"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Thursday, August 28, 2014


CALON FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-26

PENCALONAN YANG PERLU DINILAI SEMULA?
Teks: Mustafar A.R.
Foto: Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun Oleh Zaini Yusop



PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
tapi jasamu tetap dikenang dan dihargai

SEKSI SELEBRITI INDONESIA
nampak seksi bukan bererti dedah semua

# ULASAN & KRITIKAN___

* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM * CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 31 OGOS 2014)

* SEKSI SELEBRITI INDONESIA - 82,402 * SEKSI SELEBRITI MALAYSIA
- 56,056 * PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI - 52,294 * SELAMAT PENGANTIN BARU - 33,645 * FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT - 12,889






(Sumber: Cinemamalay)

(Sumber: Grand Brilliance)

(Sumber: Ghiath Abu Rakty)

(Sumber: Grand Brilliance))

(Sumber: Kilthemovie)





FFM26 SEMAKIN MENGARUT
(28/9/2014)



# 28 September 2014, mencatat sejarah buat diri saya. Sejak bersara pada tahun 1998, inilah pertama kali artikel saya tersiar dalam Mingguan Malaysia (MM) yang pernah melibatkan saya (sebagai penyunting) bersama Abi, suami Bahyah Mahmood. Ku Seman Ku Hussain (kini pengarang MM), merupakan wartawan hiburan membantu saya, ketika memegang jawatan Ketua Hiburan Utusan Malaysia (diwujudkan oleh Zainuddin Maidin atau Zam), yang kini dipegang oleh Tengku Khalidah, Presiden WHAM
- Mustafar A.R.



"TANDA PUTERA" TIDAK TERCALON
FILEM TERBAIK DIPERTIKAI
(28/9/2014)

Pengulas filem veteran Mustafar A.R. mempertikaikan, mengapa filem biografi "Tanda Putera" tidak dicalonkan sebagai Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke-26 (FFM26) yang dijadualkan bulan hadapan.

Menulis di Mingguan Malaysia, beliau mempertikaikan mengapa FFM edisi kali ini lebih memberi penghargaan kepada filem lain yang “tidak patriotik”.

"Apa sudah jadi? Kalau begitu baik FFM26 ditukar saja kepada Festival Filem Seram, Sakit Jiwa dan Ganas Malaysia,” sindirnya.

Katanya, sepatutnya "Tanda Putera" dicalonkan sebagai Filem Terbaik dan pengarahnya Shuhaimi Baba sebagai calon Pengarah Terbaik.

“Panel juri tidak boleh mencampuradukkan kontroversi sehingga memandang remeh temeh filem tersebut," kata beliau dalam sisipan Pancaindera hari ini.

Bekas wartawan Utusan yang pernah berkhidmat selama 30 tahun itu juga mempertikaikan lima filem lain yang dicalonkan sebagai Filem Terbaik atas alasan tidak membawa mesej baik kepada penonton, khususnya orang Melayu.

Katanya, keputusan juri memilih "Penanggal", "KIL", "Sembunyi: Amukan Azazil", "Rock Oo!" dan "KL Gangster 2" mencetuskan kebimbangan tentang arah haluan filem Malaysia.

GAMBARAN NEGATIF

"Dalam soal ini syarikat yang membuat filem begitu, tidak bersalah kerana mencari keuntungan dan itulah corak filem yang orang Melayu suka.

"Persoalannya, kenapa panel juri memilih filem-filem tersebut untuk dicalonkan kerana pengiktirafan ini akan menggalakkan lebih banyak lagi filem yang serupa dikeluarkan," kata penulis buku "Filem-Filem P.Ramlee" itu.

"Tanda Putera" mengisahkan persahabatan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tun Dr. Ismail yang mengetepikan masalah bagi memulihkan keadaan negara selepas insiden 13 Mei 1969.

Filem yang ditayangkan tahun lalu itu mendapat kontroversi, selepas dikritik memberi gambaran negatif mengenai DAP dalam insiden kekecohan kaum itu.

Senarai akhir calon FFM26 diumumkan 15 Ogos lalu, dengan filem pertama arahan pengarah wanita, Ellie Suriaty Omar, berjudul "Penanggal" mendominasi pencalonan dengan 15 pencalonan daripada 24 kategori.

Walaupun tidak tercalon untuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik, "Tanda Putera" dicalonkan untuk sembilan kategori yang lain.

Antaranya, Kesan Khas Terbaik, Lagu Tema Asal Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Skor Musik Asal Terbaik, Senimatografi Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik.


PENGKRITIK: TEPAT TIDAK CALON
"TANDA PUTERA" FILEM TERBAIK
(29/9/2014)

Tidak semua pengkritik tidak berpuas hati apabila "Tanda Putera" tidak dicalonkan juri sebagai "Filem Terbaik" dalam Festival Filem Malaysia Ke-26 (FFM26) yang dijadual bulan depan.

Bagi pengkritik filem Fadli al-Akiti, ia sebaliknya keputusan tepat – pendirian yang berbeza sekali dengan pendapat pengulas veteran Mustafar A.R. dalam Mingguan Malaysia semalam, 28 September 2014.

"Tanda Putera bukanlah filem terbaik Malaysia tahun lepas. Mustafar dan mana-mana pemerhati filem perlu akur dengan hal itu," kata penulis buku kritikan Tonton Filem itu.

Menurut Fadli al-Akiti, filem biografi berkaitan Tun Razak, Perdana Menteri kedua arahan Datuk Shuhaimi Baba itu, longgar, mempunyai cerita "berselerak" serta mempunyai babak tergantung.

"Terlalu banyak peristiwa besar tanpa narator utama yang tertumpu seperti kebiasaan filem biografi sejarah yang biasa, contohnya filem "The Last Emperor" yang jelas-jelas naratornya ialah Pu Yi, Raja terakhir China.

"Tentulah penelitian para juri juga bukan hanya dari sudut gagasan dan pemikiran, tetapi bahasa filem, persembahan, plot mantap, kekuatan teknik yang menguatkan penceritaan, dan penyampaian cerita yang baik," katanya.

Mustafar A.R. dalam artikel bertajuk “FFM26 Semakin Mengarut” semalam antaranya mempertikai mengapa FFM kali ini lebih memberi penghargaan kepada filem lain yang “tidak patriotik”.

LOGIK TAK DAPAT DIBEDUNG.

Beliau secara sinis mencadangkan nama FFM26 ditukar kepada “Festival Filem Seram, Sakit Jiwa dan Ganas Malaysia” berdasarkan genre filem yang disenaraikan dalam kategori filem terbaik itu.

Ketidakpuasan hati itu dinyatakan ekoran para juri memilih "Penanggal", "KIL", "Sembunyi: Amukan Azazil," "Rock Oo!" dan "KL Gangster 2" untuk dipilih sebagai Filem Terbaik.

Menjawab soalan Malaysiakini, Fadli al-Akiti berkata, genre sesebuah filem tidak memberi jaminan untuk menarik emosi penonton dan menghidangkan sesuatu yang logik.

Beliau memberi contoh penggunaan watak polis yang sama dalam beberapa tempat berbeza di seluruh kota sewaktu berlakunya 13 Mei dalam "Tanda Putera."

Katanya, ia mencacatkan terus filem itu kerana “logiknya tidak dapat dibendung” dan ia “memalsukan emosi dan cicipan estetika” buat penonton.

"Memang jelas, walaupun "Sembunyi: Amukan Azazil," contohnya, filem "seram" tetapi filem itu jauh lebih baik daripada "Tanda Putera," kerana penceritaannya lebih terjaga, tertumpu, dan kita sendiri dapat lihat perkembangan watak dan perjalanan ceritanya.

“Malah lakonlayar yang ditulis oleh Alfie Palermo itu mempunyai timbulan dramatik, nilai kemanusiaan, dan kejutan yang menarik bagi filem Malaysia, bukan sebuah filem seram yang tipikal,” katanya.

DITONTON DENGAN CURIGA

Justeru, kata Fadli al-Akiti, kadangkala festival filem antarabangsa juga memberi ruang kepada filem seram, seperti "The Exorcist", "Rosemary's Baby", "Alien", dan "Cronos".

Editor majalah Dewan Sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu juga turut berkata, gagasan patriotisme yang dibawa "Tanda Putera" tidak digarap dengan baik.

Katanya, gagasan sesebuah filem perlu diseimbangkan dengan cerita dan penyampaian atau ia akan menjadi sebuah filem propaganda.

"Dan selalunya, filem propaganda merupakan filem yang ditonton dengan curiga dan disoal oleh penonton zaman sekarang.

"Filem Leftenan Adnan, contohnya, berjaya mengimbangi maksud gagasan patriotisme, dengan cerita yang tidak kekok (walaupun dengan sengaja mengubah beberapa fakta sejarah atas nama seni) dan penyampaian yang amat baik," katanya.

"Tanda Putera" mengisahkan persahabatan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tun Dr Ismail yang mengetepikan masalah kesihatan bagi memulihkan keadaan negara selepas insiden 13 Mei 1969.

Filem yang ditayangkan tahun lalu itu mengundang kontroversi selepas dikritik memberi gambaran negatif mengenai DAP dalam insiden kekecohan kaum antara Melayu dan Cina itu.


SOFIA JANE & TENGKU IESTA TENGKU ALAUDIN

SEMASA: PELAKON, PENERBIT KUTUK
ARTIKEL "FFM26 SEMAKIN MENGARUT"
Oleh MataBulat Media
(29 September 2014)

PENERBIT dan pelakon filem tempatan hari ini menyelar artikel bertajuk “FFM26 Semakin Mengarut” yang tersiar dalam sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia semalam.

Artikel tulisan Mustafar A.R., wartawan veteran yang telah berkhidmat lebih 30 tahun dengan Utusan Malaysia itu disifatkan mengarut dan tidak relevan dengan masa kini.

Menurut Tweet pelakon Sofia Jane, artikel tersebut terutamanya di perenggan terakhir sangat membimbangkan dan menyakitkan hati.

Dalam artikel tersebut, Mustafar A.R mempertikaikan pelakon Kalpana sebagai calon Pelakon Wanita Terbaik. Namun tidak dijelaskan apakah sebabnya kecuali menyatakan jika lakonan Kalpana begitu mengkagumkan, mendiang hanya wajar diberikan anugerah khas juri sahaja.

Adakah pelakon bukan berbangsa Melayu tidak layak dicalonkan? Itulah persoalan yang mungkin sedang bermain di fikiran pembaca artikel tersebut yang disiarkan pada Ahad.

Selain mempertikaikan pelakon, Mustafar turut mempertikaikan kemenangan filem "Bunohan" pada festival filem edisi yang lalu.

"Bunohan" dianggap tidak baik tanpa alasan yang kukuh dengan hanya bersandarkan filem aksi, ganas dan seram tidak wajar diangkat sebagai Filem Terbaik.

Pelakon filem "Terbaik Dari Langit", Megat Sharizal, menganggap kritikan tersebut sangat melucukan dan portal DailySeni turut mengutus satu balasan kepada kenyataan tersebut.

"Bunohan" tak layak menang FFM? Hahahahahahahahha now
that’s a joke...
— Megat Sharizal (@Megat_Sharizal) September 29, 2014.

Berpegang pada paksi filem "Tanda Putera" arahan Shuhaimi Baba lebih layak, kritikan kepada ulasan Mustafar diulas dengan lebih lanjut seperti yang disiarkan oleh portal MalaysiaKini.

MONOPOLI PENCALONAN

Bagi penulis, turut dianggap memburukkan keadaan adalah penyenaraian lima filem terbaik yang semuanya diterbitkan oleh Primeworks Studios.

Lima filem yang dimaksudkan adalah "Penanggal", "KL Gangster 2", "Rock Oo!", "KIL" dan "Sembunyi: Amukan Azazil".

Sekali lagi, alasan yang diguna pakai tidak relevan dengan menyatakan monopoli pencalonan itu telah menyebabkan syarikat filem lain tidak boleh cari makan atau menang anugerah.

This show of support & solidarity amidst below the belt bashing is refreshing & touching. You know who you are. Tq.

Menjawab pertanyaan yang dilontarkan oleh pelakon Bront Palarae kepada Tengku Iesta Tengku Alaudin selaku Pengurus Besar di Primeworks Studios, kecaman yang diterima dianggap keterlaluan.
— iesta (@iestatiptra) September 29, 2014.

@Bront_Palarae @Razaisyam, rezeki datang daripada Tuhan diberi kepada insan seni yang bertungkus lumus cuba memberi yang terbaik.

Namun demikian, terdapat beberapa perkara yang disenaraikan oleh penulis yang dianggap pelik oleh beliau.

Tidak menolak keseluruhannya, terdapat beberapa perkara yang wajar dipersetujui dan difikirkan oleh penganjur, pembikin dan penggiat filem keseluruhannya.

Semangat nak 'fight' ada... sayangnya 'point' yang dibawa fight tu pun banyak yang ke laut... adehh...

pic.twitter.com/R4g6SvUA4g

— KHIR RAHMAN FANSURI (@KhirRahman) September 28, 2014.

Antaranya, Mustafar mempertikaikan kewujudan kategori harapan untuk pelakon lelaki, pelakon wanita dan pengarah.

Umum mengetahui akan kategori ini yang sekadar untuk menghargai bakat baru dalam bidang masing-masing.

Mustafar turut mencadangkan agar filem pecah panggung (box office) tidak lagi diberi pengiktirafan.

Tarikh festival yang tidak pernah tetap pada sesuatu masa seperti Anugerah Oscar Akademi juga turut menjadi antara punca kecelaruan majlis anugerah perfileman itu.

# Pada saya (Mustafar A.R.), yang melalak tu hanya mereka yang berkepentingan saja, bukannya benar-benar mahu memajukan industri filem Malaysia. Kerana pulut santan binasa, kerana duit industri filem kita binasa...


ZED ZAIDI: JANGAN JADIKAN
"TANDA PUTERA" MODAL POLITIK
Oleh Siti Juliana Mohd. Johar
(10 Ogos 2012)

Berikutan kontroversi penangguhan tayangan filem "Tanda Putera" arahan Suhaimi Baba, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, membidas sesetengah pihak yang sengaja mahu menimbulkan provokasi demi kepentingan politik.

Ia sepatutnya memasuki panggung wayang 13 September ini.

Zed Zaidi yang dihubungi Sinar Harian Online menegaskan, “saya tidak faham kenapa karya seni perlu ada campur tangan pihak ketiga yang sememangnya tidak memahami karya seni yang cuba diketengahkan.”

“Sebaliknya mereka terus mengkritik dan menilai benda itu dari sudut negatif,” kata beliau mengulas kontroversi terbaru melibatkan "Tanda Putera".

“Saya percaya ini adalah permainan ahli politik yang sengaja cuba menimbulkan provokasi, manipulasi dan spekulasi yang seperti biasa dilakukan mereka untuk mendapatkan publisiti memandangkan pilihan raya umum tidak lama lagi."

Zed Zaidi yang mengetuai Seniman sejak Mei lalu berkata, kebebasan berkarya harus dititikberatkan jika mahu memajukan industri seni.

“Sejujurnya bagi saya, untuk memajukan industri seni tempatan, kebebasan berkarya termasuk filem, lirik lagu, drama dan sebagainya harus diutamakan.

“Ini jika semua tak boleh, susahlah kami mahu berkarya dan jangan sesekali mencerobohi karya seni yang cuba diketengahkan sekiranya ia telah mengikut segala garis panduan dan kelulusan yang ditetapkan oleh pihak berwajib,” katanya.

SEJARAH NEGARA

Sambil mempertahankan filem itu, Zed Zaidi berkata, “saya sudah menonton preview filem terbabit dan bagi saya, semua yang dipaparkan dalam filem itu adalah kandungan sejarah dan fakta.”

Tambahnya, ia fakta zaman pemerintahan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya, Tun Dr Ismail.

“Ini sewajarnya dipertontonkan kerana ia merupakan sebahagian daripada sejarah negara yang sekali gus dapat memupuk semangat cintakan negara dan menyedarkan generasi muda mengenai pergolakkan yang dilalui pada masa dulu,” katanya lagi.

Menurut Zed Zaidi lagi, sesuatu karya seni itu tidak harus dibataskan jika ia telah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Sehubungan itu katanya, beliau sedikit terkilan dengan penangguhan tersebut memandangkan ia sepatutnya ditayangkan sempena kedatangan bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

"Tanda Putera" mengisahkan persahabatan akrab antara Tun Abdul Razak dan Timbalannya, Tun Dr. Ismail, yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan Negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Filem hasil kerjasama Pesona Pictures dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) serta Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC) ini, menelan kos sebanyak RM4.8 juta termasuk promosi.


# Artikel-artikel di atas di edit, sedikit penambahan dan pembetulan ejaan - Zaini Yusop.




ULASAN FK___
Oleh MUSTAFAR A.R.

SENAK perut dan sakit otak saya apabila membaca senarai calon-calon yang dipilih untuk memenangi anugerah di Festival Filem Malaysia Ke-26 (FFM26) yang dijadualkan berlangsung pada bulan Oktober ini.

Sebabnya, boleh dikatakan keseluruhan pencalonan bercorak seram, sakit jiwa dan ganas yang keterlaluan penonjolannya sampaikan filem sejarah dan patriotik, "Tanda Putera", arahan Shuhaimi Baba tertinggal jauh ke belakang.

Apa sudah jadi?

Kalau begitu, FFM26 ini bagus kalau ditukar saja kepada Festival Filem Seram, Sakit Jiwa Dan Ganas Malaysia.

Sepatutnya, "Tanda Putera" turut di calonkan Filem Terbaik, begitu juga pengarahnya, Shuhaimi Baba, Pengarah Terbaik.

Para juri jangan libatkan kontroversi dan kekecuhan yang timbul, sampaikan memandang remeh filem tersebut. Politic is politic, film is film.

Pencalonan Filem Terbaik - "Penanggal" (darah sana darah sini), "KIL" (main-main bunuh diri) "Sembunyi: Amukan Azazil" (sergah sana sergah sini) "Rock Oo!" (musik yang terbarai) dan "KL Gangster 2" (bunuh sana bunuh sini) - semuanya menyakitkan otak dan sangat membimbangkan mahu ke mana sebenarnya filem kita.

Agak-agak para juri sakit jiwa, tak?

Dalam soal ini, syarikat filem yang buat filem jenis begitu tidak bersalah kerana mereka mahu mencari keuntungan, dan itulah corak filem yang masyarakat Malaysia suka.

Yang bersalah para juri yang memilih filem-filem tersebut untuk dicalonkan, yang mana pengiktirafan ini akan menggalakkan lebih banyak lagi filem serupa itu dikeluarkan, akibatnya akan mencemarkan lagi perkembangan filem kita.

Di antara 112 filem yang menyertai (diterbitkan pada 2012 dan 2013), apakah itu saja filem yang mampu dipilih oleh para juri. Tidak adakah filem-filem lain yang lebih baik?

Apakah mereka menonton kesemua filem tersebut? Atau sekadar hanya pilih yang mana mereka suka saja, kemudian buat pencalonan? Atau berapa kali tapisan sudah dibuat?

Siapa juri?

Saya tidak tahu, tapi ikut corak filem dan pelakon yang dicalonkan, saya boleh agak. Masih juri yang sama seperti beberapa tahun yang lepas, dikepalai oleh seorang pengarah yang mana dua filem arahannya diciplak bulat-bulat dari dua filem asing - satu Hong Kong, satu Hollywood.

Namanya, lu fikirlah sendiri... ikut kata Nabil.

Seharusnya, juri tidak boleh orang-orang itu saja. Mesti bertukar-bertukar, mesti berubah-ubah. Kalau tidak begitulah jadinya, trend pemilihan tetap sama.

FFM25, "Bunohan" Filem Terbaik. Dimana baiknya filem itu, saya sendiri tidak tahu. FFM26 kemungkinan besar "Penanggal". Kalau betul, apa nak jadi..., bak kata S.M. Salim, festival filem kita ni.

Nasib baik filem Raja Azmi tidak ada. Kalau tidak teruk Finas dan para juri dibelasahnya. Shuhaimi Baba serta orang-orangnya pula tidak akan berdiam diri, mesti bising dan membebel. Silap-silap haribulan, Najib Razak pun turut bersuara atau setidak-tidaknya Ahmad Shabery Cheek.

Kalau begitu, bukankah kecuh dibuatnya, yang memungkinkan, FFM26 ditangguhkan sekali lagi, kerana pencalonan terpaksa dinilai dan dibuat semula.

Sekiranya "Tanda Putera" lebih buruk dari lima filem yang dicalonkan, tidak mengapa. Ini tidak, filem-filem tersebut ternyata lebih teruk dari filem terbitan Pesona Pictures itu. Apa pasal ia tidak dicalon Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik? Ada apa-apa ke?

Saya bukan pro-BN atau anti-PR, tidak sekali-kali. Tapi lebih menjurus kepada yang benar tetap benar.

Paling memburukkan keadaan, lima calon Filem Terbaik, dimonopoli oleh Primeworks Studios, sebelumnya terkenal dengan nama Grand Brilliance, dan sering memenangi anugerah dalam festival-festival filem yang lalu.

Kalau macam ini payahlah syarikat filem lain nak cari makan, nak menang anugerah. Bukankah lebih baik, diberi terus anugerah dan duit semuanya kepada Primeworks Studios, habis cerita. Tak payah nak tanding-tanding, buang masa saja.

Festival Filem Malaysia, setiap tahun sentiasa dilanda kontroversi - rumah siap pahat berbunyi. Harapan melihat FFM26, selepas menyambut jubli peraknya (25 kali dianjurkan) berjalan lancar dan bersistematik tanpa kontroversi, nampaknya tidak akan kesampaian. Pi mai pi mai tang tu juga. Masih ditakuk lama.

Berkemungkinan keadaannya lebih buruk lagi, memandangkan corak calon-calon yang dipilih, dan dijangka menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan orang-orang filem yang turut sama memperjuangkan kemajuan industeri filem Malaysia, seolah-olah mereka dipinggirkan.

Nasib baik sekali lagi, filem Tamil, "Dhusrajanam", tidak dicalonkan Filem Terbaik. Kalau masuk lagilah huru-hara, porak peranda.

AKAN DIPERTIKAIKAN

Pemilihan Kalpana menerima pencalonan Pelakon Wanita Terbaik, dijangka akan dipertikaikan, seolah-olah tidak ada pelakon Melayu yang lebih sesuai dan lebih sempurna, dijadikan pilihan.

Jika lakonan Kalpana begitu mengkagumkan, beri saja anugerah khas juri. Tidak payah dicalonkan.

Pencalonan Syamsul Yusof, Faizal Hussein, Mamat Khalid, Rosyam Nor, Ruminah Sidek dan Normah Damanhuri seolah-olah setiap festival filem mereka ini wajib ada termasuklah produser Gayatri Su-Lin Pillai yang terlibat dengan "Penanggal" dan Skop Productions yang mengeluarkan "KL. Gangster 2".

Sedangkan masing-masing pernah memenangi anugerah, dan tidak heranlah Faizal Hussein terkejut beruk bila dicalonkan sekali lagi.

Bagi memperbaiki segala kelemahan Festival Filem Malaysia (bermula FFM26), saya (sebagai salah seorang pengasas festival filem tersebut) telah membuat kertascadangan bertajuk "Festival Filem Malaysia Perlukan Reformasi".

Satu salinan saya kirimkan kepada Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek, dan satu salinan lagi kepada Ketua Pengarah Finas, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah, untuk dilakukan postmortem supaya FFM yang akan datang lebih menarik dan lebih unggul. Klik Disini

Namun setelah melihat pencalonan yang dibuat, ternyata ia tidak diambilpeduli, kalau ada pun sikit sangat. Maksudnya, reformasi yang saya cadangkan itu bolehlah dianggap telah dibakulsampahkan, tidak berguna.

Selain dari itu, ada beberapa perkara lain yang saya rasa tidak kena dan tidak sepatutnya berlaku. Antaranya;

* Pengarah, pelakon lelaki dan wanita harapan, tidak perlu dicalonkan. Para juri boleh pick up mana-mana yang berbakat dan diberi anugerah khas juri. Nama pun harapan bukannya harapan terbaik. Satu sudahlah, ini sampai tiga.

* Cerita Asal Terbaik sepatutnya "Tanda Putera" turut menerima pencalonan kerana sejarah dan patriotiknya. Apakah cerita mengenai Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail tidak berharga pada pandangan para juri?

Apakah cerita mengarut yang diperlihatkan oleh "Penanggal", "Sembunyi: Amukan Azazil" dan "Rock Oo!" lebih baik berbanding "Tanda Putera"?

* Poster Filem Terbaik yang saya wujudkan dalam FFM10 (1992), dicadangkan supaya dikeluarkan kerana ia berada diluar gelanggang filem, dan Hafsah Hassan pun pernah bersuara, pandai pula mereka kekalkan sebab ada kepentingan orang filem.

Bagaimanapun, kenapa Kritikan Filem Terbaik (juga saya wujudkan) untuk wartawan filem, mereka terajang keluar. Apakah wartawan filem tidak pernah berjasa dalam filem?

Nampak sangat para juri prejudis, apabila "Tanda Putra" tidak dicalonkan Poster Filem Terbaik. Cantik sangatkah "KIL", "Kolumpo" dan "Balada Pencinta" berbanding "Tanda Putera"?

* Ellie Suriaty sudah dicalonkan Pengarah Terbaik, kenapa dicalonkan lagi Pengarah Harapan? Begitu juga, Nik Amir Mustapha. Itu sebabnya, tidak perlu diadakan pencalonan untuk pelakon dan pengarah harapan.

* Redza Minhat, tidak tercalon dalam Pelakon Lelaki Terbaik. Bagaimanapun, kalau dibandingkan lakonan Syed Hussein dan Bront Palarae dalam "Psiko Pencuri Hati", lakonannya lebih baik, lebih natural. Anehnya, satu filem menerima pencalonan dua pelakon untuk Pelakon Lelaki Terbaik.

Duit Finas, duit rakyat. Sebagai mengelakkan pembaziran diharap penyampaian anugerah hanya sekali saja, macam Anugerah Oscar Academy. Tidak dua kali seperti sejak beberapa tahun lalu. Asalnya (FFM1), penyampaian anugerah satu malam saja.

Hadiah wang tunai jangan berbeza. Contohnya, kalau pengarah terbaik terima RM5,000 yang lain-lain juga RM5,000. Kerana membuat filem merangkumi semua, bukan bergantung kepada seorang saja, mustahil seorang boleh melakukan semua.

Pemenang Filem Terbaik, jangan beri duit lumayan sangat, sampai berpuluh-puluh ribu ringgit. Mereka pun sudah kayaraya dan Finas sendiri telah memberikan banyak bantuan kepada mereka. Apa lagi yang mereka mahu?

Salah satu sebab monopoli berlaku, kerana hadiah wang tunai yang dianggap banyak. Ketamakan sudah menguasai diri. Para juri sudah hilang pertimbangan.

Nampak macam ada sesuatu yang tidak kena. Siasatan perlu dilakukan, kot kot ada penyelewengan.

Diharap juga, filem box-office tidak lagi diberi pengiktirafan. Cukuplah sampai di FFM25 saja. Dah dapat duit banyak, patutkah diberi anugerah lagi? Tak patut... tak patut... pinjam kata A.R. Tompel.

Ingatlah, duit Finas duit rakyat. Buatlah secara sederhana, jangan bermewah-mewah apatah lagi membazir. Kalau ada sponsor dari syarikat swasta macam Petronas/Fomula One, lainlah.

Apa pun, kita tunggu dan lihat.


KHABIR BHATIA (SEMBUNYI: AMUKAN AZAZIL)

SYAMSUL YUSOF (KL GANGSTER 2)

MAMAT KHALID (ROCK OO!)

ELLIE SURIATY (PENANGGAL)

NIK AMIR MUSTAPHA (KIL)











AZRI ISKANDAR (PENANGGAL)

FAIZAL HUSSEIN (LONGKAI)

RUSDI RAMLI (TANDA PUTERA)

SYED HUSSEIN (PSIKO PENCURI HATI)

BRONT PALARAE (PSIKO PENCURI HATI)



DIANA DANIELLE (SEMBUNYI: AMUKAN AZAZIL)

LISA SURIHANI (ISTAMBUL AKU DATANG)

UMMI NAZEERA (PENANGGAL)

SHARIFAH AMANI (PSIKO PENCURI HATI)

KALPANA (DHUSRAJANAM)











NORMAH DAMANHURI (PENANGGAL)

NELL NG (KOLUMPO)
UMIE AIDA (SEMBUNYI: AMUKAN AZAZIL)


RUMINAH SIDEK (KOLUMPO)
ANNE JAMES (KIL)




SHARNAAZ AHMAD (JUVANA)

ROSYAM NOR (KL GANGSTER 2)
ZIZAN NIN (TANDA PUTERA)


KHIR RAHMAN (ROCK OO!)
AZAD JAZMIN (KOLUMPO)











ATAS: AFFENDI HAMDAN, PENGERUSI FINAS, DIRA ABU ZAHAR (TENGAH) PENGACARA MAJLIS DAN DIANA DANIELLE DI MAJLIS PENGUMUMAN CALON-CALON FFM26 YANG BERLANGSUNG DI FINAS PADA 16 OGOS YANG LALU



SENARAI PENUH CALON-CALON YANG TERPILIH
Di Susun Oleh ZAINI YUSOP

* FILEM TERBAIK___
1. KL Gangster 2 (Skop Productions/Primeworks Studios)
2. KIL (Primeworks Studios)
3. Penanggal (Astro Shaw/Primeworks Studios)
4. Rock Oo! (Primeworks Studios)
5. Sembunyi: Amukan Azazil (Primeworks Studios)

* PELAKON LELAKI TERBAIK___
1. Azry Iskandar (Penanggal)
2. Syed Hussein (Psiko Pencuri Hati)
3. Faizal Hussein (Longkai)
4. Bront Palarae (Psiko Pencuri Hati)
5. Rusdi Ramli (Tanda Putera)

* PELAKON WANITA TERBAIK___
1. Kalpana (Dhusrajanam)
2. Sharifah Amani (Psiko Pencuri Hati)
3. Diana Danielle (Sembunyi: Amukan Azazil)
4. Ummi Nazeera (Penanggal)
5. Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)

* PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK___
1. Azad Jazmin (Kolumpo)
2. Rosyam Nor (KL Ganster 2)
3. Zizan Nin (Tanda Putera)
4. Sharnaaz Ahmad (Juvana)
5. Khir Rahman (Rock Oo!)

* PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK___
1. Ruminah Sidek (Kolumpo)
2. Normah Damanhuri (Penanggal)
3. Anne James (KIL)
4. Umie Aida (Sembunyi: Amukan Azazil)
5. Nell Ng (Kolumpo)

* PENGARAH TERBAIK___
1. Khabir Bhatia (Sembunyi : Amukan Azazil)
2. Syamsul Yusof (KL Gangster 2)
3. Ellie Suriaty (Penanggal)
4. Mamat Khalid (Rock Oo!)
5. Nik Amir Mustapha (KIL)

* CERITA ASAL TERBAIK___
1. Ellie Suriaty (Penanggal)
2. Fadzil Zahari (Tokan)
3. Amin Shakib (Psiko Pencuri Hati)
4. Kabir Bhatia (Sembunyi: Amukan Azazil)
5. Mamat Khalid (Rock Oo!)

* LAKONLAYAR TERBAIK___
1. Alfie Pallermo (Sembunyi: Amukan Azazil)
2. Nik Amir Mustafa (KIL)
3. Ellie Suriaty (Penanggal)
4. Syamsul Yusof (KL Gangster)
5. Mamat Khalid (Rock Oo!)

* SINEMATOGRAFI TERBAIK___
1. Haris Hue Abdullah (Istanbul Aku Datang)
2. S.Y.Chong (KIL)
3. Raja Mukhtiz (Penanggal)
4. Filus Ghazali (Tanda Putera)
5. Norhanishan Muhammad (Sembunyi: Amukan Azazil)




* PENATAAN SENI TERBAIK___
1. Rock Oo! (Zahid Othman)
2. Tanda Putera (Aida Fitri Buyong/Kamarul Nizam)
3. Penanggal (Nazrul Asraff)
4. KIL (Rewan Ishak)
5. Sembunyi: Amukan Azazil (Mazalan Zulkifli)

* PENATAAN BUNYI TERBAIK___
1. Rock Oo! (Mohd. Rashid Othman)
2. KL Gangster 2 (Syamsul Yusof/Hisham Jupri)
3. Penanggal (Adzrey Abdul Kamal)
4. KIL (Mohsin Othman)
5. Sembunyi: Amukan Azazil (Hafiz Hamidun)

* KESAN KHAS TERBAIK___
1. Tanda Putera (Pesona Pictures)
2. Ular (Showbiz Productions)
3. Husin Mon & Jin Pakai Toncet (Tayangan Unggul)
4. Lemak Kampung Santan (Tall Order Productions)
5. Penanggal (Astro Shaw/Primesworks Studios)

* PENYUNTING TERBAIK___
1. KL Gangster 2 (Syamsul Yusof/Hisham Jupri)
2. KIL (Rewan Ishak)
3. Penanggal (Akashdeep Singh)
4. Istanbul Aku Datang (Wong Hui Lynn)
5. Sembunyi: Amukan Azazil (Adilan Azemi)

* LAGU TEMA ASAL TERBAIK___
1. Aku Datang (Istanbul Aku Datang)
2. Tokan (Tokan)
3. Puisi Sang Dewi (Lemak Kampung Santan)
4. Tanda (Tanda Putera)
5. Tika (Rock Oo!)

* SKOR MUSIK ASAL TERBAIK___
1. Sembunyi: Amukan Azazil (Hafiz Hamidun)
2. Tokan (Nik Mustaza Nik Mustapha)
3. Tanda Putera (Sharon Paul)
4. Paper Moon (Bell Foo/JT Ng)
5. KL Gangster 2 (Hafiz Hamidun)

* PEREKA KOSTUM/BUSANA TERBAIK___
1. Tanda Putera (Hasnan Yaccob/Fadzilah Abdullah)
2. Rock Oo! (Akma Suriati Awang)
3. Sembunyi: Amukan Azazil (Ameen Mustajab)
4. Kara King (Sarah Lee Ann)
5. Penanggal (Nasirah Ramlan)




* PENGARAH HARAPAN___
1. Nam Ron (Psiko Pencuri Hati)
2. Syed Hussein (Langgar)
3. Ellie Suriaty (Penanggal)
4. Nik Amir Mustapha (KIL)
5. Esma Daniel (Zaiton Ceritaku)

* PELAKON HARAPAN WANITA___
1. Cristina Suzanne (KIL)
2. Uqasha Senrose (Paku Pontianak)
3. Nelydia Senrose (Cinderella)
4. Nadia Aqilah (Zaiton Ceritaku)
5. Siti Saleha (Kerat 14)

* PELAKON HARAPAN LELAKI___
1. Ahya U (Tanda Putera)
2. Shukri Yahaya (Ular)
3. Karl Shafek (Zaiton Ceritaku)
4. Syazwan Zulkifly (Juvana)
5. Zul Ariffin (Penanggal)

* PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK___
1. Ahmad Ashraff Fahmy (Lemak Kampung Santan)
2. Putri Balqis (1 Lawan 1)
3. Rykarl Iskandar (Ajiboy)
4. Nur Adrianna (Bencinta)
5. Farrah Nadiah (Bisikan Syaitan)


CRISTINA SUZANNE (PELAKON HARAPAN WANITA)

SHUKRI YAHAYA (PELAKON HARAPAN LELAKI)

ESMA DANIEL (PENGARAH HARAPAN)

PUTERI BALQIS (PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK)


* FILEM BUKAN BAHASA MELAYU TERBAIK___
1. Dhusrajanam
2. The Collector
3. The Wedding Dairy II
4. Paper Moon
5. The Golden Couple

* FILEM ANIMASI TERBAIK___
1. The Adventure of Hoggie, Pinky Zero, Ali and Abu
(Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan UKM)
2. The Curse (The Thumbs Team)
3. Jinggo (El Videografics)

* FILEM PENDEK TERBAIK___
1. Jahit (Reservoir Production)
2. Cerita Satu Malam (Nazri Mohd. Annuar)
3. Kekasih (Diffan Sina Norman)
4. The Pillar (Thumbs Up Team)
5. Mimpi Mah Meri (Yu Chee Boo)

* POSTER TERBAIK___
1. KIL (Primesworks Studios)
2. War of The Worlds: Goliath (Tripod Entertainment)
3. Bencinta (Mig Pictures)
4. Balada Pencinta (Primeworks Studios)
5. Kolumpo (Otto Film)





# JUMLAH CALON DITERIMA CALON FILEM TERBAIK___

* PENANGGAL - 15
1. Filem Terbaik
2. Pengarah Terbaik
3. Pelakon Wanita Terbaik
4. Pelakon Lelaki Terbaik
5. Cerita Asal Terbaik
6. Sinematografi Terbaik
7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
8. Lakonlayar Terbaik
9. Kesan Khas Terbaik
10. Pereka Kostum/Busana Terbaik
11. Pelakon Harapan Lelaki
12. Pengarah Harapan
13. Penataan Bunyi Terbaik
14. Penataan Seni Terbaik
15. Penyunting Terbaik

* SEMBUNYI: AMUKAN AZAZIL - 12
1. Filem Terbaik
2. Pengarah Terbaik
3. Pelakon Wanita Terbaik
4. Cerita Asal Terbaik
5. Sinematografi Terbaik
6. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
7. Lakonlayar Terbaik
8. Pereka Kostum/Busana Terbaik
9. Penataan Bunyi Terbaik
10. Penataan Seni Terbaik
11. Skor Musik Asal Terbaik
12. Penyunting Terbaik

* KIL - 9
1. Filem Terbaik
2. Pengarah Terbaik
3. Sinematografi Terbaik
4. Lakonlayar Terbaik
5. Pelakon Harapan Wanita
6. Pengarah Harapan
7. Penataan Bunyi Terbaik
8. Penataan Seni Terbaik
9. Penyunting Terbaik

* KL GANGSTER 2 - 9
1. Filem Terbaik
2. Pengarah Terbaik
3. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
4. Lakonlayar Terbaik
5. Pereka Kostum/Busana Terbaik
6. Penataan Bunyi Terbaik
7. Skor Musik Asal Terbaik
8. Penyunting Terbaik
9. Poster Terbaik

* ROCK OO! - 8
1. Filem Terbaik
2. Pengarah Terbaik
3. Cerita Asal Terbaik
4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
5. Lakonlayar Terbaik
6. Lagu Tema Asal Terbaik
7. Penataan Bunyi Terbaik
8. Penataan Seni Terbaik


# BANDINGKAN CALON FILEM ANUGERAH OSCAR AKADEMY___

* GONE WITH THE WIND - 13
* BEN HUR - 11
* GANDHI - 11
* LAWRENCE OF ARABIA - 9
* BRIDGE ON THE RIVER KWAI - 8

Kesimpulannya PENANGGAL memang cukup hebat!!!









# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA

SALOMA

BAHYAH MAHMOOD

DEEPIKA PADUKONE

UTUSAN RADIO & TV

VICTOR MATURE

R.AZMI

LATIFAH OMAR





KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 mukasurat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P.Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun disebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P.Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar negara untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.








25 comments:

  1. Encik Mustafar,


    Lama sungguh saya menunggu post baharu tuan. Rasanya gambar Nik Amir Mustapha itu silap...itu gambar pelakon utama 'KIL', Redza Minhat.

    Untuk generasi baharu, saya suka dengan lakonan Sharifah Amani, saya harap dia menang...walau ramai yg lebih gemar akan lakonan Ummi Nazeera. Saya pun tertanya-tanya juga kalau-kalau Encik Mustafar boleh masukkan sekali ramalan atau pilihan tuan untuk setiap kategori. Pasti lebih menarik postnya.

    Saya tidak berhak untuk ulas lebih-lebih tentang pencalonan FFM sebab saya bukan orang filem. Cukuplah sekadar saya jadi pemerhati dgn penuh minat. Sekian, harap maklum.


    Syed Putra Syed Abu Bakar
    PBP, USM

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana menegur kesilapan gambar
      bukan nik amir mustapha, tapi redza minhat.
      kesilapan sudah diperbetulkan.

      Delete
    2. calon-calon telah dikritik oleh en. mustafar, takkan en. mustafar nak buat ramalan atau pilihan pulak.

      - hasnan, rembau, ns.

      Delete
  2. Industri perfileman Melayu sejak dulu memang terlalu kecil. Pasarannya pula amat terbatas kerana ia cuma diedarkan di Malaysia, Republik Singapura & Negara Brunei Darussalam saja. Pada masa yang lampau, filem-filem Melayu dikatakan pernah dibawa masuk ke Republik Indonesia, Mesir & Surinam di bahagian tengah Amerika Selatan yang mempunyai masyarakat Melayu-Indonesia yang agak besar. Tidak pula diketahui jika ada pihak ketika itu yang membawa masuk filem-filem Melayu yang dibuat di Singapura dulu ke pulau Madagascar (sekarang Republik Malagasay) & Pulau Christmas yang juga mempunyai ramai pendatang Indonesia, khususnya dari pulau Jawa serta pendatang Melayu dari Singapura & Malaya. Mengadakan pesta filem tahunan seperti ini ala Oscar di Hollywood memang ada manfaatnya. Tetapi sepanjang 26 tahun ia dianjurkan, ia lebih kerap ditimpa oleh satu kontroversi ke satu kontroversi. Bilakah agaknya kita mampu bersikap lebih profesional? Pihak FINAS semestinya memainkan peranan yang berwibawa & lebih proaktif demi menjaga maruah dunia filem Melayu kita yang jauh ke belakang berbanding banyak negara Asia yang lain.

    - NONAMA

    ReplyDelete
  3. Benar apa yang dikritik dan ditegur oleh Encik Mustafar A.R.
    Saya amat bersetuju, tapi takda blog nak luahkan perasaan macam Encik Mustafar.
    Apa patut dibuat, ada baiknya Encik Mustafar cetak dan kirim satu
    salinan kepada Ahmad Shabery Cheek dan satu lagi kepada
    Ketua Pengarah Finas, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah
    supaya mereka tahu, menilai dan seterusnya mengambil tindakan.
    Saya fikir, orang macam mereka tidak baca blog Filem Klasik, takda masa.
    Dalam hal sebegini, orang yang berani mengkritik dan menegur macam Encik Mustafar sangat diperlukan.

    Effendi Hassan (via e-mail), Putrajaya, WP.


    ReplyDelete
    Replies
    1. malas saya, buat apa?
      macam mencurah air didaun keladi saja.
      cukuplah saya meluahkan pendapat saya,
      yang saya anggap sebagai satu tanggungjawab.
      yang lain tu, terpulanglah...

      Delete
    2. Oleh kerana Encik Mustafar enggan menghantar
      salinan artikel seperti di atas, saya telah mengambil
      inisiatif menghantarkan satu salinan kepada Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek, dan satu lagi kepada Ketua Pengarah Finas, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah, untuk dikaji semula calon-calon Festival Filem Malaysia Ke-26 itu. Dan mari kita lihat, adakah benar "macam mencurah air didaun keladi" atau ada tindakan yang akan diambil.

      - Effendi Hassan, Putrajaya, WP.

      Delete
    3. Terima kasih Sdra Effendi.
      Tapi itu saya kira membuang masa dan duit saja.
      Tidak ada kesannya.

      Delete
    4. Takpa En. Mustafar.
      Tak buang masa, tak buang duit,
      demi masa depan filem Malaysia.
      Saya dah poslajukan pada 8/9/2014,
      dan diharap ada tindakan dibuat.

      - Effendi H.

      Delete
  4. layout artikel ini cukup menarik.
    tapi pencalonan dibelasah kaw kaw.
    kah... kah... kah...
    kalau dibaca tulisan en. mustafar ni,
    betul juga kata dia.

    - Rayyan, JB.

    ReplyDelete
  5. Kepada En. Effendi Hassan, Putrajaya, WP. Saya ucapkan SYABAS atas sikap proaktif & daya usaha beliau kerana mengajukan salinan artikel En. Mustafar kepada bapak Menteri & Ketua Pengarah FINAS. Pada waktu yang sama, saya faham tentang sikap Encik Mustafar AR yang saya kira sudah agak tawar hati & kurang bersemangat untuk melakukan perkara-perkara seperti yang diusahakan oleh Effendi. En. Mustafar adalah orang lama yang sudah masak dalam hal-ehwal, kerenah & birokrasi pihak-pihak atasan & berwajib dalam industri perfileman Melayu tanahair. FFM bunyinya seolah-olah sehebat Academy Award di Amerika Syarikat, tetapi perjalanannya terencot-encot & tidak lancar. Bangkitlah, wahai anak seni Melayu di alam Nusantara ini!

    - NONAMA

    ReplyDelete
  6. Ada baiknya juga kalau Encik Mustafar A.R. hantarkan juga, sama ada ke Utusan Malaysia atau pun Berita Harian, untuk disiarkan supaya lebih ramai peminat filem Malaysia dapat sama-sama menilaikannya, selain diberi pengetahuan kepada Menteri Komunikasi Dan Multimedia dan Ketua Pengarah Finas - Nur'Ain (UKM), Bangi, Selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nantilah saya fikirkan.
      Terima kasih Nur'Ain.

      Delete
    2. Saya sudah hantar kepada pengarang Mingguan Malaysia.
      Menurut SMS yang saya terima dari Ku Seman Ku Hussain,
      artikel tersebut akan disiarkan Ahad, 28 September 2014.
      Kita lihatlah sejauh mana keberkesanannya.

      Delete
  7. Saya cukup setuju dengan tulisan Encik Mustafar A.R.
    Kalaulah begitu mentaliti panel juri memilih calon-calon untuk
    Festival Filem Malaysia Ke-26, sampai bila pun kita tidak akan
    dapat melahirkan filem-filem seperti "Gandhi", "Soekarno",
    "The Lady" (Aung Suu Kyi) dan Jose Rizal.

    - KamalShah, Kajang, Selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akan lahirlah lebih banyak filem hantu mantu yang tidak tentu hujung pangkalnya kerana para juri yang galakkan. Hollywood dah buat filem sains-fiksyen "Gravity" (maju kedepan), nanti FFM26 pilih "Penanggal" (undur kebelakang) filem terbaik. Mau kemana sebenarnya filem Malaysia?

      Drp: Nurman (UTP), Seri Iskandar, Perak.

      Delete
  8. 5 calon filem terbaik melibatkan primeworks studios. pergi kot mana pun primeworks studios sudah pasti dapat rm100,000.00 jika wang tunainya selumayan itu. ini belum lagi kategori lain yang boleh dikatakan semuanya melibatkan primeworks studios. bijak... bijak... - Arjunadi, Shah Alam, Selangor.

    ReplyDelete
  9. Kalau dibaca baik-baik, kalau dibaca teliti-teliti
    artikel Encik Mustafar A.R. tu, beliau tak kata pun
    lima filem yang dicalonkan Filem Terbaik, tidak baik.
    Apa yang dipersoalkan genrenya
    - seram, sakit jiwa dan ganas.
    Katakanlah "Tanda Putera" tak dicalonkan
    kerana Fadli al-Akiti kata tak bagus tak boleh dicalonkan,
    bagaimana filem-filem lain? Kan 112 filem bertanding.
    Hanya genre itu saja yang bagus dan layak ke?
    Sudahlah tu, lima filem kepunyaan Primeworks Studios.
    Apa, filem keluaran mereka saja yang bagus?
    Kenapa beri komen tentang "Sembunyi: Amukan Azazil",
    kenapa tak "Penanggal", yang menerima 15 calon, yang saya anggap lebih teruk dari "Tanda Putera", tidak logik langsung,
    mengalahkan "Ben-Hur", "Gandhi" dan "Lawrence Of Arabia".
    Lagi pun, dalam filem mana ada logik, bukannya filem dokumentari.
    Pada anggapan saya panel juri tidak ikhlas, mengabaikan penjurian,
    tidak tonton semua filem yang layak bertanding.
    Main cekup sana cekup sini. Ada udang disebalik batu.
    Saya harap, dalam waktu terdekat ini,
    kalau calon-calon yang umumkan itu dikekalkan
    Finas mesti umumkan nama semua angguta panel juri.
    Jangan sembunyi macam "Sembunyi: Amukan Azazil" pula.
    Setuju dengan Encik Mustafar A.R., panel juri memang sakit jiwa.

    - Effendi Hassan (via e-mail), Putrajaya, WP.




    ReplyDelete
  10. Rasa saya, Encik Mustafar A.R. tidak begitu ambil peduli sekiranya "Tanda Putera" dicalon atau tidak untuk Filem Terbaik. Apa yang dipedulikannya, kenapa genre seram, sakit jiwa dan ganas diutamakan. Kan banyak lagi filem sewaktu dengan "Tanda Putera". Ada 112 layak dipertandingkan, 5 itu sajakah paling bagus. Terbitan Primeworks Studios sajakah paling best. Tidak berotakkah angguta panel juri senarai pemilihan tersebut, akan dipertikaikan. FFM25 pun begitu juga, dah naik lemak panel juri ni, melampau. Nak juga tahu, Fadli al-Akiti ni siapa? Pengkritik filem handalan ke? Sebab katanya, "Tanda Putera" bukanlah Filem Terbaik Malaysia tahun lepas, tahun 2013 la tu. "Penanggal" tu bagus sangat ke? Logik ke? Dia ketua panel juri ke? Kalau bukan, tak layak dia beri kenyataan begitu. Kalau iya, tarafnya belum boleh sampai ke situ.

    - Azizul Baharom (UKM), Bangi, Selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalaulah ini juga angguta panel jurinya,
      FFM27 nanti, "Nasi Tangas" (Nasi Kangkang)"
      akan dipilih sebagai Filem Terbaik.
      Jahanam Festival Filem Malaysia kita.
      Kah... kah... kah...

      Rustam, Putrajaya, WP.

      Delete
    2. Kalau Fadli al-Akiti jujur sila catat dalam komen FK ini senarai nama panel juri FFM26.
      Berani kerana benar, takut kerana salah.
      Juga beri 10 sebab kenapa "Penanggal" dicalonkan sampai 15 kategori mengalahkan "Gone With The Wind".
      Beri juga 5 sebab kenapa "Tanda Putera" tidak dicalonkan Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.
      Secara jujur, beritahu juga adakah panel juri menonton kesemua 112 filem yang layak bertanding.
      Sudah sampai masanya sistem penjurian FFM diubah, bukan sekadar diadili oleh 7 atau 8 orang saja.
      Akhir sekali, dan paling penting, Fadli ni orang BN atau orang PR?

      - Abdul Khaliq (via e-mail), Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

      Delete
    3. Nak tambah.
      Kata Fadli, Tanda Putera, “logiknya tidak dapat dibendung”.
      Tolong Fadli beritahu, Penanggal tu, "logiknya dapat dibendung ke?".

      - Dalilah (UiTM), Segamat.

      Delete
  11. Saya dah semak senarai calon FFM26.
    Memang betul kata Encik Mustafar A.R.,
    angguta panel jurinya Sakit Jiwa.

    Anti-Filem Hantu, Kuantan, Pahang.

    ReplyDelete
  12. Saya bukan juri FFM ke-26 jadi saya tak dapat senaraikan. Kalian yg menonton siaran majlis di TV2 tahu Adman Salleh antaranya, tanyalah beliau.

    Saya pun tak suka Penanggal tapi saya malas nak layan.

    Saya rasa Sembunyi OK walaupun tidak hebat jika dibandingkan dengan filem seram seperti The Exorcist, namun sekurang-kurangnya ia tidak menyamai gaya klise lingkungan terbitan MiG atau Ahmad Idham. Dan sekurang-kurangnya Sembunyi bercerita. Sebenarnya, ada sebuah filem yang menarik (dan sebenarnya patriotik) tetapi kurang dilayan: http://tontonfilem.blogspot.com/2013/08/kampung-lemak-santan2013-takkan-hilang.html

    ReplyDelete