"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Sunday, March 20, 2016


KEPUTUSAN KUIZ FILEM KLASIK KE-3

18 PESERTA MENGHANTAR JAWAPAN TEPAT DAN BETUL
Teks & Kuiz: Mustafar A.R. & Aida Zailina
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop


Selepas tarikh tutup pada 15 Mac 2016, 203 jawapan telah diterima. Apabila disemak dan dinilai, hanya 18 peserta dapat memberi jawapan tepat dan betul.

Ia merupakan peserta teramai jika dibanding dengan dua kuiz filem klasik yang lalu, pertama dan kedua, dan terbanyak dapat meneka tidak salah walau satu pun.

Nampaknya, para peserta telah mencatat ejaan tajuk-tajuk filem yang betul, mengikut apa yang terdapat dalam credit title (filem yang masih ada) dan melalui iklan-iklan surat akhbar (filem yang sudah hilang).

Ini satu perkembangan baik dimana setiap penulis tidak lagi mencatat tajuk-tajuk filem mengikut sesuka hati (mengguna ejaan baru terutamanya) yang tidak menepati fakta. Diharap ia akan dilakukan berterusan.

Ingat, menulis sesuatu tidak berfakta sudah jadi mitos (seakan rekaan), ertinya tidak berpijak dibumi nyata.Salah dan silap.

Paling mengembira dan membanggakan saya, usaha untuk menyelaraskan ejaan tajuk-tajuk filem boleh dikatakan berjaya, dan semakin diterima oleh semua pihak.

Ini terbukti, semua peserta (203) mencatat "Panca Delima" tidak "Pancha Delima", "Chemburu" tidak "Cemburu", "Lanchang Kuning" tidak "Lancang Kuning" dan "Pisau Berachun" tidak "Pisau Beracun".

Di YouTube, penggunaan ejaan tajuk-tajuk filem (tepat dan betul) pun sudah mulai menampakkan hasil yang sangat baik. Ini penting sekiranya sejarah filem Malaysia mahu diunggulkan.

Dalam pada itu, ramai peserta tidak dapat membezakan antara A.Rahim dan Daeng Idris, dua bintang utama "Empat Isteri". Yang tepat, pelakon bersama Salmah Ismail, A.Rahim bukan Daeng Idris.

Lain-lain kesalahan;

* S.Roomai Noor & Siput Serawak dalam "Chinta" bukan "Nasib" atau "Nilam."

* Kenny Buchanan & Luli dalam "The Long House" bukan "Chinta Gadis Rimba".
# Tiada tajuk "Chinta Gadis Rimba". Dicredit title tercatat "The Virgin Of Borneo."

* Suraya Haron bersama S.M.Wahid (Wahid Satay) & Zainol Gemok dalam "Mabok Kepayang" bukan Latiffah Omar bersama S.M.Wahid (Wahid Satay) & Zainal Gemok.

* "Mabok Kepayang" diarahkan oleh S.Roomai Noor bukan Hussain Haniff, dan ada juga yang meneka filem tersebut sebagai "Chelorong Cheloreng".

* Nama Zainal Abidin atau Zainol Gemok boleh dianggap betul, tetapi Fauziah Al-Rashid tidak boleh diterima kerana nama tersebut agak asing walaupun orangnya sama. Yang betul, Uji Rashid.

18 peserta yang berjaya meneka dengan tepat dan betul telah diundi. Mereka yang bernasib baik;

Pemenang pertama: Zubaidah Binti Abdul Rahman
2164, Kampung Simpang Tiga, 53100 Gombak, Kuala Lumpur.

Pemenang ke-2: Muhammad Salehudin Bin Muhammad Shariff
50, Desa Marina, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Pemenang ke-3: Fatimah Binti Abass
8642, Taman Jaya Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pemenang ke-4: Iqbal Khan Bin Iqbar Khan
20-A, Taman Maju, 32610 Bandar Seri Iskandar, Perak.

Pemenang ke-5: Isqandar Zulqarnean Bin Isqandar Abu Bakar
241, Taman Nusa Bestari, 79100 Johor Bahru, Johor.

Tahniah kepada mereka yang berjaya. Kepada mereka yang tidak berjaya cuba lagi dalam Kuiz Filem Klasik Ke-4, akan menyusul tidak lama lagi.






Pustaka Peringatan P.Ramlee Kuala Lumpur, 21 Mei 2016.

Kini diterbitkan sebulan sekali tidak lagi dua minggu sekali.


Rawatilah penyakit anda dengan Ceragem. Insyaalah baik.









12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 20 MAC 2016)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 132,330
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 131,554 * SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 117,601
* SELAMAT PENGANTIN BARU 64,818 * FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 25,927





JAWAPAN TEPAT DAN BETUL ADALAH;




1. Nama Pelakon: P.RAMLEE & NENG YATIMAH
Tajuk Filem: TAKDIR ILLAHI
Nama Pengarah: L.KRISHNAN



2. Nama Pelakon: AHMAD MAHMOOD & SA'ADIAH
Tajuk Filem: RIBUT
Nama Pengarah: K.M.BASKER



3. Nama Pelakon: YUSOF LATIFF & MARIAM
Tajuk Filem: KIPAS HIKMAT
Nama Pengarah: S.RAMANATHAN



4. Nama Pelakon: OSMAN GUMANTI & KASMA BOOTY
Tajuk Filem: DEWI MURNI
Nama Pengarah: B.S.RAJHANS



5. Nama Pelakon: S.ROOMAI NOOR & SIPUT SERAWAK
Tajuk Filem: CHINTA
Nama Pengarah: B.S.RAJHANS



6. Nama Pelakon: M.AMIN & MARIA MENADO
Tajuk Filem: PONTIANAK
Nama Pengarah: B.N.RAO



7. Nama Pelakon: JINS SHAMSUDIN & HASHIMAH YON
Tajuk Filem: PANCA DELIMA
Nama Pengarah: P.RAMLEE



8. Nama Pelakon: SALLEH GHANY & ROKIAH HANAFFI
Tajuk Filem: SERUAN MERDEKA
Nama Pengarah: B.S.RAJHANS



9. Nama Pelakon: YEM & MISS TINA
Tajuk Filem: MUTIARA
Nama Pengarah: HAU YAU & WAN HAI LING



10. Nama Pelakon: AZIZ JAAFAR & ZAITON
Tajuk Filem: PERTARONGAN
Nama Pengarah: OMAR ROJIK



11. Nama Pelakon: ALI RAHMAN & SOPHIA IBRAHIM
Tajuk Filem: HUJAN DARAH
Nama Pengarah: SALLEH GHANI



12. Nama Pelakon: A.RAHIM & SALMAH ISMAIL
Tajuk Filem: EMPAT ISTERI
Nama Pengarah: B.S.RAJHANS



13. Nama Pelakon: AHMAD MAHMOOD & JINS SHAMSUDIN
Tajuk Filem: MATA HARI
Nama Pengarah: RAMON A.ESTELLA



14. Nama Pelakon: KENNY BUCHANAN & LULI
Tajuk Filem: THE LONG HOUSE
Nama Pengarah: PHANI MAJUMDAR



15. Nama Pelakon: S.M.WAHID, SURAYA HARON & ZAINOL GEMOK
Tajuk Filem: MABOK KEPAYANG
Nama Pengarah: S.ROOMAI NOOR



16. Nama Pelakon: S.A.MOKHTAR & SOPHIA IBRAHIM
Tajuk Filem: JAMBATAN MAUT
Nama Pengarah: M.YATIM



17. Nama Pelakon: YUSOF LATIFF & ROSNANI
Tajuk Filem: CHEMBURU
Nama Pengarah: S.RAMANATHAN



18. Nama Pelakon: NORDIN AHMAD & LATIFAH OMAR
Tajuk Filem: LANCHANG KUNING
Nama Pengarah: M.AMIN



19. Nama Pelakon: S.ROOMAI NOOR & MISLIA
Tajuk Filem: MUTIARA DARI MALAYA
Nama Pengarah: LAURIE FRIEDMAN



20. Nama Pelakon: RENDRA KARNO & LATIFAH OMAR
Tajuk Filem: BAYANGAN DIWAKTU FAJAR
Nama Pengarah: USMAR ISMAIL



21. Nama Pelakon: ABDULLAH CHIK & SALMAH AHMAD
Tajuk Filem: SELENDANG MERAH
Nama Pengarah: L.KRISHNAN



22. Nama Pelakon: SONNY ABDULLAH & UJI RASHID
Tajuk Filem: PERMINTAAN TERAKHIR
Nama Pengarah: JAMIL SULONG



23. Nama Pelakon: KARIM LATIFF & HAMIZON
Tajuk Filem: LAIN JALAN KA-SHORGA
Nama Pengarah: JAMIL SULONG



24. Nama Pelakon: BACHTIAR EFFENDI & KASMA BOOTY
Tajuk Filem: PISAU BERACHUN
Nama Pengarah: B.S.RAJHANS



25. Nama Pelakon: BAKAR RUDDIN & SHARIFF MEDAN
Tajuk Filem: BULOH PERINDU
Nama Pengarah: B.S.RAJHANS





SEBAGAI menguji sejauh mana anda tahu tentang filem-filem Malaysia, sertailah Kuiz Filem Klasik (FK) ini. Sekiranya jawapan betul dan tepat, anda akan dihadiahkan dengan sejumlah wang tunai dan senaskah buku Filem-Filem P.Ramlee.

* Jika turut serta, anda diminta menyertakan nama (seperti tercatat dalam kad pengenalan) dan alamat rumah atau pejabat.

* Hanya 5 (lima) pemenang saja dipilih. Sekiranya ramai yang meneka dengan tepat dan betul undian akan dilakukan.

* Hanya mereka meneka semua soalan dengan tepat dikira pemenang pertama. Salah satu atau dua, pemenang kedua. Salah tiga, pemenang ketiga. Salah empat, tidak ada pemenang.

* Kalau tidak ada yang dapat meneka dengan tepat dan betul, yang hampir tepat dan betul akan dipilih. Sekiranya ramai undian akan dijalankan.

* Nama-nama pemenang akan disiarkan (selepas tarikh tutup) dalam posting FK yang akan datang berserta dengan jawapannya sekali. Tarikh akan ditentukan kemudian.

* Anda juga diminta berhati-hati tentang ejaan tajuk filem. Contoh, "Penarek Becha" bukannya "Penarik Beca" dan "Chemburu" bukannya "Cemburu". Salah ejaan, jawapan akan dibatalkan.

* Nama pelakon ejaan yang sering berbeza-beza boleh diterima. Contoh, Nordin Ahmad atau Noordin Ahmad, Latifah Omar atau Latiffah Omar.

* Hanya jawapan melalui e-mail: (mar27843@yahoo.co.uk) saja yang diterima dan dikira sah. Jawapan dalam ruangan komen akan ditolak.

* Kesemua pemenang akan menerima hadiah masing-masing melalui poslaju.

* Keputusan pemenang dan undian adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

* Para peserta kuiz terbuka kepada semua pembaca dan peminat blog FK di Malaysia saja. Luar dari Malaysia tidak diterima.

* Tarikh tutup penyertaan pada 15 Mac 2016.

Pemenang Pertama RM300 & 1 buku Filem-Filem P.Ramlee
Pemenang ke-2 RM250 & 1 buku Filem-Filem P.Ramlee
Pemenang ke-3 RM200 & 1 buku Filem-Filem P.Ramlee
Pemenang ke-4 RM100 & 1 buku Filem-Filem P.Ramlee
Pemenang ke-5 RM100 & 1 buku Filem-Filem P.Ramlee



26. Nama Pelakon: ___________________
Tajuk Filem: ________________________
Nama Pengarah: _____________________

# Contoh Jawapan (guna HURUF BESAR):

26. Nama Pelakon: NOOR AZIZAH & HAIL AMIR
Tajuk Filem: CINTA DAN LAGU
Nama Pengarah: JAMIL SULONG


Selamat meneka!


# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.




ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?






KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.




9 comments:

  1. Tahniah En. Mustafar dan isteri.
    Kerana FK dapat bertahan selama
    6 tahun pada 12 April 2016.
    Saya harap FK akan dapat pula meraikan
    Ulang-Tahunnya yang ke-10 pada 2020

    - Badariah, Putrajaya WP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Badariah.
      Semoga anda terus meminati FK.

      Delete
  2. Tahniah FK kerana mampu bertahan sampai 6 tahun pada 12 April 2016. Saya berdoa agar kesihatan Encik Mustafar dan Puan Zaini berada dalam kesejahteraan bagi membolehkan FK tetap subur hinggalah ke 12 April 2020 (10 tahun) dan seterusnya. Tak sabar tunggu artikel "Ibuku Pun Popular Juga". Apa pula kisahnya kali ini - Yazid, George Town, PP.

    ReplyDelete
  3. Syabas FK kerana berjaya bertahan 6 tahun.
    Semoga dapat pula sampai ke tahun 10, pada 2020.

    - Andika, PD, N9.

    ReplyDelete
  4. Tahniah Encik Mustafar A.R. dan Puan Zaini Yusop kerana FK berjaya menyambut Ulang-Tahunnya yang ke-6 pada 12 April 2016. Semoga anda berdua sentiasa berada dalam sihat sejahtera - Murnirah, S.Alam, Sel.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih abg Mustafar a.r dan isteri tercinta serta Tahniah menyambut ulang tahun ke 6 FK . Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih abg Mustafar a.r dan isteri tercinta serta Tahniah menyambut ulang tahun ke 6 FK . Terima kasih.

    ReplyDelete