"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Saturday, December 23, 2017


AHMAD NISFU (1902-1972)


Teks: Mustafar A.R. Aidalina Mustafar & Zaini Yusop
Penulis Tamu: Mohd.Danial Abd.Aziz
Foto: Daripada Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop


<< PERHATIAN >>
MENCIPLAK APA SAHAJA ARTIKEL TERDAPAT DALAM
BLOG INI SANGAT DIALU-ALUKAN. NAMUN UNTUK
MENGHORMATI SUSAH PAYAH KAMI MENGHASILKANNYA
DIHARAP PENCIPLAK MENCATATKAN FILEM KLASIK
SEBAGAI SUMBER IANYA DICIPLAK - MUSTAFAR A.R.


AHMAD NISFU

Bersama P.Ramlee, Aziz Sattar dan Kemat Hassan dalam
"Seniman Bujang Lapok."

Bersama P.Ramlee dalam "Ibu Mertua Ku."



AHMAD NESFU

Bersama keluarga yang disayanginya.

BIODATA AHMAD NISFU

Ahmad Nisfu (Nispu/Nesfu/Nespu)
Nama asal: Mohamed Bin Nisfu
Lahir: 1902 (tarikh tepat tidak pasti)
Tempat: Medan, Sumatra, Indonesia
Meninggal dunia: 25 Jun 1972
Tempat: Kampong Kuchai Lorong 3, Singapura
Pusara: Tanah Perkuburan Bidadari & Tanah Perkuburan Choa Chu Kang, Singapura
Isteri: Saadiah Musa (pertama), Chik Osman (kedua)
Anak: Osman Mohamed, Fatimah Mohamed



MEMPERBETULKAN PERSEPSI
SALAH AHMAD NISFU
Oleh Pak Mus

Pada 10 September 2017, Pak Mus menerima emel Mohd.Danial Abd.Aziz.
Begini tulisannya:
Assalamualaikum Wbt.
Pak Mustafar A.R. yang saya hormati.
1. Saya, Mohd.Danial Abd.Aziz dengan rasa rendah hati ingin mempersilakan Pak Mustafar membaca artikel yang saya tulis.
Artikel ini bertajuk “Benarkah Ahmad Nisfu Hidup Sebatang Kara Dalam Kedaifan?” yang telah disiarkan di laman web The Patriots.
2. Tujuan saya menulis artikel ini kerana ingin mengubah persepsi masyarakat terhadap kisah yang pernah tular di internet yang mengatakan Ahmad Nisfu hidup melarat di penghujung hayatnya.
Setelah membuat kajian dan penyelidikan, saya dapati kisah itu fitnah semata-mata.
3. Saya berasa sangat berbesar hati sekiranya Pak Mustafar dapat memberikan sebarang komen, kritikan atau apa saja selepas membacanya nanti.
4. Dengan ini saya sertakan capaian (link) untuk artikel tersebut: (https://www.thepatriots.asia/archives/6535).
Sekian, terima kasih.
Mohd.Danial Abd.Aziz, Kuala Lumpur.
Mulanya Danial meminta Pak Mus komen dan kritik artikelnya itu, namun setelah dibaca ternyata baik sekirannya disiarkan dalam blog Filem Klasik ini. Pak Mus minta izin. Danial ok, tiada masaalah.
Sepatutnya Pak Mus menyiarkannya lebih awal, tapi kerana faktor kesihatan, ramai sudah tahu, terpaksa dikivkan dulu. Kini ada sikit pemulihan, dapatlah Pak Mus mengeposkannya untuk kita sama-sama memperolehi ilmu pengetahuan.
Kalau tidak silap Pak Mus, ini kali kedua fakta serupa diselewengkan. Dulu dikatakan P.Ramlee dihujung hayatnya, sama macam Ahmad Nisfu, hidup melarat dalam kedaifan.
Tapi setelah sekian lama, barulah ada fakta yang tepat dikeluarkan. Ahmad Nawab telah menyingkirkan persepsi tentang melarat dan kedaifan hidup P.Ramlee itu. Katanya: "P.Ramlee tidak pernah miskin dan daif". Jelas dan konkrit. Kliks Di Sini.
Apabila google dilakukan, artikel fitnah Ahmad Nisfu telah Pak Mus temui. Kliks Di Sini.
Oleh yang demikian, disarankan anda semua baca dulu artikel fitnah dan tidak betul mengenai Ahmad Nisfu itu kemudian barulah baca huraian Danial bagi mengetahui kedudukan yang sebenar.




Tawaran istimewa bermula dari 12/4/2017 hingga 12/4/2018.

Kini, diterbitkan sebulan sekali tidak dua minggu sekali.

Dalam proses penyelenggaraan.

Dalam proses penyelenggaraan.


12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 23 Disember 2017)
* SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 198,081
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 193,020
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 190,860
* SELAMAT PENGANTIN BARU 71,853
* FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 30,761



5 FILEM TERBAIK AHMAD NISFU PILIHAN PAK MUS
Oleh Pak Mus

Ahmad Nisfu membintangi banyak filem di Malay Film Productions (MFP) dan Cathay Keris Film (CKF) dengan melakonkan berbagai-bagai karekter. Namun di antara filem-filem tersebut hanya 5 saja yang Pak Mus anggap terbaik, dan yang menariknya semua diarahkan P.Ramlee.
Ini jelas, P.Ramlee dapat memberi karekter yang tepat kepada Ahmad Nisfu sehinggakan beliau berjaya membawanya dengan baik dan berkesan sampai ke masa ini. Sebagai Sultan Alam Shahbana dalam ""Musang" Berjanggut" dan Sadiq Segaraga dalam "3 Abdul" yang dilakonkannya tetap menghiburkan dan masih boleh mengtertawakan penonton-penonton (termasuk Pak Mus) walaupun menontonnya berulang-ulang kali.
Justeru itu, boleh dikatakan banyak filem arahan P.Ramlee di studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu turut berperanan. Kalau tidak ada yang sesuai diberikannya peranan kecil (comeo) seperti Direktor Ahmad Nisfu dalam "Seniman Bujang Lapok" yang tetap melucukan.
5 filem ini pilihan Pak Mus, yang Pak Mus suka. Jika ada pilihan yang anda suka, catatkan di ruangan komen supaya kita sama-sama
dapat menilaikannya.
* 3 Abdul - Sadiq Segaraga
* "Musang" Berjanggut - Sultan Alam Shahbana
* Nujum Pa' Blalang - Sultan Beringin Rendang
* Pendekar Bujang Lapok - Tauke Sampan
* Antara Dua Darjat - Tengku Karim




No. 1 (Sumber: wan sofian hassan)



No. 2 (Sumber: jody consiglio)



No.3 (Sumber: Akses Movie HD)



No. 4 (Sumber: Akses Movie HD)



No.5 (Sumber: Kolya Kunikova)



VERSI SATU___

Pillbox (kubu perang peninggalan Jepun) tempat Ahmad Nisfu dikatakan mengakhiri riwayat hidupnya. Munasabahkah?

Berita yang tersiar pada 26 Jun 1972 (Berita Harian) ini menjadi bukti konkrit bahawa Ahmad Nisfu meninggal dunia dalam keadaan baik serta dikelilingi oleh ahli keluarganya.

AHMAD NISFU HIDUP SEBATANG KARA DALAM KEDAIFAN
Oleh Ayie Putera Gahara (Platinum Media-1/2013)

Ahmad Nisfu antara seniman studio Jalan Ampas yang cukup kita kenali sedari kecil lagi kerana beliau banyak membintangi filem P.Ramlee, tetapi bagi Ayie sebab paling utama kenapa orang mengingati beliau kerana watak-watak lakonannya yang sangat berkesan, dengan dialog yang cukup bersahaja dan mengelikan hati.
“Walaupun rupamu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tetap enjadi pojaan hati ku.”
Petikan dialog Ajis lakonan Aziz Sattar cukup 'melekat' dalam kepala kita melalui filem "Seniman Bujang Lapok", ucapan yang ditujukan kepada Tuan Director lakonan Ahmad Nisfu benar-benar buat kita ketawa terbahak-bahak.
Seniman Ahmad Nisfu Meninggal Dalam Serba Kedaifan Dan
Sebatang Kara
Mengikut Norizan, bekas isteri P.Ramlee (dalam satu rancangan tv), Ahmad Nisfu merupakan antara teman rapat kepada P.Ramlee. Buktinya cukup nyata apabila sewaktu kemeriahan studio Jalan Ampas dahulu, setiap filem arahan P.Ramlee, Ahmad Nisfu boleh dikatakan kerap terlibat sama dan memegang watak agak besar. Gelaran Paq Besaq (Pak Besar) juga telah diberikan kepada Ahmad Nisfu oleh P.Ramlee kerana lubang hidung Ahmad Nisfu yang besar.
Pelakon yang berasal dari Tanjong Takong, Pulau Pinang ini pada awalnya ialah seorang pelakon bangsawan dan telah dilamar oleh Shaw Brothers untuk terlibat sama dalam produksi sebagai pelakon filem. Dari situlah bermulanya kerjaya Ahmad Nisfu
sebagai pelakon filem.
Walaupun hanya memegang watak pembantu, Ahmad Nisfu seorang yang sentiasa bersyukur walaupun upah yang diterimanya adalah terlalu kecil. Hakikatnya, wang gaji yang diperolehi digunakan untuk menyara dirinya seorang kerana Ahmad Nisfu hidup sebatang kara, tiada isteri, saudara mara atau keluarga ketika di Singapura.
Aktiviti sosial Ahmad Nisfu hanyalah dengan beramal ibadat di masjid di kawasan tempat tinggal beliau dan juga di sekitar studio Jalan Ampas. Ahmad Nisfu seorang yang pandai mengaji Al-Quran. Beliau juga merupakan seorang bilal masjid di tempat beliau menetap dahulu.
Sehinggalah penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah mendedikasikan titik peluhnya dalam dunia lakonan filem-filem Melayu. Namun selepas penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu mula hilang punca mata pencarian hidup. Filem "Puaka" antara filem-filem terakhir lakonan beliau.
Disebabkan tiada lagi punca rezeki tambahan pula usia yang sudah tua, Ahmad Nisfu hidup dengan bantuan ehsan dari orang ramai. Kerana tiada pendapatan juga, Ahmad Nisfu memilih untuk tinggal di kubu perang atau pillbox di Jalan Labu. Di situ jugalah tempat beliau menghembuskan nafas terakhirnya di dalam keadaan yang sungguh daif keseorangan tanpa saudara mara mahupun ahli keluarga.
Setelah tidak bermain wayang lagi, Ahmad Nisfu sering berada dikedai kopi dipersimpangan Joo Chiat, Geylang Road dan Changi Road. Di kedai kopi itu juga dulunya tempat pelakon tambahan, Shaw dan Cathay berkumpul. Dari situlah mereka diambil menjadi ‘pak pacak’ degan gaji 5.00 ringgit sehari.
Selain meluangkan masa disitu, beliau juga sering ke seberang jalan untuk menikmati ‘sup kambing’ kegemarannya. Kedai sup itu terletak di lorong masuk ke restoran Osman Ghani yang terkenal di Geylang Serai dengan kari ikan dan dalca rusuk kambing.
Ahmad Nisfu juga pernah menjadi imam di Masjid Onan Road (sudah tiada lagi). Mungkin kerana keuzuran beliau tak lama menjadi imam disitu. Kerana usia tua, dia hidup berteduh dikubu perang di Jalan Labu tidak jauh dari Masjid Aminah di Jalan Nanas off
Geylang Serai.
Lama dia tinggal bersendirian disitu menerima ehsan orang kampung di sekeliling. Tidak lama kemudian beliau meninggal dunia, setelah beberapa lama hidup sebatang kara dalam kedaifan.

# Artikel original, tidak banyak edit dilakukan.



VERSI DUA___


Ahmad Nisfu membawa karekter jahat tetapi secara lawak dan mencuit hati yang diperlihatkannya dalam "Pendekar Bujang Lapok."

BENARKAH AHMAD NISFU HIDUP SEBATANG KARA DALAM KEDAIFAN?
Mohd.Danial Abd.Aziz (7/9/2017)



Siapa yang tidak kenal dengan Ahmad Nisfu? Beliau adalah antara pelakon filem Melayu klasik era 1950-an hingga awal 1970-an yang sangat popular di kalangan masyarakat Melayu khususnya. Populariti Ahmad Nisfu masih kekal hingga ke hari ini malah tidak mustahil nama beliau akan terus dikenang sampai bila-bila.
Namun begitu, terdapat berita yang kurang enak tentang pengakhiran hidup seniman Ahmad Nisfu. Kononnya beliau dikatakan hidup sebatang kara dalam kedaifan di sebuah kubu peninggalan tentera Jepun dan meninggal dunia tanpa saudara mara serta anak dan isteri. Kisah itu pernah tular di media sosial sekitar dua atau tiga tahun yang lalu.
Yang menjadi persoalannya, sejauh manakah kebenaran cerita itu? Benarkah kisah hidupnya begitu teruk sekali sehingga terpaksa menumpang tinggal di kubu peninggalan tentera Jepun? Benarkah Ahmad Nisfu langsung tiada saudara mara serta ahli keluarga? Jika benar, dari manakah sumber yang penulis cerita itu dapat sehingga beliau dapat membongkar kisah yang amat sedih itu?
Saya, Mohd.Danial Abd. Aziz mewakili Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik merasa terpanggil untuk menulis artikel ini sejak sekian lama untuk membidas segala kepalsuan kisah Ahmad Nisfu yang tersebar luas di internet.
Kehidupan Awal Di Pentas Bangsawan
Ramai yang tidak mengetahui bahawa Ahmad Nisfu sebenarnya dilahirkan di Medan pada tahun 1902 dengan nama Mohamed bin Nisfu. Ahmad Nisfu merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Beliau kemudiannya berpindah bersama-sama keluarganya ke Pulau Pinang ketika masih kecil. Ahmad Nisfu menetap dan membesar di Kampung Makam, Tanjung Tokong, George Town, Pulau Pinang.
Ahmad Nisfu terdedah dengan dunia pentas bangsawan sejak kecil lagi. Bapanya merupakan tokoh utama dalam Wayang Kassim, sebuah syarikat wayang bangsawan di Pulau Pinang. Semasa di Pulau Pinang, Ahmad Nisfu mendapat pendidikan agama di madrasah. Beliau hanya boleh membaca dan menulis dalam tulisan Jawi.
Semasa di Pulau Pinang, Ahmad Nisfu mula berlakon bersama Grand Opera pada tahun 1912. Mereka sering mengadakan persembahan di utara semenanjung Tanah Melayu. Dari situlah Ahmad Nisfu mengasah bakat lakonannya sedikit demi sedikit. Beliau kemudiannya menyertai Star Opera yang beroperasi di Perak bersama-sama bapanya.
Ketika berusia 18 tahun, beliau telah berhijrah ke Singapura pada tahun 1920 dengan mengikuti kumpulan Indera Bangsawan yang dimiliki oleh Siti Hawa yang sangat terkenal dengan panggilan Seri Panggung Mak Lebai. Semasa berada di Singapura, Ahmad Nisfu bertambah aktif dalam dunia lakonan di pentas-pentas bangsawan sehingga namanya menjulang naik.
Menurut satu temubual, Ahmad Nisfu menerangkan bahawa persembahan kumpulan Indera Bangsawan lebih cenderung kepada kisah-kisah Hikayat 1001 Malam dan corak persembahan Wayang Parsi yang dipengaruhi unsur-unsur Hindi.
Ketika bersama Indera Bangsawan, Ahmad Nisfu hanya menerima gaji sebanyak 25 sen untuk satu malam. Setelah tiga tahun bersama kumpulan itu, beliau kemudiannya berpindah pula ke Malay Grand Opera dengan mendapat gaji sebanyak 45.00 ringgit sebulan sebagai permulaan. Oleh kerana beliau mempunyai bakat serba boleh iaitu berlakon, menyanyi dan berlawak, gajinya dinaikkan sedikit kepada $66.00 ringgit sebulan.
Pada tahun 1932, Ahmad Nisfu menyertai Noran Opera yang dimiliki oleh Abdul Rahman Bin Mat. Kumpulan ini banyak mendapat undangan daripada keluarga Di-Raja Perak. Bersama-sama kumpulan ini jugalah Ahmad Nisfu telah banyak menjelajah ke seluruh Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Indonesia sehingga
ke tahun 1950-an.
Ketika itu nama Ahmad Nisfu sangat besar di dalam pentas bangsawan sebaris dengan tokoh-tokoh lain seperti Shariff Medan, Yem, Khairuddin, Udo Omar, Malek Sutan Muda, Puteh Lawak, Mak Dara, Habsah dan Siti Tanjong Perak.
Dari Pentas Bangsawan Ke Layar Perak
Pada tahun 1950-an, ramai tokoh-tokoh bangsawan telah beralih angin untuk menceburkan diri dalam dunia perfileman termasuklah Ahmad Nisfu. Filem pertama yang dilakonkan oleh Ahmad Nisfu ialah "Anak Pontianak" (1958) arahan Ramon A. Estella, diikuti dengan filem "Gergasi" (1958) yang diarahkan oleh Dhiresh Gosh. Filem ini telah diterbitkan oleh Malay Film Productions (MFP) yang dimiliki oleh Shaw Brothers.
Nama Ahmad Nisfu semakin menjulang naik apabila P. Ramlee mengambilnya berlakon di dalam Pendekar Bujang Lapok pada tahun 1959. Beliau berjaya menghidupkan watak tauke sampan dan kepala samseng di dalam filem itu walaupun ia bercorak komedi. Hal ini tidak menjadi masalah kepada Ahmad Nisfu kerana pengalamannya berlawak semasa di pentas bangsawan dahulu sangat luas.
Beliau sering diberi watak yang penting di dalam filem-filem arahan P.Ramlee di MFP. Lakonan Ahmad Nisfu dalam filem-filem dibawah arahan P. Ramlee sering meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton, hingga ke hari ini.
Filem-filem yang dilakonkan oleh Ahmad Nisfu di bawah arahan P.Ramlee ialah Musang Berjanggut (1959), Nujum Pa' Blalang (1959), Antara Dua Darjat (1960), Seniman Bujang Lapok (1961), Ibu Mertua Ku (1962), Nasib Si Labu Labi (1963), Madu Tiga (1964) dan
3 Abdul (1964).
Beliau banyak melakonkan watak-watak komedi dan sesekali membawa watak berat sepanjang penglibatannya di dalam
dunia perfileman.
Dalam satu kenyataan, P. Ramlee pernah mengatakan bahawa pelakon-pelakon yang dikaguminya ialah bintang Hollywood Stewart Granger, Marlon Brando, dan seniman tanahair iaitu Ahmad Nisfu. P.Ramlee sering memanggil Ahmad Nisfu dengan gelaran 'Pak Besar' kerana lubang hidung beliau sangat besar! Hubungan mereka juga boleh dikatakan erat seperti bapa dan anak.
P. Ramlee sangat menghormati ketokohan Ahmad Nisfu. Ini dapat dilihat sekiranya kita menonton filem-filem arahan P.Ramlee, Ahmad Nisfu sering diberi watak-watak terhormat seperti sultan, bapa mertua, pengarah filem, hakim dan sebagainya.
Penulis cerita filem Ibu Mertua Ku (1962) yang sebenarnya ialah Ahmad Nisfu dan jalan cerita dan bahasanya oleh P.Ramlee. Fakta ini tercatat pada credit title filem tersebut. Gandingan antara Ahmad Nesfu-P.Ramlee ini menghasilkan salah satu filem yang sentiasa dikenang sepanjang zaman dalam sejarah
perfileman Melayu.
Filem Ibu Mertua Ku juga telah memenangi Anugerah Fotografi Hitam & Putih Terbaik dan P.Ramlee menerima Anugerah Bakat Serba Boleh (Most Versatile Talent) Festival Filem Asia Pasifik ke-10 pada tahun 1963 di Tokyo, Jepun. Filem ini juga menerima Anugerah Khas (Special Mention) Festival Filem Antarabangsa 1965 di Paris, Perancis.
Filem-filem lain yang dilakonkan oleh Ahmad Nisfu di MFP ialah Doctor (1958), Saudagar Minyak Urat (1959), Siti Muslihat (1962), Gerhana (1962), Korban (1963), Pileh Menantu (1963), Siapa Besar! (1964), Pusaka Pontianak (1965), Sayang Si Buta (1965), Dayang Senandong (1965), Sri Andalas (1966), Lampong Karam (1967) dan
A Go Go 67 (1967).
Satu yang menarik mengenai Ahmad Nisfu, beliau tidak terikat dengan mana-mana studio. Beliau lebih selesa menjadi pelakon bebas. Oleh sebab itu kita dapat melihat beliau juga turut berlakon di dalam filem-filem yang diterbitkan oleh Cathay-Keris Film (CKF) seperti Dang Anom (1962), Tun Fatimah (1962), Jula Juli Bintang Tujoh (1962), Laila Majnun (1962), Lanchang Kuning (1962),
Darah-Ku (1963).
Bayangan Di-Waktu Fajar (1963), Bunga Tanjong (1963), Tajul Ashikin (1963), Pontianak Kembali (1963), Ayer Mata Duyong (1964), Wan Perkasa (1964), Istana Berdarah (1964), Dua Kali Lima (1966), Playboy (1967), Mat Raja Kapor (1967), Si-Murai (1968), Nafsu Belia (1969), Puaka (1970), Lobang Nuraka (1970), Mat Karung Guni (1970) dan yang terakhir Jahanam (1971).
Mencungkil Kebenaran
Pada tahun 2014, kisah sebenar Ahmad Nisfu telah dibongkar oleh seorang wartawan dari Berita Harian Singapura iaitu Nurmaya Alias. Beliau dapat mencari serta menemubual waris Ahmad Nisfu dan warisnya membidas semua kenyataan palsu yang mengatakan bahawa Ahmad Nisfu hidup sebatang kara di penghujung hayatnya.
Menurut anak kandungnya iaitu Osman Mohamed, Ahmad Nisfu meninggal dunia pada 25 Jun 1972 sekitar jam 9 pagi akibat penyakit kencing berdarah di rumah anak lelakinya di Kampung Kuchai, Lorong 3, Geylang. Beliau meninggalkan seorang balu yang bernama Chik binti Osman, tiga orang anak dan 14 orang cucu. Menurut anaknya lagi, Ahmad Nisfu dikelilingi ahli keluarganya semasa meninggal dunia. Ramai rakan-rakan seniman dan seniwati dari studio MFP dan CKF melawat jenazahnya untuk memberi penghormatan terakhir.
Ahmad Nisfu yang pernah menjadi seorang bilal di Masjid Khalid, Joo Chiat Road itu disemadikan di Tanah Perkuburan Bidadari. Pusara beliau kemudiannya telah dipindahkan ke Tanah Perkuburan Chua Chu Kang oleh kerajaan Singapura.
Di luar bidang lakonan, Ahmad Nisfu pernah menjadi seorang bilal di Masjid Khalid, Joo Chiat Road, Singapura. Selain itu, beliau juga pernah menjadi bilal di Masjid Onan Road. Beliau seringkali memberi tazkirah serta nasihat agama kepada orang awam di masjid. Beliau juga sering membaca al-Quran di masjid ketika tiada penggambaran filem. Jikalau beliau dikehendaki untuk menjalani penggambaran filem, sebuah kereta akan datang menjemputnya di rumah.
Pada awal tahun 1970-an, Ahmad Nisfu berhajat untuk menulis riwayat hidupnya serta pengalaman beliau sepanjang melibatkan diri di dalam seni lakonan bermula daripada pentas bangsawan sehinggalah ke layar perak. Menurutnya, adalah penting bagi seseorang yang terlibat dalam dunia seni itu menulis segala pengalaman serta pahit getir semasa bergelar seniman untuk tatapan keluarga dan para peminat.
Malangnya, hajat beliau untuk menulis dan membukukan riwayat hidupnya itu tidak kesampaian kerana ajal telah menjemputnya terlebih dahulu. Segala pengalaman, pahit getir serta kenangan manis semasa hidupnya dibawa bersama ke alam berzakh.

SUMBER___
* Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik * Ahmad Fauzee Samad * Ahmad Idris (ABI) * Bahyah Mahmood (BAM) * Sulaiman Jeem * A.Rani Mustaffa * Mustafar A.R. * Berita Harian, Singapura * Blog Wadah Seniku kelolaan Ukhti Aminah * Daftar Filem Melayu (1933-1993) oleh Jamil Sulong, Hamzah Hussin dan Abdul Malik Mokhtar (FINAS, 1993) * Filem-Filem P.Ramlee oleh Mustafar A.R. dan Aziz Sattar (MZA Terbit, 2008) * P.Ramlee Erti Yang Sakti oleh Ahmad Sarji (MPH Publishing, 2011) * Filem Melayu Citra Budaya dan Rakaman Sejarah oleh Jins Shamsudin (Penerbit UUM, 2014)

# Artikel original, tidak banyak edit dilakukan.




3 ABDUL: Mariani, S.Kadarisman, Haji Mahadi dan Dayang Sofia.

ANTARA DUA DARJAT: Nordin Arshad, Sa'adiah dan Kemat Hassan.

"MUSANG" BERJANGGUT: Sa'adiah dan P.Ramlee

DANG ANOM (Sumber: filem klasik)

BUNGA TANJONG (Sumber: njendra 01)

GERGASI (Sumber: Lima Jiwas)

A.BAKAR ALI & RENDRA KARNO

SERAHKAN APA JUGA KAREKTER
AHMAD NISFU CUBA BAWA SEBAIK MUNGKIN
Oleh Zaini Yusop



Banyak juga filem Ahmad Nifsu. Peranannya bukan sekadar komedi lucu tetapi juga serius jahat Ini dapat ditonton (sebagai contoh) dalam "3 Abdul" dan "Antara Dua Darjat".
Hanya berlakon di Malay Film Productions (MFP) dan Cathay Keris Film (CKF), tidak pernah di Merdeka Studio, Kuala Lumpur, Ahmad Nifsu mula meletup namanya apabila P.Ramlee menyerahkan peranan Tauke Sampan dalam "Pendekar Bujang Lapok", berkareker jahat lucu.
Ahmad Nisfu pernah berkata: "Serahkan apa juga karekter saya akan cuba membawanya sebaik mungkin".
Ahmad Nisfu memulakan karier filemnya pada 1958 melalui "Anak Pontianak" arahan Ramon A.Estella, filem kedua arahannya di MFP selepas "Kembali Saorang". Kemudian disusuli "GergasI" (dianggap ciplakan "Frankenstein") yang diarahkan oleh Dhiresh Ghosh, dua karekternya itu sebagai doktor.
Ramon A.Estella sukakan lakonan Ahmad Nifsu, selepas "Anak Pontianak" diambilnya berlakon dalam "Saudagar Minyak Urat", "Pusaka Pontianak" (MFP), "Bunga Tanjong" dan "Darah-Ku" (Maria Menado Productions, CKF).
Boleh dikatakan semua filem arahan P.Ramlee di MFP Ahmad Nisfu turut serta. Selain "Pendekar Bujang Lapok";
* "Musang" Berjanggut
* Nujum Pa' Blalang
* Antara Dua Darjat
* Seniman Bujang Lapok
* Ibu Mertua Ku
* Nasib Si Labu Labi
* Madu Tiga
* 3 Abdul
Hanya 2 tidak ada;
* Ali Baba Bujang Lapok
* Labu Dan Labi
Lain-lain filem antaranya;
* Gerhana (1962)
* Siti Muslihat (1962)
* Pileh Menantu (1963)
* Sayang Si Buta (1965)
* Dayang Senandong (1965)
* Sri Andalas (1966)
* Dua Kali Lima (1966)
* Lampong Karam (1967)
* A Go Go 67 (1967)
* Dang Anom (1962)
* Laila Majnun (1962)
* Tun Fatimah (1962)
* Jula Juli Bintang Tujoh (1962)
* Tajul Ashikin (1963)
* Ayer Mata Duyong (1964)
* Playboy (1967)
* Mat Raja Kapor (1967)
* Si-Murai (1968)
* Puaka (1970)
* Lobang Nuraka (1970)
Filem terakhir Ahmad Nisfu, "Jahanam" (1971), arahan M.Amin, turut dibintangi Noordin Ahmad, Sa'adiah, Shariff Medan dan Aziz Singga (Singgah).
Terdapat 6 filem melibatkan Ahmad Nisfu menang anugerah
di Festival Filem Asia Pasifik (asalnya Festival Filem Asia).
* Pendekar Bujang Lapok
* Dang Anom
* Ibu Mertua Ku
* Bayangan DiWaktu Fajar
* Gerhana
* Madu Tiga
Kejayaan paling besar apabila "Ibu Mertua Ku" menang 2 anugerah
di FFAP-10 (Tokyo, 1963);
* Most Versatile Talent (Bakat Serbaboleh)
* Sinematografi Terbaik (Black & White) - A.Bakar Ali.
Dalam filem tersebut, disamping berlakon Ahmad Nisfu bertindak sebagai penulis cerita.
Di festival filem yang sama, satu lagi filem lakonan Ahmad Nisfu menang anugerah, "Bayangan DiWaktu Fajar". Rendra Karno menang anugerah Seniman Pembantu Terbaik.
"Ibu Mertua Ku" juga menerima anugerah khas (Special Mention) di Festival Filem Antarabangsa Paris, Perancis pada 1965.
Di FFAP-6 (Kuala Lumpur, 1959), "Pendekar Bujang Lapok" menang anugerah Filem Komedi Terbaik, dan di FFAP (Seoul, 1962) "Dang Anom" arahan Hussain Haniff menang anugerah Cerita Dongeng Rakyat Terbaik.
Di FFAP-11 (Taipei, 1964) "Madu Tiga" menang anugerah Filem Komedi Terbaik. Ahmad Nisfu berperanan sebagai bapak mertua P.Ramlee (Jamil), Haji Latiff, dan "Gerhana" menang anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik untuk Bat Latiff.

# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?




10 comments:

  1. Assalamualaikum pak Mus, moga pak Mus dan keluarga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Saya senang sekali melayari blog ini yang menyuapkan informasi2 yang sangat berguna. utk pengetahuan pak Mus inilah kali pertama saya menitipkan ayat di ruangan komentar, selain hanya menjadi silent reader. Saya sekadar ingin mencadangkan, mhn jasa baik pak Mus akan datang untuk menulis kisah sambutan Ramadhan dan Syawal hero2 dan heroin kita suatu masa dahulu.. terima kasih.
    Moga diberi perhatian

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAlah akan saya cuba secara beransur-ansur. Mungkin saya boleh mulakan sambutan puasa dan raya tahun depan.

      Delete
  2. Selamat berkarya kembali Encik Mustafar dan isteri, Zaini Yusop. Cerita Ahmad Nisfu telah dipersembahkan dengan cukup baik sekali. Suatu corak hidangan FK yang sukar ditandingi oleh mana-mana blog yang sama waktu dengannya. Tahniah! - Umar Sharif (via emel), USM, Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  3. Ada juga info yang saya baca dari artikel seorang peminat filem melayu yang disiarkan di mingguan malaysia pada tahun 90an , menurut artikel Ahmad Nisfu berulang alik dari Pulau Pinang ke Singapura bila mendapat tawaran. Satu lagi info yang saya dapat dari rancangan "Nostalgia" dari radio Pulau Pinang kelolaan Nordin Che Din , seorang tetamu jemputan berkata Ahmad Nisfu dulunya meniaga bubur kacang sebelum berlakon. Info yang kedua mungkin boleh diterima tapi yang pertama saya rasa tak tepat. Wallahuaklam.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum saudara Mustafa A.R.

    saya banyak membaca artikel saudara Mustafa. banyak saya dapat tahu sedikit sebanyak tentang legenda era 50an hingga 80an, tetapi saya kesal di era masa kini, filem klasik makin ditelan zaman, dan ramai anak muda zaman ini tidak ketahui sejarah perfileman dulu. bagi saya filem zaman dulu adalah waktu zaman kegemilangan malaysia dan semua lagenda serba boleh. cerita zaman dulu banyak menceritakan tentang zaman sekarang, dan banyak tauladan yang saya dapat apabila saya menonton filem klasik. ianya adalah Suatu Luar Biasa bagi saya. Saya harap filem klasik dapat dikenang sepanjang zaman. anak muda perlu buka mata untuk menonton filem klasik pada waktu lapang. Supaya kita mengambil iktibar.

    Selamat Berkarya Mustafa A.R,
    Semoga karya dikenang sampai bila bila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Filem yang baik, sukar ditelan zaman. Karya Charlie Chaplin (Hollywood), Raj Kapoor (Bollywood) dan Akira Kurosawa (Jepun) tetap segar (evergreen) dan akan kekal diminati ramai mungkin hingga 1,000 tahun lagi. Begitu juga dengan filem P.Ramlee. Terima kasih Azlan.

      Delete
  5. Kekuatan "Hang Tuah" terletak kepada huruf "ta"nya. Kekuatan "Filem Klasik" terletak kepada "pengolahan"nya. Tahniah Encik Mustafar dan isteri, Zaini. Selamat berkarya kembali. Oh ya. Buku "50 Tahun Filem Malaysia & Singapura" bila nak terbit? - Safiq (via emel), Putrajaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Safiq. Buku "50TFM&S" masih menunggu masa yang sesuai untuk diterbitkan. Tunggu ya!

      Delete
  6. Menarik cerita Ahmad Nifsu ini.
    Harap ada sesiapa menulis mengenai R.Azmi pula.
    Dengar khabar beliau pun hidup susah dan
    menderita dipenghujung hayatnya. Benarkah?
    Atau pun faktanya diselewengkan macam
    juga P.Ramlee dan Ahmad Nisfu
    - Anas, Woodlands, S'pore.

    ReplyDelete