Tribute... A.R. Ismail (8/10/1929-15/1/1995) Pencipta Lagu Yang Tidak Patut Kita Lupakan (Update: 24/11/2016)

1. Bisikan Hati 2. Senja Berulang Senja 3. Dimanakah Cintamu 4. Aku Kecewa 5. Berikan Ku Sinar Harapan >> Kliks Disini

Tuesday, August 16, 2016


CALON FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-28

BILAKAH PERANGAI ORANG-ORANG FILEM NI NAK BERUBAH
Oleh: Mustafar A.R.
Foto & Teks: Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop





14. (Sumber: Astro Shawfig0000s)


11. (Sumber: Astro Shaw)


10. (Sumber: fig0000s)


9. (Sumber: Skyzen Studios)


9. (Sumber: GSC Movies)


9. (Sumber: Oh! Media)


5. (Sumber: 42nd Pictures)


4. (Sumber: GC Movies)


4. (Sumber: MalayTrolls13)


3. (Sumber: Alpha Digitech)

Rumah belum siap pahat sudah berbunyi. Itulah yang sering berlaku kepada Festival Filem Malaysia (FFM). Tetapi ternyata penganjuran tahun ini (FFM28) lebih teruk kerana ramai sangat yang berbunyi, kuat dan lantang sampai memekakkan telinga.

Malang sungguh FFM, ada saja kontroversi, ada saja yang tidak kena. Sampai bilakah ia akan berakhir, tidak dapat dipastikan. Mungkin 100 atau 1000 tahun lagi, begitulah agaknya.

Saya sebagai salah seorang pengasas FFM (bersama Norshah Thamby, Mustaffa Haji Ton, Bahyah Mahmood, Ahmad Idris, Aimi Jarr dan Omar Manan), begitu kecewa dengan kontroversi yang melanda. Setiap kali penganjuran, tanpa henti macam keretapi ekspres.

FFM28 ini lebih memalukan apabila tiga menteri, Khairy Jamaluddin, Rahman Dahlan dan S.Subramaniam, turut campurtangan sedangkan mereka tidak ada kena mengena. Finas bukan duduk di bawah ketiak kementerian mereka.

Penglibatan mereka pertanda buruk dalam penganjuran FFM di masa akan datang dimana masuknya orang politik bukannya boleh membawa kebaikan atau pencerahan malah sesuai dianggap sebagai sokong membawa rebah.

Bukankah lebih baik Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (KKMM) yang menjadi payung kepada Finas, dengan menterinya, Salleh Said Keruak, berunding dengan Ketua Pengarah Finas, Kamil Othman, mencari jalan penyelesaian sebaik mungkin tanpa diganggu gugat oleh menteri-menteri lain.

Adam Salleh telah menulis panjang lebar mengenai kontroversi FFM28 ini. Anda bacalah seperti yang tercatat di bawah. Juga dimuatkan beberapa ulasan lain oleh mereka yang prihatin dan yang tidak prihatin.

Bagi saya, hanya sekadar keluhan saja yang termampu dibuat: "Bilahkah perangai orang-orang filem ni nak berubah."






Kini diterbitkan sebulan sekali tidak lagi dua minggu sekali.


Rawatilah penyakit anda dengan Ceragem. Insyaalah baik.








12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 16 Ogos 2016)
PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 150,849
SEKSI SELEBRITI INDONESIA 145,884
SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 136,873
SELAMAT PENGANTIN BARU 65,600
FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 27,641





Mengaibkan. Mohd.Noor Kassim (pengarah fotografi)
menyerahkan dua trofi yang dimenanginya dalam beg plastik
sampah kepada Kamil Othman, tanda protes.


ISU RASIS DALAM FFM28 TERTIKAM DIRI SENDIRI
Oleh Adam Salleh
Sumber: Metro Ahad (10 Ogos 2016)

“Cina punya wayang, dia satu hero pukul sepuluh orang mati. Itu Cina punya hal! Hindustan sama Tamil, satu lagu nyanyi sepuluh kali tukar baju. Melayu punya wayang dia start dia nangis, last pun dia nangis. Apa dia nangis kita sendiri pun tak tau?” Spontan saja Yusof Chong (Allahyarham) mengajuk cara Samy Vellu Sangalimuthu bercakap dalam satu persembahan di ibu kota pada 2007.

Bukan sahaja bekas Menteri Kerja Raya itu jadi sasaran lawak Yusof, malah bekas Presiden Parti Gerakan Malaysia, Lim Keng Yaik (mendiang) yang pelat berbahasa Melayu tidak terkecuali acapkali dijadikan modal oleh Yusof bagi menggeletek hati penonton.

Berdekah kita ketawa, di sebaliknya kita harus berbangga sekalipun bahasa Melayu Samy Vellu dan Lim Keng Yaik tidak cantik, namun amanah yang disandarkan sebagai wakil rakyat mereka sedar untuk berhujah di Parlimen sudah semestinya berbahasa kebangsaan.

Perihal bahasa ini, kembali berapi bagi segelintir penggiat industri filem kita tidak berpuas hati dengan syarat Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM28). Festival anjuran Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional) Malaysia dengan kerjasama Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan WHAM (Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia) bakal berlangsung dari 1 hingga 3 September depan, mensyaratkan 70 peratus bahasa Malaysia lalu filem "Ola Bola" arahan "Chiu Keng Guan" secara automatik tersingkir daripada merebut anugerah kategori Filem Terbaik FFM28.

Bagaimanapun filem terbitan Astro Shaw itu masih boleh lagi masuk gelanggang tapi bagi kategori Filem Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia untuk berentap dengan dua filem Cina; "Huat The Fish" dan "The Kid From The Big Apple" serta dua filem Tamil; "Jagat" dan "Maravan".

"Ola Bola" punya hal, pelawak dan pengarah; Afdlin Shauki dengan lantang memboikot FFM28. Beberapa penggiat filem lain yang ‘sekepala dengan dia’ turut berapi komen di media sosial, lalu timbullah FFM28 dicop rasis. Apakah ada agenda tersembunyi atau krisis peribadi di sebalik kontroversi ini? Sebabnya yang ghairah mengapi-apikan isu ini adalah suku sakat yang mempunyai kaitan dengan penerbitnya.

Lalu pelbagai pihaklah diseret untuk mengupas isu ini dari Tony Fernandez, Nazir Razak hinggalah ke menteri kerajaan dan pembangkang yang selama ini tidak pernah kita dengar dua tokoh korporat itu memberi komen mengenai filem tempatan.

Nyatalah FFM28 sudah dipolitikkan jika kita berpaling ke filem lain yang bertanding kategori sama tidaklah kalut seperti "Ola Bola". Tindakan Afdlin memboikot FFM28 itu hak dia tetapi industri tidak rugi apa-apa, sebabnya karyawan muda akan lahir mengantikan Afdlin nanti.

Isu bahasa dalam FFM bukanlah baru jika menghayati kembali slogan Filem "Kita Wajah Kita" yang diguna pakai Finas dalam beberapa FFM ketika era Zain Hamzah menerajui Ketua Pengarah. Melaui program bual bicara Fenomena Seni (RTM) pada Januari 2007, Zain yang diundang selaku panel menegur penggiat industri agar menggunakan filem sebagai medium untuk pembangunan budaya dengan menggunakan imej bahasa Melayu tetapi malangnya ketika itu majoriti filem kita tidak tentu arah dengan penggunaan bahasa rojak.

Penggunaan bahasa Melayu dalam filem tempatan nyata lebih dihayati oleh produser Cina dan pengarah India antaranya B.S.Rajhans, L.Krishnan, S.Ramanathan, K.M. Basker, Phani Majumdar selain B.N.Rao di awal sejarah perfileman Melayu di Singapura.

Majoriti pengarah ini didatangkan dari India dan antaranya tidak reti berbahasa Melayu tapi mereka berjaya menghasilkan filem yang 100 peratus menggunakan bahasa Melayu.

Menuduh rasis dan membandingkan Chiu Keng Guan dengan Liew Seng Tat, jelas sekali Pengarah Terbaik FFM27 dan Pengarah Terbaik Anugerah Skrin 2015 itu lebih cerdik alam apabila dengan menghasilkan 100 peratus bahasa kebangsaan dalam filem arahannya "Lelaki Harapan Dunia".

Tidak mustahil "Ola Bola" lebih menarik jika pengarah itu tidak rasis dengan menjadikan bahasa Melayu minoriti. Mereka yang tidak puas hati boleh juga mencadangkan pada Astro agar menganjurkan festival filem ala-Anugerah Skrin.

Di sisi lain semacam ada sumpahan pada FFM. Sejak diambil alih oleh Finas dari EJA (Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia) pada FFM3 (1982), pelbagai kontroversi timbul hinggakan Finas mewujudkan Gafim (Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia) pada 11 September 1985 bagi menyelaraskan FFM ini.

Ikutkan masalah selesai, sebaliknya menjadi-jadi. Jika mengimbau Pyanhabib memulangkan anugerah dimenangi pada FFM6 (1986) dan terbaru seorang pengarah fotografi membuang dua anugerah ke dalam beg plastik sampah, tanda protes.

Sekiranya tidak dianjurkan festival filem, melalak sekampung ditempelak tidak kenang budi karyawan filem. Dianjurkan timbul kontroversi berapi-api.

Tata cara dan sikap beginilah persis bak sindiran Samy Vellu yang dijadikan viral, “Ini semua kerja orang gila punyalah, itulah saya punya komen. Sekarang banyak orang sudah gilalah, dia layak untuk masuk Hospital Tanjung Rambutan atau Hospital di Tampoilah!”





Boikot jangan tak boikot...

Lawan jangan tak lawan...


Yusof Haslam: Yang pilih juri, Finas.

ISU ASINGKAN FILEM FFM28, GILIRAN AFDLIN SHAUKI
‘COUNTER ATTACK’ TEGURAN YUSOF HASLAM
Sumber: OhBulan! (8 Ogos 2016)

Sejak beberapa hari ini kecoh tentang Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM28). Keputusan berhubung pembahagian kategori utama mengikut bahasa pada kali ini nyata mengundang rasa kurang senang dalam kalangan ‘orang seni’.

Pelakon dan pengarah Afdlin Shauki antara yang lantang mempersoalkan kewajaran keputusan tersebut yang dilihat tidak adil.

Sehubungan itu, Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Yusof Haslam, bagaimanapun meminta Afdlin menghormati identiti kebangsaan.

Berikut jawapan balas Afdlin menerusi post terbarunya di Facebook. Bukan tak hormat tapi...

BERSUARA SEBAB SAYANGKAN MALAYSIA

Assalammulaikum, sedikit pencerahan dari saya, Mula-mula sekali saya nak memperjelaskan yg saya tak pernah memanggil mana-mana individu di dalam PFM itu racis. Malahan saya kenal ramai dari mereka dan mengakui mereka adalah orang baik-baik belaka dan amat berjiwa patriotik.

Apa yg saya tidak berpuas hati adalah dengan segregasi kategori yg mengasingkan filem berbahasa Malaysia dan tidak berbahasa Malaysia.

Datuk Yusof Haslam dalam komennya di Malay Mail menyuruh saya menghormati identiti kebangsaan dalam isu FFM ini. Adakah subtext beliau sebenarnya adalah bermaksud 'Afdlin ni tak nak memperkasakan Bahasa Kebangsaan Kita?' Saya ni org Melayu Johor. Semua filem saya yang saya buat adalah di dalam bahasa Malaysia, kecuali Appalam iaitu filem Papadom dalam versi bahasa Tamil.

Saya buat program dalam bahasa Malaysia, sama macam Datuk Yusof (tapi tak sehebat beliau). Saya pergi ke mana-mana misi kemanusiaan membawa nama Malaysia. Saya di jemput untuk menjadi Juri filem festival Asia Pacific atas tiket mewakili Malaysia. Malahan ke mana saja saya pergi dalam persembahan komedi saya di merata dunia, saya bawa nama Malaysia.

So mintak maaf Datuk Yusof, saya hormat Datuk sebagai senior saya dalam industry dan seorang pembikin filem yg cukup hebat, tapi Datuk cakap saya tak hormat indentiti kebangsaan, memang tak patutlah Datuk, Jangan ingat suara Datuk macam polis, Datuk boleh cakap macam tu kat saya.

Tapi takpe Datuk saya maafkan Datuk.

Saya sayangkan Malaysia Datuk sebab itu saya bersuara.

FFM KENA BERUBAH

Siapa terajui PFM sekarang? Kebanyakan dari komiti filem Malaysia berasal dari era romantis perfileman Melayu yg hanya di dominasi pembikin filem Melayu. Ya betul, tak dinafikan dulu indutri filem ni adalah industri org Melayu. Walaupun tentuannya adalah orang Cina dan orang India.

Tetapi suatu ketika ianya menjadi industri orang Melayu dan kerajaan banyak menyokong agenda ini. Pada ketika itu majoritinya orang Melayulah yg menonton, jadi bersesuaianlah jika festival filemnya ketika itu hanya ada kategori sebelum ini. Ini adalah kerana tak pernah ada audiens untuk filem-filem Malaysia
berbahasa lain.

Jadi tak perlu ambil kisah tentang Kategori pencalonan dimasuki oleh filem bukan berbahasa Malaysia. Tapi sekarang negara dah ada pusat- pusat pengajian tinggi yang mengajar media dan broadcasting bagai dan sekarang lebih ramai rakyat Malaysia yg meminati bidang seni dan seni filem, jadi sekarang kita ada tambahan karyawan dari bangsa lain yg memasuki industri.

Filem Malaysia berbahasa Cina pun boleh berbelasan juta kutipannya. Apa yg saya nak cakap adalah, dulu telefon semua ada wayar, sekarang kita ada telefon mudah alih. Semua benda berubah jadi FFM kena berubah. Industri ini sekarang dah menjadi lebih besar. Pembikin filem- pembikin filem ini walaupun dari bangsa bukan Melayu dan buat filem dalam bahasa ibunda mereka atau bukan bahasa Malaysia, mereka adalah rakyat Malaysia yg berhak untuk merasa yg festival filem Malaysia festival mereka juga.

Ada yg berkata akan berkuburlah bahasa Malaysia kalau kita benarkan filem bahasa lain masuk! Kenapa kita rasa insecure sangat? adakah pembikin filem hebat Malaysia yg membuat filem di dalam bahasa Malaysia akan berhenti buat filem selepas ini? Dan bila komuniti perfilem kita menjadi lebih besar, mungkin lebih ramai pembikin filem bukan berbahasa Malaysia akan menjadi agenda filem berbahasa kebangsaan ini sesuatu yg mereka juga pentingkan.

Logiknya. When you feel loved, you will do anything for the people who love you. Saya akan tetap buat filem bahasa Malaysia pasal itu kekuatan saya. So saya rasa tak perlu risau kut.

HORMAT IDENTITI KEBANGSAAN TAPI...

Malaysia ni untuk tuan-tuan dan puan-puan sebab itu kita tak boleh samakan dengan industri filem luar negara. Mereka semua majoriti bercakap satu bahasa.

Kalau kita nak buat filem festival hanya untuk bahasa Malaysia, dari akar umbi lagi kita kena dah ada sekolah berbahasa Malaysia saja. Tapi kita masih ada sekolah kebangsaan Cina, sekolah Tamil, international school walaupun pelajar mesti belajar dalam bahasa Malaysia, enforcement kita tetuan sendiri tahulah. Sekarang ni majoriti orang Cina tak tengok cerita Melayu, mereka akan tengok cerita berbahasa Tamil.

Tapi sorry, saya kena UPkan bangsa saya sendiri, kebanyakan orang Melayu akan menonton cerita berbahasa Melayu, Cina, Tamil, Hindi dan Inggeris. Baik hati org Melayu ni. Kita berkongsi penonton filem Melayu dgn filem semua bahasa tetapi tidak sebaliknya. Yang paling saya meyampah adalah, ada juga orng Melayu yg tergolong dalam golongan 'I don't watch Malay movies' (iyu takda kena mengena dgn topik, saja nak layan sakit hati... Sorry)

So penyelesaiannya adalah? Work with what we have! A country with such diversity and colours yang kita kenali sebagai Malaysia, must have a unified industry. Jangan dikenang benda yang sudah lalu... Apa yg ada di depan mata kita, itulah yg kita gunakan untuk memacu kehidupan kita. Celebrete our diversity.

Banyak benda kita boleh belajar dari sahabat-sahabat kita dan mereka juga boleh berkongsi pengetahuan kita. Yang paling penting adalah, we can be unique! Kita boleh menjadi negara pertama di dunia yg festival filemnya mengangkat semua filem karyawannya tak kira bangsa dan bahasa, hanya kerana mereka
rakyat Malaysia.

Bunyi pelik? Tapi kalau dah jadi tak pelik sangat rasanya. Dan satu hari nanti, mungkin kita semua boleh berkongsi gembira bila sebuah filem Malaysia berbahasa Tamil memenangi best filem di festival antarabangsa Cannes! Kerana itu... filem kita. Filem Malaysia.

Tapi, kalau saya menang dulu di Cannes, ianya adalah dengan filem saya yg di dalam bahasa Malaysialah!... pasal SAYA HORMAT IDENTITI KEBANGSAAN SAYA.







CHUI KENG GUAN (OLA BOLA)

WAN HASLIZA WAN ZAINUDDIN (LOVE SUPERMOON)

SHANJHEY KUMAR PERUMAL (JAGAT)

SAW TEONG HIN (JEJAK WARRIORS)

GHAZ ABU BAKAR (POLIS EVO)





Salleh Said Keruak, menteri yang bertanggungjawab terhadap Finas. Menteri-menteri lain janganlah masuk campur.

FINAS UMUM PERUBAHAN KATEGORI FFM28
Sumber: Astro Awani (11 Ogos 2016)

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengumumkan penganjuran Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM28) selaras dengan keputusan kerajaan membenarkan semua filem dipertandingkan dalam semua kategori tanpa pengasingan bahasa.

Finas dalam kenyataan menerusi akaun Facebook pada Rabu malam berkata, mekanisme baru itu diwujudkan susulan pengumuman yang dibuat Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak berkaitan penyertaan kesemua filem Malaysia tanpa pengasingan dan kewujudan anugerah Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan.

Mekanisme baru yang diwujudkan oleh Finas ialah bagi Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan, calon-calon akhir bagi kategori ini adalah lima buah filem daripada calon Eilem Terbaik FFM28 yang menggunakan Bahasa Kebangsaan.

Selain itu, tiga kategori yang diumumkan sebelum ini, iaitu Filem Terbaik (Bukan Dalam Bahasa Malaysia), Pengarah Terbaik (Bukan Dalam Bahasa Malaysia) dan Lakonlayar Terbaik ( Bukan Dalam Bahasa Malaysia) dimansuhkan. Sementara itu, calon-calon akhir bagi kategori yang dimansuhkan secara automatik dipertandingkan bersama calon-calon sedia ada di dalam kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakonlayar Terbaik.

Kategori-kategori lain di dalam FFM28 adalah kekal dan tidak berubah.

"Semoga dengan perubahan ini memberi pencerahan dan menjana kepada kecemerlangan penganjuran Festival Filem Malaysia Ke-28 tahun ini dan diraikan dengan penuh semangat seluruh warga industri.

"Finas dengan ini sedia memberi maklumbalas dari semasa ke semasa berkaitan perkembangan penganjuran FFM28," kata Finas.

Sebelum ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia memutuskan penyertaan bagi merebut anugerah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FMM) September ini dibuka kepada semua penggiat industri filem di negara ini.

Menterinya Salleh Said Keruak berkata, kementerian itu turut mewujudkan kategori baru Anugerah Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan pada FMM28 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan dan cadangan semua pihak termasuk penggiat industri filem dan orang awam.





Tanya jawab FFM28: Dari kiri, Kamil Othman (Finas), Panshah (PFM) dan Yusof Haslam (PFM/Finas).

Salleh Said Keruak: Filem Terbaik FFM28 untuk semua filem Malaysia.

BAHASA KEBANGSAAN DIJATUHKAN DARJATNYA DI FFM28
Oleh Kak Pora
Sumber: Tabloid Seni (11 Ogos 2016)

Kak Pora tengok musim festival filem kita kali ini meriah sakan. Meriah dengan kontroversi tu dah jadi perkara biasa dan lumrah dengan Festival Filem Malaysia (FFM). Namun, kali ini kontroversinya Kak Pora nampak lain macam sikit. Busuk dan hapak.

Kontroversi kali ini menjadi medan untuk politiking, ruang untuk menghina bahasa rasmi negara dan peluang untuk membelasah penganjur serta jauh lebih penting, baru kita kenal hati budi dan jatidiri seseorang.

Kak Pora pun naik hairan kali ini makin ramai penggiat filem yang semuanya kelihatan anak Melayu tapi tidak puas hati bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia terus dijulang sebagai bahasa pengantar untuk filem-filem yang menyertai FFM28. Mereka tidak fahamkah FFM ialah festival nasional dan selama ini menjunjung bahasa nasional. Bahasa adalah satu wadah penyatuan bangsa di Malaysia, malah berkaitan filem sebagai bahan budaya dan jatdiri sesuatu bangsa dan negara.

Jangan anggap penggunaan bahasa Melayu itu bererti rasis dalam festival sebab itu adalah imej jatidiri bangsa Malaysia. Bahasa Malaysia untuk rakyat Malaysia. Biarpun dalam perbualan harian disogok macam-macam bahasa, apa salahnya bahasa kebangsaan dijunjung tinggi dalam satu medium budaya seperti festival filem. Sejak FFM1 pada tahun 1980 dianjurkan hingga sekarang bahasa Malaysialah yang menjadi penyatuan kepada penggiat industri filem di negara ini dengan masyarakat.

Memang Kak Pora tak nafikan filem bahasa lain terutama Inggeris, Cina dan Tamil juga sudah ada sejak dulu lagi, dan sudah pun diberi peluang bertanding dalam FFM sejak tahun 2011 lagi. Nampaknya selepas lima tahun, kali ini puak yang tidak senang dengan pengasingan bahasa kebangsaan sebagai kategori utama meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial, dimulakan dengan Afdlin Shauki.

Dia sekarang sudah tidak aktif lagi mengarahkan filem, lebih bertumpu pada kerja melawak dan terbitkan program komedi Astro. Afdlin menerusi akaun media sosialnya, mengajak kawan-kawan seperjuangan memboikot FFM28.

Sejak itu, Kak Pora lihat bermulalah kempen daripada puak yang tidak puas hati dengan pengasingan bahasa dalam tiga kategori FFM28 membuat bising dalam media sosial, dibantu pula dengan siri berita daripada portal yang menyokong gerakan itu. Ini termasuklah coretan daripada menteri dan tokoh korporat yang tumpang semangkuk mengkritik penganjuran FFM28.

Kak Pora juga hairan sebab persatuan filem macam GAFIM, SENIMAN, PROFIMA pun membidas penganjur FFM28 kerana tidak suka pengasingan bahasa di buat antara filem bahasa kebangsaan dengan filem bukan bahasa kebangsaan untuk tiga kategori.

Peliknya, Persatuan Artis Cina Malaysia (AMCA) dalam kenyataan medianya tidak pula memprotes apa yang sudah dilakukan penganjur FFM28. Tidak ada pun individu dalam industri filem dari bangsa India dan Cina, mahupun Sikh atau Kadazan, Iban mahupun Bajau memprotes perkara itu seperti mana anak Melayu yang bersungguh-sungguh untuk hapuskan keutamaan bahasa Melayu di FFM.

Namun, FDAM dan KARYAWAN memberi kenyataan menyokong prinsip FFM sebagai sebuah festival nasional, keutamaan untuk filem berbahasa nasional tanpa meminggirkan bahasa lain selagi ia diterbitkan atas nama Malaysia.

Ia adalah warisan sejak filem zaman P.Ramlee lagi kerana kehebatan industri filem di negara ini bermulanya sejak zaman kegemilangan filem Melayu era P.Ramlee. PFM sebagai rakan penganjur FFM28 tentulah bertegas dengan pendirian mereka.

Kecoh satu industri gara-gara tiga kategori diasingkan mengikut bahasa. Kak Pora nampak, mereka yang tidak tahu apa-apa sangat pun pasal isu ini, tumpang semangkuk. Mungkin jenis mangkuk hayun. Ada pihak dalam industri filem pula yang tidak berminat untuk sokong FFM28 mengambil peluang membidas FINAS. Sebabnya, mereka ini marah tidak dipanggil bersama dalam Jawatankuasa Kuasa Induk Penganjuran FFM28.

Jadi, ini peluangnya bila ada kontroversi. Inilah peluru untuk mereka menembak FINAS dan tempiasnya tentulah juga akan terkena pada Ketua Pengarah FINAS, Kamil Othman. Maklumlah, Kamil akan tamat kontrak sebagai Ketua Pengarah FINAS pada November tahun ini. Dalam industri filem sekarang, ada juga ramai yang tidak sukakan beliau.

Berbalik isu kategori dalam FFM28, Kak Pora lihat cuma tiga kategori saja diasingkan, tahun lepas malah sejak FFM pada 2011 cuma ada satu kategori untuk filem bukan bahasa Malaysia terbaik.

Tidak tahukah mereka yang memprotes dan memboikot itu bahawa banyak kategori lain membolehkan filem bukan berbahasa Malaysia layak bertanding, termasuk kategori lakonan, teknikal malahan poster terbaik tidak diasingkan pun sejak dulu.

Cuma musim ini, penganjur FFM28 asingkan kategori mengikut bahasa kebangsaan dan bukan bahasa kebangsaan bagi tiga kategori utama kerana memenuhi falsafah FFM dan fungsi Finas yang berperanan menjunjung dasar bahasa kebangsaan dan Dasar Perfileman Negara, selain membuka ruang pertandingan lebih meluas. Apatah lagi ia berkait dengan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dalam Akta 152 Perlembagaan Malaysia serta Dasar Perfileman Negara.

Kesudahannya, selepas dua minggu isu bahasa kebangsaan dipersoalkan pihak tertentu yang tidak senang dengan amalan memuliakan bahasa kebangsaan dalam meraikan satu medium budaya menerusi FFM, ia sudah terjawab semalam dengan kuasa veto menteri yang menjaga agensi seperti Finas.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak dalam kenyataan medianya petang semalam, mengumumkan rombakan kategori FFM28 apabila tiga kategori yang menjadi kontroversi itu dibatalkan. Maka diperkenalkan dua kategori baru - Filem Terbaik Keseluruhan FFM28 dan Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan FFM28.

Ia melegakan penggiat filem yang membuat protes itu. Afdlin Shauki tentu gembira sakan ketika ini. Produser, pengarah, krew, pelakon dan peminat filem bukan berbahasa Malaysia terutamanya "Ola Bola" dan "Jagat" tentu juga sedang meraikan kegembiraan ini.

Tentu juga mereka lain yang tiada kena mengena dan memprotes sebelum ini termasuk Tony Fernandes dari AirAsia dan Nazir Razak dari CIMB serta tiga menteri lain termasuk Khairy Jamaludin dan Datuk Rahman Dahlan juga boleh tumpang gembira sekarang.

Kak Pora lihat ada juga reaksi daripada pihak lain yang tidak puashati selepas menteri mengumumkan kategori baru FFM28 petang semalam. FDAM paling awal memberi reaksi membantah menerusi kenyataan media.

Kak Pora nak beritahu FDAM, perjuangan bahasa kebangsaan ini ada ramai yang tidak suka, apatah lagi bahasa kebangsaan itu dirujuk sebagai bahasa Melayu. Mereka anggap bahasa Melayu itu cuma hak Melayu dan tidak ada kelas.

Timbul juga mereka yang mendokong penuh filem kebangsaan di FFM dan mereka yang mencintai bahasa kebangsaan sudah mula luahkan rasa tidak puashati dan mengkritik Salleh Said Keruak di media sosial.

Hinggakan ada kumpulan anak seni sekarang sedang membuat gerakan dan kempen #Keranda152 dan #152. Ini mungkin simbolik tanda sudah matinya Akta Bahasa Kebangsaan Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia.

Bagi Kak Pora, siapa yang berkuasa, dialah menentukan nasib bahasa kebangsaan di negara ini. Kuasa juga ada di tangan rakyat yang sayangkan bahasa kebangsaannya untuk terus menjunjung bahasa Malaysia dalam FFM.

Menteri berhak buat keputusan apa saja sebab Finas adalah agensi di bawah kementerian. Tidak salah. Orang yang memprotes sebelum ini juga ada hak untuk mempertikai pengasingan bahasa dalam FFM28.

Namun, semuanya bergantung pada sejauh mana kita cintai bahasa kebangsaan dan sejauh mana kita menjunjung bahasa kebangsaan dalam sebuah medium budaya seperti festival perfileman nasional. Tepuk dahi jawablah sendiri.

Selain FFM, penganjuran untuk filem di negara ini seperti Anugerah Skrin dan Anugerah Komedi Warna yang membabitkan filem cereka bertanding sudah pun lama membuang terus filem yang dialognya bukan berbahasa Malaysia.

Kita lihat nanti apakah selepas ini pemboikot FFM28 seperti Afdlin dan konco-konconya mahu memprotes atau tidak Anugerah Skrin dan Anugerah Komedi Warna. Kak Pora rasa mereka tidak berani kacau majlis anugerah anjuran Media Prima dan Astro itu.

Bagi Kak Pora, dengan pengumuman menteri semalam dari sudut pandangan lain ia bermakna bahasa kebangsaan sudah tidak lagi dijunjung dalam festival bangsanya sendiri. Darjat, maruah dan kemuliaan bahasa kebangsaan sudah jadi kelas kedua di pentas FFM. Bahasa Malaysia tidak lagi boleh menjadi bahasa penyatuan untuk bangsa Malaysia menerusi medium perfileman.

Platform FFM mulai gagal untuk meletak dan meraikan bahasa nasional di festival nasional. FFM kini medan untuk meraikan filem pelbagai bahasa termasuk Inggeris, ia akan menjadi satu suasana baru selepas ini. Inilah kemajuan dalam industri perfileman negara yang dikehendaki ramai pihak.

Bahasa Malaysia meskipun tersemat dalam Akta 152 tapi realitinya sekarang ia berterusan sebagai retorik dan kontrak sosial yang basi. Darjat bahasa kebangsaan kini sudah lagi tidak dijunjung di FFM28.

Persepsi ramai ketika ini yang Kak Pora diberitahu, kategori Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan adalah satu kategori picisan, atau mungkin nak sedapkan hati ia setaraf Anugerah Khas Juri saja. Dulu, bahasa keramat di bumi bertuah ini sebagai tuan rumah, kini ia bertukar menjadi penumpang. Jika tidak pun mungkin setaraf trofi untuk anugerah bintang veteran.

Ramai yang ketawakan kategori itu sekarang. Dulu disanjung dan dijunjung, kini di bawah tempurung. Padan muka bahasa Malaysia!

Seorang bekas pengarah filem ada hubungi Kak Pora megenai isu ini, dan bertanyakan apa yang perlu dibuat. Kak Pora cakap begini:

"Biarlah FFM dengan kehebatan dan terjun bersama labu-labunya. Sudah sampai masanya industri filem negara anjurkan satu lagi festival filem.

Mungkin boleh yang diberi nama Anugerah Filem Nasional atau Festival Filem Nasional Malaysia khusus untuk filem berbahasa kebangsaan dengan semangat jatidiri negara, selain dengan konsep dan prestij tersendiri. Yang penting harus NGO anjurkan."






SHAHEIZY SAM (POLIS EVO)

AARON AZIZ (SUAMIKU, ENCIK PERFECT 10)

ZIZAN RAZAK (POLIS EVO)

PEKIN IBRAHIM (MAT MOTO: KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT)

ANIU (REMBAT)






LISA SURIHANI (SUAMIKU, ENCIK PERFECT 10)

MAYA KARIN (NOTA)

NABILA HUDA (MUNAFIK)

NADIYA NISAA (LOVE SUPERMOON)

MAYA KARIN (JWANITA)





Kerana "Ola Bola" dan "Jagat", ramai yang tidak puashati. Ramai yang mempertikaikannya, ramai pula yang lantang bersuara.

ADAKAH FILEM MELAYU BEGITU HINA SEHINGGA
PERLU DIWUJUDKAN KATEGORI BARU?
Sumber: Ameno World (12 Ogos 2016)

FFM ataupun Festival Filem Malaysia pada tahun ini mendapat liputan meluas daripada pelbagai pihak samada orang dalam industri mahupun orang di luar industri. Ini gara-gara tindakan mereka yang mewujudkan segeration ataupun pengasingan di antara filem berbahasa Melayu dan filem bukan berbahasa Melayu.

Tindakan FFM itu pada awalnya dikritik oleh PENULIS - Presiden Persatuan Lakon Layar Kuala Lumpur Dan Selangor, Alfie Palermo.

Menurut Alfie, pengwujudan kategori seperti Filem Bukan Bahasa Melayu adalah sangat memalukan dan bersifat perkauman. Gejala itu sangat membimbangkan dan tindakan FFM28 itu tersangatlah tidak masuk akal. Alfie turut mempersoalkan peranan FFM dan Finas dalam menyemai semangat perpaduan menerusi filem apabila mewujudkan kategori yang racis.

Afdlin Shauki kemudian tampil membela kenyataan Alfie. Afdlin tampil dengan lebih garang apabila melakukan pengisytiharan terbuka bahawa dia memboikot FFM28 atas alasan yang sama seperti yang disuarakan oleh Aflie.

Namun kontroversi ini tidak berhenti setakat itu saja. Di saat FFM gasak diserang netizens atas alasan mewujudkan kategori yang menyemai semangat perkauman, Yusof Haslam tampil membela FFM.

Yusof dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa Afdlin perlu menghormati identiti negara ini dan kategori baru tidak diwujudkan kerana perkauman. Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi negara dan kita tidak wajar korbankan nilai demi menghalalkan cara.

Yusof Haslam ialah individu yang berkepentingan dalam FFM28, dua filem terbitan SKOP PRODUCTION antara filem yang tercalon disamping menjadi presiden kepada Finas.

FFM turut menegaskan bahawa tindakan pengasingan itu tepat kerana syarat utama bagi filem Malaysia ialah yang menggunakan bahasa kebangsaan. 70% bahasa yang digunakan dalam filem tempatan mestilah menggunakan bahasa Melayu atas alasan memartabatkan bahasa Melayu yang juga menjadi bahasa rasmi negara.

Meskipun dikecam pelbagai pihak, FFM28 tetap ada penyokongnya tersendiri. PERKASA dan KARYAWAN tampil membela tindakan FFM28 dan mengatakan kaedah penjurian FFM28 adalah tepat.

PERKASA ialah satu NGO yang terkenal dengan agenda racisma.

Susulan dari kontroversi yang melanda FFM28, pengarah Mohd. Noor Kassim bertindak memulangkan anugerah yang diterimanya dalam beg plastik sampah dan Penolong Setiausaha Agung Persatuan Pengarah Malaysia (FDAM), Hafiz Ibrahim meletakkan jawatan.

Susulan dari kritikan demi kritikan dan kecaman orang awam ke atas penganjuran FFM28, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak, akhirnya membuat keputusan; Kementerian Komunikasi dan Multimedia memutuskan penyertaan bagi anugerah filem terbaik pada Festival Filem Malaysia (FMM) September ini dibuka kepada semua penggiat industri filem di negara ini.

Salleh berkata, kementerian itu turut mewujudkan kategori baru Anugerah Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan pada FMM28 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu.

Beliau menambah, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan dan cadangan semua pihak termasuk penggiat industri filem dan orang awam.

"Kita sentiasa mendengar keluhan rakyat terutama penggiat filem dan pada masa yang sama kita juga tidak mengabaikan tanggungjawab memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan," katanya dalam kenyataan di Putrajaya.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk Presiden MIC S.Subramaniam meminta Finas supaya tidak memisahkan kategori filem yang dipertandingkan pada FMM 2016.

Isu itu timbul berikutan keputusan Finas dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia mewujudkan kategori filem dalam Bahasa Malaysia dan bukan dalam Bahasa Malaysia untuk dipertandingkan pada festival kali ini.

Filem "Ola Bola" dan "Jagat" yang dicalonkan bagi kategori filem terbaik bukan dalam bahasa Malaysia telah menimbulkan bantahan sebilangan penggiat filem tempatan.

1. Pada awalnya FFM memutuskan filem bukan bahasa Melayu 70% tak layak dicalonkan dalam kategori filem terbaik.

2. Diwujudkan filem bukan bahasa Melayu terbaik.

3. Pengwujudan kategori itu membuktikan bahawa filem bukan bahasa Melayu yang sedia ada telah menandingi filem bahasa Melayu yang dicalonkan. Jika tidak, mana mungkin wujud pengasingan sebegitu.

4. Setelah dikritik dan menteri yang telah mengambil pandangan semua pihak (kononnya) akhirnya memutuskan semua filem samada berbahasa Melayu 70% ataupun kurang layak dicalonkan dalam kategori filem terbaik.

5. Namun kategori filem terbaik berbahasa Melayu pula wujud.

6. Dasar cikai. Nampak sangat kategori filem terbaik tidak akan dimenangi oleh filem bahasa Melayu. Awal-awal dah tunjukkan betapa lemah dan hinanya filem-filem2 bahasa Melayu yang tercalon. Bangang.

7. Sungguhpun filem bukan berbahasa Melayu 70% akhirnya dibenar untuk dicalonkan, tapi ianya tidak menyelesaikan masalah berbangkit juga.

8. Nak taknak, nak juga juri FFM28 meletakkan filem terbaik salah satunya mestinya diiktirafkan dari filem berbahasa Melayu lebih dari 70%.

9. Disitulah kesakaian penyokong-penyokong FFM28 neh bermula.

10. Mereka tidak mahu menerima kelemahan dan kegagalan pembikin-pembikin filem Melayu yang rata-ratanya bertaraf sampah sarap.

11. Tidak salah mencari keuntungan tetapi filem memandangkan kita sedang melakukan pelaburan tapi biarlah sesuatu yang mampu membuatkan masyarakat kita berfikir dan menjadi cerdik. Bukannya memperbodohkan masyarakat dengan cerita-cerita cinta palsu tak berkesudahan. Satu dua filem cinta takpe lagi. Ini rata-rata filem kita sebegitu. Macam ikut trend. Orang buat filem hantu, nanti sederet filem hantu yang keluar. Orang buat filem hantu kelakar, nanti sederet filem hantu kelakar yang keluar. Orang buat filem motor, nanti sederet filem bab motor keluar. Ape neh. Takde idea sangat ke apa? BODOH!

12. Aku dah bertahun tak jejak panggung wayang tengok cerita-cerita Melayu neh. Aku pi pun tengok wayang animasi. Tapi baru-baru neh ada keinginan nak tengok "Redha". Cuma tak berkesempatan. Bagi aku genre filem sebegitu rare di Malaysia tapi sayangnya ia kurang mendapat sambutan. Aku pun tak pasti apa sebabnya. Mungkin juga kerana itu pembikin-pembikin filem kita membuat filem berdasarkan kepada kecenderungan masyarakat. Sebenarnya, lagi dibuat sebegitu, lagi la tak terdidik masyarakat kita. Jika pembikin-pembikin filem bertegas hanya mengeluarkan filem yang bermutu tinggi, lama-kelamaan masyarakat kita akan tertarik nak menghayati. Atau mungkin juga industri filem kita hanya diminati oleh golongan remaja. Sebab tu genre-genre filem seperti "Redha" takde sokongan. Yang dah berusia apa semua malas nak p wayang. Tengok free kat internet sudah. Huhu.

13. Meskipun begitu, aneh juga apabila filem-filem bukan berbahasa Melayu yang tidak memaparkan genre cinta seperti "Ola Bola" boleh mendapat sambutan luar biasa masyarakat.

14. Sejak kebelakangan ini penggiat-penggiat seni tanahair bukan Melayu rajin betul membuat filem-filem yang bermutu dan mempelbagaikan genre filem mereka. Ini bermaksud mereka menjadi trend setter. Orang yang melakukan perubahan tanpa mempedulikan kecederungan masyarakat dan lama kelamaan masyarakat akan terdorong untuk menonton disebabkan terpengaruh dengan perubahan.

15. Mungkin disebabkan itu penggiat-penggiat seni tanahair Melayu rasa terancam apabila industri yang dikuasai oleh mereka secara majoriti bakal diambilalih.

16. Persaingan tak patut ditutup. Raikan ia secara positif.

17. Untuk membuktikan pembikin-pembikin filem Melayu bermaruah, elok FFM28 mahsuhkan saja kategori filem berbahasa Melayu terbaik.

18. Jangan manjakan dan momokkan mereka dengan anugerah-anugerah yang tak selayaknya mereka terima.

19. Kalau amek juga anugerah bagi kategori tu nampak sangat terdesak. Sangat memalukan. Nampak sangat takde maruah.

20. Apabila filem kita selayaknya menjadi yang terbaik, filem kita terbaik. Apabila filem kita bukan terbaik perlu kita akui filem kita bukan terbaik. Kualiti kerja kita, kita lebih tahu. Kualiti kerja orang lain pun kita boleh tahu memandangkan kita bekerja dalam industri. Kita ada pengalaman dan faham kenapa satu-satu filem itu layak menjadi yang terbaik. Bukannya kita tak belajar untuk sampai ke peringkat ini sungguh pun hasil kerja kita kadangkala cincai sebab perlu cari makan, ye tak?

Sebenarnya, sejak tahun-tahun kebelakangan ini perpecahan antara kaum semakin teruk. Kita bincang tentang pemahsuhan sekolah jenis Cina, Tamil dikatakan racist kerana mahu mewujudkan sekolah satu Malaysia, kita bincang tentang penghapusan sekolah agama dan satukan dengan sekolah kebangsaan agar murid tidak merasa letih ke dua sekolah dengan melakukan beberapa pengubahsuaian dikatakan sedang menyebarkan ajaran liberal, pendek kata isu-isu yang membabitkan kaum dan agama cukup meletihkan bagi mereka yang cuba mendamaikan semua kaum di Malaysia dengan memupuk semangat perpaduan.

Tambahan pula parti-parti politik elit gemar juga mempergunakan sentimen masyarakat yang berbilang bangsa bagi menyemarakkan api perkauman. Itu semua mewujudkan jurang perpecahan di antara kaum di Malaysia. FFM tidak sepatutnya menambahkan masalah perkauman yang semakin teruk di era pemerintahan Najib.

Cukup-cukuplah dengan masalah sedia ada, jadila sesuatu yang memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat memandangkan sikap kita pada hari ini akan menjadi rujukan bagi generasi mendatang. Kita nak membina generasi yang bagaimana, adalah tertakluk kepada pendirian kita pada masa kini.

Nak hancurkan negara dengan sentimen perkauman atau memupuk semangat perpaduan dan sikap tolenrasi antara kaum, terserah. Apa yang pasti kita tidak hidup selamanya. Generasi akan datang pasti akan menilai keputusan kita kelak. Fikir-fikirkanlah, ya.






HASNOL RAHMAT (JUVANA 2)

AZAD JASMIN (GIRLFRIEND KONTRAK)

RAMLI HASSAN (NOTA)

S.SUBRAMANIAM (OLA BOLA)

HUSHAIRI HUSAIN (POLIS EVO)





ZED ZAIDI (SENIMAN)

JUREY LATIFF ROSLI (GAFIM)

ABDUL RAHIM AWANG (FDAM)

FFM28: ANTARA RASIS DAN KEBERSATUAN RAKYAT MALAYSIA
Oleh Srihanasham Noordin
Sumber: Free Malaysia Today (11 Ogos 2016)

Hebat betul penangan kontroversi Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM28) sehinggakan daripada peringkat orang dalam industri, orang biasa-biasa, orang besar-besar hingga orang politik berteriakan memberi komen, berhujah, berfalsafah dan dibahaskan dalam mesyuarat.

Di media sosial, berperang keyboard warga netizen saling berbalas pandangan, ditambah rencah kutuk mengutuk serba sedikit. Di portal berita dan media cetak, beria-ia orang dalam industri berlawan pendapat dengan penganjur dan pelbagai persatuan terlibat.

Kecoh betul sehinggakan ada yang menduga isu FFM sengaja digembar-gemburkan untuk alih perhatian masyarakat daripada isu 1MDB dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat. Terlalu kecoh hinggakan sekarang semua orang tahu kewujudan FFM, sedangkan selama ini, ramai yang tidak tahu menahu adanya FFM
di Malaysia ini.

Semuanya tercetus hanya kerana filem "Ola Bola" yang pengarahnya seorang Cina dan "Jagat" yang diarahkan seorang India. Tidak pasti mengapa "Ola Bola" terlalu diagungkan dan ramai pula yang bimbang jika filem yang mengangkat kisah sukan bola sepak negara itu tidak pulang membawa anugerah pada FFM kali ini.

Sedangkan jika ikut senarai kutipan tiket pada 2016, "Ola Bola" berada di tangga ke-5 dengan kutipan RM15.85 juta. Filem "The Journey" yang menjadi pemenang Filem Bukan Bahasa Malaysia Terbaik (kategori ini kali pertama diperkenalkan tahun lalu) dalam FFM27 masih mengatasi jumlah kutipan tiket "Ola Bola" iaitu RM17.17 juta. Setakat tahun ini, filem "Munafik" berada di kedudukan teratas daripada segi kutipan tiket iaitu RM19 juta.

Penganjur mensyaratkan 70% penggunaan bahasa Melayu dalam filem bagi melayakkan ia bertanding bagi kategori Filem Terbaik. Maka, sah "Ola Bola" arahan Chiu Keng Guan terbitan Astro Shaw tidak layak merebut kategori itu.

Tapi, ia tidak tersingkir terus, dan masih layak berada dalam festival menerusi kategori Filem Terbaik Bukan Dalam Bahasa Malaysia bagi bertarung dengan dua filem Cina iaitu "Huat The Fish" dan "The Kid From The Big Apple" serta dua filem Tamil; "Jagat" dan "Maravan".

Maka bertempiklah penggiat industri hinggakan pelakon dan pelawak terkenal Afdlin Shauki memboikot FFM28 dan menggelarnya rasis. Tindakan itu disokong beberapa individu dan langkah sama diambil ramai lagi artis lain, dan ada orang dalam persatuan letak jawatan.

Malah, ada yang memulangkan anugerah pernah dimenangi dalam FFM sebelum ini kepada penganjur, demi tunjuk perasaan dan tanda protes.

Mengkagumkan kerana yang tegar mempertahankan filem tidak menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya itu ialah orang Melayu. Orang Melayu yang memperjuangkan supaya filem tidak dikategorikan mengikut bahasa. Ia filem, kerja seni dan tidak sepatutnya dimasukkan dalam arena pengasingan bahasa. Ia perlu dilihat dan dinilai daripada aspek seni filem itu, bukan penggunaan bahasanya.

Tapi, pelik juga kerana mereka yang terlibat dalam "Ola Bola" dan "Jagat" sendiri tidak turut berkokok kuat luah perasaan geram. Diam saja. Mungkin lebih gemar ambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ atau biarkan saja orang lain lepaskan geram bagi pihak mereka.

Inilah Malaysia. Segala-galanya akan berbalik kepada pusatnya – rasis. Pihak yang ini kata pihak sana rasis. Pihak sana kata pihak situ tidak pertahankan identiti. Hilangkah jatidiri sesuatu bangsa jika dia tidak berbahasa ibunda? Mungkin betul ia akan hilang, kalau tidak, masakan diwujudkan frasa “Bahasa Jiwa Bangsa”.

Tak habis-habis isu rasis ini. Sesungguhnya ia perkara sensitif yang melanda dunia. Tapi, inilah warna-warni kehidupan yang mencorakkan kotak pemikiran serta pembinaan diri sendiri.

Sila raikan perbezaan kerana kita sememangnya manusia yang berbeza. Pada masa sama hargai, pelihara jatidiri kita, jangan sampai kita hilang siapa diri kita sebenarnya. Kata kunci di sini ialah, wasatiyah dan imbang. Darah kita sama merah, tanpa mengira kita Cina, India atau Melayu.

Akhirnya, selepas kecoh sana sini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sebagai penganjur mengalah. Selepas beberapa hari FFM28 ‘digasak’, akhirnya Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak, mengumumkan penyertaan bagi anugerah Filem Terbaik pada FFM dibuka kepada semua penggiat industri filem di negara ini.

Malah, ditambah pula kategori baru, anugerah Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan. Susah puaskan semua. Puashati semua pihak? Mungkinkah si dia yang memulangkan anugerah pengiktirafan bakat dan perih jerihnya dalam industri, mahu meminta kembali anugerahnya?

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Begitu juga dengan isu ini. Meskipun ia hanya selingan dalam kehidupan harian rakyat Malaysia, tapi semua pihak yang berkepentingan perlu ambil iktibar.

Bagi Finas, ia kena perbaiki cara penganjurannya. Dapatkan pandangan lebih ramai pihak, bukan hanya syok sendiri. Sejak penganjurannya pada 1982 iaitu ketika FFM3 yang diambilalih daripada Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (Eja), terlalu banyak kontroversi melanda.

Ini bukan kali pertama ada penerima anugerah pulangkan anugerahnya sebab penyair dan penulis, Pyanhabib, pernah memulangkan anugerah yang dimenangi pada FFM6 (1986) bagi kategori pelakon pembantu terbaik.

Memang betul, kata orang susah hendak dipuaskan hati semua pihak. Terlalu biasa, “rumah siap, pahat masih berbunyi”. Tetapi tindakan mengasingkan filem mengikut penggunaan bahasa dalam filem, rasanya itu tidak wajar.

Tuan-tuan di Finas, tolonglah faham pembikinan filem itu satu kerja kreatif. Tiada ruang terhad untuk kreativiti. Biarkan kreativiti itu berkembang untuk melahirkan naskhah yang lebih berkualiti, bukan sekadar filem sampah yang masuk pawagam barang seketika, kemudian terus dijual di stesen TV berbayar.

Bagi penerbit, penulis skrin layar dan skrip, pengarah dan keseluruhan penggiat industri, tolonglah faham ini Malaysia. Sila hormati bahasa kebangsaan. Apa dosa bahasa kebangsaan sehingga sering kali dianaktirikan, terutama sekali dalam negara sendiri. Sedangkan di Oscar Academy Awards di Amerika Syarikat sekalipun, antara kriteria utama untuk penyertaan di bawah kategori filem bahasa asing ialah penggunaan bahasa ibunda oleh pembikin filem yang mengambil bahagian, bukan Bahasa Inggeris.

Jangan ambil kesempatan terhadap insiden tahun ini dan jadikan ia batu sempadan serta teladan dalam menghasilkan karya lebih baik pada masa depan. Yang pastinya, dengan pengisian lebih 70% dalam bahasa kebangsaan. “Filem kita, wajah kita” – ingat, itu pesanan Finas.






CRISTINA SUZANNE (JWANITA)

FAUZIAH AHMAD DAUD (LANGIT CINTA

ANNE NGASRI (LOVE SUPERMOON)

AMINAH RHAPOR (CHOWRASTA)

ADELINE TSEN (GAMATISME)





Mat London: Tiga menteri ni nak tunjuk pandailah tu.

Khairy Jamaluddin

S.Subramaniam & Rahman Dahlan

ISU FFM28: MAT LONDON TEGUR TIGA MENTERI USAH CEPAT MELATAH,
TAK WAJAR PERTIKAI BAHASA KEBANGSAAN
Oleh Akmal Abdullah
Sumber: Tabloid Seni (10 Ogos 2016)

Kontroversi berhubung pengasingan bahasa Malaysia dan bukan bahasa Malaysia dalam tiga kategori utama di Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM28) anjuran Finas ketika ini turut mendapat sindiran dan campurtangan daripada tiga menteri Kabinet lain yang tiada kaitan dengan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu.

Isu ini sedang diselesaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak, bersama pengurusan Finas, namun tiga menteri dari kementerian lain kelihatan cuba menunjuk pandai mengenai industri filem dan permasalahan festival filem ibarat 'terlebih sudu daripada kuah' hingga mengundang rasa tidak puashati kebanyakan pihak dalam industri ketika ini.

Tiga menteri itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Kesihatan, S. Subramaniam. Tiga menteri ini membidas Finas dan penganjuran FFM28 apabila ada antaranya menyuruh Finas menukar keputusan dalam kategori dipertandingkan di FFM28 dan mempersoal penganjur kenapa filem yang bertanding diasingkan mengikut kategori bahasa.

Sedangkan, Finas yang bernaung di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia ketika ini masih mendapatkan nasihat menterinya, dan belum mendapat apa-apa arahan atau teguran rasmi daripada beliau, termasuklah samada membuat perubahan atau pembaikan berkaitan pengasingan filem bagi tiga kategori berbahasa Malaysia dan bukan bahasa Malaysia.

Penasihat Industri Kreatif Finas, Ahmad Ibrahim menyifatkan campur tangan tiga menteri berkenaan dalam isu berkaitan seperti sengaja mencari political mileage atau mengambil kesempatan meraih populariti dalam kemelut itu, seolah-olah mereka kelihatan seperti jaguh industri filem yang boleh menyelesaikan kontroversi berkenaan.

"Hakikatnya, kontroversi seperti ini bukan isu baru, malah FFM sudah perkenalkan kategori filem bukan bahasa Malaysia sejak tahun 2011, cuma kali ini ia kembali menjadi isu apabila makin banyak filem bukan bahasa Malaysia bertanding.

Tahukah mereka, permasalahan dan isu dalam industri filem selama ini selalunya dapat diselesaikan dengan baik sebab orang filem tahu jika ada apa-apa isu, ia akan dibincangkan secara harmoni, ibarat air kopi yang berkocak dalam cawan, sesekali ia cuma mercik keluar dan tidak pernah tumpah atau cawan pecah.

"Tiga menteri yang hendak tunjuk pandai pasal filem ini macam langsung tidak memahami ketetapan yang dibuat oleh penganjur FFM28 sebenarnya adalah mengikut dasar kerajaan dan Akta yang sudah termaktub.

Finas boleh selesaikan dengan baik sebab apa saja masalah industri selalunya dibincangkan bersama dan seperti saya cakap tadi, ia cuma ibarat secawan kopi yang airnya berkocak. Tidak tumpah pun.

"Kenapa tiga menteri ini tiba-tiba nak bagi arahan kepada Finas buat itu, buat ini... industri filem ada menterinya. Finas melapor kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia, tunggulah menteri kami bercakap dan membuat keputusan dan mengarahkan sesuatu jika mahu dibuat perubahan atau tidak dalam FFM28, tapi menteri lain pula yang ibarat hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

"Salleh Said Keruak bukan tidak tahu isu ini, malah dia juga faham sangat pasal industri kerana beliau pernah menjadi Pengerusi Finas dulu. Setahu saya Menteri Komunikasi dan Multimedia juga tidak pernah pun nak campurtangan urusan kementerian lain, tapi tiga menteri lain pula nampak ghairah sangat ambil berat pasal FFM.

Selama ini tidak pula mereka ambil peduli masalah dan perkembangan industri filem di negara ini. "Tidakkah mereka tahu Finas menganggap isu ini sudah selesai dengan adanya majlis penerangan dan penjelasan kepada pihak industri di Pitching Centre Malaysia. Majoriti yang hadir setuju dengan apa Ketua Pengarah Finasjelaskan dan penganjur FFM28 bersedia dengan kemungkinan melakukan pengubahsuaian kategori atau penambaikan.

"Jadi, tidak perlulah Khairy, Rahman dan Subramaniam nak campurtangan dalam hal ini. Kalau mereka ada pandangan dan tidak puashati, hubungi saja terus menteri yang menjaga Finas, atau boleh bertanyakan isu ini dan beri pandangan dalam mesyuarat Kabinet, bukan luah dalam media sosial dan beri kenyataan melulu kepada media," kata Ahmad yang lebih dikenali sebagai Mat London.

Mat London yang juga Sarjana Filem dan Pensyarah Tamu di Faktulti Filem Teater dan Animasi (FiTA) UiTM menegaskan, penerangan yang diberikan Finas pada 8 Ogos lalu kepada warga industri filem cukup jelas mengenai keperluan mengekalkan kedudukan bahasa rasmi negara sebagai bahasa teras dalam festival nasional seperti FFM.

Ini sangat penting kerana FFM harus berasaskan identiti perfileman nasional dan patuh mengikut Dasar Perfileman Negara, selain kesesuaian mengikut Akta 152 Perlembagaan Malaysia. Katanya, Ketua Pengarah Finas, Kamil Othman bersama Presiden PFM (Persatuan Penerbit Filem Malaysia), Yusof Haslam sudah memberi penerangan sebaik mungkin dan sesi soal jawab memberi kesan positif dan semua lebih 300 orang yang hadir kelihatan berpuashati.

"Tapi, biasalah tentu ada dua tiga kerat mereka yang protes ini masih terus tidak berpuashati, itu lumrah. Majlis itu berlangsung dengan harmoni. Apa yang penting, majoriti dah faham dan berpuashati. Ketua Pengarah memperlihat kebijaksanaan mengawal keadaan dan memberi penjelasan dengan bijaksana, beliau cukup berpengetahuan mengenai filem, bukan saja dalam forum malah selepas forum juga Ketua Pengarah Finas melayan pertanyaan demi pertanyaan.

Kita anggap isu ini sudah selesai. "Masalahnya, masih ada pihak lain tidak ada kena mengena seperti tiga menteri ini yang sengaja nak keruhkan keadaan itu, kenapa? Kenyataan Subramaniam yang juga Presiden MIC sangat mengecewakan saya, kononnya industri filem perlu menjadi contoh untuk menyatukan rakyat dan tidak perlu pengasingan bahasa dalam budaya, sukan dan bidang lain yang menjadi medium perpaduan.

"Subramaniam tidak realisitik. Sedarkah beliau medium perpaduan seperti pendidikan di negara ini sekarang juga berlaku pengasingan bahasa sebab ada sekolah berbeza mengikut jenis bahasa. Apakah medium budaya seperti lagu Melayu, lagu Cina, lagu Tamil, lagu Iban, lagu Kadazan berjaya menyatukan rakyat? Tidak ada pun kita sebut lagu Malaysia?

"Khairy juga tidak perlu menyibuk hal industri filem sebab masalah di kementerian beliau pun lagi banyak isu. Selesaikan masalah bola sepak negara dan isu dalam FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia).

"Rahman Dahlan pula kenyataannya itu apakah beliau seperti berminat untuk menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia? Komennya yang mahu Finas ubah keputusan dalam kategori FFM28 dan menuduh Finas seperti hendak membunuh industri filem sangat keterlaluan.

Adakah tiga menteri ini tidak faham Akta yang ada dan tidak pernah merujuk Dasar Perfileman Negara atau DFN yang diluluskan kerajaan sendiri? "Kalau mereka tidak seutuju bahasa kebangsaan diutamakan dalam apa saja bidang termasuk aspek budaya seperti industri filem dan FFM, elok saja tiga menteri ini buat cadangan di Kabinet supaya mansuhkan saja DFN.

Janganlah nak campurtangan urusan agensi lain yang tiada kena mengena dengan kementerian mereka," kata Mat London dalam nada tegas kepada portal TabloidSeni. Mat London berkata demikian sebagai mengulas komen tiga menteri itu yang mengkritik penganjuran FFM28 berkaitan penggunaaan bahasa kebangsaan apabila Finas mengekalkan syarat penggunaan 70 peratus Bahasa Malaysia untuk filem yang bertanding, manakala filem berbahasa lain diletakkan dalam kategori utama lain - Filem Bukan Bahasa Malaysia Terbaik, Pengarah Filem Bukan Bahasa Malaysia Terbaik dan Lakon Layar Bukan Bahasa Malaysia Terbaik.

Kenyataan Subramaniam dan Rahman dipaparkan menerusi portal AstroAwani, manakala kenyataan Khairy disiarkan TheMalayMailOnline.com,, menerusi tajuk 'Khairy: Removing FFM segregation policy won't threaten bahasa Malaysia's position'.

Ahad lalu, portal ini turut melaporkan Mat London menempelak Pengerusi Kumpulan CIMB, Nazir Razak dan Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes yang disifatkan sengaja 'menyibuk' berkaitan keutamaan penganjur mempertahankan bahasa kebangsaan dalam FFM28.

Mat London juga meminta ketiga-tiga menteri itu lebih matang dalam memberi komen kerana ia berkait dengan urusan agensi yang berada di kementerian lain dan isu FFM sekarang adalah berkaitan perkara sensitif iaitu penggunaan bahasa kebangsaan di festival filem nasional.

Ingat, isu bahasa dalam filem berkait dengan Akta 152 Perlembagaan Malaysia dan Dasar Perfileman Negara. "Sebagai menteri, mereka bertiga harus juga hormati apa yang sudah Finas lakukan, jika timbul kontroversi seperti sekarang, biarlah Kementerian yang menjaga Finas menguruskannya. Ini tidak, belum apa-apa Menteri Komunikasi dan Multimedia beri kenyataan dan arahan, mereka pula yang memandai-mandai.

Kalau tak puashati penggunaan bahasa rasmi negara ini di mana-mana acara anjuran kerajaan seperti FFM, elok saja mereka cadangkan dalam Parlimen atau Kabinet supaya kerajaan bubarkan saja DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) dan tegurlah Parlimen yang mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan ketika bersidang," kata Mat London yang berpengalaman lebih 40 tahun dalam industri filem dan pernah memenenagi beberapa anugerah.

Pengerusi Finas turut bidas menteri Sementara itu, Pengerusi Finas, Mohd. Khusairi Abdul Talib dalam komennya menerusi akaun Twitter beliau turut meluahkan rasa tidak puashati terhadap tindakan beberapa menteri yang cuba campurtangan dalam urusan dan isu berkaitan FFM28 ketika ini. Tulisan beliau itu seolah-olah menyifatkan menteri terbabit sengaja mencari keuntungan politik ketika isu yang sedang melanda FFM28.

Coretannya dalam Twitter beliau: "Menteri-menteri tak payahlah nak menangguk di air keruh isu FFM28 ni utk tujuan politik murahan. Serahkan kepada KKMM selesaikan."


Mat London: Dua tokoh koparat ni tak pernah pun sokong FFM.

Nazir Razak & Tony Fernandes

MAT LONDON TEMPELAK TONY FERNANDES,
NAZIR RAZAK ISU BAHASA NASIONAL FFM28
Oleh Akmal Abdullah
Sumber: Tabloid Seni (7 Ogos 2016)

"Selama ini dua orang ini tidak ambil peduli pun pasal perkembangan atau masalah industri filem kita, malah tak pernah nampak beri sokongan rasmi untuk penganjuran festival filem, apatah lagi membantu jadi penaja FFM. Tapi, bila ada isu macam ini, laju saja mereka tumpang sekaki bantai FFM.

Bila orang industri minta tolong dengan AirAsia dan CIMB atas urusan filem, mereka tak layan pun. "Tak perlulah nak tumpang hangatkan keadaan, baikilah apa yang berada di tempat kamu seperti servis untuk penumpang AirAsia dan khidmat pembiayaan di CIMB. Saya cakap macam ini sebab setahu saya dua individu ini langsung tidak pernah sokong industri filem Malaysia dari segi korporat menerusi syarikat masing-masing, sama ada tajaan FFM atau bantu karyawan filem.

Tak pernah saya dengar AirAsia dan CIMB beri penajaan untuk membantu FFM atau industri filem kita. "Saya pernah dengar rungutan ada orang industri nak buat pinjaman di CIMB untuk projek filem, mereka tidak dilayan, tapi nasib baik Maybank layan. Ini cerita benar.

Pernah berlaku ada pihak produksi minta diskaun tiket kapal terbang daripada AirAsia untuk ke destinasi tertentu, bukan nak minta free tapi minta diskaun sikit, namun malangnya permintaan mereka tidak dilayan oleh AirAsia, syarikat milik Tony tu. "Sekarang Tony dan Nazir begitu ambil berat pasal FFM.

Saya terharu... tapi tidak perlulah nak sibuk masukcampur dalam isu FFM sekarang," tegas Penasihat Industri Kreatif FINAS yang juga Sarjana Filem di Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM, Ahmad Ibrahim atau lebih mesra dikenali sebagai Mat London.

Mat London yang berpengalaman lebih 40 tahun dalam industri filem membidas Pengerusi Kumpulan CIMB, Nazir Razak dan Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes, yang disifatkan turut 'menyibuk' berkaitan isu bahasa kebangsaan dalam FFM28 seperti dilaporkan TheMalayMailOnline.com.

Mat London menjelaskan, isu yang berlaku dalam penjurian FFM28 mengenai bahasa kebangsaan dan kategori yang diasingkan dalam festival kali ini adalah atas dasar serta semangat identiti perfileman nasional dan ia sememangnya syarat penyertaan festival yang diguna pakai sejak dulu dan mengikut Dasar Perfileman Nasional (DFN).

"Kena faham isu ini terlebih dulu, jangan sedap mulut saja cakap. Kena hormati peraturan yang kita buat, kita ada dasar, peraturan dan Akta yang termaktub... termasuk syarat penyertaan FFM. Kita ada identiti nasional menerusi filem nasional dan bahasa nasional .

"Tony dan Nazir sebenarnya tidak faham pokok pangkal isu ini tercetus, fahamilah dan kaji dulu kenapa ia tercetus. Lagi pun segelintir saja yang tidak puashati. Mereka yang tidak puashati itu kita tahu sebab-musababnya," kata Mat London kepada TabloiodSeni.

Kelmarin, pengarah dan pelakon Afdlin Shauki antara yang terawal mengancam mahu memboikot acara FFM28 apabila beliau tidak puas hati pengasingan kategori dalam FFM28, terutama untuk filem bukan berbahasa Malaysia. Afdlin akan memboikotnya jika pengasingan itu terus dibuat.

Nazir seperti dilaporkan sebuah portal berita dengan tajuk 'Nazir Razak, Tony Fernandes support Malaysian film awards boycott over language segregation' kelmarin, menyokong pelakon dan pelawak itu yang memboikot FFM28 selepas tidak puashati dua filem popular, "Ola Bola" (filem bahasa Inggeris/Mandarin) dan "Jagat" (Tamil) tidak dimasukkan dalam kategori Filem Terbaik FFM28, sebaliknya dimasukkan dalam kategori Filem Bukan Bahasa Malaysia Terbaik.

Coretannya dalam Bahasa Inggeris menerusi akaun Instagram, Nazir mempersoalkan elemen bahasa dalam kategori Filem Terbaik di festival filem nasional itu dengan mengucapkan tahniah kepada Afdlin atas pendirian pelawak itu.

“Respect. I was aghast to hear that my favorite, Ola Bola, and others can't compete for best Malaysian movie. Why the segregation? Change will only happen because individuals like Afdlin make a principled stand, well done!”

Tony pula menyokong usaha itu sambil menyifatkan kepelbagaian kaum dipaparkan dalam filem tempatan seperti "Ola Bola" dan "Jagat".

“When will we realise our strength against the world is our diversity. Come on Malaysia. The world is changing,” kata Tony seperti seperti komennya yang diposkan menerusi akaun Instagram Nazir Razak.

Mat London atau Ahmad Ibrahim juga menyifatkan, dalam industri filem di negara ini sebenarnya ada pihak lain yang kelihatan rasis kerana mewujudkan persatuan perfileman bersandarkan kaum seperti mana ada Persatuan Produser Filem Cina Malaysia, Persatuan Artis Cina Malaysia dan Persatuan Artis India Malaysia, sedangkan Persatuan Seniman Malaysia sudah ada untuk semua golongan artis atau pelakon pelbagai kaum di Malaysia.

"Dalam GAFIM pun lagi mengejutkan, ada Persatuan Videografi India Malaysia. Tidak ada pula saya dengar ada Persatuan Artis Melayu Malaysia, atau Persatuan Produser Filem Melayu Malaysia, atau Persatuan Jurukamera Melayu. Mungkin Afdlin tidak perasan kot?" katanya sinis.





LANGIT CINTA

PILOT CAFE

GIRLFRIEND KONTRAK

LOVE SUPERMOON

SENARAI PENUH CALON PENERIMA ANUGERAH
FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-28 (FFM28)

FILEM TERBAIK NASIONAL
Polis Evo (Astro Shaw)
Nota (42nd Pictures)
Jejak Warriors (U2 Media)
Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit
(Skop Productions/Viper Studios)
Munafik (Skop Productions)

1. FILEM TERBAIK MALAYSIA
Ola Bola (Astro Shaw/Golden Screen Cinemas)
Nota (42nd Pictures)
Polis Evo (Astro Shaw)
Jejak Warriors (U2 Media)
Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit (Skop Productions/Viper Studios)
Munafik (Skop Productions)
Maravan (Golden Peacock Film Production)
Huat The Fish (GSC Movies)
The Kid From The Big Apple (GSC Movies/Three Production)
Jagat (Skyzen Studios)

2. PENGARAH TERBAIK
Syamyl Othman (Rembat)
Ghaz Abu Bakar (Polis Evo)
Saw Teong Hin (Jejak Warriors)
Syamsul Yusof (Munafik)
Wan Hasliza Wan Zainuddin (Love Supermoon)
Shanjey Kumar Perumal (Jagat)
Jess Teong (The Kid From The Big Apple)
Silver Yee (Huat The Fish)
Chiu Keng Guan (Ola Bola)
Puvanendran (Maravan)

3. PELAKON LELAKI TERBAIK
Aniu (Rembat)
Pekin Ibrahim (Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit)
Aaron Aziz (Suamiku, Encik Perfect 10)
Zizan Razak (Polis Evo)
Shaheizy Sam (Polis Evo)

4. PELAKON WANITA TERBAIK
Maya Karin (Jwanita)
Lisa Surihani (Suamiku, Encik Perfect 10)
Nabila Huda (Munafik)
Nadiya Nisaa (Love Supermoon)
Maya Karin (Nota)

5. PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
Azad Jasmin (Girlfriend Kontrak)
Sri Balasubramaniam (Ola Bola)
Ramli Hassan (Nota)
Hushairi Husain (Polis Evo)
Hasnul Rahmat (Juvana 2)

6. PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
Aminah Rhapor (Chowrasta)
Anne Ngasri (Love Supermoon)
Adeline Tsen (Gamatisme)
Fauziah Ahmad Daud (Langit Cinta)
Christina Suzanne (Jwanita)

7. SINEMATOGRAFI TERBAIK
Raja Mukhriz (Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit)
Haris Hue Abdullah (Polis Evo)
Senthil Kumaran (Jagat)
Mohd. Noor Kassim (Bravo 5)
Rahimi Maidin (Munafik)

8. PENYUNTING TERBAIK
Gywneth Lee (Ola Bola)
Nazim Shah (Polis Evo)
Syamsul Yusof (Munafik)
Kumaran Arumugam (Jagat)
Loo Chean Hoong (The Kid From The Big Apple)

9. LAKON LAYAR TERBAIK
Feroz Kader (Suamiku, Encik Perfect 10)
Joel Soh/Kyle Goonthing/Anwari Ashraf Hashim/Adib Zaini (Polis Evo)
Wan Hasliza Wan Zainuddin (Love Supermoon)
Bea Tanaka (Nota)
Pekin Ibrahim (Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit)
Jess Teong (The Kid From The Big Apple)
Puvanendran Selvaraja (Maravan)
Lim Teik Yin/Jack Lim/Wong Jee Meng/Nick Wong (Huat The Fish)
Chan Voke Veng/Tan Pik Vee (Ola Bola)
Shanjey Kumar (Jagat)

10. CERITA ASAL TERBAIK
Ola Bola
Jagat
Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit
Rembat
The Kid From The Big Apple


REMBAT

CICAKMAN 3

GAMATISME

11. PENATAAN SENI TERBAIK
Soon Yong Chow (Ola Bola)
Esvaran Krishnan (Jagat)
Ray Tan Vew Swee (The Kid From The Big Apple)
Wong Jee Meng/Nick Wong (Huat The Fish)
Mohd.Khairul Mohd.Dan (Bravo 5)

12. PENATAAN BUNYI TERBAIK
Polis Evo
Munafik
Villa Nabila
Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit
Rembat

13. PEREKA KOSTUM/BUSANA TERBAIK
Elaine Ng/Weng Shum (Ola Bola)
Hasnan Yaacob (Bravo 5)
Jess Teong (The Kid From The Big Apple)
Hasnan Yaacob (Cicakman 3)
Nasirah Ramlan (Polis Evo)

14. KESAN VISUAL KHAS TERBAIK
Kapsul (Amru Najmi Osman)
Ola Bola (Bak Chee Hong)
Cicakman 3 (Yusry Abdul Halim)
Munafik (Viper Studios)
The Noise (Criminal Studios)

15. SKOR MUSIK ASAL TERBAIK
Nur Zaidi Abd. Rahman (Pilot Cafe)
Azmeer (Chowrasta)
San Weng Onn/San Wai Lik (Ola Bola)
Syamsul Yusof (Munafik)
Nur Zaidi Abd.Rahman (Jwanita)

16. LAGU TEMA ASAL TERBAIK
Nur Zaidi Abd. Rahman (Langit Cinta/"Langit Cinta")
Nur Zaidi Abd. Rahman (Pilot Cafe/"Untuk Cinta")
Zee Avi & Rendra Zawawi (Ola Bola/"Arena Cahaya")
Syamsul Yusof (Munafik/"Kalah Dalam Menang")
Edry Abdul Halim (Cicakman 3/"Adiwira")


CHOWRASTA

JWANITA

KAPSUL

17. PENGARAH BAHARU TERBAIK
Daven Raghavan (CCTV)
Shanjey Kumar Perumal (Jagat)
Pekin Ibrahim (Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit)
Jess Teong (The Kid From The Big Apple)
Feroz Kader (Suamiku, Encik Perfect 10)

18. PELAKON BAHARU LELAKI TERBAIK
Saran Kumar (Ola Bola)
Chem Amar (Chowrasta)
Mas Khan (Biasan)
Keith Foo (Girlfriend Kontrak)
Adam Shahz (Juvana 2)

19. PELAKON BAHARU WANITA TERBAIK
Marianne Tan (Ola Bola)
Falisha Crosley (Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit)
Nur Risteena (Girlfriend Kontrak)
Zara Zya (Rembat)
Raja Ilya (Suamiku, Encik Perfect 10)

20. FILEM PENDEK TERBAIK
Selfie
RM10
Terbit 23
UV
Suraya

21. FILEM CEREKA ANIMASI TERBAIK
BoboiBoy The Movie
Oh! La La

22. FILEM ANIMASI PENDEK TERBAIK
Tales Of Wisdom
Ummie... Ceritalah Kepada Kami
Ejen Ali
Rimba Kids Nursery Rhymes

23. FILEM DOKUMENTARI TERBAIK
Menanti Sinar Keamanan
Mindanao Penantian Merdeka
Boat People
Dato' Meor Abdul Rahman: Lagenda Mahaguru Seni Silat Melayu
Awang Pahlawan Iban


BOBOIBOY THE MOVIE

OH! LA LA

TAN QIN LIN & HARVIND RAJ

24. PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK
Shivatharan Nambiar (Ola Bola)
Ryqal Iskandar (Cicakman 3)
Harvind Raj (Jagat)
Aliff Firdaus (Jejak Warriors)
Tan Qin Lin (The Kid From The Big Apple)





ZARA ZYA (Rembat)

SURAN KUMAR (Ola Bola)

TESS TEONG (The Kid From The Big Apple)

EDRY ABDUL HALIM (Cicakman 3)

HARIS HUE ADULLAH (Polis Evo)





SYAMSUL YUSOF

FALISHA CROSLEY

JUMLAH CALON DITERIMA CALON FILEM TERBAIK

# 1. OLA BOLA (14)
Filem Terbaik
Pengarah Terbaik
Lakon Layar Terbaik
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Pelakon Baharu Wanita Terbaik
Pelakon Baharu Lelaki Terbaik
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Kesan Visual Khas Terbaik
Cerita Asal Terbaik
Lagu Tema Asal Terbaik
Skor Musik Asal Terbaik
Penataan Seni Terbaik
Penyunting Terbaik
Pereka Kostum/Busana Terbaik

# 2. POLIS EVO (11)
Filem Terbaik Nasional
Filem Terbaik
Pengarah Terbaik
Pelakon Lelaki Terbaik
Pelakon Lelaki Terbaik
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Lakon Layar Terbaik
Penataan Bunyi Terbaik
Penyunting Terbaik
Sinematografi Terbaik
Pereka Kostum/Busana Terbaik

# 3. MUNAFIK (10)
Filem Terbaik Nasional
Filem Terbaik
Pengarah Terbaik
Pelakon Wanita Terbaik
Sinematografi Terbaik
Penataan Bunyi Terbaik
Skor Musik Asal Terbaik
Lagu Tema Asal Terbaik
Kesan Visual Khas Terbaik

# 4. JAGAT (9)
Filem Terbaik
Pengarah Terbaik
Pengarah Baharu Terbaik
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Cerita Asal Terbaik
Lakon Layar Terbaik
Sinematografi Terbaik
Penyunting Terbaik
Penataan Seni Terbaik

# 5. THE KID FROM THE BIG APPLE (9)
Filem Terbaik
Pengarah Terbaik
Pengarah Baharu Terbaik
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Cerita Asal Terbaik
Lakon Layar Terbaik
Penyunting Terbaik
Penataan Seni Terbaik
Pereka Kostum/Busana Terbaik

# 6. MAT MOTO: KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT (9)
Filem Terbaik Nasional
Pelakon Baharu Wanita Terbaik
Pengarah Baharu Terbaik
Penataan Bunyi Terbaik
Sinematografi Terbaik
Lakon Layar Terbaik
Cerita Asal Terbaik
Pelakon Lelaki Terbaik
Filem Terbaik

# 7. NOTA (5)
Filem Terbaik Nasional
Lakon Layar Terbaik
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Pelakon Wanita Terbaik
Filem Terbaik

# 8. HUAT THE FISH (4)
Penataan Seni Terbaik
Lakon Layar Terbaik
Pengarah Terbaik
Filem Terbaik

# 9. JEJAK WARRIORS (4)
Filem Terbaik Nasional
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Pengarah Terbaik
Filem Terbaik

# 10. MARAVAN (3)
Lakon Layar Terbaik
Pengarah Terbaik
Filem Terbaik





SUAMI AKU USTAZ

MISI RAYYAN & DANISH

ROMEO KOTA


Yusof Haslam: Saya tak mahu jadi presiden.

KONTROVERSI FFM28 TIDAK BERLAKU SEKIRANYA
"OLA BOLA" DAN "MUNAFIK" TIDAK BERTANDING
Oleh Mustafar A.R.

Daripada apa yang saya tahu dan diberitahu, kontroversi FFM28 berlaku bukan sekadar disebabkan bahasa Melayu (Kebangsaan) dan bukan bahasa Melayu tapi lebih kepada ketidakpuasan hati penggiat-penggiat filem terhadap Yusof Haslam yang menerajui dan bertanggungjawab terhadap pemilihan filem dan penjurian FFM28.

Banyak e-mail yang saya terima, marah kepada Finas kerana memberi kuasa terlalu banyak kepada Yusof hingga menyebabkan dua filem Skop Productions, "Munafik" dan "Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit", membolot 19 pencalonan hinggakan filem-filem lain terpaksa 'bernafas dalam lumpur'.

"Yusof banyak kepentingan dalam Finas dan FFM28," kata seorang pengarah (tidak mahu namanya disebut) yang mana filemnya layak bertanding kerana ditayangkan dalam tahun 2015 tapi satu pencalonan pun tidak ada.

"Apa, filem arahan saya teruk sangat ke?" tanyanya dan menambah, "Kalau dibandingkan Munafik dan Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit, filem saya tidaklah buruk sangat. Ada bahagian-bahagian tertentu filem saya lebih baik dibandingkan dua filem Yusof itu."

Yusof selain mengetuai AJK pemilihan filem dan penjurian, juga presiden PFM (Persatuan Penerbit Filem Malaysia) dan timbalan pengerusi lembaga pengarah Finas. Sangat berpengaruh dan ada kuasa veto. Kata-katanya yang beliau tidak tahu siapa juri, tidak boleh diterima. Tidak tahu bererti tidak bertanggungjawab. Kalau Yusof tidak tahu siapa yang tahu? Salleh Said Keruak ke?

Saya yang pernah dua kali menjadi setiausaha FFM (FFM2 dan FFM10), tahu semua perkara mengenai penganjuran FFM sampai ke peringkat pemilihan filem dan penjurian. Kerana itu sudah tanggungjawab setiausaha. Kalau tidak macamana nak menjalankan tugas saya dengan baik dan sempurna.

Selain itu, ramai yang mempertikaikan kenapa tarikh tutup penyertaan dibuat pada penghujung bulan 31 Mac 2016 dengan filem "Warna Cinta Impian" tidak pada 31 Disember 2015 dengan filem "Apartmen", sedangkan banyak filem sudah siap dan ditayangkan di panggung wayang sepanjang tahun 2015 iaitu 50 semuanya, mungkin lebih. Ini tidak termasuk filem-filem bukan berbahasa Melayu - Cina dan Tamil.

"Yusof dan para juri sengaja memanjangkan tarikh tutup sampai 31 Mac 2016, bagi membolehkan Munafik dan Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit turut bertanding kerana dua filem tersebut ditayangkan pada 25 Februari 2016 dan 14 Januari 2016," kata salah seorang pelakon (siapa?) "Cicakman 3", juga namanya tidak mahu disebut.

"Kerana itu Ola Bola yang ditayangkan pada 28 Januari 2016 dan The Kid From The Big Apple tayangannya pada 10 Mac 2016 terpaksa diheret bertanding sama." tambahnya.

Menurut beliau lagi, sepatutnya hanya filem-filem keluaran 2015 saja layak menyertai FFM28. Filem-filem ditayangkan sepanjang 2016 boleh menyertai FFM29, barulah perfect.

50 filem yang ditayangkan sepanjang 2015;
# Rumah Pusaka di Simpang Jalan (1 Januari)
# Romeo Kota (8 Januari)
* Villa Nabila (15 Januari)
* Suamiku, Encik Perfect (22 Januari)
# Puaka Balai Gombak (29 Januari)
# Bangunan (5 Februari)
# Gudang Kubur (12 Februari)
# Coverina (19 Februari)
# Sunti @Facebook (26 Februari)
# Werewolf Dari Bangladesh (5 Mac)
* Cicakman 3 (12 Mac)
# Isyarat Cinta (19 Mac)
# Penunggu Jengka (26 Mac)
# Hantu Bungkus Ikat Tepi (9 April)
# Abang Legen (16 April)
# Selfie Suara Kubur (23 April)
* Pilot Cafe (23 April)
# Jalan Puncak Alam (7 Mei)
# Suami Aku Ustaz (14 Mei)
# Dia (14 Mei)
# Jendela (21 Mei)
* Oh! La La (28 Mei)
* Gamatisme (28 Mei)
# Darah Panas (4 Jun)
# Gangsterock (16 Julai)
# Suamiku Jatuh Dari Langit (16 Julai)
* CCTV (30 Julai)
* Nota (13 Ogos)
# Misi Rayyan & Danish (20 Ogos)
* Jejak Warriors (27 Ogos)
# UWMMM Usop Wilcha Mengonjang Makhluk Muzium (3 September)
* Bravo 5 (10 September)
* Kapsul (17 September)
* Polis Evo (17 September)
* Jwanita (24 September)
* Girlfriend Kontrak (24 September)
# Pontianak Menangis (1 Oktober)
* Rembat (8 Oktober)
# Badi (15 Oktober)
* Love Supermoon (22 Oktober)
* Juvana 2 (29 Oktober)
# Mirip (5 November)
* Biasan (12 Novemver)
# Ada Apa Dekat Bas Stop (19 November)
# Banglo Berkunci (26 November)
# Sinaran (26 November)
* Chowrasta (3 Disember)
# Keranda Tok Wan Terbang (10 Disember)
# Mat Moto (24 Disember)
# Apartmen (31 Disember)

# Lihatlah betapa banyaknya filem yang ditayangkan pada 2015 tidak mendapat tempat dihati para juri dari segi pencalonan. Filem-filem yang ditayangkan pada 2016 pula yang berganda-ganda mendapat perhatian iaitu "Munafik" dan "Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit". Persoalannya, adakah para juri menonton semua filem yang layak bertanding?

Dengan 50 filem tersebut sudah cukup mewah untuk diterima bertanding merebut pelbagai anugerah FFM28. FFM1 pada April 1980 cuma ada 16 filem saja yang menyertai pertandingan.

Disebabkan dua filem Skop Productions membolot banyak pencalonan beberapa filem yang dianggap layak bertanding dalam beberapa kategori, gagal dapat berbuat demikian. Dah penuh tiada kekosongan kategori.

Malah kategori yang dianggap cikai (Penataan Bunyi Terbaik) pun dikuasai tiga filem Yusof - "Munafik", "Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit" dan "Villa Nabila".

Saya sejak dulu lagi menyarankan supaya Finas menubuhkan seketeriat Festival Filem Malaysia (FFM) yang bebas dari campurtangan Finas, karyawan filem apatah lagi orang-orang politik terutama menteri.

Cari seorang setiausaha yang boleh buat kerja, tahu pasal filem dan berpendirian tegas. Ertinya, tidak ada conflict of interest (kepentingan diri) dalam apa juga mengenai penganjuran FFM.

Selagi itu tidak ada, jangan mimpilah dan berharap FFM tidak akan ada kontroversi. Percayalah!

Sudah sampai masanya, ahli lembaga pengarah tidak dianggutai oleh karyawan filem bagi mengelak adanya kepentngan diri. Kini, ada dua karyawan filem dalam Finas yang dipengerusikan oleh Mohd. Khusairi Abdul Talib. Selain Yusof Haslam, Nik Amir Mustapha.

Dalam filem Nik Amir boleh dianggap karyawan filem masih mentah. Bagaimana beliau boleh dipilih menjadi ahli lembaga Finas. Apakah kreaterianya sudah cukup layak? Sukar dipastikan.

Mulai sekarang Yusof dan Nik Amir sudah patut berfikir menulis surat meletak jawatan supaya FFM29 dan FFM seterusnya tidak ada kekecuhan berhubung adanya conflict of interest.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?






KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.




18 comments:

  1. Supaya berlaku adil, supaya pencalon-pencalon FFM28 puashati, sebelum diumumkan nama-nama pemenang anugerah FFM28, ada baiknya Finas mengadakan sidang media mengumumkan nama-nama juri. Ini kerana sejak sekian lama nama-nama juri FFM disembunyikan. Tidak macam dulu gambar para juri turut dimuatkan dalam buku cenderamata - Danial (Ukm), Bangi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan mimpilah Danial. Finas takkan berani buat sidang media umumkan siapa juri. Semua dah kena beli, semua dah makan dedak - Rahim Khan, Shah Alam.

      Delete
    2. Saya rasa elok kalau FFM diserahkan pada sebuah badan bebas yang tidak ada pengaruh dan kaitan dengan Finas, tapi dibawah naungan Finas. Ini bagi membolehkan segala keputusan para juri akan dihormati dan diterima oleh semua pihak yang terlibat dan tidak melemahkan semangat kreativiti para karyawan filem yang benar-benar berusaha mahu meningkatkan taraf dan kualiti filem Malaysia - Asraf, P.Pinang.

      Delete
  2. "mat moto: kami mat moto bukan mat rempit" filem arahan pekin ibrahim dan syafiq yusof yang entah apa-apa tu yang tercalon bukan mainlah banyak. filem "munafik" syamsul yusof tu oklah lagi tapi itu pun masih jauh ketinggalan kalau nak dibandingkan dengan "ola bola" "polis evo" dan "jagat". agaknya, kalau ada anak yusof haslam yang ketiga mengarah filem pun turut dicalonkan dalam ffm28 ini dengan banyak kategori juga. sudah sampai masanya yusof haslam yang mempunyai conflict of interest dalam finas meletak jawatan sebagai timbalan pegerusi lembaga pengarah finas. kalau tak nak letak jawatan, anak beranak jangan buat filem. satu lagi yang tak kena, "mat moto: kami mat moto bukan mat rempit" diarahkan bersama oleh syafiq yusof dan pekin ibrahim, kenapa pekin ibrahim dicalonkan pengarah baharu terbaik? kan tak kena tu - salleh kamal, putrajaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya, Yusof Haslam mengambil kesempatan habis dengan Finas. Sudahlah mendapat banyak kemudahan dalam Finas, khabarnya (orang Finas beritahu) Finas juga sedang berusaha menerbitkan buku biografi Yusof Haslam. Kalau betul, beruntunglah si Yusof Haslam ni semua Finas bantu. Kalau tak betul maafkan saya - Othman Shah, KL.

      Delete
    2. Bila dilihat bilangan calon yang begitu banyak diterima oleh "Munafik" dan "Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit", jelas dan nyata Yusof Haslam menggunakan pengaruhnya sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Finas dan sikap para juri yang kaki ampu - Abu Nawas.

      Delete
    3. Yusof Haslam jutawan. Boleh keluarkan 4 atau 5 filem setahun. Takkan Yusof tak boleh biayai buku biografinya sendiri. Ini masih nak mengharapkan Finas je. Ini juga dikatakan kepentingan diri (conflict of interes) kerana dia Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Finas - Hakim, Pj.

      Delete
  3. Berani Mat London tu ya. Bagus dia belasah begitu. Mentang-mentang Khairy, Rahman dan Subramaniam menteri, Nazir dan Tony tokoh korporat, mereka ingat boleh komen macam tu, tanpa tahu kedudukan sebenar. Padan muka! - Hashim, Taiping, Pk.

    ReplyDelete
  4. Aku dah lama dengar banyak berlaku penyelewengan dalam Finas. Betul tak betul aku tak tahu. Aku pun takda bukti. Dalam keadaan Sprm sedang mengamuk sakan sekarang ni, sebaiknya mereka masuk ke Finas buat siasatan - Mat Labu, Senayan, N9.

    ReplyDelete
  5. Syabas Encik Mustafar dan Puan Zaini kerana membuat lapuran dan layout terbaik mengenai FFM28. Padat, lengkap dan puas saya membacanya. Inilah ciri-ciri keistemewaan terdapat dalam FK yang tidak ada di blog-blog lain yang sama waktu dengannya - Fatini Fatima, Johor Bahru.

    ReplyDelete
  6. Ffm bukan anugerah Oscar. Adalah tidak wajar Maya Karin dicalonkan Pelakon Wanita Terbaik untuk dua filem. Satu cukuplah samada "Nota" atau "Jwanita". Satu lagi bagilah chance pelakon lain. Ada lebih 50 filem ditayangkan sepanjang tahun 2015, takkan seorang pun takda yang dapat bersaing dengan Maya Karin disamping Lisa Surihani, Nabila Huda dan Nadiya Nisaa - NurAtiqah, Usm, P.Pinang.

    ReplyDelete
  7. Saya sokong NurAtiqah.
    "Polis Evo" pun sama.
    Calon satu sudahlah
    samada Zizan Razak
    atau pun Shaheizy Sam.
    Apa, bagus sangat ke
    lakonan mereka tu?
    Bagi saya takda apa-apa
    pun yang istimewa.
    Juri oh juri.
    - Roy, Cyberjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kata Roy.
      lagi pun "Polis Evo"
      aku anggap sebagai
      filem mengarut
      - Sham, P.Dickson,

      Delete
  8. Bertuah sungguh Lisa Surihani kerana sentiasa saja berada dihati para juri.
    Ini adalah kali ketiga berturut-turut Lisa dicalonkan Pelakon Wanita Terbaik.
    1. Ffm26 - Istambul Aku Datang (menang)
    2. Ffm27 - Dendam Orang Mati (kalah)
    3. Ffm28 - Suamiku, Encik Perfect 10 (belum tahu)
    Lisa juga pernah menang anugerah yang sama kerana lakonannya dalam Legenda Budak Setan.
    Begitu juga dengan Maya Karin jadi kesayangan para juri.
    1. Ffm25 - Ombak Rindu (menang)
    2. Ffm27 - Sejoli (kalah)
    3. Ffm28 - Nota dan Jwanita (belum tahu)
    Seperti juga Lisa, Maya juga pemenang anugerah
    yang sama kerana lakonannya dalam Anak Halal (Ffm21).
    Harap dalam Ffm29 tahun depan nama Lisa Surihani dan Maya Karin akan muncul lagi.
    Syabas Lisa dan Maya.
    - Razlan, Melaka.

    ReplyDelete
  9. Biadap betul Mohd.Noor Kassim tu pulangkan anugerah yang dimenanginya kepada KP Finas, Kamil Othman. Dahlah begitu dalam beg plastik sampah pulak. Saya nak tanya kepadanya, duit yang dimenangi dulu tu dah dipulang ke belum? Kalau belum pulangkan segera. Barulah boleh jadi anak jantan. Jenis karyawan filem macam ni pun ada dalam Malaysia ni ya! - Anti-Biadap, Pekan, Pahang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afdlin Shauki pun biadap juga.
      Banyak besar kepala dia nak boikot Ffm28.
      Semua filem arahannya boleh dikatakan hancur.
      "Papadom" yang menang Filem Terbaik di Kota Kinabalu dulu pun ciplakan filem Hong Kong.
      Lagi mahu banyak cakap.
      Kesian Yusof Haslam.
      Eloklah Datuk letak jawatan dalam Finas tu.
      - Ahmad Shah, KLIA.

      Delete
  10. aku dah tonton mat moto ahmad idham dan mat moto pekin ibrahim. ternyata ahmad idham lebih baik, terutama dari segi cerita, kalau dibandingkan dengan pekin ibrahim punya. tapi kenapa filem ahmad idham satu calon pun tarak, sedangkan filem pekin ibrahim sapu 9 calon. oh ya baru aku ingat, rupa-rupanya yusof haslam (taukey skop productions dan pekin ibrahim) ialah timbalan pengerusi lembaga pengarah finas dan presiden pfm. sungguh malang nasibmu ahmad idham - mat indera, pj.

    ReplyDelete
  11. Saya dah tonton kesemua 5 filem yang dicalonkan merebut anugerah Filem Terbaik Nasional;
    * Polis Evo
    * Nota
    * Jejak Warriors
    * Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit
    dan
    * Munafik
    Sekiranya salah satu filem tersebut menang, ternyata FFM28 merupakan paling harpak jika dibandingkan dengan FFM-FFM yang sudah-sudah
    - Rustam (via e-mail), Skudai, Johor.

    ReplyDelete