HANYA 2 FILEM LAYAK TERIMA ANUGERAH FILEM TERBAIK
Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
(Sumber: RajaLawak.Com)
(Sumber: Astro Shaw)
(Sumber: Astro Shaw)
(Sumber: Astro Shaw)
(Sumber: Juita Viden)
SETELAH meneliti kesemua 5 filem yang dicalonkan merebut anugerah Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-27 (FFM27), ternyata angguta panel juri telah membuat keputusan yang saya anggap bijak, tidak seperti FFM26 yang saya anggap mengarut.
Disebabkan tahun 2014 tidak ada filem epik (atau serius) meyamai "Tanda Putera", filem-filem yang dicalonkan itu boleh diterima sungguhpun masih ada genre seram dan ganas tapi ada ciri-ciri komedi dan tidaklah semengarut FFM26.
Filem Terbaik, tidak semestinya kutipan (box office) yang lumayan, berjuta ringgit. Tidak juga popular dan diminati ramai. Tidak juga bajetnya mengalahkan filem-filem Hollywood. Ia bergantung kepada pelbagai aspek filem terutama tema cerita dan kreativiti (corak olahan) pengarah.
Bercorak seram dan ganas, boleh dicalonkan Filem Terbaik. Tapi mestilah digaraf dengan baik agar memberi impak yang berkesan dan diterima oleh kita sebagai peminat filem dan boleh dibanggakan, sekiranya dihantar ke festival-festival filem luar negara antaranya, Cannes Film Festival yang berpretij itu.
Dalam FFM26, angguta panel juri lebih mengutamakan filem seram dan ganas tidak ada nilainya (karut-marut) mengepikan langsung patriotik yang mana berkesudahan (setelah menerima kritikan kaw kaw), "KIL" terpaksa menerima anugerah Filem Terbaik, dalam keadaan mereka yang diberi amanah serba-salah dan tertekan, apabila "Tanda Putera" tidak dicalonkan.
Saya tidak menolak dan mengakui "KIL" memang menarik, ada pembaruan dan ada kelainan. Corak arahan Nik Amir Mustapha dikira unggul, dan dia merupakan salah seorang pengarah muda berbakat, mempunyai masa
depan yang cemerlang.
Cuma, "KIL" kurang citarasa Malaysia, penonjolannya lebih condong ke Barat. Mengintip (spy) bukan budaya (cara hidup) orang-orang kita, kalau ada yang menggunakan private detective (penyiasat persendirian) untuk menyiasat,
pun hanya kadang-kadang, jarang-jarang.
Nyata dan jelas lebih mengarut, apabila bunuh diri (awal-awal lagi sudah diperlihatkan) dijadikan fokus yang mana ini pastinya melanggar akidah. Agama Islam menegah umatnya berbuat demikian sungguhpun ada kebaikan
yang mahu disampaikan.
Kesemua penglibat "KIL" tidak boleh bangga dengan kemenangan yang dicapai itu kerana sepatutnya yang menerima anugerah ialah "Tanda Putera". Tapi disebabkan kecuaian angguta panel juri, filem Shuhaimi Baba itu menjadi mangsa. "KIL" berdiri megah di atas keruntuhan "Tanda Putera".
"Terbaik Dari Langit" yang diarahkan Nik Amir Mustapha, turut dicalonkan merebut anugerah Filem Terbaik tahun ini. Saingannya paling mencabar "Lelaki Harapan Dunia" yang diarahkan oleh Liew Seng Tat dan "Manisnya Cinta Di Cappacodia" arahan Bernard Chauly.
Setelah saya menonton kesemua 5 filem yang dicalonkan, apa yang boleh saya katakan (dalam penilaian saya sendiri, tidak dipengaruhi oleh sesiapa pun), "tiada rotan akar pun jadi", hanya 2 dikira layak memenangi anugerah
Filem Terbaik FFM27.
Apa pun, saya tidak boleh beritahu, takut ramai yang kecil hati dan ramai pula yang terpengaruh. Kita tunggu saja keputusan angguta panel juri, sama ada serupa dengan pekiraan saya atau pun tidak.
12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG
# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR
* JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA
# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 11 OGOS 2015)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 115,839
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 102,824 * SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 95,063
* SELAMAT PENGANTIN BARU 57,659 * FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 20,388
# UPDATE: 4 SEPTEMBER 2015
KESAL SIKAP PERSATUAN SENI,
WARTAWAN HIBURAN BAKAL ANJUR FFM
Sumber: mStar Online (4 September 2015)
KAMIL OTHMAN, KETUA PENGARAH FINAS
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) berhasrat memberi kepercayaan kepada wartawan hiburan untuk menganjurkan Festival Filem Malaysia (FFM) pada masa hadapan selepas kecewa dengan persatuan seni negara yang banyak masalah.
Ketua Pengarah Finas, Kamil Othman berkata, langkah itu dilihat lebih berkesan agar segala keputusan menjadi neutral tanpa ada mana-mana pihak menyalahkan antara satu sama lain.
"Dulu bila saya nak serahkan (penganjuran) FFM kepada persatuan seni, ada pula persatuan seni lain tak setuju. Bila nak suruh semua melibatkan diri, ada saja
yang tak kena.
"Saya fikir, adalah lebih baik festival ini dikembalikan kepada penganjur asal iaitu persatuan wartawan hiburan,” katanya kepada mStar Online selepas malam perasmian FFM27 di Symphony Lake View, KLCC, Kuala Lumpur.
Kamil diminta mengulas mengenai ketidakpuasan Persatuan Sudtradara Malaysia (FDAM) terhadap penganjuran FFM27 kali ini apabila lapan pengarah dalam kategori filem terbaik dan pengarah terbaik bukan ahli persatuan itu.
Mengikut syaratnya, setiap karya dan indivdiu yang dicalonkan dalam FFM hendaklah menjadi ahli FDAM ataupun ahli persatuan seni.
Untuk rekod, FFM pertama yang dianjurkan pada tahun 1980 adalah hasil inisiatif Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA) yang kini dikenali sebagai Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM).
Namun penganjuran itu tidak dapat diteruskan oleh EJA kerana kekangan kewangan dan masa menyebabkan ia diserahkan kepada Finas untuk melaksanakannya.
Sementara itu mengenai perkembangan berkaitan Kamil berkata, pihaknya kesal kerana tidak mendapat sokongan yang baik daripada persatuan seni sebaliknya dilempar dengan pelbagai tuduhan.
“Saya tengok, lagi banyak Finas melibatkan diri dalam benda-benda macam ni, kita dituduh macam-macam. Kita buat semua ni bukan nak sakitkan hati sesiapa sebaliknya mahu membangunkan industri,” tegurnya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai rungutan FDAM berhubung isu pencalonan lapan indivdiu dalam FFM27 itu Kamil berkata, pihaknya sudah memberi surat jawapan kepada persatuan berhubung masalah yang dibangkitkan.
Beliau berpendapat, jika seseorang itu sudah mendapat Sijil Perakuan Penggambaran (SPP), ia sudah memenuhi kriteria yang disyaratkan oleh FDAM seperti yang pernah berlaku pada masa lalu.
Bagaimanapun pihak Finas akan membuat kajian semula berhubung isu berkenaan sama ada seseorang itu layak disenaraikan dalam FFM jika menyertai mana-mana persatuan seni yang ada selain akan melakukan post-mortem berhubung FFM27 selepas acara itu selesai.
"Saya akan tengok balik apa-apa perkara yang tak kena, bagaimana kita nak mengatasinya. Saya juga nak kaji juga kenapa persatuan seni itu wujud selain mahu berbincang mengenai peranan yang boleh dimainkan mereka. Jika ada tak puas hati, boleh bawa berbincang, tak payah masuk FB (Facebook)," sindirnya.
Mengenai promosi FFM27, Kamil berpuas hati dengan liputan diberikan pihak media dalam usaha merancakkan lagi anugerah itu. Ia bukan sahaja melibatkan saluran media cetak dan portal berita sebaliknya kerjasama stesen-stesen penyiaran tempatan.
# Pembetulan (Fakta):
* Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA) bukan Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM). EJA adalah persatuan lain, dan sudah lama dibubarkan. WHAM merupakan persatuan yang diwujudkan selepas EJA.
* EJA masih mampu menganjurkan FFM selepas kali kedua pada tahun 1981, bukan kerana kekangan kewangan. Namun kerana Finas beria-ia mahu menjadi penganjur terpaksa EJA menyerahkan kepada Finas, walaupun Mahathir Mohamad, ketika itu Timbalan Perdana Menteri, mahukan EJA terus sebagai penganjur. Dalam erti kata lain, Finas merampas FFM daripada EJA.
# UPDATE: 19 OGOS 2015
NABIL AHMAD DAN SHERRY ALHADAD HOS FFM27
Oleh Kemalia Othman
Sumber: mStar Online (18 Ogos 2015)
Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad bakal menggalas tanggungjawab sebagai hos Festival Filem Malaysia kali ke-27 yang bakal diadakan pada 5 September depan.
Sherry Alhadad bersama pelawak Along Cham (tengah) dan Zulin Aziz (kiri) yang dipilih mengacarakan malam perasmian pada 2 September di Symphony
Lake Suite, KLCC.
Pelawak Nabil Ahmad dan pengacara Sherry Alhadad diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara malam kemuncak Festival Filem Malaysia Ke-27 (FFM27).
FFM27 yang bakal mengiktiraf 56 filem karya anak tempatan akan berlangsung pada 5 September depan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen
Kuala Lumpur (KLCC).
Manakala, pelawak Along Cham dan Zulin Aziz dipilih untuk mengacarakan malam perasmian pada 2 September di Symphony Lake Suite, KLCC.
Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal tanahair, Amy (Search), Misha Omar, Indah Ruhaila, Hazama, Najwa Mahiaddin, Joe Flizzow, SonaOne dan Amir Jahari.
Selain itu, seramai 21 selebriti dan pengiat seni tanahair terlibat dalam penyampaian anugerah (trofi) kemenangan kepada pemenang pada malam kemuncak FFM27.
Antara yang bakal menyampaikan anugerah, Christina Suzanne, Izzue Islam, Aziz M.Osman, Zizie Ezette, Syafie Naswip, Scha Alyahya, Syafiq Yusof, Nur Fazura, Eizlan Yusof dan Hans Isaac.
Selain itu, Raja Ema, Yusof Haslam, Yana Samsudin, Liyana Jasmay, Sharifah Amani, Vanidah Imran, Shaheizy Sam, Sofia Jane, Erma Fatima, Paduka Shuhaimi Baba dan Pansha.
Pengerusi Jawatankuasa Induk FFM27 merangkap Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Kamil Othman berkata, sebanyak 140 pencalonan merangkumi 24 kategori dipertandingkan pada tahun ini.
Karya-karya yang layak bertanding adalah filem-filem yang ditayangkan dari bulan Januari 2014 sehingga Disember 2014.
FFM27 kali ini bertemakan Sehati Sejiwa.
Filem "Lelaki Harapan Dunia" terbitan Everthings Film mendominasi pencalonan akhir Festival Filem Malaysia Ke-27 (FFM27) apabila menerima 13 pencalonan daripada 24 kategori.
Filem tersebut mendapatkan saingan daripada filem "Amir & Loqman Pergi Ke Laut", "Dollah Superstar", "Manisnya Cinta Di Cappadocia" dan "Terbaik Dari Langit".
Sementara itu, pemenang FFM27 tidak lagi diberi ganjaran dalam bentuk wang tunai sebaliknya digantikan menerusi rekaan baharu trofi yang terdapat satu kepingan emas 916.
SIARAN LANGSUNG & TERTUNDA
FFM27 akan disiarkan secara langsung melalui Astro Ria dan RiaHD pada pukul 9.00 malam, manakala RTM1 siaran tertunda.
LIEW SENG TAT (LELAKI HARAPAN DUNIA)
NIK AMIR MUSTAPHA (TERBAIK DARI LANGIT)
BERNARD CHAULY (MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA
MAMAT KHALID (AMIR & LOQMAN PERGI KE LAUT)
KABIR BHATIA (DOLLAH SUPERSTAR)
KATEGORI KEKAL 24 ANUGERAH POSTER DIMANSUHKAN
Nampaknya, tidak ada perubahan jumlah (bilangan) kategori yang dipertandingkan. Kalau FFM26 jumlahnya 24, FFM27 juga 24. Hanya satu saja berlaku penolakan dan penambahan yang saya anggap sebagai wajar dan tidak wajar.
Kategori ditolak; Poster Terbaik.
Kategori ditambah; Filem Animasi Bersiri Terbaik.
Sungguhpun kategori Poster Terbaik saya wujudkan dalam FFM9, namun saya bersetuju ditiadakan kerana ia terkeluar dari lengkongan filem seperti juga Kritikan Filem Terbaik, lebih-lebih lagi apabila poster "KIL" terpilih yang menampakkan kecincaian angguta panel juri. Tidak ada daya tarikan langsung, sepatutnya tidak boleh menang.
Filem Animasi Bersiri Terbaik, rasanya tidak perlu. Sudah ada Filem Cereka Animasi Terbaik, cukuplah satu tu. Kalau nak banyak, Kamil Othman bolehlah anjurkan Festival Filem Animasi Malaysia pula.
Ada 2 cara membolehkan seseorang pelakon itu memenangi anugerah Pelakon Lelaki/Wanita Terbaik. 1. Hero/heroine dan 2. Pelakon lelaki/wanita berperanan utama, best actor/actress in leading role.
Namun kebiasaannya, hero dan heroine berperanan utama. Jarang karekter sampingan memegang peranan utama, apatah lagi di Malaysia.
Ingin disentuh disini, kedudukan Sara Ali yang dicalonkan untuk anugerah Pelakon Wanita Terbaik kerana lakonannya dalam "Kami Histeria".
Dalam filem yang diarahkan oleh Shamyl Othman itu, karekter utama Cik Lang lakonan Fazura (Nur Fazura). Kenapa pula Sara Ali dicalonkan ke kategori tersebut?
Pada saya, setelah menonton "Kami Histeria" dan "Manisnya Cinta Di Cappacodia", tidak salah Fazura dicalonkan 2 kali untuk anugerah Pelakon Wanita Terbaik.
Sara Ali boleh dicalonkan untuk anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di tempat Fazura. Daripada dia dicalonkan ke kategori tersebut lebih baik Diana Danielle.
Mungkin angguta panel juri takut kena kritik. Tapi mereka tidak takutkah apabila mereka mencalonkan Syazwan Zulkifly dan Nasir Bilal Khan untuk anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik kerana filem "Laga".
Apakah sebegitu banyak filem ditayangkan sepanjang tahun 2014, tidak ada seorang pelakon lain yang layak selain dari mereka berdua? Kalau boleh elakkanlah 1 filem calon 2 pelakon, 2 filem 2 pelakon tidak mengapa.
FFM26 juga berlaku perkara yang sama, apabila kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerima pencalonan 2 pelakon daripada 1 filem - Syed Hussein dan Bront Palarae kerana filem "Psiko Pencuri Hati".
Sesuatu yang menarik apabila syarikat filem Primeworks Studios yang mendominasi calon anugerah Filem Terbaik tahun lalu, gagal berbuat demikian kali ini, tapi Astro Shaw pula ke depan dengan 3 filem.
"Manisnya Cinta Di Cappacodia" (berkerjasama dengan Global Station/Red Film), "Terbaik Dari Langit" (berkongsi dengan Playground Production) dan "Amir & Loqman Pergi Ke Laut". Dua lagi "Lelaki Harapan Dunia" (Everythings Film) dan "Dollah Superstar" (Filmscape).
Setelah sekian lama Yusof Haslam, Syamsul Yusof dan Skop Productions menguasai FFM serta banyak juga memenangi anugerah, tahun ini boleh dianggap tersingkir terus sekiranya tidak ada "Abang Long Fadil" yang dicalonkan untuk kesan khas atau special effect.
Dalam kategori pelakon, 3 dapat dikekalkan dalam FFM27 ini berbanding FFM26 - Faizal Hussein, Bront Palarae dan Lisa Surihani.
Bront Palarae dalam kategori Pelakon Lelaki, Lisa Surihani dalam kategori Pelakon Wanita dan Faizal Hussein diturunkan ke Pelakon Pembantu Lelaki.
Lisa Surihani pernah menang anugerah Plakon Wanita Terbaik FFM23 (2010) kerana "Lagenda Budak Setan" dan Faizal Hussein Pelakon Lelaki Terbaik dalam FFM25 (2013) kerana "Bunohan".
Dalam kategori Pengarah Terbaik, kalau dibandingkan FFM26, 3 kekal 2 keluar. Yang kekal Nik Amir Mustapha, Mamat Khalid dan Kabir Bhatia. Yang keluar Syamsul Yusof dan Ellie Suriaty. Yang masuk Liew Seng Tat dan Bernard Chauly.
Nik Amir Mustapha Pengarah Terbaik tahun lalu (kerana "KIL"), tahun ini kedudukannya dengan "Terbaik Dari Langit" agak goyang (dari sudut penilaian saya) apabila adanya Liew Seng Tat dengan "Lelaki Harapan Dunia"nya dan Bernard Chauly dengan "Manisnya Cinta Di Cappacodia"nya.
Sesuatu yang sangat ketara dalam FFM27 ini, tersingkirnya filem dan pelakon Tamil. Apakah Othman Hafsham sudah tidak terlibat lagi dengan angguta panel juri atau memang tidak ada yang terbaik untuk dicalonkan seperti dalam FFM26.
Tahun lalu ada juga 3 calon - "Dhusrajanam" (Filem Bukan Bahasa Melayu), Kalpana (Pelakon Wanita Terbaik, "Dhusrajanam") dan Anne James (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, "KIL").
Bagaimanapun anak Othman Hafsham, Shamyl Othman, mendapat tempat dihati angguta panel juri apabila dicalonkan merebut anugerah Pengarah Harapan kerana filem arahannya "Kami Histeria".
Satu sistem yang patut diteruskan, penilaian setiap filem pada setiap tahun. FFM27 menerima filem yang ditayangkan di panggung wayang (bukan yang sudah siap tapi belum ditayangkan) mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2014, genap setahun.
Untuk FFM28, filem-filem yang harus dinilai, mulai 1 Januari sampai 31 Disember 2015 dan begitulah seterusnya. Bulan September atau Oktober setiap tahun cukup baik diadakan FFM, tapi kalau boleh lebih awal lagi baik - Mac atau April.
Saya beberapa kali menyarankan supaya kategori pengarah/pelakon lelaki/pelakon wanita harapan dimansuhkan. Beri kuasa kepada angguta panel juri sama ada perlu diberi 3 anugerah tersebut atau pun tidak. Sebaiknya 1 pengarah 1 pelakon cukuplah, tak payahlah ditentukan lelaki wanitanya.
Kita sudah mencapai 27 kali FFM, perkara amateur serupa itu harus dihapuskan, angguta panel juri hendaklah bersifat profesional dan satu sistem kategori yang mantap mesti disusun dengan lebih kemas agar tidak bertukar berubah setiap tahun.
Contoh sudah banyak, paling afdal dan patut diikut penyampaian anugerah oscar di Hollywood. Sistem kategorinya tetap sama, itu-itu saja sejak sekian lama, kalau ada pun penolakan dan penambahan jarang dilakukan.
Juga, kalau boleh bajet penganjuran janganlah berjuta-juta ringgit, kalau boleh upacara penyampaian anugerah dibuat sekali saja, tidak payah 2 kali, balik seperti dipermulaan FFM anjuran Eja pada tahun 1980 dan 1981.
Buat secara sederhana, tumpukan hanya di Kuala Lumpur saja tidak payah ke negeri-negeri lain yang mana ini menyusahkan orang-orang filem untuk hadir dan dengan sendirinya pula tidak berlaku pembaziran wang ringgit rakyat.
Sudah lumrah, setiap kali FFM ada saja kontroversi bermula sejak FFM1, tiada kesudahannya. Rumah siap pahat masih berbunyi. Justeru itu, biarlah FFM27 mencatat sejarah, pahat tidak berbunyi walaupun rumah sudah siap.
Persoalannya, boleh ke?
HARAPAN LIEW SENG TAT MENANG ANUGERAH CERAH
Secara individu, Liew Seng Tat menerima calon terbanyak - 4 semuanya. Pengarah, lakon layar, cerita asal dan penyunting. Harapannya untuk memenangi setidak-tidaknya 2 anugerah dijangka menjadi kenyataan.
Mamat Khalid menerima 3 calon - pengarah, lakon layar dan cerita asal.
Lain-lain yang menerima calon lebih dari 1;
Fazura - 2 (Pelakon Wanita & Pelakon Pembantu Wanita)
Raykarl Iskandar - 2 (Pelakon Kanak-Kanak)
Dawn Cheong - 2 (Pelakon Wanita & Pelakon Harapan Wanita)
Too Wen Huei - 2 (Penataan Seni)
Menjadi tumpuan, Liew Seng Tat, Fazura dan Raykarl Iskandar.
AWIE (DOLLAH SUPERSTAR)
BRONT PALARAE (TERBAIK DARI LANGIT)
LEE SAI PENG (THE JOURNEY)
WAN HANAFI SU (LELAKI HARAPAN DUNIA)
QUE HAIDAR (OPHILIA)
FAZURA (MANISNYA CINTA DI CAPPACODIA)
LISA SURIHANI (DENDAM ORANG MATI)
MAYA KARIN (SEJOLI)
SARA ALI (KAMI HISTERIA)
DAWN CHEONG (CUAK)
Mana orang-orang filem? Yang kelihatan Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi & Multimedia dan Kamil Othman, Ketua Pengarah Finas. Dua lagi, kiri dan kanan, mungkin ramai yang tidak kenal. Alangkah cantiknya kalau ada Yusof Haslam dan Rosnani bersama.
Festival Filem dimana-mana negara sekali pun untuk orang-orang filem. Ertinya glamor (bintang-bintang berkelip-kelipan), dan orang-orang lain terutamanya orang-orang politik (tidak glamor) janganlah mahu glamor sama.
Sejak FFM diambilalih oleh Finas, penglibatan orang-orang politik begitu ketara sekali. Malah ada ketikanya, mereka lebih ramai berbanding orang-orang filem sampaikan hilang glamornya, bintang-bintang tidak berkelip-kelipan.
Kalangan menteri, pengerusi dan ketua pengarah juga staf Finas janganlah menyibuk, biarkan orang-orang filem mengendalikan sendiri. Perhatikan saja (berada behind the scene) dan beri bantuan (mengikut apa yang telah ditetapkan) sebagai satu tanggungjawab.
Zaman Rais Yatim, penyampaian anugerah FFM sering tergendala kerana terpaksa menunggu bila masa dia free. Sudahlah begitu isterinya, Masnah (turut sama naik ke pentas), lebih glamor berbanding orang-orang filem. Ini berlaku, bukan sekali dua, tapi setiap kali FFM diadakan dibawah kawalannya.
Upacara perasmian pun begitu, tidak nampak orang-orang filem naik ke pentas merasmikan FFM. Balik-balik menteri, pengerusi dan ketua pengarah Finas saja. Sebaik-baiknya (sebagai contoh, tidak semestinya mereka) Yusof Haslam, Rosnani, Rahim Razali atau pun Maria Menado (yang dikenali ramai dan glamor) mengiringi menteri yang bertanggungjawab.
Perubahan harus dilakukan dalam FFM kali ini, tidak dimonopoli oleh orang-orang bukan glamor. Cukup sekadar Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Salleh Said Keruak, naik ke pentas dan diiringi orang-orang filem. Bukankah ini lebih menarik, lebih glamor.
Dalam hal penyampaian anugerah pula, orang-orang bukan glamor (politik) dikhususkan satu saja jangan lebih, Filem Terbaik. Pengerusi atau Ketua Pengarah Finas bolehlah naik ke pentas bersama Menteri. Lain-lain anugerah, biarkan orang-orang filem sendiri uruskan dan sampaikan.
Dengan cara begini, barulah bintang-bintang berkelip-kelipan disinari oleh orang-orang filem yang popular dan diminati ramai. Orang ramai (peminat filem) mahu melihat artis-artis kesayangan mereka bukannya orang-orang lain terutama orang-orang politik dan orang-orang penaja.
Hollywood, Bollywood, Hong Kong dan lain-lain festival filem seluruh dunia, semuanya orang-orang filem mengendalikannya. Penglibatan orang-orang politik dan orang-orang penaja tidak menonjol, mereka cuma sebagai pemerhati dan pemberi bantuan saja. Malah menteri pun tidak kelihatan. Kita di Malaysia, lain dari yang lain.
FIZZ FAIRUZ (DOLLAH SUPERSTAR)
SYAZWAN ZULKIFLY (LAGA)
NASIR BILAL KHAN (LAGA)
FAIZAL HUSSEIN (MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA)
AMIRUL AFENDI (TERBAIK DARI LANGIT)
Fauzi Ayob menunjukkan trofi FFM-27 yang bakal diterima oleh semua pemenang. Kemana perginya orang-orang filem? Alangkah cantiknya sekiranya yang pegang trofi tu Awie dan Fazura.
TAHNIAH FINAS KERANA TIADAKAN WANG RINGGIT
Perkara ini sudah saya suarakan, sejak sekian lama. Akhirnya Finas berbuat demikian dan saya ucapkan tahniah terutama kepada Ketua Pengarahnya, Kamil Othman.
FFM1 dan FFM2 anjuran Eja tidak ada wang ringgit, hanya trofi saja. Ia bermula apabila Finas dan Gafim mengambilalih sebagai penganjur. Zaman Zain Haji Hamzah sebagai Ketua Pengarahnya, kemudian diikuti Shariff Ahmad dan seterusnya.
Industri kreatif seperti filem, bukan boleh dinilai dengan wang ringgit. Pemberian trofi saja sudah cukup bermakna bagi mereka yang benar-benar hidup matinya kerana filem, orang filem yang benar-benar tulin.
Yang bising nanti, mereka yang terlibat, mengharapkan keuntungan diri dan pastinya trofi tidak bererti buat mereka. Orang-orang filem macam ini, tidak diperlukan untuk mengharungi perfileman tanahair, menyemak saja.
Festival-festival luar negara (disebut sebagai contoh) Oscar Academy Awards dan Cannes Film Festival, tidak pun menyalurkan wang ringgit kepada pemenang, padahal mereka boleh bagi berjuta-juta ringgit. Perkara ini berlaku hanya di Malaysia saja.
Dengan tiadanya wang ringgit, boleh juga mengelakkan lobi melobi yang mana ini sering terjadi dalam FFM yang lalu, wang ringgit membuatkan mereka berantakan sesama sendiri.
Lihatlah apa yang berlaku dalam FFM26, kebanyakan calon adalah terhasil daripada lobi melobi, ini bukan fitnah tapi fakta, hakikat yang perlu diakui terutama angguta panel juri.
Namun begitu (setelah difikirkan balik), wang ringgit perlu juga mengiringi trofi untuk Filem Terbaik. Tidak payah banyak sekadar RM30,000.00 atau RM40,000.00 cukuplah. Ini sebagai perangsang kepada setiap syarikat filem menghasilkan filem dengan lebih baik lagi.
Supaya Finas tidak payah mengeluarkan wang ringgit itu, carilah penaja. Tentu ramai yang mahu sama ada syarikat perniagaan atau pun individu yang kaya raya.
Satu perkara yang perlu dilakukan oleh Finas sebagai penganjur, pastikan trofi tidak ditukar ganti setiap kali FFM. Kekalkan supaya ada identitinya tersendiri seperti mana anugerah Oscar dan Cannes.
Kalau boleh Finas wujudkan aktanya, supaya ia tidak boleh ditukarubah dengan apa cara sekali pun, kecuali sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan.
Begitu pun juga, keadaan trofi mestilah kuat dan unggul bukan sekadar dari segi bentuk dan rupa (buatan) tapi juga lambang (ikon) yang sudah semestinya menggambaran kemajuan filem Malaysia.
Satu AJK penilai (sebaiknya orang-orang filem) perlu ada untuk menilai. Kalau tidak, akan dipenuhi pula dengan hal-hal Finas atau pun mengenai Kementerian Komunikasi Dan Multimedia saja, filem yang sepatutnya ditonjolkan hilang entah kemana.
Sementara itu, Pengarah FFM27, Fauzi Ayob berkata, pemenang-pemenang anugerah FFM27 tidak lagi diberi ganjaran dalam bentuk wang ringgit sebaliknya trofi yang disaluti dengan kepingan emas.
Tambahnya, pihak penganjur yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Finas, Kamil Othman, memutuskan pemberian trofi berkenaan menjadi lebih bernilai untuk penggiat seni filem berbanding wang ringgit.
"Kami mahu orang-orang filem lebih menghargai anugerah tersebut apabila pada bahagian bentuknya disalutkan dengan emas jenis 916, dan meletakkan segala nilai pada trofi tersebut.”
"Kita tidak mahu sesuatu penghargaan itu dengan wang ringgit tapi kita mahu dalam bentuk lain yang lebih tinggi nilainya. Dengan cara ini kita dapat melihat setiap pemenang akan merasai diri mereka lebih dihargai."
Katanya lagi, rekaan trofi kali ini lebih ringan yang antara lain menggambarkan kesatuan dalam perfileman Malaysia.
AYU RAUDHAH (LAGENDA BUDAK SETAN 3)
EJA (MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA)
NADIYA NISAA (TERBAIK DARI LANGIT)
FAZURA (KAMI HISTERIA)
SENARAI PENUH CALON ANUGERAH
FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-27 (FFM27)
1. FILEM TERBAIK
Amir & Loqman Pergi Ke Laut (Astro Shaw)
Dollah Superstar (Filmscape)
Lelaki Harapan Dunia (Everythings Film)
Manisnya Cinta Di Cappadocia (Astro Shaw/Global Station/Red Film)
Terbaik Dari Langit (Astro Shaw/Playground Production)
2. PENGARAH TERBAIK
Kabir Bhatia (Dollah Superstar)
Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia)
Bernard Chauly (Manisnya Cinta Di Cappadocia)
Nik Amir Mustapha (Terbaik Dari Langit)
Mamat Khalid (Amir & Loqman Pergi Ke Laut)
3. PELAKON LELAKI TERBAIK
Lee Sai Peng (The Journey)
Wan Hanafi Su (Lelaki Harapan Dunia)
Awie (Dollah Superstar)
Bront Palarae (Terbaik Dari Langit)
Que Haidar (Ophilia)
4. PELAKON WANITA TERBAIK
Dawn Cheong (Cuak)
Sara Ali (Kami Histeria)
Maya Karin (Sejoli)
Lisa Surihani (Dendam Orang Mati)
Fazura (Manisnya Cinta Di Cappadocia)
5. PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
Fizz Fairuz (Dollah Superstar)
Amirul Afendi (Terbaik Dari Langit)
Syazwan Zulkifly (Laga)
Nasir Bilal Khan (Laga)
Faizal Hussein (Manisnya Cinta Di Cappadocia)
6. PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
Izara Aisyah (Sejoli)
Fazura (Kami Histeria)
Eja (Manisnya Cinta Di Cappadocia)
Ayu Raudhah (Lagenda Budak Setan 3)
Nadiya Nisaa (Terbaik Dari Langit)
7. SINEMATOGRAFI TERBAIK
Amir & Loqman Pergi Ke Laut (Tan Teck Zee)
Terbaik Dari Langit (Jordan Chiam)
Manisnya Cinta Di Cappadocia (Haris Hue)
Lelaki Harapan Dunia (Teoh Gay Hian)
The Journey (Eric Yong)
8. PENYUNTING TERBAIK
Adilan Azemi (Dollah Superstar)
Erik Moh (The Cage)
Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia)
Rewan Ishak (Terbaik Dari Langit)
Nazim Shah (Amir & Loqman Pergi Ke Laut)
9. LAKON LAYAR TERBAIK
Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia)
Rafidah Abdullah (Manisnya Cinta Di Cappadocia)
Alfie Palermo/Kabir Bhatia (Dollah Superstar)
Redza Minhat (Terbaik Dari Langit)

10. CERITA ASAL TERBAIK
Mamat Khalid (Amir & Loqman Pergi ke Laut)
Liew Seng Tat (Lelaki Harapan Dunia)
Chiu Keng Guan (The Journey)
Redza Minhat/Tuan Faisal Azmi Tuan Kob/Nik Amir Mustapha
(Terbaik Dari Langit)
Amrul Hadi/Kabir Bhatia (Dollah Superstar)
11. PENATAAN SENI TERBAIK
Lelaki Harapan Dunia (Tunku Mohd. Taufek)
The Great Lion (Too Wen Huei)
Hungry Ghost Ritual (Too Wen Huei)
Apokalips X
(Rosli Mahmud/Anuar John Paharuddin/Pathullah Luqman)
The Journey (Soon Yong Chow)
12. PENATAAN BUNYI TERBAIK
Digital Orange (Kami Histeria)
Winston Pool (Hungry Ghost Ritual)
Imaginax Studios (Lelaki Harapan Dunia)
Adzrey Abdul Kamal (Amir & Loqman Pergi Ke Laut)
Ilya Syazran Lukman (Dendam Orang Mati)
13. PEREKA KOSTUM/BUSANA TERBAIK
Roshada Abdul Hamid (Apokalips X)
Tunku Mohd. Taufek/Tunku Tommy Mansur
(Lelaki Harapan Dunia)
Jessie Yeow/Fiza Yusof (Kami Histeria)
Daniel Henry Chin (Manisnya Cinta Di Cappadocia)
Elaine Ng/Wing Shum (Hungry Ghost Ritual)
14. KESAN KHAS TERBAIK
Zabil Zamanhuri (Terbaik Dari Langit)
Bruce Lee Yong Leong (Kami Histeria)
Merege Works (Sevent)
Weng Meng Hee (Hungry Ghost Ritual)
Viper Studios (Abang Long Fadil)
15. SKOR MUZIK ASAL TERBAIK
Pita Hati (Terbaik Dari Langit)
Imaginax Studios (Lelaki Harapan Dunia)
Ooi Su Lyn/Teoh Eng Hooi (Manisnya Cinta Di Cappadocia)
Alex San Wai Lik (The Journey)
Imaginax Studios (Amir & Loqman Pergi Ke Laut)
16. LAGU TEMA ASAL TERBAIK
“Pacai”/Syed Ahmad Faizal (Dollah Superstar)
“Sahabat”/Pita Hati (Terbaik Dari Langit)
“Sampai Bila”/DJ Fuzz (Amir & Loqman Pergi Ke Laut)
“Lautan”/Yuna (Lagenda Budak Setan 3)
“Kami Histeria”/Monoloque (Kami Histeria)
17. PENGARAH HARAPAN
Gavin Yap (Take Me To Dinner)
Shamyl Othman (Kami Histeria)
Raja Mukhriz (Ophilia)
Felix Tan & Kethsvin Chee (The Cage)
Razaisyam Rashid (CEO)
18. PELAKON HARAPAN LELAKI
Ghafir Akbar (Cuak)
Azwan Kombos (Nasi Tangas)
Kodi Rasheed (Ophilia)
Anas Ridzuan (CEO)
Fadlan Hazim (Sniper)
19. PELAKON HARAPAN WANITA
Dawn Cheong (Cuak)
Adiba Yunus (Nasi Tangas)
Aisya Hasnaa (Dollah Superstar)
Nad Zainal (Kami Histeria)
Izara Aisyah (Sejoli)
20. FILEM PENDEK TERBAIK
Kelambu (Salem Muhammad)
Xing (Seeing Eye Film)
Hajat (Ng Ken Kin)
Salvaj (Cho We Jun)
Leleh (Fadhlan Khair Fawazul Khair)
21. FILEM CEREKA ANIMASI TERBAIK
Super Squad (Netcarbon)
Ribbit (KRU International)
22. FILEM ANIMASI BERSIRI TERBAIK
Dadudido (Les' Capaque Production)
The Amazing Awang Khenit (Sead Studios)
Chuck Chicken (Animasia Studio)
Rimba Racer (Glue Studio)
Puteri (Les' Capaque Production)
RAYKARL ISKANDAR & MIA SARA NASUHA
23. PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK
Raykarl Iskandar (Lelaki Harapan Dunia)
Eunos Madeonus (Dendam Orang Mati)
Muhammad Farhan (Lelaki Harapan Dunia)
Mia Sara Nasuha (Lagenda Budak Setan 3)
Raykarl Iskandar (Manisnya Cinta di Cappadocia)
24. FILEM BUKAN BAHASA MELAYU TERBAIK
Take Me To Dinner (Superbear Productions/BWC Pictures)
The Cage (Dreamteam Studio)
The Great Lion (Asia Tropical)
The Journey (Astro Shaw)
Cuak (Garang Picture)
FADLAN HAZIM - Pelakon Harapan Lelaki (Sniper)
ADIBAH YUNUS - Pelakon Harapan Wanita (Nasi Tangas)
RAJA MUKHRIZ - Pengarah Harapan (Ophilia)
RAFIDAH ABDULLAH - Lakon Layar (Manisnya Cinta Di Cappacodia)
REDZA MINHAT - Lakon Layar (Terbaik Dari Langit)
JUMLAH CALON DITERIMA CALON FILEM TERBAIK
# 1. LELAKI HARAPAN DUNIA (13)
1. Filem (Everythings Film)
2. Pengarah (Liew Seng Tat)
3. Pelakon Lelaki (Wan Hanafi Su)
4. Lakon Layar (Liew Seng Tat)
5. Cerita Asal (Liew Seng Tat)
6. Penyunting (Liew Seng Tat)
7. Sinematografi (Gay Hian Teoh)
8. Penataan Seni (Tunku Mohd. Taufek)
9. Pereka Kostum/Busana
(Tunku Mohd. Taufek/Tunku Tommy Mansur)
10. Penataan Bunyi (Imaginax Studios)
11. Pelakon Kanak-Kanak (Raykarl Iskandar)
12. Pelakon Kanak-Kanak (Muhammad Farhan)
13. Skor Musik Asal (Imaginax Studios)
# 2. TERBAIK DARI LANGIT (12)
1. Filem (Astro Shaw/Playground Production)
2. Pengarah (Nik Amir Mustapha)
3. Pelakon Lelaki (Bront Palarae)
4. Pelakon Pembantu Lelaki (Amirul Afendi)
5. Pelakon Pembantu Wanita (Nadiya Nisaa)
6. Lakon Layar (Redza Minhat)
7. Cerita Asal Terbaik
(Redza Minhat/Tuan Faisal Azmi Tuan Kob/Nik Amir Mustapha)
8. Penyunting (Rewan Ishak)
9. Sinematografi (Jordan Chiam)
10. Pereka Kostum/Busana (Tunku Mohd. Taufek)
11. Kesan Bunyi (Nabil Zamanhuri)
12. Skor Musik Asal (Pita Hati)
# 3. MANISNYA CINTA DI CAPPACODIA (10)
1. Filem (Astro Shaw/Global Station/Red Film)
2. Pengarah (Bernard Chauly)
3. Pelakon Wanita (Fazura)
4. Pelakon Pembantu Lelaki (Faizal Hussein)
5. Pelakon Pembantu Wanita (Eja)
6. Lakon Layar (Rafidah Abdullah)
7. Sinematografi (Haris Hue)
8. Pereka Kostum/Busana (Daniel Henry Chin)
9. Pelakon Kanak-Kanak (Rykarl Iskandar)
10. Skor Musik Asal (Ooi Su Lyn/Teoh Eng Hooi)
# 4. AMIR & LOQMAN PERGI KE LAUT (9)
1. Filem (Astro Shaw)
2. Pengarah (Mamat Khalid)
3. Lakon Layar (Mamat Khalid)
4. Cerita Asal (Mamat Khalid)
5. Penyunting (Nazim Shah)
6. Sinematografi (Tan Tek Zee)
7. Penataan Bunyi (Adzrey Abdul Kamal)
8. Skor Musik Asal (Imaginax Studios)
9. Lagu Tema Asal ("Sampai Bila"/DJ Fuzz)
# 5. DOLLAH SUPERSTAR (9)
1. Filem (Filmscape)
2. Pengarah (Kabir Bhatia)
3. Pelakon Lelaki (Awie)
4. Pelakon Pembantu Lelaki (Fizz Fairuz)
5. Lakon layar (Alfie Palermo/Kabir Bhatia)
6. Cerita Asal (Amirul Hadi/Kabir Bhatia)
7. Pelakon Harapan Wanita (Aisya Hasnaa)
8. Penyunting (Adilan Azemi)
9. Lagu Tema Asal ("Pacai"/Syed Ahmad Faizal)
# Update akan dilakukan dari masa ke masa.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___
FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?
SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem
A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati
R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian
AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni
LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu
SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?
KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI
Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.
ALBUM (LP) LAGU-LAGU FILEM UNTUK DIJUAL___
RM250.00
RM250.00
RM250.00
RM250.00
RM250.00
RM250.00
# Sesiapa berminat memiliki album-album di atas, sila hubungi
Zaini Yusop menggunakan nombor telefon 012-3408117.