"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Wednesday, January 25, 2017


CALON THE OSCARS 2017


Teks: Mustafar A.R. Aida Zailina & Zaini Yusop
Foto: Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



Pengacara Jimmy Kimmel & Dobly Theatre.

Calon The Oscars 2017 (Sumber: ABC News)




1. Arrival (Sumber: Movieclips Trailers)


2. Fences (Sumber: Zero Media)


3. Moonlight (Sumber: A24)


4. Manchester By The Sea (Sumber: StudiocanalUK)


5. La La Land (Sumber: La La Land)


6. Hidden Figure (Sumber: Zero Media)


7. Lion (Sumber: Kinocheck International)


8. Hacksaw Ridge (Sumber: FilmTrailerZone)


9. Hell Or High Water (Sumber: CBS Films)



"LA LA LAND" TERIMA 14 CALON
Oleh Mustafar A.R.

Anugerah The Oscars direbut lagi. Kali ini yang ke-89, sejak pertama kali diadakan pada 16 Mei, 1929 di Hollywood Roosevelt Hotel, Los Angeles.

Ada 24 kategori, apabila calon diumumkan pada 24 Januari, 2017, jelas dan nyata "La La Land" paling ke depan dengan 14 calon. Ia menyamai calon diperolehi "Titatic" (1997) dan "All About Eve"
pada 1950.

"Arrival" dan "Moonlight" ditempat kedua, 8 calon; disusuli "Lion", "Manchester By The Sea" dan "Hacksaw Ridge", 6.

Di penyampaian Anugerah Golden Globe baru lalu, "La La Land" menang Filem Terbaik disamping Seniman Peranan Utama Terbaik, Ryan Gosling, dan Seniwati Peranan Utama Terbaik, Emma Stone.

Paling menarik, 8 (seniman, seniwati, pengarah dan sinematografer) kulit hitam terima calon - Denzel Washington, Ruth Negga, Mahershala Ali, Viola Davis, Naomie Harris, Octavia Spencer, Barry Jenkins dan Bradford Young.

Manakala 3 filem mengenai kulit hitam terima calon Filem Terbaik - “Moonlight,” “Fences” dan “Hidden Figures”.

"Moonlight" terima 8 calon, "Fences", 4 dan "Hidden Figures", 3.

Ini pertama kali dalam sejarah Anugerah The Oscars, kejayaan besar kulit hitam berlaku, sebelum ini tidak pernah terjadi.

9 filem terima calon Filem Terbaik - “Arrival,” “Hell Or High Water,” “Lion,” “Manchester By The Sea,” “Hacksaw Ridge,” "La La Land," "Moonlight," "Fences" dan "Hidden Figures".

Amy Adams, diramal terima calon Seniwati Peranan Utama Terbaik kerana "Arrival", gagal. Begitu juga Hugh Grant yang membintangi "Florence Foster Jenkins."

Mel Gibson, terima calon Pengarah Terbaik kerana "Hacksaw Ridge", dianggap mengejutkan. Ini menolak ramalan awal yang Martin Scorsese terima calon, "Silence," dan Garth Davis, "Lion."








Kini diterbitkan sebulan sekali tidak dua minggu sekali.

Dalam proses penyelenggaraan.

Dalam proses penyelenggaraan.



12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 25 JANUARI, 2017)
PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 168,253
SEKSI SELEBRITI INDONESIA 166,635
SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 160,701
SELAMAT PENGANTIN BARU 67,157
FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 28,477







Denis Villeneuve (Arrival)

Kenneth Lonergan (Manchester By The Sea)

Damien Chazelle (La La Land)

Barry Jenkins (Moonlight)

Mel Gibson (Hacksaw Ridge)






Denzel Washington (Fences)

Casey Affleck (Manchester By The Sea)

Viggo Mortensen (Captain Fantastic)

Ryan Gosling (La La Land)

Andrew Garfield (Hacksaw Ridge)






Isabelle Huppert (Elle)

Natalie Portman (Jackie)

Meryl Streep (Florence Foster Jenkins)

Ruth Negga (Loving)

Emma Stone (La La Land)







Toni Erdmann (Germany)

Salesman (Iran)

Tanna (Australia)

A Man Called Ove (Sweden)

Land Of Mine (Denmark)

Statistik (terbaik dan teratas) dari 1948 hingga 2015.

FILEM IRAN TERIMA CALON SEKALI LAGI
Oleh Aida Zailina

Filem Iran, "Salesman", termasuk dalam senarai 5 filem merebut Anugerah The Oscars 2017, Filem Bahasa Asing Terbaik 2017. Ini kali ketiga Iran berjaya ke senarai 5, sejak mula disertainya pada 1977 dengan "The Cycle", selepas "Children Of Heaven" (1998) dan
"A Separation" pada 2011.

"A Separation" yang diarahkan Asghar Farhadi menang Oscar apabila mengalahkan "Bullhead" (Belgium), "Footnote" (Israel), "In Darkness" (Poland) dan "Monsieur Lazhar" (Canada).

"Children Of Heaven" tewas kepada "Life Is Beautiful" (Italy) yang menang Oscar dan diarahkan Roberto Benigni. Turut bersaing "Central Station" (Brazil), "The Grandfather" (Spain)
dan "Tango" (Argentina).

Soalannya, berjayakah Iran kali ini?

Dua negara teratas, Itali (menang Oscar 13 kali) dan France (12), gagal dalam pemilihan 5, dan dijangka "Salesman" menghadapi jalan sukar apabila terpaksa bersaing dengan "Toni Erdmann" dari German, bercorak drama-komedi diarahkan Maren Ade.

Sejak 1956, German menang 3 Oscar - "The Tin Drum" (1979), "Nowhere in Africa" (2002) dan "The Lives of Others" (2006).

Sweden dengan "A Man Called Ove" tidak kurang hebatnya. Ia mula rebut Oscar pada 1956 dan sejak itu menang 3 - "The Virgin Spring" (1960), "Through A Glass Darkly" (1961) dan "Fanny And Alexander".

Denmark yang diterima calonnya, "Land Of Mine", menyertai rebut Oscar pada 1956 juga menang 3 - "Babette's Feast" (1987),
"Pelle The Conqueror" (1988) dan "In A Better World" (2010).

Australia dengan "Tanna", ini julung-julung kali dipilih ke senarai 5 filem. Mula menyertai pada 1995, hanya pernah sekali masuk
ke pemilihan kedua pada 2009 dengan "Samson And Delilah" yang diarahkan Warwick Thornton.





Meryl Streep

Florence Foster Jenkins & Meryl Streep

Meryl Streep & Hugh Grant





BOLEHKAH MERYL STREEP MENANG OSCAR?
Oleh Zaini Yusop

Bolehkah Meryl Streep rebut Anugerah Oscar Seniwati Peranan Utama Terbaik?

Mungkin boleh, mungkin tidak.

Sepanjang kerjaya filemnya merebut Oscar sejak 1979, dengan "The Deer Hunter, Meryl terima calon 19 kali. Antaranya menang 3 - "Kramer Vs Kramer" (1980), "Sophie's Choice" (1983) dan "The Iron Lady", membawa karekter bekas Perdana Menteri British, Margaret Thatcher, pada 2012.

Pada keseluruhannya, Meryl terima 409 calon dari pelbagai penyampaian Anugerah, antaranya 157 menang.

Oscar 2014, Meryl dicalonkan kerana "August: Osage County", tetapi tewas kepada "Cate Blanchett" (Blue Jasmine). Oscar 2015 juga dicalonkan kerana "Into The Woods", gagal lagi kali ini kepada Patricia Arquette (Boyhood).

Oscar 2017, peranan yang dibawanya sebagai penyanyi opera terkenal, Florence Foster Jenkins. Diarahkan Stephen Frears, turut berlakon Hugh Grant dan Simon Helberg.

Saingan Meryl paling ke depan, Isabelle Huppert kerana "Elle" dan Natalie Portman, "Jackie".

Isabelle banyak menang Anugerah tetapi bukan Oscar. Kejayaannya merebut Anugerah Golden Globe 2017 (Seniwati Peranan Utama Terbaik, Filem-Drama), memperlihatkan kedudukan Meryl masih tidak selamat.

Natalie, membawa karekter bekas wanita pertama USA, Jackie Kennedy, dalam "Jackie", boleh juga menggugat kedudukan Meryl. Pada 2011, dia menang Oscar Seniwati Peranan Utama Terbaik dalam "Black Swan."

Saingannya yang lain, Emma Stone (La La Land) dan Ruth Negga (Loving), juga tidak boleh diperkecilkan terutama Emma yang menang Anugerah Golden Globe 2017, Seniwati Peranan Utama Terbaik, Musikal-Komedi.






Mahershala Ali (Moonlight)

Michael Shannon (Nocturnal Animals)

Dev Patel (Lion)

Jeff Bridges (Hell Or High Water)

Lucas Hedges (Manchester By The Sea)






Michelle Williams (Manchester By The Sea)

Naomie Harris (Moonlight)

Octavia Spencer (Hidden Figures)

Viola Davis (Fences)

Nicole Kidman (Lion)



ACADEMY HONORARY AWARDS
(ANUGERAH KEHORMAT AKADEMI)

Jackie Chan & Anne V.Coates

Lynn Stalmaster & Frederick Wiseman

JACKIE CHAN
(Artis mempertahankan diri Hong Kong, seniman,
pengarah, produser dan penyanyi)
ANNE V.COATES (Penyunting filem)
LYNN STALMASTER (Pengarah casting)
FREDERICK WISEMAN
(Pembikin filem, pendokumentari dan pengarah teater)



SENARAI CALON THE OSCARS 2017

# 1. FILEM TERBAIK
(Best Picture)
1. “Moonlight” (A24)
- Dede Gardner/Jeremy Kleiner/Adele Romanski
2. “La La Land” (SUMMIT ENTERTAINMENT)
- Fred Berger/Gary Gilbert/Jordan Horowitz/Marc Platt
3. “Manchester By The Sea”
(ROADSIDE ATTRACTIONS/AMAZON STUDIOS)
- Lauren Beck/Matt Damon/Chris Moore/Kimberly
Steward/Kevin J.Walsh
4. “Arrival” (PARAMOUNT PICTURES)
- Dan Levine/Shawn Levy/David Linde/Karen Lunder/Aaron Ryder
5. “Lion” (THE WEINSTEIN COMPANY)
- Iain Canning/Angie Fielder/Emile Sherman
6. “Hacksaw Ridge” (LIONSGATE)
- Terry Benedict/Paul Currie/Bruce Davey/William D.Johnson/Bill Mechanic/Brian Oliver/David Permut/Tyler Thompson
7. “Hell Or High Water” (CBS FILMS)
- Sidney Kimmel/Peter Berg/Carla Hacken/Julie Yorn/Gigi Pritzker/Rachel Shane
8. “Hidden Figures” (20TH CENTURY FOX)
- Peter Chernin/Donna Gigliotti/Theodore Melfi/Jenno Topping/Pharrell Williams
9. "Fences" (PARAMOUNT PICTURES)
- Scott Rudin/Denzel Washington/Todd Black.

# 2. PENGARAH TERBAIK
(Best Director)
Damien Chazelle – “La La Land“
Barry Jenkins – “Moonlight“
Kenneth Lonergan – “Manchester By The Sea“
Denis Villeneuve – “Arrival“
Mel Gibson - "Hacksaw Ridge"

# 3. SENIMAN PERANAN UTAMA TERBAIK
(Best An Actor In Leading Role)
Casey Affleck – “Manchester By The Sea“
Denzel Washington – “Fences“
Ryan Gosling – “La La Land“
Andrew Garfield – “Hacksaw Ridge“
Viggo Mortensen – “Captain Fantastic“

# 4. SENIWATI PERANAN UTAMA TERBAIK
(Best An Actress In Leading Role)
Ruth Negga - "Loving"
Emma Stone – “La La Land“
Natalie Portman – “Jackie“
Meryl Streep – “Florence Foster Jenkins“
Isabelle Huppert - Elle

# 5. SENIMAN PERANAN PEMBANTU TERBAIK
(Best An Actor In Supporting Role)
Mahershala Ali – “Moonlight“
Lucas Hedges - "Manchester By The Sea"
Jeff Bridges – “Hell Or High Water“
Dev Patel – “Lion“
Michael Shannon - "Nocturnal Animals"

# 6. SENIWATI PERANAN PEMBANTU TERBAIK
(Best An Actress In Supporting Role)
Viola Davis – “Fences“
Michelle Williams – “Manchester By The Sea“
Nicole Kidman – “Lion“
Naomie Harris – “Moonlight“
Octavia Spencer – “Hidden Figures“

# 7. LAKONLAYAR ORIGINAL TERBAIK
(Best Original Screeplay)
Hell Or High Water - Taylor Sheridan
La La Land - Damien Chazelle
The Lobster - Yorgos Lanthimos/Efthimis Filippou
Manchester By The Sea - Kenneth Lonergan
20th Century Women - Mike Mills

# 8. LAKONLAYAR ADAPTASI TERBAIK
(Best Adapted Screenplay)
Arrival - Eric Heisserer
Fences - August Wilson
Hidden Figures - Allison Schroeder/Theodore Melfi
Lion - Luke Davies
Moonlight - Barry Jenkins/Tarell Alvin McCraney

# 9. SUNTINGAN FILEM TERBAIK
(Best Film Editing)
Arrival - Joe Walker
Hacksaw Ridge - John Gilbert
Hell Or High Water - Jake Roberts
La La Land - Tom Cross
Moonlight - Nat Sanders/Joi McMillon

# 10. SINEMATOGRAFI TERBAIK
(Best Cinematography)
Arrival - Bradford Young
La La Land - Linus Sandgren
Lion - Greig Fraser
Moonlight - James Laxton
Silence - Rodrigo Prieto

# 11. FILEM BAHASA ASING TERBAIK
(Best Foreign Language Film)
Australia – Tanna
Denmark – Land of Mine
Germany – Toni Erdmann
Iran – The Salesman
Sweden – A Man Called Ove


Nocturnal Animals (Michael Shannon)

Bradford Young (Arrival) - Sinematography Terbaik

Tom Cross (La La Land) - Suntingan Filem Terbaik

Captain Fantastic (Viggo Mortensen)

# 12. REKAAN PRODUKSI TERBAIK
(Best Production Design)
Arrival
- Patrice Vermette/Paul Hotte
Fantastic Beasts And Where To Find Them
- Stuart Craig/Anna Pinnock
Hail, Caesar!
- Jess Gonchor/Nancy Haigh
La La Land
- Davis Wasco/Sandy Reynolds-Wasco
Passengers
- Guy Hendrix Dyas/Gene Serdena

# 13. REKAAN KOSTUM TERBAIK
(Best Costume Design)
Allied
- Joanna Johnston
Fantastic Beasts and Where To Find Them
- Colleen Atwood
Florence Foster Jenkins
- Consolata Boyle
Jackie
- Madeline Fontaine
La La Land
- Mary Zophres

# 14. ADUNAN SUARA TERBAIK
(Best Sound Mixing)
Arrival
- Bernard Gariépy Strobl/Claude La Haye
Hacksaw Ridge
- Kevin O’Connell/Andy Wright/Robert Mackenzie/Peter Grace
La La Land
- Andy Nelson/Ai-Ling Lee/Steve A.Morrow
Rogue One: A Star Wars Story
- David Parker/Christopher Scarabosio/Stuart Wilson
13 Hours: The Secret Soldiers of Benghazi
- Greg P.Russell/Gary Summers/Jeffrey J.Haboush/Mac Ruth

# 15. SUNTINGAN SUARA TERBAIK
(Best Sound Editing)
Arrival
- Sylvain Bellemare
Deepwater Horizon
- Wylie Stateman/Renée Tondelli
Hacksaw Ridge
- Robert Mackenzie/Andy Wright
La La Land
- Ai-Ling Lee/Mildred Iatrou Morgan
Sully
- Alan Robert Murray/Bub Asman

# 16. VISUAL EFEK TERBAIK
(Best Visual Effects)
Deepwater Horizon
- Craig Hammack/Jason Snell/Justin Billington/Burt Dalton
Doctor Strange
- Stephane Ceretti/Richard Bluff/Vincent Cirelli/Paul Corbould
The Jungle Book
- Robert Legato/Adam Valdez/Andrew R.Jones/Dan Lemmon
Kubo And The Two Strings
- Steve Emerson/Oliver Jones/Brian McLean/ Brad Schiff
Rogue One: A Star Wars Story
- John Knoll/Mohen Leo/Hal Hickel/Neil Corbould

# 17. LAGU ORIGINAL TERBAIK
(Best Original Song)
“Audition (The Fools who Dream),” (La La Land)
- music: Justin Hurwitz, lyric: Benj Pasek/Justin Paul
“Can’t Stop the Feeling,” (Trolls)
- music/lyric: Justin Timberlake/Max Martin/Karl Johan Schuster
“City of Stars,” (La La Land)
- music: Justin Hurwitz, lyric: Benj Pasek/Justin Paul
“The Empty Chair,” (Jim: The James Foley Story)
- music/lyric: J.Ralph/Sting
“How Far I’ll Go,” (Moana)
- music/lyric: Lin-Manuel Miranda

# 18. SKOR ORIGINAL TERBAIK
(Best Original Score)
Jackie - Mica Levi
La La Land - Justin Hurwitz
Lion - Dustin O’Halloran/Hauschka
Moonlight - Nicholas Brittell
Passengers - Thomas Newman

# 19. MAKEUP DAN DANDANAN RAMBUT TERBAIK
(Best Makeup And Hairstyling)
A Man Called Ove
- Eva von Bahr/Love Larson
Star Trek Beyond
- Joel Harlow/Richard Alonzo
Suicide Squad
- Alessandro Bertolazzi/Giorgio Gregorini/Christopher Nelson


Lin-Manuel Miranda (Moana) - Lagu Original Terbaik

Fire At Sea - Dokumentari Feature Terbaik

Zootopia - Animasi Feature Terbaik

# 20. DOKUMENTARI TERBAIK SABJEK PENDEK
(Best Documentary Short Subject)
Extremis
4.1 Miles
Joe's Violin
Watani: My Homeland
The White Helmets

# 21. ANAMASI FEATURE TERBAIK
(Best Animated Feature)
Kubo And The Two Strings
Moana
My Life As A Zucchini
The Red Turtle
Zootopia

# 22. ANIMASI FILEM PENDEK TERBAIK
(Best Animated Short Film)
Blind Vaysha
Borrowed Time
Pear Cider And Cigarettes
Pearl
Piper

# 23. DOKUMENTARI FEATURE TERBAIK
(Best Documentary Feature)
Fire At Sea
I Am Not Your Negro
Life, Animated
O.J. Made In America
13th

# 24. AKSI LANGSUNG FILEM PENDEK TERBAIK
(Best Live Action Short Film)
Ennemis Intérieurs
La Femme Et Le TGV
Silent Nights
Sing
Timecode





Jackie (Natalie Portman)

Loving (Ruth Negga)

Elle (Isabelle Huppert)

JUMLAH CALON DITERIMA CALON FILEM TERBAIK

# 1. LA LA LAND (14)
1. Filem Terbaik
2. Pengarah Terbaik
3. Seniman Peranan Utama Terbaik
4. Seniwati Peranan Utama Terbaik
5. Lakonlayar Original Terbaik
6. Sinematografi Terbaik
7. Suntingan Filem Terbaik
8. Rekaan Produksi Terbaik
9. Rekaan Kostum Terbaik
10. Adunan Suara Terbaik
11. Suntingan Suara Terbaik
12. Lagu Original Terbaik
13. Lagu Original Terbaik
14. Skor Original Terbaik

# 2. ARRIVAL (8)
1. Filem Terbaik
2. Pengarah Terbaik
3. Lakonlayar Adaptasi Terbaik
4. Sinematografi Terbaik
5. Suntingan Filem Terbaik
6. Rekaan Produksi Terbaik
7. Adunan Suara Terbaik
8. Suntingan Suara Terbaik

# 3. MOONLIGHT (8)
1. Filem Terbaik
2. Pengarah Terbaik
3. Seniman Peranan Pembantu Terbaik
4. Seniwati Peranan Pembantu Terbaik
5. Sinematografi Terbaik
6. Suntingan Filem Terbaik
7. Lakonlayar Adaptasi Terbaik
8. Skor Original Terbaik

# 4. LION (6)
1. Filem Terbaik
2. Seniman Peranan Pembantu Terbaik
3. Seniwati Peranan Pembantu Terbaik
4. Lakonlayar Adaptasi Terbaik
5. Sinematografi Terbaik
6. Skor Original Terbaik

# 5. MANCHESTER BY THE SEA (6)
1. Filem Terbaik
2. Pengarah Terbaik
3. Seniman Peranan Utama Terbaik
4. Seniman Peranan Pembantu Terbaik
5. Seniwati Peranan Pembantu Terbaik
6. Lakonlayar Original Terbaik

# 6. HACKSAW RIDGE (6)
1. Filem Terbaik
2. Pengarah Terbaik
3. Seniman Peranan Utama Terbaik
4. Suntingan Filem Terbaik
5. Suntingan Suara Terbaik
6. Adunan Suara Terbaik

# 7. FENCES (4)
1. Filem Terbaik
2. Seniman Peranan Utama Terbaik
3. Seniwati Peranan Pembantu Terbaik
4. Lakonlayar Adaptasi Terbaik

# 8. HELL OR HIGH WATER (4)
1. Filem Terbaik
2. Seniman Peranan Pembantu Terbaik
3. Lakonlayar Original Terbaik
4. Suntingan Filem Terbaik

# 9. HIDDEN FIGURES (3)
1. Filem Terbaik
2. Seniwati Peranan Pembantu Terbaik
3. Lakonlayar Adaptasi Terbaik


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?




21 comments:

  1. Selain daripada filem,pelakon dan di sebalik tadbir,saya juga suka utk melihat dari aspek pengacaraan dalam oscar..pada saya pengacara atau hos yg dipilih bukan sahaja humor tetapi humor yg berintelek,kadangkala mengangkat sesuatu isu yg berkait rapat dengan isu perfileman..wajar dicontohi oleh sebahagian pengacara kita yg kadang kadang buat lawak syok sendiri,"melucah",memperli,atau "over"..merindui pengacara berkarisma seperti arwah taufik latif rtm..apapun,sekadar pandangan peribadi..

    ReplyDelete
  2. Syabas En. Mustafar dan Pn. Zaini kerana mempersembahkan artikel The Oscars 2017 begitu menarik sekali. Tidak pernah saya temui mana-mana blog di alam maya, mengenai The Oscars 2017, mempunyai corak dan layout sebaik ini - Fatin (UiTM), Seremban 3, N9.

    ReplyDelete
  3. Wah, artikel kali ini, "Calon The Oscars 2017" - jika kita perasan - diusahakan oleh tiga beranak: En Mustafar AR, Pn Zaini Yusop & anakanda mereka, Cik Aida Zailina!!! Tergerak pula hati ini untuk meneka, adakah singkatan abjad A.R. pada hujung nama En Mustafar ialah Abdul Rahman? Mungkin Abdul Rashid? Abdul Raof? Aman Ramli? Berbalik pada soal penulisan, nampaknya Cik Aida Zailina sedang dipersiapkan (groomed) untuk membantu & seterusnya mengambil alih tempat kededua ayah ibu bila tiba saat & masanya. Masakan kuah yang tumpah kalau tidak ke nasi? Bertali-aruslah nampaknya bakat & bidang penulisan dalam kerabat En Mustafar AR kelak. Selalunya, kaum Hawalah yang lebih cenderung & terdorong ke arah bidang "literary", "creative writing" & "media writing".

    - NONAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Aida sedang digroom. Tapi samada berjaya atau tidak terpulang pada dirinya sendiri. Satu pun tak kena. A.R. tu Abdul Rahim.

      Delete
  4. Salam Encik Mustafar A.R. semoga sehat sejahtera. Saya baru pulang ke Malaysia setelah belajar di England selama tiga tahun. Disana saya jarang melayari internet kerana sebuk. Setelah berada di Putrajaya dan memegang jawatan yang saya idamkan barulah internet jadi teman baik saya. Secara kebetulan, entah dari mana puncanya, saya termasuk ke blog Filem Klasik (FK). Apabila saya buka satu persatu, sejak awal kewujudannya, ternyata ia mengandungi cerita-cerita menarik. Berinformasi dan berfakta terutama mengenai filem bukan saja Malaysia, tapi juga Hollywood, Bollywood, Jepun dan negara-negara Eropah. Scoopnya sangat luas. Kini, saya merupakan peminat setia FK dan sentiasa tertunggu-tunggu entri terbaru yang bakal menyusul. Richard Roundtree dan Calon The Oscars 2017 telah dipersembahkan dengan begitu unggul sekali yang mana agak sukar blog-blog lain menandinginya. Saya sedang menunggu entri Buku Mustapha Maarof Banyak Salah. Tentu ini pun menarik apatah lagi yang mengulasnya Encik Mustafar. Oh ya, di side bar FK, terdapat cerita mengenai S.Rosley menyanyi lagu "Kembara Rasa" bersama Saloma. Saya cari filem "Serampang Tiga" di YouTube tapi tak jumpa, mungkin tak ada. Pada Encik Mustafar, ada ke filem itu? Teringin benar saya nak tonton adegan asalnya, nyanyian bersama Kuswadinata (Indra) dan Normala Omar (Kasputri) yang menggunakan suara S.Rosley dan Saloma itu. Jika ada dvdnya, boleh tak Encik Mustafar upload ke YouTube atau jualkan satu pada saya. Sekian, semoga Encik Mustafar dan isteri terus mampu mengendalikan FK sebaik mungkin untuk kami generasi baru yang masih banyak blank dan masih banyak tidak tahu - Maryam (via e-mail), Putrajaya, WP.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome to La La Land, Ms Maryam. This is the kingdom of make believe where fantasies look real & where realities are presented so amazingly! Mr Mustafa AR is THE man you can count on if you need to unravel all the facts & fictions on the various colourful "woods" of what is termed as the filmdom - Hollywood, Bollywood, KLwood, Pinewood, Indowood & what not. Enjoy & let your PC be the medium.

      - nonama

      Delete
    2. Selamat datang ke Filem Klasik, Maryam.
      Pujian Cik/Puan sangat menakutkan saya.
      Apapun saya ucapkan ribuan terima kasih.
      Mengenai dvd "Serampng Tiga", saya takda.
      Yang ada hanyalah pita vhsnya saja.
      Dulu ada kawan boleh tranfer vhs ke dvd.
      Kini, mesen rakamannya tu tak berfungsi
      disebabkan spare partnya sukar diperolehi.
      Kepada mereka yang ada dvd filem tersebut
      uploadkan ke YouTube atau kontek Cik/Puan
      kita (melalui FK) untuk tujuan jual beli.

      Delete
    3. Thank you, Nonama.
      Kali ni speaking, ye.
      Baguslah...

      Delete
    4. Saya pun berminat untuk mendapatkan "Serampang Tiga" (ST) di You-Tube tetapi hampa. Salinan induk filem ini tentu masih disimpan oleh pihak pengeluarnya. Di sinilah gunanya sesebuah sinematik seperti yang ditekankan sampai berbuih mulut oleh En. Mustafar berkali-kali!ST dibuat selepas industri kita berhijrah ke era filem berwarna. ST - dari apa yang saya baca - diproduksikan oleh syarikat terkubur Indra Films Sdn Bhd milik 2 bersaudara (Zain & Zaharan) & diarahkan oleh Ismail Sasakul, seorang pelarian Muslim semasa terrorist komunis Khmer Rouge merajalela di Cambodia. Menurut berita, melalui filem inilah Zain & Zaharan memberi setinggi-tinggi penghormatan kepada Saloma dengan menghadiahkan honorarium sebanyak RM40,000/- (bayangkan nilainya pada tahun 80'an) sebagai mengenang jasa Saloma, Biduan Negara kita yang terulung sepanjang zaman. Jika saya tersalah baca pasti En Mustafar boleh mengesah atau menidakkan berita ini. Tentu filem genre aksyen purbawara ini tidak banyak berbeza dengan filem-filem yang sewaktu dengannya seperti Pendekar, Sumpah Semerah Padi, Anak Sulung 7 Keturunan dll kerana ia dibuat menurut acuan filem-filem Melayu lama yang diselitkan dengan adegan nyanyian & tarian. Hmmm ...... tentu menarik!

      - nonama

      Delete
    5. Sebenarnya filem "Serampang Tiga" sudah dilupakan. Ini mungkin kerana hero (Kuswadinata) dan heroine (Normala Omar) kurang menyerlah walaupun Yusof Latiff dan Ibrahim Pendek ada didalamnya. Memang benar ceritanya sama coraknya macam "Pendekar" dan "Sumpah Semerah Padi", tidak ada apa-apa keistimewaannya. Namun "Serampang Tiga" mencatat sejarah filem Malaysia disebabkan "Kembara Rasa" merupakan satu-satunya lagu nyanyian bersama Saloma (Biduan Negara) dan S.Rosley. Justeru itu, "Serampang Tiga" semestinya dipelihara baik-baik terutama scene nyanyian Kuswadinata dan Normala Omar yang menggunakan suara S.Rosley dan Saloma. Tugas ini sepatutnya terbeban kepada Sinematik Malaysia, tapi ia tidak wujud. Persoalannya, Finas dan Arkib Negara ada ke simpan (filem, dvd dan vhs) "Serampang Tiga" ni? Kalau takda, tak taulah apa nak kata. Cukuplah setakat itu. Kepada Nonama teruskanlah (dari masa ke masa) memberi infomasi mengenai filem seberapa banyak yang boleh untuk kita kongsi bersama.

      Delete
    6. Fakta (penjelasan yang tepat): Dalam "Serampang Tiga" Kuswadinata dan Normala Omar menyanyi "Kembara Rasa" tidak menggunakan suara S.Rosley (Indra) dan Saloma (Kasputri). Lagu tersebut dijadikan lagu latarbelakang (background song), tetap memakai suara S.Rosley dan Saloma, semasa Indra dan Kasputri sedang bermadu asmara.

      Delete
    7. Saya seperti juga Cik/Puan Maryam teringin sangat menonton "Serampang Tiga". Beginilah En. Mustafar, sekiranya menimbulkan problem untuk menguploadkan full movienya ke YouTube, apakata En. Mustafar uploadkan saja scene nyanyian "Kembara Rasa" itu yang ada Kuswadinata dan Normala Omar sedang bermadu asmara tu. Boleh ya En. Mustafar! - Nur'Ain - Taiping, Perak.

      Delete
    8. Insyaalah.
      Hanya scene "Kembara Rasa" saja.
      Full movienya saya tak mampu nak buat.
      Ok, Maryam dan Nur'Ain.

      Delete
    9. Setelah percubaan dilakukan. Ternyata gambar dan suara yang terdapat dalam vhs "Serampang Tiga" tidak memuaskan. Tidak sesuai diuploadkan ke YouTube. Kerana itu saya minta maaf kepada Maryam dan Nur'Ain.

      Delete
  5. Komen Sisipan Bukan-Filem:

    BERMADU asmara = MEMADU asmara
    asmara boleh dipadu (blend, mix, unite, combine)
    tetapi asmara TIDAK boleh bermadu (honey) ataupun
    secara metafor, isteri-isteri boleh bermadu (polygamy atau berkongsi suami).

    Sayakah yang silap atau saya betul???
    "Tegur-menegur demi berkongsi ilmu (knowledge sharing).

    - nonama
    (balik-balik dia - tau takpe!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekecil mana pun salah.
      Salah tetap salah.
      Nonama betul Nur'Ain salah.
      MEMADU bukan BERMADU.

      Delete
  6. Saya seronok tonton "La La Land".
    Mungkinkah filem ini akan menang
    oscar Filem Terbaik anugerah akademi?
    - Lydia, W'lands, S'pore.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikutkan anugerah golden globe
      "La La Land" boleh menang Filem Terbaik.
      Tapi orang-orang oscar anugerah akademi
      ni agak lain, mereka tu ada gila sikit.
      Silap-silap gaya "Moolight" atau pun
      "Fences" yang akan menang Filem Terbaik.
      Tak percaya? Tunggu... - Suraj, K.Lumpur.

      Delete
    2. Kalau orang-orang oscar anugerah akademi menganggap "Moonlight" dan "Fences" lebih baik dibandingkan "La La Land", apa salahnya "Moonlight" dan "Fences" menang - Kartini, J.Bahru.

      Delete
  7. Saya tertarik hati dengan entri terbaru yang terdapat di side bar FK mengenai tarikh kahwin P.Ramlee dengan tiga isterinya - Junaidah, Norizan dan Saloma. Saya sebagai salah seorang peminat P.Ramlee memang sudah lama mencari tarikh kahwin P.Ramlee dengan Junaidah itu. Kini, apa yang saya dapat bukan sekadar tarikh kahwin tetapi siap dengan tarikh cerai sekali gus. Inilah keistimewaan FK yang dipimpin oleh Encik Mustafar. Tempat rujukan dan tempat menimba ilmu mengenai filem sangat ketara berada di FK mengalahkan Pusaka Peringatan P.Ramlee dan Finas - Razlan, (USM), P.Pinang.

    ReplyDelete