Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
tapi jasamu tetap dikenang dan dihargai
SEKSI SELEBRITI INDONESIA
nampak seksi bukan bererti dedah semua
# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR
JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA
# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 15 NOVEMBER 2014)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA - 90,306
* SEKSI SELEBRITI MALAYSIA - 63,512 * PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI - 61,996
* SELAMAT PENGANTIN BARU - 38,184 * FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT - 14,000
# Sungguhpun artikel Hatta Azad Khan ini telah disiarkan oleh Mingguan Malaysia hampir tiga tahun lalu, namun ia masih relevan lebih-lebih lagi keputusan pencalonan dan pemenang Festival Filem Malaysia Ke-26 (FFM26) yang lintang-pukang, tidak berwibawa dan tidak bermaruah. Sepatutnya, angguta panel juri harus membaca dahulu artikel ini sebelum berbangga menjadi juri. Kepada Finas pula, sudahkah diberi cukup taklimat kepada mereka yang bertanggungjawab menentukan yang manakah benar-benar terbaik. Kalau mengikutkan kata orang kuat Finas, Zulkifli Wahab, Finas tidak campur-tangan, semuanya diserahkan kepada angguta panel juri. Jika begitu keadaan dan kedudukannya, patutlah kucing bermaharajalela, tikus bertempiaran lari.
AZAH AZIZ (Juri FFM1)
MAZLAN NORDIN (Juri FFM2)
JOHARI SALLEH (Juri FFM4)
AZEAN IRDAWATY (FFM11)
Oleh HATTA AZAD KHAN (Juri FFM8)
(Mingguan Malaysia / 20 November 2011)
SETIAP festival filem mempunyai matlamat khusus. Festival Filem Malaysia juga tidak terkecuali. Penganjur yang bertanggungjawab akan memberikan penjelasan kepada jemaah juri akan tujuan atau matlamat, harapan dan pencapaiannya.
Memanglah untuk mencari yang terbaik. Itu lumrah dalam setiap pertandingan atau perlawanan. Tetapi menentukan antara yang kalah dan yang menang harus berdasarkan bukan sahaja peraturan tetapi juga kriteria tertentu yang ditetapkan oleh penganjur bagi memenuhi matlamatnya.
Juri seharusnya melihat filem sebagai filem dan tidak perlu terpengaruh dengan hal-hal lain berkait dengan promosi, pemasaran, sambutan dan ulasan atau kritikan filem itu. Tetapi para juri mestilah bijaksana.
Mereka perlu kenal filem, tahu bahasa filem, pandai menilai lakonan dan pengarahan serta turut memahami setiap aspek dalam penghasilan filem.
Mereka tidak perlu terlibat secara langsung dengan bidang perfileman, tetapi perlu memahami keadaan sosio-budaya yang melatari setiap filem yang dihasil dan dipertandingkan.
Yang sebaik-baiknya, juri seorang yang luas pengetahuannya tentang budaya bangsanya dan turut menjadi penggemar filem dari serata dunia untuk menjadi modal dalam membuat perbandingan. Ini penting kerana setiap ukuran yang dibuat harus ada dasarnya, diukur berbanding siapa?
Bukanlah kita mahu mereka membandingkan filem-filem kita dengan filem Amerika atau Eropah, tetapi sekurang-kurangnya mereka mempunyai pengetahuan dan pengalaman menonton filem setidak-tidaknya dari negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina, Iran, Sri Lanka atau lain-lain negara yang mungkin tidak semaju Amerika atau Eropah.
Berhati-hatilah dalam membuat penilaian dan pemilihan. Memilih filem bukan seperti memeriksa kertas ujian atau peperiksaan. Tidak ada formula atau pemarkahan. Yang perlu adalah perbincangan yang disokong oleh hujah yang matang dan terperinci mengenai kekuatan dan kelemahannya.
Jangan terpengaruh jika ada orang yang cuba bertindak pandai dengan mencipta formula menilai filem dengan menggunakan angka atau markah. Tidak ada sebuah sekolah filem pun di dunia yang mengajar apresiasi dan penilaian filem dengan memberi formula secara perkiraan markah dengan angka.
Filem harus dilihat sebagai sebuah karya yang bermula dengan cerita yang diolah menjadi menarik oleh pengarah. Cerita itu dihidupkan dengan lakonan oleh pelakon-pelakon yang memahami dan menghayati watak yang dibawanya.
Lakonan yang hidup itu pula berhasil menimbulkan konflik yang menyentuh hati penonton. Penonton akan turut merasai setiap perlakuan, tindakan dan perasaan yang dialami watak dan sentiasa mengharapkan berlakunya penyelesaian yang memberikan mereka kepuasan.
Lakonan yang menghidupkan cerita digambarkan dalam framing dengan komposisi yang menghidupkan latar, mood dan suasana. Gambaran yang terhasil ini dibantu atau digetarkan pula dengan muzik, kesan bunyi dan lagu.
Kesemuanya pula direalitikan dengan penataan seni termasuk busana, tatarias, pencahayaan dan sudut kamera. Ertinya filem itu dihidupkan dengan gabungan berbagai elemen yang diadun dengan kreativiti terpilih.
PENGALAMAN PAHIT MANIS
Sebuah filem akan menjadi terbaik jika adunan ini menjadi menarik dan berkesan dan tiada cacat-cela yang merosakkan. Ia juga menjadi terbaik jika kita yang menonton menjadi lupa bahawa yang ditonton itu adalah sebuah cereka.
Kita hadir di dalam dunia yang dicipta itu secara tidak sedar dan terheret sama dalam setiap persoalan, emosi, aksi atau tindakan serta pengalaman pahit manis watak-wataknya. Ringkasnya kita tidak sedar bahawa itu adalah filem!
Namun tidak semua filem dibuat dengan keupayaan dan tujuan ini. Ada banyak filem-filem ringan yang dibuat semata-mata dengan tujuan memberikan hiburan semata-mata dan tidak pun mahu menyoal minda penonton. Ia cuma ditonton dan dilupakan. Tiada salahnya membuat filem sebegini. Menghiburkan penonton berbayar itu juga suatu amanat yang mulia.
Tetapi jika filem begini kita senaraikan sebagai calon pemenang anugerah dalam sesuatu festival filem, ia akan mengejutkan si pembuatnya dan sekaligus menyerlahkan kedangkalan si juri yang memilih.
Tugas dan tanggungjawab juri adalah memberi penilaian yang bijaksana setelah membahas dari pelbagai sudut dengan membuat keputusan bersandarlan alasan yang bernas bukan kejutan songsang yang melucukan.
Yang perlu menilai dan memilih adalah angguta panel juri. Jangan sekali-kali menolak tanggungjawab dengan mengatakan bahawa juri hanya memilih barisan karyawan yang dicalonkan penerbit.
Juri yang bijaksana menilai pencapaian para karyawan yang dicalonkan dengan meneliti mereka (menonton filem) dan para juri boleh membuat perbahasan terhadap segala elemen kekuatan dan kelemahan serta pelbagai aspek lagi.
Tetapi jika panel juri memilih untuk memberikan alasan mudah dan meletakkan kesilapan kepada penerbit sekiranya timbul persoalan kenapa nama-nama tertentu yang dianggap layak, tetapi tidak tersenarai dalam lima yang terbaik. Ini menunjukkan juri malas bekerja. Angguta panel juri yang bijaksana boleh mengubah keadaan ini.
Pada tahun-tahun awal penubuhan Finas, Festival Filem Malaysia menjadi tanggungjawab Finas sepenuhnya. Bahkan Finas pada zaman Ismail Zain sebagai Ketua Pengarah dan kemudian Zain Haji Hamzah menggariskan kriteria khusus untuk dijadikan panduan angguta panel juri.
Pemilihan para juri dibuat dan diambil dari kalangan budayawan yang tidak terlibat secara langsung dalam industri filem. Saya masih ingat, ada penglibat dari bidang pengiklanan, teater, pendidikan dan media cetak. Mereka menonton kesemua filem dan memilih calon-calon yang berpotensi untuk disenarai-pendekkan dalam kesemua kategori.
Dalam hal penjurian kita harus berfikir dengan pemikiran terbuka. Kita boleh belajar dari kelemahan dan kekuatan orang lain. Jangan membuat terlalu banyak peraturan yang menyekat dan memundurkan.
Jadikanlah Festival Filem Malaysia kita dikagumi, digeruni dan dihormati dan dinanti-nanti kehadirannya. Filem Terbaik akan mewakili Malaysia ke festival filem di luar negara, setidak-tidaknya ke Festival Filem Asia-Pasifik.
Pilihlah sesuatu yang tidak memalukan, sesuatu yang boleh diterima oleh masyarakat luar sebagai filem yang berhati-budi dan berwajah Malaysia. Jangan nanti kita hanya tumpang bertepuk untuk negara Iran atau negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura.
Saya masih teringat kata-kata Teguh Karya, pengarah filem tersohor Indonesia: "Saya buat filem untuk bangsa dan negara saya." Kerana itu, dunia turut mengenali Indonesia melalui filem-filem arahannya.
Dan kita di Malaysia terutama angguta panel juri FFM? Apa sebenarnya, kita cari?
# Update akan dilakukan dari masa ke masa.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___
FILEM KLASIK MALAYSIA
SALOMA
DEEPIKA PADUKONE
UTUSAN RADIO & TV
VICTOR MATURE
R.AZMI
LATIFAH OMAR
KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI
Setelah diamati buku setebal 355 mukasurat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P.Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun disebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P.Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar negara untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.

Abang Mus.boleh tak kita mengimbau kembali ffm yang lepas .secara peribadi saya tak berapa setuju kemenangan pelakon berikut .saya tak pasti tas kriteria apa yang juri pilih.atas bakat lakonan atau seniority.cthnya
ReplyDeleteFFM2 S.Shamsuddin pelakon komedi terbaik melalui filem
"Dia Ibuku"mengenepikan R.Jaafar (tak pasti filem apa Si Luncai kut) apa yang hebatnya S.Shamsuddin dlm filem tu.sepanjang saya menonton filem itu di panggung Cathay Sungei Petani tahun 1981.tak ada pun scene lakonan arwah yang membuatkan penonton ketawa terbahak bahak .walaupun filem ini kategori heavy drama bukannya komedi tapi cuba tengok dalam filem "Antara Dua Darjat" filem heavy drama juga tapi bagaimana aksi komedi Sudin mencuit hati penonton.
Begitu juga pemilihan Zami Ismail sebagai Pelakon Komedi Terbaik melalui filem "Mat Som" ini lagi haru .dalam filem tu Zami berlakon sebagai "Mat Top" bapa kepada Imuda yang berlakon sebagai
Mat Som..dari awal sampai habis kemunculan Zami dalam filem itu tak ada satu adegan komedi pun keran adia berlakon watak serius..tu yang pelik macam mana dia terpilih sebagai pelakon komedi terbaik.
Boleh tak Abang Mus memberi ulasan rasionalnya kemenangan mereka.ulas secara fakta (jangan lah bagi alasan orang dah meninggal tak elok diungkit).. WASSALLAM
Apa yang Sdra minta saya buat, bukan satu perkara mudah. Saya terpaksa menonton kembali filem-filem yang dipertandingkan dalam FFM sejak tahun 1980. Ini, saya tidak mampu laksanakan. Apa pun saya bersetuju dengan Sdra, angguta panel juri memang selalu melakukan kesilapan bukan saja dalam FFM26 malah sudah pun bermula pada FFM1 lagi. Itu sebabnya saya muatkan artikel Sdra Hatta Azad Khan untuk juri FFM yang akan datang. Itu pun entah mereka mahu ikut entahkan tidak. Kerana ramai diantara juri yang dipilih itu, cerdik tak boleh diikut bodoh tak boleh diajar, ego semacam.
DeleteSamada mereka mahu ikut atau tidak, itu perkara lain. Apa yang penting Encik Mustafar A.R. telah melakukan sesuatu (menyiarkan semula artikel Hatta Azad Khan) penuh bertanggungjawab untuk memperbaiki kelemahan sistem penjurian FFM yang mana kali ke-26, ternyata begitu ketara ketidakadilannya dan 'pilih bulu' dalam memilih sesuatu yang terbaik - Ainisya, UKM, Selangor.
DeleteNampaknya, layout Filem Klasik semakin menarik. Tahniah kepada Encik Mustafar A.R. dan Puan Zaini Yusop kerana bersusah-payah mengwujudkan blog ini yang saya anggap paling terbaik, mengenai hiburan terutama filem, terawang-awangan di alam maya - Eza (via e-mail), Putrajaya, WP.
ReplyDeleteTerima kasih, Eza. Selagi terdaya, saya dan Zaini akan terus memberi informasi terbaik dan mungkin ramai yang tidak tahu khususnya mengenai filem-filem lama (klasik), dari masa ke masa.
DeleteAbg Mustafar, elok benar memaparkan beberapa juri (yang tampaknya gah) FFM dahulu, kalau boleh saya mahu lihat semua. Menarik jika kita lihat dari segi malar segarnya (evergreen) karya yang diangkat dalam FFM dalam tinjauan ini.
ReplyDeleteFFM 1 yang paling menyesakkan, saya fikir, mungkin kerana tidak ada filem yang baik (seperti kata Nasir Jani) maka terdapat kategori "filem serius" dan "filem ringan" yang sepatutnya tidak wujud dalam FFM.
Kemenangan Azean dalam Esok Masih Ada dipersoalkan (dia hanya menjerit, meronta, dan menangis dalam filem ini, bukan salahnya, tapi skrip). Siapa pelakon lain yang dicalonkan?
Filem Esok Masih Ada mempunyai banyak masalah penceritaan, walaupun skrip ini dihasilkan setelah Jins kembali dari sekolah filem luar negara.
Jins menang pelakon terbaik dalam Tiada Esok Bagimu. Tonton betul-betul. Jins tidak memerlukan banyak tenaga dan kaedah, hanya dalam keadaan meraba-raba, menjerit, "Emyyyy!!" dalam beberapa babak.
FFM ke-2 dengan juri Mazlan Nordin. Filem Dia Ibuku, walaupun menarik, kurang didengari sekarang jika dibandingkan dengan Abang karya Rahim Razali (walaupun dituduh teaterikal yang bagi saya suatu hujah bodoh kerana filem Sidney Lumet dan Wiiliam Friedkin yang awal juga berbentuk teaterikal). Filem Abang lebih jauh malar segar daripada Dia Ibuku Yassin Salleh. Itu fakta.
Kesimpulan: rasa akan filem berubah, filem berubah, juri berubah. Kesemuanya mempunyai hak menentukan mutu namun kesemuanya juga manusia, melakukan kesilapan. Seperti penelitian abang tentang Tanda Putera. Kita lihat nanti, dalam 20 tahun terkemudian, adakah filem ini masih diperkatakan oleh peminat, atau tidak. wallahu alam.
Menariknya, ketua juru FFM ke-26 ialah Adman Salleh (pernah memenangi FFM utk Bintang Malam dan Paloh). Adman juga pernah menjadi juri ketika kemenangan besar arwah Yasmin dengan Sepet dan Gubra. Saya rasa, abang tentu tidak menyukai pilihan Adman Salleh.
ReplyDeleteUntuk perbincangan lebih lanjut berkenaan filem, sila ikuti kami di https://www.facebook.com/groups/movvie.addict/
ReplyDelete