TERDAPAT 29 BABAK BERUNSUR FITNAH - ADLIN
Teks: Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Foto: Daripada Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
tapi jasamu tetap dikenang dan dihargai
SEKSI SELEBRITI INDONESIA
nampak seksi bukan bererti dedah semua
# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM * CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA
# 5 ARTIKEL PALING POPULAR___
(SETAKAT 12 OKTOBER 2014)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA (86,537) * SEKSI SELEBRITI MALAYSIA (59,966) * PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI (57,454) * SELAMAT PENGANTIN BARU (36,246) * FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT (13,319)
KELUARGA A.R.TOMPEL BANTAH
SIARAN BIOPIK "SALOMA"
Oleh Garret Dawum
(Utusan Malaysia, 7 Oktober 2014)
KELUARGA pelakon A.R.Tompel membantah penyiaran telefilem biopik "Saloma" yang didakwa memperlihatkan sisi negatif pelakon popular zaman kegemilangan filem P. Ramlee itu.
Menurut salah seorang anak Tompel, Adlin Aman Ramlie, 41, setakat ini mereka telah menuntut pihak Astro selaku penyiar supaya menarik balik tayangan telefilem berkenaan di Astro First (saluran 480) yang memulakan tayangan pada 28 Ogos lalu.
"Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang perkembangan dan biopik Saloma itu masih ditayangkan tanpa memikirkan sensitiviti di pihak kami, kaum keluarga Tompel.
"Kami sekeluarga merasa terhina dengan paparan karakter Tompel yang digambarkan terlalu negatif dalam biopik berkenaan. Ia sesuatu yang tidak adil bagi insan yang telah meninggal dunia.
SIDANG AKHBAR
"Sebab itu, kami bersetuju untuk mengadakan satu sidang akhbar khas bagi mendedahkan lebih lanjut kepada pihak media mengenai apa sebenarnya yang berlaku, selain permintaan kami terhadap penerbit biopik tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia.
Sidang akhbar itu akan diadakan di Panggung P.Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada pukul 3 petang Khamis.
Telefilem biopik "Saloma" diterbitkan oleh Kus Semangat Aktor dan diarahkan oleh pengarah wanita yang juga pelakon Melissa Saila.
Ia mengangkat kisah Saloma yang juga merupakan isteri kepada P.Ramlee dari sudut penceritaan adiknya, Mariani, yang juga merupakan ibu kepada Melissa Saila.
ADLIN AMAN RAMLIE KESAL
KISAH BAPANYA DIEKSPLOITASI
Oleh Nur Safina Othman
(Tupai, 8 Oktober 2014 - Yahoo)
PELAKON Adlin Aman Ramlie kesal apabila kisah bapanya, A.R. Tompel, yang dipaparkan dalam telefilem biopik "Saloma" berunsur tohmahan dan banyak kesalahan fakta sehingga menjejaskan tanggapan masyarakat seolah-olah bapanya itu adalah punca Saloma menderita.
Adlin berkata demikian, mengenai telefilem terbitan syarikat produksi Kus Semangat Aktor milik Melissa Saila yang dipercayai memberi impak buruk kepada mereka.
"Telefilem itu telah memberi impak buruk kepada waris-waris Tompel, termasuklah saya sebagai anaknya. Malah saya percaya, peminat-peminat setia bapa saya juga pasti terkilan selepas menontonnya.
"Tompel telah dieksploitasi oleh pihak penyiar, penulis, penerbit, pengarah dan pelakon dalam pelbagai nada prejudis malah berunsur kecaman yang telah mengaibkan sehingga mampu menjejaskan kredibiliti dan reputasinya," ujar Adlin seperti dipetik dari mStar.
Menurut Adlin, pihaknya yang diwakili oleh peguam dari Azam & Co. telah menghantar notis awal kepada Astro agar telefilem tersebut dihentikan siarannya, tetapi tiada sebarang respons diberikan.
Justeru itu, satu sidang media mengenai isu berkenaan akan diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada petang Khamis.
MENDAPAT KEBENARAN
"Memandangkan notis yang diberikan sebelum ini tiada respons, maka saya bersama waris-waris Tompel yang lain akan mengambil tindakan seterusnya.
"Pihak kami akan menjelaskan lebih terperinci berkenaan perkara ini pada sidang media nanti.
"Tambahan pula telefilem itu tidak mendapat kebenaran daripada mana-mana waris untuk memaparkan kisah ayah saya dan perwatakannya telah dipersembahkan tanpa dirujuk daripada sumber yang sah," katanya.
Telefilem biopik "Saloma" yang dibahagikan kepada dua bahagian, "Mencuri Guruh" dan "Pandang Kaseh", telah disiarkan menerusi saluran Astro First bermula 28 Ogos lalu.
Ia dibintangi oleh Nabila Huda sebagai Saloma, Tony Eusoff (P.Ramlee), Azhan Rani (A.R. Tompel), Sazzy Falak (Mariani) dan Sharifah Amani (Siput Serawak).
AZHAN RANI MOHON MAAF
KEPADA WARIS A.R.TOMPEL
(GUA.com.my, 8 Oktober 2014)
Rentetan penayangan telefilem berbentuk biografi "Saloma" di saluran Astro First sejak 28 Ogos lalu, waris keluarga A.R. Tompel tampil melahirkan rasa kesal apabila watak yang dipaparkan mengenai Tompel secara prejudis berupa satu tohmahan serta fitnah.
Menurut salah seorang anaknya, pelakon Adlin Aman Ramlie, telefilem terbitan Kus Semangat Aktor itu bukan sahaja mengaibkan serta menjejaskan kredibiliti dan reputasi bapanya, malah waris Tompel juga turut terpaksa berdepan dengan pelbagai tanggapan dan persepsi buruk daripada kalangan masyarakat kesan daripada penayangan telefilem tersebut.
Sebagai pelakon yang membawa watak sebagai Tompel dalam telefilem tersebut, nama Azhan Rani juga turut tidak terkecuali daripada menerima tempias daripada kontroversi yang tercetus. Apabila diminta mengulas mengenai isu tersebut, pelakon drama bersiri "Gemilang" ini lebih selesa untuk tidak memberi sebarang komen.
“Saya tak nak komen apa-apa kerana isu ini antara waris Tompel dengan pihak Astro dan penerbit. Saya sebagai pelakon hanya pegang amanah untuk menjayakan watak itu sahaja,” ujar Azhan ketika menghubungi GUA sebentar tadi.
Biarpun pada mulanya agak keberatan dan enggan membicara lebih lanjut mengenai kontroversi yang timbul, namun pelakon drama "Supermak" ini akhirnya akur untuk memberikan komen mengenai isu tersebut.
“Sebagai pelakon, saya menghormati keluarga Tompel dan tidak ada niat untuk mencalarkan imej watak yang dibawa. Namun jika tindakan saya sebagai pelakon mencederakan hati mereka, dengan rela hati saya memohon maaf kepada mereka.
MEMBUAT RUJUKAN
"Tidak sekelumit pun saya mahu buat yang tidak baik tentang Tompel. Saya hanya menjalankan tanggungjawab dan ia hanya kapasiti saya sebagai pelakon yang membawa wataknya sahaja.”
“Sepanjang karier, saya tidak pernah diseret dengan gosip mahupun kontroversi. Itu yang saya mahu cuba kekalkan selama ini. Namun sudah menjadi asam garam kehidupan artis, jadi saya tidak terkilan sangat bila nama saya dikaitkan. Saya terima perkara ini dan mohon maaf sekali lagi jika ia mencalarkan hati mana-mana pihak.”
Ditanya secara peribadi mengenai wataknya dalam telefilem tersebut dan adakah dia berjumpa sendiri dengan keluarga Tompel untuk melakukan rujukan atau bertanyakan pendapat mengenai watak yang dibawanya, ini jawapan Azhan.
“Saya tak jumpa mereka kerana bagi saya cukuplah Melissa Saila sahaja yang membuat rujukan selama enam tahun. Lagipun fokus telefilem ini hanyalah kepada Saloma dan ia berkisar tentang perjalanan hidup Saloma dari kacamata Mariani.”
“Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan ada hitam dan juga putih. Semua orang ada watak hitam, tambahan pula kita hanya manusia biasa. Saya percaya masing-masing tidak suka hal keburukan dipaparkan, namun saya hanya membawa watak itu sahaja. Saya harap orang dapat menerima kisah ini sebagai satu karya seni dan harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.”
ADLIN AMAN RAMLIE & MELISSA SAILA
GAMBAR ATAS DAN BAWAH: PERSIDANGAN AKHBAR YANG DIKETUAI OLEH ADLIN AMAN RAMLIE
ADLIN PANGGIL SIDANG MEDIA JELASKAN
ISU TELEFILEM BIOPIK "SALOMA"
Oleh Zaidi Mohamad
(BH Online, 9 Oktober 2014)
KETIKA ini isu mengenai kekesalan keluarga A.R. Tompel terhadap penerbitan telefilem biopik "Saloma" yang disiarkan oleh sebuah stesen penyiaran sedang hangat diperkatakan.
Susulan itu, satu sidang media oleh Adlin Aman Ramli yang mewakili keluarga pelakon berkenaan akan diadakan petang ini bagi menjelaskan perkara berbangkit selepas notis yang diberikan kepada stesen penyiaran itu didakwa tidak mendapat maklum balas.
Notis berkenaan dihantar menerusi peguam dari Azam & Co. yang mewakili keluarga pelakon berkenaan.
Sementara itu, BH Online ketika menghubungi Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, berkata pihaknya ada menerima surat guaman dari keluarga Tompel.
UNSUR TOHMAHAN
"Pihak Astro sedang meneliti surat tuntutan berkenaan dan kami sudah menyerahkan hal ini kepada peguam kami untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Dalam pada itu, Melissa Saila yang dihubungi BH Online pula memilih untuk tidak memberi komen lanjut kerana notis yang diserahkan pihak keluarga Tompel ditujukan kepada Astro, bukan kepadanya.
Adlin dalam kenyataannya sebelum ini mendakwa telefilem biopik "Saloma" terbitan produksi Kus Semangat Aktor milik Melissa itu, banyak memaparkan unsur tohmahan terhadap bapanya selain banyak kesalahan fakta.
WARIS A.R.TOMPEL TUNTUT PENYIARAN
TELEFILEM BIOPIK "SALOMA" DIHENTIKAN
Oleh Zaidi Ahmad
(9 Oktober 2014 - Yahoo)
WARIS A.R.Tompel menuntut penyiaran telefilem biopik "Saloma" terbitan Kus Semangat Aktor di Astro First dihentikan serta merta dan permohonan maaf secara terbuka kepada mereka.
"Kami mahu siaran telefilem biopik Saloma dihentikan serta merta," kata Adlin Aman Ramli pada sidang media di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sebentar tadi.
Waris keluarga Tompel yang turut hadir, Ruminah Sidek, A.R. Badul, Amran Tompel dan Zainal Abidin yang bertindak sebagai pemerhati.
Menurut Adlin, sidang media ini diadakan bukan bertujuan untuk mengeruhkan keadaan atau mencetuskan sensasi sebaliknya mahu menuntut hak serta menjaga maruah.
Selain tuntutan supaya telefilem berkenaan dihentikan serta merta siarannya, keluarga waris Tompel juga mengemukakan dua lagi tuntutan.
"Kita tidak mahu hal ini sampai dibawa ke mahkamah. Tetapi peringatan sudah diberikan namun diabaikan. Kita mahu perhatian serius mereka.
"Kita juga berharap pihak mereka menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada kami. Selain itu kita buka juga proses rundingan untuk bertemu dan berbincang.
SALURAN MAHKAMAH
"Tapi jika cara ini tidak mampu menghentikannya kita terpaksa guna saluran mahkamah juga," katanya.
Adlin berkata, terdapat 29 babak yang memperlihatkan Tompel sebagai watak hitam yang sangat kejam.
"Telefilem ini terutamanya episod pertama "Mencuri Guruh" sangat prejudis dan berat sebelah kepada bapa saya. Dia diekploitasi dalam pelbagai cara yang menjatuhkan reputasi dan kredibilitinya.
"Ada babak yang diada-adakan hingga dianggap seperti fitnah. Ada yang direka serta ditokok tambah. Kami benar-benar tersinggung dan sedih hati dengan hal ini.
Adlin berkata, ketika peringkat penggambaran berlangsung lagi, pihaknya sudah menghubungi pihak penerbit dan penyiar tetapi tidak diendahkan.
"Kami terbuka untuk terbabit secara tak langsung atau bersedia memberi pendapat terutamanya berkaitan watak Tompel. Tapi hak kami yang berhak diketepikan dan dinafikan.
"Dua kali saya dipanggil untuk menonton telefilem itu sebelum disiarkan, tetapi dua kali itu juga ia dibatalkan," katanya.
Sementara itu, peguam yang dilantik keluarga waris Tompel dari syarikat Azam & Co., Mohd. Khairul Azam menjelaskan, notis tuntutan sudah dikeluarkan pada 26 September lalu tetapi hanya dibalas pada semalam (8 Oktober) oleh pihak Astro.
PENGARAH "SALOMA" ENGGAN ULAS
ISU BURUKKAN A.R.TOMPEL
Oleh Ashraf Nasser
(Tupai, 9 Oktober 2014 - Yahoo)
PENGARAH telefilem biopik "Saloma", Melissa Saila, mengambil pendirian untuk kunci mulut dari mengulas lanjut mengenai kekesalan yang disuarakan oleh Adlin Aman Ramlie yang mendakwa telefilem arahan Melissa itu memaparkan kisah berat sebelah terhadap bapanya, A.R. Tompel.
"Maaf, saya tiada komen," katanya yang dipetik dari mStar.
Terdahulu, Adlin dalam kenyataanya sebelum ini berkata, telefilem biopik "Saloma" telah memberi tanggapan buruk kepada waris dan keluarga Tompel serta peminat setia seniman itu.
MENGHANTAR NOTIS
Tambah Adlin lagi, bapanya juga telah dieksploitasi oleh pihak penyiar, penulis, penerbit, pengarah dan pelakon dalam pelbagai nada prejudis sehingga mengaib dan menjejaskan kredibiliti dan reputasinya.
Berikutan itu, Adlin telah mengambil tindakan menerusi peguamnya Azam & Co. dengan menghantar notis kepada Astro untuk segera menghentikan tayangan telefilem itu.
Dalam pada itu, satu sidang media akan diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) petang Khamis ini berhubung isu tersebut.
SALOMA & P.RAMLEE SALOMA & A.R.TOMPEL SALOMA & PANCA SITARA
WARIS A.R.TOMPEL TUNTUT MAAF
DAN HENTI TAYANGAN BIOPIK "SALOMA"
Oleh Editorial Media Hiburan
(Sinar Harian, 10 Oktober 2014)
WARIS A.R.Tompel meminta Astro memberhentikan terus tayangan telefilem biopik "Saloma", "Mencuri Guruh" dan "Pandang Kaseh" di Astro First Eksklusif (saluran 489 dan 490).
Menerusi satu sidang media khas yang diadakan di Finas semalam, Adlin Aman Ramlie, meluahkan rasa kesal kerana telefilem yang disifatkan sebagai penghinaan terhadap bapanya itu masih ditayangkan meskipun pihaknya menerusi peguam Azam & Co. telah mengambil tindakan awal menerusi penghantaran notis kepada Astro agar telefilem itu segera dihentikan.
Adlin memberitahu, terdapat 29 babak Tompel lakonan Azhan Rani dalam telefilem terbabit didapati tidak benar. Tegasnya, menerusi penelitian yang dibuat terdapat 29 babak dalam telefilem tersebut tidak menggambarkan karakter sebenar bapanya itu.
“Watak Tompel dipaparkan sebagai prejudis, berat sebelah, berunsur tohmahan dan fitnah sekali gus menjejaskan semua nilai-nilai murni masyarakat terhadapnya.
“Segala bentuk tulisan dan pengarahan dalam telefilem itu adalah prejudis, tidak bertanggungjawab dan melanggar akidah,” tegas Adlin.
Justeru, katanya, melalui Azam & Co., mereka telah mengemukakan tiga tuntutan kepada pihak Astro pada 26 September lalu.
IMPAK BURUK
“Penyiaran telefilem berkenaan telah memberikan impak buruk kepada semua adik-beradik dan ahli keluarga yang lain,” katanya.
Sementara itu, peguam yang mewakili waris Tompel, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz memberitahu, notis tuntutan telah dihantar kepada Astro pada 26 September lalu.
“Antara tuntutan yang dikemukakan, meminta penayangan telefilem berkenaan dihentikan serta merta, satu permohonan maaf daripada pihak Astro dan proses rundingan untuk membincangkan perkara tersebut dengan lebih lanjut.
“Bagaimanapun, Astro menerusi peguam mereka sudah membalas surat tuntutan kami itu yang diterima pada 8 Oktober lalu, tetapi saya tidak boleh menjelaskan kandungan surat berkenaan kepada umum,” katanya.
Sementara itu, pengarah telefilem tersebut, Melissa Saila, tetap dengan pendiriannya yang enggan memberi sebarang komen.
ASTRO TETAP TERUSKAN SIARAN
TELEFILEM BIOPIK "SALOMA"
Oleh Zaidi Mohamad
(Berita Harian, 10 Oktober 2014)
ASTRO tidak akan memenuhi tiga tuntutan yang diminta oleh keluarga A.R. Tompel berhubung siaran telefilem biopik "Saloma", termasuk menghentikan serta-merta tayangannya di stesen itu.
Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh ketika dihubungi berkata, sebaliknya telefilem itu akan terus ditayangkan seperti biasa menerusi Astro First Eksklusif.
"Kami sudah membalas balik surat tuntutan daripada mereka bertarikh 8 Oktober lalu. Kami sudah jelaskan tidak ada berlaku perlanggaran hak intelek seperti yang diperkatakan mereka.
"Selepas merujuk wakil guaman dalaman dan luaran kami, memang jelas pihak kami tidak seperti yang disebut mereka sebelum ini. Jika mereka mengambil keputusan nak menyaman juga, itu terpulang kepada mereka," kata Khairul.
Khairul berkata, Astro melihat penerbitan projek istimewa telefilem itu sebagai sebuah penerbitan yang berdasarkan kisah hidup Saloma.
Justeru, katanya keputusan Astro menjadikan Mariani sebagai rujukan sangat tepat. "Dia adalah kakak kepada Saloma. Dia rujukan yang hidup pada zaman itu dan dekat dengan Saloma dan Tompel.
SUDUT PENCERITAAN
"Daripada sudut penceritaan pula ia sebuah karya mempunyai lesen kreatif. Biopik itu sendirinya berdiri pada sebuah kisah benar manusia yang menjadi perhatian.
"Hal-hal berkaitan dakwaan mereka terhadap Tompel itu kita serahkan kepada pihak guaman," katanya.
Ditanya apakah Astro ada berbincang dengan pihak penerbitan, Melissa Saila, menerusi Syarikat Kus Semangat Aktor, Khairul berkata, tiada sebab untuk mereka berbuat demikian kerana notis guaman yang dituntut pihak mereka ditujukan kepada Astro.
Semalam dalam sidang media yang dianjurkan oleh waris Tompel, mereka meminta supaya penyiaran telefilem berkenaan dihentikan serta-merta.
Mereka juga meminta pihak berkaitan membuat permohonan maaf secara terbuka selain berharap ada proses rundingan untuk menyelesaikan perkara itu secara baik.
KAMI AKAN DAPATKAN HAK KAMI
- ADLIN AMAN RAMLIE
Oleh Zaidi Mohamad
(Berita Harian, 10 Oktober 2014)
ADLIN Aman Ramlie mewakili waris keluarga A.R. Tompel yang lain berkata, jika pihak Astro masih berkeras untuk tidak memenuhi tiga tuntutan yang dikemukakan, mereka tiada pilihan lain untuk bertindak nekad secara habis-habisan.
Adlin sewaktu dihubungi berkata, pihaknya tidak akan berganjak daripada memastikan apa yang diperjuangkan mereka terhadap Tompel mendapat hak serta pengadilan yang saksama.
"Saya tak tahu keputusan mereka (Astro) untuk terus menyiarkan telefilem biopik Saloma itu seperti galakan, cabaran dan seakan menyemarakkan api perbalahan. Tapi pada pihak kami, kita akan buat apa saja sehabis baik untuk mendapatkan hak kami.
"Kami akan berjuang hingga ke titisan akhir. Saya bukan nak cakap takbur, riak atau bongkak, tapi jelas kami seperti teraniaya. Di peringkat keluarga waris Tompel, kami sepakat dengan apa yang dikatakan sebelum ini.
"Sekalipun mengambil masa bertahun-tahun, kami tak kisah asalkan ia mampu memberi pengajaran dan apa yang kami mahukan diperolehi. Apa yang dilalui kami boleh terjadi kepada sesiapa saja termasuk artis mahupun karyawan yang lain," katanya.
Beliau menjelaskan tujuan sidang media itu dilakukan bukan untuk mengeruhkan keadaan tetapi pihak mereka bersedia untuk berkompromi selagi tuntutan mampu dipenuhi.
Menurut Adlin, bukan soal menang atau kalah di mahkamah yang mahu dibuktikan pihaknya sekiranya hal ini terpaksa diselesaikan dengan cara perundangan.
MENDAPATKAN KEADILAN
"Jika jalan perundangan yang dipilih yakni untuk menyaman Astro, kami juga berhak untuk mendapatkan perintah mahkamah untuk mengeluarkan arahan supaya mereka memenuhi permintaan kami.
"Saya memang tak arif untuk bercakap soal perundangan. Tapi saya yakin pelbagai cara lagi boleh dirujuk. Saya tahu buku perundangan itu tebal dan saya boleh minta bantuan mereka yang arif untuk membantu kami mendapatkan keadilan dengan apa cara sekalipun," katanya.
Tambah Adlin lagi, andai kata pihak Astro terus-terusan mahu menyiarkan telefilem itu, mereka boleh berkompromi jika babak membabitkan Tompel dimansuhkan menerusi proses penyuntingan semula.
"Jika pada aspek penyiaran (Astro) belum mampu mengubah fikiran mereka, kami boleh berdepan pada skop lain pula. Kami boleh merujuk kepada pihak produksi telefilem ini pula iaitu Kus Semangat Aktor untuk dinilai semula semua ini berdasarkan aspek sebuah karya.
"Saya sedar dalam hal ini, pihak produksi tidak mampu berbuat apa-apa kerana kuasa berada pada Astro sebagai penyiar. Saya tekankan sekali lagi, kami akan cari apa saja sudut dan sudut penyelesaian untuk memastikan hak kami dipenuhi.
"Selagi semua ini tak selesai, saya yakin selagi itulah roh bapa saya, anak dan cucu saya tak kan tenteram. Hal ini memang satu mimpi ngeri buat keluarga kami," katanya.
ADLIN DEDAH TERDAPAT
29 ADEGAN BERUNSUR FITNAH
Oleh Ashraf Nasser
(Tupai, 10 Oktober 2014 – Yahoo)
PELAKON Adlin Aman Ramli telah mendedahkan terdapat 29 babak dalam telefilem biopik "Saloma" yang mengaitkan tentang bapanya A.R.Tompel disifatkan berunsur fitnah sekaligus memberikan persepsi negatif terhadap imej bapanya.
"Setelah berbulan-bulan notis yang kami hantar tidak diendahkan oleh pihak Astro, jadi tujuan sidang media diadakan hari ini bagi mendapatkan perhatian mereka.
"Berdasarkan penelitian saya, ada 29 babak dan perkara dari segi konteks penulisan dan pengarahan berunsur prejudis, fakta yang tidak pasti kesahihannya tohmahan dan fitnah terhadap bapa saya dipaparkan dalam telefilem itu.
"Ia sangat menyinggung perasaan kami sebagai anak-anak dan waris Tompel. Sekaligus ia juga memberi impak psikologi kepada kami. Jadi kami bertegas mahu pihak Astro menghentikan tayangan telefilem itu," katanya yang dipetik dari Malaysian Digest.
Tambah pelakon berusia 41 tahun itu lagi, buat masa ini pihaknya tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap stesen tersebut, namun tidak akan teragak-agak membawa perkara itu ke mahkamah jika pihak Astro gagal menghentikan tayangan.
"Buat masa ini kami tidak fikir atau menyebut soal saman. Tetapi jika mahu membawa perkara ini ke mahkamah dan kalau itu saja caranya untuk menghentikan tayangan tersebut, kami tidak akan teragak-agak untuk membawa perkara ini ke peringkat undang-undang.
PROJEK KHAS
"Demi maruah bapa kami akan tegakkan kebenaran. Menang atau kalah itu perkara lain. Yang penting bapa kami tidak terus diekspoitasi. Kami hanya mahu hak kami."
Dalam pada itu, Adlin turut menyuarakan rasa terkilannya dengan karya yang dihasilkan produksi Kus Semangat Aktor yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.
"Bagi saya, penulis skrip, pengarah, penerbit eksekutif dan penerbit telefilem ini terlalu ghairah membawa projek khas mereka ini untuk tontonan umum sehingga mereka lupa Tompel bukanlah sebatang kara, bukan tidak berzuriat, bukan dia tak ada reputasi, bukan dia tak diiktiraf. Dia juga banyak menyumbang kepada industri perfileman tanahair.
"Apa yang kami kesalkan, keadaan yang berlaku sekarang. Bertapa tidak bermoral, tak bertanggungjawab dan tak berakidahnya mereka. Dalam 29 adegan yang telah saya teliti itu, ada niat tersirat dari segi aspek penulisan skrip, dari segi pengarah dan bagaimana mereka potreykan subjek (iaitu Tompel) dan terjemahkan kepada bentuk gambar hanya berdasar sumber tunggal".
Sementara itu, peguam yang mewakili Adlin, Mohd. Khairul Azam Abd Aziz telah memberitahu, mereka telah menerima maklum balas mengenai tuntutan daripada Astro pada 8 Oktober lalu, tetapi mereka tidak akan mededahkan buat masa ini kerana perlu meneliti makluman itu dari pelbagai sudut perundangan.
RUMINAH SIDEK DEDAH
A.R.TOMPEL BUKAN LELAKI GATAL
Oleh Feride Hikmet Atak
(mStar, 10 Oktober 2014)
PELAKON veteran Ruminah Sidek mengaku bekas suaminya, A.R. Tompel merupakan seorang lelaki yang sering menjadi perhatian dan digilai ramai wanita.
Bagaimanapun Ruminah atau lebih dikenali sebagai Mak Mah, 68, berkata, watak gatal Tompel yang dipaparkan dalam telefilem biopik "Saloma" siaran Astro First Eksklusif langsung tidak menggambarkan identiti bekas suaminya itu.
"Rasa sedih pula bila tonton telefilem itu, watak Tompel sedikit pun tidak sama seperti yang dipaparkan.
"Dia bukanlah seorang yang nakal tetapi diakui ramai wanita sukakan dia walaupun dia tidaklah sekacak mana pun," katanya kepada mStar Online.
Ruminah ditemui pada majlis sidang media khas yang dianjurkan keluarga dan waris Tompel mengenai rasa tidak puas hati dengan paparan watak seniman itu menerusi telefilem biopik "Saloma" di Perbadanan dan Kemajuan Nasional Filem Malaysia (Finas).
Kira-kira 30 orang waris seniman itu hadir pada sidang media tersebut termasuklah A.R. Badul, Amran Tompel, Adlin Aman Ramlie serta bekas isteri Tompel, Zaiton Ismail, selain wakil peguam mereka, Azam & Co.
Keluarga berkenaan telah menghantar notis bersama tiga tuntutan kepada Astro, meminta pihak penyiar itu menghentikan serta merta siaran telefilem itu, membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga Tompel dan mengadakan pertemuan bagi proses rundingan bersama pihak penerbitnya, Kus Semangat Aktor.
BERTINDAK SEGERA
Dalam pada itu, Ruminah berkata, terdapat beberapa babak menunjukkan Tompel begitu agresif dalam percubaan cuba memikat Saloma dan seorang wanita lain namun hakikatnya, seniman itu bukanlah seorang yang berani bertindak segera dalam memikat wanita.
"Macam saya dahulu, dia tak pernah tunjuk yang dia ada hati pada saya walaupun ketika itu dia sukakan saya.
"Beberapa tahun kami bekerjasama dan menyimpan perasaan sehinggalah bapa saya sedar apabila melihat kami seperti suka antara satu sama lain. Bayangkan, saya panggil dia pakcik.
"Kemudian, sepanjang perkahwinan kami, dia hanya memarahi saya dua kali saja. Pelik pula bila watak Tompel dalam telefilem itu menunjukkan dia seorang yang sombong, cemburu dan pemarah," ujarnya.
Telefilem biopik "Saloma" dibahagikan kepada dua bahagian, "Mencuri Guruh" dan "Pandang Kaseh", disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif bermula 28 Ogos lalu.
Ia menampilkan pelakon Nabila Huda sebagai Saloma, Tony Eusoff (Tan Sri P. Ramlee), Azhan Rani (A.R.Tompel), Sazzy Falak (Mariani) dan Sharifah Amani (Siput Serawak).
(Sumber: Ku Semangat Aktor) (Sumber: Astor Gempak) (Sumber: Astor Gempak) (Sumber: Astor Gempak)
WARIS A.R.TOMPEL MARAH
Oleh Nor Akmar Samudin
(MyMetro, 11 Oktober 2014)
“MACAM itu ke perangai Tompel waktu muda? Kasihan Saloma, Tompel buat dia macam itu.”
Inilah antara pertanyaan yang diaju kepada pelakon yang juga anak Tompel, Amran Tompel, daripada jiran-jirannya ketika dia ke surau di kawasan rumahnya pada suatu hari.
Semuanya berpunca daripada telefilem biopik "Saloma" arahan Melissa Saila yang ditayangkan di Astro First sejak 28 Ogos lalu yang didakwa waris A.R.Tompel sebagai tidak benar.
Dalam cerita itu, watak Tompel, yang dilakonkan Azhan Rahi, digambarkan sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab ketika dia mengahwini Saloma, lakonan Nabila Huda.
Sehubungan itu, waris ompel yang terdiri daripada Amran; pengarah dan pelakon, Adlin Aman Ramli; A.R. Badul; Ruminah Sidek; bekas isteri Tompel, Zaiton Ismail serta 30 waris yang lain menuntut Astro menghentikan tayangan telefilem biopic "Saloma" dan mendakwa gambaran mengenai watak Tompel dalam cerita itu adalah tidak tepat.
“Gambaran yang diberikan terhadap bapa saya (Tompel) membuatkan saya malu nak berhadapan dengan masyarakat.
“Apabila saya menonton sendiri telefilem itu, saya malu melihat babak bapa saya menghembus asap rokok ke muka Saloma seperti dia ‘kenakan’ ilmu pada Saloma.
"Ini termasuklah babak Saloma yang sarat mengandung membawa beg pakaian lari dari rumah kerana kononnya Tompel yang ketika itu suaminya tidak mampu membayar sewa rumah mereka di Singapura,” kata Amran ketika ditemui dalam sidang media khas berkenaan di Kompleks Finas, Hulu Klang, kelmarin.
ENGGAN MENGULAS
Amran berkata, dia berasakan semua itu tidak patut ditayangkan kepada orang ramai kerana boleh menyebabkan maruahnya sebagai anak Tompel terjejas termasuklah waris lain.
Sementara itu, Badul berkata, segala perlakuan bapanya yang divisualkan dalam telefilem itu adalah watak dalam filem lakonannya.
“Dia seorang yang sederhana dan dia tidaklah terkinja-kinja seperti yang digambarkan oleh pengarah dan penulis skrip.
"Ketika bapa saya berkahwin dengan Saloma di Singapura, mereka tidak tinggal dalam banglo tetapi dalam bilik. Syarikat filem di sana menyediakan bilik-bilik kepada para pelakonnya.
“Kami adik-beradik juga tidak puas hati dengan babak Saloma yang mahu membuang anaknya sendiri kerana dia adalah seorang Islam,” katanya.
Sementara itu, pelakon Azhan Rani yang melakonkan watak Tompel ketika dihubungi enggan mengulas mengenai lakonannya itu dan menyerahkan perkara itu kepada Astro.
Selain Azhan dan Nabila Huda, turut berlakon dalam telefilem itu, Tony Eusoff (P.Ramlee), Sazzy Falak (Mariani), Lydiawati (ibu Saloma), Sharifah Amani (Siput Serawak) dan Hasnul Rahmat (bapa tiri Saloma).
WARIS TUNTUT PERMOHONAN MAAF
Oleh Nor Eryani Yusuf
(Kosmo, 11 Oktober 2014)
SEBANYAK 29 babak fitnah dan bersifat tohmahan terhadap legenda perfileman Melayu, A.R Tompel dikenal pasti terdapat dalam telefilem biopik "Saloma" yang masih disiarkan di kaca TV. Mewakili waris kepada seniman filem Melayu klasik itu, pelakon Adlin Aman Ramli yang merupakan anak Tompel bersama Ruminah Sidek membuat bantahan rasmi secara besar-besaran bagi menyatakan kemarahan dan kekecewaan terhadap penyiaran karya dan arahan Melissa Saila itu.
Telefilem terbitan produksi Kus Semangat Aktor yang dibahagikan kepada dua bahagian, "Mencuri Guruh" dan "Pandang Kaseh" itu, disiarkan di saluran Astro First Eksklusif bermula 28 Ogos lalu.
Cara interpretasi visual yang disampaikan oleh Melissa dan penulis skrip, Megat Fauzi, yang juga suami Melissa itu disifatkan melampaui batas dan seolah-olah menggambarkan Tompel seorang lelaki kaki perempuan, terlalu jahat dan langsung tidak bertanggungjawab sehingga menjadi punca kepada penderitaan hidup Saloma.
Mewakili hampir 30 orang waris Tompel, Adlin bersama ibunya, Ruminah, abang-abangnya A.R. Badul dan Amran Tompel serta peguam mereka, Adlin yang mengadakan satu sidang media khas bagi menunjukkan betapa seriusnya mereka berhubung isu berkenaan.
Adlin yang sebelum ini pernah menghantar notis bantahan penyiaran drama berkenaan kepada Astro mendakwa, pihak stesen berkenaan tidak memberikan sebarang respons. Kosmo, mendekati Adlin bagi mendapatkan lebih penjelasan.
BERNADA PREJUDIS
Boleh anda jelaskan apakah bentuk tohmahan terhadap A.R. Tompel yang dimaksudkan oleh keluarga kalian?
Adlin: Pihak keluarga kami telah mengenalpasti 29 babak yang menayangkan gambaran watak bapa kami yang tidak benar. Watak sebagai seorang kaki kelab malam, perokok, kaki perempuan, garang, tidak berperikemanusiaan dan jahat yang merupakan punca kepada penderitaan hidup Saloma. Semua itu sama sekali tidak benar dan bernada prejudis apabila dipaparkan kepada umum. Apabila perkara ini berlaku, ia mengundang kekecewaan kepada kami selaku ahli keluarga dan waris Tompel.
Bagi kami, aspek penulisan dan pengarahan bersifat berat sebelah, tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab terhadap karakter bapa kami. Sebanyak 90 peratus kandungan cerita mengenai bapa kami adalah rekaan. Paparan sisi hitam mengenainya, satu eksploitasi dan meninggalkan kesan yang buruk kepada penonton. Bagaimana maruah dan nama seorang seniman agung tanahair mudah perkotak-katikkan sebegitu rupa?
Adakah sebelum telefilem itu dihasilkan, pihak penerbitan atau produksi ada menghubungi mana-mana waris untuk dijadikan sumber?
Sebelum naskhah itu dihasilkan sehinggalah kepada penayangan, tidak ada sesiapa yang menghubungi saya atau mana-mana ahli keluarga untuk bertanyakan kesahihan sikap sebenar bapa kami. Sepatutnya, pihak penerbitan dan orang kuat di sebalik tabir telefilem itu sendiri iaitu Melisa Saila selaku pengarah perlu merujuk kepada kami sebagai sumber paling dekat. Namun, tiada sesiapa pun yang tampil menghubungi kami.
Apakah langkah yang diambil bagi pihak keluarga Adlin untuk mengatasi kemelut ini?
Pihak keluarga kami telah menghantar notis tuntutan pada 26 September kepada pihak penyiar iaitu Astro First, untuk meminta agar tayangan itu dihentikan serta-merta.
Kami menuntut pihak penyiar agar membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga kami kerana impak yang kami terima bukanlah sedikit. Ia melibatkan maruah dan nama orang yang telah tiada. Kami tampil pada hari ini bukan sebagai satu ancaman tetapi merupakan tuntutan hak. Jika Astro boleh bagi kerjasama, pihak kami berbesar hati untuk menyelesaikan perkara ini dengan cara tertutup.
APA ISUNYA TELEFILEM BIOPIK SALOMA?
Oleh Siti Jarum
(Utusan Malaysia, 12 Oktober 2014)
SITI belum dan mungkin tak menonton telefilem biopik (biopic) "Saloma" yang ditayangkan di Astro First. Siti tidak mempunyai masa yang banyak untuk dihabiskan di depan televisyen selain Astro Awani.
Tapi sejak seminggu lalu kecoh pasal biopic Saloma. Tapi sebelum itu biar Siti terangkan maksud biopic dulu. Biopic adalah filem atau drama yang melakonkan semula dengan tafsiran baharu watak seseorang.
Ada elemen drama dan fakta. Orang selalu lupa elemen drama ini. Kontroversi biopic Saloma dicetuskan oleh keluarga A.R Tompel, salah satu watak selain Saloma lakonan Nabila Huda.
Keluarga A.R Tompel mendakwa biopic itu memberikan imej hitam kepada A.R Tompel. Siti pun tidak tahu hitam yang bagaimana kerana tidak menonton. Siti fikir keluarga A.R. Tompel kena faham ini bukan dokumentari tentang A.R Tompel.
Ini sebuah kisah benar yang didramakan. Ini samalah dengan sebuah sejarah yang difilemkan. Sejarah sudah tidak ada dalam filem itu kerana diserapi elemen dramatik.
TAFSIRAN TERSENDIRI
Sebenarnya memang sukar membuat biopic kerana sesetengah keluarga kurang memahaminya. Malah filem "Soekarno" juga dicemuh oleh sesetengah ahli keluarga kerana bagi mereka Presiden Indonesia itu bukan seperti yang digambarkan. Tapi itu hanya sebuah tafsiran. Khalayak dan pengarah ada tafsiran tersendiri.
Siti tertarik apabila pengarah filem "Soekarno" berkata, sebagai pengarah dia mesti memperlihatkan tafsirannya. Maka yang di layar itu adalah tafsiran pengarah. Dalam isu telefilem biopik "Saloma", Siti fikir Melissa Saila sebagai pengarah harus diberi ruang untuk memperlihatkan tafsirannya terhadap Saloma dan watak-watak lain di sekitar hidup Saloma.
Filem JFK mengenai Presiden John F. Kennedy yang dibunuh tetapi sehingga kini tidak ada fakta siapa yang membunuhnya. Bagaimanapun dalam filem itu pengarahnya, Oliver Stone, membuat tafsiran sendiri daripada sekian banyak teori konspirasi pembunuhan Kennedy.
Peliknya keluarga Kennedy tidak pula memprotes terhadap Oliver Stone. Mungkin keluarga Kennedy faham, itu hanya tafsiran pengarahnya.
SITI JARUM: Suka mencelah.
# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___
FILEM KLASIK MALAYSIA
SALOMA
DEEPIKA PADUKONE
UTUSAN RADIO & TV
VICTOR MATURE
R.AZMI
LATIFAH OMAR
KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI
Setelah diamati buku setebal 355 mukasurat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P.Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun disebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P.Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar negara untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.

ULASAN FK___
Oleh Mustafar A.R.
SAYA menganggap krisis ini sebagai ribut dalam cawan kopi. Sepatutnya, waris dan keluarga Saloma dan A.R.Tompel hidup aman damai - sedamai hening dipagi hari. Apa yang diharapkan, biduk lalu, kiambang bertaut, air dicincang takkan putus. Sungguhpun persaudaraan antara mereka intai mengintai, jauh berjauhan.
Dalam soal telefilem biopik "Saloma" ini, dua-dua betul, dua-dua ada hak. Justeru itu, keengganan Astro melayani tuntutan Adlin dan keluarga, bolehlah dianggap sebagai bongkak dan sombong. Ia akan menjadi ribut bertambah badai dalam cawan kopi, sekiranya tidak dapat dikawal.
Mentang-mentang ranking telefilem biopik "Saloma" tinggi, Astro tidak boleh menolak begitu saja tiga tuntutan yang dikemukakan oleh Adlin dan keluarga. Sepatutnya, gayung disambut kata dijawab, buang yang keruh ambil yang jernih.
Walaupun tuntutan dibuat kepada Astro, namun tepiasnya terkena juga kepada Melissa Saila kerana telefilem biopik "Saloma" itu miliknya. Ertinya, Adlin dan keluarga Tompel mengamuk sakan kepada Astro, dia juga terlajak marahkan Kus Semangat Aktor. Pukul anak sindir menantu.
Kini tidak secara langsung, keluarga Saloma sudah berkecil hati dengan waris Tompel. Macam keluarga Romeo dan keluarga Juliet, yang sentiasa bercakaran tak tentu hujungnya, menyebabkan percintaan Romeo dan Juliet putus ditengah jalan.
Seharusnya Astro menjadi orang tengah, bukan mengeluarkan kenyataan keras yang tidak popular. Bawa mereka ke meja perundingan, selesaikan dengan cara baik. Bukannya mencurah minyak ke dalam api yang sedang marak. Adlin dan keluarga, sudah beri amaran. Logik dan alasan mereka, juga ada. Akhirnya nanti, ke mahkamah juga. Ini yang patut dielakkan.
Biopik (biopic) bukan dokumentari. Elemennya, boleh ditokok tambah bagi memperelok, mencantikkan persembahan dan lebih interesting. Baik atau buruk karekter-karekter yang kemukakan, banyak bergantung kepada sumber cerita, penulisan skrip dan pengarah.
Dalam telefilem biopik "Saloma", Melissa tidak berniat memburukkan Tompel. Tujuannya satu, mahu melihat kisah Saloma dipaparkan melalui media telefilem, sebagai memenuhi hasrat Mariani (ibunya) yang kecewa, kerana asyik-asyik P.Ramlee saja yang ditonjolkan, sedangkan adiknya terpinggir. P.Ramlee hebat, Saloma pun hebat, dan keadaan cerita begitu, takkan Melissa nak ubah pula. Kalau diubah, disergah Mariani, padan muka.
SEKADAR IMIGINASI
Apabila kisah Saloma bertaraf biopik dibuat, secara automatik Tompel terlibat sama. Sebab, Saloma pernah bersuamikan Tompel, juga ada anak bersama Tompel. Yang tahu banyak pasal Tompel, hanya Mariani. Adlin, Badul dan Ruminah (Mak Mah) sikit pun tak tahu, apatah lagi banyak, mereka tahu audio (dengar) bukan tahu visual (pandang). P.Ramlee, Kasma Booty dan D.Harris, yang rapat dengan Tompel, kalau masih hidup, pun tidak tahu banyak, macam Mariani tahu.
Melissa filemkan telefilem biopik "Saloma" bersumberkan cerita (visual) Mariani. Tepat dan betul tindakannya itu. Nak tanya atau buat rujukan kepada Adlin, Badul dan Mak Mah, sebelum buat, buat apa? Sedangkan, mereka sendiri tidak tahu. Mariani yang lebih tahu, cukuplah tu.
Lagi pun, too many cooks spoil the brooth. Ramai yang campur tangan, semuanya terbarai. Saloma kemana, Melissa kemana, Tompel kemana, Mariani kemana, Astro kemana, Kus Semangat Aktor kemana, sudahnya, jadilah seperti filem "P.Ramlee" yang sampai kini, tak tahu apa dah jadi. Saya tahulah, kerana pernah merasa dan banyak pengalaman. Kecewa dan hilang semangat dibuatnya.
Adlin kata, ada 29 babak berunsur fitnah ditujukan kepada bapanya. Rasanya, ini sekadar imiginasi dia saja. Bolehkah Adlin buktikan 29 babak itu fitnah? Nanti Mariani ketuk kepala dan jentik telinga dia dan tanya, siapa kata fitnah. Gua kakak dia, lu apa tahu. Macam mana Adlin nak jawab. Tahu-tahulah perangai Mariani tu, tengok filemnya pun dah tahu, macam mana garangnya dia, macam singa betina, macam KL gangster.
Saya tahu banyak tentang Tompel, dari Mariani. Baik dan juga kejelekan peribadinya. Takkan Mariani nak fitnah. Dia pun kenal dosa dan pahala. Memfitnah, berdosa. Kalau 29 babak itu dianggap sebagai fitnah, ada 100 lagi (lebih kurang), keburukan pelakon, pengarah dan pelawak itu yang tidak ada dalam telefilem biopik "Saloma". Ini bermakna, Melissa dan Mariani dikira baik juga, kerana tidak sumbat masuk kesemua yang tidak baik itu.
Dalam mengharungi dunia seni terutama filem, hal-hal peribadi jangan dicampuradukkan. Biopik, fiction bukannya non-fiction, telefilem biopik "Saloma" sudah ditokok tambah disamping ketepatan faktanya. Adlin dan keluarga tidak seharusnya membantah dan melatah, kecualilah kalau non-fiction atau dokumentari.
Kalau diikutkan, keperibadian P.Ramlee tidak seindah namanya. Begitu juga Jins Shamsudin, Sarimah, Mustapha Maarof, Sa'adiah, Ahmad Mahmood, Rosnani dan ramai lagi. Mereka insan biasa, bukannya malaikat. Kalau malaikat, tak mahu mereka terjun ke filem. Begitu juga halnya dengan Tompel.
Berdasarkan biopik itulah, apa yang dipaparkan mengenai Tompel dalam telefilem biopik "Saloma" itu, bukan merupakan suatu kesalahan. Jika Tompel digambarkan sebagai pendera Saloma, cop mohor tidak ada. Ia cuma didramakan. Mungkin ya benar, mungkin tidak benar. Adlin kata itu fitnah, Mariani cakap itu bukan fitnah, sudahnya jadi negatif. Terawang-awang. Terserahlah kepada penonton menentukannya.
TERPAHAT DIHATI
Sebelum telefilem biopik "Saloma", ada juga beberapa kali Melissa melakonkan semula karekter Biduan Negara/Puan Sri itu untuk tontonan dan pengetahuan orang ramai. Tetapi, tidak pernah dengar Adlin bersusah payah (berusaha) cuba mementaskan karekter Tompel macam "P.Ramlee The Musical" - "A.R.Tompel The Comedian". Lebih cantik jika tajuknya "A.R.Tompel The Great Comedian". Telefilem lagilah tidak ada.
Tompel, merupakan susuk seni yang hebat (semua boleh), tidak siapa boleh challenge komedinya kecuali D.Harris. Adlin sepatutnya buat pementasan mengenai kehebatan bapanya itu, dengan mengemukakan fakta yang betul dan tepat dari kacamatanya sendiri atau sesiapa saja (jangan Mariani, sudahlah!), di Balai Budaya, Kuala Lumpur atau dimana-mana saja.
Tentu ramai yang nak tonton, sebab Tompel punya ramai peminat walaupun sudah lama meninggal dunia. Kekuatan dan kepopularannya sampai sekarang, tetap kukuh. Kisah peribadinya, seburuk mana sekali pun diketengahkan, tidak akan menjejaskan kredilbilitinya.
Telefilem biopik "Saloma" tidak mudah melingkupkan maruahnya. Dia, seperti juga Harris, Wahid, Sudin dan Aziz, tetap terpahat dihati peminat yang gemar dan sukakan telatah lucunya yang mengelikan hati. Tengok giginya pun, kita dah ketawa, belum lihat lagi lakonannya. Nak tahu, tonton filem "Rachun Dunia", "Dewi Murni", "Takdir Illahi" dan "Bapa Saya".
Ini jelas membuktikan, reputasi keluarga Adlin tetap tidak akan terusik. Karekter yang dimainkan oleh Azhan Rani tidak membawa kesan apa-apa, tidak berguna. Permata, kalau dicampak ke perlimbahan, tetap permata tidak boleh menjadi kaca. Ular yang menyusur akar tidak hilang bisanya.
Banyak filem biopik telah diterbitkan - Marilyn Monroe, Alfred Hitchcock, Whitney Houston, Dorothy Dandridge, Jose Rizal dan Aung San Suu Kyi - dan boleh dikatakan semuanya ada keburukan didedahkan, malah lebih teruk dari telefilem biopik "Saloma". Setakat ini, belum terdengar adanya bantahan dari mana-mana pihak (keluarga dan waris) apatah lagi saman menyaman.
"Tanda Putera", ceritanya mengenai Tun Razak dan Tun Dr. Ismail. Ada juga tidak menepati fakta. Ada juga yang salah dan yang buruk. Tetapi keluarga dan waris dua pejuang tersebut terutama Najib Razak, PM kita, tidak terdengar pula marah kepada Shuhaimi Baba. Yang komplen Dap, itu sebab politik, itu cerita lain.
Memanglah, tiada sesiapa pun suka keburukan dieksploitasi, tetapi sebagai waris kepada anak seni (Tompel), kadang-kadang kita (sebagai keluarga dan waris) harus menerimanya dengan hati yang terbuka.
Saya jamin, reputasi Tompel tidak akan tergadai, keluarga Adlin tidak perlu merasa malu dan tercabar. Kerana kita semua, boleh berfikir dan menilai. Fiction dan non-fiction sebagai kayu pengukur.
Through the eyes of Mariani, sudah terbukti adanya telefilem biopik "Saloma". Through the eyes of Adlin, belum ada lagi telefilem biopik "A.R.Tompel". Adlin patut lawan secara gentleman, jangan pukul curi. Adlin patut fikir itu. Cukuplah bantah dan bising setakat yang ada. Berundinglah baik-baik. Saman menyaman kerja orang gila, implikasinya buruk. Lainlah, kalau ada maksud yang tersirat dan yang tersurat luar jangkaan...

Good comments by a veterans journalist.
ReplyDelete- Tony Chan (Astro), Malaysia.
Satu komen yang cukup bernas.
ReplyDeleteJelas dan nyata, juga ada kebenarannya.
Saya tersenyum sendirian ketika membaca.
Yang menjadi kemuskilan saya ayat:
Lainlah, kalau ada maksud
yang tersirat dan yang tersurat luar jangkaan...
Tergantung macam filem2 Alfred Hitchcock.
Ini mesti ada apa-apa. Tak kena dimana2
Boleh Encik Mustafar terangkan?
- Zelma Fira (UiTM), Seri Iskandar, Perak.
Setakat ini, tak terniat nak perjelaskan.
DeleteBiarlah ia tergantung2 setakat mana yang boleh.
Bagaimanapun, yang ini perlu diterangkan.
Filem2 Alfred Hitchcock, bukan tergantung,
tetapi twist, ertinya apa yang dijangka lain yang berlaku.
"Nanti Mariani ketuk kepala dan jentik telinga dia dan tanya, siapa kata fitnah. Gua kakak dia, lu apa tahu. Macam mana Adlin nak jawab."
ReplyDeleteInilah dialog yang saya suka baca dan baca berulang-ulang kali.
Pandai sungguh Encik Mustafar bermainkan bahasa dan peribahasa.
Drp: Azamuddin (USM), Pulau Pinang.
Reputasi A.R.Tompel tidak akan terjejas dan tercemar kerana telefilem biopik "Saloma". Saya setuju kerana, permata, kalau dicampak ke perlimbahan, tetap permata tidak boleh menjadi kaca. Ular yang menyusur akar tidak hilang bisanya - Delailah, Putrajaya, WP.
ReplyDeleteDalam banyak-banyak tulisan di atas, komen Encik Mustaffar ARlah yang paling menarik. Encik Mustaffar tidak provokatif mahupun prejudis. Beliau mengambil pendekatan seorang "peacemaker" yang cintakan perdamaian & silaturrahim. Bagi saya, biopic Saloma ini TIDAK salah kerana ia diekspresikan "from the eyes & viewpoint of" Mariani. Mariani adalah saudara kandung Saloma - bukan adik tetapi KAKAK yang seibu-sebapa. Mariani hidup sezaman dengan Allahyarham AR Tompel & Saloma. Tentu beliau sendiri menyaksikan putaran roda kehidupan kedua-dua artis terbilang ini dulu. Waimah, Mariani laksana ' arkib bernyawa' & penyumbang "oral history" (sejarah lisan) yang amat berkesan & boleh dipercayai, berdasarkan latar belakang & hubung kait beliau dengan Saloma, Tompel & industri perfileman Melayu klasik. Memang lama terpendam & terbuku di hati Mariani untuk melihat kisah hidup Saloma difilemkan, kerana menurut beliau bukan P. Ramlee seorang saja lagenda, tetapi Saloma juga ada aura & keagungan. Tanpa sumber kewangan & pengetahuan ilmiah untuk memilemkan kisah ini, mujur ada syarikat milik anak beliau sendiri yang boleh diharapkan. Di sebelah pihak keluarga & waris kadim Allayarham AR Tompel pula - sebagai manusia biasa - mereka terguris dengan lakaran watak Tompel sebagai seorang "villain" (penjahat) & antagonis, seperti di filem. Kemarahan kaum kerabat AR Tompel memang dijangkakan kerana "siapa yang tidak sayangkan ayah, atuk & darah daging mereka sendiri" yang merupakan 'patriarch' & ikon mereka sekeluarga. Tetapi, semasa hayat Tompel & di zaman kegemilangan beliau dulu, di manakah Ruminah Sidek, Amran, AR Badol & Adlin serta suku-sakat AR Tompel daripada generasinya yang terkemudian? Ketika itu, ada yang sudah wujud (seperti Mak Mah, janda tompel Zaiton Ismail & Badol) tetapi pada usia yang masih mentah & tentu sekali ramai daripada generasi terkemudiannya yang belum lahir. Jadi, tahukan mereka secara mutlak sifat & perangai sebenar AR Tompel semasa hayat beliau di luar filem? Pendek kata, sebelum, semasa & selepas perkahwinan AR Tompel-Saloma termeterai, di manakah ahli keluarga dalam keluarga besar AR Tompel ketika itu berada? Kemarahan waris AR Tompel memang dijangkakan sebab lumrah manusia – seronok apabila dipuji, tetapi jika jelek mereka akan marah. Bak kata Encik Mustaffar, kita perlu bersikap realistik bila menerima sesuatu yang negatif dari sudut pandangan orang luar. "Truth is a bitter pill to swallow" (kebenaran adalah sesuatu yang sukar untuk kita telan) & secara Islamik, "sampaikanlah olehmu walaupun yang pahit" agar menjadi kesedaran & pedoman semua. Waris AR Tompel mungkin menyanggah dengan berkata, "orang luar jangan masuk campur" & "siapa awak nak membuat komen?", atau "tunggulah bila terkena batang hidung kamu sendiri", dll! Tetapi kita sedia maklum, semua jenis golongan artis & penghibur adalah figura milik orang ramai. Artis berhak rasa bangga apabila dipuji tetapi mereka juga mesti sanggup & tahan bila dikutuk & dicemuh. Secara tidak lansgung, semua ahli keluarga mereka yang terdekat juga mesti sanggup menerima tempiasnya sekali. Tidak perlulah menegakkan benang yang basah. Tetapi secara positif, seperti kata Ruminah Sidek, AR Tompel bukan seorang kaki perempuan malah ramai perempuan yang tergilakannya. Ini saja menunjukkan salah satu kelebihan & karisma AR Tompel dari Allah – tidak termasuk ciri-ciri baik AR Tompel yang lain yang kita sendiri tidak tahu atau lihat. Waris & keluarga besar AR Tompel berhak mengeluarkan filem, telemovie, buku & lain-lain di media elektronik & cetakan untuk mendaulat & memperkasakan ketokohan AR Tompel seperti yang disarankan oleh Encik Mustaffar AR. Wallahualam.
ReplyDelete- NONAMA
Satu pandangan dan ulasan yang sangat menarik.
DeleteSemoga yang termakan cili terasa pula pedasnya.
Terima kasih NoNama.
Very thhoughtful blog
ReplyDelete