"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Thursday, February 25, 2016


15+1 LAGU TERBAIK RAJ KAPOOR

Teks: Mustafar A.R.
Sumber Teks: Wikipedia & IMDb
Lagu-Lagu YouTube Pilihan: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop


RAJ KAPOOR YANG SUKAR DICARI GANTI

MERAA JUUTA HAI JAPAANII

Meraa juuta hai Japaanii, yeh patluun Englishtaanii
My shoes are Japanese, these pants are British
Sar pe laal topii Ruusi, phir bhi dil hai Hindustanii
On my head is a red Russian hat, nonetheless my heart is Indian

Nikal paDe hai khulii saDak par, apnaa seenaa taane
I set out upon the wide open road confidently
Manzil kahaa.N, kahaa.N ruknaa hai, uparwaalaa jaane
Where is my destination, where must I stop, only God knows
BaDhte jaaye.N hum sailaanii, jaise ek Dariyaa toofanii
We advance forward relentlessly, as if a hurricane in a river
Sar pe laal topi Ruusi phir bhi dil hai Hindustani
On my head is a red Russian hat, nonetheless my heart is Indian
Mera juuta hai Japaanii...

Uupar-niiche niiche-uupar, leher chale jeevan kii
High to low, low to high, the waves of life flow
Nadaa.N hai jo baiThe kinaare, puuchhe raah watan kii
Those who wait by the shore are naive,
Ask for the path toward the motherland
Chalna jeevan kii kahaanii, rukna maut kii nishaanii
Going is the story of life while stopping is a sign of death
Sar pe laal topi Ruusi phir bhi dil hai Hindustani
On my head is a red Russian hat, nonetheless my heart is Indian
Mera juuta hai Japaanii…

Ho.Nge raaje rajkanwar ham bigaDe dil shehzaade
I will become the prince of fallen hearts
Ham singhaasan par jaa baithe.N jab jab kare.N iraade.N
I will sit upon a throne whenever I desire
Surat hai jaani-pehchaanii, duniyaa walo.N ko hairanii
My face will become familiar, it will be a surprise to the world
Sar pe laal topi Ruusi phir bhi dil hai Hindustani
On my head is a red Russian hat, nonetheless my heart is Indian
Mera juuta hai Japaanii...

Filem: Shree 420 (1955)
Pengarah: Raj Kapoor
Penyanyi: Mukesh
Pemusik: Shankar Jaikishan
Lirik: Shailendra

SATU pertanyaan. Siapa diantara anda tidak mengenali Raj Kapoor? Kepada bukan peminat filem, tidak menghairankan kalau mereka tidak kenal. Tetapi kalau peminat filem terutama tegar, tidak kenal Raj Kapoor sudah tentu dianggap aneh. Raj Kapoor, seniman agung Bollywood sangat sukar ditandingi macam seniman agung P.Ramlee. 1,000 tahun lagi belum tentu ada pengganti.

Saya merasakan lagu-lagu yang dipilih tidak ramai peminat filem, musik dan lagu (hari ini) menyukainya. Keadaan sudah berubah, dulu lain sekarang lain. Tidak mengapalah, itu bukan soal pokok. Yang penting ialah mahu menonjolkan kehebatan Raj Kapoor dengan kerjaya filemnya, banyak sudah diiktiraf sebagai klasik.

Sehebat mana sekali pun Shah Rukh Khan, Salman Khan, Aamir Khan dan entah apa-apa Khan lagi, namun Raj Kapoor juga yang terbilang dan gemilang, bakatnya sukar dicari ganti. Dalam filem dan dunianya, empat seniman memperlihatkan bakat tersohor mewakili negara masing-masing. Selain Raj Kapoor (India), P.Ramlee (Malaysia) ialah Charlie Chaplin (Amerika) dan Akira Kurosawa (Jepun).

Saya antara manusia bertuah dapat bertemu dan menemuiramah Raj Kapoor semasa menghadiri Festival Filem Asia Pasifik Ke-25 di Singapura pada 1979, 37 tahun berlalu. Kesal sungguh saya, apabila tidak mengambil peluang bergambar dengannya sedangkan kesempatan terbuka luas, malah saya telah mengkliks gambarnya bersama Jins Shamsudin, Yusof Haslam, Haji Arshad dan S.Zamila.

Pada masa itu, Raj Kapoor sudah kelihatan gemuk dan tidak sesusai sebagai hero. Itu sebab filem "Bobby" dan "Satyam Shivam Sundaram" dia tidak berlakon, sekadar menjadi pengarah saja. "I cannot be a hero anymore. I'm old and fat, you see," terngiang-ngiang di telinga saya kata-katanya dalam satu sidang akhbar di Shangri-La Hotel, Singapura.

"Satyam Shivam Sundaram" yang mempertonton keseksian Zeenat Aman (menampakkan buah dadanya disebalik baju jarang) turut serta bertanding, dan telah memenangi anugerah kerana The Most Original Musical Love.

15+1 Raj Kapoor agak unik, ia tidak sama seperti 12+1 Rafeah Buang dan 12+1 Sudirman. Mereka sekadar mendengarkan lagu-lagu nyanyian saja, tetapi Raj Kapoor bukan saja lagu-lagu tetapi juga klips-klips (visual) petikan dari filem-filem arahan dan lakonannya.

Raj Kapoor tidak menggunakan suaranya tetapi penyanyi latar (playback singer) yang sering dipakai dalam filem - Mukesh dan Manna Dey. Semua lagu yang menjadi pilihan, ciptaan dua pemusik terkenal, Shankar dan Jaikishan, manakala penyanyi yang selalu menjadi pasangan Mukesh dan Manna Dey - Lata Mangeshkar.





Pustaka Peringatan P.Ramlee Kuala Lumpur, 21 Mei 2016.

Kini diterbitkan sebulan sekali tidak lagi dua minggu sekali.

Rawatilah penyakit anda dengan Ceragem. Insyaalah baik.










12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 25 FEBRUARI 2016)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 130,472
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 128,773 * SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 115,537
* SELAMAT PENGANTIN BARU 64,746 * FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 25,506







1. "AWARA HOON"
Filem: Awara (1951)
Pengarah: Raj Kapoor
Penyanyi: Mukesh
Pemusik: Shankar Jaikishan
Lirik: Shailendra
(Sumber: Filmi Gaane)


2. "GHAR AAYA MERA PARDESI"
Filem: Awara (1951)
Pengarah: Raj Kapoor
Penyanyi: Lata Mangeshkar & Manna Dey
Pemusik: Shankar Jaikishan
Lirik: Shailendra
(Sumber: Filmi Gaane)


3. "DUM BHAR JO UDHAR MUNH PHERE"
Filem: Awara (1951)
Pengarah: Raj Kapoor
Penyanyi: Lata Mangeshkar & Mukesh
Pemusik Shankar Jaikishan
Lirik: Shailendra
(Sumber: RK Films)

Terdapat 10 lagu, kesemuanya ciptaan Shankar Jaikishan. Selain tiga menjadi pilihan;

* "Ek Do Teen" Shamshad Begum/Shailendra
* "Hum Tujhse Mohabbat Kar Ke" Mukesh/Hasrat Jaipuri
* "Ek Bewafa Se Pyar Kiya" Lata Mangeshkar/Hasrat Jaipuri
* "Ab Raat Guzarne Wali Hai" Lata Mangeshkar/Hasrat Jaipuri
* "Jab Se Balam Ghar Aaye" Lata Mangeshkar/Hasrat Jaipuri
* "Tere Bina Aag Yeh Chandni" Manna Dey & Lata Mangeshkar/Shailendra
* "Naiya Meri Manjhdhar" Mohammed Rafi/Shailendra

# "Awara" (bermaksud "Gelandangan") adalah ikatan kuat antara Raj Kapoor (sebagai produser dan pengarah) dengan penulis cerita, Khwaja Ahmad (KA) Abbas.

Diperingkat awal, KA Abbas mahukan Mehboob Khan (Mehboob Studios) sebagai pengarah tetapi mereka bercanggah pendapat dalam hal-hal pemilihan pelakon.

Mehboob Khan mahu Ashok Kumar sebagai ayah (Hakim Raghunath) dan Dilip Kumar sebagai anak (Raj Raghunath). Kerana tidak setuju, KA Abass menarik balik skripnya dari Mehboob Khan dan meminta Raj Kapoor mengarahkan ceritanya itu.

Adegan lagu dan tarian "Ghar Aaya Mera Pardesi" dianggap sebagai urutan (sequence) mimpi pertama di Bollywood dan ditayangkan di India dimana gambaran lautan pusaran awan melambangkan konflik dalam fikiran watak utamanya.

Adegan tersebut tidak original, Raj Kapoor berilhamkan urutan tarian balet (17 minit) terdapat dalam "An American In Paris" arahan Vincente Minnell pada 1951 dibintangi Gene Kelly dan Leslie Caron.

Pada 1953, "Awara" dicalonkan merebut anugerah utama Festival Filem Cannes, tetapi tidak berjaya. Pada 2003, majalah Time memasukkannya ke dalam antara 10 filem yang patut dikhazanahkan.

Majalah Time juga memilih prestasi Raj Kapoor dalam filem ini sebagai salah satu antara 10 persembahan terhebat sepanjang zaman. Pada 2005, Indiatimes Film meletakkan kedudukannya antara 25 filem Bollywood mesti ditonton.

Majalah Time juga memasukkannya dikalangan 20 penyertaan baru ditambah kepada 100 filem terhebat sepanjang masa pada 2012.

# Adegan urutan mimpi "Ghar Aaya Mera Pardesi" ini telah menjadi ikutan pengarah-pengarah filem India di MFP, Cathay Keris dan Studio Merdeka.

Filem-filemnya "Takdir Illahi" (L.Krishnan), "Patah Hati" (K.M.Basker), "Ibu" (S.Ramanathan), "Selendang Delima" (K.M.Basker) dan "Dajal Suchi" (Dhiresh Ghosh).




4. "AAJA RE AB MERA DIL PUKARA"
Filem: Aah (1953)
Pengarah: Raja Nawathe
Penyanyi: Lata Mangeshkar & Mukesh
Pemusik: Shankar Jaikishan
Lirik: Hasrat Jaipuri
(Sumber: SEPL Vintage)

Terdapat 9 lagu, kesemuanya ciptaan Shankar Jaikishan. Selain satu menjadi pilihan;

* "Jaane Na Nazar" Lata Mangeshkar & Mukesh/Hasrat Jaipuri
* "Jhanan Jhanan Jhanan" Lata Mangeshkar/Hasrat Jaipuri
* "Jo Main Jaanti" Lata Mangeshkar & Mukesh/Shailendra
* "Raat Andheri Door Savera" Mukesh/Shailendra
* "Yeh Shyam Ki Tanhaiyan" Lata Mangeshkar/Shailendra
* "Sunte The Naam" Lata Mangeshkar/Shailendra
* "Raja Ki Aayegi Baaraat" Lata Mangeshkar/Shailendra
* "Chhoti Si Yeh Zindagani" Mukesh/Shialendra

# Cerita "Aah" (bermaksud "Aah") menggambarkan hero yang tragis dan heroine yang derita, diinspirasikan dari cerita "Devdas" karya Sarat Chandra Chattopadhyay, juga telah menjadi sumber ilham pelbagai filem lain.

Diakhir atau penamat, asalnya, menunjukkan Neelu berkahwin dengan Dr.Kailash, dan Raj meninggal dunia ketika perarakan kahwin Neelu sedang berlalu.

Bagaimanapun, pada tayangan perdana, Raj Kapoor menyedari penyudah seperti itu tidak akan mendapat sambutan. Katanya: "Suasana semasa tayangan perdana, memberi petunjuk, ia akan menemui kegagalan."

Kerana itu, penamat "Aah" dipinda, tidak dengan tragis tetapi happy ending.

Bunny Reuben yang menulis biografi Raj Kapoor mencatat: Raj Kapoor memberi alasan, filem tersebut mempunyai ciptaan musik indah oleh Shankar Jaikishan dan "Devdas" mempunyai penamat yang tragis.

Ia terpaksa diubah ke happy ending disebabkan tidak mendapat sambutan baik ketika diedarkan kali pertama.

# "Aaja Re Ab Mera Dil Pukara" dirakamkan semula oleh Zainab Majid dan Razak Majid bertajuk "Marilah" Lihat Disini

# Cerita "Devdas" banyak kali difilemkan. Antaranya;
1. Pada 1936, arahan Pramathesh Chandra (PC) Barua dibintangi Kundal Lal (KL) Saigal, Jamuna dan Rajkumari
2. Pada 1955, arahan Bimal Roy dibintangi Dilip Kumar, Suchitra Sen dan Vyjayanthimala.
3. Pada 2002, arahan Sanjay Leela Bhansali dibintangi Shah Rukh Khan, Madhuri Dixit dan Aishwarya Rai.

# Pada 1955, Cathay Keris pernah memilemkannya dengan tajuk "Selamat Tinggal Kekaseku" arahan L.Krishnan dibintangi S.Roomai Noor, Molly Lim dan Sri Uniati.




5. "MERA JOOTA HAI JAPANI"
Filem: Shree 420 (1955)
Pengarah: Raj Kapoor
Penyanyi: Mukesh
Pemusik: Shankar Jaikishan
Lirik: Shailendra
(Sumber: Filmi Gaane)


6. "PYAR HUA IKRAR HUA"
Filem: Shree 420 (1955)
Pengarah: Raj Kapoor
Penyanyi: Lata Mangeshkar & Manna Dey
Pemusik: Shankar Jaikishan
Lirik: Shailendra
(Sumber: RK Films)

Terdapat 8 lagu, kesemuanya ciptaan Shankar Jaikihan. Selain dua menjadi pilihan;

* "Dil Ka Haal Sune Dilwaala" Manna Dey/Shailendra
* "Ichak Dana Beechak Dana" Mukesh & Lata Mangeshkar/Hasrat Jaipuri
* "Mudh Mudh Ke Na Dekh" Asha Bhosle & Manna Dey/Shailendra
* "O Janewale" Lata Mangeshkar/Hasrat Jaipuri
* "Ramaiya Vastavaiya" Mohammed Rafi, Lata Mangeshkar & Mukesh/Shailendra
* "Sham Gayi Raat Aayi" Lata Mangeshkar/Hasrat Jaipuri

# "Shree 420" (bermaksud "Mr.420") berjaya membuat rekod pungutan sebanyak Rs.20 milion. Ia diatasi dua tahun kemudian oleh "Mother India" (lakonan Nargis) pada 1957.

Melalui "Mera Joota Hai Japani", Raj Kapoor sebagai pelakon (penyanyi) menyatakan kebanggaan sebagai orang (rakyat) India walaupun pakaiannya buatan negara-negara lain, menjadi kebangaan (patriotik) di kalangan orang India.

Ia sering dijadikan rujukan termasuk dalam ucapan penerimaan anugerah di Pesta Buku Frankfurt pada 2006 oleh pengarang Bengali, Mahasweta Devi.

Filem ini terbukti begitu popular di Soviet Union, Romania dan Israel. Di Russia, Raj Kapoor sama popularnya dengan Perdana Menteri India, Jawaharlal Nehru.

Di Israel, "Ichak Dana Beechak Dana" (diterjemahkan sebagai "Ichikidana") menjadi popular dan telah dirakamkan semula oleh penyanyi Naim Rajuan.




7. "AAJA SANAM MADHUR CHANDANI"
Filem: Chori Chori (1956)
Pengarah: Anant Thakur
Penyanyi: Lata Mangeshkar & Manna Dey
Pemusik: Shankar Jaikishan
Lirik: Hasrat Jaipuri
(Sumber: Ultra Hindi)


8. "YEH RAAT BHEEGI BHEEGI"
Filem: Chori Chori (1956)
Pengarah: Anant Thakur
Penyanyi: Lata Mangeshkar & Manna Dey
Pemusik: Shankar Jaikishan
Lirik: Shailendra
(Sumber: Ultra Hindi)

Terdapat 9 lagu, kesemuanya ciptaan Shankar Jaikishan. Selain dua menjadi pilihan;

* "All Line Clear" Mohammed Rafi/Hasrat Jaipuri
* "Jahan Mein Jati Hun" Lata Mangeshkar & Manna Dey/Shailendra
* "Is Paar Sajan" Lata Mangeshkar/Hasrat Jaipuri
* "Man Bhawan Ke Ghar" Lata Mangeshkar & Asha Bhosle/Shailendra
* "Panchi Banoon Urti Phiroon" Lata Mangeshkar/Hasrat Jaipuri
* "Rasik Balma" Lata Mangeshkar/Hasrat Jaipuri
* "Sawa Lakh Ki Lottery" Lata Mangeshkar & Mohammed Rafi/Shailendra
* "Yeh Raat Bheegi Bheegi" Lata Mangeshkar & Manna Dey/Shailendra

# "Chori Chori" (bermaksud "Pencuri Hati") filem 1956 yang diarahkan Anant Thakur, re-make (buat semula) dari filem Hollywood, "It Happened One Night" dan "Roman Holiday".

Ia dianggap filem terakhir gabungan Raj Kapoor-Nargis, walaupun Nargis turut melakukan penampilan cameo dalam filem lakonan Raj Kapoor, "Jagte Raho".

Pada 1991, ia dijadikan inspirasi oleh Mahesh Bhatt mengarahkan "Dil Hai Ke Manta Nahin" dengan bintang utamanya, Aamir Khan dan Pooja Bhatt.

Seperti juga "Chori Chori", filem ini pun mendapat kejayaan box office.

Sebenarnya, filem ini dalam black & white, tetapi beberapa klips nyanyian telah dicolorizekan menggunakan komputer.

# "Yeh Raat Bheegi Bheegi" dirakamkan semula oleh Zainab Majid dan Razak Majid bertajuk "Alam Impian" Lihat Disini

# Ia juga dirakamkan semula oleh R.Azmi (secara berseorangan) bertajuk "Cahaya Bulan Di Air Tenang" Lihat Disini




LATA MANGESHKAR

MANNA DEY

MUKESH

JAIKISHAN & SHANKAR

SHAILENDRA & HASRAT JAIPURI






9. "KISI KI MUSKURAHATON PE HO NISAR"
Filem: Anari (1962)
Pengarah: Hrishikesh Mukherjee
Penyanyi: Mukesh
Pemusik: Shankar Jaikishan
Lirik: Shailendra
(Sumber: Filmi Gaane)


10. "DIL KI NAZAR SE NAZRON
Filem: Anari (1959)
Pengarah: Hrishikesh Mukherjee
Penyanyi: Lata Mangeshkar & Mukesh
Pemusik: Shankar Jaikishan
Lirik: Shailendra
(Sumber: Filmi Gaane)

Terdapat 7 lagu, kesemuanya ciptaan Shankar Jaikishan. Selain dua menjadi pilihan;

* "Nineteen Fifty Six" Manna Dey & Lata Mangeshkar/Shailendra
* "Woh Chand Khila Woh Tare" Mukesh & Lata Mangeshkar/Shailendra
* "Sab Kuchh Seekha Ham Ne" Mukesh/Shailendra
* "Ban Ke Panchhi Gaaye Pyar Ka Tarana" Lata Mangeshkar/Hasrat Jaipuri
* "Tera Jana" Lata Mangeshkar/Shailendra

# "Anari" (bermaksud "Tertipu") dibintangi Raj Kapoor, Nutan, Motilal dan Lalita Pawar. Cerita mengenai pelukis (Raj Kumar) yang jujur, tampan dan bijaksana.

Dia bertemu dengan anak orang kaya, Aarti (Nutan). Kerana takutkan kekayaan menyebabkan percintaannya dengan Raj terputus, Aarti memberitahu Raj, dia bekerja sebagai orang gaji. Raj dengan mudah mempercayainya, mereka saling cinta mencintai.

Bagaimanapun, alangkah kecewanya Raj apabila mendapat tahu kedudukan sebenar Aarti yang menyebabkan dia merasa terhina kerana begitu mudah tertipu.

Keadaanya menjadi lebih rumit apabila tuanrumah (Mrs. D'Sa), Raj menyewa rumahnya, meninggal dunia disebabkan ubat-ubatan yang dimakannya, dan Raj dituduh pula meracuninya.

"Anari", jelas dipadankan dari filem arahan S.D.Narang "Dilli Ka Thug" (keluaran 1958) yang turut dibintangi Nutan tetapi heronya Kishore Kumar.

Dibandingkan antara keduanya, "Dilli Ka Thug" tidak sebaik dan sepopular "Anari", dan lagu-lagu Shankar Jaikishan disertai nyanyian Mukesh adalah permata yang bercahaya.

"Anari" telah memenangi 5 anugerah Filmfare, dan tidak boleh dinafikan ia merupakan filem setanding dengan filem-filem Raj Kapoor yang sudah dianggap klasik, antaranya "Awara" dan "Shree 420".




11. "O SHAMA MUJHE PHOONK DE"
Filem: Aashiq (1962)
Pengarah: Hrishikesh Mukherjee
Penyanyi: Lata Mangeshkar & Mukesh
Pemusik: Shankar Jaikishan
Lirik: Shailendra
(Sumber: Ghulam Rasool)


12. "MEHTAAB TERA CHEHRA"
Filem: Aashiq (1962)
Pengarah: Hrishikesh Mukherjee
Penyanyi: Lata Mangeshkar & Mukesh
Pemusik: Shankar Jaikishan
Lirik: Shailendra
(Sumber: Raag Bhairav)

Terdapat 8 lagu, kesemuannya ciptaan Shankar Jaikishan. Selain dua menjadi pilihan;

* "Yeh To Kaho Kaun Ho Tum" Mukesh/Hasrat Jaipuri
* "Tum Jo Hamare Meet Na Hote" Mukesh/Shailendra
* "Main Aashiq Hoon Baharon Ka" Mukesh/Shahryar
* "Jhanan Jhan Jhanke Apni Payal" Lata Mangeshkar/Shailendra
* "Lo Aai Milan Ki Raat" Lata Mangeshkar/Hasrat Jaipuri
* "Tum Aaj Mere Sang Hans Lo" Mukesh/Hasrat Jaipuri

# "Aashiq" (bermaksud "Asyik") yang dikeluarkan pada 1962 adalah arahan Hrishikesh Mukherjee, dengan bintang utamanya Raj Kapoor, Nanda dan Padmini.

Cerita mengenai Gopal (Raj Kapoor) yang mempunyai dua minat, musik (lagu) dan Priti (Padmini). Bagaimanapun, kedua orangtuanya menentang. Mereka mahu dia berkahwin dengan Renuka (Nanda).

Gopal tidak begitu gembira dengan paksaan tersebut dan mereka sering bertentangan. Kerana patah hati, Renuka cuba membunuh diri.

Apabila Gopal mengetahui perkara tersebut, dia menyedari kesilapan yang dilakukannya dan mengambil keputusan meninggalkan musik dan nyanyi buat selama-lamanya.

Apakah mungkin Gopal minat musik dan menyanyi semula?

# "Aashiq" saya tonton di panggung wayang Lido (dekat KL Sentral), sudah tiada dan tapaknya kini Public Bank.




14. "DOST DOST NA RAHA"
Filem: Sangam (1964)
Pengarah: Raj Kapoor
Penyanyi: Mukesh
Pemusik: Shankar Jaikishan
Lirik: Shailendra
(Sumber: Shemaroo)


15. "HAR DIL JO PYAR KAREGA O"
Filem: Sangam (1964)
Pengarah: Raj Kapoor
Penyanyi: Lata Mangeshkar, Mukesh & Mahendra Kapoor
Pemusik: Shankar Jaikishan
Lirik: Shailendra
(Sumber: Shemaroo)

Terdapat 8 lagu, kesemuanya ciptaan Shankar Jaikishan. Selain dua menjadi pilihan;

* "Bol Radha Bol" ("Mere Man Ki Ganga") Vyjayanthimala & Mukesh/Shailendra
* "O Mehbooba" Mukesh/Hasrat Jaipuri
* "O Mere Sanam" Lata Mangeshkar & Mukesh/Shailendra
* "Yeh Mera Prem Patra" Lata Mangeshkar & Mohammad Rafi/Hasrat Jaipuri
* "Main Kya Karoon Ram" Lata Mangeshkar/Hasrat Jaipuri
* "Ich Liebe Dich (I Love You)" (lirik bahasa German) Vivian Lobo

# "Sangam" (bermaksud "Pertemuan") adalah filem Bollywood keluaran 1964 yang dihasilkan ceritanya oleh Inder Raj Anand dengan bintang utamanya Raj Kapoor, Vyjayanthimala dan Rejendra Kumar.

Ini filem color pertama Raj Kapoor, techicolornya yang sangat menarik dan masa tayangan yang begitu panjang walaupun mengikut piawaian Bollywood, ia juga dianggap sebagai Magnum Opus atau karya filem terbaik Raj Kapoor.

"Sangam" menjadi hit di India dan dianggap klasik hari ini. Salah satu ciri yang digunapakai begitu meluas dikemudian hari ialah penggambaran yang dilakukannya di Eropah - London, Rome, Venice, Paris dan Switzerland.

Ini memulakan trend di Bollywood yang membuat penggambaran di luar negara India terutama Switzerland yang mempunyai latarbelakang (panorama) yang exotic.

Kehebatannya membuatkan pengarah Dasari Narayana Rao, membuat semula (re-make) dalam bahasa Telugu dan Kannada bertajuk "Swapna".

Sebenarnya pada penghujung tahun 1940an, Raj Kapoor merancang melancarkan filem tersebut yang bertajuk "Gharonda" dengan Dilip Kumar, Nargis dan dirinya sendiri memegang watak utama.

Ceritanya ditulis oleh Indera Raj Anand semasa Raj Kapoor buat pertama kalinya sebagai pengarah filem "Aag" pada 1948. Begitu pun juga, ia ditangguhkan kerana sesuatu sebab hingga pada 1962 baru menjadi kenyataan dengan tajuk baru, "Sangam".

Diperingkat awal, Dilip Kumar bersetuju berperanan Gopal. Tetapi apabila dia mengenakan syarat mahu menyunting (edit) salinan terakhir filem tersebut, Raj Kapoor menolak, tidak dapat menerimanya.

Kalau saya pun, macam Raj Kapoor. Tidak akan menerima syarat mabuk itu. Malah Dilip Kumar sendiri pun mungkin tidak akan menerima syarat sebegitu sekiranya Raj Kapoor berbuat demikian kepadanya.

Itulah sebabnya, sepanjang kerjayanya dalam filem, Raj Kapoor berlakon dengan Dilip Kumar hanya satu filem - "Andaz" pada 1949 yang turut dibintangi Nargis.

Kemudian dia menawar peranan tersebut kepada Dev Anand, juga ditolak dengan berbagai sebab dan bermacam alasan.

Akhirnya, Raj Kapoor memuktamadkan dengan memilih Rajendra Kumar sebagai Gopal, Vyjayanthimala sebagai Radha dan dirinya sendiri sebagai Sunder.

Nah kau, meletup habis. Dilip Kumar dan Dev Anand pun menggigit jari, sesal tak sudah. Bagi Dilip Kumar dua kali knock out, setelah gagal berlakon dalam "Awara".

# "Sangam" saya tonton di panggung wayang Coliseum, kini masih wujud dengan megahnya ditengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.




13. "JEENA YAHAN MARNA YAHAN"
Filem: Mera Naam Joker (1970)
Pengarah: Raj Kapoor
Penyanyi: Mukesh
Pemusik: Shankar Jaikishan
Lirik: Shailendra
(Sumber: Filmi Gaane)

Terdapat 9 lagu, kesemuanya ciptaan Shankar Jaikishan. Selain satu menjadi pilihan;

* "Ang Lag Ja Balma" Asha Bhosle/Shailendra
* "Kaate Na Kaate Raina" Manna Dey & Asha Bhosle/Shailendra
* "Teetar Ke Do Aage Teetar" Mukesh, Asha Bhosle & Simi Garewal/Hasrat Jaipuri
* "Jane Kahan Gaye Woh Din" Mukesh/Hasrat Jaipuri
* "Ae Bhai Zara Dekh Ke Chalo" Manna Dey/Neeraj
* "Daagh Na Lag Jaye" Mukesh & Asha Bhosle/Hasrat Jaipuri
* "Kehta Hai Joker Sara Zamana" Mukesh/Neeraj
* "Sadke Heer Tujh Pe" Mohammed Rafi/Prem Dhawan

# Enam tahun dalam pelaksanaan, dengan Raj Kapoor melabur segala harta bendanya yang dia ada, "Mera Naam Joker" (bermaksud "Nama Saya Joker") kecundang di box office. Bagaimanapun, beberapa tahun kemudian, ia diiktiraf sebagai klasik.

Filem ini memakan masa 255 minit (4 jam 15 minit) dengan dua masa rehat. Untuk dvd (pasaran international) yang diusahakan oleh Yash Raj Films Home Entertaiment panjangnya 233 minit.

Dalam sejarah filem di India (Bollywood), "Mera Naam Joker" adalah filem kedua membuat waktu rehat dua kali (kebiasaannya sekali), pertama "Sangam" juga arahan Raj Kapoor.


EKSTRA (+ 1) TANPA RAJ KAPOOR___






16. "PATLI KAMAR HAI TRISHI NAZAR HAI"
Filem: Barsaat (1949)
Pengarah: Raj Kapoor
Penyanyi: Lata Mangeshkar & Mukesh
Pemusik: Shankar Jaikishan
Lirik: Shailendra
(Sumber: TheDreammarchant)

Terdapat 11 lagu, kesemuanya ciptaan Shankar Jaikishan. Selain satu menjadi pilihan;

* "Jiya Beqarar Hai" Lata Mangeshkar/Hasrat Jaipuri
* "Mujhe Kisi Se Pyaar Ho Gaya" Lata Mangeshkar/Jalal Malihabadi
* "Bichhde Huye Pardesi" Lata Mangeshkar/Hasrat Jaipuri
* "Ab Mera Kaun Sahara" Lata Mangeshkar/Hasrat Jaipuri
* "Chhod Gaye Balam Mujhe" Mukesh & Lata Mangeshkar/Hasrat Jaipuri
* "Meri Aankhon Mein Bas Gaya Koi Re" Lata Mangeshkar/Hasrat Jaipuri
* "Zindagi Mein Hardam Rota Hi Raha" Mohammed Rafi/Hasrat Jaipuri
* "Barsaat Mein Humse Mile" Lata Mangeshkar/Shailendra
* "Hawa Mein Udta Jaye" Lata Mangeshkar/Ramesh Shastri
* "Jiya Beqrar Hai" Lata Mangeshkar/Shankar Jaikishan

# "Barsaat" (bermaksud "Hujan") adalah gabungan pertama Raj Kapoor-Nargis disamping filem pertama (peranan penting) Nimmi. Ia mendapat kejayaan box office, dan membolehkannya membeli studio filem kemudian dinamakan RK Studios pada 1950.

Filem ini mengenai dua kisah cinta. Pran (Raj Kapoor) dengan Reshma (Nargis) dan Gopal (Premnath) dengan Neela (Nimmi). Dua kawan baik mempunyai corak hidup (personaliti) yang berbeza.

Pran kaya, sensitif orangnya, Gopal pula mata keranjang. Mereka bercinta dengan Reshma dan Neela sewaktu bercuti di kawasan pelancungan, Kashmir.

Percintaan Pran-Reshma cinta sejati, percintaan Gopal terhadap Neela lebih kepada dorongan nafsu.

Cinta Neela terhadap Gopal suci, dan sanggup menunggu dengan sabar apabila Gopal memberitahunya yang dia akan kembali ketika musim hujan. Bagaimanapun, ketibaan lewatnya mendapati kekasih setianya itu telah meninggal dunia.

Bagi Pran-Reshma, setelah mengalami berbagai masalah dan terpisah, akhirnya mereka bersatu semula dan menuju kepuncak bahagia.

Musik dan lagu diminati ramai semasa diedarkan pada 1949, ia juga menjadikan Shankar Jaikishan terkenal dan seterusnya mengestabliskan kerjaya mereka. Suara Lata Mangeshkar digunakan untuk Nargis dan Nimmi.

Premnath, pada 1953 dipilih oleh Bhagwan Das Varma membintangi filem arahannya "Aurat" (bermaksud "Wanita") ciplakan filem Cecil De Mille "Samson And Delilah", sebagai Adil (Samson). Bina Rai berperanan Juhi (Delilah) dan Premnath jatuh cinta semasa penggambaran, kemudian mereka pun berkahwin.

"Aurat", pertama kali saya tonton di Coates, Kuala Kubu Bharu pada Hari Raya Aidilfitri. Kali kedua di Hindustan, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur kini sudah tiada. Saya masih ingat, sewaktu menonton di Hindustan, putaran filem tonggang terbalik - yang belakang didahulukan yang depan dikemudiankan.

# Pemilihan "Patli Kamar Hai Trishi Nazar Hai" ini tanpa Raj Kapoor berdasarkan teknik persembahannya yang menarik (termasuk fotografi dan editing), gabungan nyanyian Premnath dan Nimmi diiringi tarian Cuckoo menggunakan suara Mukesh dan Lata Mangeshkar.

Teknik yang sama digunapakai oleh S.Ramanathan dalam filem arahannya "Jiwa Lara", gabungan nyanyian Osman Gumanti dan Neng Yatimah menggunakan suara R.Azmi dan Momo.

Bagaimanapun, lagu "Suka Dan Lara" ada pindaan apabila Rokiah yang turut menari, juga menyanyi menggunakan suara Lena, berlainan dengan Cuckoo (tariannya menggairahkan tidak kalah dengan Helen) sekadar menari, tidak menyanyi Lihat Disini

Adegan terakhir, Premnath membawa Nimmi (meninggal dunia) untuk dibakar, ditiru oleh B.N.Rao dalam filem arahannya, "Putus Harapan". Ia memperlihatkan P.Ramlee membawa Rokiah, untuk dibawa ke mana. Di bakar juga kah?


# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.




ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?






KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.



12 comments:

  1. Inilah salah satu sebab mengapa saya suka berkunjung ke FK. Hanya orang yang berjiwa filem mampu melahirkan artikel seperti diatas, menarik dan berinformasi. Sepanjang saya melayari internet dan mengunjungi blog, inilah pertama kali saya terjumpa cerita Raj Kapoor yang berlainan coraknya. Ternyata pengetahuan Encik Mustafar dan Puan Zaini mengenai filem sukar dipertikaikan - Kamarul Baharin (UKM), Bangi, Selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kamarul. Kejayaan hanya boleh dicapai sekiranya minat, prihatin dan kesungguhan dicantumkan.

      Delete
  2. Sampaikan S.Ramanathan menciplak adegan lagu "Barsaat" arahan Raj Kapoor untuk filem arahannya "Jiwa Lara" Encik Mustafar tahu, ini sudah dikira sangat dahsyat. Apa pun, blog FK memang lain dari yang lain. Saya suka FK - Balqis, KL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Balqis. Dahsyat? Tidaklah sampai begitu sekali. Apa pun, saya gembira apabila Balqis kata: Saya suka FK.

      Delete
  3. Cukup padat fakta tentang raj kapoor, lagu pun semua yang tiptop dan best,lagu dost dost na rahaa lagu yang penuh perasaan,buat air mata saya menitis, memang sangat dahsyat..Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dahsyat. Dahsyat lagi. Ehh... berapa punya banyak dahsyat daa... Justeru itu, marilah kita menjadi manusia yang dahsyat. Jangan marah, gurau saja. Apa pun, terima kasih Ismadi.

      Delete
  4. Ok sama-sama..perbanyakkan lagi keluar maklumat yang rare macamni..saya sangat suka membaca..Dahsyat akan jadi trademark Tuan Mustafar A.R selamanya..hehe.bukan marah, nasihat, kalau marah nanti kena jual harta benda 50 tahun filem melayu sekali dengan projek buku maria menado akan dirampas..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setelah saya baca artikel Raj Kapoor dan lagu-lagunya memang dahsyat. Saya kira tidak ada sesiapa pun boleh buat kecuali Encik Mustafar. Ternyata dalam hal-hal filem Encik Mustafar semua tahu hinggakan setiap artikel yang disiarkan berinformasi dan berfakta - Afidah (UKM), Bangi.

      Delete
  5. Wowww..banyak - banyak filem yang tuan Mustafar "highlight" di atas hanya LP BARSAAT yang saya ada.. Itupun cetakan kedua pada tahun 1973 dengan logo ODEON RECORD-EMI. Versi cetakan pertama terbitan ANGEL RECORD-EMI 1949..Namun rasa cukup bertuah sebab masih menyimpan LP BOBBY,SANGAM,KAL AAJ AUR KAL,AROUND THE WORLD antara piring hitam filem lakonan dan arahan SENIMAN RAJ KAPOOR yang sukar dicari ganti.Cukup seronok menikmati alunan lagu-lagu dari piring hitam.. Entahlah dah balik ke zaman Piring hitam ( LP/EP/SP ) pula.

    Kuching Sarawak


    Kuching, Sarawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ..untung sangat saudara ada pemain piring hitam.Tentu teruja bila dapat memutarkan LP melalui piring hitam..Tuan Mustafar .. kalau ada Lp Hindustan yang nak dijual bolehlah diiklankan di sini..Mana tau ada yang berminat..

      Bandaraya Melaka.

      Delete
  6. Bagus sungguh artikel Raj Kapoor ni.
    Tidak pernah saya temui dimana-mana blog.
    Tahniah Encik Mustafar A.R. dan isteri.
    Penampilan FK berinformasi dan berfakta.
    Bukan itu sahaja, ada kalanya menghiburkan.

    IQBAL, Arau, Perlis.

    ReplyDelete
  7. sangat komprehensif .. terbaik tuan.

    ReplyDelete