MUNGKINKAH BOIKOT AKAN BERLAKU?
Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
tapi jasamu tetap dikenang dan dihargai
SEKSI SELEBRITI INDONESIA
nampak seksi bukan bererti dedah semua
# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR
* JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA
# 5 ARTIKEL PALING POPULAR___
(SETAKAT 15 OKTOBER 2014)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA (86,986) * SEKSI SELEBRITI MALAYSIA (60,257)
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI (58,032) * SELAMAT PENGANTIN BARU (36,475)
* FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT (13,356)
Lima filem ini dianggap panel juri layak dicalonkan filem terbaik.
Filem ini panel juri anggap tidak layak dicalonkan filem terbaik.
FINAS HARAP TIADA PERTIKAIAN
KEPUTUSAN PEMENANG FFM26
(Oleh Ashraf Nasser|Tupai)
PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang bertindak selaku penganjur Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM26) berharap tidak akan timbul pertikaian terhadap penjurian dan juga penerima anugerah pada malam kemuncak FFM26 kelak.
"Kami hanya penganjur dan tidak masuk campur dalam urusan penjurian. Tapi, soal ada yang tidak berpuas hati tentang keputusan itu perkara biasa. Kalau ada yang puas hati atau tidak itu biasa.
"Berhubung satu artikel di Mingguan Malaysia baru-baru ini, sebenarnya penjurian dibuat oleh sekumpulan panel juri profesional yang dilantik khas. Kami berharap tiada mana-mana pihak yang mempertikaikan keputusan itu nanti," jelas Pengarah Pembangunan Industri FINAS, Zulkifli Wahab yang dipetik dari Malaysian Digest.
Pada masa sama, Zulkilfli turut menyuarakan rasa kesalnya terhadap beberapa persatuan seni tempatan yang bertindak memboikot majlis berprestij itu.
MENGHANTAR WAKIL
"Kami tak pasti apa masalah mereka. Tapi sejak awal perancangan untuk anugerah kali ini, kami menjemput mereka hadir sama pada mesyuarat yang kami adakan. Kami libatkan mereka dari segi sumbangan idea supaya penganugerahan festival kali ini menjadi acara terbaik dalam sejarah FFM.
"Tapi sudah empat kali sesi perbincangan dan mesyuarat, kebanyakan persatuan tidak menghantar wakil mereka. Mereka juga tidak memberi apa-apa alasan mengapa mereka tidak dapat hadir pada setiap kali mesyuarat kami adakan. Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan."
FFM26 tahun ini bakal berlangsung pada 1 November ini di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tunku Muhammad, Seremban, Negeri Sembilan.
Pemangku Ketua Pengarah Finas, Megat Al-Imran Yassin (kiri), dan Yusof Haslam bersama trofi FFM26.
Antara beberapa kerat individu yang terlibat menjayakan Festival Filem Malaysia Ke-26 (FFM26).
FINAS KESAL PERSATUAN SENI
GAGAL SOKONG FFM26
(Oleh Feride Hikmet Atak|mStar)
PENGARAH projek, Festival Filem Malaysia ke 26 (FFM 26), Zulkifli Wahab meluahkan rasa kesal terhadap persatuan-persatuan seni di negara ini yang bersikap dingin untuk memberikan kerjasama dalam menjayakan acara tahunan festival filem itu.
Zulkifli yang juga Pengarah Pembangunan Industri, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) berkata, sepatutnya 15 persatuan memberi kerjasama dalam melakukan persiapan FFM26, tetapi hanya beberapa sahaja yang terlibat.
"Festival ini adalah bagi meraikan para seniman negara ini tetapi sayang sekali tidak semua persatuan seni melibatkan diri dalam menjayakan acara ini.
"Pihak kami tidak pasti sebab apa mereka enggan hadir memberi kerjasama sedangkan sepanjang empat kali perjumpaan, kami menghantar surat menjemput mereka bersama-sama menyertai kami," katanya kepada mStar Online.
Zulkifli ditemui pada majlis pengumuman tarikh dan lokasi FFM 26 di Hotel Empire Subang, di sini pada Selasa.
Hadir sama Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia, Datuk Yusof Haslam, Pemangku Ketua Pengarah Finas, Megat Al-Imran Yasin, Presiden Persatuan Karyawan, Freddie Fernandez dan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad.
Dalam pada itu Zulkifli berharap agar perkara tersebut tidak akan berulang pada penganjuran masa depan di mana kesemua persatuan perlu bersatu memberi kerjasama menjayakan acara berprestij itu.
MEMBERI KELAINAN
Sementara itu, FFM26 bakal dianjurkan pada 1 November depan di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban, Negeri Sembilan.
Ia bakal disiarkan menerusi saluran Astro Ria pada pukul 8.30 malam.
Kata Zulkifli, ini merupakan penganjuran pertama FFM26 di Negeri Sembilan bagi memberi kelainan pada acara tersebut.
"Pihak kami mahu masyarakat di negeri lain turut merasakan bahang FFM26.
"Mungkin pihak kami akan mengambil elemen budaya Negeri Sembilan dalam tema penganjuran festival ini, Transformasi Sinema Malaysia," ujarnya.
Malam kemuncak FFM26 bakal dikendalikan oleh dua selebriti popular, Fahrin Ahmad dan Fazura, dengan beberapa persembahan daripada penyanyi seperti Datuk M.Nasir, Mamat Khalid, Adira, Tomok, Hafiz Suip, Misha Omar dan Awie.
Dalam pada itu, Malam Perasmian FFM26 akan diadakan pada 26 Oktober ini di Hotel Empire Subang menyaksikan 11 kategori yang dipertandingkan.
Zulkifli Wahab (kiri) dan Juey Latiff Rosli, sudah mula salah menyalah dan tuduh menuduh.
GAFIM TIADA NIAT BOIKOT
FINAS ANJUR FFM26
(Oleh Mohd. Al Qayum Azizi|mStar)
Presiden, Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Jurey Latiff Rosli berkata, pihaknya tiada niat untuk memusuhi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) ataupun memboikot penganjuran Festival Filem Malaysia ke 26 (FFM 26) yang bakal berlangsung pada 1 November depan.
Malah Jurey berkata, Gafim juga keliru dengan kenyataan pihak Finas yang mendakwa persatuan seni bersikap dingin untuk memberikan kerjasama dalam menjayakan penganjuran acara tersebut.
"Sebenarnya sejak awal tiada sebarang perbincangan dibuat oleh Finas dengan Gafim untuk menentukan lokasi, tarikh, calon dan perkara penting lain berkaitan FFM 26. Mereka lebih tahu apa sebenarnya yang terjadi dan jawapan ada pada tangan mereka," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu.
Terdahulu, Pengarah projek FFM 26, Zulkifli Wahab, meluahkan rasa kesal terhadap persatuan-persatuan seni di negara ini yang bersikap dingin untuk memberikan kerjasama dalam menjayakan acara tahunan festival itu.
Zulkifli yang juga Pengarah Pembangunan Industri Finas berkata, sepatutnya 15 persatuan seni termasuk yang bergabung bawah Gafim memberi kerjasama dalam melakukan persiapan FFM 26 tetapi hanya beberapa sahaja yang terlibat.
SIDANG MEDIA
FFM 26 akan diadakan di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban, Negeri Sembilan. Ia bakal disiarkan menerusi saluran Astro Ria pada pukul 8.30 malam.
Tambah Jurey, pihaknya sentiasa memberi sokongan terhadap apa juga tindakan Finas yang ingin menganjurkan FFM 26 tanpa campur tangan Gafim seperti mana tahun-tahun sebelumnya.
"Gafim ditubuhkan untuk menganjurkan FFM tetapi apabila Finas mengambil keputusan untuk menganjurkan tanpa Gafim pada tahun ini, kami tetap beri sokongan kerana festival ini diadakan untuk meraikan industri perfileman negara.
"Saya mewakili Gafim ingin mengucapkan tahniah kepada Finas kerana akhirnya berjaya menetapkan tarikh dan lokasi FFM26 yang sudah beberapa kali tertangguh," ujarnya.
Mengulas mengenai ketidakhadiran wakil Gafim pada sidang media yang berlangsung di Hotel Empire, Subang Jaya pada Selasa lalu itu Jurey berkata, ia disebabkan pertukaran hari dan waktu sidang media tersebut pada saat-saat akhir yang menyukarkan pihaknya untuk hadir.
"Sidang media itu sepatutnya berlangsung pada Jumaat lalu namun pada saat-saat akhir ia dibatalkan. Kelewatan pemberitahuan itu menyebabkan saya tidak dapat menukar jadual bagi menghadiri sidang media berkenaan," ujarnya.
Selain Presiden Gafim, Jurey juga memegang jawatan sebagai Presiden, Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM).
From left: Raqim Ahmad, Megat Al-Imran Yasin, Zulkifli Wahab and Yusof Haslam
FFM26 WILL BE IN NOVEMBER AMID
CONTROVERSY OVER QUALITY OF NOMINEES
(Oleh The Daily Seni|15 Oktober 2014)
THE LONG awaited date for the 26th. Malaysia Film Festival (FFM26) has finally been announced during its press conference at Empire Hotel yesterday. The awards night will be celebrated on November 1, 2014 at Tunku Puan Chik Auditorium, Tuanku Muhammad Broadcasting Complex, Seremban, Negeri Sembilan.
FFM26 marks the first ever in its history to be held in Negeri Sembilan; but not the first time outside of KL as preceding years have seen this film festival at Melaka, Johor, Perak, Penang and Sabah. With its earlier postponement of date, the venue outside of KL, and the infamous article by Mustafar A.R., there seems to be a lot going on in this year’s FFM.
The acting Chief Director of FINAS, Megat Al-Imran Yasin reasoned that this year’s change in venue was to bring the awards show to the viewers outside KL, adding that citizens of KL are accustomed to always having big events in their vicinity, so they are expanding the experience of FFM wider.
NOTORIOUS ARTICLE
When asked if this would affect the attendance of the nominees, Megat explained that Seremban is just a 45-minute drive from the city. He added that the organisers are working on arranging accommodation nearby the venue for the Top 5 awards nominees to encourage attendance to the awards night.
Going back two weeks ago when the notorious article by Mustafar A.R. that baselessly ridiculed FFM26 quality of nominees, Daily Seni questioned why FFM did not give a response to the article.
Director of Industrial Development of FINAS, Zulkifli Wahab explained that it was not FINAS calling to defend the merit of FFM26 nominees as the nominations are decided by the jury that is professional and free from influence of the organisers. In other words, they are not obligated to give a response to Mustafar A.R. because they are not involved in the nomination process.
FFM26 have 31 awards category, eleven of which will be given out on its opening night on October 29, 2014 at Empire Hotel, Subang Jaya while the remaining twenty will be presented on the awards night in said date and venue above.
FFM26 KEMBALI TERSENYUM
Oleh George Joseph
(my Metro|15 Oktober 2014)
SELEPAS beberapa kali ditangguhkan, acara anugerah berprestij Festival Filem ke-26 (FFM26) akhirnya ditetapkan akan berlangsung pada 1 November di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, SeÂremban, Negeri Sembilan. Kali terakhir festival itu diadakan pada 2 Mac 2013.
Ketika sidang media pengumuman calon akhir bagi setiap kategori pada 15 Ogos lalu, tidak ketinggalan ia turut disusuli pertikaian selepas senarai calon dikeluarkan. Kali ini, sebanyak 113 filem dipertandingkan dalam 31 kategori pada acara kemuncak nanti.
Jika diteliti semula pola filem yang dicalonkan, kebanyakannya genre seram, aksi dan psiko sekali gus mengenepikan beberapa filem bercorak lain. Dari situ, terlihat segi penjurian nampaknya lebih tertarik kepada genre sedemikian daripada banyak filem yang dihantar untuk penilaian.
Tidak ketinggalan, sebaik pengumuman berkenaan, industri turut dikejutkan dengan kematian satu-satunya calon bukan Melayu, mendiang Kalpana Sundraju yang dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem "Dhsurajanam" arahan M.Surya. Kalpana dicalonkan bersama Sharifah Amani, Diana Danielle, Ummi Nazeera dan Lisa Surihani.
Bagaimanapun, kerancakan acara itu semestinya semakin dirasakan sekarang apalagi sekian lama dinanti akhirnya barulah ia diadakan kembali. Bakal disiarkan pada jam 9 malam secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104) serentak di Maya HD (Astro 135) serta TV2 sebagai peÂnyiar rasmi, acara berkenaan turut menampilkan persembahan hebat kelak.
Mengadakan sidang media pengumuman berkenaan kelmarin bertempat di Bilik Throne, Hotel Empire Subang, Subang Jaya, majlis berkenaan turut dihadiri Pemangku Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Megat Al-Imran Yasin, Pengarah FFM26 Zulkifli Wahab, Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia, Yusof Haslam dan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad.
Bercakap mengenai acara itu, beberapa perancaÂngan sudah dibuat bagi menghebahkan kemuncak FFM26. Menurut Megat, kali ini artis yang dicalonkan juga bakal diminta untuk sama terbabit dalam mempromosikan acara itu.
MENGARUT DARI SEGI PENCALONAN
"Seperti penganjuran sebelumnya, kali ini Seremban dipilih sebagai lokasi acara yang mana tidak lain tidak bukan mahu memberi peluang kepada penduduk di sana merasai kehangatan FFM26 sendiri nanti. Kami juga akan mengadakan siri jelajah beberapa lokasi di sana bersama artis-artis.
"Tidak ketinggalan, beberapa acara sampingan seperti seminar juga bakal diadakan yang turut mendapat kerjasama memberangsangkan daripada pihak kerajaan," katanya.
Turut mengulas mengenai dakwaan sebuah artikel berhubung FFM26 semakin mengarut dari segi pencalonan, menurut Zulkifli, hal itu di luar bidang kuasa mereka lantaran ia keputusan panel juri profesional.
"FINAS memang tidak terbabit dalam sebarang keputusan penjurian. Keputusan itu dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada panel juri dan semestinya mereka bebas untuk menentukan serta ada hak membuat keputusan demikian.
"Biasalah dalam hal sebegitu, pasti ada yang akan berpuas hati dan sebaliknya namun perlu akur kerana ia keputusan juri profesional," katanya.
Berkonsepkan 'black tie', acara berkenaan bakal diserikan artis-artis besar termasuk M.Nasir, Mamat Khalid, Adira, Tomok, Hafiz Suip, Misha Omar dan Awie. Persembahan merangkumi nyanyian lagu runut bunyi dari era 1960an sehingga kini.
Sebelum acara kemuncak, majlis Malam Perasmian FFM26 juga bakal diadakan pada 29 Oktober nanti bertempat di Hotel Empire Subang Jaya di mana pada malam itu pemenang bagi 11 kategori akan diumumkan.
Kategori itu termasuklah Poster Terbaik, Pereka Kostum/Busana Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Pengarah Harapan, Filem Pendek Terbaik, Filem Animasi Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik dan Penggiat Belakang Tabir.
YUSOF HASLAM HORMATI PILIHAN JURI
Pernah menjadi juri untuk festival filem yang sama sebelum ini, Yusof Haslam pula mengakui mempunyai pendapat sendiri mengenai pencalonan namun faham penilaian juri semestinya subjektif. Bagaimanapun, beliau sendiri tidak menafikan pelik apabila filem seperti "Tanda Putera" tidak tersenarai dalam kategori Filem Terbaik.
"Tak salah yang dipilih. Cuma saya agak ralat sedikit kerana filem sebaik Tanda Putera yang ada nilai-nilai sejarah, pejuangan dan kepimpinan sebaliknya tidak mendapat perhatian juri. Kalau saya jadi juri barangkali filem itu yang saya dahulukan.
"Namun itu sekadar pandangan peribadi saja. Kita perlu akur kerana saya percaya juri yang dipilih Finas terdiri daripada golongan profesional dan mempunyai kriteria penilaian tersendiri," katanya.
Pastinya menjadi perhatian utama, lima filem yang bertanding bagi kategori Filem Terbaik adalah "KL Gangster 2", "KIL", "Penanggal", "Rock Oo!" dan "Sembunyi: Amukan Azazil".
"Penanggal" arahan Ellie Suriaty Omar turut mendominasi dengan 15 pencalonan. Pada FFM25, filem "Bunohan" arahan Dain Iskandar Said diangkat sebagai Filem Terbaik.
# Update akan dilakukan dari masa ke masa.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___
FILEM KLASIK MALAYSIA
SALOMA
DEEPIKA PADUKONE
UTUSAN RADIO & TV
VICTOR MATURE
R.AZMI
LATIFAH OMAR
KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI
Setelah diamati buku setebal 355 mukasurat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P.Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun disebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P.Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar negara untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.

ULASAN FK___
Oleh Mustafar A.R.
SUDAH dijangkakan, Festival Filem Malaysia (FFM) akan dilanda ribut taufan yang tidak berkesudahan. Ada tanda FFM26, mengalami nasib yang sama dengan beberapa festival filem yang lalu. Jika tidak ditangani dengan baik, bukan sahaja pahat berbunyi apabila rumah sudah siap, tetapi penukul, paku, gergaji dan yang lain-lain pun akan turut berbunyi.
Sejak awal lagi, sejak Gafim ditolak oleh Finas sebagai penganjur bersama FFM26, sudah menampakkan suasana yang kurang menyenangkan. Air yang nampaknya sedikit keruh memakin bertambah keruh. Angin sudah mula bertiup, hanya menunggu ribut dan seterusnya taufan bakal terjadi. Minta-minta dijauhi.
Apalah nasib malang FFM kita, tidak berkesudahan dengan kontroversi. Di mana silapnya? Perlukah, sesuatu mukjizat dari langit turun ke bumi untuk menyelamatkan FFM? Tidakkah boleh Finas dan karyawan filem berganding bahu, seiring dan sejalan, memperkasakan FFM? Saya sebagai salah seorang pengasasnya, mati akal tidak tahu cara mana lagi harus disyorkan sungguhpun ketascadangan sudah pun dikemukakan kepada Menteri Multimedia dan Komunikasi serta juga Ketua Pengarah Finas.
Orang-orang Finas dan karyawan filem kita, cerdik-cerdik belaka. Kalau tak cerdik takkan mereka duduk di Finas dan menjadi karyawan filem yang memerlukan kepandaian dan kepakaran. Namun, kebanyakan diantara mereka, cerdik tidak boleh ditegur, bodoh tidak boleh diajar. Bangang sombong, terutama yang lulus dari bermacam-macam universiti. Mendabik dada, menganggap orang lain semua tolol, aku sahaja yang pandai. Idea orang lain tidak bagus, idea aku saja hebat.
Finas, yang diberi tanggungjawab menjaga hal-hal filem Malaysia, sudah selayaknya sebagai penganjur utama FFM, dan Gafim (gabungan beberapa persatuan filem), seharusnya memberi kerjasama yang sepatut dan seadanya, mempastikan kejayaan festival filem tersebut. Ini tidak, jelas nampak Gafim melakukan boikot dalam diam. Tiada boikot, sebagaimana yang dikatakan oleh Jurey Latiff Rosli, Presiden Gafim, itu sekadar penyedap kata dan pemanis mulut sahaja.
Pengarah projek FFM26, Zulkifli Wahab, sudah meluahkan rasa kesal terhadap persatuan-persatuan seni dan filem (termasuk Gafim) yang bersikap dingin untuk memberikan kerjasama menjayakan festival filem tersebut. Ertinya, FFM26 sudah diboikot!. Mana tak dingin, dulu bekerjasama, kini minta bantuan sahaja. Tentulah berbeza.
Bagi mengelakkan itu berlaku, selepas FFM26, Finas patut wujudkan urusetia (sekreteriat) tetap FFM dengan setiausaha dan pekerjanya dibayar gaji, bukan elaun. Dengan cara ini, Finas, Gafim dan persatuan-persatuan filem lain jangan masuk campur. Biarkan mereka menjalankan kerja masing-masing, jangan kacau. Tetapi jika masih mahu ganggu, tidak payahlah urusetia FFM ditubuhkan, sia-sia sahaja. Sudahnya, wahasil balik asal.
Berbalik kepada FFM26, selain penolakan Gafim oleh Finas, corak penjurian. "Berhubung satu artikel di Mingguan Malaysia, sebenarnya penjurian dibuat oleh sekumpulan panel juri profesional yang dilantik khas," itulah yang dikatakan oleh Zulkifli Wahab.
Profesional apakah jadahnya, kalau calon filem terbaik yang dipilih itu - "Penanggal", "KIL", "Sembunyi: Amukan Azazil", "KL Gangster 2" dan "Rock Oo!" - yang kesemuanya menyakitkan otak dan jiwa. "Tanda Putera", kata Fadli al-Akiti (salah seorang angguta panel juri) tidak layak dicalonkan, bukan filem terbaik 2013. Hey... filem yang sebegitu hebat, dikatakannya begitu. Dia ni mabuk ke?
Tolong beri 10 sebab kenapa "Penanggal" layak dicalonkan filem terbaik, dan 10 sebab pula "Tanda Putera" tidak layak dicalonkan filem terbaik. Fadli al-Akiti boleh huraikan dalam blognya, TontonFilem, atau e-mail kepada saya untuk disiarkan dalam blog Filem Klasik.
Saya sudah menonton (4 kali setiap filem), serta menilai dan meneliti 5 calon filem terbaik itu termasuk juga "Tanda Putera" yang diarahkan oleh Shuhaimi Baba, yang ditolak dan dihina. Kesimpulannya, saya tidak teragak-agak mengistiharkan, Filem Terbaik FFM26 goes to... "Tanda Putera".
BERPATAH BALIK
Saya sendiri kecewa dengan penolakan "Tanda Putera" dicalonkan filem terbaik apatah lagi Shuhaimi Baba dan the gang. Kemungkinan, Yusof Haslam dan the gang pun ikut langkah yang sama, sekiranya "KL Gangster 2" tidak dicalonkan filem terbaik, tetapi "Penanggal" dicalonkan.
113 filem yang layak dipertandingkan, kesemua filem yang dicalonkan filem terbaik melibatkan Primeworks Studios. Ini lagi satu faktor, FFM26 dijangka menerima pemboikotan. Takkan syarikat itu sahaja yang mampu mengeluar filem terbaik, yang lain pun ada kekuatan dan kehebatan.
Mari kita lihat senarai calon-calon yang diterima oleh filem-filem Primeworks Studios untuk FFM26:
# FILEM TERBAIK___
1. KL Gangster 2 (Skop Productions/Primeworks Studios)
2. KIL (Primeworks Studios)
3. Penanggal (Astro Shaw/Primeworks Studios)
4. Rock Oo! (Primeworks Studios)
5. Sembunyi: Amukan Azazil (Primeworks Studios)
# PENGARAH TERBAIK___
6. Khabir Bhatia (Sembunyi : Amukan Azazil)
7. Syamsul Yusof (KL Gangster 2)
8. Ellie Suriaty (Penanggal)
9. Mamat Khalid (Rock Oo!)
10. Nik Amir Mustapha (KIL)
# PELAKON LELAKI TERBAIK___
11. Azry Iskandar (Penanggal)
# PELAKON WANITA TERBAIK___
12. Diana Danielle (Sembunyi: Amukan Azazil)
13. Ummi Nazeera (Penanggal)
14. Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)
# PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK___
15. Rosyam Nor (KL Gangster 2)
16. Khir Rahman (Rock Oo!)
# PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK___
17. Normah Damanhuri (Penanggal)
18. Anne James (KIL)
19. Umie Aida (Sembunyi: Amukan Azazil)
# CERITA ASAL TERBAIK___
20. Ellie Suriaty (Penanggal)
21. Kabir Bhatia (Sembunyi: Amukan Azazil)
22. Mamat Khalid (Rock Oo!)
# LAKONLAYAR TERBAIK___
23. Alfie Pallermo (Sembunyi: Amukan Azazil)
24. Nik Amir Mustafa (KIL)
25. Ellie Suriaty (Penanggal)
26. Syamsul Yusof (KL Gangster)
27. Mamat Khalid (Rock Oo!)
# SINEMATOGRAFI TERBAIK___
28. S.Y.Chong (KIL)
29. Raja Mukhtiz (Penanggal)
30. Norhanishan Muhammad (Sembunyi: Amukan Azazil)
31. Haris Hue Abdullah (Istanbul Aku Datang)
# PENATAAN SENI TERBAIK___
32. Rock Oo! (Zahid Othman)
33. Penanggal (Nazrul Asraff)
34. KIL (Rewan Ishak)
35. Sembunyi: Amukan Azazil (Mazalan Zulkifli)
# PENATAAN BUNYI TERBAIK___
36. Rock Oo! (Mohd. Rashid Othman)
37. KL Gangster 2 (Syamsul Yusof/Hisham Jupri)
38. Penanggal (Adzrey Abdul Kamal)
39. KIL (Mohsin Othman)
40. Sembunyi: Amukan Azazil (Hafiz Hamidun)
# KESAN KHAS TERBAIK___
41. Penanggal (Astro Shaw/Primesworks Studios)
# PENYUNTING TERBAIK___
42. KL Gangster 2 (Syamsul Yusof/Hisham Jupri)
43. KIL (Rewan Ishak)
44. Penanggal (Akashdeep Singh)
45. Sembunyi: Amukan Azazil (Adilan Azemi)
# LAGU TEMA ASAL TERBAIK___
46. Aku Datang (Istanbul Aku Datang)
47. Tika (Rock Oo!)
# SKOR MUSIK ASAL TERBAIK___
48. Sembunyi: Amukan Azazil (Hafiz Hamidun)
49. KL Gangster 2 (Hafiz Hamidun)
# PEREKA KOSTUM/BUSANA TERBAIK___
50. Rock Oo! (Akma Suriati Awang)
51. Sembunyi: Amukan Azazil (Ameen Mustajab)
52. Penanggal (Nasirah Ramlan)
# PENGARAH HARAPAN___
53. Ellie Suriaty (Penanggal)
54 Nik Amir Mustapha (KIL)
# PELAKON HARAPAN WANITA___
55. Cristina Suzanne (KIL)
# PELAKON HARAPAN LELAKI___
56. Zul Ariffin (Penanggal)
# POSTER TERBAIK___
57. KIL (Primesworks Studios)
58. Balada Pencinta (Primeworks Studios)
Ini bererti, 58 calon (mungkin lebih) melibatkan Primeworks Studios, dan berada dalam kesemua kategori yang dipertandingkan. Kalau tidak silap congak, mereka boleh sapu bersih kesemua anugerah termasuk duit-duitnya sekali.
Primeworks Studios (Grand Brilliance) telah mengeluarkan kira-kira 10 filem setahun dalam pelbagai genre. Antara filem yang telah menerima pengiktirafan antarabangsa di festival filem seluruh dunia termasuk "Cinta", "Songlap", "Istanbul Aku Datang" dan karya-karya Yasmin Ahmad, Mukhsin dan Talentime.
Primeworks Studios merupakan anak syarikat Media Prima yang merupakan syarikat penerbitan terbesar di Malaysia. Terlibat dalam penghasilan program TV sejak tahun 1984 dan filem sejak tahun 1994, menerbitkan lebih 5,000 jam kandungan TV setahun.
Selain penerbitan program televisyen dan kandungan lain, Primeworks Studios turut terlibat dalam pengedaran dan pemasaran kandungan.
Primeworks Studios penyumbang terbesar kandungan kepada empat saluran televisyen komersil dalam kumpulan Media Prima, TV3, NTV7, 8TV dan TV9 merangkumi kandungan pelbagai genre seperti program hiburan, majalah, dokumentari, drama dan sukan.
Rancangan yang popular merangkumi "Anugerah Juara Lagu", "Majalah 3", "Nona", "Welcome to the Rail World", "Best in the World", "Hip - Hoppin' Asia", "Jalan-Jalan Cari Makan", "Mentor", "Melodi" dan "Jejak Rasul".
Lihatlah betapa kuatnya cengkaman Primeworks Studios, bukan dari segi mengeluarkan kualiti (banyak juga yang tidak berkualiti) filem, tetapi dari segi kedudukan. Apatah lagi, Pengerusi Media Prima, Johan Jaafar. Ertinya sukar digugat.
Sofia Jane atau sesiapa saja, tidak perlu marah dan melatah, kalau saya katakan syarikat filem lain termasuk Pesona Pictures tidak boleh cari makan. Jerung, kan senang membaham (telan) ikan bilis. Shuhaimi Baba, setelah "Tanda Putera" dinafikan haknya, bolehlah fikir cari kerja lain.
Disini ingin saya cadangkan supaya Shuhaimi Baba berhenti buat filem, kemudian mohon kepada Ahmad Shabery Cheek, menjadi Ketua Pengarah Finas (wanita pertama) supaya (salah satu tugasnya) menyusun semula (lebih bersistematik) pergerakan Festival Filem Malaysia (FFM). Lagi pun dia orang filem, berbanding Megat Al-Imran Yassin (sekarang pemangku) bukan dikalangan orang filem.
Apa pun, Finas harus siasatan hubungan antara angguta panel juri dengan Primeworks Studios, jangan biarkan mereka bertindak sekehendak hati. Ketelusan dan keikhlasan mesti ada.
Kalau tiada siasatan, bererti Finas pun bersubahat. Saya tidak kata ada penyeleweng (rasuah) berlaku, tetapi dilihat cara dan corak pencalonan, unsur-unsur ke arah itu berkemungkinan memang ada. Ingat, saya kata, berkemungkinan.
Meneliti senarai calon-calon yang diumumkan, kredibiliti angguta panel juri boleh dipersoal dan dipertikaikan. Kata Zulkifli Wahab, juri profesional. Profesional apa? Itu semua mengarut (betul tajuk yang dipakai oleh Ku Seman Ku Hussain dalam Mingguan Malaysia: "FFM26 Semakin Mengarut"). 113 filem tidak dijurikan seadil-adilnya, main tangkap muat, pilih mana suka dan calon.
Mana yang mereka suka (ada kepentingan), mereka tonton dan calon, mana yang mereka tidak suka (tidak ada kepentingan), mereka tidak tonton dan tidak calon. Saya cukup yakin, angguta panel juri tidak menonton kesemua filem yang layak dipertandingkan itu. Pilih kasih, pilih bulu, diarah pilih, dan saya cabar mereka, buat penafian.
Saya merasakan, inilah corak pengadilan (tidak adil) yang dilakukan oleh angguta panel juri FFM sejak beberapa tahun lalu, yang berkemungkinan mereka (juri) yang sama. Selama ini, tiada pahat yang berbunyi selepas rumah siap, kerana penjurian mereka tidak diamukkan, kontroversi hanya timbul dari segi teknikal dan persembahan. Kalau ada pun, dikalangan orang-orang filem yang tidak puas hati seperti Raja Azmi di FFM25, kemudian sunyi sepi dan hilang.
Kali ini, angguta panel juri yang profesional dilantik khas itu mungkin tersentak. Tidak terduga oleh mereka pencalonan FFM26 dikritik dan diulas dengan begitu serius oleh salah seorang pengasas FFM, dalam blog Filem Klasik, kemudian disusuli dalam Mingguan Malaysia. Salinan artikel tersebut juga sampai ke tangan Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pengarah Finas. Tak pula diketahui, mereka baca atau pun tidak.
Difahamkan (entah betul, entah tidak), ada juga diantara angguta panel juri yang kepanasan. Mahu dibuat pencalonan semula (u-turn), tidak mungkin. Malulah! Perahu sudah terlajak, sukarlah nak berpatah balik. Mahu tidak mahu diteruskan juga dengan calon-calon yang ada. Menanti, apa yang akan terjadi selepas itu, macam Ahmad Nisfu menunggu apa nak jadi lagi dari tindak balas P.Ramlee dalam filem "Tiga Abdul".
Seperkara lagi, memang tidak digalakkan Finas membelanjakan duit rakyat dengan bermewah-mewah. Tetapi membuat acara kemuncak, di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban, dan perasmian di Empire Hotel, Subang Jaya, merupakan sesuatu yang tidak popular. Antara dua lokasi itu, begitu jauh - Selangor dan Negeri Sembilan.
Kenapa tidak dilakukan majlis perasmian dan acara kemuncak di Seremban sahaja. Ini juga salah satu sebab, mengapa FFM26 akan di boikot. Sudahnya, yang datang mereka yang terlibat seperti calon-calon, mereka yang berkepentingan dan orang-orang Finas sahaja. Kalau ini berlaku, matlamat atau roh FFM tidak akan tercapai.
Saya mencadangkan, FFM tahun depan dan seterusnya, berlangsung di Kompleks Finas di Hulu Kelang sahaja. Berfestival filemlah disitu selama mana yang dikehendaki, cari sponsor, jangan banyak sangat guna duit rakyat. Cara ini lebih memudahkan karyawan filem untuk datang.
Ini bersepah-sepah, satu ke utara satu ke selatan. Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad di Seremban tu, kira oklah Kerajaan yang punya. Empire Hotel tu apa cerita, kroni Finas ke? Bukankah kena bayar. Kalau free takapalah.
Kalau tak begitu, begini. Cari satu hotel yang agak mewah tetapi murah, buat satu malam sahaja. Macam Anugerah Oscar Akademi. Tak payah dua, tiga malam. Karpet merah, ditiadakan, membazir dan membuang masa. Malaysia bukan Hollywood atau Bollywood, nak tayang body.
Yang penting dan paling utama, penghargaan dan nilai (artistik) seni filem itu sendiri, bukannya sebab-sebab lain, yang tidak bermanfaat apatah lagi yang tidak perlu...

Apakata, kalau saya cadangkan supaya Finas tukar nama Festival Filem Malaysia Ke-26 (FFM26) kepada Festival Filem Primeworks Studios Pertama (FFPS1) atau sebagaimana Encik Mustafar A.R. syorkan dulu Festival Filem Seram Sakit Jiwa Dan Ganas Malaysia (FFSSJGM). FFM dipupuskan terus kerana tidak berbaloi, ada sahaja kontroversi setiap tahun dan filem-filem yang dicalonkan pula banyak bertaraf sampah. Ada yang baik macam "Tanda Putera" diketepikan - Zaharin (via-email), Taman Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur.
ReplyDeleteItulah Finas, dah bagus bergabung dengan Gafim menganjurkan Festival Filem Malaysia (FFM) sejak awal lagi, ditolak. Sekarang, kan dah susah.
ReplyDeleteSaya, kalau jadi Presiden Gafim macam Jurey Latiff Rosli, juga akan bertindak sama, memboikot FFM26. Takkan nak jadi, hidung tak mancung pipi pula tersorong-sorong.
Setuju dengan Encik Mustafar A.R., selepas FFM26, Finas mesti wujudkan urusetia tetap dengan diketuai seorang yang pakar filem dan beramanah.
Dengan cara begini, rasanya barulah FFM dapat berjalan dengan baik, berjalan dilandasan yang betul.
Selagi Finas dan Gafim dengan sikap degil dan berkepentingan, selagi itulah pahat tetap berbunyi.
- Abdul Rahman, Putrajaya, WP.
Komen Datuk Yusof Haslam:
ReplyDelete"Tak salah yang dipilih. Cuma saya agak ralat sedikit kerana filem sebaik Tanda Putera yang ada nilai-nilai sejarah, pejuangan dan kepimpinan sebaliknya tidak mendapat perhatian juri. Kalau saya jadi juri barangkali filem itu yang saya dahulukan."
Padan muka angguta panel juri. Siapalah ketuanya. Ini juga menolak tangkapan Fadli al-Akiti, "Tanda Putera" tidak layak dicalonkan filem terbaik dan menganggap "Tanda Putera" bukan filem terbaik 2013.
Nampaknya FFM26, semakin bertambah mengarut.
Syabas Datuk, kerana memberi komen positif, sungguhpun "KL Gangster 2" dicalonkan filem terbaik. Hanya jauhari juga yang mengenali manikam.
Nur Hamzah (UiTM), Seri Iskandar, Perak.
Sebagai penganjur, Finas tidak boleh lepas tangan dalam hal-hal penjurian. Dengan komen Zulkifli Wahab ternyata, Finas serah bulat-bulat kepada angguta panel juri untuk membuat pencalonan.
ReplyDeleteKebiasaannya, pengerusi panel juri mesti dikalangan pihak penganjur (pegawai Finas sendiri), setidak-tidaknya Timbalan Ketua Pengarahnya atau jawatan Zulkifli pun sesuai. Kerana tidak bertanggungjawabnya Finas, jadilah apa yang sudah terjadi, "Tanda Putera" yang baik itu tidak dicalonkan Filem Terbaik, sebaliknya filem-filem merapu mendapat tempat. Saya kira, kalau "Tanda Putera" tercalon, Mustafar A.R. tidak akan menganggap "FFM26 Semakin Mengarut". Saya pasti, sekiranya "Tanda Putera" melibatkan Primeworks Studios, ia antaranya yang akan dicalonkan Filem Terbaik. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak, namun apa yang ditulis oleh Mustafar itu ada kebenarannya dan tidak boleh dipandang rengan - Amiruldin Aminudin (via e-mail), Putrajaya, WP.