"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Sunday, January 1, 2017


STATISTIK FILEM KLASIK 2016

TIDAK LAMA LAGI GENAP TUJUH TAHUN
Teks: Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Gambar: Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



Red Spell Spells Red (1983).

Panggung Wayang Madras, Kuala Lumpur (1950). Kini Sudah Ghaib.


DUA JUTA PAGEVIEWS PADA 2018?
Oleh Mustafar A.R.



PEJAM celek pejam celek, tidak aku sangka pada 12 April 2017 ini, Filem Klasik (FK) sudah genap usianya tujuh tahun. Ramai juga yang suka. Ini berdasarkan setiap hari pageviews (lihatbaca) melebihi 1,000. Hanya sekali sekala dibawah 1,000.
Aku cukup gembira kerana pada 27 Disember 2016, lihatbaca mencatatkan 1,670,601 dan besar kemungkinan pada 1 Januari tahun 2018, pageviews mencapai 2,000,000. Insyaalah.
Selama setahun (dari 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016), FK telah menyiarkan banyak artikel menarik, ada diantaranya tidak pernah ada dalam blog-blog lain yang kini sedang terawang-awang di alam maya seperti antaranya;
* Raja Idris Shah Berjiwa Seni.
* Menanti Hari Esok Dari Kacamata Sarena Hashim
* 15+1 Lagu Hari Raya Terbaik Sepanjang Masa
* Keluhan Seniman Agung P.Ramlee
* 15+1 Lagu Terbaik Raj Kapoor
* Festival Film Indonesia (1955)
Apa yang aku kesalkan, kerana aku tidak dapat menyiarkan artikel "Panggung Wayang Kuala Lumpur" dalam tahun 2016. Sebenarnya ia sudah pun 90% siap tetapi ada beberapa perkara (gambar dan fakta) tidak memuaskan hati aku, aku kivkan dulu.
Dalam sejarah filem Malaysia, aktikel tersebut sangat penting sama pentingnya dengan "Panggung Wayang Singapura". (Kliks Di Sini) Sampai ke peringkat ini tidak ada blog-blog lain yang buat, sebab bukan mudah melaksanakannya. Ia perlu kajiselidik yang mendalam.
Jika semua berjalan dengan baik, aku harap dapat menyiarkannya bila-bila masa dalam tahun 2017 ini.
Mengenai ulasan dan kritikan filem-filem lama (klasik),
lima sedang aku artikelkan.
* Selamat Tinggal Kekasehku (arahan L.Krishnan)
Dipadankan dari filem Hindustan, "Devdas".
* Sri Mersing (arahan Salleh Ghani)
Filem pertama diarahkan oleh Salleh Ghani.
* Putera Sangkar Maut (arahan Dhiresh Ghosh)
Filem memperlihatkan Zaiton berperanan jahat.
* Satu Penentuan (arahan M.Amin)
Filem pertama lakonan Latiff Ibrahim.
* Kasih Menumpang (L.Krishnan)
Dipadankan dari filem Hindustan, "Aulad".
Filem Hong Kong bertajuk "Red Spell Spells Red", juga sedang aku usahakan. Ia menarik kerana melibatkan lakonan Hussain Abu Hassan dan sebab filem itu juga aku berada di Hong Kong pada 1983. Kali kedua tahun 1997, singgah beberapa hari selepas menghadiri sidang media mengenai pelancongan di Beijing.
Kesemuanya, pasti menarik terutama dikalangan peminat-peminat setia FK. Bagi merealisasikannya, aku harap kesihatan aku dan isteri berada dalam keadaan baik dan seterusnya mampu berkarya.





Kini diterbitkan sebulan sekali tidak dua minggu sekali.



12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG.

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 31 DISEMBER 2016)
PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 166,177
SEKSI SELEBRITI INDONESIA 164,230
SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 157,884
SELAMAT PENGANTIN BARU 66,969
FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 28,306



MEREKA YANG PERGI TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

Ahmad Idris (Abi)

Neng Yatimah

Suraya Haron

Aziz Singah

S.M.Salim

Dalam FK berseronok dan bergembira, bersedih dan bermurung tetap menyelubungi apabila beberapa selebriti veteran pergi menemui Allah yang maha Esa buat selama-lamanya - Neng Yatimah, Suraya Haron, Aziz Singah, Tamam Idris dan S.M.Salim.
Turut bersama tokoh wartawan Ahmad Idris yang lebih terkenal dengan nama popular, Abi. Dia merupakan suami wartawan hiburan cukup popular, Bahyah Mahmood yang masih ada lagi bersama kita.
Paling mengejutkan, perginya Suraya Haron (anak Rahimah Alias, pelakon filem "Antara Dua Darjat") juga pernah bersuamikan Mustapha Maarof, ketika usianya 71 tahun. Ribut tidak hujan pun tidak tiba-tiba berita kematiannya saja yang kita baca.
Kali terakhir aku bertemu Suraya di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) semasa mengziarahi ibunya yang sedang dirawat, bersama Aziz Sattar beberapa tahun yang lalu. Aku tidak
ingat tarikhnya.
Suraya, paling berkesan lakonannya dalam "Ayer Mata Duyong" berlakon dengan Nordin Ahmad. Filem-filemnya yang lain antaranya "Lubalang Daik", "Pontianak Gua Musang", "Anak Dara" dan
"Mabok Kepayang".
Agak menarik, dua selebriti yang meninggal dunia pada tahun 2016 dilahirkan di Rembau, Negeri Sembilan - Suraya Haron dan Aziz Singah. Dua lagi yang popular kelahiran Rembau turut meninggalkan kita - Ahmad Mahmood dan Zainuddin Zimbo.



* AHMAD IDRIS (3 Februari 2016)
* NENG YATIMAH (19 Mac 2016)
* ZULKIFLI AHMAD (26 Mac 2016)
* SURAYA HARON (1 Jun 2016)
* AZIZ SINGAH (1 Julai 2016)
* TAMAM IDRIS (7 Julai 2016)
* ZAKARIA YUSOF (11 Disember 2016)
* S.M.SALIM (29 Disember 2016)



Neng Yatimah mulai harum namanya apabila berlakon disamping P.Ramlee dalam "Takdir Illahi", kemudian disusuli antaranya "Sejoli", "Bapa Saya", "Berdosa' dan "Jiwa Lara".
Dengan pemergian Neng Yatimah, berakhirlah sudah satu keluarga (dynasty) seni yang cukup popular dan mempunyai ramai peminat - Jasni, Rose Yatimah dan Mustapha Maarof.
Aziz Singah mula berlakon di Cathay Keris dalam "Jahanam" bersama Sa'adiah. Dia lebih terkenal sebagai pelakon drama radio dan tv, filem tidak banyak.
Dia pernah dilantik sebagai Pengerusi mengcolorkan filem "Semerah Padi", namun projek itu gagal segalanya apabila Shaw Brothers
enggan bekerjasama.
Taman Idris banyak berlakon dengan Merdeka Film terutama bercorak purbawara dan silat. Pernah berlakon bersama Rahim Razali dan Ogy Ahmad Daud dalam "Abang", Tamam juga begitu popular dengan drama tv "Seorang Tua Di Kaki Gunung".
Taman dipilih oleh P.Ramlee menyanyikan lagu keroncong "Apa Guna Bersuami Muda" dalam filem arahannya "Gelora" yang turut dibintangi oleh Sarimah dan Arman Yadi.
Juga tidak boleh kita lupakan, Zulkifli Ahmad (bekas suami Sarimah dan penerbit filem "7 Biang Keladi"). Di MFP dia pernah menjadi penolong pengarah kepada Jamil Sulong.
Zakaria Yusof agak terpinggir popularitinya kerana dia lebih banyak tertumpu berlakon dalam drama-drama terbitan RTM terutama Drama Minggu Ini di tahun-tahun 1970an, kebanyakannya
memegang peranan jahat.
Pada tahun 1980, Zakaria berperanan jahat dalam filem "Ceritaku Ceritamu" yang diarahkan oleh Sa'adiah, turut dibintangi oleh Fauziah Ahmad Daud, Zainurdin Ismail dan Mazuin Hamzah.
Hanya beberapa hari saja lagi tahun 2016 melabuhkan tirainya, pada 29 Disember, pergi pula selebriti tersohor S.M.Salim yang telah memberi sumbangan yang tidak ternilai harganya dalam dunia (alam) seni, sejak awal tahun 1950an.
Ketika beroperasi di Federal House, aku pernah mengikuti rombongan petugas Radio Malaysia (menaiki van) pergi ke Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) di Tanjung Malim, Perak membuat rakaman rancangan "Berbalas Pantun" antara Radio Malaysia
dengan Cikgu-Cikgu MPSI.
Pada masa itu, Karim Mohammad orang kuat "Berbalas Pantun". Kemudian barulah datang Chuari Selamat mengambilalih dan mengendalikannya sekian lama.
Disitulah bermulanya perkenalan aku dengan S.M.Salim. Turut sama, yang masih aku ingat, Ibrahim Din dan juruhebah Nor Azah Aziz, pada masa itu belum kahwin dengan Johari Salleh.
Tidak lama dulu disuatu majlis disebuah hotel, aku dengan Aziz Sattar sempat bertemu dan bebual mesra dengannya. Pada masa itu, dia sudah menggunakan kerusi roda. Tapi masih kelihatan
sihat dan ceria.
Kata-katanya yang masih terpahat dihati aku sampai kini: "Aku ni Mustafar, sepatutnya dah lama mati bersama arwah Norma. Allah masih panjangkan nyawa aku. Tapi tak sangka pula aku, sampai menggunakan kerusi roda. Lama pulak tu."
Selepas tu S.M.Salim ketawa, aku juga ketawa dan Aziz Sattar lagi kuat ketawa, sampaikan tetamu-tetamu meja sebelah menyebelah memandang ke arah meja kami.
Anak kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur itu, pernah terlibat dalam kemalangan kereta di Kampar, Perak (Kliks Di Sini) yang mengakibatkan isterinya terbunuh bersama pelawak A.R.Tahir.
Pemergian S.M.Salim hanya selepas 16 hari aku siarkan artikel "Raja Idris Shah Berjiwa Seni" dalam FK (13/12/2016) yang mana dia turut menyanyikan lagu "Cempakasari" ciptaan Sultan Perak.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
Al-Fatihah.




1. PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI

2. SEKSI SELEBRITI INDONESIA

3. SEKSI SELEBRITI MALAYSIA

4. SELAMAT PENGANTIN BARU

5. 10 FILEM TERHEBAT BOLLYWOOD

6. 5 TAHUN PEMERGIAN P.RAMLEE

7. 10 FILEM TERBAIK INDONESIA

8. A.R.TOMPEL

9. 12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

10. JULIE FARIDAH

PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
MENDUDUKI TEMPAT PERTAMA

Sebagaimana yang dikatakan, kunjungan (hits) FK sudah mencapai
satu juta (1,000,000) pada 26 Mei 2015. Catatan pageviewsnya yang berakhir pada jam 12.00 tengahmalam 31 Disember 2016
sebanyak 1,675,692.
Rekod catatan dalam sehari, pada 16 Disember 2014 apabila lihatbaca mendapat hits 5,528, nombor dua tercatat pada 17 Disember 2014 dengan 3,806, dan ketiga 3,604 yang tercipta pada 11 Jun 2013. Ertinya tidak berubah.
Sungguhpun kunjungan dalam sehari tidak mencatatkan hingga beribu-ribu atau berjuta-juta, namun dengan sejumlah yang ada sekarang (antara 1,000 hingga 1,500 pageviews sehari)
sudah mencukupi.
Sesuailah, dengan kandungannya berBahasa Malaysia (sedikit saja berBahasa Inggeris) dan topiknya pula terhad (lebih tertumpu kepada filem-filem lama atau klasik), hanya segelintir saja yang
suka dan berminat.
Apa pun, tujuan atau sasaran FK sudah tercapai dengan begitu baik, hanya dalam jangka masa yang begitu singkat (bermula 12 April 2010, dan aktif pada 9 Mac 2011), informasinya sudah tersebar dengan cukup meluas hingga sampai ke Amerika, Russia dan negara-negara Eropah dan America Latin.
"Pergimu Takkan Kembali Lagi" berjaya memintas "Seksi Selebriti Indonesia Dulu-Dulu" dengan catatan 166,177 menduduki tempat pertama manakala "Seksi Selebriti Indonesia Dulu-Dulu" mencatat 164,230 berada ditempat kedua.
"Seksi Selebriti Malaysia Dulu-Dulu" yang mula disiarkan pada 14 September 2012, mencatat 157,883 pada jam 12.00 tengahmalam 31 Disember 2016 kekal menduduki tempat ke-3.
"Selamat Pengantin Baru", berada di tempat ke-4 dengan 66,967 lihatbaca, "10 Filem Bollywood Terhebat" ditempat ke-5 dengan catatan 28,306 dan "5 Tahun Pemergian P.Ramlee" yang ditulis oleh Bahyah Mahmood kekal di tangga ke-6 mencatat 16,213 lihatbaca.
"10 Filem Indonesia Terbaik" mencatat 14,876 ditempat ke-7, "A.R.Tompel" (8,835 hits) ditangga ke-8 dan "12+1 Lagu Terbaik Rafeah Buang" (8,811) juga kekal di tangga ke-9.
"Julie Faridah" kekal di tempat ke-10 dengan catatan 7,645.




GELORA

PONTIANAK

SELENDANG DELIMA

GELORA MASIH NOMBOR SATU
CATAT 21,560 PAGEVIEWS

Tujuan utama Filem Klasik (FK) diblogkan, berhasrat untuk mengimbas kembali filem-filem Melayu lama yang kini sudah dianggap klasik, kebanyakkannya dalam format black & white.
Setakat ini, sejak FK mula aktif, banyak filem telah diulas dan dikritik. Diantara sebanyak itu, "Gelora" yang dibintangi oleh P.Ramlee dan Sarimah mencatat (setakat 31 Disember 2016) 21,560 hits (pageviews) seterusnya berada ditempat pertama.
Dua filem Maria Menado berada di tangga ke-2 dan ke-3. "Selendang Delima" mencatat 9,879 hits, manakala "Pontianak" 9,498 lihatbaca.
Lain-lain filem yang melebihi 1,000 hits, "The Long House" (7,020) "Hanchor Hati" (5,950), dan "Permintaan Terakhir" (5,718)
dan "Hang Jebat" (5,039).
"Penghidopan" (4,920) "Sri Andalas" (4,845), "Cinta Dan Lagu" (4,687) "Lanchang Kuning" (4,582), "Sumpah Orang Minyak" (4,424) dan "Semerah Padi" (4,052).
"Penarek Becha" (3,473), "Selendang Merah" (3,471), "Lain Jalan Ka-Shorga" (3,656) dan Leila Majnun" (3,392).
dan "Chemburu" (2,500) "Roh Membela" (2,378), "Seruan Merdeka (2,153), "Iman" (2,112), "Buloh Perindu" (2,104)
dan "Jambatan Maut" (2,034).
"Panggilan Pulau" (1,766), "Chempaka" (1,756), "Mutiara" (1,568), "Dewi Murni" (1,498), "Empat Isteri" (1,448), "Singapura Di Waktu Malam" (1,379), "Bayangan DiWaktu Fajar" (1,251), "Mutiara Dari Malaya" (1,226) dan "Ibu Tiri" (1,099).
Aku begitu bangga dengan pencapaian tersebut kerana apa yang aku tulis dan kemukakan (supaya semua orang tahu) telah dikongsi bersama ramai peminat filem khususnya yang meminati filem
Melayu lama atau klasik.




Buku "50 Tahun Filem Malaysia" Idea Aziz Sattar

BUKU "50 TAHUN FILEM MALAYSIA"
DITERBITKAN JIKA BAJET MENCUKUPI

Pada penghujung tahun 2015, aku berazam akan menyudahkan manuskrip "50 Tahun Filem Malaysia". Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar dan akhirnya siap. Setelah itu, aku hubungi beberapa pihak bertujuan mengalihkan manuskrip tersebut menjadi buku. Namun aku gagal mendapatkan respon yang baik. Mereka
tidak berminat.
Justeru itu, pada penghujung tahun 2016 yang baru lalu, aku berazam akan menerbitkan "50 Tahun Filem Malaysia" atas cop mohor MZA Terbit Enterprise, penerbitan kepunyaan aku sendiri sama seperti buku "Filem-Filem P.Ramlee".
Samada berjaya diterbitkan atau tidak banyak bergantung kepada kewangan (bajet) samada mencukupi atau tidak, terutama bagi membiayai kos cetak. Jika ia membebankan dan tiada sesiapa pun mahu membantu, terpaksalah manuskrip tersebut aku kivkan. Dalam erti kata lain tidak diterbitkan.
Ketika aku menerbitkan buku "Filem-Filem P.Ramlee", Aziz Sattar banyak membantu baik dari segi kewangan mahu pun tenaga. Tetapi apabila dia sudah tiada, patah sayap aku. Aku terkapai-kapai keseorangan, bersendirian.
Buku "50 Tahun Filem Malaysia" sangat penting, kerana ia akan menangkis segala silap dan salah fakta yang seringkali berlaku. Aku yakin, kalau buku ini tidak diterbitkan, seratus atau seribu tahun lagi silap dan salah fakta filem Melayu tetap terus terjadi.




125 Negara Mengikuti Filem Klasik

MALAYSIA DAN INDONESIA TERUS
BERADA DIKEDUDUKAN TERBAIK

Malaysia, terus berada ditempat pertama, menerima 1,083,929 pageviews, dan diikuti (ke-2) Indonesia dengan 166,331 lihatbaca.
Lihatbaca (pageviews), 8 negara lain yang terbaik, setakat jam 12.00 tengahmalam 31 Disember 2016;
3. Singapore - 89,076 4. United States - 87,271 5. Russia - 30,516 6. Brunei - 30,294 7. India - 29,045 8. Germany - 20,561 9. United Arab Emirates - 3,847 10. Vietnam - 3,111
# Keseluruhan lihatbaca: 1,245,525 pageviews.
Lain-Lain Negara; 11. United Kingdom 12. Philippines 13. Australia 14. Canada 15. Egypt 16. Saudi Arabia 17. Sweden 18. France
19. Belgium 20. Azerbaijan
21. Brazil 22. Algeria 23. Pakistan 24. Qatar 25. Slovakia 26. Croatia 27. Hong Kong 28. Thailand 29. Japan 30. Oman 31. Spain 32. Italy 33. Belgium 34. Switzerland 35. Barbados 36. Uruguay 37. Timor Leste 38. Hungry 39. Netherlands 40. Ecuador
41. Colombia 42. Latvia 43. Jordan 44. Turkey 45. Cambodia 46. Austria 47. Panama 48. Greece 49. Bangladesh 50. China 51. Cyprus 52. Bolivia 53. South Korea 54. Taiwan 55. Lithuania 56. Bulgaria 57. Israel 58. Czech Republic 59. Bahrain 60. Poland
61. Romania 62. Ireland 63. Macau 64. Syria 65. Denmark 66. Peru 67. Malta 68. Tunisia 69. Georgia 70. Albania 71. Myanmar 72. Norway 73. Guam 74. Nigeria 75. Burnika Faso 76. Armenia
77. Sri Lanka 78. Yemen 79. Kazakhatan 80. Iran
81. New Zealand 82. Iraq 83. Ukraine 84. Bosnia And Herzegovina 85. Afghanistan 86. Kuwait 87. Jamaica 88. Senegal 89. Nepal 90. Djibouti 91. Marcedonia (FYROM) 92. Benin 93. Palestine 94. Morocco 95. Aruba 96. Serbia 97. Slovenia 98. Cote d'Ivoire
99. Kenya 100. Estonia
101. Suriname 102. Papua New Guinea 103. Belarus 104. South Africa 105. Mauritania 106. Guantemala 107. Argentina 108. Luxembourg 109. Dominican Republic 110. Portugal 111. Sudan 112. Venezuela 113. Faroe Islands 114. Chile 115. Montenegro 116. Solomon Islands 117. Andorra 118. Fiji 119. Congo (DRC) 120. Angola 121. Moldova 122. Cayman Islands 123. Utsubotsu
124. Madagascar 125. Antigua Barbuda
Ini bererti, 125 negara di dunia sudah berkunjung ke blog FK, satu pencapaian yang cukup baik dan sangat menggalakkan, daripada sebuah blog yang kerdil merdil, yang mengutamakan Bahasa Malaysia, hanya sedikit saja berBahasa Inggeris.



# Rekod Pageviews Dicapai Dalam Sehari
Pertama: 5,528 lihatbaca (16 Disember 2014)
Kedua: 3,806 pageviews (17 Disember 2014)
Ketiga: 3,604 lihatbaca (11 Jun 2013)
# Followers (Pengikut);
124 (pada 31 Disember 2016).
# View my complete profile;
* 2,787 lihatbaca (31 Disember 2013)
* 4,569 pageviews (31 Disember 2014)
* 6,085 lihatbaca (31 Disember 2015)
* 7,616 pageviews (31 Disember 2016)


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?



6 comments:

  1. Imbas kembali : saya hanya menjumpai dan mengenali blog ini pada tahun 2014 dan pada ketika itu mak saya ingin mencari maklumat tahun sebenar AR Tompel meninggal dunia..bertitik tolak dari situ,saya terus mengikuti setiap artikel dalam blog ini yg mmg kesemuanya menarik dan penuh fakta yg lebih tepat/terperinci..saya doakan en mus dan isteri terus diberi kekuatan untuk berkarya..saya tidak mampu untuk menyumbang wang ringgit mahupun tenaga..hanyalah doa setakat ini yg mampu saya beri titipkan dari jauh..insyaAllah,suatu hari nanti buku "50 Tahun Filem Malaysia" bukan lagi angan-angan...sebaliknya bestseller di pasaran!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doa itu pun sudah mencukupi.
      Terima kasih Pemikir Muda.

      Delete
  2. Syabas En. Mustafar & Pn. Zaini. 'Turnover' rencana yang anda siarkan "semenjak-duamenjak" ini dari minggu ke minggu begitu ligat & memberangsangkan sekali. Ia samalah macam keseronokan menunggu keluaran bulanan atau mingguan terbaharu majalah hiburan kegemaran ramai. Kalau zaman En. Mustafar & Pn. Zaini dulu tentulah Majalah Filem, Berita Filem, URTV, Variapop, Filem & Fesyen dll. Mencari bahan, kaji selidik untuk menulis dengan fakta yang benar serta tanggungjawab, proof-reading dsbnya bukanlah mudah. Tetapi En. Mustafar & Pn. Zaini telah menyemarak & membuktikan slogan MALAYSIA BOLEH! Berikanlah kesihatan & kekuatan minda & jasmani yang berterusan kepada En. Mustafar & Pn. Zaini, ya Allah, pasti mereka akan melahirkan lebih banyak lagi artikel yang menarik buat kita semua.

    - Nonama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak-banyak Nonama.
      Selamat kembali memberi komen,
      setelah menghilang sekian lama.
      Pastikan komen yang boleh menambah ilmu, ya.

      Delete
  3. Saya memang meminati blog ini dan mengagumi kegigihan penulisnya membuat entri yang ilmiah. Bukan sedikit masa dan usaha yang telah dikorbankan. Syabas dan teruskan.
    Sudah sejak sekian lama blog ini tersenarai dalam Blog Pilihan di blog saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Al-Lavendari kerana meminati FK dan menghargai usaha aku dan isteri. Diharap banyak lagi artikel menarik aku dan isteri disiarkan. Insyaalah. Letaklah di mana-mana pun, Blog Pilihan atau Bukan Blog Pilihan, aku dan isteri tetap bersyukur. Paling penting dan aku dan isteri mahukan, sebelum berakhirnya 2017, pageviews mencapai 2 juta.

      Delete