Teks Oleh Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Foto Daripada Majalah Seni
Di Edit Di Semak & Di Susun Oleh Zaini Yusop
Oleh Mustafar A.R.
RAMAI, terlalu ramai yang merungut, melalui e-mail, kenapa aku tak siarkan lagi majalah hiburan dulu-dulu seperti Utusan Filem & Fesyen (UFF) yang dihiasai covernya oleh penyanyi popular, Sharifah Aini. Kliks Di Sini
Kerana tak tahan diasak bertubi-tubi kali oleh peminat-peminat setia FK, aku pun melapangkan masa masuk ke mini librari yang aku bina sejak sekian lama, mencari satu majalah yang sesuai untuk mengisi ruangan Majalah Hiburan Dulu-Dulu buat kali keduanya selepas UFF.
Cari punya cari, belek punya belek, akhirnya aku terpegang satu majalah yang sangat menarik covernya. Seperti juga EP Aminah Ahmad, puas aku cuba mengingatkan, bagaimana ia boleh berada dalam simpanan aku. Aku gagal, aku tak dapat jawapan.
Kalau aku beli tak mungkin, kerana ini pertama kali aku menatap covernya. Nak katakan anak-anak aku yang beli tak mungkin, kerana tahun 1969 mereka belum lahir. Aku kahwin tahun 1970.
Yang mungkin, agaknya. Jauh beberapa tahun yang lalu, ketika aku bertugas mengendalikan URTV seorang teman baik (sudah lama meninggal dunia) memberitahu, dia ada banyak majalah lama. Oleh kerana terlalu banyak, dirumahnya pun tidak ada tempat menyimpan, tidak ada mini librari seperti dirumah aku, dia mahu beri sebahagiannya pada aku.
Aku kata ok, dan aku sangka tentulah sekadar paling tidak 50 naskah saja. Tapi bila dia datang ke rumah aku, dibawanya lapan kotak besar yang aku jangka paling tidak 500 naskah.
Lama juga kotak-kotak tersebut tidak aku buka, tidak ada masa, sebuk dengan tugas. Ada masa lapang, aku bukalah satu dua kotak kemudian aku simpan dalam kotak tu semula. Aku buka semua lapan kotak, selepas bersara pada 1998 untuk disusun dalam mini librari
di rumah aku di Taman Desa Ixora 2, Senawang, N9.
Anehnya, sampai sekarang, berapa jumlah sebenar pelbagai majalah yang diberikan itu, tidak aku tahu. Dan besar kemungkinan, majalah yang aku jumpa itu datangnya dari pemberian tersebut. Benar atau tidak, Allah saja yang lebih mengetahui.
Apa pun, aku sudah dapat satu yang pasti ramai suka - baik gambar cover depan mau pun isi kandungannya.
Majalahnya, SENI. Di terbitkan oleh Mohd. Salleh Haji Ali (A.M.I.E.T.). Pejabatnya di 47 Jalan Ubi, Singapura 14. Ia mengandungi 48 muka (4 muka in color). Cover dihiasi gambar penyanyi tersohor, Kartina Dahari, yang boleh dianggap mengancam. Cover belakang pula, Elizabeth Taylor.
Seni dengan mottonya Majalah Muda Mudi, muncul di zaman kemelesetan filem-filem Melayu dan lagu-lagu pop mulai merudum. Banyak artikel menarik tetapi pendek-pendek belaka (banyak main gambar semata-mata). Tidak seperti UFF Kliks Di Sini yang mengandungi gambar-gambar menarik serta artikel-artikel panjang. Solid dan padat. Berinformasi. Puas membacanya.
Tidak ada artikel menjadi fokus utama. Bagaimana pun aku tertarik satu artikel. Ia menceritakan keengganan Rahmah Rahmat supaya anaknya, Jefri (hasil perkongsiannya dengan Jins Shamsudin), menceburkan diri dalam lapangan seni. Jefri, pada masa
itu berusia tujuh tahun.
Kata Rahmah (anak pemusik Rahmat Ali dan pelakon Sa'amah): "Memperjuangkan seni memang baik bagi masyarakat, tetapi bukan untuk kerukunan rumahtangga kita."
Lain-lain artikel yang boleh dianggap menarik walaupun
pendek-pendek, antaranya ialah;
* Omar Sharif Dapat Bayaran Tinggi
* Menjelang Hari Raya Bersama A.Ramlee Dan Norma Zainal
* Nor Azizah Bosan Kemudian Ambilalih Tugas Orang Gaji
* Kartina Dahari Terima Pelawaan Menyanyi Di Amerika
* Jefri Din Dan S.Roha Sama-Sama Jagoh
* 007 Dan BB Dalam "Shalako"
* Sunil Dutt Dan Nutan Di Fitnah Dalam "Milan"
* Rahmah Rahmat Tidak Mahu Jefri Bergiat Dalam Seni
* Sekuntum Bunga Dari Ahmad Jais
* Penyanyi-Penyanyi Night Club Kelas Satu
* "Dendam Darah" Filem Indonesia Bercorak Agama
* Sa'adiah Mengarahkan Drama TV "Dayang Suri"
Disebabkan, artikel-artikel di gambar dalam majalah sukar dibaca, aku minta jasa baik Zaini menulis semula artikel-artikel tersebut (yang aku anggap menarik saja) untuk tatapan anda. Kesemuanya menggunakan ejaan baru, sedikit pembetulan dan penambahan, tidak yang original seperti tercatat dalam majalah.
Selamat membaca.
# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA
(SETAKAT 27 DISEMBER 2016)
PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 165,625
SEKSI SELEBRITI INDONESIA 163,765
SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 157,337
SELAMAT PENGANTIN BARU 66,915
FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 28,284
COVER DEPAN
(KARTINA DAHARI)
MUKA 2
Raquel Welch dan Jim Brown dalam filem "100 Rifles"
MUKA 3
(Latifah Omar)
BIL: 4 JANUARY 1969 TAHUN 1 50 SEN
Kepada tuan-tuan dan puan-puan.
Terlebih dahulu saya ucapkan Selamat Berpuasa, Selamat Hari Raya Idilfitri dan Selamat Tahun Baru 1969. Dengan lahirnya tahun 1969 ini maka akan lahirlah majalah Seni pada tiap-tiap bulan, bermakna mulai tahun baru ini dengan bangganya majalah Seni akan menemui tuan-tuan dan puan-puan pada tiap-tiap pertengahan bulan.
KEMAJUAN STUDIO FILEM
Kalau dulunya Cathay Keris hanya bergerak shooting dengan satu unit saja tetapi sekarang sudah menjadi dua. Iaitu filem "Mat Lanun" dan "Srikandi". Ini memandangkan yang filem-filem Melayu masih ada dalam pasaran lagi. Dengan adanya kepercayaan majikan pada pekerja semua saya harap agar janganlah pengarah-pengarah studio itu mempermain-mainkan penonton lain, sehinggakan penonton-penonton merajuk untuk menonton.
PENYANYI KE PELAKON
Di akhir-akhir ini penyanyi-penyanyi pop tidak begitu aktif lagi untuk merakamkan suara mereka tetapi mereka lebih aktif dalam
lakonan di TV atau di pentas.
Syabas pada penyanyi-penyanyi pop, begitulah hendaknya. Mungkin bagi masyarakat yang kurang waras mereka memandang yang
pop-pop sudah tidak bertempat lagi tetapi bagi masyarakat disebaliknya tentulah berkata yang ini adalah satu kemajuan.
Kepada penyanyi pop sekelian saya lebih mengsyorkan supaya mereka adakan persatuan mereka sendiri, supaya dapat memperjuangkan seni tanahair.
EDITOR
Mohd. Arif Maarof.
MUKA 4
MUKA 5
OMAR SHARIF
Omar Sharif yang pernah memenangi Oscar sebagai pelakon Pembantu Terbaik dalam filem "Lawrence Of Arabia" pada tahun 1962, adalah satu-satunya pelakon dari Timor Tengah yang dapat pembayaran tertinggi sekali di Hollywood.
Omar yang dilahirkan di Cairo, Frenchlah bahasa lidahnya sejak dia mula-mula boleh bercakap. Kedua orang tuanya Joseph dan Claire Shalboub dari Labenon dan Syria berbahasa French. Sebagaimana Omar juga telah mendapat pelajaran di Paris.
Sejak kecil Omar aktif dalam drama, dia pernah menyandang sebagai pengarah, penerbit dan pelakon dalam satu-satunya drama dan drama "Hamlet"lah menjadi kejayaannya yang terbesar sekali. Masa itu namanya masih Michel Shalboub.
Apabila Omar diberi peranan utama untuk berlakon dalam filem Mesir, Omar didapati tidak begitu faseh berbahasa Arab. Tetapi dengan pertolongan Faten Hamama, seniwati termasyur di masa itu, Omar telah berjaya bukan saja berbahasa tetapi berjaya juga mengambil hati Faten yang akhirnya menjadi isterinya. Mereka telah dikurniakan seorang anak yang bernama Tarek Omar yang turut berlakon dalam filem "Dr. Zhivago" berperanan Omar masih kecil.
MUKA 6
MUKA 7
MENJELANG HARI RAYA
Kalau hari dah dekat nak raya, jangan suka sangat ke rumah
kawan-kawan, sebab kerja kosong memang banyak. Kalau tak kena tolong cat rumah , memasang lampu, membuat kueh, ada
saja kerja yang lain.
Seperti A.Ramlee, pada mulanya dia sangka nak ke rumah Normah pinjam gitar, tetapi sesampai saja dia ke sana kebetulan Cik Normah kita sedang membuat ketupat. Apa lagi, dengan pantas Normah minta tolong. Mahu tak mahu, tahu tak tahu
terpaksa jugalah tolong.
Pada mulanya A.Ramlee enggan juga tetapi apabila nenek Normah kata, "Lelaki yang tak tahu buat ketupat dia tak boleh kahwin." Apahal, terpaksa jugalah...
MUKA 8
MUKA 9
NOR AZIZAH: SAYA BOSAN
Nor Azizah yang baru-baru ini telah pulang ke Johor Bharu untuk berehat sementara, selepas beberapa lama di Kuala Lumpur untuk perfileman di Merdeka Studio telah sempat bertemu ramah
dengan wakil kita.
Kesimpulan cerita seniwati genit kita itu nampaknya pada hari itu dia merasa bosan, jadi untuk membunuh masa bosannya itu dia telah mengambilalih semua kerja orang gajinya.
"Sebenarnya sejak pagi tadi saya tak tau ke mana saya nak pergi. Rancangan saya malam semalam saya nak ke Singapura untuk shopping maklumlah hari pun dah dekat nak raya. Tetapi apabila saya bangun pagi tadi saya rasa malas pula.
Nak ke rumah kawan, tahu sajalah bulan puasa ini, siapalah nak melayan kita. Akhirnya ke sini tak kena ke sana tak kena, ke dapur jugalah nampaknya yang kena."
MUKA 10
MUKA 11
MUKA 12
MUKA 13
KARTINA KE LOS ANGELES, AMERIKA
Ternampak saja gambar Kartina Dahari teringatlah kita lagu-lagu nyanyiannya. Baru-baru ini tersebar di surat khabar menyatakan yang Kartina akan ke Los Angeles. Nampaknya hanya Kartina sajalah penyanyi kita yang selalu mendapat pelawaan dari luar negara.
Kartina yang baru saja pulang dari Taipeh, Formosa sekarang sedang sebuk berulangalik di tambak Johor. Sekejap di Radio dan Televisyen Kuala Lumpur sekejap di Radio Malaysia Johor Bahru, semuanya urusan recording belaka.
Dan baru-baru ini giat pula berlakon di TV Singapore, begitulah sebuknya Kartina apabila berada di dalam negara.
MUKA 14
MUKA 15
MUKA 16
MUKA 17
007 + BB DALAM "SHALAKO"
Kalau dimasa kebelakangan ini Sean Connery cuma terkenal dengan lakonnya dalam filem James Bond saja, tetapi kali ini Sean (007) akan bergabung dengan Brigitte Bardot (BB) dalam
sebuah filem British, "Shalako".
BB, bintang bogel yang terkenal pernah berjanji yang dia tak akan bogel lagi di hadapan kamera, tetapi kali ini BB tetap juga bogel,
di antara paras pinggang ke atas, dalam satu babak
percintaan dengan Bond 007.
"Shalko", filem koboi yang dipetik dari novel Louis L'Amour, mengisahkan satu pergaduhan di antara orang-orang Inggeris termasuk Sean Connery, Stephen Boyd dan Jack Hawkins di satu pihak dan orang-orang Dayak Apache yang diketuai Woody
Strode di pihak yang lain.
Perfileman filem ini telah di jalankan di Spain yang mana telah menelan belanja berjuta-juta ringgit.
MUKA 18
MUKA 19
MUKA 20
MUKA 21
KERONCONG "THE HORNETS"
Dengan merosotnya lagu-lagu yang bertempoh rancak, kugiran
"The Hornets" dengan kerjasama penyanyi Indonesia, biduan Amir Hamzah, telah dapat mengubah permainan mereka daripada
tempoh rancak ke tempoh keroncong.
Baru-baru ini semasa satu rancangan untuk Hari Raya dirakamkan, kugiran "The Hornets" telah mengiringi biduan M.Adi dan Amir Hamzah dengan beberapa lagu keroncong, lagu-lagu keroncong yang dibawa oleh mereka bukanlah secara asli tetapi telah diperbaharui tempohnya dengan cara modern.
MUKA 22
MUKA 23
JANGAN LAPANGAN SENI: RAHMAH RAHMAT
Sudah tujuh tahun Jefri sekarang. Kalaulah dua tahun yang lalu Jefri cuma pergi ke tempat pendidikan kanak-kanak (Kindergarten) tetapi pada tahun hadapan (1969) ini dia akan mula bersekolah.
Seniwati Rahmah Rahmat ibu pada Jefri dan bekas isteri Jins Shamsudin mempunyai cita-cita yang sangat tinggi terhadap Jefri.
"Jefrilah satu-satunya yang Ama (namanya sendiri) ada di dunia ini, jadi kalaulah boleh Ama mahu dia menjadi seorang terpelajar apabila dia besar kelak.
"Dan kalaulah boleh Ama memang tak suka sama sekali Jefri ceburkan dirinya ke lapangan seni. Keturunan Ama orang seni termasuklah Ama sendiri begitu juga ayahnya. Jadi Ama rasa dah cukuplah setakat ini saja.
"Bagi Jefri Ama mahu dia masuk ke lapangan lain apa sajalah asalkan jangan terlibat sedikit pun dalam seni. Memperjuangkan seni memang baik bagi masyarakat. Tetapi bukan bagi rumahtangga kita.
Perkara tak diingini memang sudah banyak berlaku
termasuklah diri Ama sendiri."
Kata seniwati Rahmah Rahmat sambil termenung.
MUKA 24 & 25 POSTER SENI - NOR AZIZAH
MUKA 26
MUKA 27
SEKUNTUM MAWAR
AHMAD JAIS
Sungguh indahnya bunga
Sedang berkembang kembangan
Harum semerbak mewangi
Hanya bunga yang indah
Warnanya indah berseri
Menggentarkan gayanya
Diri sendiri oh... oh... diri sendiri
Hanya sekuntum bunga
Yang telah lama ku puja
Walau menjadi khayalan
Tetap ku cinta
Hati selalu rindu
Sejak kau hilang dari ku
Di mana akan ku cari
Sebagai ganti oh... oh... sebagai ganti
Sebagai seorang penyanyi mereka mestilah diberi peluang untuk memilih lsgu-algu kegemarannya sendiri barulah mereka dapat mrngalunksn suara mereka dengan penuh perasaan, dengan ini barulah lagu-lagu mereka mendapat sambutan.
Ada kalanya kita dapat mengagak pendirian seseorang penyanyi itu melalui dengan senikata lagu yang dinyanyikannya. Kalaulah mereka suka menyanyi lagu-lagu cinta bermakna mungkin mereka sedang bergelombang dengan cinta dan kalau mereka suka dengan lagu sedih, mungkin juga mereka dalam kesedihan,
begitulah seterusnnya.
Seperti biduan Ahmad Jais, dia sangat suka menyanyikan lagu yang berunsurkan putus harapan atau memuja sesuatu dengan sendirian. Dengan ini jelaslah yang Ahmad Jais kita ini romantik orangnya.
Kebanyakan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Ahmad Jais bukanlah ciptaannya sendiri tetapi adalah hasil dari orang lain, seperti lagu "Sekuntum Bunga" ini Ahmad Jais salin dari rancangan Muzik Muzik Muzik terbitan TV Malaysia.
Lagu ini dinyanyikan oleh Rakeb Sham. Oleh kerana Ahmad Jais tidak tahu si penciptannya jadi dia menyeru agar penciptanya dapat berhubung dengannya, kerana dia ingin merakamkannya
ke piring hitam.
AHMAD JAIS
Sungguh indahnya bunga
Sedang berkembang kembangan
Harum semerbak mewangi
Hanya bunga yang indah
Warnanya indah berseri
Menggentarkan gayanya
Diri sendiri oh... oh... diri sendiri
Hanya sekuntum bunga
Yang telah lama ku puja
Walau menjadi khayalan
Tetap ku cinta
Hati selalu rindu
Sejak kau hilang dari ku
Di mana akan ku cari
Sebagai ganti oh... oh... sebagai ganti
Sebagai seorang penyanyi mereka mestilah diberi peluang untuk memilih lsgu-algu kegemarannya sendiri barulah mereka dapat mrngalunksn suara mereka dengan penuh perasaan, dengan ini barulah lagu-lagu mereka mendapat sambutan.
Ada kalanya kita dapat mengagak pendirian seseorang penyanyi itu melalui dengan senikata lagu yang dinyanyikannya. Kalaulah mereka suka menyanyi lagu-lagu cinta bermakna mungkin mereka sedang bergelombang dengan cinta dan kalau mereka suka dengan lagu sedih, mungkin juga mereka dalam kesedihan,
begitulah seterusnnya.
Seperti biduan Ahmad Jais, dia sangat suka menyanyikan lagu yang berunsurkan putus harapan atau memuja sesuatu dengan sendirian. Dengan ini jelaslah yang Ahmad Jais kita ini romantik orangnya.
Kebanyakan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Ahmad Jais bukanlah ciptaannya sendiri tetapi adalah hasil dari orang lain, seperti lagu "Sekuntum Bunga" ini Ahmad Jais salin dari rancangan Muzik Muzik Muzik terbitan TV Malaysia.
Lagu ini dinyanyikan oleh Rakeb Sham. Oleh kerana Ahmad Jais tidak tahu si penciptannya jadi dia menyeru agar penciptanya dapat berhubung dengannya, kerana dia ingin merakamkannya
ke piring hitam.
MUKA 28
MUKA 29
MUKA 30
MUKA 31
NIGHT CLUB KELAS SATU
Di antara penyayi kita yang menyanyi di kelab malam kelas satu di Singapura ini ialah Rahim Hamid, Ahmad Daud, Saloma, Julie Sudiro (KL) Normah Zainal, Kartina Dahari dan Ismail Harun.
Yang paling sulong sekali membuka jalan ialah Biduan Rahim Hamid yang sehingga hari ini hampir 22 tahun. Dituruti oleh Ahmad Daud selama 17 tahun . Saloma 15 tahun, Julie Sudiro 10 tahun, Normah Zainal 4 tahun, Kartina Dahari 3 tahun dan Ismail Harun 2 tahun.
Apabila ditanya pendapat mereka menyanyi di kelab malam. Jawapannya hampir serupa saja.
"Keistimewaan menyanyi di kelab malam ialah kita berpeluang bertemu dengan orang-orang luar negara yang berbagai bilang bangsa, hidup selalu gembira dan paling gembira kalau kita masih seorang (bujang), waktu kerjanya pun sengkat.
"Cuma kita mestilah mengambil berat tentang lagu-lagu baru kerana pelanggan-pelanggan kita kebanyakkannya bukan orang dalam negara. Umpamanya malam itu kebanyakan pelanggan-pelanggan kita terdiri dari oirang-orang Jepun, jadi terpaksalah ahli-ahli musik kita memainkan lagu-lagu kegemaran mereka dan kalau orang-orang Barat pula mestilah lagu-lagu Barat yang
top tune kita nyanyikan.
"Seterusnya, kalau banyak orang Tionghua terpaksalah penyanyi Tionghua menghiburkan mereka. Cuma orang-orang Melayu kita saja yang jarang kelihatan, kalau ada pun hanya pembesar-pembesar dan mereka lebih gemar mendengar lagu-lagu Barat."
Tiap-tiap yang hilang akan berganti dan yang patah kan tumbuh lagi. Tak inginkah penyanyi-penyanyi pop kita cuba, selain di pentas saja. Inilah masanya untuk mencuba selagi nama masih harum.
MUKA 32
MUKA 33
DENDAM DARAH
Selepas membuat satu kejayaan yang besar dengan "Pahlawan Sembilan" sekali lagi Persari Film akan menemui para penonton dalam sebuah filem bercorak agama "Dendam Darah". Filem ini bukan saja menggambarkan keagamaan tetapi satu tuntutan darah yang dituntut oleh Rahmat Kartolo selepas kematian abangnya.
Filem ini diarahkan oleh Misba Biran iaitu seorang dari barisan pengarah yang termuda sekali. Jikalau kita menonton filem ini kita dapati betapa halus dan tingginya budi bahasa dan keperibadian orang-orang Melayu. Dengan pemandangan yang indah-indah, Saudara Misba berjaya menggambarkan satu-satu pemandangan
itu sesuai dengan babak ceritanya.
Filem ini diproduce oleh seorang pengeluar filem Indonesia, Saudara Jamaluddin Malek, yang sudah mengeluarkan filem-filem Indonesia tidak kurang dari 30 buah. Pelakon Sukarno M.Noor, Rahmat
Kartolo dan Nanny Wijaya.
Selepas membuat satu kejayaan yang besar dengan "Pahlawan Sembilan" sekali lagi Persari Film akan menemui para penonton dalam sebuah filem bercorak agama "Dendam Darah". Filem ini bukan saja menggambarkan keagamaan tetapi satu tuntutan darah yang dituntut oleh Rahmat Kartolo selepas kematian abangnya.
Filem ini diarahkan oleh Misba Biran iaitu seorang dari barisan pengarah yang termuda sekali. Jikalau kita menonton filem ini kita dapati betapa halus dan tingginya budi bahasa dan keperibadian orang-orang Melayu. Dengan pemandangan yang indah-indah, Saudara Misba berjaya menggambarkan satu-satu pemandangan
itu sesuai dengan babak ceritanya.
Filem ini diproduce oleh seorang pengeluar filem Indonesia, Saudara Jamaluddin Malek, yang sudah mengeluarkan filem-filem Indonesia tidak kurang dari 30 buah. Pelakon Sukarno M.Noor, Rahmat
Kartolo dan Nanny Wijaya.
MUKA 34
MUKA 35
DAYANG SURI
Memandangkan pada nama cerita saja tahulah kita yang cerita ini berlaku di Sarawak. "Dayang Suri" adalah sebuah cerita yang menggambarkan betapa kasihnya ibu terhadap anaknya, sehinggakan dirinya sendiri sanggup membunuh ayahnya sendiri guna untuk mengamankan kampung.
Seniwati Mariam Rahim telah menunjukkan lakonan yang cemerlang walaupun berlakon disamping pelakon-pelakon baru. Sa'adiah yang berdiri sebagai pengarah dan juga bintang undangan, cukup bertenang semasa berada di dalam set. Saudara Yusof Ahmad telah sanggup berulangalik tiap-tiap malam untuk melihat latihan "Dayang Suri" sebelum shooting di selenggarakan.
Rahim Hamid (suami Mariam) dan Ahmad Daud (suami Sa'adiah) telah turut juga bekerjasama. Jadi tak heranlah kalau "Dayang Suri" melahirkan hasil yang baik.
"Dayang Suri" hasil dari TV Singapura akan di tayangkan pada ramai pada Hari Raya ini.
Produser: Yusoff Ahmad
Director: Sa'adiah
Penulis Cerita: Ahmad Hasan
Mariam: Dayang Suri
M.Wari: Datok Patinggi Ambon
A.Galak: Abang Halil
Rahmat Mohd.: Datok Patinggi Bujang
Ali Fiji: Richi (Ketua Lanun)
Dan banyak lagi.
MUKA 36
MUKA 37
MUKA 38
MUKA 39
MUKA 40
MUKA 41
MUKA 42
MUKA 43
MUKA 44
MUKA 45
MUKA 46
MUKA 47
(IBRAHIM PENDEK & KARTINA DAHARI)
COVER BELAKANG
(ELIZABETH TAYLOR)
# Majalah Hiburan Dulu-Dulu (3) Akan Menyusul. Tunggu...
# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___
Berapa Banyakkah Yang Masih Ada?
FFAP6 (1959)
Filem Terbaik: THE KINGDOM AND THE BEAUTY (Hong Kong)
AHMAD MAHMOOD
Ahmad Mahmood Bintang Di Langit Seni
FFAP19 (1973)
Filem Terbaik: PERKAHWINAN (Jakarta)
LATIFAH OMAR
Ikon Era Gemilang Filem Melayu
FFAP25 (1979)
Filem Terbaik: PENGEMIS DAN TUKANG BECA (Jakarta)
R. AZMI
Berada Dalam Kamar Sepi Dalam Kesepian
FFAP30 (1985)
Filem Terbaik: DEEP BLUE NIGHT (Seoul)
Cantik gambar Kartina Dahari tu.
ReplyDeleteHarap banyak lagi majalah lama yang klasik
Encik Mustafar siarkan - Rehman, KL.
Insyaalah.
DeleteSaya orang baru tak banyak tahu tentang Kartina Dahari. Boleh tak Encik Mustafar atau Puan Zaini buat cerita mengenainya. Saya cari juga berbagai blog termasuk Wikipedia. Tapi hasilnya sangat mengecewakan - Zahara, Woodlands, S'pore.
ReplyDeleteInsyaalah. Info awal. Ramai yang tidak tahu Kartina Dahari berkawin dengan Adnan Saad pada 15 Jun 1961, ketika usianya 19 tahun. Adnan ialah Inspekter Polis, ketika itu, bertugas di Balai Polis Beach Road, Singapura. Anak perempuannya, Adlin Adnan, juga penyanyi tetapi tidak menyerlah seperti Kartina. Yang lain-lain nanti Zaini sambung. Ok Zahara.
Delete