"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Monday, January 16, 2017


RICHARD ROUNDTREE


Teks: Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Foto: Daripada Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop


Richard Roundtree

Richard Roundtree Is Shaft

Shaft's Big Score

Shaft In Africa


HASRAT RICHARD ROUNDTREE BUAT
"SHAFT IN MALAYSIA" TIDAK KESAMPAIAN?
Oleh Mustafar A.R.



DALAM sejarah hidup aku, ketika mengharungi tugas sebagai wartawan hiburan hampir 30 tahun, aku temu dan interview beberapa pelakon dan penyanyi filem dan tv Hollywood yang mempunyai ramai peminat. Bukan senang temu mereka apatah lagi interview. Masing-masing ada ego tersendiri sukar difahami, film starlah katakan. Bertemu Barrack Obama mungkin lebih mudah berbanding mereka. Begitulah kira-kiranya.
Pertama dengan Susanna York di Hotel Equatorial, Kuala Lumpur (kini sudah dirobohkan), disusuli Peter Graves, Johnathan Winter, Barbie Benton, Jody Norton-Taylor, Barbara McNair, Richard Anderson, Ed Ames, Richard Rountree, Raymond Burr, Peter Wyngarde (Jason King) dan Toshiro Mifune.
Toshiro Mifune bintang filem Jepun terkenal dengan "Roshomon"nya, tetapi dia banyak berlakon filem Hollywood. Antaranya dua aku suka, "Hell In The Pacific" bersama Lee Marvin dan "Paper Tiger" disamping David Niven dan Miiko Taka, dibuat penggambarannya di Malaysia - Kuala Lumpur (termasuk Stadium Merdeka), Genting Highlands dan Melaka.
Lee Majors, pelakon siri tv "Six Millions Dollar Man" dan Dina Merrill, berlakon bersama Elizabeth Taylor dalam "Butterfield 8", aku temu di Singapura tetapi tidak berkesempatan interview mereka. Sekadar bersalaman dan berkata, "hello!" saja.
Sebagai permulaan, aku ingin memperkatakan mengenai pelakon berkulit hitam, Richard Roundtree yang boleh dianggap sebagai 'the first black action hero' kerana peranannya sebagai John Shaft
dalam "Shaft" pada 1971.
Aku bertemu Richard di Club Med Cherating Beach dekat Kuantan kerana dia dibawa melancong ke situ sebelum bermain tenis dalam program Hollywood Celebrity Tennis di Kuala Lumpur pada penghujung 1982. Bersama aku temu dan interview Richard, wartawan majalah Wanita, Fariza Saidin. Wartawan-wartawan akhbar dan majalah lain pun ada, tetapi aku lupa
nama-nama mereka.
Kelihatannya, Richard tidak sombong, peramah orangnya, tidak cuba mengelak interview. Hampir sejam juga aku dan Fariza berbual-bual dengannya sambil makan tengahari. Dia jawab
semua soalan yang kami kemukakan.
Aku kata padanya, aku suka tonton "Shaft", penuh aksi-aksi mendebarkan. Richard sambil tersenyum dan berkata: "Thank you".
Semasa soal jawab, Richard memberitahu, dia suka Malaysia kerana masih banyak hutan rimba yang menghijau. "Suatu hari nanti, saya harap dapat membuat penggambaran di sini, mungkin tajuknya
Shaft In Malaysia," katanya.
Begitu pun juga, harap itu belum menjadi kenyataan dan tidak akan menjadi realiti kerana sudah terlalu lama, 34 tahun berlalu. Mungkin juga Richard sudah lupa apa yang dia kata atau itu hanya sekadar guruan, mainan lidah semata-mata.
Bak kata Kartina Dahari dalam lagunya "Tinggu Gunung Seribu Janji": "Lidah memang tak bertulang, pandai pula berkata-kata".
Richard tua lebih setahun dari aku. Dia lahir pada 9 Julai 1942, aku pada 27 Ogos 1943. Ketika kami bertemu usianya 40 tahun, aku 39.
Richard Roundtree lahir di New Rochelle, New York (kini berusia 74 tahun), yang pernah menghidap kanser dada pada 1993, memulakan kerjaya filemnya dengan "What Do You Say To
A Naked Lady?" pada 1970.
Dia terkenal dan diminat ramai setelah membintangi "Shaft", disusuli "Shaft's Big Score" (1972) dan "Shaft In Africa" (1973).
Berbagai karekter dilakonkannya dalam banyak filem, namun Shaft (John Shaft) menjadi 'trademark'nya hingga sekarang, dan mungkin juga sampai bila-bila. Macam juga Sean Connery
dengan karekter 'James Bond'nya.
Malah dalam "Shaft" 2000, Richard muncul (cameo appearance) sebagai bapa saudara (uncle John Shaft) kepada Samuel L.Jackson yang berperanan John Shaft.






Kini diterbitkan sebulan sekali tidak dua minggu sekali.

Dalam proses penyelenggaraan.

Dalam proses penyelenggaraan.



12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG.

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 16 JANUARI 2017)
PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 167,591
SEKSI SELEBRITI INDONESIA 165,917
SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 159,880
SELAMAT PENGANTIN BARU 67,082
FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 28,401




Barbie Benton & Richard Anderson

Peter Graves & Barbara McNair

Susanna York & Raymond Burr

Peter Wyngarde & Judy Norton-Taylor

Johnathan Winter Toshiro Mifune & Ed Ames

Barbara Anderson & Ironside

Jack Cardiff & The Vikings

SEDIKIT MENGENAI SENIMAN DAN SENIWATI
HOLLYWOOD YANG AKU TEMU DAN INTERVIEW

BARBIE BENTON
Begitu popular sebagai model majalah Playboy, pelakon dan penyanyi, dia dilahirkan pada pada 28 Januari, 1950 di New York. Dua siri tvnya menjadi minat ramai - "The Love Boat" dan "Fantasy Island". Barbie berkahwin dengan George Gradow, pemaju hartanah, pada 4 Oktober, 1979. Mereka ada dua anak - Alexander dan Ariana. Barbie yang menghiasai muka depan (cover) Playboy empat kali, pernah tinggal bersama pengasas Playboy, Hugh Hefner 10 tahun - 1969 hingga 1976.

RICHARD ANDERSON
Lebih dikenali peranan Oscar Goldman dalam siri tv diminati ramai - "The Six Million Dollar Man" dan "The Bionic Woman". Dia bos kepada Steve Austin (Lee Majors) dan Jaime Sommers (Lindsay Wagner). Dilahirkan pada 8 August, 1926 di Long Branch, New Jersey, Richard pernah berkhidmat dengan tentera Amerika Syarikat. "The Magnificent Yankee" (1950) merupakan filem pertamanya, kemudian "Scaramouche" (1952), "Escape From Fort Bravo (1953), "The Long, Hot Summer" (1958), "The Gunfight At Dodge City" (1959) dan "Tora! Tora! Tora!" (1970).

PETER GRAVES
Begitu popular dengan peranan Jim Phelps dalam siri tv sangat diminati ramai, "Mission: Impossible", 1967 hingga 1973 (original) dan 1988 hingga 1990 (dibuat semula). Filem pertamanya "The Golden Year" pada 1951, diikuti "Stalag 17", "East Of Sumatra", "The Five Man Army" dan terakhir "Darkstar: The Interactive Movie Game" pada 2010. Lahir pada 18 Mac, 1926, Peter meninggal dunia pada 14 Mac, 2010 kerana serangan jantung.

BARBARA MCNAIR
Terkenal sebagai pelakon filem dan penyanyi. Dia memulakan kerjaya filemnya melalui tv dengan "Dr. Kildare", "The Eleventh Hour", "I Spy", "Mission: Impossible", "Hogan's Heroes" dan "McMillan And Wife". McNair bergambar bogel dalam majalah Playboy keluaran October 1968. Tidak banyak filem dibintanginya - "Spencer's Mountain", "If He Hollers Let Him Go", "They Call Me Mister Tibbs!" dan "The Organization" bersama Sidney Poiter. Lahir pada 4 Mac, 1934, McNair meninggal dunia pada 4 Februari, 2007.

SUSANNA YORK
Pernah datang ke Malaysia membuat penggambaran filem "7th. Dawn" pada 1964, turut dibintangi William Holden dan Capucine. Hussain Abu Hassan berlakon sama. Dilahirkan di Chelsea, England pada 9 Januari, 1939, banyak filem hebat dilakonkannya - "Tom Jones", "Sands Of The Kalahari", "A Man For All Seasons", "The Killing Of Sister George" dan "Superman". Susanna meninggal dunia pada 15 Januari 2011 ditempat kelahirannya, Chelsea.

RAYMOND BURR
"Perry Mason" dan "Ironside" merupakan dua siri tv yang mempopularkannya. Dalam filem sering berperanan jahat. Filem paling menonjol "Rear Window" arahan Alfred Hitchcock, turut dibintangi James Stewart dan Grace Kelly. Dia mulakan kerjaya filemnya pada 1940 dengan "Earl Of Puddlestone" dan yang terakhir "Delirious" (1991). 10 filemnya dianggap hebat oleh pengkritik filem, Alain Silver - "Desperate", "Sleep, My Love", "Raw Deal", "Pitfall", "Abandoned", "Red Light", "M", "His Kind Of Woman", "The Blue Gardenia" dan "Crime Of Passion". Dilahirkan pada 21 Mei, 1917 di New Westminster, Canada, Raymond meninggal dunia di Healdsburg, California, pada 12 September, 1993.

PETER WYNGARDE
Siri tv British, "Department S" dikeluarkan pada 1969 hingga 1970 dan "Jason King" pada 1971 hingga 1972, menjadikannya begitu terkenal. Tidak banyak filem dilakonkannya, "Alexander The Great", "The Siege Of Sidney Street", "The Innocents", "Night Of The Eagle" dan "Flash Gordon". Latar belakang hidupnya meragukan. Pendedahan tidak meyakinkan. Bagaimanapun, ada sumber menyebut dia lahir pada 23 Ogos, 1928. Peter pernah berlakon filem iklan rokok More bersama Jins Shamsudin.

JUDY NORTON-TAYLOR
Begitu popular kerana peranannya Mary Ellen Walton dalam siri tv dan filem tv "The Waltons". Dilahirkan pada 29 Januari, 1958 di Santa Monica, California, dia penulis skrip, pelakon dan pengarah "Bluff". Judy juga penyanyi. Ketika usianya 20 tahun, dia bergambar bogel untuk majalah Playboy keluaran Ogos 1985. Berkahwin dengan Robert Graves pada 2002, Judy mulakan kerjaya filemnya dengan "Hotel" pada 1967, disusuli "Valentine", "Hansel And Gretel: Warriors Of Witchcraft" dan terakhir "The Sparrows" pada 2015. Cd terbarunya, "Reflections," diedarkan pada Ogos 2016.

JOHNATHAN WINTER
Lebih cenderong ke komedi. Apa saja yang melibatkan dirinya, komedi. Bermula pada 1960, dia merakamkan banyak album komedi yang kini sudah dianggap klasik. Filemnya "It's a Mad, Mad, Mad, Mad World" arahan Stanley Kramer dibintangi ramai pelawak terkenal - Milton Berle, Sid Caesar, Buddy Hackett, Mickey Rooney, Phil Silvers dan Terry-Thomas - merupakan yang terbaik untuknya dan mendapat kejayaan box office $60 juta. Lain-lain yang menarik "The Russians Are Coming, The Russians Are Coming", "The Flintstones" dan "National Lampoon's Cattle Call". Dilahirkan di Bellbrook, Ohio pada 11 November, 1925, Winter meninggal dunia di Montecito, California pada 11 April, 2013.

TOSHIRO MIFUNE
Telah membintangi banyak filem di Jepun, Hollywood dan Eropah. Mula dikenali kerana filemnya "Rashomon", dia pernah datang ke Malaysia membuat penggambaran "Paper Tiger" bersama David Niven dan Miiko Taka. Di Jepun beberapa filem lakonannya yang diarahkan oleh Akira Kurosawa sudah dianggap klasik. Selain "Rashomon", "Seven Samurai", "The Hidden Fortress", "Throne Of Blood", dan "Yojimbo". Di Hollywood dan Eropah - "Grand Prix", "Hell In The Pacific", "Red Sun" dan "Inchon". Dilahirkan di Qingdao, Shandong, China pada 1 April, 1920, Mifune meninggal dunia di Mitaka, Tokyo, Japan pada 24 Disember, 1997.

ED AMES
Lebih terkenal sebagai penyanyi. Lagu-lagu popnya yang diminati ramai pada tahun-tahun 1960an termasuk "My Cup Runneth Over", "Who Will Answer?" dan "When The Snow Is On The Roses". Dia juga salah seorang dari empat angguta kumpulan terkenal pada tahun-tahun 1950an, The Ames Brothers. Ames banyak berlakon siri tv, antaranya "The Rifleman", " The Travels Of Jaimie McPheeters" dan "Redigo" disamping Richard Egan. Ames lahir di Malden, Massachusetts pada 9 Julai, 1927, kini masih aktif
bergiat dalam dunia hiburan.

BARBARA ANDERSON
Lahir pada 27 November, 1945, di Brooklyn, New York, dia terkenal sebagai pegawai polis (Eve Whitfield) dalam siri tv popular, "Ironside", bersama Raymond Burr, dan membawanya menang anugerah Emmy, seniwati pembantu terbaik. Barbara juga terkenal sebagai agen rahasia (Mimi Davis) dalam siri tv, "Mission: Impossible", dan membintangi filem "The Six Million Dollar Man" pada 1973, projek pilotnya. Tidak banyak filem dilakonnya, "Star Trek - "The Conscience Of The King", "Visions", "Don't Be Afraid of the Dark", "Strange Honeymoon", "You Lie So Deep My Love", "SST: Death Flight" dan terakhir, "Doctors' Private Lives" pada 1978.

JACK CARDIFF
Terkenal sebagai pengarah filem dan sinematografer. Dia mengarahkan beberapa filem hebat dan menarik - "Sons And Lovers", "The Lion" dan "The Long Ships". Sebagai sinematografer - "Black Narcissus", "The African Queen", "War and Peace", "The Vikings" dan "Rambo: First Blood Part II", yang dibintangi oleh Sylvester Stallone sebagai John Rambo. Lahir pada 18 September, 1914, Cardiff meninggal dunia pada 22 April, 2009.





Richard Roundtree menjawab soalan.

Richard Roundtree ketika diinterview oleh Fariza dan aku.

Richard Roundtree (berbaju merah jambu) menari joget.

# Gambar atas dan bawah aku ambil (kliks) sendiri. Gambar tengah oleh jurugambar Utusan, Harun Osman.



Escape To Athena

Inchon

Earthquake

Filem lakonan Sidney Poitier ini paling disukai Richard Roundtree.

RICHARD ROUNDTREE KAGUM
PENCAPAIAN SIDNEY POITIER

Satu hal patut aku beritahu, aku punya habit atau tabiat suka menyimpan buku-buku nota. Sejak bertugas dengan Utusan banyak, terlalu banyak, yang aku simpan. Sebab itulah aku boleh menulis artikel untuk FK berfakta boleh dianggap tepat dan betul sungguhpun peristiwa sudah sekian lama berlaku dan berlalu.
Pertemuan dan menginterview dengan Richard Roundtree berlaku pada penghujung 1982, ertinya sudah terlalu lama - 34 tahun. Namun masih segar dalam ingatan aku kerana adanya buku nota yang aku gunakan untuk menginterviewnya masih tersimpan dengan baik dalam librari mini aku.
Setelah aku baca balik, dibuktikan pula dengan keretan akhbar Utusan Malaysia dan majalah URTV, ternyata interview aku dan Fariza banyak tertumpu kepada peranan seniman dan seniwati kulit hitam dalam filem Hollywood.
Richard begitu bersemangat dan rancak bercetoleh kerana topik yang kami kemukakan bersesuaian dengan selera dan kehendaknya. Dia bertutur dalam Bahasa Inggeris, tetapi aku artikelkan dalam Bahasa Malaysia.
Katanya: "Walaupun, pelakon-pelakon popular berkulit hitam masih terlalu jauh dari memuaskan, namun pencapaian sangat membanggakan saya. Kemunculan Sidney Poitier memberi insprirasi untuk ramai lagi pelakon kulit hitam diberi peranan penting bukan sekadar sebagai orang gaji dan hamba abdi saja.
"Sidney mengharumkan nama pelakon kulit hitam apabila buat pertama kalinya menang oscar pelakon lelaki terbaik kerana peranannya dalam Lilies Of The Fields pada tahun 1963.
"Tiga filem lakonannya saya suka tonton berulang-ulang kali, The Defiant Ones, To Sir, With Love dan In The Heat Of The Night. Sidney sudah jadi legenda, dan dalam waktu beberapa tahun terdekat sukar para seniman kulit hitam yang lain menandinginya termasuk
diri saya sendiri."
Bila ditanya mengenai Sammy Davis, Jr. dan Harry Belafonte. Kata Richard: "Ya, peranan mereka juga penting, dan seharusnya kami pelakon-pelakon kulit hitam menyanyungi mereka. Saya suka karekter komidi Sammy dalam Ocean' Eleven dan lakonan dan nyanyian Harry dalam Island In The Sun."
# Selain "Ocean's Eleven", Sammy disukai ramai kerana filem-filemnya "Sergeants 3", "Robin And The 7 Hoods" dan "The Cannonball Run", Harry pula, "Carmen Jones", "Odds Against Tomorrow" dan "The World, The Flesh And The Devil",
disamping "Island In The Sun".
Mengenai seniwati kulit hitam, Richard begitu kagum dengan pencapaian Dorothy Dandridge. Antara filem-filemnya yang disukainya, "Carmen Jones", "Island In The Sun", "Tamango" dan "Porgy And Bess". "Sayang sekali dia meninggal dunia ketika usianya terlalu muda, 42 tahun", katanya.
# Semasa interview belum ada seniwati kulit hitam menang oscar. Hanya pada 2001 Helle Berry menang kerana peranannya dalam "Monster's Ball", dan merupakan seniwati kulit hitam pertama (juga satu-satunya) menang oscar tersebut. Pada 1954, Dorothy menerima calon oscar kerana filemnya "Carmen Jones", tetapi kalah kepada Grace Kelly yang membintangi "The Country Girl".
Begitu pun juga, pada 1939, Hattie McDaniel menang oscar seniwati pembantu terbaik kerana filemnya "Gone With The Wind", dan merupakan pelakon kulit hitam pertama menang anugerah Oscar.
Dalam buku nota aku ada tercatat. Roundtree berkata: "Saya harap lebih ramai pelakon kulit hitam akan muncul pada masa akan datang membawa karekter penting terutama hero dan heroine.
# Selepas 1982, ramai seniman dan seniwati kulit hitam jadi popular dengan membawa peranan penting. Antaranya Whoopi Goldberg, Denzel Washington, Helle Berry, Morgan Freeman, Pam Grie, Samuel L.Jackson, James Earl Jones, Will Smith, Danny Glover, Eddie Murphy, Fred Williamson dan Jim Brown.
Richard bertanya kepada aku. Adakah banyak syarikat filem luar Malaysia membuat penggambaran di Malaysia. Aku kata ada tetapi tidak banyak. Antaranya "7th. Dawn", "Paper Tiger" dan "The Slave Of The Cannibal God". Aku kata: William Holden, David Niven, Susanna York, Ursula Andress dan Toshiro Mufine pernah datang ke Malaysia terutama Kuala Lumpur buat penggambaran".
Kemudian Richard tersenyum dan berkata: "Kalau begitu, jika ada kesempatan saya mahu buat filem di Malaysia, mungkin tajuknya Shaft In Malaysia".
# Richard berlakon dengan David Niven dalam "Escape to Athena" dan Toshiro Mifune dalam "Inchon".
Richard agak terpegun apabila aku beritahu pelakon Malaysia Ibrahim Pendek pernah di bawa ke Hollyood berlakon dengan Rock Hudson. "Yakah? Tentu dia pelakon yang hebat", katanya. Dia tambah terpegun, apabila aku terangkan Ibrahim itu pendeknya macam Hervé Villechaize, yang berlakon bersama Ricardo Montalbán dalam "Fantasy Island".
# Filem lakonan Ibrahim Pendek, "The Sprial Road" (1962), diarahkan oleh Robert Mulligan turut dibintangi Burl Ives dan Gena Rowlands.
Rock Hudson berlakon bersama Sidney Poitier dalam "Something Of Value" pada 1957.
Richard juga muncul bersama Laurence Olivier dan Ben Gazzara dalam "Inchon" (1981). Di tv, dia memainkan peranan hamba, Sam Bennett, dalam "Roots" (1977) dan Dr. Daniel Reubens dalam "Generations" (1989-1991).
Sebelum menjadi pelakon, dia pemain bola sepak dan model, turut berperanan detektif bersendirian dalam "City Heat" (1984) disamping Clint Eastwood dan Burt Reynolds.
Sungguhpun Richard berlakon sepanjang 1990an, banyak filemnya tidak diterima dengan baik, tetapi mendapat kejayaan di tempat lain di teater dan pentas. Dalam tempoh itu, dia muncul kembali
di tv sebagai ikon budaya.
Pada 19 September, 1991, Richard muncul dalam satu episod "Beverly Hills, 90210" dengan Vivica A.Fox. Dalam episod "Ashes To Ashes", dia berperanan Robinson Ashe Jr.
Richard juga muncul dalam filem David Fincher, "Tujuh" pada 1995, dan dalam "Shaft" (2000) sekali lagi sebagai John Shaft dengan Samuel L. Jackson berperanan karekter tajuk, anak saudara
Shaft yang asal.
Dalam pada itu, dia menjadi bintang undangan dalam beberapa episod musim pertama "Desperate Housewives" sebagai detektif bersendirian, dan muncul pada 1997 dalam filem komidi
"George Of The Jungle".
Dia juga memainkan peranan naib pengetua sekolah menengah dalam filem 2005, "Brick", dan suaranya turut digunakan sebagai karekter Akuji dalam mainan (game) PlayStation, "Heartless".
Richard berperanan John Shaft dalam siri tv CBS-TV dengan nama yang sama 1973-1974. Pada 1997-1998, dia berperanan utama sebagai Phil Thomas drama Fox, "413 Hope St..." dan sebagai Booker T.Washington dalam filem tv (1999) "Having Our Say: The Delany Sisters' First 100 Years".
Sejak tahun 2000, Richard muncul dalam siri tv, "The Closer", sebagai Kolonel D.B.Walter U.S.M.C. (Bersara), dan dalam "Heroes" sebagai Charles Deveaux. Seterusnya, muncul pula dalam
episod "Lincoln Heights".
Richard juga berperanan seniman pembantu dalam "Speed ​​Racer" (2008) - filem sebagai pelumba menjadi pengulas sukan, yang merupakan ikon dan wira untuk Speed.
Dia juga muncul dalam "The Second Generation of Knight Rider" sebagai ayah agen FBI, Carrie Ravai, dan sebagai ayah dalam "Being Mary Jane" yang disiarkan oleh BET sejak 2013.




(Sumber: Movieclips Trailer Vault)

(Sumber: Movieclips Trailer Vault)

(Sumber: Movieclips Trailer Vault)

(Sumber: Movieclips Trailer Vault)

(Sumber: Cagena2008)

(Sumber: Tardis Lain)

(Sumber: Sir Lord Loner Bandit VC)

(Sumber: Voltaire)

(Sumber: pear Jord)

(Sumber: Novak Kubisix)

FILEM-FILEM RICHARD ROUNDTREE DI YOUTUBE

Terdapat banyak filem lakonan Richard Roundtree dimuatkan dalam YouTube, tetapi hanya beberapa saja yang berkualiti tinggi - "Escape To Athena", "Inchon", "A Game For Vultures", "One Down, Two To Go", "Q-The Winged Serpent" dan "George Of The Jungle".
Tiga filem, "Shaft", "Shaft's Big Score" dan "Shaft In Africa", full movienya berkualiti rendah cuma trailernya yang dikira baik dan memuaskan. "Earthquake" yang dibintanginya bersama Charlton Heston dan Ava Gardner pun kualitinya tidak begitu baik.
Tidak semua filemnya boleh dipindahkan ke FK. Bagaimanapun, sekiranya anda berminat menonton filem-filemnya selain yang
ada di sini, sila cari di YouTube.




Suzanna dan aku.

Ti Lung dan Loh Lieh.

Ti Lung (kanan) dan Hussain Abu Hassan.

Loh Lieh (dua kiri) bersama Hussain Abu Hassan, Man Yu Wah
dan Ka Loon (kanan).

# Dua gambar, Ti Lung dan Loh Lieh bersama Hussain Abu Hassan, aku ambil (kliks) sendiri ketika berada di Hong Kong pada 1983. Mungkin, dalam arkib Shaw Brothers gambar-gambar tersebut
tidak pernah ada.


Raj Kapoor dan Charito Solis.

Raden Mochtar dan Roekiah dalam "Fatima" pada 1939.

SENIMAN DAN SENIWATI LUAR NEGARA
YANG AKU TEMU DAN INTERVIEW

Disamping beberapa selebriti Hollywood, aku juga bernasib baik dapat temu dan interview seniman dan seniwati popular Hong Kong, Indonesia, Filipina dan India (Bollywood). Mereka;
Raj Kapoor
Hotel Shangri La, Singapura
Ti Lung
Shaw Brothers Studios, Clear Water Bay, Hong Kong
Lo Lieh
Hotel Hilton, Hong Kong
Suzanna
Hotel Hilton, Kuala Lumpur
Farouk Afero
Rumah Turino Djunaidi, Jakarta
Raden Mochtar
Hotel Panghegar (kini Grand Royal Panghegar), Bandung
Ratno Timoer
Rumah Ratno Timoer, Jakarta
Christine Hakim
Opera House, Sydney
Sophan Sophiaan
Hotel Lotte, Seoul
Widyawati
Hotel Lotte, Seoul
Charito Solis
Hotel Hilton, Kuala Lumpur
Lenny Marlina
Hotel Merlin (Concorde), Kuala Lumpur
Raj Kapoor, yang aku temu dan interview di Singapura, ketika dia datang ke pulau tersebut kerana promosi filem arahannya yang terbaru (pada masa itu), "Sathyam Shivam Sundaram" pada 1978, dibintangi Shashi Kapoor and Zeenat Aman.
Menurut buku nota yang aku simpan, Raden Mochtar aku temu dan interview di Cofee House, Hotel Panghegar, Bandung, pada 1984. Interview dengannya, turut sama Farouk Afero, dikira menarik kerana dia dan isterinya, Sukarsih, pernah datang ke Singapura berlakon filem "Terang Bulan Di Malaya" yang diarahkan oleh
B.S.Rajhans pada 1954.
Selepas Richard Roundtree, aku akan cuba siarkan temu dan interview dengan Raj Kapoor, yang bukan saja tertumpu kepada filem barunya itu, tetapi juga mengenai penglibatannya dengan seniwati-seniwati jelita yang mendampingnya seperti Nargis, Vyjayantimala, Padmini dan Zeenat Aman.
Kemudian akan aku artikelkan Raden Mochtar, yang merupakan seniman Indonesia yang cukup popular setelah membintangi "Pareh" pada 1936, disusuli "Terang Boelan", "Fatima" dan "Gagak Item". Dia juga berlakon dengan Nor Azizah dalam "Malin Kundang" pada 1971, yang diarahkan oleh D.Djajakusuma, dan turut dibintangi Rano Karno, Putu Wijaya dan Fifi Young.
Yang lain-lain akan aku fikir dan tentukan kemudian.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?



2 comments:

  1. KLASIK & RETRO betul kisah-kisah dalam blog kesukaan ramai ini kerana En Mustafar dapat mengimbas semula untuk REWIND ke zaman pertengahan abad ***mid-century*** Hollywood. Orang-orang lama yang sewaktu dengan En Mustafar pasti akan merasa nostalgia & sayu jika hati mereka pernah terlekat pada dunia hiburan zaman itu. En Mustafar benar-benar seorang "all-rounder" kerana bukan saja beliau seorang 'ahli' tentang filem Melayu klasik, bahkan juga Hollywood, Hindi & lain-lain. Apabila En Mustafar mengundurkan diri kelak untuk terus bersara, mungkin tiada sesiapa yang dapat mengambil alih atau berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Kalau yang ada pengetahuan pun mungkin tidak berminat atau kurang kegigihan. Tokoh-tokoh di FINAS cuma penjawat awam atau separa awam yang tidak mempunyai atau sedikit sahaja latar belakang filem + muzik + hiburan. Hanya harapkan kelulusan akademik, pengalaman bekerja serta rekod kerja berdasarkan rekomendasi dalam bidang pentadbiran & administrasi. Kalau ada yang berpengetahuan hiburan, itu pun secara teori tanpa penglibatan, penceburan & turun padang.
    - nonama

    ReplyDelete