Taman Ismail Marzuki), memberitahu FK supaya faktanya dapat diletak kepada landasan yang betul.

FILEM-FILEM YANG KALAH;

1. Antara Tugas dan Tjinta
2. Pulang
3. Djakarta Di Waktu Malam
4. Burung Merpati
5. Krisis

BILANGAN HADIAH YANG MENANG;

* Lewat Djam Malam (7)
* Tarmina (5)
* Debu Revolusi (2)
* Harimau Tjampa (1)
* Rentjong Dan Surat (1)
* Belenggu Masjarakat (1)
* Rela (1)





TITIEN SUMARNI (ANTARA TUGAS DAN TJINTA)

NURNANINGSIH (HARIMAU TJAMPA)

LIES NOOR (RENTJONG DAN SURAT)

MIMI MARIANI (BELENGGU MASJARAKAT) & RENDRA KARNO (DEBU REVOLUSI)

TITI SAVITRI (HARIMAU TJAMPA) & TINA MALINDA (KRISIS)


LEWAT DJAM MALAM (Sumber: Sanggar Cerita)


HARIMAU TJAMPA (Sumber: Silat Anak Rimau)


1. LEWAT DJAM MALAM (1954)
Produser: Perfini/Persari (Usmar Ismail, Djamaluddin Malik)
Pengarah: Usmar Ismail
Penulis Cerita (Skenario): Asrul Sani
Pelakon: A.N.Alcaff, Netty Herawati, Dhalia, Bambang Hermanto, Raden Ismail, Awaludin, Titien Sumarni, Aedy Moward, Astaman, A.Hadi, Wahid Chan, S.Taharnunu, Lukman Jusuf
Sinopsis: Mengisahkan seorang bekas pejuang, Iskandar (A.N.Alcaff), kembali ke masyarakat biasa dan cuba menyesuaikan dirinya dengan keadaan yang sudah asing baginya. Pembunuhan terhadap seorang perempuan dan keluarganya atas perintah ketuanya semasa perang terus menghantuinya. Iskandar juga menentang perbuatan yang dianggapnya tidak sepatutnya berlaku, dan akhirnya sewaktu melanggari perintah berkurung (curfew) dirinya terkena tembak.

2. TARMINA(1954)
Produser: Persari (Djamaluddin Malik)
Pengarah: Lilik Sudjio
Penulis Cerita: -
Pelakon: Fifi Young, A.Hadi, Endang Kusdiningsih.
Sinopsis: Tarmina, seorang wanita yang hanya mengenal kemewahan. Dia kemudian meminta cerai dari suaminya, Hadi, apabila suami pertamanya itu jatuh miskin dan meninggalkan anaknya, Juriah. Setelah itu, dia bernikah pula dengan seorang hartawan. Tetapi suami yang kedua ini mendapat kecelakaan, tidak jauh dari tempat Hadi berdiri. Tarmina melancarkan serangan menuduh Hadi yang punya angkara.

3. BELENGGU MASJARAKAT (1953)
Produser: Raksi Seni (Wahju Hidajat)
Pengarah: Lie Gie San, D.Suradjio
Penulis Cerita: Syamsuddin Syafei Pelakon: Amran S.Mouna, Mimi Mariani, S.Bono, Wahid Chan, Boes Boestami, Lies Permana Lestari
Sinopsis: Dari Purwokerto, pegawai menengah Suparto dipindah-tugaskan ke Jakarta. Dia berkenalan dengan Harjiman, seorang pengimpot jual lesen. Harjiman memperkenalkan Suparto kepada Roostinah untuk menjeratnya supaya Suparto boleh diperalat bagi mendapatkan lesen. Isteri Suparto dari Purwokerto, Sulastri, datang karena mendengar perbuatan suaminya yang curang. Terjadilah pertentangan antara mereka.

4. HARIMAU TJAMPA (1953)
Produser: Perfini (Usmar Ismail)
Sutradara D.Djajakusuma
Penulis Cerita: D.Djajakusuma, Surjosumanto, Nazaruddin Naib, M.Alwi Dahlan
Pelakon: Bambang Hermanto, Raden Ismail, Titi Savitri, Wahid Chan, Nurnaningsih, Malin Maradjo
Sinopsis: Dengan dendam terhadap pembunuh ayahnya, Lukman (Bambang Hermanto), berlajar silat dengan seorang guru silat yang dilihatnya berhasil mengalahkan musuhnya dalam satu perkelahian. Kerana menghalangi percintaannya, Bandar dengan tidak sengaja tertikam pisaunya sendiri yang mana menyebabkan Lukman masuk penjara. Ketika dalam penjara itu, dia mendapat tahu pembunuhan ayahnya itu atas arahan kepala negeri, Datuk Langit.

5. PULANG (1952)
Produser: PFN
Pengarah: Basuki Effendi
Penulis Cerita: Badarijah U.P. (Toha Mochtar)
Pelakon: Turino Djunaidy, Lies Noor, Renny Santy, Djoeriah Karno, Marlia Hardi, Iskandar Sucarno
Sinopsis: Pemuda kampung, Tamin (Turino Djunaidy), pergi ke Burma (Myanmar) di masa perang dunia kedua sebagai anggota Palang Merah. Sewaktu Jepun menyerah kalah (1945), Tamin dan kawan-kawan dibawa ke Jawa untuk diserahkan kepada Belanda yang cuba menjajah kembali Indonesia. Tamin dipaksa masuk tentara Belanda (KNIL) bagi memerangi bangsanya sendiri. Setelah Indonesia merdeka (1950), Tamin memilih pulang ke kampung. Bagaimanapun, hatinya tidak tenteram, kerana sindiran teman-temannya, yang dia tidak pernah berjuang untuk Republik Indonesia.

6. RENTJONG DAN SURAT (1953)
Produser: GAF Sang Saka (Haryoto)
Pengarah: Basuki Effendi, Rendra Karno
Penulis Cerita: Turino Djunaidy
Pelakon: Turino Djunaidy, Djoeriah Karno, Lies Noor, Ismail Saleh, Iskandar Sucarno, Shambudha, Chaidir Sakti, Sjamsu
Sinopsis: Bangkitnya rakyat Aceh yang mengangkat senjata untuk menentang penjajah Belanda. Dalam pada itu, ada juga pengkhianat antaranya Panglima Husin (Ismail Saleh) yang jatuh hati pada Kemala (Lies Noor) tapi dia lebih tertarik pada Djohan (Turino Djunaidy). Kesempatan Husin untuk menyingkirkan Djohan terbuka apabila dia disuruh membawa surat ke Panglima Him di gunung. Usaha membunuh gagal, dia hanya luka dan dirawat oleh Meutia (Djuriah Karno). Husin berjaya berkahwin dengan Kemala, yang kemudian menentang suaminya kerana simpati dengan perjuangan kemerdekaan.

7. KRISIS (1953)
Produser: Perfini (Usmar Ismail)
Pengarah: Usmar Ismail
Penulis Cerita: Sidang Pengarang Perfini
Pelakon: Raden Soekarno (Rendra Karno), Tina Melinda, Udjang, Sulastri, Aedy Moward, Nurnaningsih, Wahid Chan, Risa Umami, Ismail Saleh, Reddin, Gito
Sinopsis: Berpindah di masa revolusi, Jaka (Raden Sukarno) menunjukkan rumahnya pada Husin (Udjang), yang kemudian menyewa-kontrakkannya. Maryam (Tina Melinda) harus menerima kenyataan pahit dengan kedatangan saudaranya, Danu (Wahid Chan) dan istrinya Ratih (Risa Umami). Danu ini menggunakan wang negara untuk memanjakan istrinya. Dia ditangkap ketika isterinya mengandung tujuh bulan. Kerana terkejut, Ratih melahirkan mendadak dan mengeluarkan banyak darah. Sementara yang lain panik, pemuda 'acuh tak acuh' Ridwan (Aedy Moward) menyumbangkan darah.

8. DJAKARTA DI WAKTU MALAM (1954)
Produser: Tan & Wong
Pengarah: Raden Ariffien
Penulis Cerita: Fata Djelata, Sofia Waldy (Sofia W.D.)
Pelakon: Sofia Waldy, Chatir Harro, Fifi Young, S.Poniman, Suhaimi Said, Yaya Hitayati
Sinopsis: Setelah ayahnya jadi korban keganasan perompak, Sri Wardhani mencari nafkah sebagai penyanyi di "Happy World". Dia berkenalan dengan Edy Sumarno. Meskipun ibu Edy tidak setuju, Edy dan Sri bernikah juga dengan bapak saudara Edy sebagai wali. Ketika Edy sakit, Sri minta wang untuk pengubatan, tapi ibu Edy memberi syarat supaya Sri bercerai dari Edy. Demi suami, Sri rela. Edy sembuh dan dinikahkan oleh ibunya dengan gadis lain, tapi tidak saling serasi. Ibu Edy menyesal dan menyuruh Edy mencari Sri, sesudah isteri pilihannya mati dalam kemalangan jalanraya.

9. DEBU REVOLUSI (1954)
Produser: Ratu Asia
Pengarah: Syamsudin Syafei
Penulis Cerita: -
Pelakon: Raden Soekarno, Raden Ismail, Mimi Mariani, Ismah B.S.
Sinopsis: Kerana luka parah, Arman dirawat oleh Pak Lurah dan anak gadisnya, Srihati. Ini berlaku ketika pertembungan dua (Disember, 1948) pada masa revolusi fisikal. Setelah Indonesia berdaulat penuh (pada 1950) Arman kembali ke Jakarta. Keadaan kota besar membuatkan Arman lupa segalanya. Dia berkenalan dengan Martini dan menikahi gadis modern ini. Srihati menyusul Arman ke Jakarta, tapi sesampainya disana hanya ada rasa kecewa kerana melihat Arman dengan wanita lain. Dia kemudian berkenalan dengan Kasim. Suatu ketika Arman terlibat perjudian, dan masuk penjara akibat menggelapkan wang. Apabila bebas, dia mencuba mencari Srihati di desa. Ternyata Srihati sudan bernikah dengan Kasim.

10. BURUNG MERPATI (1954)
Produser: Canary Film
Pengarah: -
Penulis Cerita -
Pelakon: Nurlaila, Bambang Hermanto, S.M.Anwar, Raden Ismail, Wolly Sutinah, Ardi H.S., Tuti Supardi, W.Suparman
Sinopsis: Sungguhpun masih bersekolah, Laila bercinta dengan Hamid. Ayah Laila, Saudagar Abdullah, berusaha menghalangi, kerana hubungan mesra itu mengganggu sekolah Laila. Laila disuruh belajar di rumah, namun Laila tetap berusaha bertemu kekasihnya itu. Suatu ketika perusahaan Abdullah mengalami kebangkrapan. Dia ditolong oleh Usman, seorang yang kaya raya. Sesudah berbudi, Usman meminta Laila untuk menjadikan isterinya, Abdullah merestui. Ternyata Laila diperlakukan secara kejam oleh mertuanya. Laila pun lari, tanpa tahu ayahnya sudah meninggal dunia. Laila bernasib baik apabila bertemu kembali dengan Hamid. Mereka kemudian hidup bersama, dan bahagia.

11. ANTARA TUGAS DAN TJINTA (1954)
Produser: PFN
Pengarah: Bachtiar Effendy, Raden Ariffien
Penulis Cerita: Letnan Raden Djatmika Suridiradja
Pelakon: Titien Sumarni, R.A.Mien Sondakh, Letnan Dua C.P.M. O.Lubis, Letnan Dua C.P.M. Sunhadji, Kunto Sudarsono
Sinopsis: Film ini dimaksudkan sebagai penerangan tentang C.P.M. (Corps. Polisi Militer). Maksud digaraf dalam kisah cinta antara Wati (Titien Sumarni) dengan Karmawan (Kunto Sudarsono), sementara Subur dianggap sebagai teman biasa saja oleh Wati. Meskipun demikian, orangtua Wati menunangkan anak gadisnya itu dengan Subur. Pertentangan antara tugas dan cinta (tjinta) timbul ketika Subur ditangkap oleh gerombolan. Sebagai komandan, Karmawan bertugas membebaskan Subur, padahal apabila Subur dibiarkan (mati di tangan gerombolan), akan menguntungkan Karmawan. Ertinya dia bebas berkahwin dengan Wati.

12. RELA (1954)
Produser: Garuda
Pengarah: Dja'far Wirjo
Penulis Cerita: Herman Pratikto, Dja'far Wirjo
Pelakon: Turino Djunaidy, Tina Melinda, Ali Yugo, Tan Tjeng Bok, Sulastri
Sinopsis: Mengenai pemuda kembar. Suatu ketika si abang diculik dan tidak ada kabar beritanya. Kerana sudah dianggap meninggal dunia, si adik merayu kekasih abangnya, hingga akhirnya mereka berkahwin dan mempunyai anak. Tiba-tiba si abang muncul. Kerana masih tetap mencintai kekasihnya, sedangkan kekasihnya sudah menjadi isteri adiknya, si abang kembali ke hutan. Di hutan itulah, selama ini dia disembunyikan oleh penculiknya.





ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?



24 comments:

  1. Setelah berpuluh-puluh tahun lamanya,
    baru sekarang saya mengetahui tentang
    Festival Filem Indonesia Pertama (1955).
    Terima kasih Encik Mustafar A.R. & isteri
    karena telah membuat kajiselidek yang
    saya kira bukan mudah untuk dilaksanakan.
    Hanya film historian saja boleh lakukan.
    - Susanty, Kota Medan, Sumatra.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah kelebihan FK. Artikel dipostkan seringkali memberi info menarik dan berfakta. Memberi ilmu filem pada peminat filem, dan sangat bermanfaat - Husaini, Nilai, N9.

      Delete
    2. Tidak pernah saya lihat, baik blog-blog filem Indonesia sekali pun, artikel mengenai FFI@1955 begitu lengkap dan berinfomasi seperti yang dihasilkan oleh Encik Mustafar & isteri - Balqis, Putrajaya.

      Delete
  2. Saya difahamkan, Titien Sumarni dan Nurnaningsih yang cukup popular di tahun-tahun 1950an, hidup susah apabila nama sudah tidak bersinar dan pudar. Boleh tak, Encik Mustafar@isteri membuat satu artikel mengenai mereka dan siarkan dalam FK - Rozie, Woodlands, S'pore.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada hemat saya tak payahlah saya tulis mengenai Titien Sumarni dan Nurnaningsih itu. Ini kerana cerita mengenai kesusahan mereka banyak terdapat di alam maya terutama Wikipedia. Bukan saja mereka tetapi juga Dahlia dan Aminah Cendrakasih yang berlakon bersama Maria Menado dalam "Hilang Gelap Datang Terang".

      Delete
    2. Memang benar, banyak ada kisah Titien Sumarni dan Nurnaningsih dialam maya. Tapi kalau Encik Mustafar dan isteri olah semula dan siarkan dalam FK, saya rasa tentu lebih menarik lagi - Soeraya, P.Dickson.

      Delete
    3. Saya setuju dengan Soeraya.
      Kalau Tuan Mustafar dan Puan Zaini
      buat tentu dipenuhi dengan
      fakta-fakta dan gambar-gambar menarik.
      Harap permintaan kami ditunaikan
      - Usman, JB.

      Delete
  3. Dari dulu saya tertanya2... Kenapa festival filem Malaysia tidak diadakan lama dulu semasa zaman kegemilangan di singapura?

    ReplyDelete
  4. Assalaamu'alaikum,

    Terima kasih buat En. Mustafar dan Pn. Zaini untuk artikel berkaitan sejarah FFI dan FFM ini. Namun, saya memohon maaf dan meminta jasa baik tuan/puan untuk menyunting semula bahawa jarak tahun tersebut sepatutnya 25 TAHUN, bukannya 35 tahun seperti yang tertera. Saya faham mungkin ada sedikit kesilapan dalam pengiraan.

    Sekian, terima kasih dan harap maklum.

    Syed Putra, Johor Bahru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkiraan saya jauh tersasar.
      Sebenarnya 25, bukan 35 tahun.
      Terima kasih Syed Putra.
      Kesilapan sudah diperbetulkan.

      Delete
    2. Terima kasih atas tindakannya yang segera. Tapi maaf tuan, kelihatannya juga sub-topik artikel ini juga perlu diubah. Mungkin tuan terlepas pandang.

      Harap maklum.

      Syed Putra, Johor Bahru.

      Delete
    3. Sudah diubah.
      Sekali lagi terima kasih.

      Delete
  5. sulit sekali nak menonton filem hitam putih indonesia. Cari kat youtube pun jarang nak ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti ramai yang menyambut baik sekiranya ada usaha Sinematek Indonesia untuk menguploadkan filem-filem hitam & putih ke YouTube yang sudah dianggap klasik seperti "Tiga Dara", "Harimau Tjampa", "Lewat Djam Malam", "Asrama Dara", "Tengkorak Hidoep", "8 Penjuru Angin" dan banyak lagi - NurA'in, KL.

      Delete
  6. Dunia perfileman Indonesia memang jauh ke hadapan berbanding dunia perfileman Melayu. Ambil saja contoh dalam topik ini. Sejarah filem hasil tempatan di Indonesia bermula pada 1926 ("Loetoeng Kasaroeng"), Melayu pada 1933 ("Leila Majnun"). Tetapi terdapat persamaan dalam sejarah filem Indonesia & Melayu terawal kerana kedua-duanya dipelopori & berada di tangan 'orang asing' - Indonesia oleh Belanda & Cina (tetapi untuk beberapa tahun saja), Melayu oleh India (seketika) & seterusnya Cina selama beberapa dekad. Ketika diadakan Festival Film Indonesia 1955, hampir semua syarikat & karyawan filemnya adalah anak tempatan atau pribumi. Sedangkan dunia perfileman Melayu (walaupun pada zaman emasnya) tetap bergantung pada ikhsan & belas-kasihan bukan Melayu (Cina memiliki studio, India menjadi karyawan). Apabila anak tempatan mula mendominasi dunia pengarahan - atas faktor kewangan - studio kita tetap dimiliki oleh Cina; kecuali Maria Menado Film Production di Bukit Timah Road. Itupun ia terpaksa menempel pada syarikat gergasi Cathay Organisation. Lagipun, studio yang ada pada zaman kegemilangan filem Melayu cuma beberapa kerat saja: MFP (Shaw), Nusantara (persendirian), Keris kemudian menjadi Cathay-Keris (Cathay), Maria Menado Production (persendirian) & Merdeka Films Studio (Shaw). Jadi, "macam kelakar" begitu jika diadakan Festival Film Malaya (FFM). Tetapi, bak kata pepatah 'hendak seribu daya, enggan seribu dalih'. Kalaupun FFM diadakan dulu, formatnya perlu "kena adjust". Misalnya, filem moden terbaik 1956, filem purbawara terbaik 1960, lagu filem terbaik 1961 dll. tanpa mengira studio & syarikat yang segelintir itu. Tetapi mahukah pihak gergasi Shaw & Cathay mengadakan acara & anugerah seumpama ini ketika itu? Lainlah jika ia dianjurkan oleh pihak pemerintah atau kerajaan di Singapura atau Malaya (sebelum Malaysia). Singapura & Malaya waktu itu sedang sibuk mengemaskini & melakukan "housekeeping" pemerintahan di negara masing-masing untuk memikirkan soal filem & hiburan! Apa yang Shaw & Cathay berminat hanyalah soal business semata-mata & mencari strategi untuk menumpaskan syarikat lawannya. Pihak Shaw bertindak jauh lebih agresif & "business-like" manakala Cathay agak 'lembut' sedikit.

    - NONAMA



    ReplyDelete
  7. Para pencinta filem Melayu klasik tidak perlu rasa kecewa & rendah diri kerana kita juga jauh ke hadapan meninggalkan perusahaan filem Indonesia dari beberapa aspek.
    (1) Zaman Emas filem Melayu berlaku pada tahun-tahun 50'an & 60'an sedangkan zaman kegemilangan filem Indonesia bermula hanya pada tahun 70'an.
    (2) Industri filem Melayu dapat menghasilkan pelbagai genre filem ketika itu sedangkan di zaman pra-kegemilangannya, Indonesia kebanyakannya membentangkan filem-filem masyarakat saja yang adakalanya membosankan.
    (3) Filem Melayu lebih awal dibuat dalam format sedikit berwarna (partly in colour), misalnya "Raja Sahari" (Keris Films - Ho Ah Loke) & "Semerah Padi" (Shaw-MFP), kemudian diikuti format penuh berwarna seperti "Buloh Perindu" (Keris Films - Ho Ah Loke), "Hang Tuah" (Shaw-MFP), "Ribut" (Shaw-MFP), The Long House - Rumah Panjang" (Shaw-MFP), "Chinta Gadis Rimba" (Cathay-Keris), "Mahsuri" (Cathay-Keris), "Melanchong Ka-Tokyo" (Shaw-MFP), "Raja Bersiong" (Shaw-MFP). Filem "Perwira Di-Lautan Tedoh" sepatutnya dinobatkan sebagai filem Melayu berwarna yang pertama tetapi ia telah hilang ketika dihantar ke England untuk menjalani proses pemwarnaannya! Era filem berwarna Indonesia hanya bermula pada tahun 70'an dengan "Pahlawan Sembilan" & selepas itu, Indonesia terus 'pukul mati' dengan hanya menerbitkan filem-filem berwarna & cinemascope saja. Tidak ada satu pun filem Indonesia yang dibuat dalam format berwarna tanpa cinemascope!
    (4) Filem Melayulah yang pertama berkoloborasi dengan negara luar seperti Filipina ("Azimat" - Shaw-MFP) & Indonesia ("Bayangan Di-Waktu Fajar" - Cathay-Keris).
    (4) Filem Melayu yang pertama menggunakan format cinemascope bagi filem hitam-putihnya (contoh: "Sumpah Pontianak" & "Anak Dara" - (Cathay-Keris), "Gadis Langkawi" (Shaw-Merdeka Studio).
    (5) Filem Melayulah yang pertama membuat spy-espionage ala James Bond yakni "Gerak Kilat" (Shaw-MFP).
    (6) Filem Melayulah yang pertama membuat muzikal yang membariskan kugiran Pop Yeh-Yeh (contoh: "A-Go-Go 67)" (Shaw-MFP) berteraskan filem-filem muzikal British & Hollywood dulu.
    (6) Filem Melayulah pertama yang membuat penggambaran di luar negara ("Melanchong Ka-Tokyo").
    (7) Filem Melayulah yang pertama mengalihsuarakan filem asing (contoh: "Si Badjao Anak Laut" (Tagalog: Cathay-Keris) & "Maulidur Rasul (Arab Mesir: Shaw-MFP).
    (8) Filem Melayulah yang pertama menghasilkan genre seram hingga menjadi ikonik (contoh: siri filem "Pontianak" keluaran Cathay-Keris).
    (9) Filem Melayulah yang pertama menggunakan pelakon asing ("Sri Menanti" - Chan Kong dari Hongkong keluaran Shaw-MFP).
    (10) Selain Hongkong & Jepun, artis Melayulah yang pertama menjadi pilihan Hollywood ("The Spiral Road" - Ibrahim Pendek berganding dengan Rock Hudson & Burl Ives).
    (11) Pelakon Melayulah yang pertama menjadi pilihan syarikat filem di India (contoh: "Singapore" Hindi - Maria Menado), ("Priya" Tamil -Aznah Hamid).
    Mungkin ada contoh-contoh lain yang saya tertinggal. Harap update-kan. Terima kasih.

    - NONAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah fakta.
      Filem "Raja Sahari"
      keluaran Shaw's MFP
      dan pengarahnya B.S.Rajhans
      - Nurman, Taiping, Pk.

      Delete
    2. Terima kasih Nurman kerana membetulkan kesilapan di atas.

      - NONAMA

      Delete
  8. Saya ingin menonton filem-filem klasik Indonesia seperti 1) Lewat Djam Malam 2) Harimau Tjampa 3) Tiga Dara dan 4) Asrama Dara. Bilakah agaknya Sinematek Indonesia akan menguploadkannya ke YouTube - Nur'Ain, Bangi, Selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. film Lewat Djam Malam dan Tiga Dara sudah direstorasi.Sila cari di internet mungkin saja sudah ada DVD-nya,sedangkan Tiga Dara akan ditayangkan kembali di cinema Indonesia jika tidak salah bulan Agustus nanti.

      Delete
  9. Di sidebar ada tercatat
    "Ibuku Pun Popular Juga".
    Puas saya memikirkan apa storynya,
    tapi tak dapat nak agak.
    Boleh Encik Mustafar huraikan
    - Wardina, Kangar, Perlis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biarlah ia tergantung begitu sampailah storynya keluar tidak lama lagi. Begitupun juga, kalau ada sesiapa boleh agak apa bendanya, catatkanlah dalam rungan komen ini. Selamat mencuba.

      Delete
  10. Kalau diteliti dengan cermat, ternyata "Harimau Tjampa" ada persamaannya dengan "Bravados", "Nevada Smith" (Hollywood), "Bells Of Death" (Hong Kong) "6 Jahanam" dan "Loceng Maut" (Malaysia). Bagaimana pendapat Encik Mustafar? - Yusry, Cyberjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga.
      Apa pun ceduk menceduk dalam filem perkara biasa.
      "Pendekar Bujang Lapok" pun seakan-akan sama.

      Delete