"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Tuesday, November 15, 2016


MENANTI HARI ESOK (1977)

DARI KACAMATA SARENA HASHIM

SARENA HASHIM: I REGRETTED ACTING THIS ROLE
Teks Oleh: Sarena Hashim, Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Foto: Daripada Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop





(Sumber: SarenaFanClub09)


SARENA HASHIM YANG AKU KENALI
Oleh: Mustafar A.R.



LAMA juga aku tidak bertemu Sarena Hashim. Berpuluh tahun, kalau boleh dikatakan begitu. Kali terakhir sekitar April 2008. Bukan bertemu tapi sekadar mendengar suaranya dalam telefon. Masih lunak dan merdu, sama seperti ketika sebagai penyanyi dulu,
di tahun-tahun 1970-an.
Sarena menelefon memberitahu bapak mertuanya (L.Krishnan), menerima undangan aku dan bersetuju melancarkan buku "Filem-Filem P.Ramlee" di Saloma Bistro, Kuala Lumpur pada 26 April 2008. Aku juga mengundangnya untuk hadir dengan harapan dapat bersua kembali, namun dia tak kunjung tiba sampailah majlis berakhir. Alangkah hampanya hati aku. Selepas itu, entah mengapa,
aku terus melupakannya.
Ada juga aku menerima undangan beberapa kali, melalui Rosnani, untuk meraikan ulangtahun kelahiran L.Krishnan yang diadakan setiap tahun. Entah mengapa pula, ada saja hal yang membuat aku terhalang pergi. Kalau dapat memenuhi undangan tersebut, pasti rindu aku padanya terubat. Jangan salah sangka, rindu seorang teman seiring sejalan bukannya rindu sebagai kekasih, ya.
Sebenarnya, ramai yang aku rindukan. Ada di antaranya (begitu rapat dengan aku) sudah pergi jauh, terlalu jauh, ke alam yang hanya Allah yang maha Esa saja yang tahu - Rafeah Buang, Rose Yatimah, Sharifah Aini, Azean Irdawaty, Julie Dhalan, Norma Yuzie, Mahyon Ismail dan Rosnah Mohd. Noor.
Aku dengan Sarena tidaklah close sangat, sekadar dipinggiran - hubungan antara wartawan dengan artis. Artikel-artikel mengenainya yang aku tulis ada tersiar beberapa kali dalam akhbar Utusan Malaysia dan majalah Utusan Filem & Fesyen (UFF) serta juga URTV yang pernah aku kendalikan.
Ketika berlakon dalam "Menanti Hari Esok" aku bersama Bahyah pergi ke kediamannya (ketika Itu) di Petaling Jaya mengambil gambar dia bersama Ramly Abu Bakar, dan telah disiarkan dalam UFF yang aku kelolakan. Sarena juga pernah beberapa kali menghiasai cover UFF.
Ramly turut berlakon dalam filem tersebut yang dibintangi Jins Shamsudin, Sarimah, Noor Kumalasari, Hail Amir, Ed Osmera, Dayang Sulu, Salim Bachik dan Sonny Abdullah.
Hubungan aku dengan Sarena mulai rapat apabila Zainuddin Nordin memberi kesempatan kepada aku menulis skrip rancangan hiburan cukup popular ketika itu, Hiburan Malam Minggu (HMI), dengan Sarena sebagai hosnya. Disamping dia, aku juga menulis skrip untuk Aziz Jaafar, Dhalan Zainuddin, Andre Goh, Mary Sia Ling Ling
dan Frankie Cheah.
Selepas itu, dari masa ke masa aku bertemu Sarena, setiap kali pelancaran album (LP) terbarunya, aku tidak pernah ditinggalkan dan aku pula sering memenuhi undangan. Banyak LPnya (yang aku terima semasa persidangan akhbar), masih berada dalam keadaan baik (kelihatan masih baru walaupun sudah bertahun-tahun lamanya), tersusun rapi dan kemas di antara lebih 700 LP dan EP yang masih berada dalam simpanan aku.
Banyak juga yang ditandatangani oleh Sarena, tapi yang paling aku suka, pada LPnya "Kenalan Pertama" keluaran 1977, ada
tercatat di atas tandatangannya:
To Mus AR With Love.
Satu peristiwa menarik yang tidak dapat aku lupakan ketika Sarena membawa sepupunya (Rozzana) ke rumah Bahyah di Kampong Datok Keramat, mengambil gambar untuk UFF. Pada masa itu, Rozzana sedang berlakon bersama Sharifah Aini dan Latiff Latiff dalam "Hapuslah Airmatamu" arahan M.Amin.
Rozzana juga turut berperanan dalam "Menanti Hari Esok", namun namanya di credit title berubah jadi Suzana. Kliks Di Sini
Diperingkat awal shooting berjalan seperti biasa. Klik sana klik sini, tapi apabila Bahyah bersuara, "seksilah sikit Rozzana," kemudian ditambah pula kata Sarena, "Ahnga... janganlah malu." Apa lagi, Rozzana pun mula membuka satu demi satu butang bajunya yang berkesudahan terdedah luas disebelah atas. Faham-faham sajalah.
Aku dan jurugambar (Raja Harun Rezduan) terkejut dan tergamam, tidak sangka Rozzana (yang kelihatan pemalu) begitu berani dan sanggup berbuat demikian. Kini, aku tertanya-tanya, di mana Rozzana sekarang? Aku juga merinduinya, sama seperti Sarena.
Peristiwa tersebut, masih jelas dalam ingatan aku (Sarena mungkin tidak ingat), seolah-olah baru semalam berlaku. Padahal 1976, sudah 40 tahun berlalu. Betullah, 'the bad thing always good memory'.
Apapun, artikel kali ini, bukan mengenai personaliti Sarena secara total , tapi lebih tertumpu pada curahan rasa hatinya terhadap filem pertama dan terakhirnya, "Menanti Hari Esok".
Ia dipetik dari blog Reminiscences Kliks Di Sini kepunyaan Sarena (keluaran 21 Jun 2014) yang aku temui di alam maya secara tidak sengaja. Tulisan dalam bahasa Inggeris, dan Zaini bertanya mahu diterjemahkan ke bahasa Malaysia atau pun tidak.
Aku kata tak payah, takut nanti maksud dan tujuan Sarena disalah mengertikan. "Kalau ada sesiapa yang kurang faham biarkan
google terjemahkan," kata aku.
Kata Sarena: "Menanti Hari Esok" shall be laid to rest, and will
not be discussed again!...
Kata aku: "Kejamnya kau Sarena, kesian Jins." Kliks Di Sini






Kini diterbitkan sebulan sekali tidak lagi dua minggu sekali.







12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 15 NOVEMBER 2016)
PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 161,331
SEKSI SELEBRITI INDONESIA 159,270
SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 152,142
SELAMAT PENGANTIN BARU 66,242
FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 28,272





(Sumber: Kirawang Network/Koleksi#Arjuna)

CREDIT
(seperti tercatat di filem)
JINS SHAMSUDIN mempersembahkan menanti hari esok Lakunan SARIMAH Memperkenalkan NOOR KUMALASARI Bintang tetamu HAIL AMIR SARENA HASHIM Dengan RAMLY ABU BAKAR SALIM BACHIK Penyanyi jemputan UJI RASHID D.J.DAVE Bintang undangan UMI KALTHUM ED OSMERA DAYANG SULU SONNY ABDULLAH ISMAIL MAHMOOD dan ZAHARI ZABIDI WAN NORAINI LINDA OMAR MANAF TASKEN RASHIDAH NORMA YUZI SUZANA Turut berlakun MOHD SHUKRI HADAPI dan JINS SHAMSUDIN Cerita lakunlayar & arahan JINS SHAMSUDIN Muzik AHMAD NAWAB Gurindam AIMI JARR BAHYAH MAHMOOD Sekerip & katabual AIMI JARR JINS SHAMSUDIN Pereka pakaian PEGGY'S BOUTIQUE Juru gambar AMIN ZAA JOHAN IBRAHIM Penyunting JOHARI IBRAHIM JOHAR IBRAHIM Juru rakam TAN CHUAN HOCK PETER LIM Pengurus produksyen S.SUDARMAJI

SINOPSIS
Cerita bertemakan kerosakan akhlak anak-anak daripada keluarga pertengahan di dalam masyarakat Melayu kerana kurangnya pendidikan agama yang diberikan kepada mereka. Ia memaparkan kejayaan karier seseorang di luar rumah tidak bererti dia juga berjaya mendidik anak-anaknya. Cikgu Talib berjaya menjalankan tugasnya sebagai Guru Besar tetapi gagal mendidik dua anaknya, Jalil dan Rahayu, dengan didikan yang sempurna. Disamping dia sendiri menanti hari esok. Maut bakal kunjung tiba kerana penyakit kanser yang dihidapinya. Bagaimanapun, siapa sebenarnya
menanti hari esok...

LAGU
Menanti Hari Esok (Uji Rashi)
- Ciptaan: Ahmad Nawab/ Lirik: Aimi Jarr
Kau Dalam Hatiku (Uji Rashid/Hail Amir)
- Ahmad Nawab/Aimi Jarr
Sungguh Kau Istimewa - (Uji Rashid/D.J.Dave)
- Ahmad Nawab/Aimi Jarr
Kenangan Yang Tak Dapat Ku Lupakan (Uji Rashid)
- Ahmad Nawab/Bahyah Mahmood






(Sumber: Kirawang Network) (Sumber: SarenaFanClub09)




ACTING DEBUTS - FEATURE FILM
(WAITING TOMORROW)
Source: Reminisceneces (21st. June 2014)
By: Sarena Hashim



Today, I am writing on a topic that has long been lingering on my mind. These are layers
of unspoken words.
I made a spontaneuous decision to leave the entertainment world, and thereon, became a publicity-shy recluse. I was content, and still am. Today, after years of absence, I am back, and sharing my thoughts, and past experiences, in this blog. This is somewhat strange, and unprecidented. Many are curious to know if this means that I am making a comeback. Well, not really!
My disappearance I left for a personal reason, and this had nothing to do with my life as an artist. Among other things, I discovered that my exit provided me with immense opportunities to focus on different aspects of life.
Incidentally, I was raised in a home where conventional and traditional medicines were practiced alongside. I decided to pursue seriously into the study, and research on complementary healthcare. This led to many discoveries, which in turn paved the way for me to devote my time to humanitarian work. This was the trend in my family, for generations.
My return Today, internet has become a necessity in life, and there are numerous advantages, when wisely utilized. It can also make, or break a person, even a country. In the late 2008, while making a search on Google, I was surprised to find that my name was suddenly appearing more prominently. As much as I enjoyed being a recluse, I realized that I could not erase my past life, as a celebrity.
Inadvertently, my songs became more alive on the radio and on You Tube. This was followed by EMI’s sudden releases of my hits compilations, in 2009 and 2011. Then, what I dreaded most, resurfaced. It was the feature film "Menanti Hari Esok" that I acted in, and the role was similar to the Joan Collins’ conniving role in "Dallas", that everyone despised.
When I saw a rescreening of the movie after a lapse of years, I regretted acting this role. Sometimes people tend to associate actors and actresses by the roles they play. This is inevitable, because I also have my own fixation about movies. I like Johnny Depp for the roles he played, but I would not be keen to watch his movies without his subtle, sophisticated humour.
After reconnecting with fans, I am pleased to know that they are matured enough to understand that I was merely acting a role.
Subsequently, in April, this blog came into being. There are however, unanswered questions raised by loyal fans that needed to be addressed. They wish to know why I accepted the role, when I already reached the peak of my profession as a recording artist,
TV singer and actress.
Acting debuts: To answer this question, I now have to relive these moments again. Anyway, here are the answers - quite lengthy, actually. It started as a passion at the age of 5. I was already on stage singing, and acting in school concerts. I would often sneak into my mother’s room, and stand in front of the mirror mimicking different roles while singing. At 14, I used to dramatize on radio shows, and wrote a few drama scripts. My friends in school named me the ‘funny girl’, for my convincing mimics of some teachers.
Obviously, my passion had always been in the arts and entertainment. I was able to realize the dream of becoming a singer, but what was left unfulfilled, was the desire to become an actress in a feature film.
Comedy sitcoms: Serious acting stints actually began during my TV shows. I performed 7 comedies in my musical and sitcom series, and wrote most of the scripts. It was a real joy working with the RTM producer, Helan Abu. He was creative, professional, and experienced. Without exception, filming took place
specifically on time.
TV Dramas: I continued my journey in acting, and acted in several TV dramas. I was pleased with the roles, and thoroughly enjoyed the experience. The TV producers were professional, and gentlemanly, except for one. He has departed from the world, and regrettably, there is no happy moment to reminisce.
Feature films: There were several acting offers in feature films. The late well-known film director, Omar Rojek, visited me once at my home, with his wife, and offered me a leading role in his movie. However, I turned down the offer, as I was beginning to establish my profession in the recording industry.
This was followed by an offer from renowned film producers and directors - the late P.Ramlee and Jins Shamsudin. I met them including H.M.Shah. They were starting the production of a film named "Sandira", and I was offered a leading role. The role was challenging, and most ideal for me. Sadly, this film did not materialize due to internal problems within the company, that
led to an eventual break-up.
"Waiting for Tomorrow" (Menanti Hari Esok): Two years later, film director, Jins Shamsudin offered me the role as a ‘guest star’ in the movie "Menanti Hari Esok". A representative of PERFIMA, the film company, met me. I told that I would not be able to decide until I checked the script, and my role in the film. This was my precondition.
The representative could not provide me with a full script, but instead, handed a few sheets of paper with dialogues involving my scenes. It was apparently a normal practice in the Malay film industry. Only skeletal scripts would be revealed, in order to ensure confidentiality of the plots. I was assured that upon signing the contact, I could view the actual script. I was told that if I was not happy with my scenes or dialogues, changes could be considered, and effected during filming.
Not a wise decision: Regrettably, I signed the contract, and it was not a wise decision on my part. As filming progressed, I realized that the overall film was centred around me being a ‘baddy’ - smirking, frowning, or scowling at someone. There was hardly a shot of me looking happy, or smiling, except in the last scene, when I finally showed some remorse.
Behind the scenes: Contrary to my years of filming experience at TV Malaysia, I was surprised that filming conditions were extremely relaxed here. Many times camera could not roll on time, due to unforseen reasons, including casts turning up late for filming. On some occasions, filming was cancelled, without notice. Incidentally, I did not lay eyes on the promised script. It was changed several times, but not to my advantage. Production work unexpectedly stretched nearly two years.
Premiere screening: I did not attend the premiere screening, as I had already moved on with my life.
Praises: "Menanti Hari Esok" turned out to be a box office movie. I saw the movie privately at a Penang theatre. Many commended me for a job well done, and press reviews were flattering.
Remembered: I believe that a movie role can be complimentary, or otherwise, to the image of an actress. To this day, I am remembered for this antagonistic role in the movie. Coincidentally, all other acting performances in TV dramas, my funny roles in sitcoms, are totally forgotten, or unknown. These tapes have long been erased, by RTM. What remains of my memoir in
acting, is this movie.
To realize a dream, I ventured into something that could have been detrimental to my profession as a singer. Nonetheless, this was looked upon as a 'no venture no gain' scenario in life. Afterall, I did gain the experience that I yearned for
- as a silver screen actress!
Closure: Today, I've stirred sudden interests in the movie. Below, some encouraging words recently posted by loyal fans and friends on my facebook, that finally brought closure to this chapter in my life. Thank you, guys.
RH - quote: "Kak Sarena, don't be so hard on yourself. We would always remember you in the best light. It is your songs that are etched in our minds for the rest of our lives. At the end of the day, we would be listening to "Bersama" and "Jangan Menangis" over and over again. I must say I have seen MHE (Menanti Hari Esok) at least twice during those days, but I would not equate the role with you."
HL - quote: "Too bad you are not in other features so you can display more versatility but the people here are right, you are being too hard on yourself... so relax sister."
Laid to rest: Now that I have spoken, "Menanti Hari Esok" shall be laid to rest, and will not be discussed again!...







(Sumber: Wardi Klasik)


SEDIKIT MENGENAI SARENA HASHIM
Oleh: Zaini Yusop



Sarena Hashim merupakan bekas personaliti filem, TV, artis piringhitam, pelakon, pencipta lagu dan penulis lirik. Mengeluarkan hampir 20 Single, EP dan LP dengan EMI. Dia sering muncul dalam banyak program hiburan (TV) di Malaysia, Singapura dan Brunei. Menjadi hos siri musik dan sitcom - "Sarena - In Saturday Night Entertainment". Menyanyi dalam bahasa Melayu, Inggeris, Arab, Mandarin dan Hindi.
Semasa kemuncak kejayannya, Sarena menarik diri sepenuhnya daripada dunia hiburan, dan mengkukuhkan kedudukannya sebagai usahawan. Kembali sebagai pengeluar filem dan musik, Sarena mendapat pengiktirafan sebagai pengeluar musik wanita pertama di Malaysia. Mencipta, menyanyikan dan mengeluarkan album anti-dadah dan pro-bono, dengan PEMADAM, dalam kempen anti-dadah Kebangsaan, disamping selama 12 tahun membuat kajian, penyiasatan dan penyelidikan sebagai penyumbangan penjagaan kesihatan.
Begitu tekun dengan aktiviti sosial, Sarena juga pengasas dan presiden sebuah pertubuhan NGO. Selama 12 tahun, dia membantu wanita dan kanak-kanak dalam program pembangunan kemahiran, bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.
Sarena memulai kerjaya seninya dengan memasuki pertandingan Bintang Radio pada tahun 1966, namun tidak berjaya, cuma mendapat tempat naib johan, bahagian langgam, di peringkat negeri Pulau Pinang.
Dia tidak patah semangat dengan kegagalan itu, sebaliknya terus berusaha sehingga mendapat peluang merakamkan lagu-lagu ke piringhitam. Single pertamanya dikeluarkan pada tahun 1970 mengandungi dua lagu - "Mimpiku"
dan "Panggillah Daku".
Selepas itu, satu demi satu EP dan LP dihasilkannya. Antara lagu yang mendapat tempat dihati peminat lagu - "Kuinginmu Jua", "Dua Kali Dua", "Setiap Masa", "Kutunggu Malam Tiba", "Kanda dan Dinda" (duet dengan D.J.Dave) dan "Bersama" (saduran lagu "Yeh Samaa Samaa Hai" petikan filem "Jab Jab Phool Khile").
Antara pengalaman manis yang dikecapinya, dia berpeluang ke India atas undangan EMI India, di mana dia diberi kesempatan bertemu ramai pelakon dan penyanyi popular negara itu termasuk Lata Mangeshkar, Kishore Kumar, Dev Anand, Hema Malini, Shashi Kapoor, Dharmendra dan dua pencipta lagu sudah tidak
asing lagi, Laxmikant Pyarelal.
Sarena juga pernah menjadi pilihan pengarah Jins Shamsudin untuk membintangi filem "Menanti Hari Esok" dengan melakonkan peranan jahat (antagonis).
Bagaimanapun, di tengah-tengah kemuncak popularitinya, Sarena membuat kejutan pada para peminatnya apabila memilih berkahwin (buat kali kedua) dengan Prem K.Pasha, anak pengarah filem terkenal L. Krishnan, yang melonjakkan P.Ramlee sebagai hero menerusi "Bakti" (1950).
Selepas mengumumkan persaraannya dalam bidang nyanyian dan lakonan disekitar tahun 1978, Sarena terus dengan keputusannya itu sehingga kini. Dia banyak menghabiskan masa dalam perniagaan dan menguruskan rumahtangga saja.
Sarena yang kini berusia lewat 60-an berasal dari Pulau Pinang dan mempunyai darah kacukan India dan Arab. Dia dibesarkan di Tanjung Bunga dan menghabiskan persekolahan sampai peringkat menengah di St. Georges Girls School, dan dia juga mempunyai kelulusan dalam jurusan kesetiausahaan dan pernah menjawat jawatan pembantu peribadi di sebuah syarikat perumahan sebelum menyanyi.
Mengenai kegiatan seninya, dia mula menunjukkan minat semasa di bangku sekolah lagi. Namun bakatnya tidak disokong oleh keluarga yang mahukan dia memberi tumpuan pada pelajaran. Dengan usaha sendiri, Sarena memasuki pertandingan Bintang Radio pada 1966, namun gagal di peringkat negeri Pulau Pinang.
Selain menyanyi dan membintangi "Menanti Hari Esok", Sarena pernah berlakon beberapa drama TV - "Cemburu" (The Saloma Show), "Wajah Wanita" (Potret Pekerti), "Yang Mana Satu" (khas untuk Hari Buruh) dan rancangan hiburan kelolaannya sendiri - SARENA dan Hiburan Malam Minggu.
Sarena juga mengendalikan blog Reminisences yang dimulakannya dengan artikel "Blog Author - Recalling Song "Bersama" pada 5 April 2014. Ia merupakan
tindihan blog SarenaFanClub09 yang mula wujud pada 2009, kemudian terhenti sekian lama.
Banyak artikel menarik didalamnya. Tapi sayang, setakat 15 November 2016, catat pageviewsnya hanya 23,257. Kenapa, ya?


# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___



FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?






KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.




10 comments:

  1. Salam en mus..kalau tak salah saya dalam filem ini ada lagu yang bertajuk Kenangan Yang Tak Ku Lupakan nyanyian Uji Rashid..benarkah penulis liriknya ditulis oleh bahyah mahmud?dan adakah orang yang sama yang dibuat tribute sblm ini?betulkan jika saya tersilap..terima kasih..majulah FK untuk filem negara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar tidak salah lagi, Pemikir Muda.
      Lagu tersebut liriknya oleh Bahyah Mahmood,
      dan lagunya ciptaan Ahmad Nawab.
      (Fakta: ejaan bukan Bahyah Mahmud, ya).
      Benar juga, Bahyah Mahmood inilah yang
      ditributekan oleh Sonny Abdullah,
      Ahmad Fauzee, Rosnani, Sandakiah
      Aziz dan saya sendiri pada 2014 dulu.
      Selain itu, Bahyah Mahmood juga
      menulis lirik "Gelombang" nyanyian
      Salamiah Hassan ciptaan Kassim Masdor
      petikan filem "Tiada Esok Bagimu".
      juga diarahkan oleh Jins Shamsudin.

      Delete
  2. Salam Encik Mustafar. Beberapa artikel "Dari Kacamata" begitu menarik dan saya sangat suka membacanya. Dari Kacamata Encik Mustafar mengenai Aziz Sattar, Kassim Masdor, Ahmad Mahmood dan Aimi Jarr telah diolah dengan begitu baik sekali. Dari kacamata Sarena Hashim mengenai "Menanti Hari Esok" juga langkah terbaik untuk sesiapa saja yang boleh berbuat demikian. Apapun, dengan daya kreatif Encik Mustafar dan Puan Zaini, Dari Kacamata tersebut lebih bernyawa jika dibandingkan yang terdapat dalam blog Sarena Hashim sendiri. Encik Mustafar, disini saya ingin membuat satu permintaan iaitu boleh tak buatkan artikel "Dayang Sophia Dari Kacamata Mustafar A.R." Ini kerana seniwati tersebut begitu terpinggir kini, tidak banyak diperkatakan mengenainya. Apa yang saya tahu dia berada di Brunei. Benarkah? Sekiranya Encik Mustafar boleh buat tentang Aziz Sattar tentu boleh juga buat mengenai Dayang Sophia. Ya tak? - Rizqi Zulkifli (via e-mail), (UiTM) Seremban 3, N9.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Permintaan Rizqi Zulkifli ini sudah PASTI dapat En. Mustafar kabulkan. En. Mustafarlah calon penulisnya yang tepat. Ini kerana, En. Mus boleh mendapatkan jasa baik Puan Sandakiah Aziz yang mana secara kebetulan, Dayang Sopiah adalah ibu kandung Sandakiah. Agak terkilan juga semasa Almarhumah Rahimah Alias & Suraya Harun masih hidup setelah meninggalkan dunia perfileman dulu, tiada sorang pun yang mengorak langkah atau berminat untuk menulis tentang Almarhumah berdua. Sarena Hashim pernah memberi penghormatan dengan menyebut tentang Mama Rahimah Alias dalam blognya, REMINISCENCES. Para generasi terkemudian pasti berminat atau perlu tahu tentang para karyawan terdahulu yang menjadi perintis & pembuka jalan perusahaan filem klasik Melayu kita.

      - NONAMA

      Delete
    2. Agak sukar juga saya nak tulis mengenai "Dayang Sophia Dari Kacamata Mustafar A.R." kerana saya tidak rapat dengannya seperti saya rapat dengan Aziz Sattar. Apapun, nanti saya hubungi Sandakiah Aziz samada dia mahu menulis mengenai ibunya itu dengan tajuk "Dayang Sophia Dari Kacamata Sandakiah Aziz". Sebenarnya segala detail mengenai pelakon yang memulakan kariernya melalui "Bujang Lapok" arahan P.Ramlee, sudah saya kumpulkan sejak lama dulu. Jika Sandakiah Aziz bersetuju, paling penting Dayang Sophia pula bersetuju, ia akan digabungkan menjadi satu artikel yang mantap, dan dijangka cerita mengenai Dayang Sophia tidak lagi terpinggir. Insyaalah. Terima kasih Nonama kerana memberi sumber ilham pada saya.

      Delete
  3. Ada orang lama yang berkongsi cerita tentang dunia radio & TV yang melibatkan Sarena Hashim. Menurut beliau, Sarena seangkatan dengan Rubiah Lubis dalam bidang nyanyian (tetapi tidak tahu pulak dari segi umur, siapa yang lebih tua & siapa yang lebih muda - mungkin sebaya).

    *** MENYIMPANG CERITA (I) ~ Rubiah juga dari Pulau Pinang & selain menyanyi, Rubiah adalah tenaga penyiar di RTM & juga juruacara. Rubiah pernah berduet dengan Zulkiflee Ahmad dalam lagu "Tunggulah" & "Kau & Aku".

    *** MENYIMPANG CERITA (II) ~ Selepas menyanyi, Zulkiflee Ahmad terus lenyap & senyap entah ke mana. Menurut banyak spekulasi & serkap, pada waktu senggang itulah Zulkiflee dikatakan menjalani transisi sepertimana Bruce Jenner hari ini dengan penjelmaan semulanya sebagai Yasmin Ahmad (Almarhumah). Wallahu'alam - Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

    Menurut orang lama kita itu lagi, dalam sebuah show mingguan di RTM1 berdekad dulu, Sarena muncul bersama Rubiah Lubis & seorang lagi penyanyi wanita (siapakah beliau?). Mereka bernyanyi secara trio & juga sorang-sorang. Suara Sarena memang bagus tetapi jika diamati, Sarena tidak berdaya menangani nada yang tinggi & nafas yang panjang. Kalaulah dulu, sewaktu muda & kemuncak popularitinya, Sarena diberikan lagu yang mencabar seperti SEDALAM MANA CINTAMU (Safura), AKU TETAP AKU (Shima), HALAMAN ASMARA (Ziana Zain & Awie), sudah pasti suara Sarena akan hancur berderai. Justeru itu, lagu-lagu Sarena dipilih secara selektif, setakat mana yang Sarena boleh melantunkannya - itupun secara ala kadar. Pencapaian pageview blog Sarena cuma 23,257 berbanding 1 juta lebih bagi Filem Klasik, pada pandangan saya, tidaklah menghairankan kerana ia ditulis dalam medium bahasa Inggeris.
    (1) Orang Melayu di mana-mana pun - terutamanya di Malaysia - lebih selesa dengan bahasa Melayu (membaca, menulis, bertutur, mendengar).
    (2) Tidak ramai golongan elit Melayu yang gemar dengan dunia hiburan Melayu.
    (3) Jangan kita harap Cina, India & bukan-Melayu yang lainnya sudi melayari blog REMINISCENCES Sarena kerana Sarena bukan artis bangsa atau etnik mereka. Sedangkan Mary Siah Ling Ling, Frankie Cheah, Remy Kenny & Martin, Francesca Peters & Royston Sta Maria, Moses Vadham, Alleycats, bagai nak pecah anak tekak & urat leher menyanyikan lagu-lagu Melayu tanpa mendapat apa-apa sokongan atau pengikut yang significant dari pihak bukan Melayu; inikah pulak Sarena Hashim!!! Lain keadaannya di luar negara. Shila Amzah yang menyanyikan lagu Mandarin "meletup" di tanah besar China & menjadi tumpuan besar-besaran di negara tersebut sedangkan orang Cina di sini (Malaysia & Singapura) setakat tersenyum hambar & tak ramai yang ambil peduli.

    Tahap penguasaan bahasa Inggeris Sarena adalah sebaik Anwardi Jamil yang sering menulis dalam medium bahasa Inggeris. Dalam kita meluaskan tahap penggunaan & penguasaan bahasa Inggeris, "bahasa Melayu kita dilupai jangan"!

    - NONAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. AnonymousApril 1, 2023 at 5:58 AM

      Saya pengikut Abang Mus. Artikel yg diterbitkan di sini adalah menarik. Terbaca komen oleh seorang Anonymous bertarikh November 18, 2016 tentang Sarena Hashim. Anonymous tidak layak mengulas tentang sesiapa melainkan anda seorang penyanyi terkenal seperti Siti Nurhaliza, Jennifer Lopez, atau seorang Penerbit. Mungkin anda cemburu dengan kejayaan seseorang kerana suami anda peminat atau mungkin juga anda seorang pondan yang cemburu dengan wanita yang berjaya. Kerja anda adalah menjatuhkan nama, maruah orang, dan menyebar fitnah. Jelas anda seorang yang gagal, tidak mempunyai sesuatu yang dapat dibanggakan, dan bermasaalah menguasai Bahasa Inggeris, tapi pakar dalam menjatuhkan imej orang yang dianugerahi Allah SWT dengan bakat dan kemasyhuran.
      Jika anda memperolehi ajaran agama, seharusnya tahu adalah amat berdosa mengumpat tentang sesiapa sahaja. Di bulan Ramadhan ini bertaubatlah dan memohon kepada Allah SWT agar membersihkan hati, fikiran dan mulut anda. Mungkin jika anda bersungguh-sungguh memohon, Allah SWT akan mengubah sifat dan menjadikan anda seorang manusia yang beriman.

      Delete
  4. Saya pernah berjumpe dgn Aunty Sarena Hashim mase Sambutan Aidilfitri 2013 dan ade menyimpan number HP beliau

    ReplyDelete
  5. boleh pak mus beritahu watak Aida dalam menanti hari esok tu siapa pelakonnya? norma yuzie dan suzana pulak pegang watak yang mana? saya tonton filem ni tak dapat detect pulak watak mereka. terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Saya pengikut Abang Mus. Artikel yg diterbitkan di sini adalah menarik. Terbaca komen oleh seorang Anonymous bertarikh November 18, 2016 tentang Sarena Hashim. Anonymous tidak layak mengulas tentang sesiapa melainkan anda seorang penyanyi terkenal seperti Siti Nurhaliza, Jennifer Lopez, atau seorang Penerbit. Mungkin anda cemburu dengan kejayaan seseorang kerana suami anda peminat atau mungkin juga anda seorang pondan yang cemburu dengan wanita yang berjaya. Kerja anda adalah menjatuhkan nama, maruah orang, dan menyebar fitnah. Jelas anda seorang yang gagal, tidak mempunyai sesuatu yang dapat dibanggakan, dan bermasaalah menguasai Bahasa Inggeris, tapi pakar dalam menjatuhkan imej orang yang dianugerahi Allah SWT dengan bakat dan kemasyhuran.
    Jika anda memperolehi ajaran agama, seharusnya tahu adalah amat berdosa mengumpat tentang sesiapa sahaja. Di bulan Ramadhan ini bertaubatlah dan memohon kepada Allah SWT agar membersihkan hati, fikiran dan mulut anda. Mungkin jika anda bersungguh-sungguh memohon, Allah SWT akan mengubah sifat dan menjadikan anda seorang manusia yang beriman.

    ReplyDelete